Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PLIHAN RAYA DAN PELABUR S.CASH


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:
RE: PLIHAN RAYA DAN PELABUR S.CASH


betul kata awak tu moneyads4u tapi ramai orang melayu tak tahu dan UMNO megambil kesempatan ini untung terus menipu mereka.HARAP JANGAN TERTIPU LAGI DENGAN PEMIMPIN YANG KORRUPT.

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

BERITA DI TV 3 MEMANG BERAT SEBELAH.ASYIK KUTUK PEMBANGKANG SAHAJA.

__________________
surewin


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Assalammualaikum dan hii semua! kemelut politik negara kita memang hebat. Kita imbas kembali yang telah berlaku. Hmm kita sudah berjaya mengubah sistem politik negara kita alhamdulillah.
Parti BN masih dalam teka teki dan masih dalam keadaan DENIAL. Mereka mengatakan kita golongan yang muda muda tidak tahu berfikir dan hanya mengikut perasaan marah dan benci. Bukan berdasarkan sikap rasional.
Tapi mengikut pendapat dan fikiran rasional aku, BN sudah mula menjadi parti yang korup dan makin hari makin kurang sumbangan kepada rakyat. Sumbangan kepada negara dan sumbangan kepada rakyat adalah sangat berbeza. Parti BN sangat banyak memberi sumbangan kepada negara, dengan membuat banyak bangunan dan ape benda koridor yang membazirkan duit rakyat dan langsung menguntungkan mereka.
Sumbangan kepada rakyat makin kurang dan hidup kita makin penuh dengan bebanan. Kurangkan subsidi dan tidak memberi bonus seumpamanya. Mereka yang dah kaya dan mempunyai gaji 10,000RM ke atas tak perlu bonus apatalah lagi mereka yang mempunyai simpanan yang melonjak ke jutaan ribu ringgit dalam masa yang singkat. Kononnya nak kurangkan sumbangan kepada rakyat akan membantutkan negara, pada hemat aku mengurangkan pendapatan yang berlebihan atau extra kepada golongan pemerintah aje la.
Bagi aku, kalau dalam lima tahun akan datang ini, parti BN masih bersifat kedekut dan menyusahkan rakyat, kita bungkus habis aje diaorang nie. SERIOUS SANGAT NIE. Jangan anggap kita buat undi berdasarkan rasa marah atau benci, hanyalah berdasarkan kepada kemampuan parti menolong rakyat jelata. Kecuali Hishammudin yang dalam menteri pendidikan, banyak sumbangan yang berfaedah tak macam orang lain.
Allahu akbar.

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 34
Date:

sebenarnya BN ni dah bodoh sangat, asyik menyalahkan rakyat kerana mereka kalah, ada calon BN tempat aku kata, kita perlu bersyukur kepada gomen kerena gomenla yang menjadikan kita pandai, bagi kita pelajaran, kemajuan. ehhh! dalam hati aku berkata, itukan tanggungjawab kepada rakyat, mestilah dah pemerintah kenalah bagi semua tu. pahnu bolehlah puak BN ni menjadikan tempat-tempat awam sebagai markaz pilihanraya. mana boleh beb, itu tempat awam, mana boleh kacau. jadikan balairaya sebagai bilik operasi. lagilah aku menyampah, dah menunjuk salah guna kuasa sebelum menjadi pemimpin lagi. pahtu ada ke patut cakap dgn mak bapak aku, surau kg aku tu BN yang buat. whoop! duit tu kan daripada baitulmal, apasal pulak kuar dari mulut calon BN aku ni, kalau BN tak bina surau tu, takdelah surau kt kg aku. Issyyy puak pemimpin duniawi mcm tulah. Teruk, kata buat ISlam Hadhari, tapi bini pakai tudung pun tak reti... Renung-renungkan, selamat beramal.


Aku boleh hidup dengan biz baru aku...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

MUNGKIN MEREKA INGAT TAK PAKAI TUDUNG TU LAWA SANGAT HEHE.OIE BINI MENTERI KEBANYAKKAN GEMUK LAH.RAFIDAH TU TAK PAYAH TANYA DAN SUDAH TAHU JAWAPAN NYA........PLS WEAR TUDUNG OK?

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4448/84/

__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

DIPETIK DARI :
http://sangkelembai2006.blogspot.com/2008/03/lebih-baik-tidur-dari-jaga.html

'Bukan disindir orang bahawa di Indonesia dahulunya rasuah di atas meja, dan di Filipina rasuah di bawah meja tetapi di Malaysia dengan meja-meja nya sekali rasuah.'

__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Moderator

Status: Offline
Posts: 1005
Date:

Oppenheimer wrote:

DIPETIK DARI :
http://sangkelembai2006.blogspot.com/2008/03/lebih-baik-tidur-dari-jaga.html

'Bukan disindir orang bahawa di Indonesia dahulunya rasuah di atas meja, dan di Filipina rasuah di bawah meja tetapi di Malaysia dengan meja-meja nya sekali rasuah.'



Bukan sekadar meja tetapi dengan kerusi, lantai, dinding dan apa sahaja yang ada di dalam bangunan tu semuonyo rasuah he he he

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

MEMANG SEMUA ORANG SUDAH TAHU KERAJAAN KITA INI KUAT RASUAH SEBAB ITU MEREKA KALAH DI BANYAK NEGERI......CONTOH.....BERAPA ORANG TAHU HARTA SAMY VELLU?

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

ADAKAH BPR SUATU BADAN BEBAS?PERNAH SEKALI NAZRI KATA BPR DI BAWAH MEREKA JADI SIAPA BOLEH DAKWA MEREKA KALAU MEREKA TERUS RASUAH?

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

hahahaha tak ada orang berani jawab................ini lah msia.

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

BEAUTIFUL RAFIDAH IS OUT OF CABINET BUT MUHAMAD TAIB IS IN.......APA KOMEN ANDA?

__________________
surewin


Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Salam

Komen saya....KELUAR MULUT BUAYA , MASUK MULUT NAGA...

__________________

_____________________________
Masih ada sinar di hujung sana



Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

hahahahahahaha tepat sekali.........................bigfoot

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

bigfoot wrote:

Salam

Komen saya....KELUAR MULUT BUAYA , MASUK MULUT NAGA...



... mulut naga bahaya wooo ... siap ada api sekali kot ....



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

muhammad muhammad taib masuk dlm kabinet semula...... nampak sgt BN ketandusan calon.....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

2 juta bawa kat AUSTRALIA tu ingat RAAYAT dah lupa ke
?

__________________
surewin


Junior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

PM Pak Lah...tak buat KEJE...asyik cakap saja...pandai sangat cakap....tapi keje tak buat...zaman Tun org mcm Muhammad Taib tu dah kena buang jauh2..tapi disebabkan Muhammad Taib ni bersengkokol dengan Pak Lah...senang2 lah dia masuk dan buat kerja terkutuk dia dulu tu...Pak Lah masih TIDO msh lagi tak sedar Sultan2 dan Institusi diraja mula membantah tindak tanduk dia...tak pernah dlm mana2 pemimpin negara yang calon MB tidak diterima Sultan....SAHIH PAK LAH TIDO MATI....CAKAP CAKAP CAKAP SAJA PANDAI....SEBAB CAKAP2 DIA LAH SWISSCASH DAN JAI NETWORK BUNGKUS DAN RIBUAN ORG2 MELAYU PUN TURUT BUNGKUS....INILAH NASIB BANGSA KU BAWAH PAK TIDO....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

kaya coz sc wrote:

muhammad muhammad taib masuk dlm kabinet semula...... nampak sgt BN ketandusan calon.....



..... adakah kita kena tonton 'soap opera' musim kedua lak ..... TIDAAAAAAAAAAAAAKKKKKKK ........uwaaaaaaa....



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Kalau Tun Mahathir bapa pemodenan, Pak Lah bapa apa?

sape boleh jawab.....

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

Pak Lah bapak mertua Khairilah... apa nak susahnya.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

salam...

saya menantikan kejutan dalam bulan april dimana...salah satu parlimen yang dimenangi PKR akan memberi laluan kepad ANUAR IBRAHIM...pada pendapat saya laluan itu akan diberikan oleh ANAK atau ISTERI beliau...( tetapi pada pendapat peribadi saya kemungkinan besar dari WAN AZIZAH ) ... pening lagi pak la di PP...PENANG dan PARLIMEN...ini bermakna all the barisan KABINET pak la akan berhadapan dengan beliau sebagai bekas ketua mereka.... KIta Nantikan kemelut demi kemelut akan tumbuh bagaikan cendawan busut didalam BN... sesuatu yang sangat merisaukan oleh ....Barisan Nazak...........

terutamanya...

PAK la sendiri
NAJIB
NAZRI
KHAIRY JAMALUDIN
MUHAMAD TAIB

dan jangan lupa dgn

RAFIDAH
SAMY VELU

dan yang seangkatan dgn nya


dan lain lain

__________________

_____________________________
Masih ada sinar di hujung sana



Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

jangan lupa kak ijat pun dapat power macam menteri walaupun sebagai "penasihat" je!!! brita yang IKIM bagitau pagi tadi.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

SALAM...sebagai renungan...

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Lima Ahli Parlimen Umno, termasuk seorang menteri dan
tiga timbalan menteri, sedang ?memberontak? kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BBC), Datuj Ruhanie Ahmad menyatakan, dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada semalam.

Bagaimanapun, kata Ruhanie dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com, dua Ahli Parlimen itu tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya lagi, dua orang lagi bukan sahaja dijangka menolak perlantikan malah mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.

Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC hari ini, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia, kata Ruhanie.

Menurut beliau, kesemua Ahli Parlimen yang ?memberontak? ini dikatakan menuding jari kepada Ahli Parlimen Rembau yang tidak dipercayai kemenangannya, Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.

Mereka menyifatkan sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni menantu Perdana Menteri itu, kata Ruhanie lagi.

Beliau juga mengemukakan beberapa persoalan berkaitan kabinet baru itu.

"Adakah kabinet Abdullah kali ini merupakan kabinet yang diramalkan oleh buku The Toyol Code tulisan saya?

"Mungkinkah ?pemberontakan? ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi Ahli Parlimen Umno?

"Mungkinkah Ahli Parlimen Umno yang ?memberontak? tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing, tetapi terus melompat ke pihak parti pembangkang?

"Dan, jika berlaku ?exodus? Ahli Parlimen UMNO ke pihak pembangkang, mungkinkah tidak lama lagi pihak pembangkang pula yang akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat?"


__________________

_____________________________
Masih ada sinar di hujung sana



Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

hahahahahahahahaha UMNO sudah goncang.................saya rasa ada yang tidak puas hati dengan perlantikkan M M TAIB.

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

idris surah raayat TERENGGANU tenang..............hahahahahaha megapa?Kita semua OK dan engkau tu yang patut TENANG...........IDRIS OK?

__________________
surewin


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

aduiii..
bijak joeblack... boleh jawab teka teki...
ok nanti aku carik yg lain...

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Kerakusan BN dan Permainan Politik

Waktu kejatuhan BN dan sewaktu semua ahli BN dalam keresahan, Pak lah hanya sibuk pasal pelabur asing dan pelaburan negara. Mana pergi rasa prihatin tentang kesusahan rakyat, sebab dia masih dikerusi no 1.
Sewaktu ramai ahli BN yang mengalami kekalahan dan ramai yang mengampu dan kononnya menyokong Paklah, tetapi lepas pengumuman jemaah kabinet baru, ramai ahli BN sendiri yang dipaksa gulung tikar dan diketepikan.
Disebabkan pemerintahan Paklah lah, lima tahun lepas menunjukkan kejatuhan BN dari segi moral dan kepercayaan rakyat. Lepas jatuh dan hampir tersungkur, heran ramai lagi ahli BN masih sokong Paklah. Di mana integriti dan maruah BN, kalau ada company yang rugi besar, presidennye akan undur. Tetapi paklah tidak. Kita bagaikan menanti ombak kerugian yang kedua kembali. Kenapa masih percaya kepada BN. 
Sekarang pemimpin BN nak control laman blog dan forum di internet. Tujuannya untuk ditapis dengan sekucup rasa dan perkara yang benar dan mengejutkan rakyat mesti diblok sepertimana dalam akhbar dan TV. Sedarlah wahai rakyat semua. Kita tak boleh berdiam diri dan menutup mata. Kita harus jadi masyarakat yang bijak dan boleh bersuara.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

UMNO untuk melayu?

Kini semua menjadi saksi kepada arena politik yang dimainkan oleh ahli UMNO. Sistem raja berpelembagaan harus dihormati. Yang aneh dan benar sikap DAP yang sanggup bertoleransi dengan pilihan raja melayu di Perak menjadi sebutan semua. Tetapi kita sendiri bangsa melayu durhaka dan membantah keputusan raja melayu sangat mengejutkan kita semua dan ini adalah amat memalukan. UMNO tidak ada integriti lagi, tiada maruah, dan tiada toleransi seperti dahulu lagi. Hanya mementingkan periuk nasi sendiri. Memikirkan hanya pelaburan dan wang ringgit. Tetapi bila dekat pilihanraya, baru rakyat dihampiri. SANGAT SEDIH SEKALI. Kita berharap ahli ahli UMNO yang berkaliber dan memikirkan masa depan parti membuat undi tidak percaya kepada pemimpin pusat. Ingatlah, barangkali pemimpin yang berkaliber dahulu yang sepatutnya menjadi pemimpin, itulah pemimpin kita semua. Yang bijak, yang adil dan yang amanah. Dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Bukannya hanya sekadar untuk kepentingan negara!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

aqmal wrote:

UMNO untuk melayu?

Kini semua menjadi saksi kepada arena politik yang dimainkan oleh ahli UMNO. Sistem raja berpelembagaan harus dihormati. Yang aneh dan benar sikap DAP yang sanggup bertoleransi dengan pilihan raja melayu di Perak menjadi sebutan semua. Tetapi kita sendiri bangsa melayu durhaka dan membantah keputusan raja melayu sangat mengejutkan kita semua dan ini adalah amat memalukan. UMNO tidak ada integriti lagi, tiada maruah, dan tiada toleransi seperti dahulu lagi. Hanya mementingkan periuk nasi sendiri. Memikirkan hanya pelaburan dan wang ringgit. Tetapi bila dekat pilihanraya, baru rakyat dihampiri. SANGAT SEDIH SEKALI. Kita berharap ahli ahli UMNO yang berkaliber dan memikirkan masa depan parti membuat undi tidak percaya kepada pemimpin pusat. Ingatlah, barangkali pemimpin yang berkaliber dahulu yang sepatutnya menjadi pemimpin, itulah pemimpin kita semua. Yang bijak, yang adil dan yang amanah. Dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Bukannya hanya sekadar untuk kepentingan negara!!



.... mulai hari ini kia boleh mulakan senarai nama penderhaka-penderhaka tu ..... lepastu kita iklankan kat semua simpang2 trafic-light .... atau kita pahat nama dia orang kat mana2 batu peringatan ...


-- Edited by Oppenheimer at 20:40, 2008-03-24

__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

salam ..

ketua penderhakan Pak lanun
penasihat kairy Jin
Macai 23 Ahli Dungu Nista

Inilah hasil didikan BN selama diberi mandat mentadbir Negara sehinggakan GHANI PATAIL
selaku ketua hakim negara tampa segan silu memberi amaran kepadaYANG DIPERTUAN AGUNG supaya jgn campurtangan didalam urusan pemilihan MB terengganu...sungguh memalukan...apakah beliau kolified dgn jawatan yang disandangnya sekarang...

berbalik kepada sejarah tanah melayu apakah...Jawatan perdana menteri dan MB serta cabinet telah ujud sebelum institusi Beraja di Malaysia ini...fikir fikir kan lah...

Masalah di terengganu ..ada MB tak ada EXCO ....bukankah lebih baik diadakan semula PRU NEGERI Terengganu...abis citer ...biar melopong BN ...kerana sudah sepastinya Terengganu akan dapat ditawan semula oleh BA...

TK



__________________

_____________________________
Masih ada sinar di hujung sana



Junior Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

AKU CADANGKAN PADA PIHAK ISTANA TERENGGANU, LANTIK SAJE ADUN RHU RENDANG, HAJI HADI AWANG JADI MB. BIAR PADAN MUKA UMNO, KURANG AJAR SANGAT NGAN RAJA. KALAU TAK PUN, BUBAR DUN BIAR PILIHANRAYA SEMULA. BARU TERLOPONG MULUT KHAIRY JAMALUDIN NGAN BAPAK MERTUA DIA TU.

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

APA2 PUN........PULANGKAN BALIK...WANG SWISSCASH AKU....JERITAN BATIN KU UNTUK KERAJAAN PAK LAH YG TELAH MEROMPAK WANG PELABURAN KU SECARA TERANG-TERANGAN....PADAN MUKA KALAH TERUK.....PATUT PAK LAH YANG LETAK JAWATAN....

BEBASKAN WANG2 SWISSCASH.....DAN TAK LUPA JAI NETWORK JUGA....SEMUANYA ANGKARA KERAJAAN PAKLAH.....PADAN MUKA KALAH

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

CYRUS12 wrote:

APA2 PUN........PULANGKAN BALIK...WANG SWISSCASH AKU....JERITAN BATIN KU UNTUK KERAJAAN PAK LAH YG TELAH MEROMPAK WANG PELABURAN KU SECARA TERANG-TERANGAN....PADAN MUKA KALAH TERUK.....PATUT PAK LAH YANG LETAK JAWATAN....

BEBASKAN WANG2 SWISSCASH.....DAN TAK LUPA JAI NETWORK JUGA....SEMUANYA ANGKARA KERAJAAN PAKLAH.....PADAN MUKA KALAH



... yelah... mana duit aku....uwaaaaa...



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

MB baru TERENGGANU baru keluar dari PEJABAT nya pada jam 10.45 pagi ini.Tak nampak pun geng2 RASOL DERHAKA.

__________________
surewin


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Hii semua! Pilihanraya dah berlalu, apa macam kita punya bonus atau honorarium? ehem...pemimpin kita masih berteka teki dan kalau boleh nak simpan untuk dia aja. Harga minyak kekal untuk tahun ini. Tapi tahun depan?? Kita kena buat kajian untuk sumber tenaga yang lain. Banyak contohnye. Tapi sebab nak kayakan golongan orang petronas nie. Sumber tenaga lain tak penting, takut orang tak beli petronas dah. Buat le kereta elektrik macam jepun. Di negara kita, golongan professional dibayar gaji sangat rendah berbanding negara lain. Semuanya nak harapkan masuk swasta je gaji tinggi. Padahal memang ada peruntukkan untuk semua tu. Macam ada menteri kita ada berkata, gaji pekerja kita masih rendah dan tak sesuai kalau dinaikkan beban harga minyak dan barang barang lain. Jadik NAIKKANLAH gaji lagi.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1005
Date:

aqmal wrote:

Hii semua! Pilihanraya dah berlalu, apa macam kita punya bonus atau honorarium? ehem...pemimpin kita masih berteka teki dan kalau boleh nak simpan untuk dia aja. Harga minyak kekal untuk tahun ini. Tapi tahun depan?? Kita kena buat kajian untuk sumber tenaga yang lain. Banyak contohnye. Tapi sebab nak kayakan golongan orang petronas nie. Sumber tenaga lain tak penting, takut orang tak beli petronas dah. Buat le kereta elektrik macam jepun. Di negara kita, golongan professional dibayar gaji sangat rendah berbanding negara lain. Semuanya nak harapkan masuk swasta je gaji tinggi. Padahal memang ada peruntukkan untuk semua tu. Macam ada menteri kita ada berkata, gaji pekerja kita masih rendah dan tak sesuai kalau dinaikkan beban harga minyak dan barang barang lain. Jadik NAIKKANLAH gaji lagi.



bonar apo yang ekau cakap tu
kek negaro kito yg dikatokan profesional tu hanyolah golongan ahli politik jo
walaupun ekau ado PhD pun tapi tak sokong ahli politik kek tompek ekau
ekau dianggap tak profesional dan di tambah lg sbg pmbangkang
sobabnyo kek sini kalao buleh somuo rakyat jd spt korbau di cucuk hidung
mano-mano korbau liar konolah caghie makan sendiri atau kono tembak mati
he he he he he
Camnopun sobab swisscash dah tak menjadi, somakin kociklah poluang kito nak buek sesuatu yang lobeh baik

 



__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 35
Date:

Bank Negara bekukan aset syarikat, pelanggan tuntut wang
Azamin Amin
Wed | Mar 26, 08 | 6:47:16 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Sejumlah 28,000 pelanggan Syarikat Hitech Objective Entreprise (HTO) menuntut agar wang langganan dan keuntungan mereka dikembalikan dengan segera setelah Bank Negara membekukan aset syarikat terbabit pada September tahun lalu.

Pembekuan aset syarikat yang memperkenalkan skim perkhidmatan urusniaga langganan telefon kad pra-bayar sejak dua tahun itu telah dikatakan menjalankan perniagaan menyalahi Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Menurut jurucakap para pelanggan terbabit Mohamad Afsoor Abdul Aziz, 40 memberitahu kesemua yang melanggan skim khidmat syarikat itu tidak mengetahui status wang langganan mereka yang akhirnya mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Lebih memburukkan keadaan katanya, syarikat itu telah menutup operasi dan pejabatnya yang beralamat di Jalan Tun Ali, Melaka sejak dikenakan tindakan daripada Bank Negara dan mengundang masalah kepada para pelanggan untuk menuntut wang.

"Kenapa Bank Negara mengambil selama dua tahun untuk mengenakan tindakan membekukan aset syarikat jika sudah diketahui ianya menjalankan perniagaan secara tidak sah mengikut Bafia?" katanya ketika hadir di Pejabat Harakah bersama sembilan pelanggan yang lain.

"Akibatnya kami yang menanggung kerugian yang begitu banyak dan bagaimana nasib kami selepas ini?" katanya.

Seorang pelanggan Rosni Ariffin 42, menjelaskan syarikat terbabit pada awalnya telah memberi pulangan keuntungan kepadanya setiap bulan tetapi telah menghentikan pemberian itu sejak aset dibekukan oleh Bank Negara.

Katanya, seorang yang ingin melanggan skim khidmat syarikat itu perlulah membayar sejumlah wang langganan seminima RM70.00 dan akan diberi satu kad pra bayar sejumlah RM10.00 serta bonus sejumlah RM30.00.

Pada setahun langganan, pelanggan terbabit memperolehi keuntungan sejumlah RM290.00 tanpa perlu mencari pelanggan baru namun jika mahu mendapat imbuhan berganda, maka pelanggan perlu mengeluarkan modal yang besar,katanya.

Beliau yang hadir sama menyatakan telah menyertai skim perkhidmatan syarikat terbabit dengan modal wang sejumlah RM40,000.

"Seorang guru dilaporkan telah menyertai dengan modal RM200,000 dan keesokannya tidak mendapat sebarang keuntungan kerana Bank Negara telah membekukan aset syarikat HTO.

Ada antara pelanggan yang telah membuat pinjaman bank, koperasi dan membuat cagaran tanah (refinancing) bagi menyertai skim peerkhidmatan itu dan ini memberi kesan terhadap kos beban hidup mereka jika wang mereka tidak dipulangkan, kata Rosni.

Dalam pada itu Afsoor memberitahu terdapat dua laporan polis telah dibuat berhubung isu pemulangan wang itu di Balai Polis Tengkera, Melaka Tengah, Melaka pada Januari lalu.

"Kami masih menanti syarikat itu mahupun Bank Negara untuk memulangkan wang kami, jika tidak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit bagi memastikan hak kami dikembalikan," katanya. - mks.



__________________
PU2


Moderator

Status: Offline
Posts: 635
Date:

Assalamualaikum semua....

Lama dah jari2 ni tak menekan keyboard untuk menulis di PASAI....maklumlah kesibukan tugas menghalang saya untuk aktif di PASAI lagipun belum ada cerita 'panas' dan 'terhangat' tentang SC buat masa ini.....

Kes yg pgswiss cerita ni umpama nasib yang di terima ala2 cerita SC jugak lah ni.....mereka berkuasa untuk 'membekukan' apa saja yang mereka mahu...kerana mereka 'ada kuasa'.....orang2 macam kita ni siapalahkan...????

Tapi yang saya 'paling musykil' hingga kini kenapa masih belum ada keputusan muktamad tentang kes SC di mahkamah Malaysia???? hingga hari ini sepi tanpa berita....atau sahaja 'nak melupakan' cerita yg pernah hangat suatu ketika dahulu????

Cuma forumer di PASAI ni fikirkan sedalam2nya.....mana keputusannya???? kenapa tiada penjelasan di media massa @ hukuman yang patut diterima oleh tiga trio SC yg telah disabitkan dlm kes mahkamah ni???? pelik kan??? musykil-musykil.....


Saya ingin menanyakan anda semua......kisah PRU kita di Malaysia ada kaitan tak??? dengan SWISSCASH???? tak banyak pun sikit...???? tak sikit pun sekuman.....Fikir jangan tak fikir.....

Sekian untuk kali ini....

PENANTI SETIA......PU2

-- Edited by PU2 at 15:27, 2008-03-26

__________________
......NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY.....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 136
Date:

BETUL.......PU2...sampai saat ni kita tak dengar black or white pasal SC.Alahai apa nak jd ngan Msia ni.Kalau SC masih on April ni sy dah dapat more than 30k tapi tak tau nak cakap lagi. Pls Msian govt,bnm,sc settle this case as soon as possible so we can hear the final result



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 263
Date:

Tak da lagi SC, dah tutup. Tak yah lagi mengharap nanti jadi gilo bayang.
Swisscash macam Orang Melayu sekarang berpecah dan bertaburan, sikit masa lagi tertindas di negara sendiri..... macam dalam sejarah sebelum ini. Sebab pemimpin-pemimpin sesama sendiri meperjuangkan kepentingan sendiri dan bukan untuk negara dan rakyat. Tak percaya macam kamu orang asyik mengutuk pemimpin dan tak sedar hitungan dosa menghambat setiap perkataan yang dihemburkan.


Selepas ini PP akan menjadi seperti Singapura. Sebab tu lah kesan bercakaran sesama, orang lain akan untung 120%. Tak caya tengok PRU yang akan datang.

Biarkan Si Luncai terjun dengan si labu-labunya.

__________________
Emma bayu Sentiasa berfikiran terbuka dan positif


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

Dongkor wrote:

Tak da lagi SC, dah tutup. Tak yah lagi mengharap nanti jadi gilo bayang.
Swisscash macam Orang Melayu sekarang berpecah dan bertaburan, sikit masa lagi tertindas di negara sendiri..... macam dalam sejarah sebelum ini. Sebab pemimpin-pemimpin sesama sendiri meperjuangkan kepentingan sendiri dan bukan untuk negara dan rakyat. Tak percaya macam kamu orang asyik mengutuk pemimpin dan tak sedar hitungan dosa menghambat setiap perkataan yang dihemburkan.


Selepas ini PP akan menjadi seperti Singapura. Sebab tu lah kesan bercakaran sesama, orang lain akan untung 120%. Tak caya tengok PRU yang akan datang.

Biarkan Si Luncai terjun dengan si labu-labunya.



Cakap kau memang ada point. Aku setuju..

 



__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

pemimpin lagi berat dosanya..kalau dia tak amanah dan tak jaga tatatertib dan budi pekertinya maka seluruh rakyat akn mengutuknya. dikutuk krn merosakkan rakyat dan tidak membimbing rakyat dgn betul shgga byk jenayah berlaku, byk rakyat yg rosak akhlaknya krn pemimpin yg dilantik tak cerdik, tak bijak, tak tegas dan tau tau jaga akhlak, perilaku dan kata sendiri. 

apa yg kita cakap kat sini hanyalah luahan rasa sbgai rakyat biasa akibat kepimpinan yg tidak amanah dan tidak cerdik mengawal keadaan dan situasi yg tak terkawal. pemimpin akan dituntut oleh berjuta2 rakyat yg tak puas hati, kalau kat dunia tak selesai kat akhirat kelak akan diputuskan. krn pemimpin tak mampu nak tegakkan keadilan di dunia biar mahkamah Allah yg putuskan sapa yg paling bersalah. jgn anggap kes ini sudah tutup di dunia, ia akn dibangkitkan semula di akhirat kelak oleh ramai pihak. bukan hal swisscash saja, byk lagi kes lain yg melibatkan antara pemimpin dgn rakyat.



__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

keterbukaan kita utk menerima apa jua maklumat telah menyedarkan diri kita tentang kepincangan yg berlaku pada dunia hari ini. kesedaran ini amat penting spya kita dpt memelihara diri kita dr dosa dan terjebak ke kancah maksiat. beruntunglah org yg mempunyai iman di hatinya krn keterbukaan dirinya tidak membawa dirinya ke arah kerosakan dan kebinasaan. sebaliknya keterbukaan itu adalah sebagai satu landasan utk membezakan mana yg makruf dan mana yg mungkar, agar kita tak terperangkap oleh tipu daya dan memperingati diri dan sesama kita apa yg dilihat sebagai satu tipu daya licik.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

dulu masa berkuasa bkn main mengata pembangkang... tengok skrg penyokong mereka lebih teruk lagi. ini semua atas dorongan pemimpin2 UMNO dan kaki bodek dr kehakiman yg jd pengampu cuba nak nasihat Raja jgn masuk campur urusan UMNO dlm politik.

"INI BUKAN BUDAYA KITA" slogan ni mcm meludah ke langit, jatuh bawah kena muka sendiri. kalau mcm ni la permulaan kepimpinan Dolah dan konco2nya, kita dpt agak mcmana mereka buat keputusan utk hal2 negara yg akn dtg. kalau tak sama mcm sblm ni, mungkin jd lebih teruk lagi sebab mereka dah jd pembangkang kat 5 negeri dan tertekan di negeri2 lain sbb majoriti kurang. dlm keadaan terdesak mereka akn berusaha nak burukkan reputasi pembangkang tp yg sebenarnya akn mendedahkan kebodohan dan kelemahan mereka sendiri.

 

 

 

 

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

ryan wrote:

Dongkor wrote:

Tak da lagi SC, dah tutup. Tak yah lagi mengharap nanti jadi gilo bayang.
Swisscash macam Orang Melayu sekarang berpecah dan bertaburan, sikit masa lagi tertindas di negara sendiri..... macam dalam sejarah sebelum ini. Sebab pemimpin-pemimpin sesama sendiri meperjuangkan kepentingan sendiri dan bukan untuk negara dan rakyat. Tak percaya macam kamu orang asyik mengutuk pemimpin dan tak sedar hitungan dosa menghambat setiap perkataan yang dihemburkan.


Selepas ini PP akan menjadi seperti Singapura. Sebab tu lah kesan bercakaran sesama, orang lain akan untung 120%. Tak caya tengok PRU yang akan datang.

Biarkan Si Luncai terjun dengan si labu-labunya.



Cakap kau memang ada point. Aku setuju..



... kisah pencadang dan penyokong ....



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 263
Date:

Lebih baik kita semua berdoa semoga diampuni segala dosa-dosa kita dan para pemimpin negara yang dah pergi dan sedang memerintah.

Keputusan pilihanraya kali ini telah banyak mendatangkan kebaikkan berbanding keburukkan kerana kesannya dah mula dirasai. Cuma kita fikir secara jauh ke hadapan dan perlu bersama-sama membentuk acuan negara Malaysia yang tersendiri, tapi perpecahan keterlaluan tanpa terkawal akan mendatangkan bahaya yang besar kepada negara dan rakyat Malaysia.

Janganlah sampai menggadai maruah bangsa, agama dan negara demi hanya kerana memuaskan nafsu dendam dikalangan pemimpin, keluarga, korni-korni dan yang seriwayat dengannya.

Kasihilah musuhmu kerana itulah kerendahan hati yang sukar diungkapkan dengan perbuatan. Selagi kasih ada, kita malu melakukan dosa. Musuh yang utama adalah lahir dalam diri-sendiri seperti ketamakan, keserkahan, nafsu jahat, kebencian, kemarahan, balas-dendam, tidak sabar, kecemburuan, kemunfikan dan banyak lagi.

Apapun alasannya perbuatan membalas dendam adalah perbuatan terkutuk, lebih baik mendoakan dan mengasihi musuhmu kerana balasan baik-jahat adalah kekuasaan Allah.



__________________
Emma bayu Sentiasa berfikiran terbuka dan positif


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Hii semua, benar yang balasan baik buruk itu dari Allah. Tetapi kita sebagai khalifah di muka bumi ini yang di pertanggungjawab dan diberi amanah untuk mentadbir dengan sebaiknya. Mereka yang tidak layak mentadbir dan memimpin tidak harus diberi peluang sama sekali. Untuk apa! Untuk mereka mengaut keuntungan untuk mereka sendiri. Mana insentif insentif dan kebaikan dan kebajikan yang perlu diberi kepada rakyat. Kata mereka wahhh semua peruntukan berjuta juta. Tapi adakah jumlah tersebut sampai kepada rakyat. badan BPR memang sesuai dan perlu memainkan peranan penting. Parti yang rosak perlu diganti atau diperbaiki dan itu termasuk pemimpin. Sebelum menjadi lebih parah

__________________
PU2


Moderator

Status: Offline
Posts: 635
Date:

Assalamualaikum semua....

Dimanakah tanggungjawab sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.....
renung2kanlah.....

__________________
......NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY.....


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

gaji naik, barang naik..... gaji naik 15%, barang naik 30%..... telur ayam turun 2 sen, harga ayam naik 35 sen.... ada ka patut....

__________________
«First  <  17 8 9 10 11  >  Last»  | Page of 11  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard