Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PLIHAN RAYA DAN PELABUR S.CASH


Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:
RE: PLIHAN RAYA DAN PELABUR S.CASH


TAKBIR !!!

mana arezam tu.. hang ilang p mana dah... tapi aku tau..dia dok baca..tapi dah kelam hati nak buat macam mana.. habaq p la macamana pun.. dok tang tu jugak.. hang ingat Utan Kampung hang tu dah maju dah ka? Arezam.. hang pakai akai sikit.. bukak minda sikit.. pikiaq.. jangan dok gelap ati sangat.. tak pun hang ni jenis yang belakon di kedah yang konon PAS masuk kati tu.. amboi sorak bukan main dia nak tinggai bulan p masuk kati la pulak.. macam orang tak kenai muka "kelam" amno.. belakon masuk amno la pulak.. buat malu kat anak cucu.. dah tua pun ngajar cucu cicit berbohong..

Apa pun.. LUSA.. p la mengundi dengan hati terbuka.. moga diberkati ALLAH hidupmu itu wahai erezam..

so SCH bila nak idup ni??? he he he

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

Queenbee wrote:

Dunia politik MEMANG KOTOR. Tak kira apa parti. Nak jadi politik mesti pandai membohong, berjanji seribu janji dan berkata manis. Bila dapat kerusi, baru kita tahu. Macam orng kata sebelum menang banyak berzikir ayatul kursi, tapi dah dapat kerusi, ayatul kursi di lupakan. Kenapa sebab tak ayatul kursi bukan untuk di zikir sahaja. Mesti tahu tauhidnya. Berzikir dapat pahala tapi tak dapat fadilatnya.

Jadi timbangkan habis2, semua parti bila menang akan jadi berat sebelah. Siapa bolih gerenti tak akan ada kroni, 100% keadilan dan etc. Dasar nafsu dan haloba manusia. Hanya tanya mana kah yang bolih buat kita terus maju baik dari segi ekonomi, pembangunan, kesihatan, pelajaraan dan seterusnya untuk masa depan generasi baru. Jangan berzikir sahaja sebab tak cukup kalau tak dapat fadilatnya.

Sedih saya disini ada yang membuka pekong zaman silam orang2 yang jahil dahulunya. Adakah mereka juga tidak jahil, pernah minum arak, zina , menghabiskan juga duit rakyat untuk kekayaan sendiri. ALLAH MAHA Mengetahui dan Pengampun. Cermin diri kita dengan tulus iklas sebelum membuka pekong orang. ALLAH melihat jangan nanti makan diri sendiri.

Undi bukan untuk menang sahaja dengan membuka pekong orang.



salam.........

kalau ada 2 orang pemimpin berugama Islam :

1.  yang suka buat maksiat, minum arak, perasuah, penipu dlll

2.  pemimpin yang sembahyang/sentiasa menyebut nama Allah dan mengajak
     orang sembahyang dan hindarkan maksiat/rasuah.

saya pilih nombor 2 lah.... hehehe... sudah tentu parti bulan/keadilan lah...

Queenbee nak pilih nombor satu, siap sedialah jawab dalam kubor nanti... hehe
hehe... rasalah kau...

saya pernah kerja dengan hisahmmuddin kaki arak tu.... hehehe... tak naklah..
sekarang sudah berhentilah.... bertaubat... hehehe.... taubat dulu sebelum mati.

salam..... Allah Hu.



__________________

nak belajar forex pm saya... hehehe.. sekarang kena bayor, sebab free kurang sambutan.

http://moneyadsblog.blogspot.com

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

Secara peribadi aku amat kagum dengan Tok Mun...


Pengenalan (Introduction)

Maimun binti Yusuf (Tok) adalah calon bebas untuk P.036 Kuala Terengganu dalam pilihanraya umum ke-12 di Malaysia. Simbol yang digunakan oleh Tok adalah kunci. Tok mempunyai ramai penyokong dari seluruh Malaysia kerana Tok memberi inspirasi kepada orang ramai. Sungguhpun Tok sudah berusia 89 tahun, namun Tok tetap tekun bertanding sebagai calon bebas. Di Terengganu, Tok dibantu oleh Encik Ariffin, Encik Yusuf dan beberapa orang sukarelawan. Tok juga mempunyai penyokong dari Kota Bharu dan Kuala Lumpur yang datang membantunya berkempen.

Maimun binti Yusuf (fondly known as Tok) is an independent candidate for P.036 Kuala Terengganu in the 12th General Elections in Malaysia. The symbol used by Tok is a set of keys. Tok has many supporters from around Malaysia because she gives inspiration to all. Although Tok is already 89 years of age, she wants to compete vigorously as an independent candidate. In Terengganu, Tok is aided by Encik Ariffin, Encik Yusuf and a few volunteers. Tok also has supporters helping her from Kota Bharu and Kuala Lumpur.

http://maimunbintiyusuf.blogspot.com/
mailto:maimunbintiyusuf@gmail.com


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 54
Date:

Aku setuju...

Tok memang berani...nanti aku pun nak bertanding satu hari nanti.

manalah tahu dengan muka hansem aku ni...anak dara ramai2 undi aku.

Si Ryan dalam post yang lain kata dia jumpa Amir Hassan ori n amir bagi input dia bahawa SWISSCASH NI MEMENG PENIPU BESAR N SCAM YANG TERPUPULAR (yang ni aku tambah sendiri le)...
Tapi yang pasti dah game over le...
agak si Amir tu nak ke derma seorang 2 ribu kat kita ye....


__________________
scrider


Senior Member

Status: Offline
Posts: 149
Date:

Esok dah nak ngundi.... kite lepak dulu pikir pesal mende nie sekejap.... saye tau mmg pening time ngundi nie ape nak jadik, esok penentunye...... harap forumer sumer bijak memangkah!! heheheheeee anyway, kite survey duluk!!! biggrin

AWS_ad2_600by100.jpg

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

scrider wrote:

Aku setuju...

Tok memang berani...nanti aku pun nak bertanding satu hari nanti.

manalah tahu dengan muka hansem aku ni...anak dara ramai2 undi aku.

Si Ryan dalam post yang lain kata dia jumpa Amir Hassan ori n amir bagi input dia bahawa SWISSCASH NI MEMENG PENIPU BESAR N SCAM YANG TERPUPULAR (yang ni aku tambah sendiri le)...
Tapi yang pasti dah game over le...
agak si Amir tu nak ke derma seorang 2 ribu kat kita ye....



baca betul2...Anuar Hassan bukan Amir Hassan

 



__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

Salam,
Saya ingin mengucapkan pada semua warga pasai SELAMAT MENGUNDI.
Undilah dengan penuh rasa tanggongjawab.
Wassalam.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Warkah Buat Rakyat Sempena 8 Mac 2008

Buat sekalian rakyat Malaysia,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penentuan sudah semakin hampir. 8 Mac 2008 bakal menyaksikan apakah rakyat bersedia untuk berubah ke arah Malaysia yang lebih mapan dan baik, ataupun mahu terus kekal dan terperosok dalam lipatan sejarah 50 tahun kemerdekaan negara yang penuh rencam.
Sebermula saat hari penamaan calon lagi,pelbagai penipuan telah disajikan oleh Umno-BN melalui SPR sebagai boneka mereka. Pengenalan duti setem, pemansuhan duti setem secara tiba-tiba, kempen yang tidak seimbang, ugutan dan ancaman berbaur samseng ke arah calon pembangkang, pengesahan SPR mengenai wujudnya 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas, pengundian pos yang tidak rahsia, sehinggalah pemansuhan penggunaan dakwat kekal kepada pengundi atas alasan keselamatan awam.
Penipuan-penipuan ini pastinya bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan Umno-BN, di saat mereka gelabah melihat rakyat sudah berani menyatakan rasa tidak puas hati mereka di semua pelusuk Malaysia. Tetapi sayang, penipuan ini memberi gambaran bahawa rakyat di mata Umno-BN adalah rakyat yang mudah diperkotak-katik dan diperbodohkan sewenangnya.
Inilah yang dikehendaki Umno-BN, agar rakyat mengalihkan pandangan, seterusnya menjadi leka dalam amarah. Lantas mereka menyusup menggunakan strategi kotor, termasuklah mengimport pengundi hantu di beberapa kawasan khususnya Kelantan, Terengganu dan tidak ketinggalan di Pekan, Pahang. Pembangkang dicemuh melalui media tanpa ada ruang untuk kita memberi respon balas. Saya, yang sebelum ini dikatakan tidak relevan lagi dalam politik Malaysia, saban hari diasak dengan pelbagai jenis fitnah dan tuduhan-tuduhan dangkal. Ironinya sambutan dalam program ceramah dan rapat umum mencecah ribuan pengunjung tanpa perlu sogokan wang ringgit mahupun elemen hiburan.
Dari Utara membawa ke Selatan, kesempatan berkempen selamat 13 hari diisi dengan baik. Alhamdulillah saya telah menyaksikan kebangkitan rakyat hampir di seluruh negara, dan perjuangan ini bukan perjuangan picisan, ini perjuangan rakyat yang ingin bangkit daripada penindasan zalim Umno-BN! Sambutan ke atas calon-calon KeADILan termasuklah PAS dan DAP sangat memberangsangkan, dan kelihatan Umno-BN terus terdesak dan kalut. Meskipun mereka menguasai media arus perdana, mereka terus berada dalam keadaan bertahan. Manifesto KeADILan, PAS dan DAP langsung tidak mereka kupas, sebaliknya hanya menyerang, menyerang dan menyerang membabi buta.
Saudara-saudari sekalian,
Setiap rakyat berhak memperoleh peluang untuk melangkah dengan lebih baik. Malaysia punyai potensi yang sangat hebat, tetapi sayang potensi ini pudar dek rakusnya permainan politik Umno-BN yang terus memasung minda rakyat dengan sentimen perkauman sempit yang sarat dengan unsur-unsur rasuah. Sistem kehakiman mudah dijual beli tauke judi, jenayah kian berleluasa dengan kes-kes rogol, ragut dan bunuh semakin meningkat. Polis tidak lagi bertugas mengawal ketenteraman awam, sebaliknya dikerah memantau pergerakan pembangkang. Inflasi semakin menggila, gaji kian menyusut, akhirnya rakyat terus hidup melarat. Yang diseru BN, agar rakyat terus bersyukur dengan apa yang ada.
Apa yang perlu anda lakukan pada 8 Mac 2008 adalah keberanian untuk berubah. Komitmen KeADILan jelas, kemenangan yang saudara/saudari berikan kepada KeADILan dan pakatan pembangkang lainnya akan diterjemahkan dengan penurunan harga petrol, kawalan inflasi dan kenaikan harga barang,usaha membanteras jenayah yang lebih padu, pendidikan percuma yang fleksibel untuk semua, dan kerajaan yang lebih adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
KeADILan telah mengemukakan Manifesto berjudul Harapan Baru untuk Malaysia yang begitu peka kepada menyediakan penyelesaian masalah-masalah asas rakyat Malaysia. Dan harapan yang dijanjikan KeADILan ini akan direalisasikan melalui calon-calon KeADILan yang datang daripada pelbagai latar belakang serta mempunyai kaliber dan kredibiliti yang sangat baik.
KeADILan, PAS dan DAP telah pun memainkan peranan untuk menyelamatkan Malaysia daripada lemas dalam arus kemusnahan dek nafsu serakah pimpinan Umno-BN dan tauke-tauke judi. Tinggal anda untuk membuat keputusan. Segalanya boleh direalisasikan, melalui anda, rakyat Malaysia yang bermaruah.
Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia kini telah matang dan bijak, dan kebijaksanaan itu akan diterjemahkan dengan mengundi KeADILan, PAS dan DAP pada 8 Mac 2008 ini sebagai satu usaha untuk menyelamatkan Malaysia.
Kini tiba masanya Malaysia menjajat masa depan dengan Harapan Baru yang lebih cerah dan perkasa. Penentuan di tangan anda. Kepada Tuhan kita berserah.
Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah!
ANWAR IBRAHIM



__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Junior Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

salam semua, lamo benor tak sembang dan buat orang bimbang...
selamat memangkah lah kita besok ,,insyaallah kita bersama memangkah dengan baca bismillah dan diikuti dengan niat yg. baik ...dan sokonglah orang yang beriman dan kuat sembahyang...
pembangkan pun terdiri dari bijak pandai dan golongan profesional yang kuat agama ..insyaalah.

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

8 Mac hampir tiba... TOLONGLAH MENGUNDI DGN BIJAK..... FIKIR BAIK-BAIK SEBELUM MENGUNDI.... INILAH MASANYA UNTUK KITA MENGAJAR ORG YG DAH BYK MENYUSAHKAN KITA.....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

KERAJAAN BN AKAN TUMBANG HARI INI.........TERUTAMA TERENGGANU KITA NI........MESTI PAKAH PAS.........ISLAM UNTUK SEMUA INSYAALLAH.

__________________
surewin


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Allahu akbar Allahu akbar! Segala Pujian Bagi Allah tuhan Semesta Alam
Kita sudah berjaya dalam misi kita untuk memastikan BN tidak memperoleh majoriti dua pertiga dan kita juga berjaya menawan beberapa negeri daripada terus hancur dalam korupsi dan penyelewengan. BARISAN PEMBANGKANG, ini adalah permulaan perjuangan yang berjaya dan ombak yang akan melanda akan berterusan dan malah lebih kuat lagi. Amat sedih bagi orang orang BN, tidak dinafikan segelintir mereka bijak pandai. Tetapi apabila ilmu itu digunakan untuk kepentingan sendiri dan menafikan kepentingan rakyat, maka ilmu itu akan menghancurkan diri mereka kelak jika tidak di dunia, maka di akhirat kelak. INSYALLAH AMIN!
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ALHAMDULILLAH

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

salam keadilan utk semua,

matlamat menafikn majoriti 2/3 telah berjaya dicapai oleh BA dan paling memberangsangkan 5 negeri telah berjaya ditawan. bagi BN yg menang pulak saya dapati majoriti mereka menurun. ini akn memperkukuhkan lagi kedudukan suara rakyat sebenar melalui perwakilan masing2 di parlimen dan DUN, dan tiada lagi kaki angguk dan kaki tidor di kerusi perwakilan rakyat. semuanya akn membuka mata dan dengar dgn teliti setiap apa jua yg disuarakan atau dibangkitkan utk diambil tindakan yg sewajarnya mengikut kehendak dan kepentingn rakyat.

tahniah utk semua terutama penyokong PAS disini krn mengekalkan kelantan dgn majoriti besar dan menang di byk kwsn dlm 5 negeri tersebut.

tahniah sekali lagi. salam..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

......... BA MENANG, MENANG, MENANG ........



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa SAMY VELLU bye bye wakakakakakakakaka DR KOH TSU KOON CHAICHIANG kekekekekekekekekekkekeke HIDUP BA tapi kecewa dengan TERENGGANU................kebanyakkan orang sini masih MENTAH.............atau pitis dan PUNGUNDI hantu?

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 382
Date:

inilah nasib barisan tumbang ,tak nak dengar keluhan rakyat ,asyik jaga hati menantu,sekarang terima balasan apa macam harga minyak terus naik dipasaran global berani ke naik kan harga minyak ?????????????

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

so, kerajaan BN boleh kira kalah..... BA dah boleh memerintah di 5 negeri..... MCA, GERAKAN, MIC DAN PPP secara keseluruhannya ditolak oleh pengundi...... Maka, adakah sinar untuk kita????

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

kaya coz sc wrote:

so, kerajaan BN boleh kira kalah..... BA dah boleh memerintah di 5 negeri..... MCA, GERAKAN, MIC DAN PPP secara keseluruhannya ditolak oleh pengundi...... Maka, adakah sinar untuk kita????



ada sinar ...tapi jangan kaitkan politik ni ngan Swisscash lak.... swisscash satu penipuan internet .....mudah2an dari segi bantahan pada perkara yg merugikan rakyat dapat di tentang BA ... tapi jangan harap minyak turun sbb BA belom menguasai Parlimen sepenuhnya.... mugkin 5taun lagi dapat diterjemaahkan oleh BA dalam pilihanraya akan datang...walaumacamapun BN skrg terkedu besar ....Takbirrrrrrrrrrrr

 



__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

BN terlalu menumpukan pengundi hantu kat trengganu ngan kelantan sampai lupa nak rawat negeri2 lain.....akhir nya BN yg perlu di rawat....Takbirrrrrrr

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Salam Petang..

Ironinya, sepanjang kempen selama 13 hari pilihan raya umum ini, DAP yang dikepalai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerap memainkan isu-isu perkauman yang banyak menimbulkan kemarahan masyarakat Cina.

Antaranya, isu yang popular dimainkan DAP ialah kononnya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan dirampas oleh UMNO. Pernah Guan Eng berkata: Kalau berlaku senario pilihan raya umum 1990 yang menyaksikan UMNO memperoleh 12 kerusi, DAP 13 kerusi, Gerakan tujuh kerusi manakala MCA dan MIC kosong, kita (DAP) akan tetap menyokong Gerakan bagi mengelakkan kerusi Ketua Menteri jatuh ke tangan UMNO.

Ungkapan itu sering diadu domba oleh Guan Eng sama ada pada sidang akhbar mahupun ketika berceramah termasuk terbaru di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Khamis lalu.

Malah, dalam ceramah DAP yang diikuti Mingguan Malaysia, Guan Eng dengan lantang mempersoalkan kenapa tiba-tiba nama Teng Chang Yeow tersenarai sebagai calon bakal Ketua Menteri selepas nama Chia Kwang Chye dikeluarkan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Setelah Kwang Chye dan Dr. Teng Hock Nan, tiba-tiba nama Teng Chang Yeow, ini semua kerja UMNO mahu campur tangan, kata anak Lim Kit Siang itu yang turut memenangi kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Selain itu, isu keris dihunus oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agung UMNO lepas turut dipolitikkan oleh DAP. DAP mendakwa MCA dan Gerakan seolah-olah memandang sepi isu tersebut dan kononnya tidak menentang tindakan itu meskipun dikatakan ramai kaum Cina tidak berpuas hati.

Renung2kan lah.. wahai bangsa melayu..

__________________
"Perjuangan Belum Selesai"

KESABARAN ANDA ADA HIKMAHNYA


Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

dah lama aku tak muncul....

puas hati aku dgn pilihanraya kali ni. inilah nasib BN yg dikatakan memperjuangkan nasib org melayu konon... last2 merangkak lah ko BN heheh, dulu bercakap tak ingat dunia heheh kita tgk skrg sape yg berkuasa rakyat ke korang ke yg hanya pandai bercakap saja heheh.

Kita jgn dok sebok pasal isu perkauman saja tapi yg perlu kita teliti

"Apakah nasib org melayu jika org melayu sendiri tak mau membela nasib org melayu yg depa tau mengisi perut sendiri dan membiarkan bangsa sendiri mati kelaparan"

perubahan telah dibuat!!!! semoga Allah memberkatinya...

__________________
wirasejati... "Biar le apa org nak kata janji rock. Hidup mesti diteruskan!!!"


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

pak Lah kerusinya kat pulau pinang...apa peranannya membangunkan melayu di pulau pinang selama ni, takkan jwtnnya sbgai PM tak boleh tolong Melayu di pulau pinang. di kedah dulu masa tun jd PM beliau tak pinggirkan, dibangunkannya juga sampai langkawi jd popular dan maju. sekarang kita tau la sebab bukan lagi bawah tun, jatuh tewaslah kedah sebab berlakunya penyelewengan. apatah lagi org umno sana dibantainya tun sbb kuat sgt kritik umno. mukhriz menang pun sebab org melayu sana hormat tun, lagi pun mukkriz selama ni pun tak berapa ngam dgn pemuda2 umno apatah lagi skrg ni si KJ tu bakal jd menteri kabinet.

apa yg penting skrg kalau nak pastikan BA tak lupa diri kena byk bg pesan kat mereka melalui blog mereka sdiri atau blog kita sdiri sbb ramai kalangan pemimpin mereka memang peka dgn perkembangan dlm internet dan rajin jenguk2 blog suara rakyat. inilah antara kelebihan BA krn ketelusan mereka utk menerima pandangan dan mengetahui apa masalah rakyat menerusi blog2 ejen mereka. pak lah masa BN dah nak nazak baru nak adakan warkah utk PM..nyata sekali dah terdesak sgt.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Alhamdulillah, dengan itu aku ingin mengemukakan usul supaya satu blog dibina untuk barisan alternatif dan mudah mudahan menjadi pentas dan platform untuk kita meneruskan perjuangan parti dan agar suara rakyat dapat didengar. Insyallah. Blog swisscash ini sudah lama berbakti akan tetapi, khabar berita swisscash tiada lagi sejak digodam oleh orang orang pemerintah BN. Mudah mudah akan muncul semula. Insyallah.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

kaya coz sc wrote:

so, kerajaan BN boleh kira kalah..... BA dah boleh memerintah di 5 negeri..... MCA, GERAKAN, MIC DAN PPP secara keseluruhannya ditolak oleh pengundi...... Maka, adakah sinar untuk kita????



...sinar apa lak yg kau cari ni ...



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Oppenheimer wrote:

kaya coz sc wrote:

so, kerajaan BN boleh kira kalah..... BA dah boleh memerintah di 5 negeri..... MCA, GERAKAN, MIC DAN PPP secara keseluruhannya ditolak oleh pengundi...... Maka, adakah sinar untuk kita????



...sinar apa lak yg kau cari ni ...



sinar yg ni kita boleh tunggu dan lihat bagaimana keadaannya nanti sbb ada mentari merah di ufuk timur tandanya cahaya siang akn mjelma..tp sinar sc no komen, tak nampak apa2 yg jelas lagi setakat ni.confusedconfusedconfused 

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

salam..........

syukran.... alhamdulillah.... Allah Hu

suara rakyat telah dibentangkan..... ingat UMNO.... suara rakyat telah kami
perjelaskan dengan undi.... 1 satu undi untuk semua... ingat tu.

saya cadangkan PM sekarang letak jawatan ajelah.... bagilah pemimpin Johor
jadi PM... muhyiddin Yassin... bukan kaki arak plak...  kerana UMNO kuat di Johor.... jadi orang Johorlah patut jadi PM kali ini... bukan Najib Rasuah tu.

Salam...

__________________

nak belajar forex pm saya... hehehe.. sekarang kena bayor, sebab free kurang sambutan.

http://moneyadsblog.blogspot.com

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

ya NAJIB memang kuat rasuah dan kepala BOTAK pulak.............SILAU LAH

__________________
surewin


Junior Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

memang patutu pun paklah letak jawatan...najib pun sama ...kalu tak kerana undi pos ngan hantu entah lungkup jugak tu....berilah pada golongan muda dan lebih berdaya saing dalam umno dan bn meneraju negara sbb dia menag kan.... tapi aku syukur sebab dia tak sapu majoriti 2/3 ...jadi BA punya suara kuat untul membangkang ...harap2 next election BA akan menang dgn jayanya lagi....lawak juga juak2 BN masih nak mainkan isu2 perkauman..... skrg dah terantuk baru nak tergadah paklah ...dulu tido kuat...tuntutan orang melayu dia pandang sepi jer .....skrg rasakan

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 28
Date:

Tengok muka paklah dan Najib teperanjat beruk sebab tak menang besar macam dulu ingat rakyat sekarang bodoh ka!!jangan nampak projek besar untuk pulun sendiri rakyat dok perati lama2 meluat dan memprotes dah kena 5 negeri dalam tangan pembangkang,buat x MB besar selangor dulu bagi penyapu kat org pasai tak baguih buat kerja la ni pemimpin mana pulak nak kasi penyapu kat dia sebab kalah teruk.TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

akai pc wrote:

Oppenheimer wrote:

kaya coz sc wrote:

so, kerajaan BN boleh kira kalah..... BA dah boleh memerintah di 5 negeri..... MCA, GERAKAN, MIC DAN PPP secara keseluruhannya ditolak oleh pengundi...... Maka, adakah sinar untuk kita????



...sinar apa lak yg kau cari ni ...



sinar yg ni kita boleh tunggu dan lihat bagaimana keadaannya nanti sbb ada mentari merah di ufuk timur tandanya cahaya siang akn mjelma..tp sinar sc no komen, tak nampak apa2 yg jelas lagi setakat ni.confusedconfusedconfused 



.... oooooooo...gitu ......



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

amank1965 wrote:

memang patutu pun paklah letak jawatan...najib pun sama ...kalu tak kerana undi pos ngan hantu entah lungkup jugak tu....berilah pada golongan muda dan lebih berdaya saing dalam umno dan bn meneraju negara sbb dia menag kan.... tapi aku syukur sebab dia tak sapu majoriti 2/3 ...jadi BA punya suara kuat untul membangkang ...harap2 next election BA akan menang dgn jayanya lagi....lawak juga juak2 BN masih nak mainkan isu2 perkauman..... skrg dah terantuk baru nak tergadah paklah ...dulu tido kuat...tuntutan orang melayu dia pandang sepi jer .....skrg rasakan



.... hantu-hantu tu dah balik kubur ke belum aaaa. Dengar khabar hantu2 tu protes pasal tak dapat bayaran. Betul ke? ...



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

salam..

tahniah kepada kita semua sebagai penyokong kearah pembaharuan...semoga dgn kemenangan 5 negeri ini ...BA tidak akan leka dan selesa kerana perjalan ini masih jauh dan baru bermula .... INGAT KEMENANGAN DAN KEKALAHAN ITU BUKANLAH MASALAHNYA TETAPI UNTUK MENGISI KEMENANGAN ITU SERTA MENERUSKAN AGENDA YANG DINYATAKAN ITULAH CABARANNYA...semoga percaturan yang telah lalu akan membuka sedikit ruang kepada penyelesaian SC pada bulan april ini...

Allah Hu akbar , Allah Hu akbar , Allah Hu akbar

Buat IMRICH , jangan terlalu kecewa dgn kekalah kita di terengganu kerana dgn kemenangan BA mendapatkan 5 negeri tlh membuatkan pentabiran PAKLA menjadi kelam kabut dimana dlm sejarah BN, inilah pertama kalinya mereka dinafikan 2/3...mereka masih gah dgn kemenangan di terengganu dan biarkan negeri terkaya itu meleka dan melalaikan mereka semua , InsyaAllah kita akan melipat gandakan usaha kita dari sekarang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat terengganu bahawa kesilapan mereka membuat pilihan pada PRU ke 12 ini akan ditebus kembali pada PRU 13 Nanti...

__________________

_____________________________
Masih ada sinar di hujung sana



Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

SELAMA 18 TAHUN KELANTAN BERSEORANGAN DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN....DALAM TEMPOH ITU JUGALAH RAKYAT KELANTAN DIBERI PILIHAN, KALAU NAKKAN PEMBANGUNAN KENA PILIH BN......KELANTAN MUNDUR......RAMAI RAKYAT KELANTAN BERHIJRAH KE LUAR NEGERI, SEBAB KELANTAN DIPERINTAH OLEH KERAJAAN PAS......SEKARANG, KELANTAN DAH ADA KAWAN......ADAKAH ISU PEMBANGUNAN AKAN DIMAINKAN SEKALI LAGI OLEH PENTADBIRAN PAK LAH?...

***NAMPAKNYA LAGI RAMAI LA MENTERI BESAR YG X BOLEH CAKAP DALAM TV.....KALAU CAKAP PON, DIALOG SEPARUH2.....TAKBIR...



__________________
psc


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

kalau pak lalala..tak undur diri, memang sah muka tak tau malu, gila kuasa, tamak harta dunia, nak cover menantu.

skrg negeri dia bwh BA..jd lebih elok saja dia tumpukan usaha di pulau pinang saja. takyah nak tumpu seluruh malaysia ni jd PM. jd saja ketua pembangkang di pulau pinang.

kita tengok dulu mcmana laporan kat tv kelak ada ke tak ucapan menteri besar/ketua menteri BA keluar tv. atau yg byk keluar nanti kenyataan2 pengulas berita yg byk memburuk2 pentadbiran BA disana. nasib baik la si mamak maiden tu tak jd menteri penerangan lagi, tp rasa2nya selagi nama BN mentadbir penerangannya 2X5 saja, bezanya cuma tahap putar belitnya saja tak sama bg setiap menteri.

seperkara lagi saya terperasan yg iklan kartun sang kancil dan kura2, kerbau  kena ngap buaya ditolong kancil keluar dlm tv smlm. mcm sindiran utk mereka saja kartun tu. sbb si arnab kaki tido merasakan gerenti dia menang akhirnya kalah mcm BN. si kerbau pulak bodo kalau bkn kancil yg tolong tentu dia dah kena baham buaya mcm BN yg nyaris2 kalah stakat majoriti mudah saja sbb dia tak sedar yg dia bodo.

-- Edited by akai pc at 09:25, 2008-03-10

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

khir toyo indon ke MB SELANGOR lagi?

__________________
surewin


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

patut suruh dia jual cendol kat TERENGGANU sekarang seperti INDON lain.kekekekekeke

__________________
surewin


Junior Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

imrich wrote:

patut suruh dia jual cendol kat TERENGGANU sekarang seperti INDON lain.kekekekekeke




 tak baik ko suruh dia jual cendol..... kan dia ada kedai penyapu .....so pemilik penyapu ni pun dah kena sapu keluar jadi pembangkang. baru dia tau ....dulu dia anugerah penyapu pada PBT yg dia rasa tak perform ...rupa2 nya dia 2x5 jugak



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

salam
saya teringat lagu ini yang popular satu ketika dulu " ala ala ala latuk ali , ala ala ala latuk ali jangan saman " saya kira Khir toyo akan mengetuai barisan pembangkang menyanyikan
lagu ini ...sewaktu dewan rakyat selangor bersidang"



__________________

_____________________________
Masih ada sinar di hujung sana



Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Terima kasih penyokong dan pendokong BA yang berjaya mengajar BN. Balasan Kedurjanaan BN dibalas dengan tergadai 4 buah negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen. Sesungguhnya doa orang2 teraniaya dimakbul tuhan yang maha kuasa. Syukur ke hadiratnya. Kebangkitan rakyat menentang penindasan dan kedurjanaan BN membuatkan mereka kecut dan takut. Apapun ini baru permulaan dalam misi menumbangkan sama sekali kerajaan BN. Ayuhhh....perjuangan diteruskan untuk menghapus sama sekali Barisan Neraka ini.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

salam,

TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH.

Anda telah undi dengan penuh kebijaksanaan.
Dunia telah menyaksikan satu lagi perubahan.

wassalam.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Harapan Baru Untuk Malaysia

Hari ini, melalui kertas undi, anda telah mendengar suara hati anda dengan sepenuh tekad bahawa masa untuk perubahan sudah tiba.
Rakyat Malaysia telah bersuara. Ini adalah detik bersejarah, yang luar biasa dalam sejarah negara kita.
Hari ini lebaran baru telah dibuka. Rakyat telah mengundi dengan berani dan terbuka untuk melangkah ke satu era di mana kerajaan yang dibentuk mestilah bersifat terbuka dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya adalah satu rakyat yang bersatu.
Rakyat telah meluahkan tanpa sebarang ragu bahawa mereka tegas mahukan akauntabiliti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.
Hari ini, perpaduan dan persefahaman bersama antara rakyat telah menang.
Esok, kita akan memulakan gerak kerja untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Malaysia, dengan saling berpimpin tangan dan berganding bahu ke bahu.
Inilah harapan baru untuk Malaysia!

ANWAR IBRAHIM


-- Edited by Hamid at 20:14, 2008-03-10

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Junior Member

Status: Offline
Posts: 38
Date:

ALLAHUAKBAR.............. TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI................ KITA BELUM MASIH BOLEH TIDUR MACAM MANA PAKLAH TIDUR DALAM OPIS DIA KAT PUTRA JAYA. PEMIMPIN2 BARU YANG KITA PILIH NI MEMANG HEBAT2 BELAKA. DEPA SEMUA KENA TERUSKAN DAN SEMPURNAKAN MATLAMAT DAN HASRAT KITA SEMUA UNTUK TUKAR KERAJAAN BARU YANG DIRASAKAN MEMANG BERKEMAMPUAN. SENANG CERITA MULAI DARI SEKARANG.......... APA-APA PUN, TUNAIKAN JANJI DULU....... CUMA HARAPAN KITA, DEPA TAKKAN BUAT PASAI MACAM MANA PAKLAH LEMBUT BUAT KAT KITA. TAPI, AKU TERINGIN JUGAK NAK ADA DUIT BERBILION MACAM PAKLAH NGAN KJAM..aludin..TU.... BUKAN APA, BLEH AKU PI MEREMPIT DGN HELI. SRONOK2 KAT GENTING, BEST WOOOO!!!! SURUH PAKLAH LETAK JAWATAN JELAH.....

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

Seperti yang semua orang maklum, setiap pengundi akan diberi 2 kertas undi iaitu satu untuk Parlimen dan satu lagi untuk Dewan Undangan negeri (DUN) dan setelah memangkah kertas undi tersebut, ianya akan dimasukkan kedalam peti undi yang berkenaan. dalam proses pengiraan, kertas undi ini akan sama dengan jumlah pengundi yang keluar mengundi, Dan di DUN N 21 Peramu Jaya (Dalam Parlimen Pekan ) Jumlah Keluar mengundi adalah seramai 17,443 sementara jumlah kertas undi adalah 17,524 (BN 10,903 + Pas 6231 + U/Rosak 390) iaitu lebih 81 dari mana keertas undi tersebut ? (HANTU YANG MENGUNDI) 

sementara di Parlimen Pekan pula jumlah yang keluar amengundi adalah 47,869 sementara kertas undi adalah 47,321 kenapa 548 orang tidak memasukkan kertas undinya didalam peti undi. Sama-samalah kita fikirkan...... confused confused confused

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 508
Date:

Baguslah sebab kononnya gov swisscash, then undi BA, tak sedar negara dan nak tergadai dgn DAP & Hindraf. Sekarang india dan cina urged deputy mb from india or cina, dalam dua main states Perak & selangor, dan ada yang melampau menyuruh raja azlan shah waive ruling yang mb only muslim melayu. Terima kasih pengundi2 bijak kerana undi ikut perasaan. Janganlah tengok apa yang aku ucapkan sebagai negatif, tapi renung2kanlah ada tak kebenarannya. Setelah DAP menang taulah kita mereka ni betul2 nak kan kuasa.

Tahniah all voters. Aku undi Pas, no way PKR (parti rojak).

__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..


Junior Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

RE: PLIHAN RAYA DAN PELABUR S.CASH

Baguslah sebab kononnya gov swisscash, then undi BA, tak sedar negara dan nak tergadai dgn DAP & Hindraf. Sekarang india dan cina urged deputy mb from india or cina, dalam dua main states Perak & selangor, dan ada yang melampau menyuruh raja azlan shah waive ruling yang mb only muslim melayu. Terima kasih pengundi2 bijak kerana undi ikut perasaan. Janganlah tengok apa yang aku ucapkan sebagai negatif, tapi renung2kanlah ada tak kebenarannya. Setelah DAP menang taulah kita mereka ni betul2 nak kan kuasa.
_______________________________________________________________________________
Sejarah membuktikan UMNO lah yang membuka jalan utk puak hindraf dan DAP berani tuntut hak mereka(cth: pemberian Singapura) dan bertindak kurang ajar dengan insititusi kesultanan Melayu.Apa yang berlaku sekarang tidak dapat tidak, orang Melayu Islam kena berani hadapi. Kalau kita tidak yakin dengan agama Allah siapa lagi? nak harapkan orang hindraf dan DAP?.. mereka cukup takut dengan momokan orang UMNO yang satu masa dulu pernah menuding jari arah Kelantan ...sambil berkata dengan nada sinis "nak rasa sup tangan, jom pi Kelantan".
So, kesimpulannya sekarang kita tak perlu gentar dengan ancaman Hindraf @ DAP atau apa-apa yang sewaktu dengannya, yang penting kita harus yakin sepenuhnya dengan ALLAH. DIA MAHA MENGETAHUI. Berjaya atau tidak kita meletak Melayu Islam sebagai Menteri Besar Perak tidak akan dipersoalkan di akhirat kelak. Yang dipertanggungjawabkan ialan apa yang kita usahakan dalam menegak dan meninggikan syiar Islam. Bagi non Muslim, jika nak tahu bagaimana Islam memerintah, jom pi Kelantan dan tanyalah sendiri non Muslim di sana selama PAS memerintah , sudah berapa kali mereka merasa keenakan sup tangan di Kelantan.
ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!



__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

tahniah kpd semua pengundi yg telah menjalankan t/jawab sebagi pengundi yg bijak..... suara keramat rakyat telah dikeluarkan dan jadikan ianya sebagai panduan di hari akan datang supaya ' mereka ' tahu yg suara rakyat lagi mahal dan bahaya

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

UMNO patut byk terima kasih kat parti2 BN di sarawak krn dpt byk kerusi parlimen. BN di sarawak diterajui oleh Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) yg ahlinya terdiri melayu srwk, melanau, iban, bidayuh, kayan, kenyah, kelabit, penan, kedayan dan lain2 bumiputera. daripada 31 kerusi parlimen DAP cuma menang di bandar Kuching majoritinya cina. tempat lain juga ada cina tp disebabkan bumiputera di sarawak tak melampau terlalu mengungkit dan memprovokasikan soal perkauman dgn cara baling batu sembunyi tgn sbgaimana dibuat org melayu dlm UMNO berkenaan hindraf dan kekurangan ajar hishamudin menghunus keris depan kamera tv, maka kaum cina di srwk boleh terima keharmonian dan hubungan baik ini dgn kaum bumiputera srwk. kalau kita tak hormat sensitiviti org lain, maka org lain juga takkan hormat sensitiviti kita. itulah yg dibuat oleh org cina di semenanjung dlm PRU12 kali ini. maka itu DAP byk menang disokong org cina.

malang bg BN krn UMNO terlalu angkuh, sombong dan bongkak. org lain tetap akan hormat hak kita selagi kita jaga hak kita dgn baik dan tidak membuat tuduhan sebarangan bhw org lain cuba cabar hak kita. org lain takkan boleh buat apa2 pun sekiranya kita jaga hak dan kepentingan kita sendiri. apa yg telah UMNO buat, UMNO telah mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu sbgai bhsa rasmi dan kebangsaan, UMNO mencemarkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang2 dilanggar dgn membuat hukuman dulu sblm dibicarakan dgn menyalahgunakan ISA, Islam dicemar dgn hadhari, isteri2 pemimpin UMNO ramai tak bertudung takda tauladan yg baik utk dilihat rakyat jelata dr kalangan Islam. byk lagi perkara lain tentang hak2 dan kepentingan melayu telah UMNO cemarkan. itulah antara punca kenapa ramai calon UMNO yg bertanding ditolak dan beralih kepada PAS dan PKR.

PAS dan PKR dari segi ideologinya lebih universal berbanding UMNO-MCA-MIC yg lebih bersifat perkauman. selagi PAS dan PKR diterajui oleh org melayu dan Islam walau siapa pun yg jd ahli mereka, tak kira cina, india atau bangsa lain mereka masih boleh terima kepimpinan melayu jika melayu hormat hak dan kepentingan mereka. ketika melayu dihormati inilah maka kepimpinan melayu dan Islam dlm PKR dan PAS perlu menonjolkan kewibawaan mereka sebagai pemimpin kpd ahli parti yg bukan melayu. sebab itu lah ramai juga org cina dan india sokong PAS dan PKR berbanding UMNO yg bersikap kurang ajar dan perkauman.

saya tidak lihat pengundi pembangkang ikut perasaan, mereka mengundi krn telah menyampah dan tak yakin lagi dgn UMNO yg talam dua muka antara Islam dan sekular, berpura2 kononnya membela org melayu tp yg ditolong sampai kaya raya adalah keluarga dan kroni2 mereka saja. org melayu yg lemah dan miskin dikatanya malas kalau terus bg subsidi, hanya mau cepat kaya, tak tau jaga sehinggakan kena culik, tak tau didik anak sampai rosak akhlak. tp apa yg UMNO ni buat utk tolong org melayu yg lemah dan miskin ni spya mampu berdikari, bantuan diberi tapi tindakan susulan tiada, tiada sokongan, tiada dorongan, tiada bimbingan, hanya sekadar bantuan dan lepas tu habis begitu saja minta bantuan sekali lagi.

kenapa anak kena culik, kenapa anak rosak akhlak. apa yg UMNO buat dlm usaha nak btk akhlak anak2 ni. dlm tv tiap hari cerita indon, cerita philipine, cerita thailand, cerita amerika latin, akademi fantasia, mlysia idol, konsert, semuanya artis2 pakaian seksi2. bila tiap hari anak tengok ibubapa suruh smbhyang pun kalau tak dipaksa tak berganjak depan tv. isteri pemimpin UMNO sendiri pun tak tunjuk tauladan baik, pemimpin UMNO lagi la teruk sampai pegang2 pinggang dan bahu, bagi penyapu, angkat keris, melalak macam samseng bila berucap dan mcm2 lagi perangai buruk dipertontonkan. kemudian menuduh pemimpin pembangkang itu dan ini. 

sebenarnya kita dah bosan dgn kepura-puraan sebegini, kita tak mau lagi diperbodohkan dan diperdayakan oleh propaganda dan dakyah UMNO ni. Adalah lebih adil kalau kita dengar dan perhatikan dari dua pihak, siapa lebih terbuka dan siapa pula yang mengambil kesempatan memburukkan pihak lain. dlm hal ini saya lihat UMNO sgt tertutup minda dan ruang mereka dan mempunyai sikap pemimpin dan kepimpinan paling teruk. 

kenyataan saya ini ada kebenarannya...jd fikir-fikirkanlah secara rasional krn kita masing2 ada akal yg sempurna utk berfikir. ini bukan krn soal swisscash ditutup dan diharamkan, kalau nak haramkan biarlah diharamkan semuanya, biarlah ditutup semuanya.

 



__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

jd..tak perlulah penyokong2 UMNO kat sini nak menegakkan benang yg basah dan menuduh pembangkang membangkitkan soal perkauman. kalau UMNO tak timbulkan soal perkauman dgn mengaitkan sesuatu isu itu dgn perkauman kononnya didalangi oleh pembangkang, org lain takkan bangkitkan soal perkauman ini. sebab UMNO yg mulakan maka sudah pasti akan merebak menjadi isu yg benar2 menjadi perkauman diprovokasikan oleh UMNO ini. dah nama UMNO (United Malay National Organisation) jd semua ahlinya melayu saja.

krn itu org cina dan india memberi sokongan pula kpd pembangkang krn parti mereka hanya jd pak turut dan diperkudakan oleh UMNO utk kepentingan survival kuasa pemimpin UMNO yg mementingkan diri, keluarga dan kroni2 mereka dlm kerajaan. kalau membantah nanti dikata pemimpin UMNO yg pemimpin MIC dan MCA tak sokong UMNO, bila tak sokong maknanya tak bersatu padu dan seia-sekata. kalau dilihat tak bersatupadu oleh rakyat maka akan goyahlah kedudukan mereka. disinilah dpt diperhatikan yg kepimpinan MIC, MCA dan Gerakan dlm keadaan serba salah dan tiada keyakinan akibat diikat oleh kepimpinan UMNO. rakyat tak mudah ditipu dan diperdaya oleh kepura-puraan ini maka yg menerima akibatnya pemimpin MIC,MCA dan Gerakan ditolak kaum mereka sendiri gara2 jd tunggul dan kayu tak mau membantah dan bersuara, terlalu patuh pd pemimpin UMNO yg jelas menyeleweng dan menyalahgunakuasa.

PAS parti islam, sapa2 pun tak kira india, cina asalkan Islam boleh masuk PAS. kalau tak nak jd ahli, sokong pun boleh selagi apa yg diperjuangkan tidak memperlekeh atau menafikan hak kaum dan agama lain. PKR pun ahlinya berbilang kaum, jika kepimpinan melayu menunjukkan kewibawaan dan perpaduan dlm parti itu, kaum lain boleh terima kepimpinan melayu dgn baik asalkan tidak merendah2kan atau membelakangkan hak mereka.

pasal DAP pulak sememangnya majoriti kepimpinan mereka adalah cina dan parti ini beroleh kekuatan di kwsan yg ramai org cina. bagi mengimbangi DAP ini spya mereka tidak keterlaluan dan melampaui batas maka PAS dan PKR yg diterajui oleh kepimpinan melayu Islam perlu kukuh dan bersatu padu memelihara keharmonian di kalangan ahli mereka. maka itulah kita boleh perhatikan yg DAP dan org cina di Pulau Pinang boleh terima PAS dan PKR. krn DAP tau dlm PKR juga ada org cina dan india, sementara PAS pulak dilihat sebagai parti bukan perkauman. jika dlm PAS pun ada org cina beragama Islam mungkin DAP boleh terima PAS dgn baik dan hati terbuka.

itulah bezanya antara UMNO-MIC-MCA dgn DAP-PKR-PAS. satu kumpulan parti masing2 mewakili kaum, sementara kumpulan yg satu lagi jika diurustadbir dan dipimpin dgn baik boleh membuka pintunya kpd mana2 kaum utk jdi ahlinya. jd mana satu kumpulan parti yg bersifat perkauman. 



-- Edited by akai pc at 02:00, 2008-03-11

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

HIi semua,

Ini dah jadik isu sikit nie tentang pakatan DAP, PKR dan PAS. Tentunya isu menteri besar. Pertama sekali di negara Malaysia, rukun negara amat penting. Salah satunya adalah kesetiaan kepada raja dan negara. Menghormati dan mematuhi kehendak yang dipertuan agong dan raja raja amat penting sekali.
Kita tak boleh mencinakan negara ini, mengindiakan negara ini atau melayukan keseluruhan negara ini. Pakatan DAP, PKR dan PAS adanya dengan sikap toleransi. Ini adalah tanah melayu dan merdeka sebagai malaysia. Institusi Raja Berpelembagaan mesti di hormati. Kalau raja raja meminta orang melayu menjadi menteri besar itupun perlu di hormati. Sekian. Jangan lupa perjuangan kita semua.

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 508
Date:

aqmal wrote:

HIi semua,

Ini dah jadik isu sikit nie tentang pakatan DAP, PKR dan PAS. Tentunya isu menteri besar. Pertama sekali di negara Malaysia, rukun negara amat penting. Salah satunya adalah kesetiaan kepada raja dan negara. Menghormati dan mematuhi kehendak yang dipertuan agong dan raja raja amat penting sekali.
Kita tak boleh mencinakan negara ini, mengindiakan negara ini atau melayukan keseluruhan negara ini. Pakatan DAP, PKR dan PAS adanya dengan sikap toleransi. Ini adalah tanah melayu dan merdeka sebagai malaysia. Institusi Raja Berpelembagaan mesti di hormati. Kalau raja raja meminta orang melayu menjadi menteri besar itupun perlu di hormati. Sekian. Jangan lupa perjuangan kita semua.



DAP ini belum apa2 dah mintak itu ini...cubalah baca blog2 cina malaysia yang bersepah di alam cyber ni, dan buat penilaian apakah yang kaum cina malaysia mahu selama ni setelah merasa ada kuasa sikit.  Adakah memihak kepada melayu?? DAP tu anti-islam, anti bahasa melayu, anti bangsa melayu, anti-bumiputera, dan anti polisi2 ketuanan melayu.  Hindraf dalam watikahnya menuntut timbalan mb Selangor dilantik M. Manoharan.  Aku harap jangan sampai TPM nanti cina baru nak sibuk2 bantah.

Memang Pak Lah sangat lemah, dan kepimpinan beliau yang menyebabkan BN hilang 2/3.  Tapi diharap kawan2 dapat meneliti apa janji2 anwar ibrahim kepada kaum cina & india.  Diharap kita perlu melihat dari sudut melayu sebagaimana cina dan india sekarang.  Mereka tak kisahkan kerajaan campuran, mereka hanya mahu hak sama rata, malaysian malaysia,...dan bila harga rumah 10% bumiputra ditarik balik, baru kita sedar sudah terhantuk baru tengadah.  Aku ada pendapat aku sendiri dan jangan anggap aku berfikiran tertutup sememangnya aku setuju kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah memang jelik, tetapi di atas survival bangsa melayu, kita mesti pikirkan cara menangkis serangan pihak2 yang anti-melayu, yang selama ni menyimpan dendam terhadap bangsa melayu.  Kita mesti skeptikal, dan ada baiknya kita berfikiran negatif.

Bangsa malaysia bagi kaum cina adalah retorik, mereka hanya akan berkira tentang kepentingan kaum mereka sahaja.  "Bangsa Malaysia" hanyalah vehicle bagi kaum cina mencapai cita2 mereka.  Pakar penganalisis politik (TV3) dalam kajiannya mendapati ada wujud konspirasi MCA memberi semua undi kepada DAP so that Cina will have kuasa mutlak.  Tahukah anda bahwa semua 18 kerusi dimenangi di Perak adalah bekas kerusi MCA-BN?? DAP will never listen to malays, and PKR is a multiracial party.

SAY NO TO TIMBALAN MENTERI BESAR CINA. 



-- Edited by AMIR HASAN at 12:39, 2008-03-11

__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..


Otai Member

Status: Offline
Posts: 508
Date:

"Ong berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjumpa dan berbincang dengan MCA menjemput mereka untuk menyertai kelompok pembangkang bagi membentuk Kerajaan Persekutuan."


What the hell is Anwar Ibrahim trying to do???

Bertambah gagahlah cina...dulu agenda anwar ialah MELAYU...sekarang dah blur, nampak macam selfish and survival for his political career, and vengeance.

__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..


Junior Member

Status: Offline
Posts: 48
Date:

aku ingat kan usahlah pertikaikan kedudukan melayu cina india....

unsur unsur ni dah lama dah ditanamkan oleh pemimpin pemimpin terdahulu...

sebabnya....takut kekalahan....

negara kita masih ada undang undang...measih ada lagi perlembagaan...

dan yang paling penting kita masih ada Kitab Al Quran sebagai pegangan hidup kita....

rasanya di kelantan tidak ada permasalahan ini....semuanya diberi sama rasa sama rata..

berikan peluang kepada para pemenang untuk menjalan tanggungjawab....

ada lima tahun untuk menunjukkan amanah diberikan oleh rakyat..

yang paling penting jika ada sebarang cadangan yang diberi menunjukkan keputusan berat sebelah ..baru kita bersuara sebagai rakyat...para pemenang juga mempunyai pemerhati untuk dinilaikan prestasi mereka...

tidak semestinya apa apa yang berlaku adalah berat sebelah kepada mana mana pihak....

setiap kebaikan ada keburukan dan setiap keburukan ada kebaikan.........

kerana kita perlu yakin semua ini adalah Qada' dan Qadar dari ALLAH SUBHANAwataalah....

ANDA SUDAH SEMBAHYANG???

__________________
«First  <  15 6 7 8 911  >  Last»  | Page of 11  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard