Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SWISSCASH, S.M.F DAN D.K.T SUDAH TIADA: APA TINDAKAN KITA SETERUSNYA...???


Junior Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:
SWISSCASH, S.M.F DAN D.K.T SUDAH TIADA: APA TINDAKAN KITA SETERUSNYA...???


SWISS MUTUAL FUND(1948)-SWISSCASH DAN DREAMKAYA TEAM SUDAH LENYAP TANPA SEBARANG ULASAN/JAWAPAN!!!

APAKAH TINDAKAN KITA SETERUSNYA...???

MARILAH KITA BERBINCANG DGN SERIUS DAN MENGKAJI TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL; BERLANDASKAN UNDANG2 NEGARA DAN UNDANG2 ANTARABANGSA.


__________________
STAND-UP FOR YOUR RIGHT...!!!

Sesapa makan duit swisscash scam aku, aku x halalkan dunia akhirat.
Amin.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

fikir macammane nak dpt blk duit kita tu...bagilah idea gang....

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 28
Date:

bagusnya kalau ada peguam atau yg arif dlm undang2.
dan apa kekuatan dlm kes ni..adakah berpihak kpd kita
atau langsung tiada?

please la mereka yg bijak pandai..
dan bagi la thread ni bersih dari maki hamun.

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:


Salam semua,

Swiss Mutual Fund(1948) seperti semua sedia maklum, telah berjaya mengumpul berBILLION DOLLAR...!!! Ini bukan duit puluhan atau ratusan juta tetapi BILLION!!!

Cuba kita bayangkan, betapa liciknya PENGANJUR/PEMILIK SMF(1948) ini. Saya tidak mahu menuduh sesiapa; TETAPI saya mahu kita BERBINCANG SECARA WARAS dan mencari dan membongkar ke akar umbi, siapa PEMILIK sebenarnya...!!!

Kita boleh mulakan dgn dgn membongkar kisah si Albert Lee dan BB Ng.
MEREKA sendiri MENGAKU, mereka adalah terlibat secara LANGSUNG/ memegang jawatan dlm SMF(1948).

Cuba anda bayangkan, sekiranya seorang DIRECTOR sebuah syarikat yg menggelapkan wang berbillion dollar...adakah TIADA seorangpun ambil pusing akan dia?
Sekurang-kurangnya, DIA mesti tahu cerita disebalik SMF(1948) ini.

Marilah kita MULAKAN dgn bersama2 mencari maklumat Albert Lee. Saya pohon bantuan pelabur dr Sarawak yg mungkin tinggal berdekatan kg halaman Albert utk memberi maklumat.

Kita ingin mencari KEADILAN bg SEMUA pelabur SC. Bukan utk bertelagah sesama sendiri.


__________________
STAND-UP FOR YOUR RIGHT...!!!

Sesapa makan duit swisscash scam aku, aku x halalkan dunia akhirat.
Amin.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Bkn albert lee je, PASTIKAN SEMUA DKT LEADER YG KONON2NYA SMUA POWER RANGER...DIHERET SAMA..DAN PASTIKAN JUGA SEMUA DUIT PELABUR2 DIPULANGKAN SEMUANYA KERANA TELAH JELAS LAGI BERSULUH SWISSCASH NI SCAM DAN PENIPU

SKRG DKT TELAH TERLIBAT DALAM PENIPUAN TERBESAR DALAM SEJARAH MELAYU DI ISLAM KERANA TELAH MENGUTIP WANG , DAN KEMUDIAN MASUKKANNYA DALAM SWISSCASH DAN MEREKA MENDAPAT PULANGAN SAMA BERBENTUK TAJAAN ATAU KOMISYEN TAJAAN

SEMUA DKT LEADER WAJIB MEMULANGKAN SEMUA DUIT DOWNLINE MEREKA SETELAH SKRG TERBUKTI SWISSSACH PENIPU DAN SCAM , KALAU TIDAK , JELAS MEREKA SEMUA TERLIBAT DALAM PENIPUAN INI DAN WAJAR DIHERET KE MAHKAMAH UNTUK DITUDUH SBG PENIPU2 BANGSA MELAYU

APA KATA KAWAN2 SEMUA KAT SINI ? DAH SAMPAI MASANYA KITA BERTINDAK, JGN TUNGGU LAGI DAN BIARKAN PENIPU2 NI SMUA TERLEPAS

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Sori aku nak komen skit ye..aku tgk kbykan plabur2 yg ada kat sini mcm x pedulikan hak korang
jgn korang igt dkt akan bela nasib korang psl dorang smua skrg tgh sibuk sorookan duit dorang yg byk , yg dorang rompak dari kita

Aku nak tgk dan baca byk suara dlm thread ni, sama2 kita menangkap pencuri2 ni yg sdg bersenang-lenang dgn harta yg dorang curi dr kita hasil titik peluh kita

Sori aku ckp dkt penyamun dan pencuri krn setelah dorang tahu sc ni scam pun , dorang langsung x ada usaha2 utk pulangkan duit smua plabur2 yg kena tipu

Jgn dkt nak dakwa dorang dpt duit tu dgn BEKERJA, krn jelas duit tu DKT DAPAT HASIL DR PENIPUAN DENGAN MENIPU PELABUR IAITU DGN CARA MELOBI PELABUR TERJUN KE DALAM GAUNG YG BERNAMA SWISSCASH

Ok..aku terima alasan2 dkt yg kata MASA DORANG PROMO SWISSCASH , DORANG X TAHU YG SWISSCASH SCAM..TP SKRG DORANG DAH TAHU KAN ? SO APA DORANG TUNGGU LAGI, NAMPAK SGT DKT MMG PART OF THE SCAM...DORANG MMG BERSEKONGKOL DGN SWISSCASH UTK MENIPU ,PASAL TU SELEPAS TAHU SWISSCASH MENIPU PUN , DORANG MSH MENYOROK DAN ENGGAN MEMULANGKAN SEMUA DUIT2 PELABUR YANG DORANG DAN TIPU

TAKPE...KALAU DKT NAK MENYOROK, KITA SEMUA...YE..KITA SEMUA TARIK DORANG KELUAR DAN AMBIL BALIK HAK KITA IAITU DUIT KITA SEMUA YANG DKT TIPU...JGN LENGAH2KAN TINDAKAN KWN2....

DKT NI KADUK DAH NAIK JUNJUNG ATAU TELUNJUK DAH MENCOCOK MATA, X AKAN KITA NAK BIAR LAGI...MACAMLAH PELABUR2 NI SEMUA BAHALOL DAN BODOH SANGAT DORANG NAK TIPU...

__________________



Newbie

Status: Offline
Posts: 5
Date:

not releven.....

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Kurma Madu wrote:

not releven.....




me too

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Typical penjilat yg nak backcup dkt........malas aku nak layan
Silap2 dorang ni 1 of dkt eam yg mmg penyamun dan penipu..jgn takut korang x akan lepas

__________________



Junior Member

Status: Offline
Posts: 31
Date:

MANGSA SWISSCASH wrote:

SWISS MUTUAL FUND(1948)-SWISSCASH DAN DREAMKAYA TEAM SUDAH LENYAP TANPA SEBARANG ULASAN/JAWAPAN!!!

APAKAH TINDAKAN KITA SETERUSNYA...???

MARILAH KITA BERBINCANG DGN SERIUS DAN MENGKAJI TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL; BERLANDASKAN UNDANG2 NEGARA DAN UNDANG2 ANTARABANGSA.





kepada sesiapa yg berwibawa dan berupaya melaksanakan tugas ni diminta tampil kedepan mengetuai tuntutan ni....


__________________
swisscash


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

X payah brwibawa x berwibawa bro , just kita kumpul semua ahlikat sini yg pelabur2 sc tulen , dan buang je pnjilat2 yg x brkenaan , set kan 1 tarikh , kita jmpa ramai2 , buat miting..dan putuskan 1 tindakan, senang nak gerak mcm tu

__________________



Otai Member

Status: Offline
Posts: 576
Date:

2006 Malaysia's Millionaire with SwissCash

ANUAR, AMIN, ROSLIZAM, DAMRONG, ZAIEDDI, IMAN, BAHARUDDIN, KAK YATI & ABG TUAH, RAVI, SORIA, HJ ZURIN, CIKGU MAILPOWER, LEBAIKAYA, AWANG(AJ), CIKGU AZMAN, CIKGU ISMAILSALLEH, JALIL, DRTEDY, KAKSU & ABG MIE, KAMISAN, RIDWAN, SYAMRI, CIKGU ANUAR, MUHAMAD

Our Global SwissCash Biz Partner

Hazrat Ali (Pakistan), K Ahmad Suriadinata (Indonesia), Nazri Omar (Malaysia), Ahmad Bakar (Brunei), Kenneth Siu (Hong Kong), Yukibo Okubo (Japan), Zygmunt Rejman (Poland), Joachim Kubistin (Panama), Tereita V Mew (Philipine), Aileen Poole (Australia), A Aziz Rahman (Singapore), Norbert Kornfeld (Austria), Henrik Anderson (Senegal), Johan Dirk Van Roon (Zambia), Henri Cerulli (Haiti), Sayed Rahim Sawarii (Afganistan), Mark Anthony (Malaysia), Metussin (Brunei), Salleh Majid (Malaysia), Nakor Vegacruz (Nicaragua), Johan Dirk (Afrika Selatan), Phil Steinberg (Switzerland), Marie J Ippodemonte (Auatralia), Manuel Barbosa Faria (Portugal), Jens Spannagel (Germany), Wilhelm Iseli (Switzerland), Ulrich Poetter (Germany), Kinya Kimani (Kenya), Shlomo Raviv (Israel), Steven Sigman (USA), Yoshigharu Horai (Japan), Hirofumi Ouchi (Japan), Manuel Barbosa Faria (Portugal), Barry Tait (USA), Roberto Tosini (Italy), Kristopher Oakes (USA)

Our Global SwissCash Biz Partner (website)

NAROD (RUSSIA), PROFITIZED, ONLINEINVEST, ROBERTO BLOG (ITALY), ROADTOMILLIONAIRE, DINAREMAS, AUTOMONEYFACTORY, MONEYCYBER, CLUBMENTOR (SURABAYA), MYMILYUNER (INDONESIA), SITUSINVESTMENT (MEDAN), ABANGCASH, MYSWISSCASH, IDSWISSCASH, MYDREAM2U, PUREPROFITS, GOSWISSCASH, E-SWISSCASH, SILAPBESAR, MYDUITS, BARAKAHTEAM, INVESDANA, GHAZALIRM, SWISSCASHCLUB (HONG KONG), RINGGIT2U, DBEST2U

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Isu kenyataan Bank Negara dan SJS
Serangan media Malaysia terhadap sc baru-baru ini agak keterlaluan. Setiap hari dipaparkan pelbagai tuduhan yg buruk terhadap sc. Antara tuduhan berkenaan termasuklah mempersoalkan kewujudan sc diluar negara, skim cepat kaya, tipu, terpedaya. Hal ini dijelaskan lagi dengan kenyataan lebih kritikal bahawa sc hanyalah rekaan atau ritorik rakyat Malaysia sendiri.

Sebagai rakyat biasa yg rendah pengetahuan dalam dunia pelaburan, pasti akan tergamam dengan persoalan berkenaan. Dunia pelaburan dalam offshore umpamanya, tidak diketahui oleh ramai orang biasa. Wal hal WP Labuan berstatus offshore pun masih ramai rakyat Malaysia tidak tahu.

Tidak dinafikan tujuan KOSMO menulis keraguan berkenaan SC adalah baik. Ia mengingatkan masyarakat agar berhati-hati dengan pelaburan luar negara dan asing seperti SC. Kejutan dan panik dikalangan orang awam termasuk ahli sc sendiri menunjukkan mereka tidak ada pengetahuan berkenaan pelaburan luar negara seperti offshore yg dibuat oleh SC. Ini adalah bukti kelemahan dari segi pengetahuan rakyat Malaysia terhadap Offshore.

Sebut sahaja pelaburan offshore pasti asing bagi kita tapi tidak bagi orang yg mahir dengan dunia kewangan. Negara-negara yg berstatus offshore semuanya berada diluar negara kecuali Labuan. Sebab itu SC terpaksa beroperasi di luar negara dan tidak di Malaysia. Tegasnya SC memang sebuah syarikat antarabangsa dan bukan kepunyaan rakyat Malaysia.

Berkenaan dengan peipuan dan skim cepat kaya juga tidak benar. Pihak mentor sc di Malaysia telah mengkaji akan kebenaran sc sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Status rakyat Msia yg cepat melatah dan tidak berfikir secara global menyebabkan mereka harus bersedia dengan jawapan yg tepat dan jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Oleh itu untuk menyiasat status sc mudah saja. Pihak mentor telah menggunakan bank no.1 di singapora untuk melakukannya iaitu DBS Bank. Mengapa guna bank singapora? Sebab bank singapora sangat teliti dalam penyiasatan terhadap sebarang sumber kewangan haram dari luar negara. Tujuan penyiasatan teliti ini antaranya untuk menyekat sebarang sumber kewangan dari pengganas. Oleh itu jika status SC dan Swiss Mutual Fund 1948 tidak pasti atau tidak wujud, secara automatik bank singapora akan menolak sebarang pembayaran atau penerimaan wang atas nama Swiss Mutual Fund 1948. Tetapi hal ini tidak berlaku.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Isu status SC sebagai syarikat tipu.

AAAASemakin lama masa berlalu semakin terserlah jawapan kepada kekeliruan tentang SC. Semalam pendedahan tentang SC telah dipaparkan oleh TV3 dalam buletin utama. Walaupun berita berkenaan dipaparkan dipenghujung buletin namun ia cukup melegakan. Pendedahan berkenaan alamat sebenar SC, pembayaran yg tepat, peranan SC sebagai institusi pelaburan OFFSHORE telah dipaparkan akan kebenarannya. TAHNIAH TV3..anda pembela kebenaran.

AAAAWalaubagaimanapun masih banyak lagi persoalan yg ingin diketahui oleh orang ramai. Begitu juga para pelabur SC sendiri. Paparan berkenaan kewujudan syarikat SC yg tidak jelas di The Commonwealth of Dominica dalam KOSMO baru-baru ini turut mengusarkan para pelabur.

AAAADalam laporan berkenaan kewujudan tentang syarikat SC dan alamatnya tidak sama seperti yg terdapat dalam laman web rasmi SC. Sumber maklumat dalam KOSMO kononnya tepat telah dipetik dari laman swisscashtipu.cjb.net. ( Klik untuk maklumat lanjut )

AAAASetelah diteliti oleh abangcash.biz, sebenarnya maklumat berkenaan tidak tepat dan bercanggah dengan maklumat sebenar. Maklumat yg dipaparkan dalam laman swisscashtipu.cjb.net sebenarnya telah dimanipulasi oleh pihak yg tidak berpuas hati dengan SC.

AAAAAntara manipulasi maklumat berkenaan termasuklah mengubah fakta sebenar berkenaan alamat SC dan tempoh syarikat berkenaan berdaftar. Jika anda ingin lihat akan manipulasi berkenaan sila lihat dan siasat sendiri kat laman WHOIS(klik untuk kelaman siasatan WHOIS). Kemudian bandingkan maklumat yg anda siasat dalam laporan dalam swisscashtipu.net.cjb dan KOSMO dengan maklumat sebenar di laman siasatan WHOIS. Pasti anda akan menemui perbezaanya.

AAAATegasnya maklumat dalam laman swisscashtipu.cjb.net adalah tipu semata-mata. Manakala KOSMO pula telah mengambil maklumat berkenaan sebagai asas beritanya untuk memburukkan SC. Rumusannya bahan berita dalam KOSMO tidak boleh dijadikan sandaran untuk menilai SC dan SMF. SC dan SMF mempunyai integritinya sendiri. Sebagai institusi kewangan antarabangsa yg telah wujud sejak 1948 dan stabil sehingga kini, mereka tidak akan membuat tindakan yg bodoh untuk menipu pelanggan.

Amaran: Laman cjb.net mempunyai banyak virus dan spyware. Jika anda ingin masuk kelaman ini sila update antivirus, antispyware, dan firewall anda. Kemudian sebelum tutup PC, scan keseluruhan PC anda.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Mengapa Orang Msia saja yg ramai invest kat SwissCash

aaaaSemalam abangcash telah menerima email dari seorang pelawat. Dlm email berkenaan beliau bertanya mengapa orang Msia saja yg ramai invest dalam SC. Persoalan ini menarik kerana ia mengambarkan seolah-olah SC dan SMF adalah buatan orang Msia. Persoalan ini juga ada dalam KOSMO. Jadi pasti ia mengamit hati kecil rakyat Msia untuk tahu kenapa??????

aaaaBaik, saya mulakan jawapan dengan bagaimana SC mula ditemui oleh mentor SC Msia. Secara kebetulan, SC mula ditemui oleh mentor iaitu dreamkaya dari laman autosurf. Laman autosurf ini hanya members saja boleh masuk itupun jika anda telah mendaftar sebagai ahli aktif yg berbayar.. kalau anda biasa main autosurf anda pasti tahu. SC telah diiklankan dlm laman ini. Harus saya jelaskan bahawa laman autosurf adalah laman untuk pengiklanan bisness di internet sahaja. Di sinilah SC bermula. Kemudian pihak mentor telah mencubanya sendiri di samping menjalankan beberapa penyiasatan. Selepas mendapat pulangan yg baik bertubi-tubi, barulah tercetus idea untuk memperkembangkannya kepada org Msia secara ONLINE.

aaaaTetapi team deamkaya yg terawal menyertai SC hanya menjalankan promosi di internet. Mereka sangat berpegang pada prinsip INTERNET MARKETING. Oleh itu ia tidak disedari oleh rakyat Msia sendiri kerana mereka tidak buka peluang kepada public. Walaubagaimanapun setelah SC sampai ke pengetahuan beberapa team Leader MLM barulah SC tersebar secara manual atau dipanggil gaya promosi MLM ( offline). Walaupun telah diberi amaran oleh mentor dreamkaya utk tidak berbuat demikian, namun amaran tidak dipedulikan. Kepantasan SC tersebar sudah tidak dapat disekat. Tau je la. Rakyat Msia dah biasa dengan taktik MLM. Jadi mereka menyebarkan SC sepantas kilat menggunakan taktik lama.

aaaaSejak itu gelombang SC bagai tidak dapat disekat lagi. Sampai ada antara ahli SC yg tak cukup maklumat tentang SC dan SMF, tersalah cakap sehingga ada mengatakan SC adalah Switzerland punya, SC kepunyaan Swiss Bank, SC lulus oleh Bank Negara dan Suruhan Jaya Sekuriti dan macam-macam lagi. Kemudian cara mereka mempromosi juga sangat extrem sehingga ada yg sewa dewan dan balai raya buat roadshow. Tak cukup dengan itu ada hantar flyer masuk ke peti pos rumah ke rumah dan pelbagai teknik pelik yg telah dilarang oleh mentor dreamkaya. Hal ini tambah menimbulkan kekeliruan orang ramai. Lihat amaran dreamkaya team disini.

aaaaBerbalik kepada soalan kenapa rakyat Msia saja yg invest dalam SC adalah tidak benar. Negara lain juga ada. Buat masa ini menurut mentor dreamkaya. pelabur dalam SC baru kira-kira 22,000 org di 40 buah negara. antara negara berkenaan termasuk Arab saudi, Pakistan, Iran, UAE, Hongkong, Cina, Afrika selatan, USA dll (klik untuk keterangan lanjut). Untuk data yg lebih tepat boleh diajukan kepada mentor dreamkaya sendiri.

aaaaDi Indonesia juga sangat teruja dengan SC. Lihat saja forum ahli SC di Indonesia dalam laman forum ini..http://forum.mitravita.com/..yg menarik mereka saling bekerjasama untuk mendapatkan kepastian tentang SC disini. Anda nilai sendiri berapa ramai yg memberi jawapan positif tentang SC. Bandingkan dengan kita di Msia, atas topik kerjasama sesama kita.


aaaaSatu lagi sebab SC tersebar sangat pantas ialah kuasa imbuhan dalam dalam matawang DOLLAR. Orang Msia ketika ini sangat galak melabur dlm SC walaupun tak di lesenkan oleh Bank Negara dan SJS, kerana pertukaran nilai wang dollar yg tinggi. Kebetulan nilai wang kita masih rendah berbanding dollar. Hal ini menyebabkan ahli SC mendapat pulangan untung yg tinggi selain dari 300% untung.

aaaaCuma persoalannya, mengapa peluang SC ini tidak meletup habis-habisan di negara barat. Jawapannya mudah saja. Sebab SC bayar pulangan dlm dollar. Itukan matawang tertinggi di sebelah barat terutama USA. Walaupun 300% untung dibayar oleh SC mereka tidak hairan sebab mereka dah biasa dengan nilai wang berkenaan. Lagipun ramai rakyat negara barat kaya dan hidup mewah. Apake hee nyosibuk dengan dunia pelaburan.

aaaaKecuali SC buat polisi baru dengan membayar pulangan dalam mata wang POUND. Pasti orang USA galak membuka mata. Dan jika ini berlaku seluruh dunia akan melabur dalam SC sebab POUND mata wang paling tinggi nilainya dalam pasaran matawang antarabangsa.kankan.kan!!!!!


aaaaBegitulah sedikit sebanyak info yg boleh saya kongsikan tentang soalan mengapa rakyat Msia yg banyak melabur dengan SC. Semoga saya dapat membantu. Dan jangan lupa melaburlah dengan SC sambil enjoy..Maksudnya labur sejumlah wang yang kita sanggup tanggung kalau hilang. Hilang wang dalam invsetment adalah biasa. Tak caya cuba anda siasat rakan-rakan yg melabur dalam beberapa Saham Amanah Negeri. Masa dilancar harga tinggi RM1.00 selepas 10 tahun nilai saham turun jadi Rm O.O1 sen.

aaaaKesannya ada pelabur yg invest tak dapat balik modal. Tapi sampai sekarang masih bayar hutang bank sebab nak labur dulu tak ada duit, lalu loan dengan bank. Cerita ni bukan rekaan. Ia fakta sebenar. Pergi la siasat sendiriatau KOSMO tolong siasat. Apa sudah jadi dengan saham amanah negeri yg dikatakan dulu selamat dan terjamin???????

aaaaTegasnya melabur dalam SC bukanlah satu-satunya pilihan yg baik untuk melabur wang anda. Ada banyak lagi cara untuk melaburkan wang anda dengan selamat dan terjamin. Namun semua peluang itu hanya hadir jika anda ada banyak wang berjuta-juta.



-- Edited by dudu at 18:11, 2007-12-17

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

ADAKAH Laman SC AKAN DItutup ????


aaaaaTidak lama lagi institusi yg berkuasa terhadap urusan kewangan dan pelaburan di Msia "akan mengambil tindakan menutup laman rasmi SC". Begitulah lebih kurang laporan gempak yg dinyatakan dalam akhbar tabloid KOSMO baru-baru ini. Selepas kenyataan berkenaan dikeluarkan, ramai pelabur sc rasa tidak selesa. Malah abangcash sendiri telah mendapat call dari berapa rakan dlm sc kerana berhasrat menjual dengan kadar segera e-point yg terdapat dalam akaun sc mereka. Panik nampaknya mereka?????

aaaaWalau bagaimanapun sampai kehari ini masih tak tutuppun laman sc. Semua ahli dapat berurusan dengan lancar di setiap laman masing-masing. Semua urusan transfer e-point dan jual, berjalan macam biasa.

aaaaDan yang menarik dalam Buletin 1.30 semalam ada melaporkan berita positif tentang SC oleh TV3. Syabas....TV3. Namun abangcash tak berkesempatan mendengar berita positif berkenaan secara "live". Cuma dengar-dengar saja dari rakan-rakan. Sebab itu abangcash tidak menulisnya disini. Takut salah tulis...jika salah fakta tentu buruk akibatnya. Walau bagaimanapun bagi sesiapa saja ahli sc yg mengikuti secara langsung berita berkenaan sila tolong sahkan. Laporkan berita berkenaan dalam ruangan Forum SC seperti yg telah disediakan oleh abangcash.

aaaaKali ini abangcash nak cerita pasal Labu Peram. Ia satu lagi tuduhan negatif terhadap sc yg terdapat di KOSMO. Ramai ahli sc turut tertanya-tanya. Kalau tak silap kenyataan bertajuk Labu Peram seperti dlm akhbar tersebut merujuk kepada peranan 2 orang kononnya tekong sc di Msia yg bertindak memeram duit para ahli sc Msia. Atau dengan kata lain pegang Deposit Haram!!!!!!!.

aaaaDalam undang-undang BNM individu yg tidak berlesen dari BNM tidak boleh kumpul duit orang lain dlm jumlah yg banyak. Itu setakat yg abangcash tau. Walau bagaimanapun kegiatan berkenaan tidak wujud dalam ahli sc. Sebenarnya memang betul mentor dreamkaya menerima wang dari ahli sc. Tetapi wang berkenaan bukanlah diperam oleh mereka. Wang berkenaan jadi milik mereka dah. Ia diterima dari ahli sc sendiri kerana ahli sc berhajat untuk membeli e-point dari mereka.

aaaaAhli sc yg baru daftar biasanya memerlukan e-point berkenaan. Selalunya jika ahli baru ingin labur sebanyak usd130, adalah kurang praktikal jika menggunakan perkhidmatan TT kat bank, sebab pertama lambat sampai dalam 3-6 hari, sebab kedua kena banyak potong oleh bank. Dah la orang tu tak banyak duit. Labur kat sc pun saja nak cuba. Jadi adalah lebih praktikal, cepat, mudah dan murah kosnya untuk beli e-point dari mentor atau penaja. Amalan ini bukan saja berlaku terhadap mentor dreamkaya, malah ia berlaku kepada setiap ahli dalam sc.

Cuma jika nilai pelaburan banyak sampai beratus ribu, yg ni mentor pun tak ada banyak e-point nak jual. abangcash sendiri paling banyakpun simpan 500 e-point dlm satu masa. Yang lain pay Out.

Begitulah ceritanya sebenar cara ahli sc keluar masuk duit dalam akaun sc. Orang lain jual barang nampak secara fizikal di luar sana. Manakala ahli sc jual e-point saja. Smart....kan, sikitpun tak sakit kepala nak simpan stok atau nak uruskan stok. Tegasnya dalam sc, ahli masih simpan stok, cuma ia dlm bentuk nombor dan angka sahaja. Tapi stok berkenaan sama sekali bukan LABU PERAM....ia adalah duit sebenar.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

VIP oh VIP

aaaaSemalam abang cash tlh mendedahkan sedikit info berkenaan dengan seorang VIP yang bergiat dengan sc. Beliau adalah seorang individu yg mahir dengan selok belok dunai kewangan dalam dan luar negara. Wajah beliau sering keluar dlm media massa sejak dulu hingga sekarang dalam membuat ulasan tentang ekonomi. Selepas pengumuman bajet baru-baru ini TV3 masih merujuk kepada beliau untuk mengulas isu berkenaan. Temuramah berkenaan disiarkan dalam MHI pukul 7.00am.

aaaaNamun abangcash menerima banyak call, email dan SMS feedback dari rakan-rakan sc, berkenaan hal VIP yg berada dlm SC. Mereka mahu lebih ramai VIP didedahkan dalam buletin abangcash yg seterusnya. Ini termasuklah mendedahkan berapa banyak RM atau USD yg dilabur oleh VIP berkenaan dalam SC.

aaaaSebenarnya abangcash (abc) memang ada sedikit maklumat berkenaan hal berkenaan. Abc memperolehi info berkenaan dari rakaan-rakan sc yg rapat dengan sumber-sumber yg boleh dipercaya. Ini termasuklah dari mentor sc dreamkaya. VIP yg abc telah paparkan semalam turut dipetik sumbernya dari laman pihak mentor dreamkaya.

aaaaMembuat lebih banyak pendedahan berkenaan VIP dalam SC memang shok! Sebab hal ini membuatkan rakan-rakan sc lebih yakin dengan investment mereka dengan sc. Tetapi bagi abc ia tidak baik. Sebab rakan-rakan VIP berkenaan mempunyai hak "privacy" mereka sendiri. Oleh itu abc tidak berani mendedahkannya disini. Hak mereka perlu dihormati.

aaaaCuma apa yg abc boleh kongsi adalah persoalan kenapa VIP ada bersama SC?. Puncanya adalah peluang. Mereka berada dlm sc kerana sc satu-satunya pihak yg memberi peluang kepada individu melabur dalam offshore. Untuk info ahli sc, invesment dlm offshore tidak dibuka kepada individu sejak dulu lagi. Jika ia dibuka pun individu masih tak layak melabur dalam offshore. Sebab modalnya besar sehingga 5juta USD. Kalau tukar nilai ini dengan ringgit lagi tambah berjuta-juta RM. Tidak ramai individu yg ada berjuta-juta RM sekalipun VIP. Oleh kerana modalnya yg terlalu besar, maka tiada individu yg berpeluang. Kecuali firma korporat. Tak caya pegi selidik sendiri kat offshore Labuan.

aaaOleh itu apabila sc telah membuka peluang untuk melabur dengan offshore kepada individu, VIP ini segera merebutnya. Mereka yg banyak RM ini, tentu memilih sc sebab mereka mendapat pulangan yg lebih banyak sekalipun duduk diam. Walau bagaimanapun mereka hanya pelabur senyap. Mereka tidak sibuk-sibuk cari referal. Dengan kata lain mereka "pure investor".

aaaBerbanding dengan ahli sc biasa yg melabur sedikit modal, mereka terpaksa sibuk mencari referal. Sebabnya mahu dapat balik modal segera dan mahu mengumpul banyak org dalam team masing-masing. Oleh itu ahli biasa mudah dikenali berbanding VIP.

aaaTegasnya berapa ramai VIP dlm sc tidak penting. Yg penting adalah petunjuk dari penyertaan mereka. Jika VIP sendiri turut bersama sc, ini bermakna sc adalah lokasi yg baik sebagai destinasi pelaburan wang anda. Semoga anda dapat memikirkannya.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Jadi Jutawan internet dgn SC

Dalam siri Buletin SC yg lalu abangcash ada menyatakan sedikit berkenaan dengan teknik DMS. Berikutan dari pendedahan teknik ini abangcash menerima banyak email bertanyakan teknik DMS. Mereka sangat ingin tahu bagaimana cara DMS dibuat dan bagaimana bermula. Syabas.buat anda yg sudi ingin tahu teknik ini.


Mengapa menggunakan DMS..? Penggunaan DMS adalah platform yg betul dalam mempromosikan sc. Pihak mentor dreamkaya yg telah mempraktikkannya telah lama mendapat habuan dan pulangan lumayan dengan menggunakan teknik ini. Tak caya lihat pada statement SFP income mereka ( klik ). Kiri kanan seimbang. Kalau anda campur semuanya dan tukar nilai dalam RM tentu jawapannya adalah jutawan segera. Itu baru seorang.

Dlm dreamkaya ada 4 orang mentor utama. Kesemua mereka mempunyai jumlah income yg seiring. Kali terakhir abangcash dpt tahu ada yg telah mencapai USD4k sehari. Jika benar, ia satu jumlah yg sangat banyak dan menakjubkan!!!!!

Sejak dreamkaya mula bergerak menggunakan teknik DMS promosi sc berkembang dengan kadar yg pantas di internet. Rakan-rakan dalam dreamkaya team juga menjalankan teknik yg sama. Kesannya dalam tempoh kurang setahun khabarnya seramai 8 orang jutawan dapat dihasilkan. Dan sekarang ada di kalangan mereka telah letak jawatan dan menumpukan sepenuhnya kerjaya dalam sc.

Hal ini amat menakjubkan bukan?....kalau dalam MLM menjadi jutawan pun paling cepat 2 hingga 5 tahun. Tetapi tidak pernah berlaku jutawan dalam MLM selama 8 bulan. Dalam MLM kalau lahir jutawan pun hanya 2 atau 3 orang dalam tempoh singkat. Yg lain tu mengambil masa yg panjang. Itupun team leader berbakat besar dan telah berpengalaman menjalankan MLM lain sebelum menjalankan MLM yg mereka wakili semasa menjadi jutawan. Orang yg tidak berbakat terutama kemahiran menjual dan memimpin, langsung tidak berpeluang merasa jadi jutawan.

Dalam SC semua orang berpeluang menjadi jutawan memang benar. Abc percaya kerana platform mempromosi sc anda sudah dipermudahkan oleh pihak admin sc sendiri, iaitu laman web sendiri atau self financial site. Laman berkenaan telah tertera nama anda. Jika anda telah invest USD1000 keatas tentu anda mempunyai laman sendiri secara automatik.

Dengan kelebihan ini anda gunakan untuk mempromosi sc melalui internet diperingkat global. Oleh kerana laman berkenaan telah sedia ditulis dalam bahasa Inggeris tentu promosinya lebih mudah untuk masyarakat global. Info berkenaan swisscash sudah lengkap di situ dan anda tidak perlu menambah apa-apa ayat power di laman berkenaan. Kalau orang lain terjumpa dan terbaca mereka akan faham dengan mudah.

Cuma tugas anda adalah promosi sahaja. Teknik promosi melalui internet adalah teknik yg paling cepat dan berkesan. Salah satu caranya ialah iklankan link laman SC anda dari laman abangcash.biz. abangcash telah menyediakan ruang link komuniti untuk tujuan promosi laman anda. Kenapa link laman anda dilaman abang cash sebab laman ini mempunyai ramai pengunjung.(lihat statistik)

Selain itu ia juga boleh ditemui dalam search engine yahoo dan google. Tak caya try taip abangcash.biz kat search engine pasti ia akan keluar. Oleh itu kadar pengunjung laman ini pasti akan meningkat dari semasa ke semasa. Dengan kehadiran mereka anda boleh promosi apa saja dilaman ini. Bukan saja bisnes sc anda tapi perniagaan lain seperti jual kereta, rumah, tanah, dan sebagainya. Cuma anda kena byr skit la. Tak banyak dan tak mahal iklan kat sini.


Walau bagaimanapun promosi secara offline atau ala MLM buat bukan tidak baik. Ia juga merupakan salah satu teknik dalam memperkembangkan bisnes sc anda. Tetapi harus anda ingat bahawa sc tidak di lesenkan secara sah menjalankan promosi secara offline. Jika dijalankan juga ramai org diluar sana sakit hati, dengki, terancam dan sebagainya. Buktinya sudahpun anda rasa sendiri dan lihat sendiri. Sc di "BOMMMMMM" oleh banyak pihak yg takut terancam. Ini termasuklah firma FUNd tempatan yg berjalan secara sah dan berlesen. Mereka penat-penat promosi Fund mereka dan bayar cukai, tiba-tiba SC masuk campur. Pasti Fund mereka tutup kedai dek penangan 300% sc. Bagaimana mereka cari makan?

Oleh itu abc mengingatkan supaya ahli sc mempromosi sc dengan teknik DMS. Tak tau belajar la. Cari sampai dapat. Usaha skit. Dlm buletin akan datang abc akan membincangkannya lbh mendalam tentang teknik ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua rakan-rakan SC.




__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Menjadi Jutawan di Internet bukan Fantasi Tapi Realiti

aaaMencapai status jutawan adalah impian semua orang. Saban hari ramai manusia berjuang untuk mencapai status ini. Apa taknya, jika berjaya seseorg akan menjadi sangat senang terutama dlm urusan berbelanja. Yg syok! Apa saja boleh beli tanpa berfikir panjang tentang status poket.

aaaBercakap tentang jutawan INTERNET ia agak asing bagi kita. Sebab ramai di kalangan kita tidak percaya boleh menjadi jutawan menggunakan internet. Namun menjadi jutawan dengan internet bukan lagi fantasi. Ia sudah menjadi realiti zaman ini. Buktinya ada pada Irfan Khairi. ( klik utk maklumat lanjut) . Beliau mula terlibat dengan perniagaan dengan menggunakan internet sejak 18 tahun lagi. Bermula dengan modal yg sangat rendah khabarnya seringgit ( beli peta kat pejabat pos ), beliau telah memasarkannya ke seluruh dunia menggunakan internet. Apa kelebihan internet sehingga membolehkan Irfan Khairi menjadi jutawan hanya dengan menjual peta sahaja?

aaaMari kita bincangkan lebih lanjut tentang hal ini. Bagi rakyat Msia peta Msia RM1.00 tu memang tak berguna langsung. Bagi free pun tak nak.kan. Sebab kita dah mahir tentang Msia. Sejak dibangku sekolah lagi kita dah belajar Geografi. Tapi yg minat dengan peta Msia ni adalah pelancong luar negara. Bagi mereka yg ingin melancong ke Msia mesti ingin tau latar belakang lokasi yg ingin dituju sebelum mereka sampai di sini.

aaaUntuk mendapat jawapan di mana Malaysia?... pasti ada dalam Internet. Apabila mereka taip Malaysia dalam search engine atau Map of Malaysia yg naik ditempat pertama pada search engine ialah Laman web Irfan Khairi yg cerita tentang Msia. Kemudian dlm info berkenaan ada menyatakan cara mendapatkan peta Msia dan harganya sekali ..tu je?(sekarang tak de dah.dia dah buat bisnes lain sebab dah kaya).

aaaMasa tu, kalau nak beli kontek dia dan bayar melalui kad kredit. Apa keja dia? cuma pegi beli peta kat pejabat POS RM1.00 pastu jual $5usd. Kira sendiri berapa dia untung. Di internet ada kira-kira 900 juta pengguna sehari. Kalau dapat 0.1 peratus masuk laman web dia bermakna ada 900,000 pelawat. Dari jumlah itu kalau 0.1 peratus beli peta dengan dia sehari bermakan dia mendapat 900 tempahan sehari. Kalau 900 tempahan darab $5 usd bermakna dia dapat $4500 usd sehari. Tukar ringgit jadi RM16,650 sehari. Modal cuma RM900. Bermakna untung bersih tolak modal jadi RM15,750 sehari. Jadi kira la untuk untung sebulan dan setahun. Anda pasti tau jawapannyajutawan kan RM1.8juta. Begitulah lebih kurang sifirnya.bagaimana irfan cepat jadi jutawan.

aaaSoalnya mengapa cepat sangat jadi jutawan? Sebabnya semua urusan dibayar dalam DOLLAR, tiada pejabat, cuma Home base bisnes atau SOHO. Modal kecil. Tak paya bayar gaji pekerja. Tak kena cukai. Dan yg penting orang tak tau anda jutawan. Dengan kata lain jutawan senyap. Nanti kalau anda bising-bising dan tunjuk-tunjuk anda akan jadi susah hati sebab takut kena colek atau kena rompak. Kalau anda kayapun biasa je..lagi baik.


aaaApa sebenarnya kekuatan bisnes internet Irfan Khairi. Rahsianya ialah pada teknik DMS ( digital marketing system). Dalam DMS tu salah satu rahsianya ialah pada mamat 3 orang ni yg sedia bekerja untuk anda 24jam tanpa gaji. Mereka ialah Mr. Head, Mr.Meta tag dan Mr.Key word. Search engine akan cari yg bertiga ini apabila ada orang nak cari maklumat di internet. Bila pengguna taip je Map Malaysia umpamanya search engine akan cari 3 org tu dulu. Jadi Irfan khairi telah menemui rahsia 3org mamat tu sebenarnya. Merekalah yg menjadi punca irfan khairi menjadi kaya dengan segera.

aaaDalam laman abangcash pun anda bole try kat search engine Yahoo. Kalau Taip abangcash.biz nama itu tiada tandingan. Begitu juga kalau taip abangcash sahaja. Ia masih tiada tandingan. Tapi kalau anda taip abang saja, abang cash tenggelam dek nama macam-macam. Apa lagi kalau taip cash, diskripsi abangcash langsung tak nampak.

aaaPuncanya abangcash langsung tak buat study tentang memberi nama laman web ini menjadi abangcash. Nama itu hanya tercetus secara tak sengaja. Dalam kira-kira 5 saat saja keputusan telah dibuat untuk meletakkan domain name sebagai abangcash. Itupun nama abangcash bukan idea sendiri. Ia dikutip dari idea mentor abangcash yg sedang minum petang bersama-sama abangcash ketika itu. So wujudlah laman abangcash.biz seperti yg anda lihat sekarang.

aaaTeknik seperti inilah yg patut dipraktikkan oleh ahli SC sebenarnya. Mereka yg tak nampak kelebihan teknik ini akan memandang rendah terhadapnya. Tetapi bagi mereka yg tahu kelebihan teknik ini, seboleh-bolehnya akan mencari ilmu bagaimana teknik ini boleh digunakan utk memasarkan sc.

aaaPada permulaannya memang agak sukar. Sebab macam-macam kena belajar dari aras paling bawah. Tapi sebenarnya tak perlu belajar dari bawah spt apa abangcash lalui. Untuk sampai ketahap ini abangcash mengambil masa 6 tahun. Puncanya sebab belajar dan kaji sendiri.

aaaWalau bagaimanapun sekarang abangcash dah jumpa teknik pintas menggunakan teknik DMS utk memasarkan SC. Anda tidak perlu berkemahiran sangat tinggi membuat Laman web sendiri sebab Swisscash.biz dah buat laman untuk anda. Kerja anda cuma promote laman berkenaan kepada pospek secara online. Antara tekniknya ialah LINK laman SC anda dengan laman abangcash.biz. Dengan teknik ini anda boleh sebarkan maklumat tentang SC anda kepada rakan-rakan yg jauh. Bagaimana caranya?...abangcash ada terangkan dibawah tajuk: PANDUAN MENGGUNAKAN LINK LAMAN SC ANDA. Dengan hanya $5usd anda boleh link laman SC anda kat laman abangcash.biz selama setahun.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

DMS dengan teknik BEX


aaaSalam.... utk semua rakan-rakan SC. Nampaknya kita telahpun memasuki awal bulan ramadhan yg mulia. Ok!.... abangcash mengucapkan selamat berpuasa terlebih dahulu kepada semua rakan-rakan SC.

aaaKali ini abangcash ingin memperkenalkan satu lagi teknik DMS kepada rakan-rakan SC iaitu teknik BANNER EXCHANGE (BEX). Banner exchange adalah satu teknik mempromosikan perniagaan menggunakan banner yg kita buat sendiri. Ukurannya Cuma 486x60 pxl. Ia jauh lebih kecil berbanding banner yg anda lihat di tepi-tepi jalan atau gantung kat pagar, dinding pasar raya dll.

aaaKosnya pun lebih murah dan mudah dibuat. Cuma anda perlu mahir sedikit dengan grafik design. Jika anda mahir dalam 5 minit anda sudah dapat menghasilkan satu banner yg cantik dan bermaklumat. Selain dari itu anda juga perlu ada sedikit bakat dan kreativiti seni. Dengan gabungan kemahiran berkenaan anda mampu menghasilkan banner yg fokus untuk tujuan promosi bisnes anda. Apa kelebihan teknik promosi ini?????

aaaDalam berjuta pengguna internet, ramai dikalangan mereka yg mempunyai laman web sendiri. Kesemua mereka ini ingin meningkatkan jumlah pelawat kelaman masing-masing. Dengan kehadiran ramai pelawat, mereka dapat mempromosikan kandungan laman web mereka. Ini sangat berguna jika laman berkenaan dibuat bertujuan untuk menjual atau promosi.

aaaOleh itu banner exchange ( BEX) dibuat bertujuan untuk promosi laman anda dan sekaligus menarik pelawat dari laman lain kelaman anda. Banner yg anda pos ke banner hoster turut dipaparkan di laman members lain di seluruh dunia secara automatik 24jam 7 hari seminggu. Dengan jumlah mereka yg sangat ramai, membolehkan banner anda terpapar ke serata tempat di seluruh dunia. Dan yg paling penting banner anda dapat dilihat oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Jika mereka klik kat banner anda mereka akan dibawa terus kelaman anda. Dengan itu pelawat dari seluruh dunia akan segera mengetahui laman anda.

aaaStrategi pengiklanan seperti ini sangat efektif. Anda dapat memperkenalkan SC kepada dunia dengan jalan pantas. Cuma syaratnya anda mesti tahu buat laman web sendiri. Laman web financial site SC sedia ada tidak boleh digunakan dalam teknik BEX. Sebab syarat utk iklan banner percuma ialah anda mesti tampal skrip iklan orang lain di laman anda. Baru iklan banner anda akan naik dilaman orang lain.Manakala bagi laman SC sedia ada pula bukan anda yg kawal. Oleh itu anda tidak boleh tampal apa-apa skrip banner di atasnya.

aaaOleh itu jika anda mahu menggunakan teknik BEX anda perlu tahu buat laman web sendiri. Tujuannya supaya anda dapat mematuhi syarat pengiklanan percuma mengunakan teknik BEX. Cuma setelah pelawat masuk kelaman anda barulah mereka diperkenalkan dengan SC dari laman anda secara umum (lihat sini). Kemudian jika mereka ingin tahu lebih lanjut mereka boleh klik ke banner anda yg telah disambungkan LINK kelaman sc financial site anda . Setelah mereka masuk kelaman sc anda barulah mereka bertemu dengan maklumat yg lebih lanjut tentang SC. Jika mereka minat nak signup mereka telah sedia menjadi referal anda.mudahkan..anda tak paya susah-susah cakap dengan mereka.

aaaCuma teknik BEX ada kelemahannya. Iaitu banner orang lain juga akan terpapar dilaman anda. Ini termasuklah Banner promosi Casino. Jika promosi berkenaan naik kat banner sebelah kanan laman abangcash.biz. abaikan saja. Hal itu berlaku diluar kawalan abangcash. Biasalapromosi ni diberi percuma. Macam-macam banner la naik. Sekalipun ia tidak diperlukan.

aaaApa yg penting ialah anda tidak perlu penat buat road show secara terbuka di alam nyata. Kalau anda buat roda show terbuka kepada orang ramaipun capaian geografi orang yg melihat sangat terhad. Kalau anda buat kat satu daerah umpamanya, hanya daerah atau negeri berkenaan saja yg tau. Tapi daerah atau negeri lain tak tau.

aaaSelain itu sekalipun anda mempunyai kekuatan untuk membuat promosi secara offline, akan sampai satu ketika promosi berkenaan tidak dapat dijalankan sekalipun anda mampu. Atau dengan kata lain promosi menjadi TEPU. Masa itu akan berlaku apabila semua orang dah tau atau dah masuk. Ketika ini anda tidak boleh buat apa dah. Cuma penyelesaiannya anda kena pegi keluar kawasan. Itupun jika anda banyak modal. Tapi dengan teknik lama ini anda akan penat dan terpaksa berkejar-kejar kesana kemari.

aaaOleh itu pelajari lah teknik BEX untuk jangka panjang. Semoga anda terus maju dengan perniagaan SC anda. Jika anda mahir dengan teknik ini. Benda lain pun anda boleh jual keseluruh dunia. Dengan itu matlamat menjadi jutawan bukan melalui SC saja. Melalui internet jalan menjadi jutawan menjadi lebih luas dan pelbagai. Terpulanglah kepada anda untuk meneroka dan mempergunakannya secara efektif.selamat mencuba.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

SC Dari Sudut Wawasan 2020


aaaIsu atau perkembangan mengenai dengan kerancakkan rakyat Malaysia melabur dengan Swiss Cash baru-baru ini begitu hangat sekali diperkatakan di mana-mana sahaja oleh rakyat Malaysia. Di pejabat, di perhentian bas, di kedai kopi, di kebun getah di ladang kelapa sawit bahkan di mana-mana sahaja kedengaranlah perkataan Swiss Cash, Swiss Cash dan Swiss Cash!!!... Swiss Cash menjadi lebih panas lagi dan malatop dibicarakan orang ramai apabila SC di paparkan di dalam akhbar dan media elektronik dan TV3.

aaaKerancakkan rakyat Malaysia melabur dalam SC menggugat bahkan mengancam kestabilan kewangan beberapa syarikat kewangan di Malaysia. Betapa tidak? Memang ramai rakyat Malaysia sebelum ini membuat pelaburan di dalam negeri. Tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang menjadi kaya. Tentulah jauh daripada berpeluang untuk menjadi jutawan. Kecualilah orang itu memang seorang jutawan.


aaaKenapakah tidak ramai yang menjadi kaya? Jawapannya, semua rakyat Malaysia tahu. Iaitu, akaun Simpanan akan memperolehi 3% pulangan dalam 12 bulan. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit) pulangannya 7% tertakluk kepada jumlah dan tempoh simpanan. Yang lain-lain itu pula lebih kurang sahaja iaitu di antara 7% ke 15% setahun. Bukannya dalam sebulan seperti yang didapati pada Swiss Cash. Dikatakan kerana tetakluk kepada dasar kewangan negara.
Swiss Cash, adalah pelaburan Luar Pesisir yang memberikan pulangan pelaburan sebanyak 300% dalam tempoh 450 hari atau 15 bulan. Ada di antara rakyat Malaysia membuat perkiraan iaitu pulangan 300% dalam USD. Jadinya 300% jika dikalikan dengan RM3.50 maka ianya memberikan pulangan sekira-kira 1000% dalam ringgit Malaysia. Mat Indon pula mengatakan, "Waduh, kalu di Indon ini pak, saya bisa jadi billioner! Mengapa bapa di Malaysia ngak melabur di SC? Bisa cepat jadi jutawan kok. Ya! dalam tempoh 7 tahun aja, modalnya dalam RM3920 kemudian jadi RM3.5 juta".


aaaApabila rakyat Malaysia mendengar dari Mat Indon tadi dan mengetahui bahawa ada tempat pelaburan yang memberi pulangan lumayan iaitu sebanyak 300% dalam 15 bulan sahaja, rakyat Malaysia pun mulalah mengeluarkan simpanan dan pelaburan yang sedia ada untuk dilaburkan ke dalam SC. Tidak dapat disekat lagi. Terancamlah modal kewangan tempat beliau melabuar dalam negeri. .


aaaRasa tidak puas hati dengan mereka dan SC pun bermula. Pelaburan di SC pula adalah serendah USD100 sahaja. Namun ramai dikalangan rakyat biasa Malaysia yang membuat pelaburan sebanyak USD1000 sekalipun mereka adalah pekerja bawahan umpamanya seorang tukang sapu di Majlis Daerah atau seorang penoreh getah. Hampir semua rakyat Malaysia berkemampuan untuk melabur pada jumlah tersebut. Ditambah pula oleh pinangan 300% kali RM3.50 jadi 1000%. Makanya selepas 7 tahun USD1000 tadi akan mencapai USD1 juta iaitu bersamaan dengan RM3.5 juta. PNB terdiam kerana para pelabur tempatan adalah berhak untuk mengeluarkan wang mereka. Mereka berasa bosan menunggu dan menunggu. Mungkin juga timbul rasa tertipu dalam hati mereka. Pelaburan sedia ada nampaknya tidak menunjukkan kemajuan sepertimana yang telah dijanjikan semasa pelancarannya satu ketika dahulu. Maka berlakulah satu anjakan paradigma di mana semua peringkat status masyarakat yang yakin dan percaya dengan kemampuan SC. Lalu mereka pun melaburlah dengannya. Daripada VIP, para pakar kewangan, para peniaga atasan hinggalah kepada penjual di warung di tepi jalan, para majikan hinggalah kepada orang bawahan, pekerja kilang, penoreh getah dan semua orang yang ada sedikit wang beralih kepada pelaburan Swiss Cash.


aaaWow! Ini adalah salah satu kejutan budaya ekonomi Malaysia dalam "Offshore Investment". Syabas Malaysia yang tercinta. Ya! Ini adalah satu kejutan. Orang yang tidak pernah buat pelaburan pun mula melangkah dan bertanyakan tentang pelaburan. Umpamanya, apa itu pelaburan Luar Pesisir? Apa itu "Mutual Fund", apa itu "Lowtax Income", dan sebagainya yang berkaitan dengan pelaburan. Pakcik tukang kebun, si pemotong rumput, atuk si penoreh getah, pekerja di kebun kelapa sawit, Bangla dan Mat Indon pekerja buruh binaan bangunan juga pun turut sama dan mula nak belajar melayari internet. Katanya nak tengok duit samada ada pulangankah ataupun belum dalan akaun SC beliau.Sebab sudah 30 hari ni. SC buat penyata pulangan pelaburan setiap individu pada setiap 30 hari dan belum pula pernah berlaku SC gagal memberikan pulangan kepada para pelabur ini. Ooo! ada 10%, USD100 sama dengan RM350.00. Alhamdulillaah! Nampaknya program SC ini boleh mempercepatkan pembudayaan IT/ICT di kalangan rakyat Malaysia.


aaaNamun kepada yang tergugat dan merasa terancam dek kejutan budaya ekonomi Negara Malaysia ini, diminta supaya bersabar. Jangan melatah. Lagi bijak jika ikut sama melabur dalam SC dan itu adalah hak individu dan masyarakat pula. Mereka pun nak juga merubah keadaan kehidupan mereka. Semua orang nak jadi kaya dan hidup senang. Semua orang nakkan kebebasan kewangan. Semua orang nak melepaskan diri mereka daripada hutang dan belengu kemiskinan. Berilah mereka peluang dan kesempatan. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tak mampu membeli rumah dan terpaksa menumpang di negeri sendiri. Masih ada terdapatnya rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah anak-anak yatim yang memerlukan bantuan. Bukankah sangat elok sekali jika ramai jutawan dikalangan rakyat Malaysia. Nasib mereka yang da'if pun terbela.Kementerian Kebajikan dan Sosial pun rehatlah sikit. Sebab nanti akan muncul ramai dermawan di kalangan rakyat Malaysia. Program PPRT mungkin berjaya. Kes ragut pun reda sebab si tukang ragut juga dah jadi jutawan!!!


aaaKejutan budaya Swiss Cash Investment ini memang di luar jangkaan sesiapapun (beyond your expectation). Apa tidaknya, syarikat-syarikat kewangan terpaksa digabung-gabungkan untuk mengukuhkan modal (modal dari para penyimpan dan para pelabur beralih kepada SC). Ini adalah kesan jangka pendek sahaja. Semua ini adalah bersifat sementara. Ya, sementara sahaja. Pandanglah jauh di hadapan kearah wawasan 2020. Maksud saya ialah kesan jangka masa panjang.


aaaKesan jangka masa panjang yang bagaimana???... Baiklah, dengan tenang, mari kita merenung jauh dan fikirkan bersama....Tengok kepada para para penoreh getah, si pemotong rumput, si tukang sapu. Nampak gayanya mereka berpeluang untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat iaitu dalam masa 7 tahun dari tarikh dianya melabur ke dalam SC. Apabila berlaku di mana semua rakyat Malaysia menjadi para pelabur yang berjaya dan menjadi jutawan, maka terjadilah apa yang dikatakan kebebasan kewangan (Financial freedom) terhadap
rakyat Malaysia.Mereka tentunya nanti berbelanja di Malaysia dan menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu tadi di Malaysia dan bukannya di USA. Sebabnya ialah pulangan pelaburan mereka berganda daripada USD1 kepada RM3.50 atau USD1 juta kepada RM3.5 juta. Apakah ini bukan satu khabar gembira kepada masyarakat Malaysia, syarikat-syarikat kewangan, para usahawan/peniaga???... Nah! rebutlah peluang ini sementara kesempatan masih ada!!!


aaaMalatop!!!.... LHDN tentunya nanti akan bertambah sibuk dan lumayan. Asyik pungut cukai sahaja dari para pelabur Malaysia. Para peniaga tersenyum lebar kerana masyarakat Malaysia boleh berbelanja dengan luar biasa. Pasal apa? Duit mereka banyak berjuta-juta RM. Aliran masuk USD sangat deras mengalir dari pelaburan yang kembali dari SC ke Malaysia. BNM pula mendapat untung besar berbillion RM hasil dari tukaran wang asing masuk ke Malaysia. Bank-bank tempatan mungkin agaknya perlu ditambah di mana nanti para pelabur Malaysia menyimpan hasil pulangan pelaburan mereka. Negara Malaysia pada tahun 2020 mungkin salah satu negara termaju di dunia dan menjadi sebuah negara yang memiliki kewangan yang sangat kukuh dan hebat di persada dunia kerana rakyat Malaysia yang penduduknya akan melebihi 25 juta orang itu nanti berpeluang menjadi jutawan serta hidup dalam suasana harmoni dan dinamik. Amin!!!...


aaaDari itu fikir-fikirkanlah dan marilah kita bersama-sama merebut peluang ini. Kepada masyarakat Malaysia, melaburlah dalam SC sekadar yang termampu demi memperkasakan ekonomi negara kita Malaysia yang tercinta ini di mata dunia dan ke arah wawasan negara tahun 2020!!!...


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Dato' yg tipu SWISSCASH yg salah???



aaaHari ini abgcash dikejutkan dengan SMS dan call dari ramai rakan-rakan sc. Pagi-pagi lagi nak tanya pasal isu terkini sc yg keluar dalam surat khabar. Mulanya abgcash tak tau nak jawap apa-apa sebab belum baca surat kharbar. Yg panas..... isu berkenaan dikaitkan dengan Dato' dan sc. Malam semalam dlm TV3 pun ada keluar berita berkenaan. Tapi setahu abgcash penyampai berita sedikitpun tidak menyebut kaitan dato berkenaan dengan swisscash yg menyebabkan mereka kena tahan. Yg abc dengar cuma kes tipu. Tapi bukan masalah swisscash. Apa suda jadi sebenarnya dengan dato-dato berkenaan sehingga dikaitkan dengan sc? Ramai yg ingin tau.......ya sudah pasti ingin tahu..!!!!!..

Selepas abc membaca akhbar barulah abc tahu cerita sebenarnya. Mereka ditahan kerana kes tipu. Wah... ini kes berat sebab yg menipu ni bukan sembarang orang. Mereka terdiri dari kalangan ahli sc sendiri termasuk VIP. Malah jumlah yg ditipu sehingga RM20juta memang sangat banyak. Kalau dapat duit banyak tu diperolehi dari hasil usaha tipu ia memang sangat KEJAM.....akhirat besok.....tau jela...kan daging yg tumbuh tu.

Ok kenapa kes ini berlaku??? Biar abc jelaskan satu persatu. Seperti yg abc telah tulis dalam buletin lepas abc ada menyatakan tentang kecurangan promosi melampau tentang sc. Sebenarnya Kes mereka yg kena tangkap tu adalah salah satu contoh kes kecurangan promosi melampau oleh rakan-rakan dalam sc sendiri. Mereka telah membuat kenyataan yang tidak betul dan tindakan yang tidak dibenarkan semasa menceritakan tentang sc. Ini termasuklah mengada-adakan cerita yang tak berkaitan langsung dengan sc dan memanipulasi sc ikut cara mereka.

Menurut mentor sc dreamkaya, selain kumpulan rakan-rakan sc yang bernaung di bawah dreamkaya, ada beberapa kumpulan lain ahli sc yg bergerak aktif di sekirar tanah air. Kebanyakan mereka ini terdiri dari profisional yang mempunyai perniagaan sendiri, berjawatan tinggi, berpangkat tinggi termasuklah dato dan datin. Mereka ini agak sukar dikenali sebab mereka mencari pelabur di kalangan orang kaya-kaya saja. Jadi apabila mereka jumpa prospek pun, mereka tidak jumpa di tempat-tempat biasa melainkan Hotel 5 bintang. Biasala....cakap mereka mesti juta-juta punya.Jadi klient mereka pun orang ada juta-juta.

Oleh kerana mereka ini adalah orang berpangkat dan berstatus elit, jadi mereka langsung tidak mempraktikkan etika sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh ahli sc. Mereka balun semacam ikut suka hati. Malah disebabkan mereka ini bijak dan berpengaruh mereka dengan sesuka hati membuat plan baru terhadap sc. Khabarnya penipuan mereka bermula dengan mengutip modal pelaburan yg tinggi iaitu bermula dengan USD10,000. Kalau USD1000 mereka tak layan..apalagi USD130...langsung tak pandang. Padahal modal mula melabur sehingga serendah USD100 sahaja dan USD30 untuk members fee. Yg ni mereka tak cakap.

Orang yang kena tipu dengan mereka ini biasanya orang kaya gak. Sebab ada orang kaya ni yang tidak mahir internet dan tidak mahu ambil tahu apa sebenarnya pelaburan dalam swisscash. Mereka orang sibuk manalah mereka ada masa nak selidik sc secara teliti. Lagipun mereka banyak duit berjuta. Kalau rugi sikitpun melabur dalam sc mereka tak jatuh kebulur dengan teruk. Mereka tetap masih boleh mainten.....tapi mereka tak sedar bahawa mereka dah kena KAPORRRRR dengan dato-dato yg penipu.

Biasala tak semua orang bergelar dato itu jujur, dan orang profisional lagi banyak ragam tipunya. Macam yg terdapat dalam surat khabar, dato yg terlibat tu adalah ahli politik. Ala anda semua tau macam mana kepala ahli politik....kan. Tak cukup dengan politik parti swisscash pun mereka main politik.

Sebenarnya kejadian kes tipu berkenaan bukan berpunca dari swisscash yg duduk di Commonwelth Dominican Republic. Yg memulakan kes tipu tu adalah orang dalaman tempatan yang sangat bijak membuat modifikasi terhadap peluang yang diberikan oleh swisscash. Mereka yang menipu ni hanya nampak RM sahaja. Jauh sekali dari melihat sc sebagai jalan untuk membantu orang lain keluar dari masalah kewangan seperti hutang lapuk..MARA, PTPTN, BANK, KOPERASI dan lain-lain.

Tengoklaaa..... siapa mereka tipu. Dalam surat khabar yang tertipu tu adalah orang yang bijak-bijak belaka termasuk peguam.Pasti mereka itu adalah datang dari kalangan rakan-rakan mereka juga.Oleh kerana rakan...lah mereka melabur dalam sc tanpa usul periksa. Jadi apabila mereka tak dapat untung seperti yang dijanjikan mereka melatah dan menyalahkan swisscash pula. Media pun apa lagi mesti ambil kesempatan dengan isu ini. Mereka terus mengaitkan secara langsung penipu berkenaan dengan swisscash.

Selain dari itu penipuan mereka juga berlaku dari segi pengambilan deposit haram. Orang yang mereka tawarkan peluang ini diminta memberi sejumlah wang pelaburan kepada mereka. Kemudian langkah seterusnya mereka akan selesaikan. Orang berkenaan yg melabur hanya duduk diam dan tunggu pulangan saja. Malah ada kalangan mereka juga membuat plan versi baru keuntungan pelaburan dalam sc. Setiap bulan mereka bayar untung secara tetap 10% sahaja selama 15 bulan. Padahal keuntungan berubah setiap 3 bulan. Hanya permulaan 3 bulan saja yg dibayar 10%. Lepas tu keuntungan akan naik. Yang naik tu mereka tak cakapppp. Tipu lagi.....kan.

Orang kita yg dah biasa dengan untung 7% atau 15% setahun akan mudah percaya kata-kata mereka. Sebab 10% setiap bulan pun mereka dah rasa terlalu besar. Sedangkan keuntungan sebenarnya adalah lebih besar dari yang diberitahu oleh si penipu berkenaan. Akhirnya setelah mereka tahu telah ditipu barulah mereka sedar akan kebodohan mereka bertindak melabur tanpa usul periksa.

Jadi dalam hal ini amat jelas dan nyata bahawa swisscash yang duduk di Commonwelth Dominican Republic tidak pernah menipu ahli sc yang sebenarnya. Jika mereka berjumpa dengan ahli sc yg jujur sahaja akan menerangkan kebenaran peluang-peluang kemudahan pelaburan yang terdapat dalam sc. Sc sendiri tidak pernah gagal membayar balik keuntungan kepada pelabur. Dengan syarat mereka benar-benar telah melabur secara langsung dengan sc tanpa melalui orang tengah.

Maksudnya mereka sendiri mendapat SMS members ID atau trading ID. Mereka sendiri telah menerima SMS dari sc utk makluman nombor keahlian pelaburan mereka. Ini termasuk sms makluman tentang keuntungan yg telah diperolehi selepas setiap 30 hari, ada cetakkan sijil berkenaan hitam putih data-data pelaburan mereka. Ada financial site dan password sendiri. Kalau ini semua ada barulah pelaburan mereka sahhhhhhhh.........orang semacam ini tidak akan tertipu. Tapi kalau bagi duit je buta-buta dengan orang tertentu tanpa mendapat apa seperti di atas sah...lah mereka telah menjadi MANGSA TIPU.

Oleh itu bagi mereka yang belum membuat pelaburan dengan sc lebih baik mendapat info sebenar sc dari rakan sc yang jujur sebelum melabur. Manakala bagi mereka yg sudah melabur diharap tidak membuat modifikasi terhadap plan dan kebenaran tentang sc. Malah laporkan rakan-rakan yang telah membuat kerja-kerja curang terhadap sc. Sama-samalah kita mencegah kecurangan mereka yang tidak bertanggungjawab, tamak, gelojoh, penipu dan sebagai-bagainya supaya imej sc tidak tercemar lagi.

Semoga rakan-rakan sc terus berpegang dengan kebenaran tentang fakta sc apabila bercakap tentangnya di kalangan rakan-rakan. Jauhkan sekali dari pembohongan tentang fakta sebenar kerana "sepandai-pandai tupai melompat" suatu hari tembalang anda akan terbongkar. Bila terbongkar bukan orang berkenaan saja disalahkan, malah rakan-rakan sc yg tidak bersalahpun terkena sekali. Ingatlah....kalau sc tutup...harapan anda juga turut punah. Berhati-hatilah.....


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

SWISSCASH DAPAT PROMOSI PERCUMA LAGI....!!!




aaaSemalam media negara sekali lagi mengamatkan suasana aman tenteram rakan-rakan sc Malaysia. Rakan-rakan sc yg baru saja pulih dari luka akibat serangan SARAF media... kini terkena lagi. Kali ini bunyi tuduhannya sama. Tidak lain dan tidak bukan mengaitkan keburukan dua orang dato penipu yg menganjur "ponzi scam" dengan swisscash. Baru saja reda Isu LABU PERAM yang memulas-mulas telinga rakan-rakan sc, timbul pula satu isu lain yg mengaitkan sc dengan dato yg penipu.

Apa yg amat dikesali dalam hal ini ialah apabila media dengan mudah membuat tuduhan yang berat sebelah terhadap sc. Tambah pula KOSMO yg memang anti rakan-rakan sc memaparkan berita buruk berkenaan sc di muka hadapannya. "SC BERGOLAK"!!!!. Wah!!!....pihak yang menulis berita berkenaan tentu sudah memahatkan harapan supaya sc benar-benar kena TOTOH!!! cukup-cukup dengan berita ini. Mungkin mereka juga berharap agar semua rakan-rakan sc golong tikar dan mati terduduk serta merta selepas cerita berkenaan didedahkan dalam media.

Kesan pendedahan berkenaan hebat. Apa tidaknya...abc sendiri macam nak lemas dek sms bertubi-tubi yang bertanyakan cerita sebenar yang didedahkan oleh media. Lain pula yg call pagi-pagi dari Kota Bahru, Lumut, Penang, Mentakab dan lain-lain. Abgcash jadi pusat mendapat rawatan gak nya.Nasib baik abangcash terbawa kedua-dua Hpone semalam. Dapatlah abc stand by bateri. Tapi sah.... salah satu Hpone berkenaan baterinya wek dan prepaid kena...topup.

Kemudian kegamatan berkenaan berterusan sepanjang hari. Cuma reda sekejap waktu buka puasa. Lepas buletin utama TV3 habispun datang lagi sms bertubi-tubi. Tengah-tengah buletin pun ada gak sms abgcash terima. Ada rakan-rakan sc meminta abc supaya duduk depan TV tunggu buletin sampai habis.

Kemudian sebaik saja buletin tamat sms mula hujan semula. Kali ini berita gembira pula yg abc terima. Macam-macam ayat yang abc terima dan terpaksa baca. Cuma kali ni tak risau la bateri kong. Akhir sekali sms yg abc layan kira-kira kul 11.30mlm. Bunyi penutup sms berkenaan meminta supaya ahli-ahli sc melakukan perang badar terhadap media yang berkenaan kerana membuat tuduhan palsu terhadap sc. OOOO....abgcash jawab.....sabar, bulan puasa ni tak paya gaduh. Biarlah....itu memang keja media. Buat macam P. Ramli kata....Cuuuubbbbaaaaannnnnn!!!!

Lepas sms tutup abangcash pindah pula ke depan PC. Kali ni abc nak tengok bebarapa site yang ada forum akan-rakan sc. Ada macam-macam cerita dalam forum berkenaan. Tapi forum satu ni amat mengeletek hati abc membacanya. Forum tu baru je rakan-rakan sc tulis...kat nogold.com. Cuma tak berani nak gelak sekuat hati sebab orang dalam rumah semua dah tidur.

Antara komen mereka dalam forum tu paling banyak menghentam media msia yg memburukkan sc. Paling kena teruk media picisan msia tu la. Ada yg kata mesti penulis berkenaan sedang mengigil kajong..dan tak bole tidu sampai pagi. Apa taknya.....TV3 telah menyiarkan sidang akhbar bersama Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan...menyatakan bahawa kerja dua orang dato yg menipu tu TIADA KAITAN DENGAN SWISSCASH.

Sekarang media yang berkenaan terkena balik. Oleh kerana terlalu rakus, tamak, gelojoh dan PHD yg tinggi mendalam, mereka sanggup menulis berita palsu tentang sc. Tak kualiti langsung berita mereka. Mungkin wartawan yg tulis tu masih bertaraf wartawan Kader kot. Sebab tu berita kurang kualiti...dan tak tepat.

Apapun syabas dan tahniah kepada surat khabar UTUSAN yang telah menyiarkan berita kebenaran tentang sc. Tahniah kepada penulis yang menulis bahawa Swisscash tidak ada kaitan dengan dato penipu berkenaan. Tabik spring kat penulis tu. Kalau dia baca buletin ini abgcash nak jemput dia buka puasa kat HOTEL ROYAL AIDILFI seremban bila-bila masa. FREE....makanlah banyak manapun. Abgcash nak raikan kejujuran wartawan berkenaan bagi pihak rakan-rakan sc seluruh Msia. Lepas ni kalau kena totoh lagi u tulis lak cerita baik pasal sc. Mesti rakan-rakan sc suka....sebab sc dapat promosi percuma.

Tabik spring juga kat dato pengarah siasatan jenayah perdagangan...kerana mencekup datok penyangak bangsa tu. Kalau tak dicekup ramai lagi rakan sebangsa dan seagama dengan abc kena tipu. Mungkin kalau dah terlalu lama bukan saja peguam yang kena tipu, Menteri kabinet pun bole kena tipu. Kalau LEE KWAN YU tak berani lak diorang tipu. Padahal dia tu penjahat yang jelas dan suka mengada-adakan cerita.

Ini yg di KAPOOORRRR...nya rakan-rakan sendiri. Kalau dah kaya tu tak paya la cari kaya dengan cara tipu. Taubat... da duduk masjid 24 jam. Kat KL tu banyak masjid buka 24 jam. Dia tak pegi masuk situ. Ni kat Penjara pudu yang tutup 24jam tu lak dia pilih. Tapi mudah-mudahan dia ada masa taubat selama-lamanya semasa dalam penjara nanti. Elok juga...kan. Orang yang dah lama buat jahat mesti dah tebal berkarat....kejahatannya. Elokla dia begi buang karat kat cell penjara KL tu.

Pada rakan-rakan sc pula anda semua sedang berada di atas kebenaran. Semakin lama masa berlalu semakin banyak kebenaran akan terserlah. Lepas ni mediapun pasti akan berhati-hati buat kenyataan. Orang awam pasti sudah tau tembelang mereka. Jadi u all teruskan kerja masing-masing. Sekarang lagi mudah... cerita swisscash dengan rakan-rakan. Semua orang dah tau melalui promosi percuma swisscash dari media.

Ambil la peluang sempena promosi iklan percuma dari media berkenaan. Lepas ni pasti ada lagi berita yang mengamatkan yang dikaitakan denagn sc. Lagi sc masih wujud dan ramai pelabur, lagi tu sc akan menjadi mangsa serangan media. Macam cerita BAWANG PUTIH BAWANG MERAH kat TV3 tu. Sc ni macam anak tiri kat FUND msia ni. Sebab beroperasi dari luar Msia. Tapi anda tengok la lepas ni kalau ada isu sc lagi keluar nanti ada je pari-pari tolong sc...TV3 kot. Yg tu pun macam cerita bawang putih dan bawang merah. Kan..kan...kan

Sekarang nampaknya orang yang buat jahat dan khianat menggunakan nama sc dah semakin padam. Para penjahat yang masih menggunakan nama sc untuk beroperasi buat skim palsu sudah semakin berlalu jauh dan KOJOL. Individu yang ambil kesempatan dan masih belum kena cekup mungkin masih ada dan beroperasi atas nama sc. Tapi mereka mungkin tak berani nak buat jahat atas nama sc lagi.

Yang penting sc dah terkenal merata pelusuk msia. Oleh itu bukan saja orang yang ada internet saja tau sc. Orang yang tak kenal komputer pun tahu swisscash. Sekarang jalan semakin terbuka luas untuk anda menjalankan bisness sc anda. Tapi ingat anda masih harus terus berhati-hati. Kali ini sc menang maka musuh PHD tentu tidak senang.

Tidak mustahil esok lusa, tulat, bulan depan akan keluar lagi dalam media berita buruk pasal sc. Cuma mungkin kali ini atas versi lain pula. Mungkin lepas dato...Tan sri lak ke?...puan sri ke?...datin sri ke?....mana tau...kan. Namun anda semua tak paya risau sehingga sms tak cukup kredit dan tak cukup bateri.Anda coolllll....saja. Bak kata dato R.....jangan layan orang gila nanti anda pula turut jadi gila macam mereka. Betulkan dato.....


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

EPISOD LABU PERAM SELESAI

Pembongkaran kes tipu oleh pihak berkuasa tempatan dalam media sepanjang minggu lalu amat melegakan rakan-rakan sc seluruh negara. Bermula dengan pendedahan berkenaan sc beroperasi tanpa kebenaran BNM dan SJS sehinggalah kepada tuduhan jahat termasuk LABU PERAM, SKIM CEPAT KAYA, SC MILIK ORG MSIA, 50 RIBU PELABUR TERTIPU DISELURUH NEGARA, STATUS SC TAK WUJUD SEPERTI DALAM ALAMATNYA, 300% TAK LOGIK.dan macam-macam lagi. Kesemua tuduhan berkenaan mendapat tempat pertama dimuka hadapan akhbar tempatan. Baik akhbar nasional mahupun akhbar picisan. Masing-masing menulis dengan maksud yg amat buruk.

Setelah berita berkenaan tersebar luas ke seluruh negara, semua rakan-rakan sc bagai sesak nafas dibuatnya. Dari Perlis hingga ke Sabah berita berkenaan menjadi topik hangat perbualan masyarakat. Bagai berita serangan 11/sept.orang ramai tak habis-habis mengutuk, mengata, mencaci, mengadu domba dan macam-macam lagi. Tapi tak kurang juga yang ingin tau berkenaan SC kerana terma keuntungannya sangat menarik. Namun dalam berani ada juga takutnya. Masuk..tidakmasuk tidak.masuk tidak.???????

Terdapat bebarapa kesan paling ketara yang menganggu suasana kerancakan pelaburan rakan-rakan sc di seluruh negara. Antara kesan drastik yg berlaku termasuk kemasukkan modal baru yg sangat perlahan. Hal ini menyebabkan transaksi epoin sangat perlahan. Hampir semua epoint tak bergerak kemana-mana. Hal ini menyebabkan ramai rakan-rakan sc tertekan. Nak keluar duit dari akaun sc jadi lambat. Akibatnya ramai rakan-rakan sc terpaksa keluar wang ikut TT atau simpan saja. Pendek kata majoriti rakan-rakan sc susah hati dan dukacita dengan perkembangan tersebut.

Tetapi kesan paling positif dari perkembangan tersebut adalah kesatuan semua rakan-rakan sc seluruh negara. Oleh kerana perkembangan buruk yang melanda, ramai rakan-rakan sc di seluruh negara telah mengadakan majlis solat hajat. Ada yang mengadakannya secara berkumpulan dan ada yg melakukannya secara individu.Tak lain dan tak bukan mereka solat hajat bertujuan untuk membuka petunjuk dan kebenaran.

Idea berkenaan telah dicetuskan oleh beberapa rakan sc yang sangat perihatin dalam mencari jalan penyelesaian dari masalah buruk yang sedang melanda sc. Semasa perjumpaan di Hotel Istana KL yg lalu ketua mentor dreamkaya turut meminta rakan-rakan sc supaya balik ke rumah masing-masing dan buat solat hajat. Tujuannya sama untuk mendapat petunjuk dan kebenaran berkenaan pihak yang membuat kerja khianat sehingga menjatuhkan sc seteruk-teruknya.

Selain dari itu ada juga rakan mentor yang telah ke tanah suci semasa perkembangan buruk berkenaan melanda. Mereka berada disana sehingga menjelang puasa. Tujuannya adalah memohon petunjuk dan kebenaran sama seperti rakan-rakan sc yang lain. Dengan hasil usaha sendiri dan belanja sendiri mereka berpeluang berdoa ditanah suci. Di sana memang tempat yg sangat mustajab berdoa, jika seseorang mempunyai hajat. Apalagi doa orang yg teraniaya. Tahniah kepada saudara mentor yg pergi ke sana. Di samping dapat beribadah dan berdoa, dapat pula menyebarkan sc kepada tok-tok Arab disana. Taun depan kita pegi lagi ramai-ramai satu kapal.

Akhirnya doa rakan-rakan sc seluruh negara telah dimakbulkan. Sekarang kebenaran telah dibuka. Petunjuk orang yang membuat khianat sudah pasti. Nama beliau pun dah masuk dalam kepala abc. Cuma tak bole catat kat sini. Biarlah ia tercatat nanti dalam KOSMO. Kita tungguuuuuusaja KOSMO buat cerita lawak untuk mereka.

Kini mereka telah pun diberkas dan ditahan. Kalau dah jatuh hukum nanti mari kita lawat dia ramai-ramai kat penjara Sg. Buluh atau penjara kajang. Abc nak belanja dia minum air zam-zam. Biar bergelen-gelen air zam-zam dia minum supaya suci semula hati mereka. Abgcash pun baru je kenal seorang utz yang import air zam-zam sampai satu kontena setiap bulan kat seremban. Kalau bagi satu kontena je air zam-zam kat diorang baik selamkan je diorang dalam kontena berkenaan.kanbiar suci luar dan dalam hati dato-dato berkenaan.sebelum balik ke akhirat.

Ok. sekarang apa yg penting mari kita kekalkan perpaduan komuniti sc yg telah sedia wujud. Kot-kot nanti ada masa dapatlah kita semua bertemu semua komuniti sc seluruh negara. Tujuannya bukan untuk memberontak tapi untuk siratturrahim. Nanti abc akan cadangkan dengan mentor kita.

Untuk waktu terdekat mungkin kita jumpa dalam satu majlis hari keluarga. Anda pun masa ni belum kumpul untung sangatkan. Jadi kita buat aktiviti ringkas je dulu. Kemudian bila anda semua dah kaya, kita buat hari keluarga kat Mekah pula setiap kali bulan puasa. Jadi kita jumpa sambil buat umrah sekali kat mekah beramai-ramai. Sambil tu kita doa ramai-ramai supaya tak ada lagi penyangak dan penjahat yang menganggu bisness kita.

Akhir sekali semoga rakan-rakan sc selesa mengurut dada masing-masing. Tiada apa lagi yang dibimbangkan. Buat macam biasa sebab suasana dah reda. Tapi jangan lupa copy atau potong keratan akhbar UTUSAN yang menyiarkan tajuk SC TIADA KAITAN DENGAN SENDIKIT skim cepat kaya berkenaan. Sebab ada lagi orang diluar sana yg tak tau cerita berkenaan. Gunakan keratan berkenaan untuk membetulkan maklumat salah tentang sc yg masih ada dalam kepala mereka.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

SMF pelaburan berisiko rendah

aaaSalam aidilfitri buat semua rakan-rakan sc. Nampaknya hanya tinggal beberapa hari saja kita akan menyambut bulan syawal. Kemeriahannya sudah mula terasa disana-sini dek letupan mercun walaupun tidak dibenarkan. Manakala suri di dapurpun sudah mula menempah tapawere masing-masing sebagai persediaan menjelang syawal. Begitulah kemeriahannya bila syawal menjelang. Kurmapun semakin habis dlm peti ais...warong ramadhan semakin lenggang.... dah kaya kot orang yg jual-jualan tu.

Buat rakan-rakan abangcash di seremban terima kasih atas kesudian anda hadir bersama dalam majlis sambutan berbuka puasa di Allson Kelana Resort Hotel. Kesemua meja yg ditempah penuh. Tak cukup kat Ballroom pindah pula ke bilik 535 dan seterusnya bersambung di Man Tomyam sehingga larut malam. Nampaknya semua rakan-rakan sc tetap gembira dan tidak pucat lagi seperti ketika krisis umpama 11/ september melanda.

Masing-masing telah tahu semua duduk perkara akan krisis berkenaan. Tambahan pula suntikan semangat dari mentor kita yang baru balik mengerjakan umrah. Berdasarkan pengalaman mereka dalam beberapa perniagaan konvensional, saham, dan lain-lain sebelum ini, telah banyak membantu menambahkan pemahaman berkenaan dunia pelaburan dan kaitannya dengan SMF dan offshore investment.

Antara lain isu yg dikongsikan dalam pertemuan berkenaan termasuklah halatuju pelaburan rakan-rakan sc dalam SMF, berani mengambil risiko, kelebihan melabur dalam offshore mutual fund berbanding stock market, dan mutual fund sebagai satu perniagaan rendah risiko.

Berkenaan dengan hala tuju pelaburan dalam sc, SMF bukan satu-satunya syarikat tunggal mutual fund di dunia yang bertaraf offshore. Ada beribu lagi syarikat lain yang sewaktu dengannya dan turut berpusat di Kepulauan Carribiean. Cuma SMF adalah syarikat pertama yg memberi peluang membuka pelaburan dalam offshore mutual fund kepada orang perseorangan melalui internet.

Dengan kata lain SMF adalah perintis kepada peluang pelaburan dalam offshore mutual fund. Oleh itu SMF adalah penanda aras bagi syarikat lain. Jika apa yg dilakukan oleh SMF berjaya maka syarikat offshore lain akan mengikut jejaknya kemudian. Hal ini sama seperti maybank yang pertama merintis produk insurannya. Apabila syarikat lain melihat maybank berjaya dengan produk insurannya maka bank lain pun ikut sama. Oleh itu mungkin tahun depan akan banyak lagi syarikat offsore lain yang menawarkan kemudahan pelaburan yang sama melalui internet.

Berkenaan dengan risiko, melabur dengan mutual fund adalah paling rendah risiko berbanding melabur dengan stock market ( pasaran saham terbuka ). Jika anda melabur dengan saham terbuka anda perlu ada kemahiran tinggi membaca kerenah turun naik pasaran. Jika anda tiada kemahiran ini pelaburan anda hanya sia-sia. Jika anda masih juga hendak melabur dengan saham terbuka anda boleh menggunakan orang tengah yg mahir. Tetapi pelaburan dan keuntungan anda masih terhad dan berisiko tinggi. Jika saham syarikat berkenaan yg dijangka naik tiba-tiba jatuh anda terpaksa juga menanggung rugi. Tetapi orang tengah yg anda gunakan khidmatnya tetap untung sekalipun saham anda turun atau naik.

Manakala melabur dengan mutual fund adalah berisiko amat rendah. Pelaburan dalam mutual fund termasuklah apa yg PNB buat. Dalam pelaburan dengan mutual fund anda tidak perlu pening kepala takutkan risiko rugi, sebab sudah terdapat sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing menguruskan wang pelaburan anda. Dalam SMF terdapat kira-kira 6-8 team yang menguruskan dana dari pelabur. Tambahan pula dengan pengalaman mereka selama 60 tahun, tentu mereka sudah cekap dalam meminimumkan risiko. Salah satu cara mereka mengurangkan risiko adalah melabur dibanyak tempat yang menguntungkan di seluruh dunia. Jika pelaburan lain rugi tempat lain masih ada yg untung. Bab inilah risiko rugi amat kurang. Dan mereka boleh bayar balik untung secara kekal dan berterusan.

Di samping itu pelaburan dalam mutual fund seperti SMF tidak seberat risiko pelaburan dalam perniagaan biasa. Jika seseorang melabur untuk membuka warong atau restoran umpamanya, belum tentu dalam 8 bulan modal yg dilabur dapat balik. Malah dalam perniagaan biasa, ada sesetengah perniagaan terpaksa pakai banyak modal untuk menutup perniagaanya. Sebab terpaksa langsaikan bayaran gaji pekerja, perkeso, socso, pembekal, api-air, denda dan sebagainya. Tegasnya bukan mudah melabur dalam membuka perniagaan biasa sebab nak tutup pun anda masih sengsara.

Perniagaan dalam pelaburan adalah perniagaan yang paling baik dan menguntungkan. Antara orang paling kaya di dunia di sebabkan perniagaaan pelaburan ialah Warrant Buffet. Nilai kekayaan beliau sudah mencapai berbilion banyaknya semua datang dari hasil pelaburan. Namun beliau tidak memiliki sedikitpun ladang atau hartanah berjuta-juta hektar untuk menjadikannya kaya sehingga sebanyak itu. Semuanya datang dari pelaburan.

Kenapa beliau memilih perniagaan dalam bentuk pelaburan. Sebab beliau bebas memilih mana-mana syarikat yang untung untuk melabur. Beliau hanya menanam modal saja. Hal lain akan difikirkan oleh ahli-ahli lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan. Kerja beliau hanya tunggu untung.

Begitu juga ceritanya dengan SMF. Mereka adalah orang tengah bagi para pelabur yg menguruskan wang kita. Mereka yg telah berkemahiran sejak 1948 hanya membuat pelaburan dalam sektor yang menguntungkan sahaja dimana-mana tempat di seluruh dunia. Oleh itu kita tidak perlu pecah kepala untuk memikirkan bagaimana strategi untuk dapat untung. Yg kita fikirkan bagaimana harus sabar sementara menunggu masanya kita mendapat pulangan untung sehingga kita menjadi kaya macam warran buffet. Duduk diam semata tapi jadi kaya.

Oleh itu jadi kaya melalui perniagaan dalam pelaburan adalah langkah yang paling bijak. Melalui SMF peluang kita melabur dalam pelaburan yang menguntungkan sangat cerah. Bagi mereka yg tidak percaya akan hal ini biarkan saja. Mereka cakap-cakap, itu adalah hak mereka. Tidak percaya adalah perkara biasa dalam pelaburan. Sama seperti mula-mula syarikat coca-cola menjual sahamnya pada orang ramai suatu ketika dahulu. Ramai bakal pelabur tidak percaya jual air dalam tin berkarbonat tu boleh menguntungkan. Sekarang apa sudah jadi dengan coca-cola. Syarikat ini adalah antara syarikat yg berjaya menguasai dunia dengan produknya yg tak logik boleh untung.


Yang penting sekarang ialah anda berani atau tidak untuk menanggung risiko melabur dengan SMF. Jika dibuat perbandingan tahap keberanian melabur dalam SMF berbanding melabur dlm perniagaan biasa ia masih amat jauh. Mengambil contoh kisah Genting Highland sebagai perbandingan. Tan Sri Lim Goh Tong memikul risiko membina Genting Highland lagi teramat sukar. Bermula dengan rancangan buka genting saja umur beliau ketika itu sudah mencecah 55 tahun. Kemudian dijelaskan oleh PWD (JKR) ketika itu untuk buat jalan sampai ke puncak genting memerlukan masa selama 17 tahun. Jika campur masa buat jalan, belum lagi buat bangunan atas tu umur beliau sudah mencecah 72 tahun. Risikonya entah hidup atau tidak.

Kemudian untuk mula projek beliau tidak cukup modal. Pinjam dengan bank jauh sekali dapat sekalipun menteri kewangan ketika itu Tun Tan Siew Sin adalah rakan beliau, namun ia tidak mendapat sokongan modal. Akhirnya beliau terpaksa jual dua sumber utama perniagaanya. Salah satu sumber berkenaan ialah lombong arang batu di Segamat ( kampung mentor kita tu ).Sekali lagi risiko berkenaan bertambah berat. Modal dah berjuta, untung atau tidak tak tau lagi. Namun kini atas keberanian beliau mengambil risiko Genting Highland menjadi terkenal seluruh dunia dan boleh siap dalam masa 5 tahun.

Namun pelaburan dalam SMF tidak seteruk risiko Lim Goh Tong membuka Genting Highland. Jika ia tutup pun anda baru melabur $1030usd atau RM3862 sahaja. Kalau jadi, anda kaya walaupun terpaksa tunggu 7 tahun. Kalau rugi anda masih boleh tidur lena dan tak sampai merimpat bawah jambatan. Risiko yg ditanggung dapat diserap dengan mudah.

Jelasnya pelaburan adalah salah satu perniagaan yang rendah risiko. Di negara kita pun ada pelaburan dalam bentuk mutual fund. Tapi tak taulah kenapa ia tidak boleh buat duit seperti pelaburan lain di luar negara. Tak paham??????la. Mungkin SMF adalah salah satu jalan mencuba pelaburan baru yg boleh buat duit. Kalau anda benar-benar kaya esok macam warran buffet, anda bukalah peluang pelaburan berbentuk mutual fund yang benar-benar boleh buat duit. Tentu ramai orang sokong anda.

Akhir sekali jatuh atau bangun pelaburan anda terletak ditangan anda. Apa yang penting maklumat yang ada pada anda adalah maklumat yang betul. Pelajari apa dia mutual fund dan mekanisma yang terkandung di dalamnya. Kesemua maklumat berkenaan SMF terkandung dalam lamanya. (Klik sini utk maklumat lanjut). Bacalah semua maklumat berkenaan supaya anda tahu apa kelebihan anda melabur dlm SMF. Jangan baca maklumat dalam SC financial site saja tak cukup. Dengan maklumat yang betul anda tidak akan gelabah sekalipun ada cakap-cakap buruk dari luar sama ada melalui mulut orang atau media. Mereka cakap tu biasa..mulut orang mana boleh ditutup.kan.

Semoga anda mendapat manfaat dengan apa yang dikongsikan oleh abangcash kali ini. Apa yang sya sampaikan adalah hasil kongsi pengalaman dari mentor kita. Jika anda ingin tau lebih banyak berkenaan mutual fund dan SMF rujuklah dengan mereka. Mereka sentiasa sedia membantu andaatau tanya Dato R. Beliau juga ada pengetahuan berkenaan hal ini. Hadirlah ke seminar yg dikelolakan oleh beliau supaya ilmu anda akan berkembang


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

SMF bukan wang keluar negara tanpa hasil



aaaBuat semua rakan-rakan sc seluruh negara. Semoga kita sama-sama dapat merayakan kegemilangan syawal dengan penuh meriah. Bagi rakan-rakan di semban, nampaknya tengah beraya sakan. Lomang tradisi kelihatan di kebanyakan tempat di tepi-tepi jalan sedang berasap. Malah sejak seminggu sebelum raya pun suasana asap lomang sudah galak memeriahkan lagi asap jerebu yg sedia ada.

Manakala ketika menjelang sehari sebelum raya, pasar-pasar basah kat semban ni pula sesak dengan orang beratur panjang menunggu giliran membeli santan dan daging seawal kul 6.00 pagi. Sebab malas nak tunggu dan beratur panjang abgcash tak jadi beli daging. Maka ayam daging lah yg jadi mangsa akhirnya. Santan lak pakai yg segera. Sama jekan janji sodap. Zaman cyber ni semua kena pantas. Kalau lambat tentu akan ketinggalan.

Sempena raya ni ramai rakan-rakan sc dah balik kampung. Kesunyian bukan saja terasa kat setiap kejiranan, malah kat site abgcash pun ikut sunyi. Al-maklumlah masing-masing dah sampai kampungkan. Kat kampung tak sambung internet lak. Tepaksa la abgcash chat sorang-sorang.

Waktu ni tentu rakan-rakan sc sedang menikmati juadah ketupat rendang diatas meja makan masing-masing. Malah semua ruang sedang terisi dengan pelbagai kuih muih baik yg local mahupun yg import. Yg berada tu tentulah juadah import banyak terhidang. Yg koreng tu ala paham-paham le ye. Juadah local dan tradisionalpun sedap gak kan. Rendang, ketupat, sate. la orang cari masa raya ni. Yg mama cerry, coklat rice, mama cookies, dan lain-lain tu orang tak pandang pun masa ni. Kat ujung-ujung raya nanti baru benda-benda tu semua laku. Kecuali depa beraya kat Star Buck!!!kan. Yg ni abgcash tak campur. Sebab Star Buck tu?????!!!!!western.sangat.

Sembang pasal bisnes local dan internasional bukan la perkara baru. Dalam keadaan dunia semakin kecil dek internet kita boleh mencapai bisness antarabangsa dengan cepat dan mudah. Sebagaimana yg selalu disebut oleh mentor kita saudara Amin, kelebihan bisnes di internet ialah "speed". Sekalipun beliau sering buat lawak dengan mengatakan kalau nak pegi mana-mana negara tak paya beli tiket dan pegi airport. Cuma tekan Enter saja kita dah sampai dlm masa beberapa saat ke seluruh dunia. Cuma bezanya jasat tak pegi tapi yg pegi adalah pemikiran kita, sebab pemikiranlah yg membaca dan menterjemah maklumat yg diperolehi melalui internet dari mana-mana site negara berkenaan.

Bercakap mengenai pemikiran, yg ni ramai di kalangan kita yang masih kurang cekap menggunakannya. Kesilapan inilah yang menjadikan berlaku tersalah tafrsir dan sering menimbulkan salah faham terutama berkenaan bisnes di internet, cara pemikiran orang kita mentafsir adalah berbeza-beza. Terutama bagi orang yg mahir dengan internet adalah perkara biasa. Manakala bagi orang yg tidak mahir dengan internet dan komputer ia tak masuk akal dan luar biasa.

Masalah akibat tersalah tafsir dan persepsi pemikiran yg berbeza-beza juga menyebabkan melabur di luar negara seperti SMF dianggap amat bertentangan dengan undang-undang kewangan negara. Sekalipun BNM telah membuat peristihran berkenaan kelonggaran membawa keluar wang Malaysia melabur di luar negara bagi individu tanpa had, dan peristiharan berkenaan kebenaran melabur secara ON SHORE ATAU OFF SHORE tidak memerlukan kebenaran secara spesifik dari BNM, ia masih tidak dipercayai terutama bagi mereka yg masih tersalah tafsir kerana tidak merujuk kepada kenyataan berkenaan.

Bagi mereka yg mendapat bimbingan secara langsung dari mentor, diskripsi dari BNM berkenaan dua peristiharan berkenaan telah ditunjukkan secara jelas. Oleh itu mereka mendapat maklumat sebenar akan peristiharan berkenaan. Oleh itu tiada lagi keraguan yg membelanggu pemikiran mereka. Dengan itu tidak wujud lagi masalah tersalah tafsir di kalangan rakan-rakan pelabur sc.

Namun yang bermasalah dan berpandangan serong masih berpegang kepada diskripsi lama. Memang suatu ketika dahulu membawa RM keluar negara dengan jumlah yg banyak adalah satu kesalahan. Hal ini turut menjadikan salah seorang Menteri Besar terpaksa turun pangkat kerana melanggar syarat berkenaan.

Namun sejak 01 April 2005 syarat berkenaan sudah dilonggarkan kepada individu. Dalam tarikh berkenaan juga SC mula dilancarkan. Tetapi bagi korporat ia masih berkuat kuasa. Sebab syarat berkenaan ditarik balik tidaklah abgcash tahu. Cuma mungkin disebabkan perkembangan ekonomi yg berkembang agak perlahan ketika ini mungkin menjadi penyebabnya.

Cuma apa yg abgcash tahu individu memang dibenarkan melabur di luar negara tanpa had. Kenapa dibenarkan tanpa had sebab duit yang dimiliki individu untuk membuat pelaburan di luar negara tidaklah sebanyak mana. Berbanding dengan korporat ia berbeza. Duit atas nama korporat memang sangat banyak sebab itu syarat membawa wang melabur keluar negara masih kekal kepada korporat.

Selain dari itu pelabur individu juga mempunyai bilangan yg ramai, jika diberi kebenaran melabur di luar negara. Tetap duit yg di labur tidaklah sebanyak mana sekalipun bilangan pelabur ramai. Sebabnya masing-masing melabur sikit-sikit. Paling berani pun mereka cuma melabur $1000usd seorang. Nak labur lebih-lebih tak ada. Cuma kalau re-invest itu tidak mustahil pelaburan terkumpul menjadi banyak. Sebab plan pelaburan SMF memberi kelonggaran kepada pelabur re-invest hasil keuntungan masing-masing bila-bila masa.

Tetapi membuat re-invest juga bukan satu ancaman kepada ekonomi negara. Walaupun wang yg telah dilabur keluar negara lambat dapat diraih semula dalam negara akan keuntungannya, namun ia amat berbaloi setelah dibawa masuk semula apabila sampai masanya. Umpamanya wang keluar 1000usd tetapi selepas 7 tahun disimpan di luar negara wang yg masuk semula sebanyak 750,000 usd. Bukankah ia amat menguntungkan negara semula. Sebab peraih dari keuntungan berkenaan mesti membelanjakan sebahagian besar keuntungan berkenaan di dalam negara.

Kesannya secara tidak langsung negara mendapat keuntungan dari padanya terutama dalam bentuk cukai secara langsung atau cukai tak langsung. Manakala para peniaga juga turut gembira kerana komuniti pelabur sc sentiasa membayar secara tunai terhadap setiap barang yang dibeli. Tidak kira barangan berkenaan mahal atau tidak. Ini yang dikatakan "always cash at all time" seperti tajuk abangcash site ni.

Keluar 1000usd, tetapi bawa masuk balik 750,000usd, ia adalah satu jumlah yang besar di dalam negara sekalipun kena tunggu 7 tahun. Kalau 750,000usd tu tukar ke RM dah sampai 2.7juta lebih. Jika terdapat 100 orang saja pelabur yang membawa masuk sejumlah wang berkenaan ke dalam negara tentu sedikit sebanyak dapat "topup" masalah wang negara kita yg turut keluar sebanyak 60 bilion setahun dek angkara pekerja asing ( rujuk Berita Minggu 22/10/2006 ).

Sedikit sebanyak para pelabur dapat membantu meringankan masalah ekonomi negara dan sekaligus membantu memacu perkembagan ekonomi secara amnya. Oleh itu hal menyelamatkan wang keluar negara tanpa hasil oleh pekerja asing, lebih penting berbanding ribut dalam media berkenaan skim pelaburan SMF yg beroperasi tanpa kebenaran BNM. Wang keluar tanpa hasil mencapai sehingga 500juta sebulan. Soalnya bagaimana untuk mendapatkan semula wang berkenaan untuk kembali ke dalam negara.

Oleh itu pelaburan dalam SMF harus dipandang dari sudut pemulihan ekonomi negara secara menyeluruh. Bak kata Dato R dalam sembang-sembang dengan abgcash dan bebarapa orang rakan baru-baru ini, menyatakan bahawa dijangka dalam tahun 2020 Malaysia akan bertukar status menjadi sebuah negara Maju.

Ketika itu jika ekonomi orang kita tidak kukuh, dimana harus diletakkan mereka ini. Sedangkan kesan kepesatan ekonomi yg tidak seimbang di negara kita sudah jelas kelihatan. Terutamanya terhadap rakan-rakan kita kat pulau blah utara tu. Ketertinggalan mereka bukan rahsia lagi. Dalam media sendiri ia sering dibangkitkan. Malah kajian "ASLI" yg cuba menjelaskan fakta sebaliknya telah disangkal kerajaan akan kebenaranya. Namun adakah kita mengambil iktibar dari fakta berkenaan. Fikir-fikirkanlah.adakah kita harus berdiam diri atau harus berbuat sesuatu untuk bersaing dengan mereka.

Ingatlah gelanggang persaingan antara kita dengan mereka semakin luas dan tidak rata. Mereka sudah cukup berpengalaman dalam memahami kerenah dan masalah dalam apa jua bidang perniagaan. Yg kita ni masih lagi merangkak dan bertateh dalam cahaya terang. Bolehkah kita bermain dipadang yg sama dan berlumba di atas trek yang penuh liku dan jurang berbahayaanda carilah jawapannya ??????

Jelaslah semoga rakan-rakan sc terus memainkan peranan sebagai pelabur luar negara yg membawa untung banyak kepada negara dimasa akan datang. Mula-mula melaburlah dulu dengan SMF. Jika ada peluang pelaburan lain kita turut menerokanya. Semoga apabila menjelang Malaysia berstatus negara maju kelak anda semua sudah menjadi hartawan yang berjaya seperti WARREN BUFFET. Masa tu anda tak payah lagi melabur keluar negara sebab kekayaan anda sudah berstatus korporat dan tertakluk dengan undang-undang BNM. Namun anda tak payah pening kepala sebab anda dah kaya.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Splitindex HYIP sekadar sampingan


Kita baru saja melewati kemeriahan lebaran sejak seminggu yg lalu. Bagi kita di Msia kemeriahannya amat terasa sejak bermula 1 syawal lagi. Bagi mereka yg balik ke kampung, kemeriahan raya dpt dikongsi bersama rakan dan taulan di kampung. Aura beraya dikampung memang berbeza berbanding di bandar. Beraya di kampung memang lebih syok berbanding di bandar.

Namun bagi mesyarakat melayu di singapora yg dah tak de kampung, kemeriahan raya agak berlainan sedikit dgn kita. Suatu ketika dahulu abgcash pernah mengalami suasana raya dgn org singapora. Sya dapati kebanyakan org melayu pada usia pertengahan hanya berbuka pada 1 syawal dan kembali berpuasa esoknya dan terus menerus selama 6 hari. Kemudian selepas hari ketujuh syawal barulah hari raya disambut meriah. Abgcash pernah beraya dgan masyarakat melayu islam singapora sewaktu bertugas di JB.

Manakala di JB pula suasan meriah hari raya dapat dirasa setiap malam sepanjang bulan syawal. Org JB suka merayau waktu malam sambil marhaban dan beraya dari rumah ke rumah. Tradisi ini sungguh meriah terutama kalau duduk di Kampung Melayu Majidi. Sebaik lepas isyak je jadual giliran marhaban kena tengok. Malam ni pagi rumah siapa? Camtu lah setiap malam sepanjang syawal.

Kebetulan rumah sewa abgcash ketika itu berdepan dengan rumah bekas menteri besar Johor Dato' OS yg minat kereta klasik tu. Pgi raya rumah dia bukan mudah. Jadi setahun sekalilah dapat masuk rumah dia yg sentiasa bertutup gatenya 24jam. Beraya rumah dia memang seronok sebab lepas marhaban ada sesi kongsi pengalaman beliau berkenaan isu-isu semasa dalam negara. Org suka politik memang syok dengan ceramah dia. Biasa la kan veteren politik,.. dah besara pun masih minat berpolitik macam dato M'.dah besara tu rehat je la kandan duduk kat masjid beribadah 24jam. Nak apa lagikan semua dah ada. Lupakanlah hal-hal negara. Biar org lain buat keja seterusnya.

Ok...la, kali ini abgcash nak kongsi dgn rakan2 sc pasal splitindex. Bgi mereka yg dah biasa main internet biz utk cari duit tepi splitindex ni dah tak heran. Memang dah biasa. Klu anda rajin surf apa2 forum berkenaan internet bisness, autosurf, HYIP, benda2 macam tu banyak besepah2. Cuma terpulang pada anda mana satu nak pilih. Penilaian sesuatu hyip tu yg paling mustahak ialah paid or not?...!!!

Splitindex ni tidak sama dengan sc. Ia tergolong dlm kumpulan HYIPmelabur dlm hyip berisiko tinggi hilang duit. Sama macam solidinvestment ( SI )..Kisah SI mula2 okbayar ontime..tapi lama2 lambat bayar dan seterusnya hilang terus. Dan berita terkini dri rakan kita YAT..mengatakan sesiapa yg nak dapat duit balik sila send email ke adres ni ( smhare@bartlaw.com ) mereka adalah kumpulan peguam yg sama-sama invest dgn SI dan berjuang utk dpt balik duit yg dibawa lari oleh admin SI sebanyak $44,763,122.24 usd. Abgcash ada gak sangkut duit kat SI. Tapi tak de la rugi golek-golek. Biasa je masih boleh tidur lena. Sebab invest HYIP ni memang kita mesti dah sedia utk berhadapan dengan risiko hilang duit.

Main hyip ni boleh disertai, tapi anda perlu mahir dan peka dengan beberapa perkara. Antaranya termasuk tahu mengesan tanda-tanda syarikat berkenaan nak tutup. Kenapa perlu macam tu? Sebab biasanya main hyipsyok pada permulaan kerana mereka cepat bayar dgn utg banyak. Keadaan ini berlaku pada awal penubuhannya. Macam splitindex bermula pada 13/08/2006 dan akan tamat pada 13/08/2009ini info yg sya dapat dari http://www.domainname.com...Oleh itu pada permulaan penubuhannya sama ada 1 atau 2 tahun akan datang mungkin dia boleh bayar bonus tanpa masalah. Jadi kalau joint banyak awal-awal ni sampai 10 lot pun sekali masuk tak ada masalah. Maksudnya kita joint pada permulaannya adalah lebih baik. Dan kat pertengahan hayatnya kita mula berhati2. Sebab menjelang hayat penghujungnya macam-macam kemungkinan boleh berlakutermasuk tutup sever.

Bagi rakan-rakan yg baru nak belajar main hyipnasihat sya lebih baik invest pada nilai yg mampu ditanggung jika berlaku kerugian. Berapa banyak tak kisah yg penting anda berani tanggung. Dengan kata lain main hyip bukan jaminan utk dpt untung banyak sehingga mencapai status jutawan seperti sc. Stakat yg sya tahu di kalangan rakan-rakan sya yg main hyip dah lama pun belum ada jadi jutawan. Hampir jadi jutawan pun belum ada. Tapi rakan2 yg berhenti kerja dok main hyip sepenuh masa ada. Income main hyip bole byr rumah dan kereta setiap bulan. Tapi mereka memang main banyak hyip dlm satu masa. Lepas satu tutup satu lagi boleh cover. Dlm masa yg sama register hyip lain pula. Macam tu lah pusing-pusing. Tapi keja mereka kena gadap pc la hari-hari.

Jadi kalau nak main hyip cukup sekadar labur jika ada duit lebih-lebih saja. Kalau untung, boleh pakai utk bayar bil-bil semasa. Tambahan sekarang apa-apa bil pun dah mula naik. Macam selangor, KL, Putera Jayabil air baru je naik. Tentu ia menyusahkan. Org yg tahu lobang cari duit tepi tak de masalah. Tpi bagaimana dgn org yg tak pandai cari side income macam mana? Teruklah mereka. Miskin papa kedana dan merimpat di tanah air sendiri la jawapnya.

Bagi abgcash main splitindex sekadar sampingan. Setakat ni payment dia ok. Dia bayar hari-hari utg 2%...utk akaun individu. Jika anda nak request keluar duit dari akaun splitindexbila2 masa pun boleh. Tapi duit anda hanya akan masuk ke akaun asiawallet pada 1 dan 15 hari bulan saja setiap bulan. Setelah masuk ke asiawallet barulah anda boleh TT duit tu ke bank masing-masing. Komisyen bank potong dari berbeza-beza ikut bank berkenaan. Sya pun tak tau nak cakap berapa banyak bank akan potong. Klu nak tau anda boleh cuba sendiri.

Bagaimana mengenali hyip..??? salah satu petanda hyip ialah apabila mereka membayar untung terlalu tinggi sehingga tak masuk akal seperti 150% sehari. Memang tidak dinafikan ada syarikat boleh bayarseperti OFFSHORE,..tapi soalnya berapa lama mereka boleh bertahan dan adalah mereka memang real offshore. Dan boleh terus membayar. Mungkin "perangkap" juga dengan tawaran bayar 150% sehari.Bagi yg rambang matamudah kena la.

Splitindex ni bayar 2% sehari boleh diterima akal. Sebab 12dailypro dulu boleh bertahan agak lama dan bayar 12% sehari dan bayar tidak pernah gagal sehingga dia kena "gam". 12dailypro tutup bukan pasal dia lari atau tipu macam SI. Tapi tutup pasal melanggar undang-undag FTA ( Federal Trade Association )Amerika. Kes dia lebih kurang macam kes toke yg kena cekup oleh Bank Negara kat Nilai tu. Deposit wang haram. Kesian Crist Johnson. Duduk dalam cell la sekarang. Tapi dia jujur namun ada org dengki. Mungkin ada pesaingnya yg cemburu sebab 12dailypro adalah autosurf yg amat popular.

Ramai individu yg invest sampai maksimum 6000usd. Dan ramai juga pelabur yg goyang kaki dapat duit banyak setiap setiap 12hari. Kejanya cuma tengok iklan yg mesti kena surf hari-hari. Sebab tu hingga 12dailypro kena gam, wang terkumpul dari pelabur yg berada dlm simpanan admin mencapai sehingga 80juta usd. Sekarang duit tu dalam proses utk dipulangkan semula kepada pelabur oleh mahkamah. Bila dapat balik tak taulah.

12daily tersangkut bukan sebab FTA memang nak kenakan dia. Tapi kekalutan bermula apabila FBI buat hal dengan egold. Mereka siasat egold kerana ia dipercayai dijadikan palt form oleh penganas utk saling bertukar dana utk menjahanamkan negara yg mereka nak serang. Akibatnya egold kena gam buat sementara. Oleh itu 12daily cepat-cepat tukar payment prosessor ke pada Stormpay. Niat dia baik sebab tak nak sangkut payment kepada pelabur disebabkan masalah egold. Tapi malang mula menimpa apabila 12dailypro berurusan dengan Stormpay sebab Stormpay pay terikat dengan undang-undang FTA..

Petanda kedua HYIP ialah apabila mereka menggunakan payment prosessor seperti e-gold, ebilion, stormpay, dan macam-macam "pay" lagi termasuk asiawallet, sebagai pihak ketiga yg akan membayar transaksi wang masuk dan keluar. Sebagai hyip mereka mudah saja buka akaun dgn pihak ketiga utk menjalankan urusniaga tanpa terikat dengan mana-mana undang-undang negara. Sebab tiada syarat apa-apa utk buka akaun dgn payment prosessor. Oleh kerana tiada apa2 syarat mereka boleh lari bila-bila masa saja dari membayar keuntungan kepada pelabur jika mereka mahu. Rekod mereka pun tak ada maka kehilangan mereka sukar dikesan jika ada mana2 pihak yg membuat pendakwaan.

Berbanding dengan SC ia bukan satu HYIP sebab mereka berurusan terus dengan bank-bank komersial. Untuk mendapat kebenaran menggunakan kemudahan bank komersial sebagai pihak yg membuat pembayaran bonus kepada pelabur bukan senang. Sebab semua trak rekod mesti cemerlang dan bersih. Disamping itu rekod pendaftaran syarikat, nama pemilik, nombor lesen perniagaan semua ada dalam rekod bank yg mereka gunakan. Jika sc nak lari pun mereka tak dapat pergi kemana sebab semua rekod mereka ada dalam bank komersial yg mereka gunakan seperti Barclays Bank PLC ( bank No.2 terbaik dunia )Oleh itu jika mungkin berlaku sebarang penyelewengan mereka senang dicari dan mudah utk mengesan mereka semula sebab semua rekod mereka ada pada bank berkenaan. Oleh itu jika mereka tipu pelabur tiada masalah utk mencari dan mendakwa mereka. Sedangkan SI yang berstatus HYIP pun masih dpt dikesan dan sedang didakwa. Inikan pula SMF yg memang wujud secara sah.

Tegasnya jika rakan-rakan sc nak main hyip seperti Splitindex, berhati-hati lah. Jika anda ada info terkini berkenaan hyip yg okpayment bagus boleh kita kongsi bersama. Dan jika ada info dan tanda2 hyip yg nak tutup pun boleh kita kongsi bersama. Main hyip sekadar sampingan utk jangka pendek dan sebagai sumber multiple income resources seperti yg mentor dreamkaya amalkah. Kerja makan gaji tetap teruskan. Namun cari duit tepi secara santai dengan internet tetap buat. Yg penting gaji tak usik dan ada banyak lebih buat simpanan masa depan. Apapun SC tetap masih yg terbaik dan berguna utk simpanan wang jangka panjang.

Akhir sekali..ketika ini abgcash sedang mengesan status Swiss Mutual Fund 1948 dalam BLOOMBERG.COM jika ada rakan2 yg tahu CODe SC atau SMF anda boleh cari ranking keberapa SMF dlm banyak-banyak SMF yg ada di Dunia ni. Anda juga boleh cari berita SMF dalam "business times" cari sehingga dapat. Jika ada info berkenaan SC dan SMF boleh kita kongsi bersama.ok selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

PERUT LAPAR, PERUT KENYANG TAK SAMA???




Suasana raya masih terasa nampaknya di sana sini. Kemeriahan raya sudah bertukar ke bandar selepas raya sakan di kampung. Kali ini masing-masing sedang merancang utk buat majlis rumah terbuka. Tak kurang juga yg merancang nak oder menu apa? Mungkin usahawan makanan ( caterer ) gembira dgan perkembangan ini. Peluang meraih dut raya selebat-lebatnya berganda-ganda tiap kali raya. Tapi harap-harap mereka cukup tangan utk memenuhi semua tempahan. Harap tak kecewakan pelanggan-pelanggan anda.

Baru-baru ini abgcash dan rakan2 baru je lepas meraikan majlis rumah terbuka raya dreamkaya di PWTC. Abgcash dan rakan-rakan dari Semban adalah antara yg terawal sampai kat Dewan Tun Razak tu. Fullamak!!! Punyalah banyak hidangan atas meja. Kami beruntung dpt merasmi hidangan baru dan panas-panas kat salah satu sudut meja makanan tu. Apa lagi hantam!!!! Memang sedap makan makanan free. Apa lagi selepas penat dok cari pintu masuk ke dewan tu yg tak mesra pelanggan. Pusing-pusing cari pintu hampir ½ jam. Org dari luar dah nampak. Tapi tolak pintu kuncibengang betul..lah.

Tapi bila duduk mengadap pinggan berisi penuh makanan teringat lak bahana banyak makan makanan belemak. Lemang, kuah kacang, ayam goreng, kuah lodeh, rendang dan macam-macam lagi sangat berpotensi mengepam darah menjadi lebih tinggi. Abgcash walaupun lum kena tapi beringat2 dari awal. Sebelum kena baik jaga. Akhirnya banyaklah lebih makanan kat pinggan tu. Pendek kata selebihnya bukan rezeki. Walaupun banyak kaut, tapi tak semua rezeki kita. Sekalipun depan mata.

Dalam majlis berkenaan ada beberapa perkembangan baru yg dpt abgcash tangkap. Paling bestdalam masa setahun lancar sc ni di Msia, ada kira-kira seramai 40 ribu orang pelabur di bawah dreamkaya team. Dan yg paling hangat dlm tempoh tu dah ada 13 orang jutawan yang sah bergelar jutawan senyap. Kesemua mereka ada bersama-sama dlm majlis berkenaan. Cuma masing-masing simpan muka. Kalau boleh nak sorok bawah meja makan.

Apapun syukurlah sebab mereka telah mencapai status berkenaan. Orang tak kenal tak apa. Yg penting hutang anda langsai dan dapat beli apa saja dengan cash"always cash at all time". Tapi harap mereka tak lupa dengan asal usul mereka. Bila dah jutawan tu harap tahu bergaya. Kalau tak macam berita hangat minggu lepasVIP kena ROMPAK. Yg tu kena hati-hatilah. Duit hilang tak apa boleh cari. Kalau nyawa hilang tak ada ganti oooo.

Dalam majlis berkenaan juga abgcash seronok tengok kengkawan dok sibuk cerita perkembangan masing-masing. Tak kurang juga yg bawa prospek baru dan bakal pelabur baru. Bahkan ada yang baru je invest 1000usd pukul 1pm hari tu. Hari tu juga terus bawa org tu datang jamuan raya kat PWTC. Biar mereka tengok sendiri bagaimana muka jutawan senyap yang dah kaya walaupun hanya bermula dirumah dengan kain pelekat.

Dalam majlis berkenaan, tak kurang juga abgcash dapat kenal dengan beberapa orang rakan sc yang mempunyai kisah kronik sebelum bertemu sc. Antaranya adalah kisah seorang pesara tentera berpangkat mejar. Nama beliau majer R. Kisah dia ni memang kes berat dan kronik. Segalanya tak sangka dan malang menimpa tak diduga. Beliau sepatutnya besara wajib 4 tahun lagi. Tapi oleh kerana beliau mendapat tawaran kerja lebih awal dari syarikat swasta, maka beliaupun mohon berhenti lebih awal. Dengan surat tawaran kerja berkenaan beliau mendapat alasan kuat utk berenti awal. Maka permohonan lulus lah.

Tetapi setelah dah berhenti tiba-tiba datang lagi satu surat dari syarikat berkenaan. Surat ini membuatkan beliau macam nak pitam. Ayat surat tu macam ni lebih kurang"tawaran kerja utk anda dibatalkan kerana syarikat telah mengalami kerugian. Oleh itu syarikat tidak mengambil pekerja baru"bayangkan

Dalam keadaaan hutang rumah, hutang kereta, anak masih bersekolah, isteri tak keja, ayah di kampung sakit perlu kos rawatan berterusan tiap-tiap bulan, adik-adik masih belajar di universiti.dimana nak kaut semua tu setelah tiada apa-apa sumber. Memang benar beliau dapat wang ganjaran bersara kira-kira RM50k, tapi berapa lama boleh bertahan. Bayar duit dapur pun tak cukup. Tolak itu tolak initak sampai 6 bulan habis.

Mujurlah beliau terjumpa sc melalui seorang cikgu. Selepas menerima info sc beliau dapat merasakan inilah saja satu-satunya peluang yang beliau ada. Nak berniaga "tak dan". Sebab selama lebih 30 tahun dlm perkhidmatan alam beliau cuma dalam lingkuangan tentera sahaja. Tak campur orang lain. Kesannya beliau macam baru lahir semula selepas bersara.

Dalam keadaan terdesak beliau labur kira-kira usd8k. Duit tu datang dari duit ganjaran persaraan beliau. Duit tulah yg terus beranak hingga sekarang. Utg setiap bulan tulah yg dia makan dan bayar itu dan ini. Dengan kata lain hingga sekarang beliau tak sempat pitamdek tak ada keja. Tegasnya keputusan beliau inves duit dalam sc dapat menyelamatkan beliau dari buat keja yg tak pasti lagi boleh menampung kesemua perbelanjaan semasa yg semangnya tinggi.

Saya kata dlm hati syukur dan al-hamdulillahsebab beliau telah memilih jalan yg tepat. Kalau tidak banyak masalah akan timbul. Tau je lah beliau ni mempunyai ilmu peperangan yg tinggi. Dalam keadaan terdesak apa-apa pun boleh jadi. Ingat lagi kisah "MAT KOMANDO" yg mengamuk dulu. Dia bertindak macam tu atas sebab apa??? Bukan dia sorang je buat macam tukalau terdesak.muram lah jawapnya.

Namun tak lain dan tak bukan sebabnya adalah "perut".lepas bersara tiada sumber lagi nak kaut. Tapi perut tetap nak makan. Orang terdesak akalnya menjadi pendek. Macam orang plastine yg "BOM DIRI SENDIRI". Kalau tak terdesak mereka tak buat macam tu. Yg sanggup mati bom diri sendiri tu adalah dari kalangan orang "perut lapar". Bila perut lapar sebarang fatwa apapun mereka tak boleh terima. Kesannya bom diri sendiri sebab tak sanggup tanggung perut lapar seumur hidup.

Macam kita di Msiakita semua "berperut kenyang". Orang perut kenyang akalnya panjang dlm membuat pertimbangan. Sebab itu semarah macam manapun kita dengan orang yg menentang kita tak sampai perang sesama sendiri macam orang kat IRAQ sekarang. Orang iraq tak fikir lagi dah persaudaraan islam ke?...sama bangsa ke?..apa nasihat pun tak masuk lah!!! sebab perut mereka menjadi raja segala-galanya. Tegasnya fikiran mereka bukan ditentukan oleh otak, iman atau islam. Yg tentukan tindak tanduk mereka adalah berpandukan kehendak perut mereka.

Oleh itu peluang investment sc ni adalah salah satu alternatif baik sama seperti menyelamatkan orang dari pada terdesak sehingga sanggup bom diri sendiri. Sc ni bukanlah terlalu baik sangat sehingga menjadi idola dan fanatik. Tapi ia cuma pilihan semata-mata, bagi orang yg berani hilang duit, sanggup terpedaya, sanggup segala-galanya dalam menghadapi risiko. Bagi orang yg dah sedia berperut kenyang pilih lah melabur dalam negara dan simpan ditempat yang diiktiraf dan pulangan 7% hingga 15% setahun. Sebab mereka yg berperut kenyang tu dah ada ratusan ribu dalam bank. Bagi orang yg "perut lapar" miskin, tak ada keja, kena buang kerja, VSSmacam staf TV baru tu yg buang pekerja,graduan menganggur,.orang berhutang lapok dengan PTPTN, MARA.rumah dapat notis merah dari bank.boleh lah memilih labur kat SC, sebab mereka Cuma mampu sedia 1000usd saja. Kalau simpan 1000usd ni pun tak kemana selepas setahun, jika invest dalam negara., apa lagi kalau sebulan.

Cuba tunjuk dengan sya berapa orang labur dlm negara 1000usd dapat duit setiap bulan 100usd, selama 3 bulan, 150 usd selama 3 bulan, 200 usd selama 3 bulan... dan seterusnyabuktika lah wahai semua pengkritik sc. Dalam kalangan komuniti sc sya boleh tunjuk 100 orang pun ada. Cakap saja bila-bila sya boleh buktikan. Malah org yg dapat 4000usd purata sehari pun ada. Mentor ari tu tunjuk SFP income kat sya dah dapat $46500 usd utk SFP bonus bulan lepas. Tukar RM berapa dia dapatkira lah sendiri.

Bonus tu dia belanja balik utk jamuan raya kat PWTC hari tu. Bukan makan sorang tapi makan ramai-ramai. Dia kata duit tu dapat adalah hasil kerja kengkawan dalam team. So.. raih lah sama-sama. Duit tu jugak diorang belanja kat anak-anak yatim dan derma fakir miskin sekitar KL. Tegasnya bila duit banyak.lebih banyak yg boleh tolong orang lain. Tolong org lain selamatkan perut mereka lebih baik dari hanya bercakap-cakap tapi membiarkan mereka terus kosong perut.

Orang yg mengkiritk, mengata, mengutuk, mencaci dan memperli tu hanya pandai bercakap. Dengan kata lain mereka "ingin menjadi jaguh tak bertempat".Mereka bercakap dalam keadaan perut kenyang memang panjang akal dalam memburuk-buruk dan menjatuhkan orang lain. Lihat saja isu tapak pasar ramadhan sekitar Masjid India yg pernah ribut dalam TV7 edisi siasat suatu ketika dulupadahal sewa tapak Cuma RM200..(sumber TV7 ketika itu kalau tak silap)tapi dijual semula menggunakan nama VIP dan sendikit tertentu dengan harga RM15k satu tapak.itu semua keja siapa.???tak lain dan tak bukan bangsa sendiri yang dah kenyang perut. Orang kenyang perut inilah yg sanggup membunuh bangsa sendiri dalam diam demi kepentingan diri.

Oleh itu apa saja kritikan negatif pasal sc adalah datang dari mulut orang yang kenyang perut. Terbaru dalam majalah Al-Islam bulan ini, pun yg mengkritik tu adalah profesor yg kenyang perut. Gaji mereka dah 5 hingga 6 digitduduk atas kerusi empuk, tilam empuk, ada pemandu sendiripembantu rumah saling bertukar ganti, ada astro hampir semua bilik, lantai rumah berkilat, berkapit dan macam-macam lagi kemewahan hidup yg mereka dah rasa. Oleh itu mereka membuat pertimbangan berdasarkan fikiran org yg berperut kenyang.

Tapi bagi org terdesakhutang keliling pinggang macam mana? Org yg bercakap tu hanya mengkritik dari luar pagarkalau nak kritik marilah masuklah dalam pagar. Klu anda baca dalam majalah AL-islam tu semua 3 org akademik yg bgi komen tu adalah orang yg tak joint sc. Ketiga2 mereka berada di luar pagar. Memang mereka tak nampak apa itu sc. Walaupun mereka itu pakar dalam ekonomi tapi tak semua mereka tahu tentang ekonomi termasuk sc. Sebab tu ada antara kenyataan mereka ttg sc 100% salah. Siap bagi hukum lagihebat.!!!

Sc ni satu patern baru dalam revolusi MLM. Kalau sebelum ini MLM dijadikan pilihan kedua kepada orang ramai utk menjadi usahawan berjaya, ia memang benar dan dapat melahirkan usahawan yg berjaya. Maka sc ini adalah satu corak baru dalam memberi peluang kpd org biasa menjadi usahawan berjaya dlm betuk investmentselain melalui MLM. Org yg dah berjaya dalam MLM teruskan. Bagi org yg belum berjaya apa salahnya memilih patern baru bercorak MLM tapi bukan jual barang atau apa???....ia cuma berbentuk investment atau pelaburan jangka panjang.dan sambil melabursambil bawa orang lain yg sama lapar perut melabur utk dpt duit isi perut yg lapar tu.gaya baru ini yg masih lagi tidak difahami oleh ramai rakan-rakan yg berada di luar pagar, sekalipun mereka tokoh akademik dan ustaz ekonomi kat universiti.

Profesor ekonomi ke?...utz ekonomi ke?...pakar apa pun dalam ekonomi. cuba kita fikir apa mereka dah buat dengan kepakaran mereka dalam ekonomi, dalam membangunkan ekonomi org kita yg tak pakar dalam ekonomi dan masih lapar. Mereka setakat congak-congak saja sambil duduk kat kerusi empuk di bawah aircond sejuk dalam bilik. Adakah mereka keluar jumpa dan pimpin tangan masyarakat terdesak yg terkena dek penangan petrol naik, tol naik, gula naik, disel naik, kontraktor tak dapat payment dah setahun, graduan menganggur walaupun dapat ijazah kelas pertama, dan mereka,beri petunjuk!!! tang mana jalan yg bagus utk buat duit halalyg dapat fatwa dari ulama muktabar..dan dapat pulangan cepatmacam invest dalam sc.cuba buktikan.

Sebelum dreamkaya team wujud adakah usaha org ekonomi macam profesor tu tunjuk jalan buat seminar ke?...buat kelas ke?...buat usrah ke?...kongsi pengalaman ke?...macam mana meneroka peluang buat duit di internet.cuba buktikan???...saya berani cabar bagi pihak dreamkaya team.tunjukkan saya berapa ramai jutawan yg beliau dan rakan-rakan yg sekali mengkritik dalam majalah AL-Islam tu yg dah jadi jutawan hanya bermodal kan 1000usddalam masa setahun. KALAU ADA BUKTI mari tunjukkan.dan tampilkanformula apa yg anda pakaimarilah. Kalau memang betul ada.ok kita kongsi bersama dengan umat lain, demi untuk menyerap masalah semua harga barang naik, bil api/air naik, tambang pegi haji naik, sewa rumah naik, interes rumah, kereta dan apa-apa loan pun naik. Kalau tak ada lebih baik zip mulutlah.

Sebaliknya saya tabik spring dengan saudara jutawan internet irfan khairi yg low profile. Beliau yg memang dah terkenal sbg jutawan internet siap minta maaf sebab tersalah kritik tentang sctak caya baca blog beliau. Masa beliau kritk sc sebagai buruk..sah beliau tak tau info sebenarnya. Oleh itu kritik di luar pagar memang tak sama berbanding kritik masa dalam pagar. Tak taulah sya klu beliau dah masuk pagar. Siapa dapat "tashkil" dia memang power lah. Sya tabik skali lagi kat demosaudara irfan. Terima kasih lah sebab sokong kerja umat dlm scsambil membangunkan ekonomi ummah.

Tegasnya kalau nak kritik pelaburan dalam sc biar letak kan diri dalam keadaan perut lapar. Hutang banyak,along tengah kejar. Tak ada keja.dan macam-macam lagi keadaan susah. Kalau tak cukup dgn keadaan macam tupegi dulu ikut latihan iktiar hidup dalam hutan BUBU Perak selama 6 bulan macam Komando 69 buat. Lepas tu tengah nazak lapar tu mintalah profesor dan ustaz ekonomi kat universiti tu komen scminta KOSMO pegi interview ekslusif dengan mereka, cakap dalam keadaan lapar.kita dengar apa mereka kata.

Boleh agak apa mereka kata kan...makan,...makan,...makan,...air,...air...air. Mereka tak minta mercedes, herier, altis, BMW...TV veara Flet screen atau Sony avio 500gm. Sebab otak mereka berfikir pendek dan turut sama akan memikirkan perut lapar mereka dulu. Yg mustahak adalah makan utk sambung nyawa. Jam tu apapun suap kat mulut diorang tak fikir dah apa status. Semua letak tepi. Keadaannya serupa lah macam orang kat plastine tu.

Oleh itu kalau nak kritik cuba fikirkan apa tindakan dan cadangan yg bagus utk menyelesaikan masalah berkenaan. Dan tindakan yg dicadangkan tu mestilah sesuai dengan kemampuan orang yg lapar tu. Bukannya bagi cadangan labur sampi RM1,000,000. Berapa ramai orang lapar ada RM1,000,000.

Jangan sekadar cakap-cakap utk kepentingan diri la profesor, atau nak dapat point utk kenaikan pangkat, nak glamor. Team dreamkaya yg buat tindakan senyap perkenal peluang buat duit melalui internet tu dah kira cukup bagus. Kalau team serupa mereka tak bersatu meneroka peluang baik buat duit di internet siapa lagi yg akan tampil. Nak tunggu kementerian business di internet ke wujud, dan memperjuangkan dan memperluaskan peluang buat duit di internet... haram tak kan ada. Sampai tumbuh janggut kat lutut pun takkan ada. Jadi jawapnya lebih baik bertindak buat sesuatu tanpa mengharapkan pertolongan dari sesiapa. betul tak...????


__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Baca dan nilaikan sendiri betapa swisscash dipromosikan sebegitu rupa UNTUK MENYEMBELIH ORANG2 MELAYU PADA AKHIRNYA , DAN ORG2 MELAYU YG ADA DLM DKT ADALAH DALANGNYA
BAYARLAH DOSA2 NI KEPADA PELABUR2 YG DITIPU INI DAN KELUARGA MEREKA YANG BERJUMLAH DKT 200 RIBU ORANG

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

dudu wrote:

Baca dan nilaikan sendiri betapa swisscash dipromosikan sebegitu rupa UNTUK MENYEMBELIH ORANG2 MELAYU PADA AKHIRNYA , DAN ORG2 MELAYU YG ADA DLM DKT ADALAH DALANGNYA
BAYARLAH DOSA2 NI KEPADA PELABUR2 YG DITIPU INI DAN KELUARGA MEREKA YANG BERJUMLAH DKT 200 RIBU ORANG





BILA LG AKU DAH TAK SABAR NI....JOM RAMAI2

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

saper yg ada dgr berita TV3 pasal SC???? tolong citer ckit....

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

Kenapa si taiwan, india, arab, pakistan support www.swissmaxif.net korang boleh terang ker?? cuba masuk link ni

http://blog.sina.com.tw/v7701631/article.php?pbgid=39155&entryid=575030

http://blog.tbar360.com/oblog312/user1/power/archives/2007/62913.html

: re: swissmaxif
: "admin@swissmaxif.net"
: xxx@yahoo.com.tw

.....
1.SwissmaxifSC
2.SwissmaxifSC FBI

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

sini pun ghairah nampak.....

www.swissmaxif.blogspot.com
www.swissmaxif.blogspot.com
www.swissmaxif.blogspot.com
www.swissmaxif.blogspot.com
www.swissmaxif.blogspot.com
www.swissmaxif.blogspot.com

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Penjlat swisscash sudah masuk. Nlah antara kroni2 dan penyamun2 harta org melayu kat mesia ni , dah lah menyamun, skrg ni nak menipu lak.

__________________



Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

Heret semua sekali termasuk DKT sekali..........alang-alang dah rugi, biar semua rugi

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

ASSALAMUALAIKUM.....

KPD SIDANG FORUMER, SILA GUNAKAN PLATFORM FORUM PASAI-SWISSCASH UNTUK MEMBINCANGKAN HAL-HAL YG BERKAITAN DENGAN FOKUS PERBINCANGAN KITA BERDASARKAN MATLAMAT FORUM YANG DIUSULKAN OLEH TUAN ADMIN ( SILA BACA DI MUKA DEPAN )

JANGAN JADIKAN FORUM NI SEBAGAI PLATFORM MUDAH BAGI ANDA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP DKT. CUBA FAHAMI TUJUAN ASAL FORUM.

LAGI SEKALI SAYA NAK TEGASKAN , FORUM NI BUKAN KEPUNYAAN DKT. SEBARANG KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP DKT, SILA SALURKAN KE TEMPAT2 YG SESUAI....SAYA PASTI DI LUAR SANA BEGITU BANYAK FORUM YG MENGASAK DKT. SO GUNAKANLAH FORUM DI SANA.

SEKIAN. HARAP AMBIL PERHATIAN KPD TUAN2 YG BUDIMAN.

__________________
psc


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

yake dlm tv3 ada citer tentang swisscash????

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

CERITA BYK2 PUN X GUNA....CAMAN KITA NAK MULAKAN BENDA NI YA..SENANG JE..

1. BUKAK 1 THREAD KHAS , KUMPUL SEMUA AHLI YG TAK PUAS HATI DAN RASA DITIPU DAN DISEMBELIH OLEH DKT DAN SWISSCASH

2. RANCANG 1 PRJUMPAAN BESAR2AN ANTARA KITA

3. DLM PERJUMPAAN TU BUAT MITING

4. CAPAI KEPUTUSAN SEPAKAT UNTUK BEBERAPA TINDAKAN SERTA KUMPULKAN SEMUA BUKTI DR AHLI2 YG ADA BUKTI MCM OMT SLIP , VIDEO , GAMBAR , BANK IN SLIP, AUDIO , MSTI RAMAI ADA, KUMPULKAN SEMUA

5. LAKSANAKAN TINDAKAN YG DIPUTUSKAN DENGAN SEGERA

-- Edited by dudu at 20:01, 2007-12-19

__________________



Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

kumpul semuanyer biar gempak...... tgk apa DKT nak buat nanti....

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 31
Date:

dudu wrote:

CERITA BYK2 PUN X GUNA....CAMAN KITA NAK MULAKAN BENDA NI YA..SENANG JE..

1. BUKAK 1 THREAD KHAS , KUMPUL SEMUA AHLI YG TAK PUAS HATI DAN RASA DITIPU DAN DISEMBELIH OLEH DKT DAN SWISSCASH

2. RANCANG 1 PRJUMPAAN BESAR2AN ANTARA KITA

3. DLM PERJUMPAAN TU BUAT MITING

4. CAPAI KEPUTUSAN SEPAKAT UNTUK BEBERAPA TINDAKAN SERTA KUMPULKAN SEMUA BUKTI DR AHLI2 YG ADA BUKTI MCM OMT SLIP , VIDEO , GAMBAR , BANK IN SLIP, AUDIO , MSTI RAMAI ADA, KUMPULKAN SEMUA

5. LAKSANAKAN TINDAKAN YG DIPUTUSKAN DENGAN SEGERA

-- Edited by dudu at 20:01, 2007-12-19





pada dasarnya semua dah setuju nak ambik tindakan...,
tapi kita hanya cakap jer, bila nak ambik tindakan?
kalau dapat ada yg tampil volunteer yg boleh organize
sekaligus tindakan dapat diambil segera dgn lebih tersusun...
kalau kita asyik cakap jer takut nanti satu tindakanpun kita tak ambik....
minta tolong sorang tampil jadi leader supaya tindakan kita sama dan teratur

__________________
swisscash


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Aku on geng , so aku disini inginn menggesa dan menyeru pada semua pelabur yg dtg ke forum

ini atau ada mndpt info dr dlam forum ini , spy TAMPIL KE HADAPAN DAN KEMBALI MENUNTUT

HAK KITA DENGAN SEBERAPA SEGERA.




Kalau ramai nanti yang respond ,kita boleh membuat perjumpaan tergempar . Dalam perjumpaan

itu , KITA SEMUA BOLEH BERKONGSI IDEA , MENGUMPUL BUKTI SERTA MERANCANG TINDAKAN.




Letih dah aku melobi pd semua pelabuR2 sc YANDA DAH LAMA TIDUR NI. Kita ada hak dan hak

kita tu telah dirampas dengan kemanya oleh DKT KEPARAT melalui skim penipuan swisscash.




Segera tampil kehadapan dan mari kita semua bertindak. DKt DAN BIG2 leadernya SEDANG

BERSENANG-LENANG MEMBELANJAKAN DUIT KITA SEMUA YANG DITIPU MEREKA SELAMA INI

TIADA ALASAN UTK DKT TEAM UTK TIDAK MEMULANGKAN SEMUA DUIT YANG TELAH DITIPU

MEREKA SETELAH JELAS SWISSCASH NI MEMANG PEMBOHONG




BILA MEREKA IAITU DKT TEAM TIDAK MEMULANGKAN SEMUA DUIT KITA YG TELAH DITIPU

MEREKA , TELAH JELAS MENUNJUKKAN YG SWISSCASH IALAH ALAT YG DIGUNAKAN OLEH DKT

UTK MENIPU PELABUR2 YG SEKRG INI TERANIAYA. JELASLAH DKT IALAH SBHG DR PEMILIK

SWISSCASH ,KRN ITULAH MEREKA SEMUA INI IAITU DKT TEAM ENGGAN DUIT PELABURAN YANG

DITIPU SELAMA INI , KERANA MEMANG SENGAJA MEREKA DAN MEMPROMOSIKAN SWISSCASH

UNTUK MEROMPAK DAN MENYAMUN DUIT KITA SEMUA SECARA HALUS.




BANGUN KAWAN2 , SMPAI MASANYA UTK BERTINDAK , JGN TIDOR

LAGI..BANGUN....BANGUN..AMBIK BALIK HAK KITA..JGN JADI BACULLLLLLLL!!!




__________________



Otai Member

Status: Offline
Posts: 576
Date:

Leader Kari Power Mamak Cendoi PHG82 ada kat Seberang Jaya lagi dok cari mangsa ScoreA pulak. Katanya akan lahir beberapa jutawan ScoreA tahun nie. So sapa-sapa yang nak jadi Jutawan bolehlah hubungi 0125862186.

Dia dah pindah ofis dah. Katanya Maybank nak ambik ofis lama tu. So sapa-sapa yang ada info ofis Leader Kari Power nie bagitaulah di sini.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

DKT memang power , dkt mmg amanah...

DKT leader skrg jd kaya dgn kereta2 mewah, rumah2 besar mcm istana dgn kemudahan CCTV

dan siap ada guard lagi psl dorang rajin berusaha

Kita semua tahu dkt leaders menjadi kaya-raya skrg kerana" menoreh getah,

menanam padi dan memanjat kelapa


Semua duit dkt leaders yg kaya raya skrg ialah titik-peluh halal mereka membuat kerja2 halal ,

bekerja dgn tulang 4 kerat mereka di bawah sinaran matahari untuk mencari rezeki2 halal yg

dkt leaders semua kecapi skrg


Kita semua pelabur2 yg PEMALAS dan memang padan muka mereka krn skrg mnjadi papa

kedana skrg

Jgn cemburu atau iri hati kpd DKT leaders yg kaya raya , kekayaan yg dorang kecapi

semuanya " hasil halal dr perniagaan mereka yg dijlnkan secara halal , jujur, ikhlas ,

amanah dan telus



X payah buat apa kawan2, REDHA je...ini semua takdir, biarkan shj DKT leaders mengecapi

dan menikmati " KEKAYAAN YG SEDANG MEREKA KECAPI KERANA HASIL YG DKT

LEADERS BELANJAKAN DAN MAKAN TU.........LANGSUNG X ADA KENA-MENGENA LANGSUNG

DGN KITA PELABUR2 MALAS YG MISKIN DAN X SEDAR DIRI




Kesimpulannya , jangan buat apa2 kawan2...

Pasal SEMUANYA MMG SALAH KITA..DAH LAH MALAS , KELUARKAN DUIT BERATUS2 RIBU

LAK...

SEKARANG DAH MISKIN PADAN JELAH MUKA KITA SEMUA..INI MEMANG TAKDIR..JGN GANGGU

DKT LEADERS SEMUA YNG JD KAYA-RAYA SKRG DKT LEADERS SMUA IALAH ORG2 YG RAJIN

BERUSAHA DN MMG LAYAK JD KAYA-RAYA SKRG..SEDARLAH DIRI SKIT PELABUR2

SWISSCASH YG PAPA-KEDANA DAN MALAS...






__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Update dr china mengenai swisscah haram jadah


Hard to bring charges against a company that doesn't really exist.But they will freeze the assets

under the name and then the people who promoted will be prosecuted.Heres an example.

Chinese police have uncovered the country's largest ever alleged on-line pyramid selling

scheme, involving 170,000 people and 1.36 billion yuan (180 million U.S. dollars).

The scheme, operated under the name of "Swiss Mutual Fund", required each investor to pay

8,000 yuan (1,052 U.S. dollars) and promised to pay back 400,000 yuan (52,000 U.S. dollars) in

30 months.

In May, authorities of Tai'an City, Shandong Province, learned about the "Swiss Mutual Fund"

and began investigating.

They found the so-called "fund" had never been registered at the China Security Regulatory

Commission (CSRC), the Ministry of Civil Affairs (MCA) or the People's Bank of China (PBC),

and concluded it was illegal.

The People's Procuratorate of Taishan District of Tai'an City has charged Wei Lixin and Chen

Yong for operating a pyramid selling scheme.

The Chinese authorities have been taking hard line against pyramid selling schemes of different

kinds.

The Ministry of Public Security launched a campaign against pyramid selling from July 16 to

Aug. 15, identifying 600 schemes involving 1.7 billion yuan (224 million US dollars) nationwide,

with more than 3,300 organizers and core members arrested in 14 provinces and cities.

In 1998, the government banned pyramid selling. In 2005, the Provisions on the Prohibition of

Pyramid Scheme were published and put into effect.



TAPI IN SEMUA AKAN BERLAKU KALAU SEMUA MANGSA SWISSCASH YG TERTIPU

BERGABUNG TENAGA DAN MELAPORKAN SECARA TERPERINCI BERSERTA BUKTI2.....SETAKAT

CKP X APA LAH........PEGI BUAT KEJE LAIN JELAH........NANTI TUHAN BALAS LAH ATAU APA2 JE

ALASAN YG CUBA MENGHALANG LAPORAN RASMI DIBUAT PD PIHAK BERKUASA MMG DASAR

SARANAN MANUSIA MUNAFIK EGO YG BRTOPENGKAN SYAITAN SEBENARNYA TAU MUNGKIN

KATA2 INI DTG DR SALAH SEORANG DKT LEADER YG MENYAMAR....KAWAN2 SEMUA BLH

NILAIKAN SENDIRI



__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

..AKU SETUJU !!!
Ok gak kalo buat laporan.. saper nak mulakan?.. kalo nak buat.. kena ramai ramai.. jangan kita kita jer.. karang kita plak yang jadi sibuk tak tentu hala..glamer se mesia..tak bleh main redah jer..
DUDU..... lu cuba organise benda ni.. lu jadi S/U dulu ler...... bukak blog ker..
k.

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

CamproCash wrote:

..AKU SETUJU !!!
Ok gak kalo buat laporan.. saper nak mulakan?.. kalo nak buat.. kena ramai ramai.. jangan kita kita jer.. karang kita plak yang jadi sibuk tak tentu hala..glamer se mesia..tak bleh main redah jer..
DUDU..... lu cuba organise benda ni.. lu jadi S/U dulu ler...... bukak blog ker..
k.






Tu yg aku malas tu bro
Org melayu ni..kalau dia cdgkan je, dia kena jd ketua
Kita kena tukar stail tu
Aku on je kalau korang semua nak join bnda ni
Aku tunggu je...bila korang semua nak on..itu je

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

ha ha ha .. begitu ler kita nu DUDU...
Orang ajak kita nak kaya cepat..... heh.. kita pun redah ler melabur.. (rugi ker scam..fikir kemudian)
Orang ajak kita menyaman.. kita pun join jer.. mana tau ada hasil..
Tapi bila orang ajak kita p demonstrasi BERSIH.. kita pun ikut.. tapi tau..tujuannya murni untuk pilihanraya BERSUH.. tak gitu?

Lek kau DUDU>> KAEDAH SIAPA CADANG>> DIA JADI KETUA>> NI biasa sangat dah.. sebab tu sch cepat berkembang.. kita suka jadi pengikut..asal untung (???) dapat..

k?

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

KERJA KETUA INI BERAT...BANYAK TANGGONGJAWAB......HATI2....KALAU
TAK MAMPU......JANGAN JADI PAK SANGGUP.

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

THREAD NI DAH JADI MACAM SPAM PLAK....COPY PASTE BENDA YG SAMA....DAH LA TU, BOLD TEXT SUPAYA ORG LAIN AMIK PERHATIAN ATAS KEMERAPUAN PENULISAN YG NTAH APA2...

__________________
psc
PU2


Moderator

Status: Offline
Posts: 635
Date:

pelaburSwisscash wrote:

ASSALAMUALAIKUM.....

KPD SIDANG FORUMER, SILA GUNAKAN PLATFORM FORUM PASAI-SWISSCASH UNTUK MEMBINCANGKAN HAL-HAL YG BERKAITAN DENGAN FOKUS PERBINCANGAN KITA BERDASARKAN MATLAMAT FORUM YANG DIUSULKAN OLEH TUAN ADMIN ( SILA BACA DI MUKA DEPAN )

JANGAN JADIKAN FORUM NI SEBAGAI PLATFORM MUDAH BAGI ANDA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP DKT. CUBA FAHAMI TUJUAN ASAL FORUM.

LAGI SEKALI SAYA NAK TEGASKAN , FORUM NI BUKAN KEPUNYAAN DKT. SEBARANG KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP DKT, SILA SALURKAN KE TEMPAT2 YG SESUAI....SAYA PASTI DI LUAR SANA BEGITU BANYAK FORUM YG MENGASAK DKT. SO GUNAKANLAH FORUM DI SANA.

SEKIAN. HARAP AMBIL PERHATIAN KPD TUAN2 YG BUDIMAN.






SETUJU!!!!! dengan pandangan ikhlas pelaburswisscash.....forumer semua pertimbangkanlah.....guna akal sebelum melakukan sesuatu...kalau tak menyesal....kemudian tak berguna....

Cuba amalkan DOA + SABAR =???????? anda nilai sendiri

__________________
......NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY.....
1 2 36  >  Last»  | Page of 6  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard