Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BERITA DARI SINGAPURA


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:
BERITA DARI SINGAPURA



Singapura : 25 November 2007

LORONG BELAKANG DAH TERANG...
LORONG-LORONG belakang terutama di sekitar Geylang memang jadi tarikan kepada golongan yang terlibat dalam kegiatan yang tidak diingini.
Ini membimbangkan para penduduk terutamanya pada waktu malam.
Tetapi, mereka kini boleh menghela nafas lega kerana lorong-lorong belakang itu kini terang- benderang dan sekali gus menjadikan keselamatan lebih terjamin.
Majlis menyalakan lampu di lorong-lorong tersebut dirasmikan oleh Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, malam tadi.







Singapura : 25 November 2007

LOGO 'BABI HALAL'

NTUC FAIRPRICE, MUIS AMBIL TINDAKAN TANGANI MASALAH
Oleh
Puad Ibrahim
E-MEL yang tersebar meluas baru-baru ini dengan gambar yang memaparkan kononnya terdapat 'babi halal' yang dijual NTUC FairPrice bukan saja tidak benar malah dianggap sebagai perbuatan nakal dan dipandang serius oleh pasar raya itu dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
NTUC FairPrice dan Muis telah pun mengambil langkah-langkah untuk menangani perbuatan tersebut.
Pasar raya tersebut telah melaporkan perkara itu kepada polis pada 1 November lalu.
Muis telah menghubungi NTUC FairPrice untuk mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan mengenai laporan polis itu.
Ia turut menjalankan pemeriksaan di lapan cawangan NTUC FairPrice dan tidak mendapati 'produk' seperti yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
Menjawab pertanyaan Berita Harian semalam, Muis menyatakan ia memandang serius sebarang perbuatan menyalahgunakan logo halal Muis.
'Perkara ini sedang disiasat polis. Muis sedang berhubungan dengan divisyen polis yang sedang menyiasat kes tersebut. Kami juga sedang mengawasi situasinya secara dekat.
'Kami berharap tindakan yang wajar dan mencukupi diambil terhadap pesalah yang bertanggungjawab bagi kesalahan ini,' tegas Muis.
Menurut Muis, ia sedang mengambil langkah susulan mengenai perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi kewibawaan tanda sijil halalnya.
Gambar bungkusan produk Pasar Fresh Pork itu, yang kelihatan mempunyai logo halal Muis, telah disebarluas menerusi e-mel sejak beberapa minggu lalu.
Dalam kenyataannya, jurucakap NTUC FairPrice berkata bungkusan asal produk itu tidak mempunyai pelekat halal.
'Kami memandang perkara ini serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua tindakan yang perlu untuk memastikan perbuatan itu dihentikan serta-merta dan tidak diulangi lagi selepas itu,' kata jurucakap tersebut.
Ketika dihubungi BH, polis menyatakan siasatan sedang dijalankan dan oleh itu tidak wajar baginya memberi komen atau mendedahkan sebarang butir.
Di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla), sesiapa yang menyalahguna tanda pensijilan halal Muis boleh dikenakan hukuman denda sehingga $10,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.






__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

Brensget betul statement diorang tu....kalau dah namanya 'babi' tu, takde halalnya lah....

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

memang banyak usha utk mengelirukan org Islam.. benteng terakhir org Islam adalah dirinya sendiri, jika seseorg Islam itu teguh imannya dan banyak amalnya dia akan menilai apa yg terdapat di sekelilingnya. Halal atau haram dia sendiri akan mempastikannya apakah ia selari dengan apa yg diketahuinya secara jelas nyata dalam Quran.

Mukhtahir ini juga terdapat banyak usha di kalangan umat Islam sendiri utk mengelirukan sesama sendiri atas kepentingan politik dan peribadi. maka itulah sgt penting sekali seseorg individu Islam tersebut mempelajari sendiri konsep halal haram berdasarkan ajaran Islam sebenar yg terkandung di dalam Quran dan jgn terlalu berlepas tangan dgn mengharapkan apa yg diperkatakan oleh ulama itu semuanya benar dan tepat. tiada yg benar-benar tepat melainkan Quran dan merujuk Hadis dalam keadaan mana ia boleh terpakai berdasarkan amalan Rasulullah SAW.

bukanlah tujuan kita utk membelakangkan ulama dan bercakap macam ulama sebagaimana yg pernah disuarakan oleh seorg ulama terkenal di Malaysia dahulu terhadap mereka yg tiada kelulusan bertaraf ulama. tetapi sebagai manusia kita telah dikurniakan akal fikiran dan masing-masing mampu membuat penilaian sendiri sekiranya anugerah akal itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. sedangkan Rasulullah sendiri menghormati pandangan sahabatnya yg bukan dr kalangan yg bangsawan serta hartawan, dan menasihati dengan cara baik tentang bagaimana yg perlu dilakukan sekiranya pendapat sahabat itu tidak sesuai, bukannya berbahasa kasar dan merendah-rendahkan kemampuan akal org lain utk berfikir sendiri secara waras dan benar.

__________________
PU2


Moderator

Status: Offline
Posts: 635
Date:

PERTAHANKAN ISlAM DI SINGAPURA

__________________
......NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY.....


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Hmmm...Singapura, dulunya satu negeri melayu Islam tp sekarang????
takkan tanah sebesar China tak cukup lagi.

Iskh..iskh.. apa nak buat dah benda nak jadi. ni semua angkara penjajah bawak imigran macam mereka bawak yahudi ke tanah palestin. dulunya majoriti sekarang jadi minoriti. apa-apa pun pertahankan hak dan Islam di bumi Singapura.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

salam.....

persoalan ini jelas menghina umat Islam... terserah kepada umat Islam di Singapore untuk menanganinya dengan sebaiknya tanpa melibatkan suasana tegang.

itu dari segi babi yang nampak..... bagaimana dengan babi yang tak nampak... contohnya;
dalam aiscream, coklat, cream, biscuit dan senangkatan dengannya.

ini lagi berat... kerana kita makan makanan yang dihalalkan dari segi logo, tetapi kandungannya kita tak pernah pedulikan langsung sebab kita tak nampaknya benda haram itu.

ini belumlagi dari segi penggunaan arak dalam makanan.

salam.


__________________

nak belajar forex pm saya... hehehe.. sekarang kena bayor, sebab free kurang sambutan.

http://moneyadsblog.blogspot.com

 



Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

jangankan singapura, malaysia yg diperintah org Islam Hadhari pun boleh lepas semua babi tu asalkan dihulur dengan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

Singapura : 3 Disember 2007

PERNAH MINTA SEDEKAH DI MASJID, TEMPAT LETAK KERETA KINI...

MENGEMIS DI PUSARA
Oleh
Farid Hamzah


TIDAK cukup dengan mengemis di sekitar kawasan masjid, sekumpulan pengemis asing kini mencuba 'nasib' di tanah perkuburan Islam di Lim Chu Kang pula.

Sekurang-kurangnya empat pengemis, yang dipercayai dari Pakistan dan Afghanistan, dikesan semasa Berita Harian (BH) mengunjungi perkuburan Pusara Abadi pagi semalam.

Para pengemis tersebut akan mendekati pengunjung dan sama-sama membacakan doa ke atas kubur yang diziarahi itu sebelum mengemis.

Mereka dikatakan menjalankan kegiatan tersebut sejak sekian lama, namun kini bilangannya dikatakan telah bertambah.

Berita Harian difahamkan, sehingga enam atau lapan pengemis akan berada di kawasan tersebut setiap hujung minggu.

Mereka juga dikatakan kini lebih berani meminta lebih banyak wang daripada mereka yang menziarahi tanah perkuburan itu.

Semalam, salah seorang daripada mereka menghampiri wartawan yang ketika itu berdiri dekat salah sebuah kubur di situ.

Lelaki warga Afghanistan itu, yang memperkenalkan dirinya sebagai Syed Murtaza kemudian membacakan doa ke atas kubur yang dekat dengan wartawan.

Di akhir doanya itu, beliau menunjukkan sekeping dokumen menyatakan bahawa beliau mengemis bagi mendapatkan dana sebuah madrasah anak yatim di Afghanistan.

'Saya minta tuan berikan sedikit wang untuk madrasah ini. Hari ini saya datang, dua hari lagi saya pulang,' kata jejaka yang memberitahu usianya 20 tahun dalam bahasa Inggeris.

Lelaki itu mendakwa beliau ke situ bersama rakannya yang dikenali sebagai Janaga, juga 20 tahun, dengan menaiki teksi.

Seorang lagi pengemis, yang memperkenalkan dirinya sebagai Syed Mohd Ali, pula berkata beliau tidak kisah berapa jumlah wang yang diberi.

'Saya doakan untuk saudara mereka yang telah meninggal dan kemudian terpulang kepada yang hidup berapa mereka hendak beri saya,' katanya yang juga mendakwa datang bersama rakannya, Syed Nauruz.

Seorang pengurus jenazah, Encik Salleh Haji Idris, 52 tahun, berkata beliau sendiri pernah mengusir pengemis itu dan memberi amaran agar tidak menggangu ketenteraman pengunjung.

'Saya diberitahu sebahagian mereka akan minta sehingga $10 selepas membacakan doa,' katanya.

Seorang jurucakap Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) semalam berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk mengatasi masalah tersebut.

Mengemis adalah satu kesalahan di bawah Akta Orang-Orang Miskin.


__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard