kita pun tak setuju,hari tu dr.albert kata partner sc akan menghantar password dan id yang baru,sedangkan akaun kita masih ada id dan password kita sendiri,apasal pulak nak kasi kita password baru,biar betul berita tu,pihak sc ada mengatakan jangan login kemana-mana web sehingga ada arahan dari sc sendiri untuk berbuat demikian,apahal pulak kita memandai-mandai,tolong sabarlah sikit,kalau sc kata tunggu berita dari mereka,tunggulah,pihak sc tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian para pelaburnya,itu kita kena faham woo,itupun kita tak tahu adakah email@sms yang akan dihantar tu termasuk pelabur my ataupun tidak.kita kena bersabar,jgn gelojoh,kalau dah rezeki kita takkan kemananya.
tak setuju ( kalau tak de email atau sms dari mereka )
Kalau betul yang di katakan swisscash data kita tidak hilang, data kita yang di transferkan ke Suntraders sudah cukup untuk mereka verified dengan submission nama penuh / IC / negara sahaja. Tak payah certificate atau amount.
Saya buat system merger untuk bank. Customer tak payah datang bawa passbook atau check book untuk mereka yakinkan bahawa mereka adalah customer bank. Bank akan beritahu mereka pertukaran baru.
www.swisscashguide.com sudah di hacked oleh hackers,in4 saya dapat dari Dr Albert Lee n Valentino from www.memberswisscash.com. www.suntraders.com adalah di miliki oleh hackers2 yg ingin menipu wang2 account kita di SC. Saya sarankan jgn registered nama n profiles kamu. RED ALERTS.
ada beberapa jenis manusia disini yang aku perhatikan:
golongan 1: golongan otai-otai, para mod dan para senior yang nampaknya senada dalam membuat keputusan. kebanyakkannya adalah setuju,berhati-hati dan ada yang menanti rakan-rakan yang berani mencuba submit info dari awal. itu yang terbaik
golongan 2: golongan yang tiba-tiba baru muncul menjadi forumer dan masuk mengundi tak setuju. entah dari mana datang entah pelabur entah tidak. nak menampakkan undi tak setuju tu banyak. Kalau ada yang real pelabur, diorang ni tak mengikuti perkembangan swisscash dan tak membaca forum ini dari awal. sebab tu alasan tak setuju yang diberi nampak macam bodoh aje. ada yang ketinggalan bas tapi memandai kat sini.
golongan 3: tiba-tiba jadi forumer dan dengan busuk hatinya menyebarkan beberapa berita palsu tentang swisscashguide dengan bukti yang hambar.
golongan 4: orang-orang seccom yang dah lama jadi forumer dan ada yang menyamar. masuk ngundi kerana nak menyakitkan hati forumer lain. ada yang dua akaun dan menyamar menjadi orang lain. jadi wiseman laaa...jangan jadi pengecut. nak jadi real punya, sah sah post kena delete oleh mod. tapi jadi tukang gelak kat sini. lepas tu cucuk cucuk forumer baru yang tulen investor dengan kata-kata tak setuju, scam la, tunggu sc punya email la... bila seccom oiii?... bila kucing bertanduk ke? sebenarnya secom cukup marah pelabur dapat duit semula. so nak cucuk terang-terang sah-sah kena punya... cara halus la pakai... betul tak..busuk hati!!!.
golongan 5; golongan tak berapa ada pendirian. selama ini hanya menunggu siapa partner baru sc, tertunggu-tunggu sc nak buka balik, hari-hari bukak swisscashguide, marah orang yang kutuk scguide, merindui partner sc, tup-tup bila dah ada partner kuar, mati-mati kata scam... ha ha ha... stupid sungguh. Macam orang gila meroyan. ginila... si mamat nak beli kereta... minat sungguh dengan mitsubishi lancer 2.0 GT.. kumpul duit, kerja keras siang malam, penuh gambar lancer kat dinding... kaji lancer dalam mototrader, marah orang kalau kata lancer tak lawa... tup-tup bila cukup modal... nak beli... tak jadi beli sebab warna tak lawa. Beli Wira pas tu nyesal krn tup-tup tengok je orang lain pakai.. he he he...
golongan 6: orang yang berusaha mencari maklumat dengan pengorbanan masa dan wang ringgit untuk kepentingan pelabur dan diri agar mendapat semula duit pelaburan. Yang ini yang paling baik.
golongan 7: orang yang berusaha mencari maklumat dengan pengorbanan masa demi wang ringgit untuk kepentingan niat jahatnya dan niat jahat tangan-tangan ajaib . Yang ini yang paling buruk dan seburuk-buruk manusia. hasad dengki dan busuk hati.
golongan 8: orang yang tidak percaya dengan swisscashguide tapi percaya dengan backdoor. kebanyakan leader-leader yg tak berapa besar. siap beritahu downline masing-masing sc guide tu penipu.. jangan hantar maklumat. OK tunggulah back door.... kalau dapat.
golongan 9: orang yang hampir putus asa, tidak mengkaji, tidak pedulik dengan SC tapi sentiasa menjadi pak turut dengan leader-leader. biasanya dia cakap "leader aku marah hantar maklumat tu.. so aku tak hantarla.... bos aku kata scguide scam..". Golongan ini malas mengkaji, hanya tahu mengikut kata UL.
golongan 10: Golongan pemerhati, dengan harapan ada berita baik dari mana-mana golongan diatas.
SO... dimana anda????
Jangan Marah. Hanya satu kajian. Keputusan ditangan anda.
__________________
AMARAN OLEH KERAJAAN SWISSCASH: KAKI SIBUK TOLONG BERAMBUS DARI SINI. HANYA PELABUR SAHAJA. TOLONG JAGA TEPI KAIN SENDIRI. JANGAN NAK MENYIBUKKAN DIRI...
Masih tlalu awal utk buat kptsn skrg..Tggu shgga 12nov. Cma skrg prlu bsdia dgn doc yg diprlukn. Saya tengok dulu apa pkmbangn dr SUN. Bg saya prubahn kptsn pd saat2 ahir adalh diluar jgkaan. Tak mustahil skranya prosedur sblm ni bgtau akn kirim sms/email akn brubah dgn prosedur kirim doc utk mngsahkn pmilik akaun id yg dinyatakn. Rasionalnya slalu bgitu. Kptsn brubah ikut keadaan smasa. Cma kita tak psti apakh sun bnar2 partner sc atau scguide tu sc yg punya.
Kena sembahyang istikharah dahulu sebelum mebuat keputusan. Saya syorkan kita buat sembahyang hajat & istikharah meminta petunjuk dariNya. Barangsiapa tidak meminta pertolongan dari Allah, ia dikira sebagai hamba yang sombong.
1.TOP LEADER KITA MASIH HIDUP TAPI MEMBISU - TRIPLE AAA - 3 BROTHERS TU MESTI TAU PUNYA
2. NAMPAK SANGAT TAK PRO SEBAB SC DAH ADA SEMUA DETAILS KITA
3. SC ADA 500 RIBU INVESTOR SERATA DUNIA, BILA NAK COMPLETE KALAU 1 HARI, 1 ORG JE YG SUBMIT. KENA TUNGGU 500 RIBU HARI LAH JAWABNYA.
4. SC ADA SYSTEM YG SANGAT CANGGIH, ADALAH PELIK KALAU DIA TAK ADA BUAT BACK UP DATABASE INVESTOR. MANA PERGI ? 1. SIP25.COM 2. SCMUTUAL.COM 3. SWISSMUTUALFUND.BIZ 4. BULLDOZER25.COM 5. SWISSCASH.NET
KITA PUNYA PC PUN BIASANYA STANDBY BACK UP CD - TAKUT2 TERKENA VIRUS BOLEH FORMAT BALIK & STILL ADA DATA2 PENTING
5. SUN TRADERS STILL TAK TERBUKTI SECARA REAL - MASIH BOLEH DIPERTIKAIKAN KREDIBILITY MEREKA
6. SWISSCASH (ANAK) AND SWISS MUTUAL FUND 1948 (BAPA) 2 ENTITY YG BERBEZA. KALAU SWISSCASH HILANG, SWISS MUTUAL FUND 1948 TAK SEMESTINYA HILANG.
Perjangahan antara Fasa 1, 2 dan 3. Mula2 kata nak sms/email kpd investors...pas2 masok Fasa 2 teros mintak info kita tnpa menghangtar sms/email, ini adalah sangat2 meragukan. Kalo hackers dpat IC kita mereka bleh terus antar forgot password bila sc sebenar up balik. So jangan antar IC kita! SC dah ade smua ni, sepatutnya kita terima sms/email untuk nak login ke website baru.
Cuba imbas kembali.... "The new website URL from our new partner would be sent only to our main financial consultants in any region shortly. So please do not trust any weblog, website or any unauthorized person."
tak setuju coz terlalu mendesak...... tue yg buat aku mcm tak sedap ajer..... lagi pun hasil perbincangan pok po dgn valentino pun mcm ada yg tak kena.....
Promise/janji yang dibuat oleh swisscashguide dari awal web ini dibuka tak pernah ditepati. Sun Traders olahan licik Swisscashguide. Tiba2 bg time frame mendesak dan menekan pelabur SwissCash. Tak bertimbang rasa terhadap pelabur swisscash yang begitu sabar menanti sejak sekian lama. Swisscashguide/Sun Traders seolah2 terdesak. Sila tunggu sms/email dari SwissCash/Swiss Mutual Fund.
walaupon aku sudah submit tp bila pikir balik sbb ape dia nk sblm 15 tu menunjukan Scammers punya keja...kemungkinan SC akan kembali lepas 15 ni...tupasai dia nk kumpul semua data...lepas tu dia scam SC skali....pendapat aku laaa
sbb kenapa terburu-buru? 500 ribu orang pelabur bolehkah nak submit dalam masa yang pendek mcm tu? At least HANTAR EMAIL KAT KITA ORANG BG TAU APA ID SWISSCASH KITA YANG DULU THEN , suruh log in web, update data , attached IC dan Investment cert.. itu cara profesional...bkn cara mcm tu. Jangan buat KIMIKAZE....nak buat biar cara yang ikhlas..