Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SwissCash Beri 300% tak masuk akal?


Moderator

Status: Offline
Posts: 167
Date:
SwissCash Beri 300% tak masuk akal?


Akm,

Pada waktu bermulanya SC april 2005, ramai yang terpegun dengan pulangan lumayan SC 300% dalam masa 15 bulan. Ramai percaya tetapi terlalu ramai yang merasa ia sesuatu yang mustahil, sesuatu yang tak masuk akal, sesuatu yang boleh dikira penipu, sesuatu yang mesti dijauhi. Adakah pulangan pelaburan 3 kali ganda dari modal tidak mampu diperolehi dalam 15 bulan. Saya bertanya secara logik kedai mamak pelita nasi kandar adakah sesuatu yang munasabah ia berniaga dan mendapat keuntungan 20% sebulan? Rata2 saya bertanya mereka mengangguk tanda setuju, oleh itu 20% X 15 = 300%. Itu berniaga kedai mamak dan untung 20% jer sebulan, saya tahu mereka dapat lebih dari itu, kalau tak mana boleh bercambah cawangan baru dalam masa yang singkat.

Begitu juga pihak bank yang melaburkan wang kita, dan meraih keuntungan berlipat kali ganda tetapi memberikan pulangan 3-4% sahaja dalam 12 bulan. Logik ker? bank bagi pinjaman kepada para peniaga dan faedah yang dikenakan juga tinggi, tetapi para peniaga ini mampu membayarnya kerana keuntungan yang kita kira tadi. Pihak bank untung gila-gila tetapi bayaran gaji teramat ciput kepada pekerjanya. Sekarang cubalah fikir2kan kenapa kerajaan menyekat SC, pulangan tersebut pihak bank tempatan mampu mencapainya tetapi jangan harap dipulangkan kepada rakyat, SC mengacau keuntungan lumayan bank, pihak kerajaan tidak tahan aduan bank2 ini. Kerajaan juga takut kepentingannya dalam misi membasmi kemiskinan untuk mendabik dada tidak kesampaian kerana sebenarnya kemiskinan ini bagai dirancang2 untuk dikekalkan, tak percaya? Dibawah ini adalah salah satu bukti, lihatlah bangunan pencakar langit bank2 malaysia apa ingat harganya ratus ribu jer. Harganya mencecah jutaan ringgit, tetapi bank2 untung bilion ringgit. Kenapa yek SC diganggu? Kenapa kerajaan tidak buat satu rang undang2 saraan hidup yang mampan dan memberikan keselesaan kepada rakyatnya sendiri? Kerajaan BN hari jika benar2 untuk rakyat, berlaku adillah kepada rakyat, jangan menjaga segelintir periuk nasi kroni dan yang berkepentingan sahaja, ubahlah nescaya lautan biru yang diingini pasti datang berduyun2, yelah logik kita buat baik dibalas baik, buat anaya akan dibalas sama.

Wassalam
....

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Kira-kira 1000 pekerja bank di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang terdiri dari ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mengadakan piket di hadapan Menara Maybank bagi menuntut tiga perkara daripada majikan mereka iaitu bonus, elaun sara hidup dan kenaikan gaji 30 peratus.

ImageMereka mula memenuhi sepanjang jalan di depan Menara Maybank tepat jam 12.30 sebaik sahaja waktu rehat bermula menyebabkan berlaku kesesakan tambahan pula dalam keadaan suasana ibu kota yang kelam kabut menjelang Aidilfitri.

Piket selama sejam itu, turut mendapat sokongan penuh daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Masing-masing pekerja bank dari seluruh bank di Kuala Lumpur memakai lencana yang tertulis 'Bank Robs Our Bonus' serta mengikat kepala dengan kain hitam.

Dengan memegang kain rentang dan poster sambil meniup wisel serta membunyikan siren menyebabkan suasana di tengah hari itu menjadi gamat dan bising di tambah pula hon dari kenderaan yang melalui depan mereka.

Tindakan mereka itu hanyalah satu untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pihak majikan mereka yang mementingkan diri sendiri.

ImageSambil memegang poster 'kami buat untung pada bank tapi bank rompak kami', 'bank hisap darah pekerja', dan 'Maybank CEO greedy robs our bonus' mereka turut menyanyi lagu-lagu yang berunsurkan sindiran kepada majikan mereka.

Setiausaha Agung NUBE J.Solomon yang ditemui di tempat piket berkata, mereka mahu kenaikan gaji 30 peratus, kontrak bonus dua bulan kepada kakitangan bank dikekalkan, dan kos sara hidup.

Beliau mempersoalkan, kakitangan bank yang bekerja di Sabah dan Sarawak diberikan elaun sara hidup tetapi mereka di sini tidak diberikan elaun tersebut.

"Kenaikan petrol dua tiga tahun lalu mengakibatkan kami berhutang banyak kerana semua barang naik harga, dan pada masa yang sama kakitangan di Sabah dan Sarawak mereka ada elaun sara hidup semenjak tahun 80-an," katanya.

Katanya, mereka ada kos sara hidup dari 12.5 peratus sehingga 22 peratus sebaliknya kakitangan di Semenanjung langsung tidak dapat elaun tersebut.

"Kami minta dengan bank la, mengapa kami dianaktirikan!," tegas beliau.

ImageSehingga hari ini, Solomon berkata, majikan bersetuju untuk memberi kenaikan gaji 30 peratus tetapi kontrak bonus yang ditetapkan sebanyak dua bulan akan ditarik balik serta menegaskan elaun sara hidup tidak akan diberi.

Katanya, syarat Persatuan Bank Komersial Malaysia (MCBA) yang mahu menghapuskan bonus jika mahu kenaikan gaji disifatkan tidak berperikemanusiaan kerana bank untung berbilion-bilion ringgit hasil kerja keras kerani dan kakitangan bukan perkeranian yang sepatutnya diberikan imbuhan bagi menghargai jasa mereka.

Seramai 30,000 kerani dan kakitangan bukan perkeranian di bank seluruh negara yang hidup kesempitan berikutan gaji sekarang terlalu rendah dan tidak sesuai dengan peningkatan kos sara hidup.

Solomon berkata, kerani dan kakitangan bukan perkeranian di sektor perbankan adalah golongan yang menerima gaji terendah dengan gaji pokok bermula RM662 hingga RM1.254 berbanding gaji Ketua Pegawai Eksekutif yang dianggarkan antara RM1 juta hingga RM4 juta setahun.

ImageSementara itu, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud yang ditemui bersama-sama para pekerja bank menyokong penuh apa yang dituntut oleh NUBE memandangkan kos hidup yang melambung tinggi ekoran kenaikan harga minyak.

"Apa yang dituntut oleh NUBE adalah sangat perlu kerana kos hidup meningkat dari semasa ke semasa, pada tahun depan pula tol akan naik, ini akan memberikan kesan sampingan kepada mereka yang bergaji rendah," katanya.

MTUC masih meneruskan tuntutannya iaitu gaji minima RM900 dan elaun sara hidup sebanyak RM300 kepada seluruh pekerja swasta.

Katanya, bank mendapat keuntungan berbilion ringgit setiap tahun, tetapi mereka yang bertungkus lumus mendapatkan keuntungan itu masih diberi gaji yang rendah.

"Sepatutnya bank kena bagi gaji yang setimpal dengan keuntungan berlipat ganda yang mereka memperolehi daripada pelaburan," katanya. - mns


__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Ambo sokong mu Saudaraku.....
Org jual kacang kuda pong akan mendpt keunutungan melebihi 30% sebulan....
Tu belum Ambo bg tau yg dok jual rokok gulung....Hok ni lglah byk untungnyer....

Thanks.

__________________
Always Green


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

dari http://www.pasai-swisscash.blogspot.com

PENGUMUMAN....

Salam kepada semua pengunjung yang dihormati... setahun telah berlalu sejak rakyat Malaysia tidak dapat masuk ke akaun SC kita dan ia merupakan titik hitam kepada majoriti pelabur di negara ini khususnya, dan seantero dunia khasnya. Saya telah membuat penilaian dengan rakan-rakan karib dan dukacita mengesahkan bahawa SC adalah permainan SCAM yang pada awalnya mungkin bertujuan dengan harapan tinggi dan baik namun akhirnya tidak dapat mengawal desakan kekayaan dunia lalu pengendalinya terjerumus seperti kebanyakan labu peram yang lain. Pengendali SC yang kita tahu ialah Albert Lee tanpa penglibatan Michael Mansfeild dan pasukan-pasukan virtual-nya. Ini adalah satu penipuan yang cukup terancang dan bijak. Saya akur penipuan jenis ini amatlah berkesan kepada rakyat di negara membangun seperti kita. Dreamkaya pula adalah pepromo produk ini dan pengetahuan mereka tentang ketulenan SC untuk dibawa dan diperkenalkan kepada kita pada masa lalu hanya Allah Yang Maha Mengetahui...



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Joe Labu sangat setuju pandangan yang di sampaikan oleh Ada Akai,cukup bernas dan
tidak dapat dinafikan kebenarannya.mudah2an kita termasuk golongan orang2 yang sabar.
semoga Allah beri kita kebahagiaan dunia dan akhirat.

__________________

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard