Members Login
Username
Password
Login
Remember Me
New Member
Lost Account Info?
Main Page
List All Users
Search
Search
Advanced Search
User Details
Calendar
FORUM Pakai Akai
->
Ruang Bincang Maklumat Lain
->
ISLAM DIMALAYSIA MAKIN TERANCAM.
Start A New Topic
Reply
Post Info
TOPIC: ISLAM DIMALAYSIA MAKIN TERANCAM.
Althariq
Moderator
Status: Offline
Posts: 730
Date:
Oct 4, 2007
ISLAM DIMALAYSIA MAKIN TERANCAM.
Permalink
Subject: FW: Islam dihina di Malaysia...
Baca sama2..
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat
kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap
pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah
swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani
juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda
ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM
minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan
dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia
tuan-tuan.
Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di
mahkamah,
tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak
jadi
hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita
itu,
depa
minta di"tiada"kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam,
dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada
masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua
rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain
-
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la
ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence
agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid
pusaka,masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak
mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad
nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan
tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak
bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia?
...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium
Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur
PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata
kat
Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open
minded
langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",
katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau
lebih,
maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia.
Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam
mulut
sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang
Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada
raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang
Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan
lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan
hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah,
sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak
berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan
Beirut)
Allahu ta`ala `alam.
16 Februari 2006
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
AWANBIRU
Otai Member
Status: Offline
Posts: 670
Date:
Oct 4, 2007
Permalink
Mufti Idra Kayangan tak cakap apa2 ke?
__________________
azwan
Senior Member
Status: Offline
Posts: 106
Date:
Oct 4, 2007
Permalink
KALU LAGU TU GAK ABE KAKOK.. BOOOOOOOOOOOOOOOOO LAH DOK SOKONG KERAJAAN LO NI
TUKARRRR LAHHHHH.. PILIHANRAYA NII
__________________
sumbat nyohssssss....
GreeNDay
Otai Member
Status: Offline
Posts: 212
Date:
Oct 4, 2007
Permalink
AWANBIRU wrote:
Mufti Idra Kayangan tak cakap apa2 ke?
Dia dok kat kayangan lagi tuh........
__________________
Always Green
Page 1 of 1
sorted by
Oldest First
Newest First
Quick Reply
Please log in to post quick replies.
FORUM Pakai Akai
->
Ruang Bincang Maklumat Lain
->
ISLAM DIMALAYSIA MAKIN TERANCAM.
Subscribe
Jump To:
--- RUANG UTAMA ---
Ruang Artikel & Berita
Ruang Bincang Maklumat Lain
--- RUANG KHAS ---
Ruang Cadangan
Ruang Batu Api
--- RUANG BERNIAGA ---
Perniagaan Internet
Perniagaan Konvensional
--- RUANG ADMIN ---
Ruang Admin
Ruang Lama
Create your own FREE Forum
Report Abuse