Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jom! Join saham ASA!! Yang Terbaik Tapi Kurang Diminati...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:
Jom! Join saham ASA!! Yang Terbaik Tapi Kurang Diminati...


Assalamualaikum rakan forumer yang dirahmati Allah,

Peluang beribadat dan menanam modal untuk Saham ASA (AMANAH SAHAM AKHIRAT))

Dalam bulan Ramadhan ini 1428H yang dijanjikan Allah berlipat kali ganda kebajikan dan hasanah hanya tinggal 18 hari sahaja lagi rebutlah peluang seperti menjamu makan berbuka untuk anak yatim, rakan2, bersedekah, berdakwah, menuntut ilmu, qiamulail, tilawatul quran, membantu sesama insan yang memerlukan, zikir, solat (berjumaah) dan banyak lagi.

Sekiranya anda ada modal untuk menambah saham ASA ini, sila postkan jgn ragu-ragu, kerana setiap saham yg anda postkan dan dibaca oleh forumer lain lain, Insyallah !! secara automatik anda menambah e-point untuk saham ASA anda!!

SELAMAT BERJAYA MUDAHAN DIBERKATI ALLAH S.W.T....



Attachments
__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

Saudara wakil rakyat rasuah,

Apa makna skrin putih yg anda postkan tu? Ana tarak faham laa..kain kafan kaa??

__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

nampak kafan ka? bukan youtube tu... hang guna line internet zaman jepon kot lambat sgt, org lain dah guna streamyx 4mb dah..aku rasa hang guna gprs lg kot.. try guna line laju nanti leh open

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

wakil rakyat rasuah wrote:

nampak kafan ka? bukan youtube tu... hang guna line internet zaman jepon kot lambat sgt, org lain dah guna streamyx 4mb dah..aku rasa hang guna gprs lg kot.. try guna line laju nanti leh open






Mintak mahap..youtube telah di 'block' oleh server pejabat mcm SC gak, tak pa aa, nanti tngok kat umah...aww.gifaww.gif

__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

HAHAHA... kesian kt hang.. ofis hang berada di takok lama.. blok memblok he2

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

Sama-sama kita amalkan pada diri kita, isteri dan anak-anak, Insyallah e-point ASA akan meningkat...

DOA RAMADHAN.

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

Hari Keempat
Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.

Hari Kelima
Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.

Hari Keenam
Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.

Hari Ketujuh
Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.

Hari Kelapan
Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.

Hari Kesembilan
Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.

Hari Kesepuluh
Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.

Hari Kesebelas
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.

Hari Kedua Belas
Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.

Hari Ketiga Belas
Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.

Hari Keempat Belas
Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.

Hari Kelima Belas
Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.

Hari Keenam Belas
Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Hari Ketujuh Belas
Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

Hari Kelapan Belas
Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.


Hari Kesembilan Belas
Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Hari Kedua Puluh
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.
Hari Kedua Puluh Satu
Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Dua
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.

Hari Kedua Puluh Tiga
Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.

Hari Kedua Puluh Empat
Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.

Hari Kedua Puluh Lima
Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.



Hari Kedua Puluh Enam
Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.

Hari Kedua Puluh Tujuh
Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.

Hari Kedua Puluh Lapan
Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.



Hari Ketiga Puluh
Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

hari ke tiga puluh satu
Ya Allah engkau jadikan lah aku jutawan yg beriman

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

ALHAMDULILLAH..

SEMOGA MENJADI AMALAN.

FORUMER YANG ADA NAK KONGSI, KONGSILAH KAT SINI. MOGA-MOGA DAPAT PAHALA. INSYAALLAH.

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

sleepy.gifhungry.gif lauk ni je pun xpe,bajet... sunnysideup.gif
jadi bangun sahur jgn malas2..sape x sahur xde rahmat.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

jadi sape yg kaki x pose memang golongan durjana teramat rugi.

thumbsdown.gif

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

MUDAH-MUDAHAN MEMBERI KEINSAFAN...subhanallah...

.........................................................................................................

Antara 9 MIMPI NABI MUHAMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi
Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cu ba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG
LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

Untuk renungan...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi

buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap

orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan

dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu

pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian

mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW

mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa

berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan

makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan

pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya

itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan

hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi

orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada

pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat

Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah

anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan

merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya

itu,

"Anakku, adakah kebiasaan

kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang

ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun

yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung

pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis

Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan

membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.

Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan

makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai

menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,

"Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang

yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" ,

bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini

memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang

yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi

terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut

setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu

melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia

menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku

memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku

adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia

itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar

penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,

memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,

ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia

begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di

hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu

menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani

kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah

setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau

adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus >

persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani

sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita

sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila

kamu mencintai Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan,

pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca,

Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit

menggunakannya, Anda dapat hasanah

3. bagi bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. A jarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan

do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang

berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika

seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda

dapat hasanah sampai hari Qiamat.

aminnnnnn...

__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

www.zaharuddin.net


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul


ustat ustaz ostat uztaz


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 288
Date:

>
> Saya tanya dalam kelas - dalam kereta jika kita lihat
> driver pandang ke kanan dan seorang wanita di
> sebelahnya memandang ke kiri ...mereka dah kahwin ke
> belum... mereka menjawab sudahhhhhh.
>
> Jika anda lihat driver dan wanita sebelahnya itu
> sembang sakan .. mereka dah kahwin ke belum .....
> mereka menjawab belummmmmmm
>
> "Pandaiiii. Tapi saya terkecuali tau... sebab saya
> sembang sakan dengan isteri ketika memandu ...."
>
> Saya pun hairan juga bila mendengar ada isteri yang
> tak bersembang langsung dengan suami ketika memandu.
> Agaknya dah tak ada perkara yang menarik perhatian
> mereka bersama. Suami nak bincang mengenai tempat
> kerja - si isteri tak tahu. Si isteri nak cerita
> mengenai masalah kerenah dalam rumah - si suami tak
> berapa nak ambil tahu. Ye tak ye... diam ajelah.
>
> Ada seorang isteri tu merungut... suaminya tak pernah
> basuh kereta.. ada sekali tu dalam tahun 1998 (kalau
> tak silap saya). Masa tu saya ambil gambar buat kenang
> kenangan. Sayalah yang basuh keretanya, ambil anak,
> bayar yuran... dia tahu pergi kerja dan balik kerja.
> Dia merungut kerana dah tak tahan. Nak complain pada
> suami - takut kena marah... pendam ajelah perasaan
> itu.
>
> Ada suami bila balik kerja anak menikus naik atas -
> takut dengan bapa ... bapa rupanya bukan jenis sembang
> sembang dengan anak.
>
> Yang menghairankannya si suami yang keras dengan
> isteri, garang dengan anak - di pejabat lain pula
> dengan setiausaha dan rakan sekerja ... beliau rupanya
> seorang peramah - rajin bersembang dan seumpamanya -
> walaupun di sana ada yang "consisten" - memang jenis
> garang dan non-approachable di pejabat mahupun di
> rumah.
>
> Agaknya apa yang dikatakan "kebahgiaan" itu tidak
> dapat dikecapi semasa berada di rumah. Rumah bukan
> lagi bayangan seperti mana yang mula-mula diimpikan
> sebelum berumah tangga. Si suami jangan salahkan
> isteri atau sebaliknya. Setiap pihak kena mulakan
> langkah.
>
> Bagi para suami - seharusnya meneliti amalan yang
> dibawa oleh Rasulullah bukan amalan yang diwarisi dari
> datuk nenek moyang mereka:
>
> "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah
> yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini
> orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi
> rumahku."
>
> "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan
> orang yang mulia, dan tidak menghina akan
> perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis
> riwayat Ibnu `Asakir)
>
> "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara
> yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka,
> (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai
> sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan
> yang banyak."
>
> "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada
> seorang
> (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu
> perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu)
> ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat
> Ahmad dan Muslim)


__________________
IJAT...Perjuangan Yg Dah Selesai...tutup kedai....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

kun faya kun... jd maka jadi.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:


Penggunaan "MasyaAllah"

Assalamualaikum wbt
Penggunaan " MasyaAllah " dlm percakapan seharian.

sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan
movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah"
dalam situasi yang silap.
bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan
terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case,
pahala yang berganda bukan duit which to someone money is the number one
in his/her life.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah"
ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok , contoh
ketika terlihat gambar2censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY
atau ALLAH YANG MAHA AGUNG .

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah
"MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/
kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau
wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak
elok adalah salah dan tidak digalakkan Yg patut kita lafaz ialah
"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah)
ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang
salah dari saya.
Wallahulam.

__________________
Do or Not There is No Trial


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:


Mengahwini Wanita Hamil


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana
keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu
anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah? Jawapan 1 : Gadis itu tidak
boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? Jawapan 2 : Tidak.
Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan
3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu
mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak
mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan
5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak
sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan
segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka
boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir
dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious
jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam".


__________________
Do or Not There is No Trial


Senior Member

Status: Offline
Posts: 288
Date:

Menarik apa yang kau bagi Alex, tapi aku yakin ramai yg tak tau hukum ni, perkara ni serius dan berat, tapi kenape tak de pulak rujukan mane2 hadith sahih yang menyokong hukuman2 di atas?...

__________________
IJAT...Perjuangan Yg Dah Selesai...tutup kedai....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

skrg budak2 muda duduk kt bandar...mcm2 hal.. main tut, zina ni dah xde rasa apa dah
mcm kesalahan isap rokok je diaorg anggap... makruh.

dapat awek tu main.. jap lg dpt yg baru main...

yg paling sedih dah jadi laki org pun mcm tu.. dah mcm trend gaya hidop
bangga dapat main dengan awek br jumpa... cerita kt member

BODOH BABI MANGKOK jenis ni

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Setuju atau tidak....itu adalah Bala....????
Tunggulah yg akan dtg di masa dpn....

__________________
Always Green


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

Subject : Usia bumi menuju akhir zaman


Assalamualaikum...
Mesti korang tkejut kan..neway, just
bace dulu n evaluate it later...Allah
sahaja yang tahu kebenarannya.Bukti
kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah
disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu
dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil
oleh NASA.]


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan
hidup selama 1500 tahun... sekarang
sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...
daripada ini kita ketahui kita akan
bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat
pada
tahun 2066


b) Saintis telah menjumpai sebuah
planet yang lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi.. Ia telah
dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika
akan cuba untuk menukarkan orbitnya
dengan menembaknya dengan sebuah
roket... Dan saintis juga telah
menjumpai sebuah planet yang juga akan
menghentam bumi... Ia dianggarkan akan
melanggar bumi dalam masa 60 tahun
lagi.. Dan planet ini lebih besar
daripada bumi... Jikalau ini benar,
dunia akan musnah pada tahun 2065....


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan
mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14
tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan
oleh
penurunan semula Nabi Isa... . Dan
hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
akan hidup selama 40 tahun dan dunia
akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat
pada
tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan
Kiamat Antara Tahun 2062-2066
Wallahu'alam...


Semua ini telah dikaji... Dan yang
dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah
akan bertahan selama 1500 tahun... Kita
telah berada di bumi ini selama 1439
tahun... Cubalah anda kirakan
sendiri...


Beribadatlah wahai umat Islam
sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg
seperti ini. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak
buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba.
hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah
tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan
tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia
akhirat..sama-sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam.


P/s : mmmm kalu rajin pass la kat
kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang
kalu tak tau ni...
Wallahua'lam..(ni pun aku copy dr
org..tak salah kalu ilmu
disebarluaskan..kan?)


__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:


Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berb aris -b aris "
Surah
An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan
air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada
aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berb aris -b aris menjadi 12 b aris an, masing-masing dengan pembawaan
mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 b aris an tersebut :-

B aris an Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka
ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

B aris an Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi
Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu
hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

B aris an Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan
kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


B aris an Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar
dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam
jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

B aris an Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu
mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut
diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

B aris an Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

B aris an Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka
mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan
memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

B aris an Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan
kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

B aris an Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru
sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu
adalah orang yang makan harta anak yati m dengan cara yang tidak
sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

B aris an Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan
penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada
orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."


B aris an Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi
mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut
mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum
arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

B aris an Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana
bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika
engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu
sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

__________________
Do or Not There is No Trial


Junior Member

Status: Offline
Posts: 48
Date:

asemekom.. sape2 yg ada e-gold PM pakcik ye anak2... usd40k pun xpe, pakcik beli.

timekaseh ye anak2.pakcik blk dulu.

__________________
HORMATI SAYA!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.



__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

Bulan puasa yg mulia ini, luangkan masa anda membaca. Mudahan2 menjadi iktibar buat ibu-bapa yang memiliki anak yg sebaya.....
......................................................................................................................................
Takziah, Syafaat Anak & Doa Pelindung
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.
Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan saya terganggu dalam menumpukan perhatian dalam ceramah yang disampaikan. Ceramah saya di Universiti Malaya paling terkesan, minda saya gagal memfokuskan kepada isi kuliah yang ingin disampaikan.
Benar, Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka.
Nabi bersabda :-

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)
Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.
Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.
Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah
Sama-sama kita pasrah kepada Allah dan mengingati ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-


Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)


Syafaat Anak Kecil & Aqiqah
Saya hanya mampu mendoakan al-marhumah Nurin Jazlin mendapat kenikmatan terbaik di alam barzakh ketika ini dan akhirat kelak. Moga ibu bapanya yang mampu redha dan sabar juga layak mendapat 'title' orang beriman dan redha Allah s.w.t. Ia sememangnya tidak mudah, tetapi redha adalah suatu kewajiban dan bukan pilihan.
Jika sekiranya ibu bapa Nurin Jazlin belum melakukan aqiqah untuknya, eloklah dibuat aqiqah tersebut.
Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu 'alam.
Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis :-

Ertinya : anak tergantung kepada aqiqahnya, dilakukan sembelihan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya" ( Riwayat At-tirmizi dan Ahmad )
Justeru bagi semua ibu bapa samada Nurin Jazlin atau lain-lainnya, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah s.w.t pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya. Firman Allah s.w.t :-

Ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." ( At-Tur : 21 )

InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al-Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)
Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.
Deretan Kes Perit Hampir Serupa Tanda Apa?
Apapun, segala macam bentuk perhatian kini perlu ditingkatkan, apa guna ibu bapa yang asyik dengan mencari duit dan wang sehingga tiada masa untuk melihat keselamatan anak. Begitu ramai ibu bapa yang tersangat sibuk dan sentiasa bertawakkal palsu tentang hal keselamatan anak-anak mereka.
Perlu diambil perhatian oleh kita semua bahawa keselamatan kanak-kanak perempuan semakin membimbangkan ibu bapa hari ini. Cuba lihat deratan kes di bawah :-
Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.
Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.
Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.
Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.
Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.
Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, di

__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:

Kisah utk renungan...


Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.


"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.


"Jadi bagaimana doktor ...?"


"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.


Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.


Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.


Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.


Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).


Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak
dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.


Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita..


Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau solat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis² ILMU. Mudah²an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.
Wassalam.

__________________
Do or Not There is No Trial


Junior Member

Status: Offline
Posts: 48
Date:

ada egod PM pakcik.. tq ustat alex bin abdullah

__________________
HORMATI SAYA!!


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:


Tak ada la Pakcik,tapi saya nak berkongsi sejarah Solat 5 waktu dengan semua..

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun



__________________
Do or Not There is No Trial


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

SEBARKAN KEPADA 10 ORANG KAWAN, ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU,
INSYA ALLAH...WASSALAM!!!



__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat
nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03 . Tawakal apabila mempunyai
rencana / rancangan ;

04. Ikhlas dalam segala amal
perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut
dalam kesedihan;

06 . Jangan menyesal atas sesuatu
kegagalan ;

07. Jangan putus asa dalam
menghadapi kesulitan;

08 . Jangan usil dengan kekayaan
orang;
09. Jangan hasad dan iri atas
kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh
kejaya an ;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan
sesuatu
k edudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14 . Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu
tinggi yang melebihi

kema mpuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan
harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-
minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang
besar;
21. Jangan membiasakan diri
melakukan dosa-dosa
kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah
(masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan
khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal
waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada
Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa
sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali
hanya kepada
Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak
berlebih-le bihan;

32. Bersatulah karena Allah dan
berpisahlahkarena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak
berfikir ;

34. Penuhi janji apabila telah
diikrarkan dan
mintalah
m aaf apabila karena sesuatu sebab
tidak
da pat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali
dengan
iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada
manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan
besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala
urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat
kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-
patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-
Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan
petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

4 8. Beristeri/bersuami kalau sudah
siap
seg ala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan
manfaatkan
waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib
dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-
penyaki t bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai
dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak
kekurangan dan
tidak berlebihan;

5 4. Hormatilah kepada guru dan
ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada
nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian
dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah
kehidupansementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-
perbua tan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap
ya ng tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang
soleh ;

62. Sering bangun di penghujung
malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah
apabila sudah
mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat
salah kepada
kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada
keinginan membalas
kejahata n dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena
pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang
membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang
dalam menentukan
sesuat u pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan
tolonglah mereka

yang mendapatkan kesulitan.

70 . Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita
sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh
tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan
penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih
tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin
daripada kita,
lihat pula orang yang lebih
berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari
pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79 . Sediakan waktu untuk merenung
apa-apa yang sudah
dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan
jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu
bermanfaat untuk
agama,bangs a dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan
kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain
menderita dan
sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau
tidak berkata
apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian
orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk
sekedar hiburan
dan kesenangan;

8 7. Akrablah dengan setiap orang,
walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga
yang sesuai
dengan norma-norma agama dan
kemamapuan diri
kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang
menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi
terganggu ;

90. Ikutilah nasihat orang-orang
yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan
kesalah an orang

dan pandai-pandailah untuk
melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang
menyebabkan orang
lain
ter ganggu dan jangan berkata
sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada
berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum
dipastika n
kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan
tugas dan

kewajiban ;

95. Sambutlah huluran tangan setiap
orang (pastikan
aurat)dengan penuh keakraban dan
keramahan dan tidak
berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk
melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian,
cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari
kenyataan
kehidupan;

9 8. Yakinlah bahwa setiap kebajikan
akan melahirkan
kebaik an dan setiap kejahatan akan
melahirkankerosakan;

99. Jangan berjaya di atas
penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan
orang .

& Lastly

no. 100.
Tolong kirimkan kepada rakan-rakan
musli m lainnya yang
anda kenal.
Allah's love is unconditional, today,
tomorrow and
always. May Allah bless you everyday.
Ameen


__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

panjangnya post kau ni mysen...apapun ianya sangat baik untuk diamalkan...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard