Sila email kan saja surat anuar hasan haprak tu ke tv3, biar ISA buat penilaian dan membuat siasatan ke atas surat berkenaan. Ini kerana adanya unsur2 hasutan dalam kandungan surat berkenaan
Siapa yg berani menghantar surat berkenaan ke TV3?
ISTIGHFAR......forumer semua.....ingat pada Allah.....
Aku rasa ingatan kau ni PATUTNYA KAU TUJUKAN PADA SEMUA DKT AND BIG LEADERNYA YG TELAH MENYAMUN DAN MEROMPAK BERBILLION2 RINGGIT DARI PELABUR MELAYU YG BERJUMLAH LBH 75 RIBU ORANG
Kalau dorang lari pun KAT AKHIRAT KENA JUMPA DGN KITORANG SEMUA DI HADAPAN ALLAH. MASA TU DKT LEADERS SEMUA AKU NAK TGK KORANG KETWA TAUA TERBERAK...MASANYA PASTI AKAN TIBA..LEWAT TAU CEPAT TP INGAT MATI TETAP MENGEJAR SMUA DKT LEADERS YG MENYAMUN DAN MEROMPAK, MENG ANIAYAI PELABUR2 MELAYU KAT MALAYSIA NI
By the way, just to inform you zkaseh, i may not know exactly the true story of PMT, but what I've said about the two (SC & PMT) was an affirmation of an assertion made by Datuk Ramli Yusuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pertaining to this issue.
__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..
Skim Cepat Kaya bukan perkara baru. Ia sudah lama. Antara skim cepat kaya yang dikesan pernah beroperasi adalah skim Ponzi - pengasasnya adalah Charles Ponzi - pada 1920 di Boston, Amerika Syarikat yang berjaya mengumpul kira-kira USD 15 juta.
Malah, pada tahun 1899, skim cepat kaya yang dikenali sebagai Franklin Syndicate telah mengumpul kira-kira USD 1 juta sebelum ditangkap dan dipenjarakan.
Pada 1997, kerajaan Albania telah meluluskan skim pelaburan cepat kaya ala piramid dan akhirnya telah hancur akibat rakyatnya terbabit aktif di dalamnya dan USD 1.2 bilion telah lebur begitu sahaja. Ekonomi negara Albania jatuh merudum, rakyat merusuh di jalanan dan akhirnya kerajaan Albania digulingkan.
Antara skim cepat kaya yang popular di Malaysia adalah:
1. Skim Pak Man Telo
Skim ini bermula pada 1972 di Taiping Perak. Kira-kira 50 000 orang telah melabur dalam skim ini. Jumlah pelaburan bernilai RM 90.9 juta. Penganjurnya telah didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan dan dipenjara selama 2 tahun setengah dan dibuang daerah selama 2 tahun setengah.
2. Skim Linggam Telo
Bermula sekitar 1990 di kawasan Lembah Klang. Mensasarkan kaum India sebagai mangsa. Skim ini menjanjikan pulangan 100% kepada pelabur dan akhirnya penganjurnya menghilangkan diri.
3. Skim Permata Mahir
Beroperasi di Perak pada tahun 90an. Menawarkan pulangan setinggi 8-10% sebulan terhadap mangsa. Penganjur telah melarikan diri dan dipercayai telah menghilangkan diri dan menjalani pembedahan plastik.
Bank Negara Malaysia telah merekodkan 22 kes pendepositan duit pelaburan tanpa lesen ini dan 8 telah kes telah disabitkan bersalah (1989-2000).
Sepanjang 2000-2002, kira-kira 42 kes telah dilaporkan.
"Modus operandi skim cepat kaya berubah mengikut zaman"
Dengan perkembangan internet, skim cepat kaya ini semakin menular dengan cepat dan ia sangat-sangat memerlukan ilmu pengetahuan mengenai kewangan yang betul untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa lanun-lanun skim cepat kaya ini.
Terlalu banyak skim cepat kaya yang beroperasi menerusi di internet yang mendakwa mereka adalah pengurus dana kewangan yang bernilai berbilion ringgit dan beroperasi di seluruh dunia.
Antaranya adalah SWISSCASH, E-Barrel, ABFund, Fical.net dan pelbagai nama skim lagi yang dikatakan beroperasi dan berpengkalan di luar negara tetapi sebenarnya mereka hanya beroperasi di Kuala Lumpur!
Dan mereka semua adalah PENIPU!
Bagaimana untuk mengenal pasti pelaburan penipu ini?
1. Syarikat tersebut mesti berdaftar / mempunyai lesen dengan Suruhanjaya Sekuriti / Bank Negara Malaysia untuk menjadi wakil pelaburan bagi pihak anda
Anda perlu meminta kad kuasa khas / sijil perakuan yang sah. Sebagai contoh ejen pelaburan saham amanah diberikan kad kuasa khas oleh Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM).
Sekiranya mereka gagal menunjukkan sebarang kad kuasa / sijil berkaitan, anda tidak perlu berkata apa-apa dan tinggalkan mereka segera!
Oh ya, saya maksudkan authorization card, bukan business card. Business card tidak boleh menggantikan kad kuasa.
2. Mempunyai prospektus syarikat, laporan kewangan syarikat dan laporan prestasi dana yang telah diaudit
Anda perlu memohon ejen tersebut memberikan anda segala dokumen syarikat tersebut yang telah diaudit oleh auditor luaran untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh syarikat tersebut adalah sah mengikut undang-undang.
Tidak ada rahsia antara anda selaku bakal pelabur dengan pihak pengurus dana. Anda berhak untuk mengetahui di mana mereka melabur sama ada dalam pasaran saham dalam negara atau luar negara, pasaran bon, pasaran tunai, pasaran hadapan, komoditi dan sebagainya.
Sekiranya mereka gagal, ucapkan selamat tinggal kepada mereka.
3. Anda hanya pelabur, dan bukan wakil syarikat
Sekiranya anda diminta untuk mencari downline, maka ketahuilah anda sedang dijerat oleh ejen skim cepat kaya. Dalam dunia pelaburan yang sah, anda sebagai pelabur tidak perlu mencari orang baru untuk menambah pulangan pelaburan anda. Anda hanyalah seorang pelabur, dan bukannya ejen syarikat.
4. Ejen syarikat perlu melalui peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti / Bank Negara Malaysia
Anda perlu mengenal pasti ejen tersebut sudah pun lulus peperiksaan yang ditetapkan untuk menjadi ejen jualan yang sah. Malah, sekiranya anda diminta atau berminat untuk menjadi ejen jualan seperti mereka, anda juga perlu melalui beberapa ujian / peperiksaan bertulis yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti / Bank Negara Malaysia.
Awas sekiranya anda tidak mendapat perkara ini berlaku kepada ejen / diri anda sendiri.
5. Sekiranya anda terlalu keliru dengan ejen / website skim cepat kaya tersebut sila hubungi
Laporkan kekeliruan anda dengan segera, dan dapatkan maklumat rasmi daripada mereka.
Pesanan Terakhir
Skim cepat kaya hukumnya adalah haram. Penipuan dan penindasan berleluasa di dalam skim cepat kaya. Jangan sampai anda menjadi mangsa akibat kejahilan & ketamakan diri anda sendiri. Lebih teruk lagi, anda menarik keluarga anda, kenalan, sahabat handai anda, saudara mara anda serta orang lain untuk bersama menjadi penipu dan penindas.
Semoga anda semua menjadi orang kaya yang bertaqwa melalui jalan yang halal.
-- Edited by AMIR HASAN at 19:59, 2007-12-19
__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..
Zkaseh, dah baca ke dak lagi? Baca jangan tak baca kay, jangan menghilang plak.
Thread2 pun dah ditutup satu demi satu. Forumers2 yg dulunya lantang mensupport & backing Swisscash pun dah tak nampak rupa. Teruskan la berforum...jangan ikut langkah Swisscash yg pergi tak kembali, gone for good. Kalau nak blah pun blah la secara gentleman...bukan blah gitu ja. Itu scaredy-cat namanya.
__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..
terima kasih Saudara Amir Hassan pasai... penerangan anda amat mengagumkan saya.
anda berani mengutarakan pandangan anda di atas pengetahuan anda bahawasanya, swisscash memang skim penipu dan DKT adalah pembohong besar.... sekurang-kurangnya pandangan anda ini telah banyak menyedarkan forumer di sini bahasanya swisscash memang telah terkubur.
DKT memang Haram Jadah..... dipergunakan oleh amir hassan DKT adik beradik untuk menipu orang Melayu/Islam..... hhehehehe... haram jadah.
malangnya DKT telah dikuburkan oleh otai DKT sendiri dan nama barunya ialah Dream Rich.... mungkin haram jadah juga agaknya.... hehehe.
Teruskan membogelkan malaun.... malaun swisscash dan DKT.... Allah bersama kamu bagi kebaikan umat Islam sedunia.
Bagi saya forum-forum sebegini adalah MUNGKIN (kalau kata iya nanti ramai otai marah kat saya hehehehe.........):
ulang sekali lagi MUNGKIN:
1. Tajaan Swisscash/DKT sendiri untuk melekakan kita dengan angan2 kosong di mana swisscash akan kembali satu hari nanti..... hehehe... haram jadah...
2. Bagi membeli masa/melekakan pelabur yang kerugian agar haram jadah itu boleh bersiap sedia untuk melarikan duit2 yang ada ke ............. haram jadah malaun kau...
3. Bagi meredakan api kemarahan pelabur agar suhu api kemarahan itu akan menyejuk... keh.. keh.. keh... haram jadah malaun kawan syaitan... siap kau.
4. Bagi memperbodohkan kita semua membuang masa di forum2 sebegini dengan impian yang tak kunjung tiba.... setan godol anak haram kau..
Allah Hu.... dari Allah kita datang dan kepada Allah lah kita mengadu kesusahan ini... Amin..
Anyway moneyads4u, pandangan aku tu tak ramai yg setuju...especially bagi geng2 yg dok argue dgn aku sblm2 ni. Cuma depa2 tu dah blah, tak muncul2 lagi dah. Aku cuma dok bagi pandangan, tapi entah pasaipa tak tau depa2 ni marah kat aku. Mungkin sbb aku bercakap benar kot. Tapi aku akui pandangan aku banyak yg berunsur sinis, berbentuk perli tapi just nak ajak orang supaya pikiaq bahawa Swisscash ni sangat meragukan, baik dari segi pelaburan mahupun dari segi hukum. Aku setuju pandangan2 hang tadi ttg forum2 sebegini moneyads4u...to buy times could be one of their ulterior motives. They make sense la berbanding allegations kononnya ada spy Seccom etc.
__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..
Anyway moneyads4u, pandangan aku tu tak ramai yg setuju...especially bagi geng2 yg dok argue dgn aku sblm2 ni. Cuma depa2 tu dah blah, tak muncul2 lagi dah. Aku cuma dok bagi pandangan, tapi entah pasaipa tak tau depa2 ni marah kat aku. Mungkin sbb aku bercakap benar kot. Tapi aku akui pandangan aku banyak yg berunsur sinis, berbentuk perli tapi just nak ajak orang supaya pikiaq bahawa Swisscash ni sangat meragukan, baik dari segi pelaburan mahupun dari segi hukum. Aku setuju pandangan2 hang tadi ttg forum2 sebegini moneyads4u...to buy times could be one of their ulterior motives. They make sense la berbanding allegations kononnya ada spy Seccom etc.
pada dasarnya semua dah setuju nak ambik tindakan..., tapi kita hanya cakap jer, bila nak ambik tindakan? kalau dapat ada yg tampil volunteer yg boleh organize sekaligus tindakan dapat diambil segera dgn lebih tersusun... kalau kita asyik cakap jer takut nanti satu tindakanpun kita tak ambik.... minta tolong sorang tampil jadi leader supaya tindakan kita sama dan teratur
Hazrat Ali (Pakistan), K Ahmad Suriadinata (Indonesia), Nazri Omar (Malaysia), Ahmad Bakar (Brunei), Kenneth Siu (Hong Kong), Yukibo Okubo (Japan), Zygmunt Rejman (Poland), Joachim Kubistin (Panama), Tereita V Mew (Philipine), Aileen Poole (Australia), A Aziz Rahman (Singapore), Norbert Kornfeld (Austria), Henrik Anderson (Senegal), Johan Dirk Van Roon (Zambia), Henri Cerulli (Haiti), Sayed Rahim Sawarii (Afganistan), Mark Anthony (Malaysia), Metussin (Brunei), Salleh Majid (Malaysia), Nakor Vegacruz (Nicaragua), Johan Dirk (Afrika Selatan), Phil Steinberg (Switzerland), Marie J Ippodemonte (Auatralia), Manuel Barbosa Faria (Portugal), Jens Spannagel (Germany), Wilhelm Iseli (Switzerland), Ulrich Poetter (Germany), Kinya Kimani (Kenya), Shlomo Raviv (Israel), Steven Sigman (USA), Yoshigharu Horai (Japan), Hirofumi Ouchi (Japan), Manuel Barbosa Faria (Portugal), Barry Tait (USA), Roberto Tosini (Italy), Kristopher Oakes (USA)
Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu DKT INGAT KAMU
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil, Umar bin Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak: Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju.
Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya 500 dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: Bagus, cuma ia murah. Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah, suatu hari beliau berkata kepadaku: Belikan untukku sehelai baju. Maka aku membeli untuknya baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya 5 dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: Bagus, cuma ia mahal. Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga 500 dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga 5 dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. Umar bertanya: Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak? Kataku: Perkataanmu wahai Amirulmukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal? Kata Umar: Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah dua tahun, tetapi mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat menjadikan kepimpinannya penuh keadilan dan rahmat Allah sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk. Lihatlah tampungan pada baju Khalifah Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik. Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaan mewah, rumah yang megah, paip yang panjang, isteri yang berhias permata berlian atau cermin mata yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Sesungguhnya tidak. Itu semua menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih sayang antara orang bawahan dan atasan.
Saya tidak pernah menyeru pemimpin dunia Islam hidup kemiskinan, kelaparan, memakai pakaian buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh atau berkenderaan cabuk. Tidak! Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang pelbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal. Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu datang dari sumber yang Allah reda. Saya tahu, ada pemimpin yang berharta hasil usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih sayang. Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengah negara dan negeri, keranggian pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerana kewibawaannya atau adab dan karismanya, keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk- tunjukkan. Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal- mahal. Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi tokeh rakyat. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak. Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Sayidina Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirulmukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan. Jawab Umar: Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian (8/147). Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?
Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta akan mengelilinginya. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerana ikhlas. Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlabel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: Sesungguhnya Allah meredai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan- Nya sedikit pun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta).
Hari ini, banyak sukatan dan ukuran berubah. Ramai yang tidak memiliki idealisme atau karisma kepimpinan menjadi pemimpin hanya kerana harta atau kem politiknya yang berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya. Maka rasuah dan politik wang akan berleluasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisme dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar daripada pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerana umpan hartanya. Maka akhirnya, golongan Ruwaibidoh akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar. Sabda baginda: Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al- Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: Siapakah al-Ruwaibidoh? Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai). Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Yala, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al- Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.
Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; pegangannya kepada agama secara menepati al- Quran dan sunah. Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya. Kedua; kemampuannya memegang amanah kepimpinan dalam erti kata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan harta atau lebar serbannya tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. (an-Nisa ayat 58).
Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran tentang limpahan harta dan gaya mewahnya, bukan ketajaman minda atau keprihatinannya kepada rakyat. Kita suka pemimpin yang berharta, jika itu membolehkannya membantu rakyat khususnya muslimin. Namun hendaklah kekayaan hasil titik peluhnya atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyat. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat. Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat.
Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirulmukminin Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asyari r.a., antara isinya: Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan. (8/147).
Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata berikan pendapat yang ikhlas lagi diredai Allah kepada saya. Sabda Nabi s.a.w.: Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah (Riwayat al- Bukhari dan al-Nasai). Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. E-mel: moasriza@yahoo. com
Masing2 dah meluap menunggu SC muncul.. dan sudah terang bersuluh SC tak akan muncul lagi. So, apa action kita selanjutnya? Bila nak berpakat ramai2 pergi ke Bukit Aman atau SS buat report ke atas penipuan terbesar Amer & the geng??
Masing2 dah meluap menunggu SC muncul.. dan sudah terang bersuluh SC tak akan muncul lagi. So, apa action kita selanjutnya? Bila nak berpakat ramai2 pergi ke Bukit Aman atau SS buat report ke atas penipuan terbesar Amer & the geng??
kita semua pakat lantik dudu jadi leader... utk sue dkt & geng.... ok dudu kita tunggu arahan.... kalau boleh first meeting dpt dijayakan segera
Laman web swisscash tak bisa akses udah dalam masa hampir 5 bulan. Forum Pasai swisscash ini udah tak ada berita swisscash lari kemana?.. Tak ada yang disalahkan, swisscash dan smf dan seccom dan amir hassan n dkt. Pelabur2 swisscash hanya menanti sampai umur tua. Pelabur2 tunggu lagi bertahun-tahun.....
yang dah untung tak kisah sangat kot... yang buat loan duit.. fikir2kan lah.... kalu keta tak bayo.. kena tarik.. rumah... aii... yang tak pernah rasa duit SC cam aku ni... terkilan la jugak... nasib la aku tak buat loan...
__________________
dunia tak indah dengan kemewahan tetapi akhirat kuatkan diri dengan keimanan kesenangan di sana menanti kita... insyaallah..
yang dah untung tak kisah sangat kot... yang buat loan duit.. fikir2kan lah.... kalu keta tak bayo.. kena tarik.. rumah... aii... yang tak pernah rasa duit SC cam aku ni... terkilan la jugak... nasib la aku tak buat loan...
baguih la ko....nasib tak buat loan mcm aku nih.....tapi takper.....gua takder hal punya...dah memang nasib gua nak datang malang apa bleh buat....tada hal la duit gua bleh cari tapi keakraban seorang kawan boleh di jual beli ka???gua tada hal punyer... nasi sudah jadi kerak!!!!hehehehe takper gua buat loan lagi untuk bisnes bukan alam maya punya tau....ni betul betul....hehehhe memang gua ditakdirkan hidup dgn berhutang....apa bleh buat....
Nota penting: Anda telah sampai ke penghujung laman web ini untuk mengambil peluang merubah hidup anda. Saya tidak pasti saya akan dapat membantu anda di kemudian hari... Program Swisscash ini amat sesuai kepada mereka yang BERANI dan BERDISIPLIN. Saya tidak dapat memberi anda wang, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat beri anda jalan bagaimana untuk membuat wang. Rezeki semuanya adalah dari Allah S.W.T. Insyaallah. Assalamuailaikum.
Penafian: Kami tidak menjamin sebarang pendapatan sama seperti testimoni di atas. Pulangan pelaburan adalah bergantung kepada hasil usaha anda sendiri. Anda mestilah selesa dengan nilai pelaburan anda dan melabur mengikut kemampuan anda. Kami tidak bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kerugian daripada pelaburan anda. Sila jangan 'spamming'
Kerana kali ini anda tidak perlu bekerja untuk wang, sekarang masa
Wang bekerja untuk anda.
Assalammuailaikum dan salam sejahtera. Pepatah ada menyatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Saya akan mendedahkan kepada anda rahsia bagaimana seorang rakan saya...Mr A yang menjana pendapatan purata sebanyak RM40,000 sebulan melalui internet walaupun sedang menjalankan aktiviti harian seperti biasa...(beliau meletakkan jawatan sebagai Jurutera Kanan di Syarikat Multinasional setelah 6 bulan berturut-turut menjana RM20,000 hingga RM50,000 sebulan - pendapatan beliau selama setahun jika masih bekerja)
Tetapi.. yang lebih penting
Saya juga akan mendedahkan cara sebenar STEP BY STEP cara yang beliau gunakan untuk menjana pendapatan mudah melalui internet dan menyimpan RM1500 malah lebih setiap hari di dalam akaun Maybank beliau . Jika anda tidak berminat dan berfikiran negatif dengan peluang-peluang di Internet
banyakkan bersabar...masih banyak lagi rezeki Allah di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik pemberi rezeki.rezeki susah nak mai kalau marah-marah. --------------www.secret.com.my------------------------
Upcoming New International SwissCash Portal under testing commissioning and system enrichment. Kindly be patient as the new portal with feature-rich contents is set to launch into new financial orbit new rock-solid partner. This new financial portal is set to take the world by storm through a series of legal implementations as well as new technological breakthrough and convenient online banking system.
The system of e-points will be no more. That means no buying/selling of epoints. Whatever earned will be transferred through a partner bank. Probably HSBC. This makes the system legal and transparent. However internal transfers of funds will be allowed. The new plan will be paying 33% so that 8% is paid towards bank charges. Lets wait for the event. You will be receiving SMS & mail regarding SwissCash. All these is going to happen this month.
SwissCash is organizing a meeting for investors in Indonesia on 17th this month. Investors are free to attend. They must carry the investment certificate & passport.
-- Edited by AMIR HASAN at 00:46, 2008-01-10
__________________
Akulah peminat setia kepada Michael Mansfield..kami pernah minum sama2 di US tahun 2006 dulu..