Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mungkin Beginilah Kita


Moderator

Status: Offline
Posts: 167
Date:
Mungkin Beginilah Kita


Akm,

Petikan yang menarik dan patut kita renungkan

----------------

Oleh: Abu Naqibah

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ....."

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

---------------

Wassalam

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Terima Kasih .

__________________
Always Green


Senior Member

Status: Offline
Posts: 181
Date:

Kisah dan tauladan yg teramat BAIK untuk dicontohi dan direnungi untuk KITA dan diceritakan pada ANAK-ANAK kita, terima kasih sauara pejal memberikan sumber ilmu yang membina, kisah petikan diatas memang berlaku pada semua orang termasuk saya sendiri, tapi MASA dan PERISTIWA persekitaran telah mematangkan kita menjadi INSAN yg lebih teratur dan bijak. Teringat saya dalam satu kursus ESQ pada 3 minggu lepas yg dianjurkan oleh sebuah syarikat dari Indonesia, konsep persembahannya mengaitkan SAINS dan AL-QURAN dan bukti kewujudan ALLAH s.w.t pencipta alam semesta, cukup menarik dan meyedarkan MINDA selama ini sempit dan terkonkong. Salah satu segmen yg menyedarkan, betapa kita umat islam selalu meminta2 dari Allah, selalu meminta pertolongan ALLAH, kita minta kesihatan yg baik, allah makbulkan, kita minta isteri dan anak-anak yg sihat, bijak, bertanggung jawab allah makbulkan, kita minta rezeki melimpah2 allah makbulkan, gaji besar, kereta besar, rumah besar semuanya Allah makbulkan tanpa merungut tanpa meminta balasan balik, setiap hari lepas solat kita meminta2 semuanya. Tetapi selama ini kita meminta2 dari Allah kita lupa untuk menyintai ALLAH, Allah memberiian semuanya tetapi kita TIDAK menyintai ALLAH...subhanallah...apa yg telah kita buat untuk menyintai ALLAH? Setakat ini cukupkah apa yg kita perbuat benar2 menyintai Allah???.....kata2 di atas benar2 membuat saya termenung dan berfikir setakat masa sumbangan saya pada Allah dan Agama Allah setakat ini, rasanya terlalu kecil berbanding semuanya yang ALLAH beri pada saya dan keluarga saya, apa yang didoakan selama ini Allah telah berikan walaupun tidak semua tetapi terlalu kecil berbanding sumbangan saya
pada ALLAH s.w.t maha pengasih dan penyayang.


__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..


Junior Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

SAUDARA PEJAL,

TQ Very Much. Cerita saudara cukup menarik dan memberikan keinsafan.......Amin.

__________________
zeny


Junior Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:



MAHA SUCI ALLAH

SEGALA PUJIAN UNTUKMU YA ALLAH

ALLAH MAHA BESAR


PEJAL....CERITA KAU MENGINGATKAN KITA DARI TERLUPA,DAH TERLUPA DAN YANG TAK

TAHU.SEMOGA CERITA TERSEBUT SEDIKIT SEBANYAK DAPAT JADI PANDUAN..






__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

terima kasih Pejal atas nasihat dan kisah tauladan itu,

anugerah Allah bukan saja melalui kekayaan dan kemewahan.. anugerah yg paling besar sekali ialah kelapangan masa dan kesihatan. apa guna kekayaan jika seringkali sibuk dgn urusan keduniaan untuk mengumpul dan mengurus kekayaan itu sehingga tiada masa besama keluarga dan beribadat kpd Allah. kemewahan akn menjadi bala yg sgt besar apabila ia menjadi tumpuan pencuri dan perompak dan menjadi rebutan ahli keluarga.



__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

Terimakasih saudara Pejal

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

best citer tu...lagi best kalau ada visualnya sekali...kekeke

__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Junior Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:


Sekadar Renungan....

APAKAH dia ISTIDRAJ??

"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan
spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan
kemungkaran?".

kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab
Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana
keikhlasan orang itu . Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari
bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan

berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur
maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada yang bertanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat
apa yang diimpikan.

" Itu tandanya Allah sayang pada kita."

Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita
akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan
suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat,
kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w.  bersabda :
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya
yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah
diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan
Al-Baihaqi )

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga.

Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak
pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia
boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun
mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya
mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah , Nabi Sulaiman,
sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di
bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu
suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka
tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang
hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun
tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak
payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit
ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan
untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua
itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)Anai-anai, jika tidak
bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di
celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan
dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia..!!!
Bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya ----> Firaun.
Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana
Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun
tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa
angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.Tapi dengan nikmat
itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
Seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,
Jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang
mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang
/mewah.!!!!????????

  Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang
diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang
besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu

kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya
yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan
pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri
kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang
diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


__________________
Gems


Junior Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

alhamdulillah akhirnya kita tersedar dari lalai......

__________________
Bagi duit amik....Bagi gula amik....Bagi kain amik....bila pangkah ingat kat BULAN...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard