Majority Pelabur Yg Melabur adalah melebihi 60k org dan rata2 tercalon atas kewarasan serta tahap umur untuk MAMPU melaksanakan tanggung jawab masing dan mampu menggongcangkan tapuk pemerintahan kerajaan yg sedia ada sekarang.....Jangan lah Leka !!!!! Ketahui lah yg miskin akan terus ditindas..dan yg memerintah akan terus menajamkan kuku....
J A LA N K A N T A N G G U N G J A W A B A N D A , L E P A S K A N A P A Y G T E R B U K U D I H A T I ...................
PILIHAN RAYA PADA DICEMBER NANTI.....
Agenda Ekonomi Baru: Gagasan Pembangunan Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang -undang yang mengikat Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?
Singapura kerana republik tersebut hanya sebuah pulau kecil yang penduduknya hanya 4 juta. Jika begitu mari kita bandingkan pendapatan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan rakyat Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 48 juta dan Taiwan pula adalah 23 juta. Pada tahun 1970-an rakyat kedua-dua negara adalah lebih miskin dari rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini pendapatan rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000) dan Taiwan pula adalah AS$15,271 (RM52,700), iaitu dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi dari pendapatan rakyat Malaysia. Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan negara dengan negara paling daif di Afrika atau negara-negara yang terus dilanda keganasan atau peperangan. Kita perhatikan sahaja wacana segar dalam pilihan raya di negara-negara demokratik lainnya. Pilihan raya Presiden Perancis bermula dengan satu persoalan yang diutarakan oleh calon: mengapakah United Kingdom 15% lebih kaya dari Perancis? Presiden Perancis itu sudah bimbang dengan rakyatnya 15% lebih miskin berbanding dengan pendapatan rakyat Britain meskipun Perancis adalah sebuah negara maju. Pilihan raya bebas Turki bulan Julai lalu membahaskan antara lain keupayaan ekonomi Turki melonjak tinggi untuk mampu bersaing dengan ekonomi Eropah. Di negara tetangga Indonesia perbahasan hangat berlaku mengenai kebijakan ekonomi sama ada selaras dengan konsep pengurusan kerajaan telus dan bersih dan berkepedulian terhadap permasalahan rakyat. Tetapi pimpinan kerajaan UMNOBN seolah-olah mangli, tidak terkesan dengan angka dan data terang, kerana dibuai oleh jentera propaganda sendiri serta terpukau dengan pujian bala tentera JURANG YANG MELEBAR KNK per Kapita (1970-2004) rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat. Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957 dan paksi gagasan negara Malaysia 1963 - mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat. Dasar utama yang diikrarkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan tersebut adalah: Menjamin hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat; Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen; Negara yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
KESENANGAN BERNIAGA Agenda Ekonomi Baru Kadar jenayah termasuk jenayah besar seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan ragut terus meningkat ke tahap yang membimbangkan. Rakyat kian mempertikai kewibawaan pasukan polis dan pegawai atasan dicurigai kerana dijangkiti rasuah, malah disyaki bersubahat dengan sindiket penjenayah besar. Ratusan badan bukan kerajaan mengemukakan memo bantahan kerana jenayah memuncak tanpa kawalan. Kegagalan berterusan pasukan polis ini dikhuatiri akan memberi impak terhadap iklim pelaburan negara. Pengurusan pasukan polis perlu lebih profesional dan berwibawa. Puluhan ribu anggota pasukan perisikan (SB) yang ditugaskan untuk memantau dan menggugat aktivis politik patut dialihkan untuk membantu membanteras jenayah. Seperti mana juga yang menjadi hasrat semua negara berdaulat dan bertamadun, badan kehakiman harus bebas, cekal dan bersih dari rasuah. Manakala hakim yang dicemari dengan najis rasuah, maka penghakiman mereka juga tercemar. Ini turut menakutkan pelabur. Walhasil, ada pelabur Malaysia yang memilih supaya perjanjian dan kontrak mereka diadili di luar negara termasuk di Hong Kong dan Singapura. Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa kewibawaan badan kehakiman tercemar? Laporan badan antarabangsa mungkin saja ditempelak sebagai bermuslihat. Tetapi apakah munasabah ditolak mentah sanggahan dari tiga bekas Ketua Hakim Negara yang amat disegani? Tun Suffian Hashim dan Tun Salleh Abas mendakwa badan kehakiman kini tidak bebas dan berwibawa. Malah Tun Suffiah pernah menegaskan bahawa beliau sendiri tidak bersedia diadili oleh badan kehakiman yang ada hari ini apatah lagi sekiranya beliau tidak bersalah. DYMM Sultan Azlan Shah mengulas di dalam penulisan Baginda akan kebimbangan ramai mengenai persepsi negatif terhadap badan kehakiman negara, di samping merujuk kepada keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan mengenai kuasa perkenan Raja-Raja Melayu. Kegagalan-kegagalan lain yang Malangnya kita memilih melaksanakan dasar-dasar tertutup dan jumud yang telah merugikan negara kita. Pada tahun 1997, sejurus sebelum krisis, Bursa Malaysia tersenarai sebagai yang tertinggi di Asia Tenggara dan nombor 15 di dunia. Tetapi pada tahun 2003, pasaran saham kita lebih rendah dari Singapura dan Thailand, berasaskan data Persekutuan Bursa Saham Sedunia. Kita juga kehilangan daya saing, khususnya dari segi menarik pelaburan asing. Pelaburan asing di Malaysia merudum ke RM14.69 bilion tahun lepas dari RM17.09 bilion pada tahun 2004, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB di dalam Laporan Pelaburan Dunia 2006. Malaysia tersenarai hanya di nombor 6 dari sepuluh negara Asia Tenggara di dalam menarik pelaburan asing tahun lepas, berbanding beberapa tahun lalu di mana kita berada di tempat kedua. Secara keseluruhannya, pelaburan asing ke Asia Selatan, Timur dan Tenggara melonjak ke RM610.5 bilion tahun lepas, meningkat 19% dari 2004. China, Hong Kong dan Singapura merupakan penerima terbesar pelaburan asing pada 2005. Sekali lagi, kita ketinggalan berbanding Indonesia di dalam pelaburan asing buat pertama kali sejak 1990. Aliran wang masuk ke Indonesia meningkat sebanyak 177% ke RM19.46 bilion tahun lepas. Antara sebab kemerosotan pelaburan asing ialah hakikat bahawa negara lain semakin telus dan menawarkan kesenangan berniaga. Misalnya, ia memerlukan 450 hari dan 31 prosedur untuk menguatkuasakan kontrak di Malaysia, sedangkan hanya 120 hari dan 29 prosedur perlu di Singapura (lihat Jadual 3). Para pelabur pasti memilih negara yang menjanjikan kelulusan cepat dan dengan kos perniagaan yang rendah. Kadar jenayah termasuk jenayah besar seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan ragut terus meningkat ke tahap yang membimbangkan. Rakyat kian mempertikai kewibawaan pasukan polis dan pegawai atasan dicurigai kerana dijangkiti rasuah, malah disyaki bersubahat dengan sindiket penjenayah besar. Ratusan badan bukan kerajaan mengemukakan memo bantahan kerana jenayah memuncak tanpa kawalan. JADUAL 4 Sumber: Statistik Polis DiRaja Malaysia di Laman Web PDRM JUMLAH KES JENAYAH DI MALAYSIA 2000-2006 450,000 400,000 350,000 300,000 250,000 200,000 150,000 100,000 50,000 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Agenda Ekonomi Baru Jenayah Indeks Jenayah Harta Benda Jenayah Kekerasan 10 telah sama ada dilupakan atau dijenamakan semula termasuklah Dasar Pandang Ke Timur yang digubal untuk membangunkan perindustrian berat dan dasar penswastaan yang kontroversi. Secara umumnya, usaha kita membangunkan industri berat tidak membawa banyak faedah untuk negara. PROTON misalnya kini merupakan jenama yang menghadapi banyak cabaran dan terpaksa mengharapkan pakatan strategik yang merugikan untuk terus bersaing di dalam industri dunia yang kompetitif. PERWAJA merupakan satu kerugian besar dengan tanggungan mencecah RM13 bilion di dalam kes rasuah dan skandal politik yang jelas seperti mana yang tertera dalam laporan juruaudit bertauliah PriceWaterhouseCoopers (PWC). Laporan PWC diketepikan sama sekali dalam kes pendakwaan PERWAJA! Lebih dahsyat lagi, PETRONAS, agensi petroliam negara yang kita banggakan kerana pengurusan cekap telah dikorbankan oleh pemimpin negara. Keuntungan besar PETRONAS yang kini mencecah RM70 bilion setahun telah digunakan untuk menyalurkan dana besar kepada keluarga melalui bailout, kontrak, projek mega atau bagi menyelamatkan projek-projek gagal. PETRONAS sebagai khazanah bangsa kita bersama seharusnya dikawal rapi dengan menjadikannya bertanggungjawab kepada Parlimen bagi memulihara kekayaan minyak kita untuk generasi akan datang. Dengan demikian, harga minyak dan gas akan lebih terkawal, dan dana mapan disalur bagi kesejahteraan rakyat terbanyak. Pemindahan teknologi yang dikatakan motif utama Dasar Pandang ke Timur dan bekerjasama dengan negara maju tidak dijalankan secara berkesan. Dasar Pandang Ke Timur dan kemudiannya usaha membina ekonomi pengetahuan menerusi Koridor Raya Multimedia (MSC) tidak melahirkan budaya kaji selidik dan pembangunan teknologi yang gemilang. Sehingga hari ini, Malaysia kekal sebagai pengguna idea-idea luar meskipun membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk industri berat dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Di sebalik gambaran indah terhadap MSC, Malaysia kekal sebagai antara negara paling berat sebelah di dalam memberikan rakyatnya peluang yang sama rata dan akses kepada ICT. Majalah the Economist menyebut bahawa Malaysia memberi gambaran negara mundur di dalam akses yang diberikan kepada rakyat untuk ICT berbanding Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Di samping itu, dasar penswastaan yang digembar-gemburkan telah gagal memberikan hasil yang dijangka. Kita mesti mengubah dasar kita dari penswastaan yang tidak diuruskan dengan baik kepada pengurusan awam yang efisien dan telus untuk sektorsektor penting seperti perubatan dan pengangkutan. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menanggung cukai yang tinggi berserta penswastaan yang tidak sempurna? Motif dan hasil penswastaan perlu dikaji semula agar pengguna tidak dibebankan. Selama ini, penswastaan telah menjadi alat memperkayakan kronikroni pemerintah, tetapi membebankan rakyat. Ukuran kejayaan penswastaan adalah pengurusan yang lebih cekap dan faedah yang lebih baik kepada pengguna. Keuntungan syarikat terjamin dan faedah serta perumahan pekerja dipelihara. Hal ini tidak berlaku, sebaliknya negara terus dibeban, kos kepada pengguna meningkat dan para pekerja terutama di peringkat rendah tidak diberi pembelaan. Contoh terbaik ialah penjanaan elektrik, di mana bayaran kapasiti tinggi penjana tenaga bebas (IPP) telah menyumbang kepada kos yang tinggi yang ditanggung Tenaga Nasional Berhad. Hasilnya, kos yang tinggi ini sebahagiannya dipindahkan kepada pengguna di dalam bentuk kenaikan tarif elektrik. Yang lebih PERWAJA merupakan satu kerugian besar dengan tanggungan mencecah RM13 bilion di dalam kes rasuah dan skandal politik yang jelas seperti mana yang tertera dalam laporan juruaudit bertauliah PriceWaterhouseCoopers (PWC). Laporan PWC diketepikan sama sekali dalam kes pendakwaan PERWAJA! Lebih dahsyat lagi, PETRONAS, agensi petroliam negara yang kita banggakan kerana pengurusan cekap telah dikorbankan oleh pemimpin negara. Agenda Ekonomi Baru 11 memeranjatkan, IPP ini telah menerima bahan api yang disubsidikan oleh PETRONAS sehingga mencapai berbilionbilion ringgit. Ini semua sumber negara kita, yang dimiliki rakyat Malaysia secara bersama dan boleh digunakan untuk perkara-perkara lain, misalnya menaik taraf sistem pendidikan negara kita. Pada masa yang sama, pembinaan lebuh raya bertol seperti PLUS telah menguntungkan pemegang saham mereka, tetapi menjadikan pengangkutan kita sukar dan mahal untuk rakyat, dan pada masa yang sama membantut pembangunan sistem pengangkutan awam alternatif yang lebih mesra alam. Kisah penswastaan MAS kini terbongkar setelah syarikat TRI mendakwa telah diarah untuk mengambil alih syarikat penerbangan tersebut. Khidmat tenaga MAS dianggap cemerlang tetapi syarikat mengalami kerugian berbilion ringgit sekali lagi telah diselamatkan oleh Perbendaharaan Kerajaan. Pada masa yang sama, Singapore Airlines, syarikat yang dibentuk akibat pecahan MSA (Malaysian Singapore Airlines) mencatat keuntungan berbilion ringgit. Di samping itu, pembinaan hospital swasta telah menyebabkan kerajaan berlengah untuk menaik taraf sistem kesihatan awam dan meningkatkan kos perubatan dan insurans. Di hospital daerah, rakyat biasa terpaksa berpusu-pusu menunggu giliran untuk mendapat khidmat kesihatan di hospital.
ini lagi satu tajuk yang akan merosakkan forum ini bagi aku tak perlu tajuk ini.mod tolong kasi settle tajuk ini.
Saya setuju, Tuan admin padam saja tajuk ini. Tajuk ini akan menuju ke provokasi.
Assalamualaikum dan salam semua
Saya juga setuju, Tuan admin padam saja tajuk ini
Kerajaan yang ada tidak zalim lagi dan masih mengamalkan ajaran Islam Buat apa kita nak bincangkan tajuk ini
Dalam mana-mana komuniti tetap ada yang baik dan yang tidak baik
MAAF SAYA RASA TAJUK INI AMAT MERBAHAYA KERANA MENJADIKAN FORUM INI SEBAGAI MEDAN POLITIK UNTUK MENGHENTAM KERAJAAN.TUAN ADMIN SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA
Sekali lagi Tuan Admin tolong padamkan tajuk ini. Ia akan memburukkan lagi keadaan
Dwibahasa, nampaknya anda bersungguh-sungguh memberi penerangan dan menbezakan negara kita dengan negara lain. Sepintas lalu anda bijak menghuraikan fakta-fakta yang cenderung kepada keburukkan kerajaan MY. Tapi sayang, kami di sini bukan mahu dengar hujah dan fakta bijak MU. Kami di sini mahu cari info tentang swisscash, berangkali anda tersilap baca forum ini.
Kalau anda benar-benar mahu semua ini terungkai, silakan pergi bertanding wakil rakyat atau tubuhkan parti politik untuk membela nasib rakyat(Konon).
But, dipersilakan tinggalkan ruangan ini. Ruangan ini untuk para pelabur swisscash bukan nak hentam Kerajaan MY.
Jangan hanya bijak berkata-kata tetapi tong kosong yang lantang berbunyi, apabila ada isi, kentut katak pun boleh dengar.
Aku rasa ni semua copy punya statement....x pyh lah kita berhujah dengan idea yg x sampai kemana2 mcm tu...serabutkan forum ni dgn isu2 yg begitu yg pastinya tiada penghujungnya.
I would like to humbly ask the Administrator to delete off this title. This is no good for our forum and will definitely create chaos here.
This forum is just for us to discuss SWISSCASH not politics in the country. For the sake of the longevity of the forum please delete off this title.
People who start this please go and play elsewhere, this field is just for SC discussion.
Understand. We are not politicians please. We are sadly waiting for the return of our investment OK.
Sorry brother.
__________________
Pompinara Penang,
Kalau Swisscash buka semula kita selamat, Kalau Tak Kita takkan mati, Life has to and will go on. CHEEEEERS!!!!!!!!!!
Tuhan Maha Kaya.