Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rakyat VS Goverment


Junior Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:
Rakyat VS Goverment
Permalink Closed


furious.gifMajority Pelabur Yg Melabur adalah melebihi 60k org dan rata2 tercalon atas kewarasan serta tahap umur untuk MAMPU melaksanakan tanggung jawab masing dan mampu menggongcangkan tapuk pemerintahan kerajaan yg sedia ada sekarang.....Jangan lah Leka !!!!! Ketahui lah yg miskin akan terus ditindas..dan yg memerintah akan terus menajamkan kuku....

J A LA N K A N T A N G G U N G J A W A B A N D A , L E P A S K A N A P A Y G
T E R B U K U D I H A T I ...................

PILIHAN RAYA PADA DICEMBER NANTI.....


Agenda Ekonomi
Baru: Gagasan
Pembangunan
Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta,
terutama di kalangan generasi muda.
Wacana bebas dihalang dan media
dikongkong oleh golongan kaya yang
menjaga kepentingan kelompok kecil
penguasa. Malah iklim dan persekitaran
bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar
keramat kemerdekaan diganti dengan
puluhan undang -undang yang mengikat
Di saat Malaysia
menyambut
50 tahun
kewujudannya sebagai
sebuah negara merdeka kita
perlu berdepan dengan persoalan
yang paling getir. Mengapakah
pada tahun yang penuh
dengan acara sambutan gemilang,
Malaysia sebenarnya
telah menjadi sebuah negara
Asia kelas ketiga? Beranikah
kita berdepan dengan hakikat
tersebut?



Singapura kerana republik tersebut hanya
sebuah pulau kecil yang penduduknya
hanya 4 juta.
Jika begitu mari kita bandingkan
pendapatan rakyat Malaysia hari ini
dengan pendapatan rakyat Korea Selatan
dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan
sekarang adalah 48 juta dan Taiwan pula
adalah 23 juta. Pada tahun 1970-an rakyat
kedua-dua negara adalah lebih miskin
dari rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini
pendapatan rakyat Korea Selatan adalah
AS$19,200 (RM66,000) dan Taiwan pula
adalah AS$15,271 (RM52,700), iaitu dua
hingga tiga kali ganda lebih tinggi dari
pendapatan rakyat Malaysia. Ini berbeza
dengan kecenderungan pemimpin negara
membandingkan kehebatan negara
dengan negara paling daif di Afrika
atau negara-negara yang terus dilanda
keganasan atau peperangan.
Kita perhatikan sahaja wacana segar
dalam pilihan raya di negara-negara
demokratik lainnya. Pilihan raya Presiden
Perancis bermula dengan satu persoalan
yang diutarakan oleh calon: mengapakah
United Kingdom 15% lebih kaya dari
Perancis? Presiden Perancis itu sudah
bimbang dengan rakyatnya 15% lebih
miskin berbanding dengan pendapatan
rakyat Britain meskipun Perancis adalah
sebuah negara maju. Pilihan raya bebas
Turki bulan Julai lalu membahaskan
antara lain keupayaan ekonomi Turki
melonjak tinggi untuk mampu bersaing
dengan ekonomi Eropah. Di negara
tetangga Indonesia perbahasan hangat
berlaku mengenai kebijakan ekonomi
sama ada selaras dengan konsep
pengurusan kerajaan telus dan bersih dan
berkepedulian terhadap permasalahan
rakyat. Tetapi pimpinan kerajaan UMNOBN
seolah-olah mangli, tidak terkesan
dengan angka dan data terang, kerana
dibuai oleh jentera propaganda sendiri
serta terpukau dengan pujian bala tentera
JURANG YANG MELEBAR KNK per Kapita (1970-2004)
rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan
strategi nakal penjajah membendung
kebebasan dan kegiatan rakyat.
Justeru itu, sempena ulang tahun
hari keramat negara merdeka kita
sewajarnya merenungkan dengan akal
fikiran terbuka sejajar dengan semangat
bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana
sesungguhnya inilah juga menjadi intipati
Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957
dan paksi gagasan negara Malaysia 1963
- mencipta negara liberal dan demokratik;
menjunjung perlembagaan dan keluhuran
undang-undang; menjamin kebebasan
dan keadilan untuk rakyat.
Dasar utama yang diikrarkan dalam
Pemasyhuran Kemerdekaan tersebut
adalah:
Menjamin hak-hak asasi dan
kebebasan sekalian rakyat;
Raja yang Berperlembagaan
yang berdasarkan demokrasi cara
Parlimen;
Negara yang Merdeka dan berdaulat
serta berdasarkan kebebasan dan
keadilan dan sentiasa menjaga
dan mengutamakan kesejahteraan
dan kesentosaan rakyatnya dan
mengekalkan keamanan antara
segala bangsa.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 382
Date:
Permalink Closed

ini lagi satu tajuk yang akan merosakkan forum ini bagi aku tak perlu tajuk ini.mod tolong kasi settle tajuk ini.

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:
Permalink Closed

KESENANGAN BERNIAGA
Agenda Ekonomi Baru
Kadar jenayah termasuk jenayah besar
seperti pembunuhan, rogol, rompakan
dan ragut terus meningkat ke tahap yang
membimbangkan. Rakyat kian mempertikai
kewibawaan pasukan polis dan pegawai
atasan dicurigai kerana dijangkiti rasuah,
malah disyaki bersubahat dengan sindiket
penjenayah besar. Ratusan badan bukan
kerajaan mengemukakan memo bantahan
kerana jenayah memuncak tanpa kawalan.
Kegagalan berterusan pasukan polis ini
dikhuatiri akan memberi impak terhadap
iklim pelaburan negara. Pengurusan
pasukan polis perlu lebih profesional
dan berwibawa. Puluhan ribu anggota
pasukan perisikan (SB) yang ditugaskan
untuk memantau dan menggugat aktivis
politik patut dialihkan untuk membantu
membanteras jenayah.
Seperti mana juga yang menjadi hasrat
semua negara berdaulat dan bertamadun,
badan kehakiman harus bebas, cekal
dan bersih dari rasuah. Manakala hakim
yang dicemari dengan najis rasuah, maka
penghakiman mereka juga tercemar. Ini
turut menakutkan pelabur. Walhasil, ada
pelabur Malaysia yang memilih supaya
perjanjian dan kontrak mereka diadili di
luar negara termasuk di Hong Kong dan
Singapura. Apakah mungkin diengkari
kenyataan bahawa kewibawaan badan
kehakiman tercemar? Laporan badan
antarabangsa mungkin saja ditempelak
sebagai bermuslihat. Tetapi apakah
munasabah ditolak mentah sanggahan dari
tiga bekas Ketua Hakim Negara yang amat
disegani? Tun Suffian Hashim dan Tun
Salleh Abas mendakwa badan kehakiman
kini tidak bebas dan berwibawa. Malah
Tun Suffiah pernah menegaskan bahawa
beliau sendiri tidak bersedia diadili oleh
badan kehakiman yang ada hari ini apatah
lagi sekiranya beliau tidak bersalah. DYMM
Sultan Azlan Shah mengulas di dalam
penulisan Baginda akan kebimbangan
ramai mengenai persepsi negatif terhadap
badan kehakiman negara, di samping
merujuk kepada keputusan penghakiman
Mahkamah Rayuan yang bercanggah
dengan prinsip Perlembagaan mengenai
kuasa perkenan Raja-Raja Melayu.
Kegagalan-kegagalan lain yang
Malangnya kita memilih melaksanakan
dasar-dasar tertutup dan jumud yang
telah merugikan negara kita. Pada
tahun 1997, sejurus sebelum krisis,
Bursa Malaysia tersenarai sebagai yang
tertinggi di Asia Tenggara dan nombor
15 di dunia. Tetapi pada tahun 2003,
pasaran saham kita lebih rendah dari
Singapura dan Thailand, berasaskan data
Persekutuan Bursa Saham Sedunia. Kita
juga kehilangan daya saing, khususnya
dari segi menarik pelaburan asing.
Pelaburan asing di Malaysia merudum ke
RM14.69 bilion tahun lepas dari RM17.09
bilion pada tahun 2004, berdasarkan
statistik yang dikeluarkan Persidangan
Perdagangan dan Pembangunan PBB di
dalam Laporan Pelaburan Dunia 2006.
Malaysia tersenarai hanya di nombor
6 dari sepuluh negara Asia Tenggara di
dalam menarik pelaburan asing tahun
lepas, berbanding beberapa tahun lalu di
mana kita berada di tempat kedua. Secara
keseluruhannya, pelaburan asing ke Asia
Selatan, Timur dan Tenggara melonjak ke
RM610.5 bilion tahun lepas, meningkat
19% dari 2004. China, Hong Kong dan
Singapura merupakan penerima terbesar
pelaburan asing pada 2005. Sekali lagi,
kita ketinggalan berbanding Indonesia
di dalam pelaburan asing buat pertama
kali sejak 1990. Aliran wang masuk ke
Indonesia meningkat sebanyak 177% ke
RM19.46 bilion tahun lepas.
Antara sebab kemerosotan pelaburan
asing ialah hakikat bahawa negara
lain semakin telus dan menawarkan
kesenangan berniaga. Misalnya, ia
memerlukan 450 hari dan 31 prosedur
untuk menguatkuasakan kontrak di
Malaysia, sedangkan hanya 120 hari dan
29 prosedur perlu di Singapura (lihat
Jadual 3). Para pelabur pasti memilih
negara yang menjanjikan kelulusan cepat
dan dengan kos perniagaan yang rendah.
Kadar jenayah termasuk jenayah besar seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan
ragut terus meningkat ke tahap yang membimbangkan. Rakyat kian mempertikai
kewibawaan pasukan polis dan pegawai atasan dicurigai kerana dijangkiti rasuah,
malah disyaki bersubahat dengan sindiket penjenayah besar. Ratusan badan bukan
kerajaan mengemukakan memo bantahan kerana jenayah memuncak tanpa kawalan.
JADUAL 4 Sumber: Statistik Polis DiRaja Malaysia di Laman Web PDRM
JUMLAH KES JENAYAH DI MALAYSIA 2000-2006
450,000
400,000
350,000
300,000
250,000
200,000
150,000
100,000
50,000
0
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
Agenda Ekonomi Baru
Jenayah Indeks
Jenayah Harta
Benda
Jenayah Kekerasan
10
telah sama ada dilupakan atau
dijenamakan semula termasuklah
Dasar Pandang Ke Timur yang digubal
untuk membangunkan perindustrian
berat dan dasar penswastaan yang
kontroversi. Secara umumnya, usaha
kita membangunkan industri berat tidak
membawa banyak faedah untuk negara.
PROTON misalnya kini merupakan
jenama yang menghadapi banyak
cabaran dan terpaksa mengharapkan
pakatan strategik yang merugikan
untuk terus bersaing di dalam industri
dunia yang kompetitif. PERWAJA
merupakan satu kerugian besar dengan
tanggungan mencecah RM13 bilion di
dalam kes rasuah dan skandal politik
yang jelas seperti mana yang tertera
dalam laporan juruaudit bertauliah
PriceWaterhouseCoopers (PWC). Laporan
PWC diketepikan sama sekali dalam kes
pendakwaan PERWAJA! Lebih dahsyat
lagi, PETRONAS, agensi petroliam negara
yang kita banggakan kerana pengurusan
cekap telah dikorbankan oleh pemimpin
negara. Keuntungan besar PETRONAS
yang kini mencecah RM70 bilion setahun
telah digunakan untuk menyalurkan
dana besar kepada keluarga melalui
bailout, kontrak, projek mega atau bagi
menyelamatkan projek-projek gagal.
PETRONAS sebagai khazanah bangsa kita
bersama seharusnya dikawal rapi dengan
menjadikannya bertanggungjawab
kepada Parlimen bagi memulihara
kekayaan minyak kita untuk generasi
akan datang. Dengan demikian, harga
minyak dan gas akan lebih terkawal, dan
dana mapan disalur bagi kesejahteraan
rakyat terbanyak.
Pemindahan teknologi yang dikatakan
motif utama Dasar Pandang ke Timur
dan bekerjasama dengan negara maju
tidak dijalankan secara berkesan. Dasar
Pandang Ke Timur dan kemudiannya
usaha membina ekonomi pengetahuan
menerusi Koridor Raya Multimedia (MSC)
tidak melahirkan budaya kaji selidik dan
pembangunan teknologi yang gemilang.
Sehingga hari ini, Malaysia kekal sebagai
pengguna idea-idea luar meskipun
membelanjakan berbilion-bilion ringgit
untuk industri berat dan teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT). Di
sebalik gambaran indah terhadap MSC,
Malaysia kekal sebagai antara negara
paling berat sebelah di dalam memberikan
rakyatnya peluang yang sama rata dan
akses kepada ICT. Majalah the Economist
menyebut bahawa Malaysia memberi
gambaran negara mundur di dalam akses
yang diberikan kepada rakyat untuk ICT
berbanding Singapura, Taiwan dan Korea
Selatan.
Di samping itu, dasar penswastaan
yang digembar-gemburkan telah gagal
memberikan hasil yang dijangka.
Kita mesti mengubah dasar kita dari
penswastaan yang tidak diuruskan
dengan baik kepada pengurusan awam
yang efisien dan telus untuk sektorsektor
penting seperti perubatan dan
pengangkutan. Mengapakah rakyat
Malaysia perlu menanggung cukai yang
tinggi berserta penswastaan yang tidak
sempurna? Motif dan hasil penswastaan
perlu dikaji semula agar pengguna tidak
dibebankan. Selama ini, penswastaan
telah menjadi alat memperkayakan kronikroni
pemerintah, tetapi membebankan
rakyat. Ukuran kejayaan penswastaan
adalah pengurusan yang lebih cekap dan
faedah yang lebih baik kepada pengguna.
Keuntungan syarikat terjamin dan faedah
serta perumahan pekerja dipelihara. Hal
ini tidak berlaku, sebaliknya negara terus
dibeban, kos kepada pengguna meningkat
dan para pekerja terutama di peringkat
rendah tidak diberi pembelaan.
Contoh terbaik ialah penjanaan elektrik,
di mana bayaran kapasiti tinggi penjana
tenaga bebas (IPP) telah menyumbang
kepada kos yang tinggi yang ditanggung
Tenaga Nasional Berhad. Hasilnya,
kos yang tinggi ini sebahagiannya
dipindahkan kepada pengguna di dalam
bentuk kenaikan tarif elektrik. Yang lebih
PERWAJA merupakan satu kerugian besar dengan tanggungan mencecah RM13
bilion di dalam kes rasuah dan skandal politik yang jelas seperti mana yang tertera
dalam laporan juruaudit bertauliah PriceWaterhouseCoopers
(PWC). Laporan PWC
diketepikan
sama sekali dalam kes pendakwaan PERWAJA!
Lebih dahsyat lagi,
PETRONAS, agensi petroliam
negara yang kita banggakan kerana pengurusan cekap
telah dikorbankan oleh pemimpin negara.
Agenda Ekonomi Baru
11
memeranjatkan, IPP ini telah menerima
bahan api yang disubsidikan oleh
PETRONAS sehingga mencapai berbilionbilion
ringgit. Ini semua sumber negara
kita, yang dimiliki rakyat Malaysia secara
bersama dan boleh digunakan untuk
perkara-perkara lain, misalnya menaik
taraf sistem pendidikan negara kita. Pada
masa yang sama, pembinaan lebuh raya
bertol seperti PLUS telah menguntungkan
pemegang saham mereka, tetapi
menjadikan pengangkutan kita sukar dan
mahal untuk rakyat, dan pada masa yang
sama membantut pembangunan sistem
pengangkutan awam alternatif yang lebih
mesra alam. Kisah penswastaan MAS kini
terbongkar setelah syarikat TRI mendakwa
telah diarah untuk mengambil alih
syarikat penerbangan tersebut. Khidmat
tenaga MAS dianggap cemerlang tetapi
syarikat mengalami kerugian berbilion
ringgit sekali lagi telah diselamatkan oleh
Perbendaharaan Kerajaan. Pada masa
yang sama, Singapore Airlines, syarikat
yang dibentuk akibat pecahan MSA
(Malaysian Singapore Airlines) mencatat
keuntungan berbilion ringgit. Di samping
itu, pembinaan hospital swasta telah
menyebabkan kerajaan berlengah untuk
menaik taraf sistem kesihatan awam
dan meningkatkan kos perubatan dan
insurans. Di hospital daerah, rakyat biasa
terpaksa berpusu-pusu menunggu giliran
untuk mendapat khidmat kesihatan di
hospital.


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Permalink Closed



-- Edited by adam at 02:09, 2007-09-18

__________________
ATH


Moderator

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Permalink Closed

sate_biru wrote:

ini lagi satu tajuk yang akan merosakkan forum ini bagi aku tak perlu tajuk ini.mod tolong kasi settle tajuk ini.






Saya setuju, Tuan admin padam saja tajuk ini.
Tajuk ini akan menuju ke provokasi.

__________________



 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 382
Date:
Permalink Closed

kepada ahli forum aku mintak maaf kalau tak puas hati sebab aku suruh delete bila tajuk politik,

bagi aku kewujudan forum ini bukan untuk kita sembangkan pasal politik ,kalau nak sembang

pasal politik pergi forum lain,kewujudan forum ini hanya untuk mencari maklumat mengenai

swisscash sahaja,minta maaf kawan2 semua.


kewujudan forum ini bukan nak kutuk kerajaan, PEACE

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 314
Date:
Permalink Closed

ATH wrote:

sate_biru wrote:

ini lagi satu tajuk yang akan merosakkan forum ini bagi aku tak perlu tajuk ini.mod tolong kasi settle tajuk ini.






Saya setuju, Tuan admin padam saja tajuk ini.
Tajuk ini akan menuju ke provokasi.




Assalamualaikum dan salam semua

Saya juga setuju, Tuan admin padam saja tajuk ini

Kerajaan yang ada tidak zalim lagi dan masih mengamalkan ajaran Islam
Buat apa kita nak bincangkan tajuk ini

Dalam mana-mana komuniti tetap ada yang baik dan yang tidak baik

Sekali lagi Tuan Admin tolong padamkan tajuk ini.
Ia akan memburukkan lagi keadaan

Sekadar Berkongsi

Terima Kasih

Allahu'alam
Wasallam

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:
Permalink Closed

delete kan saja tajuk ni. sesungguhnya tak sesuai dalam forum ni!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 100
Date:
Permalink Closed

tekebol wrote:

ATH wrote:

sate_biru wrote:

ini lagi satu tajuk yang akan merosakkan forum ini bagi aku tak perlu tajuk ini.mod tolong kasi settle tajuk ini.






Saya setuju, Tuan admin padam saja tajuk ini.
Tajuk ini akan menuju ke provokasi.




Assalamualaikum dan salam semua

Saya juga setuju, Tuan admin padam saja tajuk ini

Kerajaan yang ada tidak zalim lagi dan masih mengamalkan ajaran Islam
Buat apa kita nak bincangkan tajuk ini

Dalam mana-mana komuniti tetap ada yang baik dan yang tidak baik

MAAF SAYA RASA TAJUK INI AMAT MERBAHAYA KERANA MENJADIKAN FORUM INI SEBAGAI MEDAN POLITIK UNTUK MENGHENTAM KERAJAAN.TUAN ADMIN SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA

Sekali lagi Tuan Admin tolong padamkan tajuk ini.
Ia akan memburukkan lagi keadaan

Sekadar Berkongsi

Terima Kasih

Allahu'alam
Wasallam




__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:
Permalink Closed

Salam,
perbincangan di tajuk ini harus berhenti sertamerta jangan dilanjutkan lagi,
kita tunggu Tuan Admin buat keputusan.

wassalam.


__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 263
Date:
Permalink Closed

Dwibahasa, nampaknya anda bersungguh-sungguh memberi penerangan dan menbezakan negara kita dengan negara lain. Sepintas lalu anda bijak menghuraikan fakta-fakta yang cenderung kepada keburukkan kerajaan MY. Tapi sayang, kami di sini bukan mahu dengar hujah dan fakta bijak MU. Kami di sini mahu cari info tentang swisscash, berangkali anda tersilap baca forum ini.

Kalau anda benar-benar mahu semua ini terungkai, silakan pergi bertanding wakil rakyat atau tubuhkan parti politik untuk membela nasib rakyat(Konon).

But, dipersilakan tinggalkan ruangan ini. Ruangan ini untuk para pelabur swisscash bukan nak hentam Kerajaan MY.


Jangan hanya bijak berkata-kata tetapi tong kosong yang lantang berbunyi, apabila ada isi, kentut katak pun boleh dengar.



__________________
Emma bayu Sentiasa berfikiran terbuka dan positif


Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:
Permalink Closed

Kupasan sendri ka pakai copy paste ni...............Bagi link kan senang,sapa nak bulih pg......

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 188
Date:
Permalink Closed

Aku rasa ni semua copy punya statement....x pyh lah kita berhujah dengan idea yg x sampai kemana2 mcm tu...serabutkan forum ni dgn isu2 yg begitu yg pastinya tiada penghujungnya.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 263
Date:
Permalink Closed

Memang sah copy paste, saja nak tunjuk handal tapi apabila berdepan, terkencing dalam seluar.

cakap-cakap sembunyi berani, nak tampil ke depan macam tikus mondok basah.

__________________
Emma bayu Sentiasa berfikiran terbuka dan positif


Senior Member

Status: Offline
Posts: 263
Date:
Permalink Closed


Kalau tidak keruan dan tidak setuju dengan Kerajaan My, lebih ko tukar kewarganegaraan, pergi ke Taiwan kah, Filipina kah, Indonesia kah atau Iraq.

Barulah ko tau rendah atau tinggi itu langit dari bumi.

__________________
Emma bayu Sentiasa berfikiran terbuka dan positif


Member

Status: Offline
Posts: 76
Date:
Permalink Closed

Salam Sejahtera Saudara saudari,

I would like to humbly ask the Administrator to delete off this title. This is no good for our forum and will definitely create chaos here.

This forum is just for us to discuss SWISSCASH not politics in the country. For the sake of the longevity of the forum please delete off this title.

People who start this please go and play elsewhere, this field is just for SC discussion.

Understand. We are not politicians please. We are sadly waiting for the return of our investment OK.

Sorry brother.

__________________
Pompinara Penang, Kalau Swisscash buka semula kita selamat, Kalau Tak Kita takkan mati, Life has to and will go on. CHEEEEERS!!!!!!!!!! Tuhan Maha Kaya.


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:
Permalink Closed

CUKUPLAH SETAKAT INI...

KITA TIDAK MAHU MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN..

MEDAN INI TIDAK ADA KAITAN DENGAN POLITIK...

TERIMA KASIH SEMUA.

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard