Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MEMBAZIR...MEMBAZIR.... DAN MEMBAZIR....!


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:
MEMBAZIR...MEMBAZIR.... DAN MEMBAZIR....!


13 09 2007

Nampaknya rakyat terpaksa menghentikan pemotongan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana wang yang disalurkan oleh rakyat terlalu banyak yang sudah dibazirkan. Beli yang bukan bukan, barang murah jadi mahal dan pemberian pinjaman tiada dokumen. Kita nak tengok taring diorang ni tajam mana kalau tak der duit. Kerana selama ini Menteri ingat rakyat cop duit dan mungkin juga ada pemimpin yang ingat DUIT yang dibelanjakan adalah hasil dari BAPAK DIA !!! Jangan BAYAR CUKAI !!!

RM140mil lent without documents

PETALING JAYA: There was no documentation for RM140mil loaned out to various state-related agencies in Selangor, even after the Auditor-General highlighted many of the problematic loans given to the same agencies in his 2005 report.

Until the end of 2006, there were no loan agreements signed with four organisations Syarikat Stadium Shah Alam Sdn Bhd, Tabung Amanah Saham Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) and Institut Perindustrian Negeri Selangor.

Attention was drawn to this issue in the 2005 Auditor-Generals Report, said Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang in the 2006 Selangor State Government Financial Report.

Syarikat Stadium Shah Alam Sdn Bhd received an interest-free loan of RM2mil in 1995. The loan agreement was never submitted for auditing.

In 1998, the state government lent Tabung Amanah Saham Selangor RM20mil to finance the Skim Amanah Saham Selangor. No loan agreement was signed. The Auditor-General had been raising this issue in his reports since 2001.

In 2003, the state treasury informed the Auditor-General that the Tabung Amanah Saham Selangor would be shut down and its administration matters be taken over by KDEB, therefore, the state treasury would settle the loan with KDEB. Up to the end of 2006, no action was taken.

The state also has other issues to settle with KDEB. On Sept 12, 2002, the state government agreed to reschedule a longer repayment tenure for an outstanding loan of RM100mil.

KDEB was required to prepare a revised loan agreement for the rescheduled repayment. Again, nothing was done as of the end of last year.

The state government also allowed KDEB to defer payment of another RM17mil. This was to facilitate a move by DEB to shift the Institut Perindustrian Negeri Selangor to Pulau Indah. The loan agreement was forwarded for audit.

The Auditor-General said six agencies owed the state government RM306.13mil in outstanding loan repayments as of the end of last year.

KDEB owed RM118.44mil, Selangor State Development Corporation (PKNS), RM84.0mil and Selangor Agriculture Development Corporation (PKPS), RM58.06mil.

Permodalan Negeri Selangor Berhad owed RM31.20mil, Selangor Foundation (Yayasan Selangor), RM14.03mil and Kolej Islam Darul Ehsan, RM4mil.

The loan management process is inefficient. Loan agreements and revised loan agreements must be signed before money is released. Efforts must also be made to collect the loans and update records, said the Auditor-Generals report.





__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Jumaat 14 September 2007 | 2 Ramadhan 1428 Hijrah

Penyelewengan IKBN - Hishammuddin mesti letak jawatan!
Salmiyah Harun

Fri | Sep 14, 07 | 09:18:22 AM

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Hrkh)- Penyelewengan dalam pembelian peralatan dan kelengkapan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara membuktikan rendahnya akauntabiliti di kalangan menteri kabinet.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, 'permainan tarik tali' antara Menteri Belia dan Sukan Dato' Azalina Othman dan Menteri Pelajaran Dato' Hishammuddin Tun Hussein mengenai penyelewengan itu ditegur dalam laporan tersebut.

AMK menggesa Hishamuddin meletakkan jawatan agar proses siasatan boleh dijalankan tanpa kacau ganggu dan bertanggungjawab di atas penyelewengan wang rakyat yang tidak berkesudahan di bawah pemerintahan Kerajaan BN, tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa mengemukakan laporan dan aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Ibu Pejabat BPR Putrajaya, semalam berhubung penyelewengan dalam Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau berkata, laporan rasmi itu diserahkan kepada BPR supaya penyelewengan ini tidak berakhir dengan siasatan semata-mata, sebaliknya menggesa Hishamuddin didakwa ke atas penyelewengan yang berlaku.

Shamsul berkata, laporan Ketua Audit Negara 2006 mendedahkan pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi IKBN dilaporkan jumlahnya melebihi harga pasaran menyebabkan kerajaan menanggung kerugian RM8.39 juta.

Jelasnya, tuduhan itu dihalakan oleh Azalina kepada Hishamuddin yang menjawat jawatan Menteri Belia & Sukan sewaktu pembelian tersebut dibuat.

Beliau menegaskan, melalui penelitian AMK ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2006, Semakan Audit mendapati pada Mei 2001, Ketua Setiausaha Kementerian terbabit telah memutuskan supaya perolehan peralatan dilaksanakan secara tender terbuka walaupun pihak perunding mengesyorkan kaedah tender pra-kelayakan.

Bagaimanapun, pada bulan September 2001, Menteri Belia Dan Sukan ketika itu pula memutuskan projek perolehan peralatan IKBN dibuat secara rundingan terus atau tender terhad, katanya. Tambahnya, laporan audit tersebut juga mendedahkan antara bulan Oktober 2006 hingga bulan Februari 2007 mendapati beberapa peralatan bernilai RM88.45 juta yang dibekalkan antara tahun 2003 hingga tahun 2005 masih tidak digunakan secara optimum.

Katanya, ini disebabkan beberapa faktor seperti tiada keperluan, tenaga pengajar yang tiada kepakaran dan pembelian yang terlalu awal.

Ini jelas membuktikan bahawa melalui penelitian Ketua Audit Negara, berlaku penyelewengan yang dilakukan secara berterusan oleh dua Menteri Belia dan Sukan, iaitu Hishamuddin dan juga Azalina yang menggantikan Hishamuddin pada tahun 2003,"katanya.
Justeru, beliau menegaskan mengikut kesinambungan budaya perbelanjaan tidak berhemah ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu segera menyiasat kedua-dua menteri terbabit, khususnya Hishamuddin sendiri yang membenarkan siasatan dibuat ke atasnya.


Jumaat 14 September 2007 | 2 Ramadhan 1428 Hijrah

Laporan audit lebih RM74 juta, Azalina mesti letak jawatan!

Azamin Amin
Thu | Sep 13, 07 | 03:54:10 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Rentetan laporan audit negara baru-baru ini yang mendedahkan wujudnya penyelewengan dana rakyat dalam kontrak Kementerian Belia dan Sukan, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa untuk memecat Menterinya Dato' Azalina Othman dengan serta-merta.

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin berkata menteri seharusnya mengambil tanggungjawab atas penyelewengan dana rakyat yang begitu jelas telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2006.

Kontrak-kontrak perolehan ini telah melahirkan keuntungan yang amat besar untuk pihak-pihak tertentu. Susah hendak dipercayai bahawa pegawai-pegawai Kementerian langsung tidak tahu-menahu tentang perkara ini, katanya baru-baru ini yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Selain itu, Zuraida juga menggesa Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan meletak jawatan juga, atas 11 kontrak yang telah diluluskannya. Setiap kontrak itu dipercayai bernilai antara RM7.99 juta dan RM74.2 juta.

Namun demikian, Ketua Setiausaha tidak mempunyai mandat untuk meluluskan sebarang kontrak yang bernilai lebih RM5 juta.

Sebelum ini dilaporkan bahawa laporan audit itu antara lain mendedahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membeli peralatan pada kadar harga terlalu tinggi sehingga lebih daripada 200 peratus membuktikan korupsi peringkat kementerian berada di tahap yang parah.

Ia termasuklah membeli barangan yang berharga RM50 pada kadar RM5,700, merujuk Laporan Audit Negara malah, pembelian dua buah kren menara di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga yang tidak munasabah iaitu hampir RM3 juta berbanding harga pasaran kira-kira RM1.5 juta,turut didedahkan dalam laporan tersebut.

Ini rasuah yang jelas di hadapan mata kita, kata Zuraida dan menyatakan bahawa kedua-dua Menteri dan Ketua Setiausaha haruslah didakwa di mahkamah.

Pihak berkuasa, terutamanya Peguam Negara, perlulah bertindak tegas, tidak takut dan tidak berpihak kepada sesiapa sekalipun.

Perlakuan pegawai kerajaan kita sewajarnya bebas daripada segala cacat-cela. Kita berhak mengharapkan perlakuan yang paling baik daripada mereka, kerana kita telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan dana kita, katanya.


PIKIAQ...PIKIAQ.....!


(Aku salah seorang Jurutera Projek IKBN sejak 2001 hingga sekarang masih terlibat dengan IKBN.....)


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:

Benda-benda macam ni memang dah sebati dalam hidup diorang nii...takda rasa malu dah yang diorang tahu duit masuk dalam poket diorang..

yang jadi mangsa kita semua rakyat Malaysia pembayar cukai yang menanggung kerugian yang dibuat pemimpin-pemimpin yang korup..hmm.gif


__________________
Do or Not There is No Trial


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Hishamuddin Hussien perlu segera disiasat

Beberapa hari lalu saya ada mendedahkan di blog ini berkenaan dengan Laporan Ketua Odit Negara yang terbaru yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini (bukan untuk dibahasakan).

Banyaklah ketidakcekapan malah penyelewengan yang ada diantaranya berbau rasuah dan salahguna kuasa telah didedahkan dalam laporan tersebut oleh Ketua Odit Negara Tan Sri Amrin Buang. Yang saya dedahkan dalam tulisan saya itu adalah antaranya termasuklah yang melibatkan Kementerian Belia dan Sukan. Ianya termasuklah tindakan pihak kementerian membeli satu set screwdriver yang harga pasarannya hanya RM40 tetapi pihak kementerian telah membayar sebanyak RM224.94 kepada pembekal.

Selain itu buku rujukan teknikal untuk IKBN yang harga pasarannya RM417 seset tetapi pihak kementerian telah membayar sebanyak RM10,700 seset. Dan banyak lagi penyelewengan melibatkan kementerian ini (disamping kementerian lain didedahkan), termasuklah menterinya memberikan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk meluluskan kontrak bernilai RM449.42 juta sedangkan kuasa yang diberi kepada KSU cumalah tidak melebihi RM5 juta.

Ini merupakan satu skandal yang besar dan serius kerana walaupun kejadian dikatakan berlaku sekitar tahun 2002, menteri ebrkenaan kini masih duduk dalam cabinet Dollah Badawi, jika di Kementerian Belia dan Sukan boleh berlaku kepincangan seumpama ini bayangkan kemampuannya kini di kementerian yang lain pula.

Siapakah menteri itu?

Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1999 ke 2004 adalah Hishamuddin Tun Hussien merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia!

Ketika ditanya pemberita berkenaan isu ini Hishamuddin dilaporkan oleh NST sebagai berkata:

It should be investigated. What is wrong is wrong. Action has to be taken against wrongdoers including me if I have done wrong.

Ia sepatutnya disiasat. Yang salah tetap salah. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang bersalah termasuklah saya jika saya yang bersalah.

Prinsip akauntabiliti menuntut pertanggungjawaban bagi mereka yang diamanahkan memikul tanggungjawab. Tambahan dalam kes ini yang yang terlibat adalah wang kerajaan, milik rakyat Malaysia.

Bagi saya menteri berkenaan perlu segera disiasat termasuklah KSU nya ketika itu. Lebih tepat lagi kerana ianya melibatkan kepentingan awam maka menteri tersebut sepatutnya digantung dari jawatan untuk memberikan kebebasan kepada agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat sehingga ke akar umbi.

Pihak BPR perlu segera bergerak dan menyiasat serta membongkar perkara ini. Jika tidak kredibiliti kerajaan pimpinan PM Dollah Badawi akan semakin dipertikaikan. Ini baru satu kementerian, banyak lagi kementerian yang turut disentuh dalam laporan Tan Sri Ambrin itu. Mudah-mudahan maklumat sebenar tidak dipengap dari pengetahuan rakyat.


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:

Sia-sia je sebab orang-orang yang mepunyai pengaruh ni mempunyai tangan ghaib yang melindungi diorang. Kes hanya tinggal kes tapi takda dakwaan. BPR hanya boleh kata sedang dalam siasatan dan lepas tu senyap. susah nak tangkap ikan jerung nii nak tangkap ikan bilis boleh laa.. biggrin.gif

__________________
Do or Not There is No Trial


Member

Status: Offline
Posts: 77
Date:

Camna BPR nak tangkap ikan jerung kalau ikan jerung yang pegang remote control (alat kawalan jarak jauh) untuk menggerakkan BPR


__________________
zzzzzz


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

zmen wrote:

Camna BPR nak tangkap ikan jerung kalau ikan jerung yang pegang remote control (alat kawalan jarak jauh) untuk menggerakkan BPR






Kita kan ada undi... itulah remote control yang paling berkesan........ tetapi malangnya:

Melayu Selalu Lupa......... hari ini marah....... esuk maaf......... lepas tu lupalah.....

Nanti undi lagi semua perampok-perampok negara dengan nilai sehelai kain batik-pelikat.

Jadi kalau mereka letak beruk pun bertanding, mereka tetap menang.. apa lagi yang di letak tu perampok.... sebab perampok ni lebih cerdik dari beruk........ dan mempunyai duit juta-juta.

Ini bukan kutukan yea mod... tetapi kenyataan yg kita kena fikir-fikirkan... siapalah kita dihati semua perampok-perampok negara tu.........

Kita buat biz Swisscash mereka gangu... apa nak buat lagi... hehehe..

buat affiliate planlah........ semalam dapat juga $2-3 aje... jadilah. Alhamdulillah.



Attachments
__________________

nak belajar forex pm saya... hehehe.. sekarang kena bayor, sebab free kurang sambutan.

http://moneyadsblog.blogspot.com

 



Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

amir teropong kat sini...tengok2 ruang ini,ada tak yang nak jual minyak.

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Junior Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

peringatan...

nabi bersabda:allah melaknat org yg makan rasuah dan bagi rasuah

dan tempat bagi kedua-duanya selayaknya di neraka(rujukan kitab imam syafie dlam bab muamalat)

__________________
one revulation


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Subject: Skendal angkatan Tentera Laut RM6.75 Billion

Oleh : Kim Quek
Alih bahasa : Alhusseyn.

Sedang Negara masih lagi gempar dari skendal RM 4.6 bilion 'Bandar Hantu PKFZ , satu lagi bom mega meledak menggegarkan negara skendal pembinaan kapal peronda pantai bernilai RM6.75 bilion. Suatu kontrak bernilai RM5.35 billon untuk membina kapal peronda pantai yang telah diberikan dalam tahun 90-an telah melambung naik hingga RM6.75 billon sedang berada diambang kegagalan, dibawah pimpinan politik dan pentadbiran negara yang ramai mengatakan pincang dan tidak layak dan suka berpoya-poya.

Laporan Ketua Audit Negara (KAN), yang dibentangkan di Parlimen pada 7 September, telah mendedahkan beberapa perkara yang menggemparkan, pemberian kontrak yang mencuriga kan kepada kontraktor yang jelas tidak berkelayakan, kegagalan teknik dan pengurusan dan nilai kontrak yang di naikkan melambung tinggi di luar perjanjian dan pembayaran yang berlebihan, pelepasan denda yang tidak wajar, pembayaran melibatkan wang yang banyak tanpa dokumen dan kegagalan rasa bertanggung jawab kementerian terbabit secara langsung.

Sejarah skendal mega ini dapat di jejak semula kembali ke tahun 90-an apabila sebuah syarikat kepunyaan orang kuat UMNO Amin Shah Omar dikurniakan satu kontrak dalam bulan September 1998 untuk mereka dan membina enam buah kapal peronda pantai untuk Angkatan Laut Diraja Malaysia dengan nilai harga RM5.35 billon. Syarikat tersebut, PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-NDSB), merupakan satu sabsidiari kepada Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, sebuah syarikat kepunyaan Amin Shah.

Penyelewengan Kontrak

Dibawah terma perjanjian, kontraktor terlibat dikehendaki menyiapkan kapal-kapal peronda tersebut dalam beberapa peringkat, bermula dari Mac 2004 dan selesai penghantaran dalam April 2007. Bagaimana pun, PSC-NDSB hanya berjaya menyiapkan dua kapal pertama dipertengahan 2006, dan baki yang empat buah lagi berada jauh dari tahap persiapan akhir pembinaannya, dengan anggaran sudah siap pada tahap 19% ke 56% pada Disember 2006. Malahan, dua kapal pertama yang diserahkan adalah dalam keadaan sukar dikendalikan kerana kedua-duanya mengalami beberapa kekurangan (298 aduan dicatatkan) dan didapati mempunyai 100 dan 383 peralatan yang tidak lengkap.

Jelas sekali, dilihat pada perlaksanaan perjanjian, PSC-NDSB adalah sama sekali suatu bencana. Kegagalannya adalah satu sumbangan kepada penyalah urusan dana yang serius dan pelaksanaan kerja yang tidak cekap , lantaran syarikat tersebut, dilihat kepada rekod pengalaman lepasnya, hanya membina bot penangkap ikan dan bot kecil untuk polis marin di masa lalu.

Walaupun sepatutnya, perjanjian di tamatkan dan tuntutan gantirugi dikemukakan sebagaimana pengurusan yang baik patut melakukan; kerajaan telah bertindak sebaliknya. Kementerian Pertahanan bukan sahaja mengekalkan kontraktor tersebut tetapi telah membuat pembayaran besar yang berlebihan, menaikan lagi harga kontrak sewenangnya dan melupuskan semua denda yang sepatutnya tanpa sebarang penjelasan yang wajar.

Harga kontrak dinaikan dari RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007, di mana KAN mendapati tidak ada kewajarannya. Begitu juga, KAN tidak dapat mencari apa-apa alasan kukuh untuk bersikap bermurah hati dengan pembayaran RM4.26 bilion kepada kontraktor hingga ke Disember 2006 apabila nilai kerja yang dilakukan hanyalah RM 2.87 bilion satu pembayaran yang berlebihan berjumlah RM1.39 bilion atau 48%. Seterusnya , tiada sebab bagi kabinet mengambil keputusan dalam November 2006, untuk melupuskan denda ganti rugi kerana kelewatan melaksanakan perjanjian yang berjumlah tidak kurang RM214 milion.

Ketua Audit Negara mendapati bayaran bermurah hati yang pelik berjumlah RM1.07 bilion sebagai deposit, yang bernilai 20% harga kontrak, sejurus menandatangani perjanjian. Paling memeranjatkan, Kementerian Pertahanan didapati telah membuat bayaran yang sangat besar tanpa sokongan dokumen. Di antara Disimber 1999 dan Januari 2002, empat belas bayaran 'progres payments' berjumlah RM943 milion telah dibuat, di mana tiada boucer bayaran atau dokumen berkaitan ditemui.

Disebalik pembayaran berlebihan yang amat besar dan harga kontrak yang naik tinggi , KAN mendapati bahawa kontraktor tersebut mengalami defisit kewangan yang serius dan memberi peringatan kepada kerajaan tentang kerugian seterusnya disebabkan kelemahan pihak kontraktor .

KAN telah mengkritik Jawatankuasa Pemantau yang diketuai oleh Menteri Pertahanan merangkap Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak diatas kegagalan menyediakan laporan kesilapan yang berlaku keatas projek tersebut.


Kegagalan Kerajaan

Meninjau keseluruhan kegagalan tersebut, tiada siapa yang dapat lari dari rumusan bahawa ini adalah suatu contoh klasik kontemporari kegagalan mega negara Malaysia yang melangkau era Mahathir/Abdullah. Ianya memaparkan kelemahan era Mahathir bukan sahaja berterusan tetapi bertambah buruk dengan sifat-sifat kelemahan ciri-ciri kepimpinan Abdullah. Dalam bahasa mudahnya , sewaktu zaman Mahathir , dengan ciri-ciri korupsi dan kroni, Abdullah membiarkan ciri-ciri tersebut berkembang dan diwaktu yang sama menambah burukan dengan sikap berlepas tangan pimpinannya teragakagak dan tidak ambil peduli. Abdullah akan membiarkan takdir menentukannya keadaan. Tidak perlu diperkatakan lagi bahawa, yang demikian itu akan menyebabkan berlakunya mala petaka keatas projek mega .

Lihat sahaja kepada skendal kapal peronda tersebut. Tidak disangsikan, Mahathir bersalah kerana mengurniakan satu projek besar dan berkemahiran tinggi tanpa tender kepada kroni yang tidak berkelayakan suatu kes yang korupsi dan kroni yang sangat nyata, namun perlu diingat, Abdullah adalah pemimpin yang membenarkan kontraktor yang gagal untuk meneruskan dan menawarkan harga kontrak yang pelik, melambung tinggi dan pembayaran yang berlebihan, menyebabkan timbulnya beberapa jenayah luar biasa yang melibatkan kehilangan jutaan wang rakyat tanpa berkesudahan .

Benar bahawa keputusan sebenar yang dibuat dalam kes ini mungkin bukan Abdullah tetapi Najib, tetapi sebagai seorang Perdana Menteri , dia mesti memikul tanggung jawab diatas kegagalan memberikan pimpinan yang dapat mengawal mala petaka menjadi bertambah buruk. Malah, adalah disangsikan bahawa kabinet telah di maklumkan dengan jelas dan di rundingkan, setidak-tidaknya di maklumkan tentang isu yang relevan yang melibatkan dana yang besar. Jangan terkejut sekirannya kabinet menerusklan tradisi yang diwarisi pada era Mahathir sebagaimana rubber-stamp, sibuk keatas perkara remeh temeh saperti Negarakuku Namawee, tetapi tidak menghiraukan dana rayat yang sangat parah melalui skendal saperti kontrak kapal peronda RM6.75 bilion atau projet Bandar Hantu PKFZ RM4.6 bilion.

Najib mesti menanggung akibatnya

Tidak diragukan bahawa Najib mesti bertanggung jawab memikul akibat malapetaka ini. Sebagai Menteri Pertahanan dan ketua Jawatankuasa Pemantau kemajuan projek tersebut , dia bertanggungjawab keatas penyeliaan kemajuan projek , bertanggungjawab keatas tindakan /keputusan yang diambil dan pembangunan berkaitan kontrak tersebut. Dan dia semestinya menjawab beberapa persoalan penting saperti berikut:

Mengapa kontrak tersebut tidak dibatalkan serta merta apabila kontraktor tersebut telah melakukan kesalahan besar memungkiri perjanjian apabila gagal menyiapkan kapal peronda tersebut?

Mengapa harga kontrak ditambah dari RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion? Siapakah yang meluluskan kenaikan tersebut ?

Kenapa denda kerana kelewatan penghantaran yang bernilai tidak kurang dari RM214 milion di lupuskan? Siapakah yang membenarkannya?

Kenapa kontraktor tersebut dibayar lebihan 48% pada Disimber 2006 dibayar RM4.26 bilion bagi kerja yang disiapkan bernilai RM2.87 bilion? Siapakah yang meluluskannya?

Kenapa tiada bocer pembayaran atau dokumen sokongan berkaitan 14 bayaran progres berjumlah RM943 milion yang dibuat antara bulan Disember 1999 dan Januari 2002?

Melainkan Najib dapat memberikan jawapan yang memuaskan terhadap persoalan diatas , dia mesti meletakan jawatan serta merta. Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak membuang masa memulakan penyiasatan yang tulus keatas beberapa perkara serius yang luar biasa projek tersebut, khususnya jenayah bersubahat dengan kontraktor yang pecah amanah tersebut; oleh pemimpin tinggi kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan, termasuk mereka yang terlibat dengan penawaran kontrak tersebut


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Subject: FW: Petisyen Rakyat Ke Bawah Duli Yang Dipertuan Agung

Laporan 2006 Ketua Audit Negara yang telah dikleluarkan jumaat lalu , mendedah kan kelemahan beberapa kementerian dan jabatan menguruskan dana awam dalam pembelian pelbagai barang serta peralatan. Ini jelas dapat dilihat melalui pembelian RM224 untuk satu set skrew dreba yang mana harga pasaran biasanya boleh didapat dengan RM 40.00 sahaja ; dan RM5,700 untuk jek kereta yang biasanya dijual dengan RM50.00 sahaja.

Itu baru benda yang remeh temeh sahaja berbanding dengan pendedahan seterusnya dimana dua buah kren menara yang digunakan di dua buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dibeli pada harga yang tidak munasabah iaitu hampir RM3 juta berbanding harga pasaran kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, dua menara kren itu ialah Favelle Hammerhead K180 dan Favelle Favco Luffing TD133 yang masing-masing berada di IKBN Chembong, Negeri Sembilan serta IKBN Bachok, Kelantan.

Beliau berkata, kren menara Favelle Hammerhead K180 dibeli pada harga RM2.73 juta sedangkan harga pasarannya cuma RM1.45 juta, manakala kren menara Favelle Favco Luffing pula dibeli dengan harga RM2.99 juta berbanding harga pasaran RM1.53 juta.

Dengan pembelian kedua-dua kren menara itu, bermakna jumlah yang dibayar oleh kerajaan adalah RM2.74 juta lebih tinggi dari harga pasaran, katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA,

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

PERKARA: KERAJAAN YANG SEMAKIN LESU BERGELUMANG DALAM RASUAH DI BAWAH KEPIMPINAN DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PERDANA MENTERI MALAYSIA


Patik merafak sembah memohon Tuanku mencemar Duli membaca warkah perutusan rintihan rakyat.

Ampun Tuanku. Negara kita sekarang berada dalam keadaan gawat dan tidak menentu masa depannya.

Pimpinan Kerajaan makin lesu, tidak teratur, bergelumang dalam rasuah dan komplot politik. Negara tidak lagi bergerak maju dan rakyat sudah merasa jauh ketinggalan berbanding keadaan sebelum ini.

Ekonomi negara digembar-gemburkan oleh Kerajaan sebagai sihat dan melonjak tetapi dari mana dan ke mana terlonjaknya rakyat tidak dapat merasainya.

Politik negara makin tegang dengan tercetusnya berbagai jenis masalah dan komplot yang hampir semuanya tidak menemui penyelesaian yang baik. Rusuhan sudah bermula di sana-sini dan ketegangan perkauman dan keagamaan semakin meningkat.

Ampun Tuanku, izinkan patik menyenaraikan antara keadaan yang ada seperti berikut:

1) Dua rakyat Terengganu telah ditembak oleh Polis baru-baru ini. Kerajaan menutup kes ini dengan menghantar 'hamper' kepada mangsa tembakan. Ke mana lagi rakyat boleh mengadu?

2) Rusuhan dan pembunuhan yang telah berlaku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dalam minggu sambutan Ulangtahun Merdeka ke-50. Patik khuatir, jika rusuhan ini sebenarnya tidak mempunyai sebab, melainkan diwar-warkan oleh orang tertentu yang tidak bertanggungjawab.

3) Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan rasuah dan penyelewengan wang rakyat oleh Kerajaan yang mengakibatkan kerugian berbilion Ringgit. Namun, Laporan Ketua Audit Negara tidak memberi kesan kepada sesiapa pun, terutama sekali kepada Kerajaan. Penyelewengan wang rakyat masih berterusan dari tahun ke tahun, walaupun pendedahan dilakukan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.

4) RM4.6 bilion wang rakyat telah dibazirkan untuk menutup penyelewengan pembelian tanah di Pelabuhan Klang. Begitu juga lebih RM5.35 bilion telah disalahgunakan dalam pembelian kapal perang bagi tentera laut. Kerajaan langsung tidak pedulikan Laporan Ketua Audit Negara.

4) Polis Di Raja Malaysia sekarang sudah tercemar dengan rasuah dan pengaruh anasir jahat sehingga bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar telah berkata lebih 40% pegawai atasan Polis terlibat dalam rasuah.

5) Keluhuran undang-undang dan perjalanan sistem keadilan makin hancur, sepertimana didakwa oleh beberapa Pegawai Polis yang berpangkat, menerusi Pengakuan Berkanun. Mereka mendakwa bahawa kumpulan jenayah besar sekarang sudah mempengaruhi Polis Di Raja Malaysia. Sekali lagi Pengakuan Berkanun oleh Pegawai Polis ini tidak disiasat atau diambil tindakan oleh Kerajaan.

6) Keadaan institusi kehakiman negara juga amat membimbangkan di mana hakim yang lebih berpengalaman dan lebih berkelayakan dipinggirkan manakala hakim yang tidak berpengalaman termasuk hakim yang mempunyai kecacatan dalam rekod perkhidmatan dinaikkan pangkat. Walaupun perkara ini disebut dan dibuktikan di Parlimen, iaitu Dewan tertinggi untuk menyuarakan kebimbangan rakyat, Kerajaan tidak mengendahkannya dan tiada tindakan diambil bagi memperbaiki keadaan.

Sebaliknya, Perdana Menteri yang tidak faham 'separation of powers' telah 'mengarah' Ketua Hakim Negara menyiapkan laporan untuk menjelaskan keadaan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa memberi sebarang arahan kepada Ketua Hakim Negara. Tetapi itulah keadaan dalam negara kita sekarang, sehingga Perdana Menteri sendiri tidak faham tatacara Kerajaan.

7) Ketegangan kaum dan agama semakin meruncing dalam negara kita. Laporan rusuhan kaum di Masai, Johor dan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mewakili rasa ketidakpuasan rakyat yang boleh mencetuskan rusuhan perkauman.

8) Nama Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tersabit dalam skandal 'Oil-for Food' di Iraq. Nama anak beliau Kamaluddin Abdullah dan syarikat Scomi kepunyaannya tersabit dalam skandal 'nuclear parts for Libya'. Nama anak menantu beliau Khairy Jamaluddin tersabit dalam berbagai percaturan wang (ECM Libra, Equine Capital, Air Asia dan sebagainya). Namun demikian tidak ada tindakan yang diambil terhadap Perdana Menteri atau ahli keluarganya. Ke mana lagi rakyat dapat mengadu?

9) Pilihan raya dipermainkan oleh alat Kerajaan. Pilihan raya kecil mendedahkan penyalahgunaan harta Kerajaan untuk membantu parti politik yang berkuasa. Isu pengundi hantu masih berleluasa sewaktu pilihan raya. Kita perlu memperbaiki sistem pilihan raya yang masih diperalatkan dengan begitu mudah oleh parti memerintah. Rakyat tidak lagi mempunyai tempat untuk mengadu.

10) Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu jelas mendedahkan persubahatan jahat antara pemimpin Kerajaan, pentadbiran Kerajaan, Polis Di Raja Malaysia dan Pendakwaraya. Sehingga kini, saksi Polis telah membawa 'watak lucu' yang langsung tidak serius. Diari siasatan yang hilang, Laporan Polis berlainan mengenai kes yang sama dan persaksian bercanggah yang disengajakan akan memastikan bahawa yang tertuduh akan terlepas daripada dakwaan membunuh. Lebih penting lagi, pembunuh yang sebenarnya langsung tidak akan dihadapkan ke mahkamah.

Rekod keluar masuk mangsa bunuh Altantuya yang sepatutnya disimpan dalam komputer Jabatan Imigresen telah lenyap tanpa sebab yang munasabah. Memandangkan Altantuya tersabit penglibatannya dengan beberapa orang kenamaan dan pemimpin tinggi Kerajaan dalam kontrak pembelian kapal selam bernilai berbilion Ringgit, jelas bahawa tangan yang tercemar berkuasa melenyapkan rekod Jabatan Imigresen dan juga mempengaruhi perjalanan penyiasatan Polis dan Pendakwaraya.

Ampun Tuanku. Kebimbangan rakyat tidak terhad kepada sepuluh perkara ini sahaja tetapi senarai ini cukup untuk menyatakan keresahan rakyat Tuanku. Ke mana rakyat Tuanku akan merayu lagi?

Ampun Tuanku. Patik sembah mohon Tuanku mencemar Duli mendengar rayuan rakyat Tuanku. Patik sembah mohon Tuanku mencemar Duli menangani keadaan gawat dalam negara kita.

Ampun Tuanku. Patik tidak datang keseorangan memohon Tuanku mencemar Duli. Patik bersama ini menyembahkan kepada Tuanku, senarai tandatangan 10,000 rakyat Tuanku. Portal web Malaysia Today juga mengumpul tandatangan secara online di:

http://malaysia-today.net/blog2006/Announcements.php?itemid=8121

dan dalam 24 jam pertama, telah mendapat 3,000 tandatangan dan jumlahnya terus bertambah.

Patik menyembah Duli memohon ampun sekiranya surat ini kasar dan terlalu kuat tetapi memandangkan kesemua pintu telah tertutup dan segala jalan untuk menyelesaikan masalah yang ada telah terputus, maka patik merafak sembah kepada Tuanku untuk menolong rakyat Tuanku. Patik akhiri rayuan ini dengan sembah Ampun dan Daulat Tuanku.

Wabillahi Taufik Walhidayah Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Daulat Tuanku!


--------------------------------------------------------------------------------


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Subject: Bantuan Masih Diberi Kepada Si Mati -Laporan Ketua Audit


KOTA KINABALU: Sabah masih memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang sudah mati.

Bantuan kebajikan itu, yang diberikan kepada mereka yang miskin, tua dan cacat, telah dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan dan satu sampel audit ke atas 125 penerimanya dalam dua daerah menunjukkan bahawa 20 daripada mereka sudah meninggal dunia.

Juruaudit Negara Malaysia, Tan Sri Amrin Buang, dalam laporannya bagi 2006 berkata pembayaran kepada orang yang sudah mati itu berterusan hingga sekurang-kurangnya akhir tahun lalu.

Ia dianggarkan menyebabkan kerajaan Malaysia menanggung kos sekitar RM45,480 ($19,761).

Para juruaudit mendapati bahawa 13 daripada 68 penerima bantuan kebajikan yang disampel di daerah Kota Belud, dan tujuh daripada 57 penerima bantuan kebajikan di Keningau sudah mati.

Ini adalah antara 14,971 penerima bantuan kebajikan dalam negeri itu.

Sambil menekankan kesalahan itu boleh melibatkan penipuan dan penyalahgunaan dana kerajaan, juruaudit itu berkata jabatan ITU harus menjalankan satu siasatan terperinci ke atas perkara itu.. -- Sunday Star.

YANG CIPUT PUN KORANG NAK KEBAS...!? APA KE PELAHAB...?!


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Kes 6 kapal peronda TLDM RM6.75 bilion: Najib perlu jawab!

Ahmad Lutfi Othman
Mon | Sep 17, 07 | 1:52:41 pm MYT

Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) menjadi bualan umum baru-baru ini dan mendapat perhatian media. Namun ada isu lebih besar, membabitkan lebih banyak wang rakyat, dan salah lakunya lebih menjolok mata.

Ramai terpegun bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 Megapixel) melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik (3 saiz 8 inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater (jenis PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Selain itu, sebuah kren menara berharga RM2.73 juta dibeli untuk IKBN Chembong dan sebuah lagi berharga RM2.990 juta untuk IKBN Bachok, sedangkan harga pasaran masing-masing hanya RM1.45 juta dan RM1.53 juta. Sebanyak 152 pakej komputer desktop yang dilengkapi perisian Computer Assisted Design and Drafting untuk jurusan Pelukis Pelan Seni Bina pada empat IKBN Bachok, Chembong, Kinarut dan Kuala Perlis telah dibeli dengan harga R4.47 juta atau RM29,385 setiap pakej sedangkan harga pasaran hanya RM9,250 bagi satu pakej, yakni kos keseluruhan RM1.41 juta.

Sebanyak 430 set papan bancuh simen untuk jurusan Jurubina Bangunan dan jurusan Jurulepa dan Penjubinan pada empat IKBN yang sama telah dibeli dengan harga RM441,610 atau RM1,027 setiap satu. Sedangkan harga pasaran hanya RM150 sahaja (harga untuk 430 set hanya RM64,500) dan menurut tenaga pengajar IKBN, kosnya boleh dikurangkan lagi sekiranya pihak IKBN membeli papan sendiri dan pelajar diberi tugas untuk membuat papan bancuh simen sendiri.

Tiga unit kabin telah dibeli dengan harga RM425,700 atau RM141,900 setiap satu untuk dijadikan bilik kuliah jurusan Operator Kren Menara di IKBN Bachok dan IKBN Chembong. Pihak Jabatan Audit Negara mendapatkan sebut harga sebuah kabin yang sama termasuk upah pengangkutan, kos memasang 2 penghawa dingin dan sewa kren, iaitu RM20,000 sahaja (RM60,000 untuk tiga unit).

Sebanyak 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk telah dibeli untuk jurusan Pelukis Pelan di KBN Bachok, Chembong dan Kuala Perlis, dengan harga RM181,900 atau RM10,700 setiap set. Semua 10 tajuk buku tersebut boleh dibeli daripada Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM417 sahaja dan ini bermakna harga yang dibayar Kementerian Belia dan Sukan adalah RM174,811 lebih tinggi daripada harga pasaran.

Begitu juga dengan harga satu set pen teknikal yang dibeli dengan harga RM1,146.56 sedangkan harga pasaran hanya RM160. Sebanyak 15 pakej kenderaan terpakai (tidak melebihi 5 tahun, terdiri daripada 4 jenis kereta, Honda Civic, Toyota Corolla, Protoeon Wira dan Iswara) dibeli dengan harga RM4.24 juta (satu set RM280,000) untuk jurusan Ketuk Mengetuk dan Semburan Cat, sedangkan harga pasaran sekitar RM2.8 juta (satu set RM183,000).

Pembaziran wang rakyat dalam kes IKBN

Okey, saya tidak mahu membutirkan lebih banyak pendedahan laporan Audit itu hanya berlengkar di Kementerian Belia dan Sukan. Dan segala yang dibentangkan di atas pun bukanlah prioriti catatan ringkas ini. Ia mungkin boleh diibaratkan sebagai kes membabitkan ikan bilis sedangkan ada kes melibatkan ikan jerung yang tidak diberikan keutamaan oleh pihak media. Namun tidak pula saya anggap pembaziran wang rakyat dalam kes-kes IKBN ini boleh didiamkan begitu sahaja.

Menteri bertanggungjawab, ketika itu, Dato' Seri Hishamuddin Hussein harus menjelaskan bagaimana keadaan pincang itu boleh berlaku. Kita pun pelik juga dengan peranan Biro Inovasi dan Perundingan, Universiti Teknologi Malaysia yang dilantik sebagai perunding untuk membantu Kementerian Belia dan Sukan mengenal pasti keperluan peralatan IKBN, dan sehingga Disember 2006, sejumlah RM6.54 juta telah dibayar kepadanya.

Kita tinggalkan sekejap isu-isu yang membabitkan perbedaan harga yang begitu ketara itu, dengan menyedari jumlah terkumpul yang sepatutnya boleh dijimatkan tidak kurang daripada RM10.80 juta, selain dapat mengelak permohonan penambahan perolehan peralatan sehingga kosnya berjumlah RM267,90 juta. Kerajaan juga terpaksa membayar tidak kurang RM88.45 juta untuk peralatan yang masih tidak digunakan atau tidak digunakan secara optimum disebabkan tiada keperluan, tenaga pengajar tidak pakar dan pembelian yang terlalu awal.

Ooop, cukup dulu hal berkenaan.

Kita beralih kes yang lebih besar membabitkan Kementerian Pertahanan, yang kini diketuai Timbalan Perdana Menteri, Dato' Najib Razak. Semalam (15 September), di Pekan, Najib berkata kerajaan bersedia mengguna pakai apa sahaja kaedah baru yang disyorkan oleh Jabatan Audit Negara asalkan dapat menyumbang ke arah pentadbiran kewangan awam lebih cekap, telus dan mempunyai akauntabiliti. Beliau mengulas langkah Audit hendak memperkenalkan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan ke atas semua kementerian dan perbendaharaan negeri bermula tahun depan.

Najib seterusnya berkata, langkah memperkenalkan sistem ini dapat mengelakkan berulangnya salah urus dana di kementerian dan jabatan berkaitan. Kalau tidak ada sistem penilaian, perkara-perkara ini (salah urus kewangan) akan berulang dan membuatkan banyak pihak mengatakan laporan audit itu (sekadar) merupakan cerita lama yang diulang balik, katanya. Bagaimanapun, beliau menambah kerajaan tidak mahu pelaksanaan sistem itu menyebabkan berlaku perubahan yang besar dari segi pentadbiran kewangan di semua kementerian.

Saya rasa Najib seperti mahu menekankan bahawa jangan cuba memandai-mandai buat cadangan untuk mereformasikan sistem pentadbiran kewangan yang terpakai selama ini.

Laporan Audit dedah banyak perkara

Laporan Ketua Audit Negara turut mendedahkan banyak perkara yang tidak kena dalam pengurusan perolehan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel - PV) Tentera Laut Diraja Malaysia, yang tidak dibuat dengan baik dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

Saya minta rakan saya, Lifeboat, yang berpengalaman dalam hal pengauditan ini, untuk membuat analisis lebih terperinci dalam Harakah cetak keluaran depan.

Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Selepas Jemaah Menteri bermesyuarat pada 15 September 1983, diputuskan kontraktor awal ialah Naval Dockyard Sdn Bhd (NDSB), sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, yang kemudiannya selepas diswastakan menjadi konsortium PSC-NDSB, diketuai Penang Shipbuilding And Construction Sdn Bhd (PSC).

Bagaimanapun Penglima Tentera Laut ketika itu, Dato' Seri Mohd Shariff Ishak menekankan TLDM tidak bersetuju dengan cadangan penswastaan kepada PSC, antaranya kerana PSC merupakan limbungan yang kecil, prestasinya tidak baik dan hanya mempunyai pengalaman membina bot tunda dan bot polis jenis kecil.

Jawatankuasa Pemandu Pelaksananaan Program Pembinaan Kapal Peronda, yang bertanggungjawab menetapkan dasar dan garis panduan berhubung dengan kewangan, pengurusan projek dan teknikal di samping mengawal perlaksanaannya ditubuhkan. Ia dipengerusikan Dato' Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan.

Semakan Audit menunjukkan jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak 7 kali dari tahun 1994 hingga 1998 sahaja, dan tidak lagi bermesyuarat selepas itu. Manakala Jawatankuasa Pengerusan Eksekutif yang dipengerusikan Mohd Shariff dan Timbalan Ketua Setiausaha 1 Mindef hanya bermesyuarat sebanyak empat kali bagi tempih 1994 hingga 1996 dan tidak lagi bermesyuarat selepas itu.

Mengikut kontrak asal, 6 kapal peronda itu sepatutnya diserahkan secara berjadual, bermula Mac 2004 (PV1), seterusnya Januari 2005 (PV2), Oktober 2005 (PV3), April 2006 (PV4), Oktober 2006 (PV5) dan April 2007 (PV6). Malangnya hanya PV1 dan PV2 dapat diserahkan, itu pun masing-masing pada Jun 2006 (terlewat 27 bulan) dan Julai 2006 (terlewat 18 bulan).

Audit merumuskan bahawa punca ia gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana pemilihan kontraktor yang hanya mempunyai limbungan yang kecil dan pengalaman membina bot tunda dan bot polis jenis kecil sahaja, masalah kewangan serta lain-lain masalah yang dihadapi oleh kontraktor, seperti pengurusan tidak cekap dan masalah aliran tunai.

Semasa penyerahan PV1 yang dikenali sebagai KD Kedah pada 2 Jun 2006, terdapat 100 item/kerja masih belum diselesaikan. Keadaan yang sama juga berlaku semasa penyerahan PV2 (KD Pahang) pada 27 Julai 2006 di mana sebanyak 383 item/kerja masih belum diselesaikan.

Kos bina kapal peronda RM2.875 bilion

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati tiada tuntutan denda lewat dibuat Kementerian Kewangan walaupun Unit Perancang Ekonomi melalui mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan (Perolehan) Kementerian Pertahanan pada bulan September 2005 telah mencadangkan supaya denda lewat berjumlah RM107 juta dituntut bagi PV1 dan PV2. Berdasarkan perkiraan Audit, sejumlah RM214.01 juta denda lewat boleh dikenakan terhadap kontraktor atas kelewatan keenam-enam PV berkenaan.

Bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi kontraktor dan memastikan kapal dapat diserahkan secepat mungkin, Kementerian Pertahanan pada Oktober 2005 telah memohon kelulusan Kementerian Kewangan untuk membayar baki bayaran kemajuan PV1 dan PV2 berjumlah RM145 juta tanpa disokong Statement of Progress yang ditandatangani Pasukan Projek PV. Perbendaharaan, pada Januari 2007 membayar RM143.12 juta.

Dan pada 17 Januari 2007, tarikh penyerahan kapal peronda itu dirombak dengan memberi ruang lebih selesa. Bagi PV3, tarikhnya dianjak daripada Oktober 2005 kepada Disember 2008; PV4, Julai 2009; PV5, November 2009; dan PV6, Mac 2010.

Jika diambil secara purata, kos bagi membina sebuah kapal peronda ialah RM848.19 juta (iaitu kos keseluruhan RM5.08 -- yakni tidak termasuk bayaran Commercial Package Achievement Fee bernilai RM267.50 juta -- dibahagi enam). Berdasarkan Laporan Pasukan Projek PV setakat bulan Disember 2006, merujuk peratusan kemajuan fizikal pembinaan kapal, PV3 baru 55.89% dibina, PV4 (44.75%), PV5 (19.81%) dan PV6 (18.47%).

Setelah dibuat perkiraan, nilai semua 6 kapal peronda itu, mengikut peratusan siap hanya RM2.875 bilion, manakala kos yang masih diperlukan untuk menyiapkan empat lagi PV berkenaan ialah RM2.214 bilion. Persoalan besarnya, kerajaan sudah pun membayar RM4.256 bilion kepada kontraktor! Peruntukan yang berbaki hanya RM832.92 juta, sedangkan yang diperlukan ialah RM2.214 bilion, itu pun belum diambil kira kos yang semestinya meningkat.

Wang rakyat hampir RM 1 bilion dibuat main-main

Maka bagi memulihkan projek ini, kerajaan bersetuju menambah nilai kontrak sebanyak RM1.4 bilion lagi (senang-senang wang pembayar cukai dihanguskan!), iaitu daripada RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat menentukan justifikasi untuk menambah nilai kontrak sejumlah RM1.4 bilion itu.

Lebih menarik (sebenarnya lebih menyesakkan dada rakyat) apabila pihak Audit tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.

Masya Allah, wang rakyat hampir RM1 bilion itu boleh "dibuat main-main" begitu sahaja, seolah-olah bagai duit "mak-pak depa". Ini bukan pembelian seringgit dua. Rekod menunjukkan baucer yang tidak dikemukakan itu daripada serendah RM6.69 juta, pada 19 November 2001, sehingga kepada yang tertinggi RM222.06 juta (pada 27 September 2001).

Jadi, kepada Najib, apa penjelasan anda kepada isu ini, terutama bagaimana kontraktor yang langsung tiada berkelayakan dipilih menjalankan projek sebesar itu? Dari awal Kementerian Pertahanan sudah diperingatkan bahawa kontraktor yang dipilih itu hanya berpengalaman membina bot tunda dan bot polis jenis kecil! Memang sengaja mengundang padah (sebenarnya memang mahu mengagihkan kepada kroni meskipun sudah diketahui tidak mampu)! - mks.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

POLICE AND LOAN SHARK WERE CLOSE FRIEND.
14 09 2007

Woman: Cops watched as loan sharks wrecked cafe

KUCHING: Was it a case of harassment by a loan shark or mischief by a group of people?
The police are investigating a report lodged by a woman that two senior police officers were with a group of people wrecking the chairs and tables in her cafe in Jalan Padungan here last month.

The woman said a group of people had been harassing her because the father of her brothers girlfriend had borrowed money from a loan shark early this year. She claimed that the loan had been paid.

She said things got worse when a group of people and the two police officers a deputy superintendent and a superintendent came to her cafe about 6pm on Aug 26.

She said after they had finished their meal, one of the men went to settle the bill but the deputy superintendent told him not to. Nevertheless, the man paid, then took a wine glass and smashed it on the floor.
The woman claimed the others joined in, damaging chairs and tables, while the policemen watched.

Sarawak Criminal Investigating Department head Tun Hisan Tun Hamzah said yesterday he had spoken with the two policemen.

The superintendent had left before the incident. The deputy superintendent was in the cafe but seated at a different table.

Tun Hisan said he would scrutinise the investigation papers.

Initial investigations reveal that the incident had nothing to do with a loan shark harassing the woman, but was sparked by a waitress who told them not to smoke in the No Smoking section. Nevertheless, we will get to the bottom of the case.


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

BERITA MONGOLIA: PERBICARAAN KARUT DITANGGUH LAGI
14 09 2007

Not only the Government of Mongolia but also national and international human rights organizations have appealed to the Malaysian court to try the case without fear or favor.

Altantuya Trial Adjourned As It Resumes
Written by Ch.Sumiyabazar
UB Post (Mongolian Paper)
Thursday, September 13, 2007.

THE trial of those charged with the murder of the 28-year-old Mongolian Sh.Altantuya was adjourned for a week as soon as it was resumed at the Shah Alam high court in Malaysia on September 10. The presiding judge said he needed more time to study the notes of proceedings so far. The postponement once again raises questions about the way justice is being done in a case that has attracted international attention.

Two police officers from the Special Action Squad, that looks after the security of important Malaysian leaders, are accused of committing the murder in October last year. Abdul Razak Baginda, a close political associate of Malaysian Deputy Premier Najib Razak and an international arms dealer, is charged with abetting the murder. Observers have noted that the trial of the three accused has been overshadowed by a man who isnt there: Najib Razak himself, who is a former defense minister of the country.

Sh.Altantuya, a well-educated and multilingual woman who worked as interpreter for Baginda, was found murdered and mangled in a forest near the city of Shah Alam. She had been shot in the head and her body blown up with C4 military-use explosives fastened to her body. The two policemen charged with the murder had once been Najibs bodyguards. S.Shaariibuu, a professor at the National University of Mongolia, has repeatedly said his daughter was killed because she knew too much.

Early during the trial Prime Minister M.Enkhbold sent an official letter to his Malaysian counterpart expressing the hope that the court will work in a fair manner and free from influence. The Mongolian people, the world community, and international and regional media are paying particular attention to this case. The Government of Mongolia continues to take all necessary measures in accordance with international law to protect the legitimate interests and the rights of its nationals. We do hope the court procedures will be fair and free from political influence, the Ministry of Foreign Affairs of Mongolia said in a statement. The Government also sent a team to Malaysia, including representatives from the Ministry of Justice and Home Affairs and the Ministry of Foreign Affairs, to observe the trial.

Not only the Government of Mongolia but also national and international human rights organizations have appealed to the Malaysian court to try the case without fear or favor.
The National Human Rights Commission of Mongolia has asked the National Human Rights Commission of Malaysia to make a contribution to solving this horrible crime, to beginning proceedings against bounty hunters and to bringing the guilty to justice.

The trial will resume on September 17.


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

MB cuba cengkam Mufti Negeri Sembilan?

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Sep 13, 07 | 09:48:02 AM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan didakwa tidak menghormati institusi keagamaan apabila cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri itu, kata bekas Pengarah Pusat Aduan Rakyat KeADILan Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin.

Perkara ini bukan rahsia lagi apabila merujuk kepada surat yang ditujukan kepada Mufti Negeri Sembilan, Dato' Mohd Murtadza Ahmad bertarikh 19 April lalu, kata Badrul Hisham dalam satu komentarnya terhadap perkembangan di Negeri Sembilan itu.

Surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri

Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Norzam Mohd Nor tentunya tidak bertindak sejauh itu jika tidak mendapat `lampu hijau daripada Mohamad sebagai peneraju pentadbiran kerajaan negeri, katanya.

Menurutnya, surat itu dengan jelas menyatakan bahawa Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri akan dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh Pegawai Kewangan Negeri bermula 1 Mei lalu.

Dengan arahan terbaru itu, semua tanggungan atau perbelanjaan yang membabitkan Akaun Amanah Mufti perlu mendapat kelulusan daripada pegawai Kewangan Negeri, katanya.

Selain Akaun Amanah Mufti, semua akaun amanah di jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut menerima nasib yang sama, katanya.

Beliau mendakwa, tindakan itu dilihat sebagai usaha Mohamad mendapatkan `sumber kewangan bagi menampung beberapa `program Mesra Rakyat dan untuk beberapa agenda peribadi sejak menjadi Menteri Besar pada 25 Mac 2004.

Pandangan serong ke atas MB

Tindakan itu juga mengundang pandangan serong terhadap Mohamad yang didakwa cuba mencampuri urusan pentadbiran agama Islam negeri itu yang mana mufti adalah pihak berkuasa utama selepas Yang Di Pertuan Besar dalam semua perkara yang membabitkan hukum syarak, katanya.

Badrul Hisham berkata, tindakan Mohamad `mengarahkan Norzam membuat pemantauan dan kawalan ke atas Akaun Amanah Mufti yang diwujudkan pada Ogos 2004 turut didakwa telah mempertikaikan kewibawaan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Mufti Negeri Sembilan sendiri.

Berlandaskan keyakinan berada di pihak yang benar, Murtadza mengatakan perasaan kesal dan membantah `arahan itu melalui surat bertarikh 23 April lalu, katanya.

Menurut Badrul Hisham Murtadza menjelaskan, bantahan itu berlandaskan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan pada 4 Ogos 2004 dengan jelas menetapkan Mufti Negeri Sembilan sebagai` pegawai pengawal bagi urusan terimaan dan bayaran berkaitan Akaun Amanah Mufti.

Lapan alasan Mufti bantah arahan

Dalam bantahannya Murtadza turut memberikan lapan alasan mengapa arahan itu perlu dibatalkan atau ditarik semula demi menjamin maruah institusi itu sebagai tembok menjamin kesejahteraan agama Islam pada masa depan, katanya.

Murtadza juga menjelaskan, Akaun Amanah Mufti telah diuruskan dengan baik sehingga mendapat pengiktirafan sebagai penerima anugerah Ketua Audit Negara dalam kategori `penyata terimaan dan bayaran pada tahun 2005 dan 2006, kata Badrul Hisham.

Dalam surat bantahan itu, Murtadza turut mengatakan perasaan kesal apabila Norzam tidak memberikan sebarang alasan yang munasabah, tiada sebarang perbincangan dan mempersoalkan keupayaan tenaga kerja pejabat Kewangan Negeri dalam usaha memantau dan mengawal akuan-akaun amanah di Negeri Sembilan, kata Badrul Hisham.

Tindakan melulu itu juga dianggap boleh membawa musibah kepada tadbir urus kewangan kerajaan negeri, katanya.

Sindir Norzam

Ketegasan beliau sebagai mufti juga terpancar apabila `menyindir Norzam dengan berkata, "pegawai kewangan negeri itu tidak dapat menjiwai perjuangan untuk mendaulatkan Islam kerana tidak memahami sejarah perjuangan dan pahit maung ulama silam khususnya yang berjuang dalam kerajaan dalam usaha mendaulatkan agama Islam di bumi Adat Perpatih."

Menurutnya, Akaun Amanah Mufti tenyata mampu memenuhi keperluan dana untuk menjana generasi terdidik dan berakhlak, selain berkemampuan mengawal pembaziran terutamanya hal yang berkaitan dengan penganjuran `program hiburan yang melampau yang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri kebelakangan ini, katanya.

Murtadza turut menyindir Norzam dengan ungkapan ayat "Norzam mempunyai potensi yang baik serta berpeluang menikmati kenaikan pangkat, tetapi golongan yang akan terus berdepan dengan cabaran-cabaran yang menimpa umat Islam di negeri itu ialah para ulama, katanya.

Mufti dan ulama benteng masyarakat

Sebagai mufti dan golongan ulama di negeri itu, Murtadza juga berjanji akan terus menjadi benteng dan tempat masyarakat mengadu serta mendapat nasihat.

Murtadza juga dengan tegas menyatakan akan mempertahan dan memperteguhkan institusi mufti kerana institusi itu di bawah naungan Yang Di Pertuan Besar yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri itu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan, kata Badrul Hisham yang memetik kenyataan Murtadza.

"Pengambilan akaun amanah Mufti oleh pegawai kewangan negeri diangap membawa institusi mufti kembali ke zaman kemunduran. Keputusan itu perlu ditarik balik," tegas Murtadza dalam surat balasannya kepada Norzam.

Berdiri di belakang Mufti

Sehubungan itu Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Tertinggi KeADILan dengan tegas dalam perkembangan ini berdiri di belakang Mufti Negeri Sembilan dan memohon agar beliau terus tegas dan berani mempertahankan kebenaran dan hak.

Ketika zaman penjajah British dan Jepun pun jelas takut untuk menyentuh agama dan adat istiadat melayu kerana menghormati sentimen agama dan bangsa, katanya.

"Namun setelah merdeka 50 tahun satu persatu hak bangsa ini diperkotak katikkan oleh penjajah 'bangsa sendiri'.Adakah Umno lebih gila dari penjajah atau melayu itu sendiri hilang maruah,"tegasnya. - mks.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard