Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SS BLOK LAMAN WEB BARU SWISSCASH


Junior Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:
SS BLOK LAMAN WEB BARU SWISSCASH


menteri kewangan asik tetido ...menteri kewangan ke2....parpu putar alam hehehe yg lungkup kan duit BNM dul ...hampesss

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

moneyads4u wrote:

Global Biz wrote:


Biz baru :

1. 1 batang pen -takde dakwat -rm50
2. 1 batang pen -ada dakwat separuh -rm150
3. 1 batang pen -ada dakwat 3/4 -rm450
4. 1 batang pen -dakwat penuh tapi takdak tutup pen -rm750
5. 1 batang pen -dakwat penuh & complete semua -rm1,000

Jom Join !!!idea.gif






Itu kerja Pembantu Setor........ dia yang beli pen tak da dakwat... apalah awak itu pun tak boleh pikir. mana ada pegawai tinggi buat kerja itu... silap2 kerani stor tu dapat duit tu join swisscash......biggrin.gif

-- Edited by moneyads4u at 18:09, 2007-09-14




btul..Mmang krani stor kjanya trima brg masuk. Mna yg tak elok..Reject. Tp kalo mcm kamera yg elok hrga rm2rbu jd rm8rbu..Mcmana nak reject. Masa sbutharga sapa yg buat kptusn nak bli dan sapa yg tandatgn borang pbyrn hrga tender.Smua tu kja ktua jabatn..Kuli mcm pjga stor tu trima dan check brg msuk je. Yg trima dan check duit masuk kja ktua jabatan. Kalo jwtnkuasa sbuthrga dan pnentu kptusn pblian tak diputuskn oleh jwtnkuasa tntu la ktua jabatn sorg2 buat dia deal dgn pbkal tu sja. Kalo tak pun ahli jwtnkuasa masing2 dpt bhgian. Saya tau pkara ni..Mmang byk ktua jabatn krajaan buat kja curi wang rkyat mcm ni. Bkn tmpat saya ja,kat lain2 tmpat pun sama spt yg dah kita sdia mklum.


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 77
Date:

Kalau tak buat cam tu takut kena warning, takut kene pecat.. anak bini nak makan apa....
Kalau buat dapat dua kali gaji. Satu halal satu Haram. Tapi kalau haram pun kalau dah DEPA
yang Suruh Buat Jadi HALAL GAK. Takan nak tolak kot......

-- Edited by zmen at 06:42, 2007-09-15

__________________
zzzzzz


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Btul tu..Bgitu la nasib kita mjd kuli bwhan pgawai atasn kjaan. Kalo tak buat kja apa yg mrka suruh..Siapp. Kena tngking lagi. Kalo tak nak kna tndakn disiplin kna buat dan ikut arahn,jgn mjwb dan jgn mbntah.Itu lah sikap pgawai tggi kjaan,sma mcm ktuanya jugak si Dolah Cantik yg tak handsome tu..Suka main ugut2 dan ancam2 kat kuli2nya dan rkyat mlysia.




__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

Nak tambah sikit... jangan lupa juga bila pusat zakat hilang Rm2juta dulu, sapa yang cilok? Bila Gov My kata unit trust rugikan duit KWSP orang ramai sampai Rm600j, napa tak cakap unit trust yang mana? Kebanyakkan yang merugikan tu unit trust negeri2.... bukan yang convesional punya.... ada yang dari Rm1 menjunam jadi 20sen.... agak2 korang betul kerugi? atau ada masuk kat poket lain? Agaknye sebab depa buat keje beli pen yang complete penuh dakwat tu kot, sampai Rm1000 sebatang. Kalau pen sebatang dah Rm1000 berapa pulak harga sekeping kertas? Ish! ish! ish!

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Kalo org atasn yg mnyeleweng..Kuli tak leh kata apa pun. Tp kalo kuli yg trima duit kopi, cpat je kna tgkap bpr. Bgitu la nasib kuli..Mmang mjd harapn sblm ni kalo diizinkn Ilahi, saya tak nak jd kuli dan bsubahat dgn pgawai yg mnyelewengkn wang rkyat ni. Baik saya bka pniagaan sndri dgn modal pulangn SC, saya boss dan saya jga pkerja.


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

Nampaknya kera jaan dah semakin takut benar dgn kebangkitan semula SC kat M'sia ni...
Bagi la peluang kat mereka yg blm dpt balik modal lagi utk ambil smula modal mereka...
Kera jaan kan perihatin kat rakyat dia...!!!!confused.gif

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

gaban wrote:

kalau malaysia x boleh bukak web sc
kite bukak la kat singapo ke pesusah




tp nak tanya ckit la noh...
kalu boleh login kat spore pon....... id investor mesia nye boleh pakai ke? wa kureng tau la pasai benda ni semua... Sapa tau tlg bg tau sat...agar terungkai dlm pala otak wa nih...

__________________
hanc


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

jaga bahasa tu.......

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

macam mana lah kita nak dapatkan duit kita balik? kalau asyik2 kena blok jer....bank depa punya, kalau michael mainfield punyer tadi, boleh jugak lepas..

__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Member

Status: Offline
Posts: 76
Date:

matkelawar wrote:

Nampaknya kera jaan dah semakin takut benar dgn kebangkitan semula SC kat M'sia ni...
Bagi la peluang kat mereka yg blm dpt balik modal lagi utk ambil smula modal mereka...
Kera jaan kan perihatin kat rakyat dia...!!!!confused.gif






Salam Sejahtera, Saudara Matkelawar, pasai apa K'jaan M'sia tak takut akan kemunculan kembali SC. Apabila SC kembali beroperasi, sudah tentu banyak orang M'sia yang akan mengeluarkan duit mereka dari bank bank M'sia yang selama ini menipu kita dan melabur dalam SC, justeru itu dana mereka akan dekat dengan tak de apa. Dan orang perseorangan pula akan ada duit. K'jaan pula makan pisanglah.

Mereka mereka nie tak pikir yang apabila kita dapat duit kita akan simpan didalam bank juga. Tetapi dengan berbuat begini semua orang akan takut untuk simpan duit dalam bank malaysia dan akan membuat sesuatu untuk selamatkan duit yang mereka perolehi dari pelaburan mereka. Meraka makanlah pisang lagi.

Fikiran pergurusan K'raan M"sia sangat cetek.

SWISSCASH POWER

__________________
Pompinara Penang, Kalau Swisscash buka semula kita selamat, Kalau Tak Kita takkan mati, Life has to and will go on. CHEEEEERS!!!!!!!!!! Tuhan Maha Kaya.


Member

Status: Offline
Posts: 76
Date:

.. yer xyer lak .. lupa la sya .. opocot ..

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

hai...mat bluehyippo kau masih ada lagi???
idea-idea kau langsung tak bernas...
pegi tido lagi baguihlaa....mat blue!!!

__________________
malek


Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

SIARAN AKHBAR
Kuala Lumpur, 13 September 2007

SC sekat laman web baru Swisscash Mengingatkan pelabur agar sentiasa berhati-hati
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk membanteras skim pelaburan tidak sah, Suruhanjaya Sekuriti (SC), bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan CyberSecurity Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai NISER), telah menyekat akses kepada laman web Swisscash baru yang menawarkan skim pelaburan tidak sah yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund.

Laman web baru tersebut, www.swisscashguide.com, muncul baru-baru ini di Internet di tengah-tengah usaha proaktif dan berterusan SC untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah sedemikian.

Tindakan terbaru ini merupakan sekatan keempat membabitkan laman web yang berkaitan dengan Swisscash. Pada awal bulan Jun lalu, SC telah menyekat tiga laman web yang serupa iaitu www.swisscash.net, www.swisscash.biz dan www.swissmutualfund.biz.

Para pelabur diingatkan sekali lagi bahawa SC tidak memberikan lesen kepada sama ada Swiss Mutual Fund ataupun Swisscash. Malah, aktiviti Swiss Mutual Fund/Swisscash telah diisytiharkan sebagai tidak sah di beberapa negara lain seperti Jamaica dan China.

Orang ramai juga digesa supaya tidak mudah tertipu dengan pengusaha skim dan ejen mereka yang menjanjikan bahawa pulangan akan dibayar kepada pelabur melalui SMS atau surat, atau setelah laman web mereka tidak disekat lagi.

SC akan terus mengambil semua langkah untuk memerangi skim penipuan pelaburan termasuk menyekat akses kepada lebih banyak laman web, dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sepatutnya terhadap pengusaha dan ejen mereka.

Dalam pada itu, dalam satu kes sivil yang difailkan oleh SC terhadap individu di belakang Swisscash, mahkamah menetapkan 24 September 2007 untuk mendengar injunksi inter parte Mareva bersama-sama dengan satu permohonan yang difailkan oleh SC bagi mendapatkan perintah mengarahkan salah seorang defendan, Amir Hassan, untuk memindahkan semula wangnya di luar negara ke Malaysia.

SC pada 21 Jun 2007 memperoleh satu injunksi antarabangsa Mareva terhadap individu yang terbabit dalam skim penipuan pelaburan Swisscash, menghalang mereka daripada melupuskan aset mereka di dalam dan di luar Malaysia. Mareva menghendaki defendan menzahirkan maklumat yang berkaitan dengan semua aset sama ada di dalam atau di luar Malaysia, syarikat-syarikat yang telah mereka tubuhkan, dan akaun bank yang mereka uruskan.

Defendan lain dalam saman sivil ini ialah Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Dynamic Revolution Sdn Bhd, Swiss Mutual Fund (1948) S.A., SMF International Limited dan SMF (1948) International Limited.



SURUHANJAYA SEKURITI



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

jame wrote:

Hey, kwn2 betuiiiiii kan kata Hang Gov My memang tak nak semua rakyat jadi kaya raya dgn melabur kat SC n SMF sebab Hang semua di haram kan ulel Gov My sebab tak bayar cukai kat mereka. Sepatutnya Gov My bagi lah peluang kat Hang semua melabur kat SC n SMF sampai 2010 ini. Gov My memang tak punya hati perut langsung. Dia suka rakyat menderita dari Hidup senang melaburkan wang melalui SC n SMF. doh.gifdoh.gifdoh.gifdoh.gifdoh.gif






byk2 perkara, inilah kali pertama saya sokong kau punya statement.....tapi jgn kutok lebih2 kerajaan msia tu

__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Senior Member

Status: Offline
Posts: 263
Date:

Jame, jangan melebih-lebih nanti ko kena saman oleh MY.

__________________
Emma bayu Sentiasa berfikiran terbuka dan positif


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

semoga tempoh dekat ni new-sc pulih spt sedia kala smile.gif

__________________
«First  <  1 2 | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard