Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BERITA ALTERNATIF RUSUHAN TERENGGANU....


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:
BERITA ALTERNATIF RUSUHAN TERENGGANU....


Asalamu'alaikum,

Mai kita himpun berita alternatif kes rusuhan di Terengganu asyik dengaq cerita depa saja mana buleh....? Dengaq 2-2 pihakla, pastu PIKIAQLA...

ADA AKAI APA....?!


BERITA 1:

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas media yang menyiarkan laporan yang tidak tepat berhubung insiden yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September lalu.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata KeADILan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times yang menuduh parti itu menjadi dalang kepada rusuhan yang berlaku.

KeADILan ujarnya berasa sangat tersinggung dengan laporan akhbar tersebut yang secara tidak langsung memalukan dirinya yang pernah menjadi Ketua Pengarah Eksekutif sebuah syarikat yang besar.

"Saya kesal dengan sikap media yang bertujuan untuk menjatuhkan pengaruh dan reputasi saya yang sebelum ini pernah menerajui sebuah syarikat yang agak besar. Apa yang berlaku ini akan turut memberi kesan kepada pelabur-pelabur luar yang pernah berurusan dengan syarikat tersebut," ujarnya kepada pemberita semasa Sidang Media anjuran PAS dan Gabungan Pilihan raya Adil dan Bersih (Bersih).

Khalid turut mengulas tindakan polis yang melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup bagi menyuraikan orang ramai yang telah menimbulkan ketakutan serta telah menyebabkan dua orang telah mengalami kecederaan yang serius.

"Ia adalah tindakan yang tidak sesuai dan tidak perlu, kerana ia merupakan sikap yang melambangkan tidak percaya kepada sistem pengawalan dan pengurusan sekuriti polis dan kerajaan," dakwanya lagi.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap tragedi yang berlaku terutamanya kepada keluarga mangsa yang terkena tembakan tragedi tersebut.

Sambil menyifatkan ia adalah insiden yang teruk, Khalid berpendapat kejadian itu merupakan petanda yang tidak baik kepada perjalanan demokrasi sesebuah negara.

"Walau bagaimanapun, apa yang berlaku ini bukan satu alasan kerajaan yang berusaha untuk mengurangkan kempen bagi memberikan penerangan tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Bersih bagi menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Sementara itu, Khalid turut meminta pihak media massa bersikap adil dan profesional serta mengelakkan mereka daripada diperalatkan oleh mana-mana pihak termasuk parti-parti politik.

"Media diharap agar menerangkan kebenaran dan tidak bersikap membodek kerajaan kerana ia bukan melambangkan elemen sebuah negara yang maju," katanya menyelar tindakan sesetengah media.

Sementara itu, Sekretariat Bersih, Faizal Mustafa memaklumkan bahawa Bersih telah mengusulkan supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kejadian di Batu Buruk itu. - mks.



BERITA 2:

Tragedi Batu Buruk: Satu konspirasi jahat polis dan Umno-BN

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Insiden berdarah di Pantai Batu Buruk 8 September lalu adalah hasil konspirasi jahat dan provokasi pihak polis yang dipergunakan oleh Umno-BN.

Maklumat tersebut disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tengahari ini.

Jelasnya, beliau mendapat maklumat daripada Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang telah menyatakan bahawa ia adalah 'pre-plan' yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato' Wan Farid.

"Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu 'huru-hara' akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben," jelasnya.

"Jika fakta ini dipertikaikan, dia boleh soal siasat saya," ujarnya menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kenyataan tersebut.


Polis roboh pentas bila tuan rumah tiada.

Menceritakan kronologi kejadian tersebut, ujar Mustapa oleh kerana ia adalah 'pre-plan' atau usaha terancang, pihak polis telah bertindak berjumpa dengan tuan rumah yang menjadi premis ceramah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk memujuk tuan rumah agar tidak membenarkan pihak Bersih mengadakan ceramah pada malam itu.

Tuan rumah tersebut diminta untuk menandatangani sepucuk surat pada 7 September yang tidak mengizinkan Bersih meneruskan hasrat mereka.

Namun, tuan rumah yang enggan berbuat demikian menyatakan bahawa rumahnya adalah premis tetap pembangkang mengadakan ceramah sejak tahun 1990-an lagi.

Polis telah meneruskan usaha yang sama pada keesokan harinya, 8 September jam 3 petang namun usaha mereka gagal.

Dua jam kemudian, pihak polis telah datang ke rumah tersebut sewaktu ketiadaan tuan rumah lalu bertindak merobohkan pentas ceramah yang akan diadakan ceramah malam nanti.

Ujarnya, penganjur telah membuat rayuan untuk meneruskan ceramah, dan telah dipanggil untuk berunding pada jam 5 petang, tetapi mereka tetap tidak memberikan kelulusan.

Pada jam 9 malam, Yang DiPertua Kawasan Batu Buruk, Abdul Wahid Endut telah menghubungi Ketua Polis Terengganu untuk merayu agar membenarkan ceramah tersebut diteruskan namun gagal.

Kemudian pada jam 9.40 malam beliau bersama-sama pemimpin Bersih telah pergi ke rumah tersebut bagi menjelaskan kedudukan sebenar status ceramah tersebut kepada tuan rumah, tetapi mereka telah dihalang dari masuk ke kawasan rumah terbabit.


Tembak membabi buta

Setelah perbincangan dibuat, polis masih tetap berkeras untuk tidak memberikan keizinan kepada pihak penganjur di saat orang ramai telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.

Kemudian, FRU mula menembak 'water cannon' dan gas pemedih mata secara membabi buta ke arah orang awam yang berterusan hingga jam 1.30 pagi.

Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam, dan telah terkena kepada Suwandi Abdul Ghani, 37, yang menembusi paru-parunya, serta Muhammad Azamn Aziz, 21, yang terkena pada lehernya.

Sementara itu, pihak polis juga telah bertindak menangkap beberapa pimpinan PAS yang dimulai oleh Exco PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Haji Shukrimun.

Orang awam yang turun bagi menghadiri ceramah tersebut juga cuba menangkap pegawai polis yang tidak beruniform setelah menyedari kehadiran dan tindakan mereka yang mencurigakan.

Dalam keadaan yang tidak terkawal tersebut, polis telah berjaya menangkap 23 orang awam, berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat parah.

Mustapa kesal dengan perancangan yang dibuat oleh polis dan Umno-BN mencetuskan provokasi yang menyebabkan kekecohan terjadi.

Bahkan beliau percaya terdapat campurtangan Umno kerana ada pihak yang melihat ada beberapa 'orang yang tidak dikenali' muncul setelah kejadian tersebut membawa bendera Umno serta membakarnya.

"Kemudian, mereka menuduh pembangkang yang mencetuskan provokasi tersebut disebabkan adegan membakar bendera tersebut," katanya tegas.

Terdapat tiga orang wartawan yang ditangkap serta semua jurugambar juga dirampas kamera mereka.

"Sebab itu kita lihat hampir semua akhbar menyiarkan gambar yang sama, kerana sumber maklumat serta gambar itu adalah daripada polis yang bertugas, bukan daripada wartawan dan jurugambar yang bertugas," tegasnya lagi.


PAS tubuh 'legal team', hantar memorandum pada Suhakam

Ini adalah kali pertama pihak polis menggunakan peluru hidup dalam majlis ceramah bagi menyuraikan orang ramai yang hadir dan bertentangan dengan prosedur polis.

Katanya, PAS juga telah membuat laporan polis bagi pihak mangsa yang ditembak.

Beliau menyerahkan tugasan untuk menyiasat kejadian tersebut kepada pasukan 'legal team' yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

PAS juga ujarnya, akan mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Terengganu berhubung insiden tersebut.

Sidang media yang diadakan bertujuan memperbetulkan maklumat yang telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang menyatakan bahawa pembangkang telah bertindak.

Sidang yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dimulai dengan penjelasan Dato' Mustapa Ali yang diikuti oleh kenyataan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lain iaitu, Setiausaha Agung Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Arutchelvan; Jurucakap Bersih, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok dan Jurucakap Suaram, Yap Swee Seng.

Dalam sidang tersebut, beliau menyatakan kebimbangan terhadap orang ramai yang telah mempunyai persepsi buruk kepada penganjur iaitu PAS sebagai tuan rumah yang mengadakan program Bersih ini sebagai tidak melakukan proses yang sepatutnya menurut undang-undang.

"PAS telah mengemukakan permohonan untuk mengadakan program tersebut berdasarkan bukti surat yang bertarikh 30 Ogos," ujarnya sambil menunjukkan lampiran surat yang dikemukakan.

Pihak polis ujarnya menjawab permohonan tersebut, bahawa ia tidak diluluskan pada 6 September yang lalu kerana semua alasan ini tidak boleh diterima kerana ia tidak benar.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Dato' Abu Bakar Chik; Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Sekretariat Bersih, Faizal Mustafa; Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sidang media kira-kira dua jam tersebut mendapat liputan yang meluas daripada seluruh media serta pegawai-pegawai polis yang diarahkan datang bertugas untuk mendapatkan maklumat. - mks.



BERITA 3:

Didalam berita TV3 sebentar tadi, Ketua Polis Terengganu BERBOHONG kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa ceramah BERSIH tidak diberi permit kerana faktor keselamatan memandangkan tempat ceramah berada di kawasan kediaman orang. Sebenarnya tempat ceramah tersebut amat popular dan sudah diguna berkali kali oleh penceramah termasuk ceramah menyambut Saudara Dato' Anwar Ibrahim sebaik saja di bebaskan dari penjara.

Jelas lah ketua Polis Terengganu seorang PEMBOHONG BESAR yang cuba menyalahkan orang ramai dalam hal polis menembak dua pemuda sehingga kritikal parah dengan peluru hidup. Kejadian menembak pemuda yang tidak bersenjata itu berlaku di belakang Hostel Sek Men Ugama Zainal Abidin yang merupakan satu tempat yang jauh dari tempat ceramah. Polis sepatutnya tidak menyekat jalan raya umum tersebut kerana jalan itu menghala ke pantai tempat orang makan makan di waktu malam. Sekatan itu adalah satu provokasi kepada orang awam yang sentiasa lalu lalang di jalan alternatif itu.

TV3 turut berkomplot untuk memutarbelit berita dengan mengatakan rusuhan dahulu yang berlaku baru berlaku kejadian menembak 2 pemuda. Sebenarnya rusuhan berlaku apabila orang ramai mendengar berita dua pemuda tidak bersenjata di tembak.

Disamping itu malam itu adalah malam perlawanan bola dan ramai penonton berpusu baru balik menonton bola di stadium dan ada setengah mahu terus ke tempat ceramah tanpa sebarang perancangan untuk merusuh. Kalau mereka mahu merusuh sudah tentu mereka sudah merusuh di stadium semasa pertandingan bola dan kalau mereka bersenjata sudah tentu mereka tidak menonton bola.

Jelas Ketua Polis Terengganu telah BERBOHONG kepada rakyat melalui TV3 dan alasan suasana mendesak di mana polis terpaksa menembak pemuda dengan peluru hidup adalah tidak menasabah kerana pada masa itu masih ramai FRU yang berada di belakang yang berupaya membantu meleraikan pertelingkahan.

Bernama melaporkan:

"Katanya, semasa terjatuh penyerang terbabit berterusan menyerang anggota itu sehingga terkena di bahagian kepala menyebabkan anggota itu terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan satu das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Ayub berkata, tembakan itu berjaya menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan anggota polis berkenaan mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan diri dengan pergi ke arah pasukan FRU yang berada di kawasan berhampiran.

Beliau berkata, dua lelaki, masing-masing berumur 21 dan 38 tahun daripada kumpulan yang menyerang anggota FRU itu turut tercedera di bahagian bahu dan leher akibat tembakan yang dilepaskan itu dan kini dirawat di HSNZ.


BERITA 4:

Tragedi Batu Buruk: Rakancop atau RakanUmno?

Polis Di Raja Malaysia atau akronimnya PDRM sudah berusia 200 tahun dan ini memberikan pengertian bahawa Polis telah melalui berbagai tamadun dari zaman primitif hingga ke zaman milenium.

Kemajuan Polis di Malaysia pun sudah banyak boleh dibanggakan. Bagaimanapun isu terbaharu Polis dalam menangani isu adanya anggotanya memukul seorang jurulatih karate dari Indonesia , sehingga menyebabkan terganggu hubungan diplomatik Malaysia/Indonesia dan belum lagi termasuk terlibatnya Polis dalam kes pembunuhan Altantuya turut memberi gambaran yang berbeza.

Setelah kes penghapusan babi di Melaka gagal walau pun Polis telah dikerah membantu bagi kegiatan membunuh babi yang berlebihan dan isu tersebut agak mengaibkan Polis kerana jelas menunjukkan Polis tidak berbuat apa-apa kepada towkey atau pemilik kandang babi itu yang secara terang - terang telah menghalang seorang penjawat awam untuk menjalankan tugasnya.

Belum lagi selesai isu babi di Melaka, timbul pula isu baru di Terengganu di mana Polis telah dikatakan bertindak ganas kepada orang yang berhimpun untuk pergi ke satu tempat ceramah awam di adakan. Dan ceramah itu telah tidak diluluskan izin diadakan kerana pihak Polis ada alasan tertentu bagi tidak meluluskannya.

Khabarnya maka terjadilah rusuhan. Apa sekali pun yang berlaku, pertanyaan yang berbangkit ialah adakah setelah ceramah itu sudah tidak di izinkan, mereka-mereka yang terlibat telah berarak atau telah membuat onar di kawasan itu dengan membaling batu, memecahkan harta awam atau mencederakan orang yang tidak berdosa, dan ini menyebabkan Polis dipanggil bagi menyuraikan mereka yang membuat rusuhan kerana sebelum itu Polis tidak berada di kawasan tersebut.

Jika itu yang berlaku, bersamalah kita rakyat Malaysia , tanpa mengira fahaman politik mengutuk perbuatan biadab dan kurang ajar mereka yang membuat rusuhan itu.

Bagaimana pun sebagai manusia yang berakal, kita perlu mengambil keterangan kedua pihak ia itu Polis dan orang awam dalam membuat keputusan siapa yang bersalah sehingga berlaku rusuhan (jika itu istilah digunakan) di Batu Burok Terengganu.

Segala teka teki itu sudah terjawab sendiri dari Ketua Polis Negeri Terengganu di dalam pertemuannya dengan media bagi menjelaskan isu itu dari sudut pandang polis yang dipanggil kronologi.

Maka dalam Utusan Malaysia beliau mengatakan Bagaimanapun, kata Ayub, kira-kira pukul 9 malam polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan dengan 250 orang berkumpul di kawasan belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang lagi di hadapan Hotel Permai Inn.

Kata beliau, ia menyebabkan polis terpaksa mengambil langkah pencegahan mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan menuju ke Jalan Sultan Mahmud

Berdasarkan kenyataan itu bahawa Polis datang kerana terdapatnya orang awam yang berkumpul di suatu tempat yang bukan tempat akan berlangsung ceramah itu, kerana sewajarnya Polis menyebut bahawa terdapat 250 orang ke 500 orang berkumpul di hadapan tempat ceramah.

Jika ini berlaku dan Polis yang telah mempunyai tamadun 200 tahun, maka polis mengambil tindakan mengepong kawasan ceramah itu dengan tidak perlu membuat sekatan jalan raya dan membuat provokasi.

Semua orang berilmu tahu, bahawa misi Polis di samping menjaga keselamatan dalam negeri, juga berperanan mencegah jenayah. Dalam isu ini ada sedikit yang pelik. Jika dia mencegah, tugasnya ialah mencegah sebelum berlaku apa-apa yang memudaratkan ketenteraman awam.

Terdapat di mana mana, apabila pihak kerajaan melalui iklan supaya bila lampu merah kenderaan kena berhenti dan jika dikuatkuasakan ini terletak dibahu anggota trafik.

Malangnya, kita tidak akan nampak polis trafik akan berada di hadapan lampu isyarat untuk memerhatikan pengguna jalan raya (kereta motor) supaya berhenti di lampu isyarat bila berwarna merah, sebalik yang biasa kita nampak bahawa anggota trafik akan berada di hujung jalan bagi menangkap yang sudah melanggar lampu merah.

Maka dalam isu ceramah di Batu Burok, persoalan awam ialah apakah yang hendak dicegah? Sepintas lalu jawapannya adalah, tak ada apa-apa yang hendak dicegah, jika ada tunjuk perasaan, ada pergaduhan dan sebagainya, wajarlah polis mengambil tindakan.

Memanglah semua orang tahu bahawa undang-undang Malaysia ada memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika berkumpul lebih dari lima orang. Tetapi jarang sekali perlaksanaan tindakan itu kerana bagi membuktikan ke mahkamah niat mereka berkumpul adalah terlalu sukar kecuali di tempat-tempat larangan.

Ini memberikan kesimpulan bahawa jika ceramah tidak diadakan mungkin mereka akan meninggalkan tempat tersebut dan sekiranya tidak ada apa-apa keburukan yang berlaku.

Polis sewajarnya mengambil tindakan proaktif untuk memintas supaya ceramah itu dibatalkan dengan cara mencari balik pihak penganjur dan juga berjumpa dengan penceramah-penceramah. Kerana penceramah-pencerah itu bukan "budak" darjah enam, sudah pasti nasihat Polis akan didengar. Sekiranya diteruskan maka tindakan undang-undang selepas ceramah itu mestilah dikenakan kepada penganjur dan penceramah.

Oleh itu, persoalannya ialah apakah yang menyebabkan Polis dengan kekuatan 350 orang yang terdiri dari berbagai unit termasuk FRU-Polis Simpanan Persekutuan ke kawasan itu.

Apakah yang hendak dicegahnya? Bukankah mudah jika Polis membiarkan majlis itu diteruskan tetapi memberi notis bahawa tindakan akan dikenakan kepada pihak penganjur dan juga penceramah yang melanggar arahan yang datang dari undang-undang yang diperbuat bagi menjamin ketenteraman.

Cuba bayangkan...adakah akan ada lagi ceramah-ceramah jika undang-undang digunakan sepenuhnya kepada mereka yang ingkar. Jika tidak ada undang-undangnya yang jelas maka perlulah sekarang setelah beberapa perkara kanun keseksaan dipinda, telah tiba masanya undang-undang yang dipanggil Akta Polis terpaksa dipinda beberapa peruntukan di dalamnya termasuk dalam perkara-perkara permit atau kelulusan untuk mengadakan ceramah dan perhimpunan, yang mana diletakan dalam bidang kuasa polis.

Seperkara lagi, peruntukan baru dalam undang-undang Akta Polis ialah kuasa rayuan kepada keputusan Ketua Polis Daerah bagi menolak permohonan permit atau kelulusan perhimpunan yang mana kuasa tersebut tidak boleh dicabar dan dirayu.

Sesuailah bahawa setelah ditolak permohonan kuasa memutuskan hendaklah diserahkan kepada seorang Hakim atau siapa yang diwakilkan bagi mengetepikan keputusan Ketua Polis Daerah atau mengekalkan keputusan tersebut. Kemungkinan dengan cara ini menghindarkan sebarang prasangka yang tidak tepat kepada Polis.

Seperkara yang perlu di ingat bahawa isu penembakan polis kepada orang awam atas alasan mempertahankan diri boleh diterima jika alasan polis diperkukuhkan dengan bukti di luar keraguan yang munasabah tetapi bila mengatakan bahawa bahaya anggota itu dalam pasukan FRU - Pasukan Simpanan Persekutuan, maka satu pertanyaan terpaksa disoal iaitu bagaimana Pasukan FRU boleh berpisah dengan pasukannya dalam tugas menghadapi rusuhan kerana semua orang mengetahui bahawa Polis FRU akan bertugas secara pasukan, maka banyak perkara yang menjadi tanya bila seorang polis FRU dibelasah oleh orang awam dan tidak ada pula kenyataan yang menyatakan bahawa anggota telah diselamatkan oleh pasukannya.

Jika Malaysia sebuah Negara yang sudah diterima Hadharinya oleh Amerika bagi membanteras Pengganas maka isu di Batu Burok mestilah dikira satu pembuktian kepada Presiden G. W. Bush bahawa dalam mazhab Islam Hadhari, persaudaraan sesama Islam tidak akan berlaku, tidak ada perundingan dan musyawarah daripada yang berkuasa kepada yang tiada kuasa.

Tindakan keganasan hanya berlaku bila rakyat menyerang kepada pihak berkuasa dan tidak dikira pengganas jika penguat kuasa milik kerajaan digunakan bagi menghalang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sang Kelembai: Jika orang-orang Melayu yang tidak sehaluan dengan Umno di Terengganu boleh rasional sedikit, usahakan cadangan untuk memunggah semua babi-babi di Melaka dipindahkan ke Terengganu bagi tujuan jika ada halangan dan tindakan kekerasan Polis, lepaskanlah babi-babi itu kerana sudah teruji bahawa Polis akan berlemah lembut dengan babi seperti di Melaka. - sangkelembai2006.blogspot.com


BERITA 5:

Saya tidak sempat menonton Buletin Utama TV3 sebentar tadi (jam 8 malam, 9 September) tetapi sudah dapat diagak apa yang akan diperkatakan pemimpin-pemimpin kanan Umno, misalnya Najib Razak dan Hishammuddin Hussein, dan juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Johari Baharom, mengenai tragedi seorang anggota polis menembak - dengan peluru hidup - dua peserta majlis ceramah anjuran Bersih, di Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi (8 September).

Dua pemuda yang cedera parah itu, seorang daripadanya dikejarkan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan tentulah tidak dilihat sebagai mangsa "keganasan" polis yang perlu dikasihani, sebaliknya anggota keselamatan yang menembak dengan peluru hidup itu pula akan dilihat sebagai "mangsa", sepertimana yang dapat saya kesan melalui laporan Berita Bernama.

Maka, akan ditampilkan sebesar-besarnya nanti, bahawa apa jua yang jahat, yang buruk, yang merusuh, yang mengamuk, yang ekstrim, yang gila kuasa, yang tidak hormat undang-undang dan penguatkuasanya ialah PAS, pemimpin, ahli dan para penyokongnya. Segenap "senjata pemusnah" BN akan dihadapkan kepada PAS.

Usah terkejut dengan ulasan sebegitu rupa, yang cuba menghempap PAS dengan pelbagai imej buruk-jelik -- yang akan bertindih-tindan nanti dek ramainya pemimpin BN yang ghairah mengulas -- yang tujuannya hanya satu, yakni meletakkan PAS di dalam kandang orang salah. Perhatikanlah, bebanan tohmahan palsu itu akan dihalakan khusus buat PAS Terengganu, bagi mencalarkan wajahnya seburuk mungkin, untuk menggelapkan apa jua harapan untuk menguasai semula negeri itu.

Sejauh mana propaganda murahan Umno-BN-Polis-Media akan berjaya mengelabui mata rakyat, terpulang kepada kebijaksanaan PAS untuk menangani isu ini. Tidak mustahil isu "amukan" di Batu Buruk ini boleh mengasak PAS ke kubu pertahanannya sebagai pihak defensif, ataupun ia bisa bingkas bangun untuk menerjah dan menyerang balik pemerintah jika kisah sebenar dapat dipaparkan sebaik mungkin.

Situasi sulit

Dalam masa PAS perlu bersikap cermat dan berhati-hati, bimbang rakyat mudah dipengaruhi jentera propaganda BN terutama melalui media perdana, ketegasan berdepan situasi sulit ini amat diperlukan. PAS pernah berada suasana lebih sukar, seperti Peristiwa Memali dan Lubuk Merbau di Kedah, dan lebih awal lagi "rampasan kuasa" di Terengganu sendiri pada awal 60-an.

Propaganda itu sudahpun bermula. Melihat Terengganu sebagai sasaran utama PAS dalam pilihan raya akan datang, selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan, isu ini tentu akan dimanipulasi sehebat mungkin, bukan lagi dalam konteks keselamatan, bahkan ia terangkum erat dalam pakej politik pilihan raya ke-12. Justeru, kenyataan pihak polis, seperti cuba dijelaskan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaakob tidak mudah diterima umum.

Apatah lagi rekod buruk polis di Terengganu, khususnya menangani masalah permit ceramah parti pembangkang, diketahui umum. Kita boleh menyenaraikan program-program PAS di negeri ini, walaupun dalam premis tertutup - termasuk pada majlis ceramah Israk Mikraj, di Masjid at-Taqwa, Pekan Batu Enam, 26 Ogos 2005 - berdepan dengan pelbagai kesulitan yang ditimbulkan pihak polis, sehingga tembakan pemedih mata dan pancutan air gatal bukan perkara asing lagi.

Memang pelik, jika hanya faktor ketenteraman awam diambil kira, apalah susahnya untuk meluluskan permit ceramah. Bukankah hampir saban malam, di seluruh negara, program-program penerangan PAS dijalankan secara aman, tanpa sebarang kekecohan. Kalau tidak diganggu polis, majlis berjalan lancar sehingga tamat. Malah dalam PAS dibentuk Unit Amal bagi membantu kelancaran lalu-lintas dan memastikan ia tidak menganggu penduduk setempat.

Sebenarnya isu tembakan bom asap, keganasan polis, dan kesukaran mendapat permit ceramah seolah-olah menjadi kelaziman dalam kegiatan politik pembangkang di Malaysia. Walhal, sebagai parti yang sah didaftarkan, pembangkang juga berhak untuk bertemu rakyat. Sudahlah segala saluran maklumat lain ditutup, medan tradisi turun-temurun - pentas ceramah - pun mahu dihalang ketat.

Itu belum diambil kira majlis-majlis yang bakal mempamerkan bantahan rakyat terhadap dasar dan pelaksanaan pemerintah. Perhimpunan membantah kenaikan minyak tidak lama dulu misalnya sering diganggu polis dan FRU. Aktivis sosial bukan saja digari dan dihantar ke lokap polis, tetapi kerap juga kita lihat ada yang dipukul-terajang sampai berdarah kepala. Dan yang paling diingati tentulah demonstrasi sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Kampung Baru dalam era reformasi 1998-99 dahulu.

Bukan pentas mengutuk pemerintah

Namun, insiden berdarah di Batu Buruk ini membawa pengertian berbeda. Ia bukan perhimpunan mengutuk pemerintah atas isu-isu tertentu. Ia sekadar majlis ceramah anjuran Bersih, yakni gabungan parti-parti politik dan NGO, yang menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil, diketuai Presiden MTUC, Syed Shahir. Jelajah program Bersih ini itu sebenarnya diadakan pada setiap negeri. Difahamkan ia juga berhasrat untuk menggembleng kekuatan 100,000 rakyat Malaysia untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu kota, November nanti.

Menuntut perjalanan pilihan raya yang adil, telus, jujur dan bersih tidak seharusnya ditanggapi sebagai usaha provokasi yang mesti digeruni pemerintah. Kerajaan yang dibentuk atas konspirasi jahat SPR-Polis-Umno-JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh dipertikai legitimasi atau keabsahannya, dan inilah yang diperkatakan tentang mandat besar yang diterima Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2004.

Ya, sesuatu yang ironi berlaku di Batu Buruk malam tadi. Majlis penerangan buat rakyat memahami satu proses paling penting dalam pembentukan sebuah kerajaan demokratik dihalang dengan begitu keras dan kasar. Pihak polis akan mengemukakan pelbagai daleh dan alasan, khususnya tentang prosedur permit dan aspek keselamatan lainnya, dan kita akur dengan syarat-syarat munasabah yang ditetapkan. Tapi, paling ketara nantinya ialah penonjolan sikap memihak polis terhadap kepentingan politik Umno-BN, terutama di sebuah negeri yang kini dalam keadaan terumbang-ambing menghadapi suara rakyat yang telah bosan dan muak dengan janji-janji yang tidak tertunai.

Siapa perangkap siapa

Mungkin ada soalan timbul, dengan keterbatasan tenaga dan sumber, apa untungnya PAS dan juga pembangkang bertempur dengan pihak polis? Saya juga berfikir begitu, apa gunanya kita membazirkan kekuatan berdada dengan keegoan dan kesombongan pasukan keselamatan, walhal di belakang mereka, berdiri pimpinan Umno-BN yang bersiap-siaga untuk memasang perangkap? Sekali imbas mungkin ada logiknya persoalan itu dibangkitkan.

Soalnya, apa pilihan kita? Selamanya kita mahu menjunjung prinsip demokrasi, peraturan mengenai keselamatan awam dan penghormatan kita buat kakitangan awam yang bertugas dengan penuh dedikasi. Bahkan, parti-parti pembangkang selama ini, terutama PAS, membuktikan sikap terbuka dan rasa tanggungjawab yang luar biasa, bagi memastikan Malaysia tidak terdedah kepada kancah konflik yang mengancam keselamatan negara.

Malaysia aman dan stabil sebenarnya diasaskan oleh sikap toleransi pembangkang meskipun berdepan dengan seribu satu penyelewengan dan penipuan pemerintah. Belasan kali barisan oposisi tewas, dan sebahagian besarnya, disebabkan konspirasi dan penipuan sang penguasa, dulunya Perikatan, kini BN. Pernahkah kita saksikan amukan aktivis pembangkang yang tidak dapat menerima kekalahan mereka sehingga negara menjadi kucar-kacir dan porak-peranda? Tidak dan sama sekali tidak.

Malah, saya secara peribadi sebagai insan kecil dalam kelompok besar pembangkang, seringkali tidak berpuas hati dengan sikap pimpinan parti yang kelihatan begitu banyak bertasamuh dan bersabar "sekalipun leher mereka dikelar secara kejam".

Apa pun, rasanya masyarakat akan lebih mengenali lebih dekat penganjur program di Batu Buruk itu, Bersih (dengan segala tuntutan dan programnya) selepas ini. Ia mungkin dapat membantu menjayakan lagi usaha mengembleng 100,000 rakyat prihatin untuk menggesa satu reformasi menyeluruh terhadap perjalanan pilihan raya yang selama ini terbukti tempang dan mudah diperalatkan Umno-BN.

Semoga mereka yang cedera parah itu dapat pulih segera, berdoalah.


Bersambung....

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Sambungan......


BERITA 6:

Oleh Husam Musa

"Polis tembak Suwandi sambil berdiri!" - mengikut seorang saksi yang melihat dari jarak dekat peristiwa tembakan peluru hidup ke atas orang awam di Batu Buruk.

"Kami nampak percikan api keluar dari pistol polis"

Kenyataan ini sama sekali berbeza dengan apa yang diterangkan oleh Ketua Polis Terengganu, seperti di bawah;

Ayub said the policeman, who suffered a blow to his eye causing it to bleed, then fell to the ground but the mob allegedly did not relent and continued to hit him.

He had no choice, he used his left hand to fend the blows and with his right hand, he reached for his gun. Because his face was bleeding profusely, he couldnt see properly as well.

He was still on the ground, his elbow was on the ground when he fired into the air. He did not even know that someone had been hit (by the shot), he added.

Siapa benar?

Itulah sebabnya satu Suruhanjaya Siasatan diperlukan.

Kedua mangsa tembakan dijangka sembuh dan mereka boleh memberikan keterangan.

Jika benar bahawa anggota polis berkenaan dibelasah hingga terjatuh ke tanah, adakah Suwandi yang mengejar beliau?

Jika Suwandi yang mengejar anggota polis berkenaan, mengapa pula polis menghantar hamper kepada Suwandi semasa beliau di rawat di hospital Kuala Terengganu sebelum di bawa untuk pembedahan di HUSM Kubang Kerian?

Tanda simpati?

Tanda kesilapan tembakan?

Tanda persahabatan?

Kita tidak ingin bermusuh dengan polis tetapi tembakan peluru hidup ke atas orang awam dalam satu majlis yang sepatutnya berjalan aman jika tidak wujud gangguan seperti yang telah berlaku, adalah satu peristiwa serious yang tidak boleh dibiarkan berulang.

Biarkan kebenaran mengambil tempat dengan satu siasatan bebas dan mana-mana pihak tidak harus dibiarkan menjadi 'raja' untuk bertindak sesuka hati. Polis perlukan tembakan peluru hidup untuk pulihkan imejnya?

Dua PR yang berbeza, tetapi keduanya sama buruk.

Apa perlunya satu keadaan tegang dicipta melalui kehadhiran polis FRU berdepan dengan penduduk kampung di Bukit Beruang, Melaka?

Tindakan tidak matang pemimpin Kerajaan Melaka memaksa babi ternakan dimusnahkan dalam tempoh relatif singkat tanpa satu perundingan dengan persetujuan muktamad, hanya menampakkan sikap tidak cermat menangani isu itu.

Selepas bertahun-tahun membiarkan kandang babi berkenaan mencemarkan persekitaran, satu langkah pintas hendak diambil dengan menggunakan kekuatan FRU.

Akhirnya, ketegangan yang tak diingini telah berlaku dan meninggalkan imej negatif yang berpanjangan ke atas polis. Polis berundur secara menikus.

Penternak berjaya. Kerajaan Melaka nampak lemah dan tidak matang. Polis terperangkap. Persepsi negatif masyarakat Cina wujud.

Belum reda usaha pemulihan imej polis yang kurang bijaksana dalam menasihatkan kerajaan Melaka tentang potensi isu seperti itu meletup menjadi isu masyarakat Cina dikasari polis, polis melakukan reverse PR yang sangat buruk.

Jika dengan masyarakat Cina polis kecut, lain pula dengan orang Melayu. Polis tunjuk berani rata-rata itulah komen spontan yang saya dengar sepanjang hari ini.

Kuasa undi masyarakat Cina dan sensitiviti politik mereka menggerunkan polis tetapi tidak dua pemuda Melayu dari negeri yang rakyatnya adalah kedua termiskin di Malaysia.

Satu das peluru hidup dilepaskan mengenai dua Pemuda yang kini dirawat di dua hospital.

Usaha asal polis ialah mengelakkan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan tetapi kerana salah urus polis, berakhir dengan hilang keamanan.

Polis dilihat tidak bijaksana dalam perhitungan dan tindakan mereka. Jika perhimpunan itu dibiarkan, sudah hampir pasti keadaan kecoh seperti dilaporkan tidak akan berlaku.

Namun, polis memilih untuk menyekat perhimpunan itu sekalipun polis hampir pasti ia boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

Jika dalam kes di Bukit Beruang, polis boleh menghentikan gempuran mereka dan keadaan kembali damai, mengapa tidak polis mengambil tindakan yang sama di Batu Buruk?

Pilihan polis ialah untuk memantau dan mengawal ceramah itu atau untuk menyekat perhimpunan, menggempur dan menyerbu? Mana satu yang secara logiknya boleh menghasilkan suasana aman?

Buruk sangatkah kesan perhimpunan di Batu Buruk itu sehingga tidak ada toleransi boleh ditimbangkan? Berapa banyak perhimpunan serupa di seluruh Negara berjalan dengan aman. Apa istimewanya polis Terengganu untuk tidak mengambil sikap seperti rakan polisnya di seluruh Negara?

Jika hanya 500 hingga 750 orang sahaja pendengar yang hadhir, apa sangat yang perlu dirisaukan oleh polis?

Apa perlunya polis meruntuhkan pentas tempat ceramah itu dijadualkan diadakan dan tidakkah itu boleh dikira di luar bidang tugas polis?

Jika keadaan telah begitu kecoh, tidakkah lebih baik polis berundur dan membiarkan ceramah itu berlangsung?

Nampaknya babi lebih beruntung kerana terus menikmati kebebasan mereka ketika rakyat Terengganu terpaksa menerima tembakan untuk mendapat kebebasan berhimpun mereka.

Mengenai tembakan peluru hidup, tidakkah tembakan amaran ke udara perlu dibuat untuk menyekat sebarang tindakan oleh dua pemuda itu, jika benar mereka bertindak seperti yang dilaporkan? Adakah polis berkenaan telah melepaskan tindakan amaran ke udara?

Kenapa tembakan terus di halakan ke dada pemuda berkenaan?

Kita memang memerlukan polis yang lebih neutral sikap politik mereka semasa melaksanakan tugas, untuk mendapat perkhidmatan polis yang profesional dan bijaksana.

Hari ini, polislah yang perlu membetulkan imej mereka dan tidak perlu menuding jari kepada pihak lain. - mr


BERITA 7:

Oleh Dato' Mustafa Ali

Tindakan pihak polis mendapatkan perintah reman terhadap dua individu yang ditembak oleh seorang anggota polis menggunakan peluru hidup dalam insiden yang berlaku di Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini amat dikesali.

Dilaporkan kedua-dua individu tersebut yang kini masih menerima rawatan di hospital akan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Apa yang dikesali adalah kedua-dua mangsa yang ditembak oleh pihak polis tersebut telah dan akan direman, dan berkemungkinan besar akan didakwa, sementara pihak polis yang menembak mereka dibiarkan bebas tanpa ditangkap direman, jauh sekali untuk didakwa.

Alasan bahawa polis yang menembak kedua-dua individu tersebut melaksanakan hak membela diri (private defence) adalah satu alasan yang premature. Di peringkat ini forum yang paling layak menentukan sama ada pembelaan itu terpakai di dalam kes ini adalah mahkamah.

Ini bermakna polis berkenaan perlu terlebih dahulu didakwa di mahkamah. Sebagai satu analogi kes Peguam Balwant Singh yang ditangkap dan didakwa kerana menembak seorang penunggang motosikal. Balwant telah didakwa oleh mahkamah yang memutuskan berhubung isu pembelaan 'self defence' tersebut.

Tanpa pendakwaan ke atas polis terbabit, ia menunjukkan bahawa polis bukan sahaja bertindak sebagai penembak tetapi juga pendakwa, hakim dan juri sekaligus di dalam isu ini.

Selanjutnya ketiadaan pendakwaan ke atas pihak polis yang menembak kedua-dua individu tersebut akan mengundang pelbagai spekulasi antaranya sesuatu cuba disembunyikan oleh pihak polis dari pengetahuan umum. Ia juga akan mewujudkan satu bad precedent dan juga bertentangan dengan prinsip akauntabiliti. Ia juga membenarkan persepsi orang ramai bahawa polis di Malaysia berbudaya trigger happy sekaligus memburukkan lagi imej dan kredibiliti polis yang sedia buruk.

Oleh yang demikian, demi kepentingan keadilan, polis yang terbabit hendaklah ditangkap direman dan seterusnya didakwa di mahkamah, dan pendakwaan yang paling munasabah ke atas polis terbabit adalah tuduhan cuba membunuh (attempted murder).



BERITA 8:

Tragedi di Batu Burok: Kenyataan pihak polis semakin diragui
Posted on Wednesday, September 12 @ 13:19:09 MYT by SongkokPutih

Oleh DATO' KAMARUDIN BIN JAAFAR

PAS mengikuti dengan penuh prihatin dan bimbang perkembangan tragedi di Batu Burok, Kuala Terengganu ekoran tindakan pihak polis menggagalkan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau BERSIH yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu 8 September 2007 lalu.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana seorang anggota polis pada malam tersebut telah melepaskan tembakan ke arah orang awam sehingga mencederakan dua orang dengan kecederaan yang parah.

Media arus perdana telah memberikan liputan meluas versi pihak polis berhubung kejadian malam tersebut. Namun demikian PAS dapati liputan-liputan itu sendiri jelas menunjukkan terdapat percanggahan diantara satu kenyataan ke satu kenyataan yang dikeluarkan dari hari kehari khususnya oleh pihak polis sendiri.

Berapakah das tembakan sebenarnya yang telah dilepaskan pada malam tersebut dari senjatapi anggota yang polis yang dikatakan telah menghasut mereka yang berhimpun pada malam tersebut?

Dari akhbar-akhbar media perdana kita dapati setiap kali Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob membuat kenyataan, setiap kali itulah bilangan das tembakan yang dilepaskan pada malam kejadian berubah. Pada hari pertama selepas kejadian Ketua Polis Negeri berkenaan memaklumkan sebanyak 1 das tembakan telah dilepaskan. Kemudiannya angka berkenaan bertambah menjadi 2, dan pada hari ini kebanyakkan akhbar media perdana melaporkan yang Ketua Polis yang sama memaklumkan pula bahawa sebenarnya 4 das tembakan telah dilepaskan.

Perbezaan ketara angka-angka ini lebih meyakinkan kami bahawa terdapat usaha memendamkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Batu Burok pada malam berkenaan dari pengetahuan rakyat. Dan ini sudah tentu akan mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti pasukan polis.

Oleh yang demikian PAS sekali lagi mengulangi desakkannya supaya sebuah Suruhanjaya Di Raja segera dibentuk bagi menyiasat tragedi ini dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam mencetuskannya.



BERITA 9:

KUALA LUMPUR, 12 Sep (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub menuntut supaya dijelaskan mengapa usul untuk membincang dan memperbahaskan secara terbuka tragedi berdarah di Batu Burok ditolak jika benar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa ia merupakan taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang.

Sambil menyifatkan tuduhan liar Perdana Menteri sebagai fitnah jahat dan pembohongan besar, beliau berkata, keengganan menerima usul itu membuktikan dengan jelas siapa yang sebenarnya merancang rusuhan itu.

Saya membentang usul itu dengan tujuan supaya keadilan dan maklumat sebenarnya dapat ditegakkan.

Jika benar tragedi berdarah akibat keganasan polis itu merupakan taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang seperti dakwaan fitnah jahat dan pembohongan besar Perdana Menteri, mengapa tidak diterima usul itu supaya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional boleh mengambil peluang untuk membuktikan bahawa tragedi berdarah itu merupakan perancangan pembangkang? beliau mempersoalkan.

Salahuddin mengingatkan Perdana Menteri bahawa kini telah bertebaran mesej SMS ke seluruh negara bahawa keganasan polis di Batu Burok itu adalah perancangan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mensabotaj PAS dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Perdana Menteri selalu tidur dan beliau mungkin tidak sedar. Tetapi apa yang berlaku di Batu Burok itu dikaitkan oleh mesej SMS tersebut dengan Setiausaha Politiknya sendiri.

Saya tidak tahu sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak. Tetapi, jika dakwaan itu benar, ia bermakna perancangan tragedi berdarah akibat keganasan polis itu dirancang oleh orang-orang Perdana Menteri sendiri memandangkan Wan Farid memang terkenal sebagai sebagai pengikut setia yang sangat patuh dan taat kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Jika dakwaan itu benar, tidak ada siapa yang percaya bahawa Wan Farid berani melakukan tindakan itu tanpa restu Khairy, katanya.

Salahuddin juga menyifatkan penolakan usul yang dikemukakannya itu akan menyebabkan rakyat menganggap kerajaan mempunyai sesuatu untuk diselindungkan.

Usul tergempar yang dikemukakan oleh Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian untuk membincangkan keganasan polis itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Talib semalam.

Ramli menyifatkan perkara itu bukan perkara segera yang perlu dibahaskan dan dibincangkan di dewan tersebut.

Malaysiakini versi Inggeris semalam memetik Ramli sebagai berkata: It is just a riot and the police are investigating

Dalam usul tersebut, Salahuddin berkata, kejadian itu, yang mengakibatkan ramai cedera dan dua orang ditembak polis, mesti dibahaskan kerana ia berkepentingan awam.

Katanya, Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapakan peluru hidup digunakan digunakan keatas orang awam yang tidak bersenjata.

Integriti pihak polis sangat-sangat dipersoalkan dalam peristiwa ini di mana seolah-olah budaya trigger happy diaplikasikan ke atas orang awam tanpa memperhitungkan nyawa dan keselamatan awam.

Persoalannya, adakah penggunaan peluru hidup telah menjadi satu pendekataan baru pasukan Polis DiRaja Malaysia?, kata beliau.

Tragedi hitam dan sedih ini tidak mungkin akan berlaku sekira pihak keselamatan memberikan permit kepada mana-mana pihak yang berhasrat ini menganjurkan perhimpunan aman sepertimana yang diperuntukan oleh perlembagaan negara dan semangat demokrasi, katanya lagi.

Pasukan polis menjadi sasaran hebat kritikan ekoran tindakan menembak orang awam dengan peluru hidup dalam kejadian itu.

Dalam tragedi berdarah itu, seorang anggota polis yang tidak beruniform dengan sengaja telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan dengan menggunakan peluru hidup sehingga mengakibatkan dua orang awam mengalami kecederaan yang amat seruis.

Mangsa pertama Suwandi bin Abd Ghani, 37 tahun telah menggalami kecederaan parah dan telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru untuk menjalani pembedahan.

Beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal.

Mangsa kedua, Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.

Bagi mengelakkan dirinya dari memikul tanggungjawab berikutan keganasan polis itu, Abdullah berkata insiden tersebut mungkin berpunca daripada pembangkang

Sudah empat hari berlalu di mana polis telah melakukan satu pencerobohan terhadap hak asasi manusia dengan menguna peluru hidup untuk menyurai rakyat dan Perdana Menteri Abdullah Badawi masih berdiam diri.

Sepatutnya beliau sebagai ketua kepada masyarakat Melayu Muslim hendaklah dengan rendah hati meminta maaf atas ketidak professionalnya polis yang berada di bawah kementeriannya. Jika lah tembakan itu membawa kematian maka hubungan orang Melayu Muslim dengan kerajaan mungkin akan berubah secara drastik. Ini akan merugikan masyarakat Melayu Muslim. Malah hari ini 11 sept 2008 beliau mengatakan parti pembangkang yang sengaja mencetuskan rusuhan kerana gagal memberi kemajuan kepada rakyat Terengganu.


BERITA 10:

KUCHING, 11 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kejadian rusuhan di Terengganu tiga malam lepas merupakan satu taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang yang gagal membangunkan negeri itu.'

Jelas Abdullah Badawi tidak mempunyai sedikit pun perasaan kasih dan kesian belas terhadap saudara se Islam. Beliau sebenarnya tidak kisah tentang nyawa orang atau rintihan rakyat. Beliau lebih pentingkan keinginan untuk terus memerintah walau pun semakin jelas Abdullah Badawi ini tidak mempunyai bakat langsung untuk menjadi pemimpin yang berkesan.

Negara yang di tadbir oleh Abdullah Badawi sekarang kelam kabut dan kedegilan beliau untuk menerima kesilapan telah menyebabkan beliau sudah bankrup dari segi kepimpinan.

Abdullah Badawi banyak menggunakan teknik muka tebal untuk terus berdiri dan berulang ulang mengucapkan perkara umum yang tidak langsung menyelesai masaalah rakyat. Saya tak dapat bayangkan apa akan jadi pada masyarakat Melayu Muslim apabila pemimpin sebegini terus memerintah.

UMNO pula sudah menjadi parti yang tidak berprinsip, bermaruah dan tidak ada adab.

Cuba bayangkan dalam keadaan orang berdoa supaya pemuda yang di tembak oleh polis selamat supaya keadaan tidak meruncing sehingga berlaku konflik yang memecahkan perpaduan masyarakat Melayu Muslim, UMNO dengan angkuh dan hati batu memperlekehkan isu tembakan peluru hidup dengan menimbulkan isu bakar bendera jalur gemilang yang tidak dipastikan siapa yang sebenarnya melakukannya.

Mengapa UMNO Terengganu tidak membuat laporan polis apabila pemuda Cina menghina bendera dan Islam di YouTube.

Mengapa pemuda Melayu Muslim yang di tembak tidak di kesihani tetapi babi di Melaka di lindungi dan di pindah dalam keadaan segar dan berulat tahi.

Inilah UMNO, satu parti yang mengkhianati masyarakat Melayu Muslim tetapi mendabik dada membela ummah.


BERITA 11:

KUALA LUMPUR: Kejadian rusuhan di Batu Burok yang mencederakan dua anggota PAS akan dilaporkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman esok, kata timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa hari ini.

Program itu yang dianjurkan Pemuda PAS bertujuan melaporkan beberapa fakta yang dikumpul parti itu berhubung dakwaan salah laku dan keganasan polis dalam kejadian tersebut, tambahnya.

"Kita bimbang dengan budaya trigger-happy anggota polis, termasuk penggunaan peluru hidup dan cara polis menangani kejadian itu," katanya dalam sidang media di sini selepas melancarkan program 'PAS untuk Semua' petang tadi.

Di majlis itu, PAS juga melancarkan laman web Ren Min Shi Shi, buletin parti itu yang ditulis dalam bahasa Cina.

Ditanya kejadian membakar bendera Jalur Gemilang, Nasharudin berkata PAS mencurigai foto itu dengan alasan ia mungkin dilakukan oleh pihak yang sengaja ingin memburukkan partinya.

Foto seorang lelaki bertopi keledar yang sedang membakar bendera Malaysia seperti dipaparkan di media menjadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat hari ini.

Beberapa anggota dewan menggesa individu bertanggungjawab dikenakan tindakan tegas, termasuk melucutkan kerakyatannya.

Nasharudin mengesahkan dua yang tercedera dalam kejadian tersebut adalah anggota PAS, seorang daripadanya ahli jawatankuasa PAS kawasan Marang. Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama mereka.

Katanya, beliau baru sahaja menelefon Suwandi Abdul Ghani, 37, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia akibat cedera tertembak di bahagian paru-paru dan mangsa kini stabil.

Ditanya sama ada beliau berbincang dengan mangsa tentang kejadian sebenar sehingga tercetus insiden tembakan, Nasharudin berkata beliau hanya bertanya khabar tentang kesihatan Suwandi dan tidak membincangkan perkara itu dengannya.

Polis menyatakan kejadian tembakan itu berlaku selepas diserbu sekumpulan orang, yang dipercayai penyokong pembangkang, di kawasan letak kereta sebuah hotel berdekatan kawasan kejadian.

Nasharudin menambah, penyerahan memorandum PAS esok akan disusuli dengan laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Khamis dan perhimpunan besar di Rusila, Marang pada Jumaat.

Suhakam dilaporkan prihatin dengan kejadian pada malam Sabtu hingga awal Ahad lepas yang membabitkan lebih 500 penyokong pembangkang sehingga menyebabkan empat tercedera dan 23 ditangkap.

Nasharudin berkata, penjelasan pemimpin-pemimpin PAS di Masjid Rusila nanti akan dirakam dan diedarkan kepada orang ramai.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Terengganu SAC Datuk Ayub Yaakob yang didakwanya banyak percanggahan.

"Pada mulanya dilaporkan satu das tembakan, kemudian dua das. Hari ini, empat das pula," katanya.

Beliau juga menjelaskan, PAS tidak terlibat sepenuhnya dalam ceramah pada malam kejadian kerana program itu anjuran Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), sebuah pakatan bersama parti-parti pembangkang lain dan badan bukan kerajaan.


DAH....! Pikiaqla sendiri.....!

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Nak tambah sikit....


http://video.google.com/videoplay?docid=1319751049864401039
http://video.google.com/videoplay?docid=1319751049864401039
http://www.youtube.com/watch?v=59d6XBbtkQo

Renung2kanlah....

__________________
Always Green


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Tambah lagi......

Adakah Kelantan akan selamat dari peristiwa peluru hidup di Batu Burok?

Abdul Halim Mohd Rashid
Thu | Sep 13, 07 | 05:55:57 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Apa pula perancangan jahat di Kelantan setelah usaha untuk memburukkan nama PAS di Terengganu telah dilakukan?

Walaupun taktik sabotaj yang dilakukan dalam peristiwa peluru hidup di Batu Burok itu semakin mengotor dan membusukkan pihak yang melakukannya, tetapi tidak ada siapa yang boleh menjamin mereka tidak akan mengulangi perbuatan keji dan terkutuk mereka itu.

Kini semakin bertebaran khabar-khabar angin bahawa keselamatan negara mungkin akan terus tergugat dengan ulang tayang kerja jahat dan terkutuk seperti yang berlaku di Terengganu itu.

Kerja jahat dan sabotaj seperti yang dilakukan di Terengganu itu kini semakin dilihat oleh rakyat sebagai ancaman terbaru terhadap keselamatan dan ketenteraman hidup mereka. Betulkah pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan kini menjadi ancaman keselamatan?

Patutkah rakyat dipersalahkan jika sudah tersebar tuduhan bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai "kerajaan yang gian nak bunuh rakyat"?

Dan kini, adakah boleh dijamin kerja jahat dan sabotaj seperti itu tidak akan berlaku di Kelantan? Persoalan itu berbangkit memandangkan Tan Sri Hussein Ahmad menyatakan kepada Bernama bahawa rakyat Kelantan jelak dengan Umno akibat perbalahan dalaman parti itu.

Memang tidak ada jaminan bahawa Kelantan akan selamat dari sabotaj keji dan jahat seperti yang dilakukan di Terengganu itu memandangkan bekas Ketua Penerangan Umno sendiri itu menegaskan bahawa rakyat Kelantan sememangnya mahukan "Mr Clean" mentadbir negeri kesayangan mereka.

Hussein tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan kembali menguasai Kelantan. Beliau yakin banyak perkara lagi perlu diperbetulkan sebelum BN dapat kembali memenangi hati rakyat.

"Umno telah berusaha tetapi tidak cukup lagi untuk berkuasa di Kelantan dan apa yang saya katakan ini memang pedih tetapi inilah realiti yang harus diterima Umno," kata veteran Umno itu.

Husin tidak bercakap tanpa asas. Malah, tinjauan di kalangan rakyat juga menunjukan bertambah kuatnya keyakinan bahawa rakyat negeri itu tetap setia menyokong kepimpinan ulama Kelantan.

"Baik sokong PAS kerana kami rakyat Kelantan dapat apa yang kami tidak dapat semasa BN memerintah Kelantan dulu," kata seorang peniaga emas, Asri Yaakub, 42, kepada Bernama.

Mengambilkira mood yang ada pada rakyat Kelantan itu, jika berlaku sabotaj dan perbuatan jahat dan terkutuk seperti itu di bumi Kelantan, bagaimana pula jentera propaganda mereka akan berkerja?

Percubaan mereka untuk mengambil manfaat dari perbuatan mereka sendiri di Terengganu jelas semakin gagal berikutan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dan Umno kelihatan semakin tak tentu arah.

Pelbagai kenyataan yang tidak kelihatan cerdik dikeluarkan terutama kenyataan Perdana Menteri sendiri. Malah kenyataan mereka juga bercanggah dan berlawan sesama sendiri.

Para pemimpin Umno kini kelihatan semakin menggelejat untuk membaling kekotoran ke arah PAS, tetapi percubaan demi percubaan akhirnya mengotor dan membusukkan diri mereka sendiri.

Orang yang mula-mula mendedahkan kejahatan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali apabila secara berterus-terang beliau menyatakan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersekongkol dengan pihak polis untuk menggagalkan ceramah anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

"Wan Farid telah mengarahkan pegawai polis mengambil tindakan tersebut setelah usaha polis memujuk tuan rumah supaya membatalkan program ceramah gagal.

"Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini. Polis boleh membuat siasatan menyeluruh untuk mendapatkan kebenaran," katanya

Bertambah menarik lagi apabila Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan, jika benar Wan Ahmad Farid terlibat, ia bermakna perancangan tragedi berdarah akibat keganasan polis itu dirancang oleh orang-orang Perdana Menteri sendiri memandangkan Wan Farid memang terkenal sebagai sebagai pengikut setia yang sangat patuh dan taat kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

"Jika benar Wan Ahmad Farid terlibat, tidak ada siapa yang percaya bahawa Wan Farid berani melakukan tindakan itu tanpa restu Khairy," katanya.

Apa yang dinyatakan Mustafa itu terbukti kebenarannya apabila polis dilaporkan telah menunjuk bagak di kawasan berkenaan sejak dari pukul 3.00 petang lagi.

Kerja apa lagi menjemur diri sejak jam 3.00 petang kalau bukan kerja bodoh? Orang yang tak bodoh tahu bahawa pihak kerajaan sendiri tidak dapat membuktikan walau satu ceramah pun yang dianjurkan oleh PAS yang menimbulkan kekecohan jika tidak diganggu polis.

Dalam sesi Parlimen 1999-2004 lalu, Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu pernah meminta Menteri Dalam Negeri membuktikan hanya satu sahaja ceramah PAS yang mencetuskan rusuhan jika tidak diganggu oleh polis. Jelas, kerajaan gagal membuktikannya.

Ceramah haram? Ceramah haram apa kerana perhimpunan dibuat dalam kawasan persendirian? Kes demi kes dalam mahkamah akhirnya menempelak tindakan polis menceroboh kawasan persendirian kononnya kerana hendak menghalang "ceramah haram".

Kekalahan pihak polis dalam perbicaraan kes-kes sedemikian membuktikan bahawa polis membelakangkan undang-undang negara dalam memuaskan nafsu menghalang apa yang mereka lihat sebagai "ceramah haram".

Mengambil kira kekalahan pihak polis dalam perbicaraan kes-kes sedemikian, apakah istilah yang boleh diberikan terhadap tindakan mereka yang mengenakan sekatan jalan kira-kira jam 4.00 petang?

Kalau bukan perancangan apa lagi istilah yang hendak diberikan apabila dilaporkan bahawa seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang yang enggan dikenali memberitahu bahawa sehari sebelum kejadian itu pihak polis yang dikenalinya telah membeli banyak lastik yang tidak diketahui tujuannya.

Kalau bukan perancangan, hendak bubuh nama apa lagi apabila seorang blogger yang sebelum ini ditahan polis, Nathaniel Tan, melaporkan bahawa rakannya memberitahu, "Beberapa hari lepas saya menerima panggilan dari seorang rakan. Beliau bertanyakan sama ada saya hadir di Ceramah Bersih [di Kuala Terengganu]. Saya menjawab tak hadir.

"Rakan saya tersebut memaklumkan persediaan polis Terengganu cukup tinggi, dan mereka bersedia dengan pasukan FRU. 'Sesuatu akan berlaku,' kata rakan saya tersebut, yang meskipun berbeza mazhab politik, tetapi prihatin".

Kalau bukan satu perancangan, apa lagi nama yang hendak diberikan apabila kira-kira jam 5.00 petang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) meroboh pentas utama ceramah yang bakal diadakan pada malam tersebut.

Betulkah siuman apabila pihak polis mengarahkan orang ramai yang membanjiri persekitaran Medan Selera Taman Batu Burok supaya bersurai?

Betulkah siuman apabila beberapa anggota polis berpakaian biasa menghambat orang ramai yang bertempiaran lari kerana dikejar?

Betulkah siuman tindakan polis hinggakan rakyat mencemuh mereka dengan kata-kata "polis kejar orang macam perhambat anjing". Mengapa polis melayani rakyat yang tidak bersalah seperti binatang? Sedangkan, mereka mungkin datang ke Medan Selera Taman Batu Burok itu semata-mata kerana lapar dan hendak makan.

Hebat! Polis yang dibayar gaji dengan wang rakyat untuk menjaga keselamatan mereka rupa-rupanya merasa lebih lazat mengejar orang yang lapar dan hendak makan macam perhambat anjing!





__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Dan lagi......


Tragedi di Batu Burok semakin kusut

Tragedi malang di Batu Burok, Kuala Terengganu, Sabtu lepas masih terus menjadi isu dan bualan hangat. Tindakan polis enggan mengeluarkan permit perhimpunan, meleraikan mereka yang berhimpun dengan pancutan air dari water canon dan tembakkan gas pemedih mata, tidaklah sebesar anggotanya melepaskan tembakan peluru hidup ke arah orang awam.

Kalau setakat dinafikan permit, dibasahi air dan sesak nafas serta perdih-pedih mata akibat gas tadi, ianya lumrah bagi penyokong pembangkang khasnya dari PAS, kerana begitulah layanan terhadap mereka dalam negara Malaysiaku Gemilang inis ejak 50 tahun kebelakangan.

Tetapi tindakan melepaskan tembakkan peluru hidup ke arah orang ramai ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan negara.

Apa pun sejak dari Sabtu lepas pihak polis kelihatan semakin kusut dalam berhadapan dengan isu ini. Setiausaha Agung PAS Dato Kamarudin Jaafar baru-baru ini mempertikaikan bilangan tembakan yang telah dilepaskan oleh anggota polis berkenaan. Adakah satu, dua atau empat, kerana bilangan yang berbeza-beza ini dinyatakan sendiri oleh pihak polis dalam kenyataan yang berbeza-beza.

Kemudian kita lihat kedudkan anggota berkenaan ketika melepaskan tembakkan berkenaan. Semalam kata Ketua Polis Negeri Terengganu anggotanya sedang LYING ON THE GROUND (dalam keadaan terduduk), hari ini menurut NST anggota berkenaan melepaskan tembakan WHILE PINNED TO THE GROUND (dalam keadaan terduduk dan ditekan pula oleh orang tertentu). Adakah beliau terjatuh lalu dalam keadaan terduduk melepaskan tembakan, atau PINNED TO THE GROUND dan melepaskan tembakan? Biasanya orang yang PINNED TO THE GROUND tidak berpeluang mengatasi kudrat penyerangnya apalagi mengambil keluar pistol, mengacu dan melepaskan tembakan pula!

Selain itu identiti anggota berkenaan juga kelihatan berbeza-beza, satu hari dikatakan anggota FRU (bila pula anggota FRU bertugas tanpa uniform) kemudian dikatakan anggota PGA (yang juga tidak bertugas tanpa unifrom). Dalam akhbar The Star 10 September lalu, Ketua Polis Negeri Terengganu mendedahkan identiti anggota berkenaan sebagai Konstabel Azmi, 29 tahun. Manakala dalam akhbar NST hari ini dilaporkan:

The 24 year old Corporal

Adakah si Azmi tadi telah dinaikkan pangkat dari konstabel ke korporal dalam masa dua tiga hari lalu?

Dan kini yang terbaru menurut NST si Azmi (Konstabel atau Korporal dari FRU atau PFA atau SB) juga sedang disiasat atas tuduhan cubaan membunuh (attempted murder) kerana melepaskan (satu atau dua atau empat) tembakkan ke arah apa yang dikatakan penyerangnya dalam keadaan mempertahankan diri.

Kekusustan dan kekalutan ini sebenarnya makin menghakis keyakinan dan kepercayaan orang-ramai terhadap integriti dan kredibiliti pihak polis. Kini jika benar laporan terbaru NST itu bermakna pihak polis sedang menyiasat anggotanya sendiri, bukankah lebih baik lanjutan perkembangan ini, semua pihak akur dan menerima cadangan agar penyiasatan dilakuakan sahaja oleh satu badan bebas yang diketuai sebuah Suruhanjaya Di Raja sebagaimana dituntut oleh BERSIH, parti-parti pembangkang dan beberapa NGO.

Kita bukan Afrika Selatan dizaman apartheid, bukan juga Myanmar atau negara mundur yang lain, kita adalah sebuah negara yang bebas dan demokratik dan mempunyai perlembagaan dan undang-undangnya sendiri. Jangan sampai dunia memperkecilkan kewibawaan kita. Tragedi di Batu Burok adalah satu insiden hitam yang seharusnya dijernihkan dengan penyiasatan terbuka yang seharusnya memuaskan hati semua pihak demi kebenaran dan keadilan.

Mampukah kita berbuat demikian?



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Lagi tambah....

Saya saksikan polis pegang pistol kejar orang awam' - Mohamad Sabu

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Thu | Sep 13, 07 | 01:46:37 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - "Sampai saya di tempat ceramah kira-kira jam 10.00, saya disekat 300 meter dari tempat ceramah. Seorang polis dalam gelap cerah dia datang dan kata mana dia orang yang bajunya koyak. Polis itu dengan pistol di tangan,"kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Naib Presiden PAS itu berkata demikian ketika menceritakan detik-detik cemas semasa kejadian 'tragedi berdarah' di Batu Buruk Kuala Terengganu pada 8 September lalu ketika ditemui di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Beliau ditemui semasa menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyerahkan memorandum tuntutan dan aduan Bersih berhubung insiden di Batu Buruk.

Turut hadir ialah, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS Pusat yang juga bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad; AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok Suih Sim; Pegawai Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; wakil Suaram, Yap Swee Seng dan beberapa pimpinan NGO lain.

Suhakam pula diwakili oleh Pesuruhjayanya, Dato' N. Sivasubramaniam dan Penasihat Undang-undang Suhakam, Norita Azmi.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu Mohamad Sabu berkata, ketika mengejar pemuda tersebut, polis berpakaian preman itu tidak sedar akan kehadiran beliau dan beberapa penceramah lain yang turut disekat di kawasan itu.

Menurut Mohamad Sabu, selepas itu polis itu pergi ke dalam kumpulan polis dan kemudiannya Mohamad mendekati kumpulan polis itu untuk mencari anggota polis yang memegang pistol tersebut.

"Saya tengking dia, saya kata ooo.. bawa pistol ke nak bunuh orang. Baru mereka sedar itu suara saya dan kenal saya Encik Mohamad Sabu. Polis tadi itu hilang dalam 'crowd' polis itu,"katanya.

Menurutnya, tindakan anggota polis itu mengejar orang awam dengan menggunakan pistol di tangan bermula pada jam 10.00 malam lagi sebelum berlakunya kekecohan.

"Ertinya dia (anggota polis) bukan nak mempertahankan diri kerana nyawa terancam atau apa sahaja. Sama ada orang itu (anggota polis) yang menembak pada insiden berikutnya saya tak tahulah," katanya.

Semasa ditanya mengenai bagaimana beliau merasakan bahawa anggota polis tersebut ada niat untuk berbuat sesuatu terhadap pemuda itu Mohamad Sabu berkata, tindakan memegang pistol di tangan semasa mengejar orang awam itu adalah satu yang dicurigai.

"Drama kejar mengejar itu bermula sejak jam 10.00 lagi, dan bukannya dia bertindak untuk mempertahankan diri," katanya.

Sehubungan dengan dakwaan itu Mohamad Sabu sendiri bersedia menjadi saksi jika Suhakam mengadakan siasatan awam (Public Inquiries) seperti yang dituntut oleh Bersih dalam memorandumnya hari ini.

Sementara itu, semasa dialog dengan Suhakam, Mohamad Sabu mahu Suhakam berfungsi bukan sekadar menerima laporan tetapi memastikan tindakan dibuat ke atas pihak yang melakukan provokasi sehingga tercetusnya insiden pada malam itu.

Dalam pada itu, Bersih dalam memorandumnya kepada Suhakam sebelum itu menyatakan secara terperinci insiden yang berlaku semasa ceramah anjuran Bersih di Batu Buruk pada 8 September lalu.

Menurut jurucakap Bersih, Sivarasa Rasiah kejadian itu benar-benar menunjukkan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis yang sebenarnya tidak disiarkan media-media arus perdana.

Sebaliknya media arus perdana hanya mengeluarkan kenyataan pemimpin kerajaan, Umno dan polis yang kebanyakkannya tidak benar berhubung kejadian sebenar.

Pihak penganjur katanya telah membuat permohonan permit bagi menganjurkan ceramah itu kepada polis pada 30 Ogos lalu, namun polis pada 6 September lalu telah menolak permohonan itu atas alasan yang tidak munasabah.

Antara alasan polis ialah, kawasan ceramah adalah ditempat perumahan awam, berhampiran dengan istana dan dibimbangi akan membuatkan fasiliti awam musnah, kata Sivarasa.

"Alasan ini tidak rasional langsung memandangkan kawasan tersebut adalah hak persendirian dan beberapa kali sejak tahun 1990 lalu ceramah telah dianjurkan di situ,"katanya.

Dengan alasan itu Bersih melihat ianya telah menunjukkan niat pihak keselamatan untuk menggagalkan ceramah tersebut, katanya.

Selain itu fakta-fakta yang dikemukakan oleh Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob dalam beberapa akhbar arus perdana didapati bercanggah, katanya.

Antaranya fakta mengenai peluru hidup yang dilepaskan oleh anggota polis semasa menembak orang awam, antaranya ada dua versi berbeza satu melaporkan dua butir dan satu lagi empat butir peluru.

Sementara dalam satu akhbar lain, Dato' Ayob didakwa menyatakan polis telah membuat tembakan ke arah udara untuk memberi amaran, kata Sivarasa yang juga seorang peguam.

Katanya lagi, polis juga telah menahan 23 orang awam termasuk tiga wartawan yang masing-masing mempunyai kamera sebagai bahan bukti kejadian.

Secara sistematik penahanan itu adalah untuk menghapuskan bukti yang mungkin sekali boleh dijadikan bahan untuk dokumentasi seperti kes-kes yang terjadi sebelum ini antaranya 'bloody sunday' di KLCC yang telahpun membuktikan tindakan ganas polis, katanya.

Dengan aduan itu kata Sivarasa, Bersih menuntut agar Suhakam sedia mengadakan siasatan awam terhadap kejadian tersebut.

Sementara itu bercakap mengenai perkara yang sama, Dr Dzulkifli pula menyatakan apa yang dipaparkan oleh media hanyalah usaha untuk memburuk-burukkan pembangkang dengan niat menjatuhkan imej sebelum Pilihan Raya Umum ke-12.

Sambil menyifatkan laporan berat sebelah itu satu 'kejahatan kewartawanan' beliau melihat ianya hanyalah kempen untuk menutup mata rakyat dari menyokong pembangkang.

Suhakam diminta untuk menasihati media-media arus perdana yang dikatakan menjadi alat Umno/BN untuk memburuk-burukkan pembangkang agar lebih bersikap terbuka dan tidak prejudis. - mks.


EEELLLLLLEEEHHHHHHHH POLIS KAT SINI LEBIH BERANI DENGAN ORANG AWAM TAPI TAKUT DENGAN BABI....!

POOOOORRRRRAAAAAHHHHHHHHHHHHH........!

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:


Inilah demokrasi ala Malaysia..
No - Permit
No - Piket
No - opposition
No - Islamic law(bcoz Common Law/British Law is Better)

Yes - Benefit projects for Leaders
Yes - Rise on goods
Yes - Increase on Criminal cases(Police is too busy monitor Ceramah)
Yes - Slogan ( Cemerlang, gemilang, terbilang) hoping also "Temberang"
Yes - Buying the vote (to maintain ruling power for money)

__________________
Do or Not There is No Trial


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Peluru Hidup: BN belajar dari Zionis
13 09 2007

dipetik: Buletinonline

: Anwar Ibrahim

POLIS dan kerajaan Malaysia percaya bahawa kuasa boleh dikekalkan dengan keganasan. Usaha mereka untuk membentuk negara polis bertujuan menghalang rakyat Malaysia dari mendapatkan kebenaran mengenai ketidakadilan, kerakusan dan rasuah yang berleluasa di setiap peringkat kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan yang ganas dengan menembak rakyat dengan meriam air, gas pemedih mata dan peluru hidup sama sekali tidak akan menakutkan kita daripada menyebarkan kebenaran secara aman. Komitmen kita terhadap perjuangan secara aman tidak pernah luntur.

Tindakan kerajaan yang menggunakan peluru hidup menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menghadamkan dengan baik strategi Zionis dalam menindas dengan kejam rakyat Palestin

Tiada bukti yang dikemukakan bahawa pembangkang bertindak ganas. Tuduhan bahawa rakyat biasa membawa bom petrol kepada suatu program penerangan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) adalah tidak munasabah sama sekali.

Jika terdapat pun bukti tersebut, tindakan kerajaan yang menggunakan peluru hidup menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menghadamkan dengan baik strategi Zionis dalam menindas dengan kejam rakyat Palestin.

Kerajaan begitu gusar rakyat dengan bertindak menzalimi mereka sebegini rupa, tidak mungkin boleh berterusan memegang amanah rakyat Malaysia.

Kerajaan sengaja merancang kejadian ini untuk berlaku menjelang Ramadhan, di mana Muslimin dan Muslimat sepatutnya menumpukan kepada pembersihan jiwa & rohani.

Usaha media arus perdana untuk memutarbelitkan kejadian ini menunjukkan lagi kesudian mereka untuk menjadi alat perkakas kerajaan yang bankrap moral.

Perkara ini juga muncul pada masa yang sama dengan pendedahan Laporan Audit Negara 2006 . Fokus rakyat sekarang dialihkan daripada kemarahan yang membuak di atas penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat kepada kejadian di Terengganu.

Peranan kerajaan Terengganu dalam percubaan untuk menyekat aliran kebenaran juga dengan jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang berpotensi besar untuk menawan negeri Terengganu.

KeADILan tidak akan lelah hatta sesaat pun dalam usaha menyebarkan mesej kebenaran dan keadilan serta mendedahkan segala kebobrokan dalam kerajaan Barisan Nasional.




__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Jangan lepaskan si dajal dari angkara mereka!

Akhbar-akhbar tempatan hari ini menyiarkan gambar 9 orang pemuda yang menurut polis boleh membantu mereka dalam menyiasat kejadian merosakkan harta awam dan persendirian di dalam Tragedi di Batu Burok pada 8 September lalu.

Isu yang digembar-gembur dan dimainkan oleh Umno Terengganu adalah isu baker bendera, kini isu merosakkan harta awam juga menjadi perhatian pihak polis. Saya difahamkan pada malam tersebut hanya jurugambar polis dan Unit Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu atau UKOM sahaja yang dibenarkan mengambil gambar, mana-mana jurukamera atau wartawan yang memiliki kamera akan ditangkap atau dirampas kamera mereka.

Perkembangan gambar 9 pemuda ini sebenarnya mencetuskan lebih banyak kekalutan dan kontroversi. Laman web Malaysiakini menyiarkan temuramah dengan seorang saksi yang hadir pada malam kejadian, Osman Ismail, yang trak polis dan FRU terlibat dalam merosakkan harta awam apabila berlaku ketegangan pada malam itu. Menurut Osman lagi anggota polis yang melepaskan tembakan kepada orang-ramai itu, belia lihat sendiri sebenarnya menembak dalam keadaan berdiri tegak sambil berlari ke arah FRU.

Siapakah yang mengambil gambar pemuda-pemuda ini? Contohnya gambar pemuda yang membakar jalur gemilang yang disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Jika polis yang ratusan bilangannya pada malam tersebut melihat pemuda ini membakar bendera, dan ia adalah satu kesalahan, mengapa tidak ditangkap pada malam itu juga?

Berdasarkan keterangan Osman ini, sepatutunya anggota polis yang melepaskan tembakan itu segera ditangkap dan direman kerana jelas beliau telah berbohong termasuk kepada Ketua Polis Terengganu. Tangkap juga pemandu-pemandu trak polis yang telah mengakibatkan kerosakan harta awam itu.

Saya rasa berdasarkan perkembangan terbaru ini pihak polis sudah menjadi sebahagian dari parti yang terlibat di dalam tragedi ini, oleh itu mereka perlu mengundurukan diri dari menyiasat dan sebaliknya serahkan sahaja kepada badan bebas. Bagaimana orang yang terlibat dalam penyiasatan ditugaskan melakukan penyiasatan?

Saya hairan juga mengapa jurukamera UKOM turut berada di barisan polis pada malam itu (sila lihat Screeshots)? Seolah mereka bersedia untuk menggambarkan suatu tragedi . Klip video mereka kini dimasukkan ke Youtube bawah tajuk: PAS mengganas lagi.

Saya harap SUHAKAM yang sedang menyiasat tragedi ini mengambil kira perkembangan-perkembangan terbaru ini, jangan lepaskan si dajjal dari bertanggungjawab di atas angkara mereka!




__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Kes Batu Burok: PAS sedia jumpa Majlis Raja-Raja

Awang Harun | Foto Nasir Sudin
Sat | Sep 15, 07 | 4:01:12 pm MYT

MARANG, 15 Sept (Hrkh) - Tragedi berdarah 8 September yang berlaku di Batu Burok, Kuala Terengganu, kembali menghangatkan pentas politik serta sokongan rakyat terhadap PAS serta Barisan Alternatif (BA) di Terengganu.

Ceramah Badan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO pada malam tersebut telah menjadi sasaran konspirasi jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Meskipun pihak pasukan keselamatan yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi mereka dilihat bertindak sebagai pencetus kekacauan serta huru-hara.

PAS disalahkan

Dalam masa sama, media arus perdana akhbar dan tv saban hari menyalahkan PAS serta parti pembangkang kononnya bertindas ganas merosakkan harta awam dalam kejadian tersebut.

Berikutan itu, PAS terpaksa mengatur agenda tersendiri bagi memberi penjelasan serta kefahaman kepada seluruh rakyat terhadap isu berkenaan kerana laporan media dibuat secara berat sebelah dan berniat jahat.

Road Show pertama penjelasan Peristiwa Batu Burok itu bermula di Marang Terengganu, malam tadi, bertempat di Masjid Rusila, dan siri penerangan akan diadakan di seluruh negara dengan penglibatan badan-badan yang bergabung di bawah Bersih, antaranya, PAS, KeADILan, dan NGO terbabit.

Majlis malam tadi bermula dengan solat Isyak, solat hajat serta solat tarawih berjemaah telah mengundang ribuan rakyat dari seluruh negeri yang sama-sama bermunajat kepada Allah SWT.

Pentas ceramah terpaksa dipindahkan ke dalam Masjid Rusila apabila hujan rahmat mula turun dengan lebat ketika solat tarawih hampir selesai.

Masjid Rusila sesak dan hadiran melimpah

Namun begitu, tinjauan mendapati ribuan manusia memenuhi ruang-ruang yang ada dalam masjid dua tingkat itu serta melimpah ke luarnya.

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS serta rakan-rakan dalam gabungan Bersih akan berjumpa Majlis Raja-Raja.

Katanya, ekoran peritiwa tersebut PAS telah mengadakan pertemuan dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadu tentang peristiwa di Batu Burok itu.

PAS sebaik sahaja berlaku peristiwa di Batu Burok, kita telah menghantar rombongan yang mewakili bukan sahaja PAS tetapi juga rakan-rakan yang bergabung dengan Bersih. Kita berjumpa dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam), kita berjumpa dengan pelbagai pihak dan insyaAllah, akan berjumpa dengan Majlis Raja-raja dan seterusnya rujukan yang paling tinggi sekali kita mengadu kepada Allah Taala, jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penjelasan Peristiwa Batu Burok itu.

Pada majlis tersebut, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah melancarkan Tabung Mangsa 8 September yang akan digunakan bagi membela nasib mangsa-mangsa Tragedi Batu Burok termasuk kos rawatan dan perbelanjaan guaman.

Sehari sebelum itu (Khamis), tabung berkenaan juga dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Mangsa tanpa jari ditangkap kerana baling batu!

Ketika di pentas, orang ramai berpeluang melihat dari dekat setelah diperkenalkan seorang demi seorang mangsa-mangsa tangkapan dalam kejadian di Batu Borok itu, termasuk seorang mangsa tembakan polis iaitu Muhamad Azman Aziz.

Malah lebih menghairankan bagaimana salah seorang mangsa berkenaan adalah pemuda kurang upaya dengan kedua-dua tangannya tidak mempunyai jari tetapi ditangkap kononnya bertindak membaling batu ke arah polis.

Antara penceramah yang mengambil bahagian pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim serta di pengerusikan oleh Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pada malam 8 September lalu, Mohamad Sabu, Mustafa Ali dan Khalid Ibrahim dijangka turut berucap dalam majlis anjuran Bersih di Batu Burok.

Dalam majlis malam tadi lebih 5,000 orang hadir bagi mendengar penjelasan isu berkenaan dari pemimpin parti PAS dan KeADILan yang sama-sama terlibat pada malam Tragedi Batu Burok itu. - mns



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Mustafa ada bukti SU Politik PM rancang rusuhan

Awang Harun
Sun | Sep 16, 07 | 1:06:29 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali bersedia untuk mendedahkan penglibatan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh berhubung insiden yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September lalu.

Tegasnya, beliau mempunyai bukti penglibatan Wan Ahmad Farid dalam kejadian yang mengakibatkan dua pemuda, seorang daripadanya parah dimasukkan ke hospital kerana terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh anggota polis.

Tambahnya, ini kerana rusuhan yang berlaku itu adalah perancangan daripada pemimpin Umno dan antara yang terlibat ialah Wan Farid.

Bagaimanapun, katanya penjelasan itu boleh dilakukan apabila diminta oleh suruhanjaya diraja yang perlu ditubuhkan bagi menyiasat insiden anggota polis melepaskan tembakan tehadap pemuda berkenaan.

Tambahnya, suruhanjaya diraja itu perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut dan mendapatkan gambaran sebenar.

Saya sedia beri keterangan apabila Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan, ujarnya pada sidang media di pejabat PAS negeri, di sini, Rabu lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanifa Maidin. Beliau merujuk kepada Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat kes mata lebam yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

Sementara itu, media menonjolkan hanya Wan Ahmad Farid sahaja yang melawat anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Husin yang cedera di tangan ketika rusuhan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang Ahad lalu.

Beliau menyampaikan salam daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, kejadian itu boleh dielakkan jika pihak terbabit menghormati undang-undang dan mengikut arahan polis supaya bersurai.

Mustafa pula menambah, kenyataan Abdullah yang menyebut bahawa rusuhan itu adalah dirancang untuk menimbulkan kekacauan menjelaskan lagi bahawa ia sememangnya dirancang oleh pemimpin Umno yang memperalatkan polis. - mns






__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Hati2 pemimpin pembangkang....
Coz....Nanti demo akan buat wayang lain plak....
Takut nanti org yg ade maklumat tg hal tersebut masuk ISA....
Jgn lupa ttg Operasi Lalang....


__________________
Always Green


Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:

19/09: X-File : Sekeping Gambar Palsu!

Category: General
Posted by: Raja Petra
Oleh Greenboc
http://mohdnasir.blogdrive.com/

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang
sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana
menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam
Polis
Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah
benar-benar
berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya
begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada
yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO
negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara
besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.

Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara
meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur
ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana
datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta
mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan
ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak
diketahui asal-usulnya itu?

Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya
kita
akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara
"super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta
mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.

Cuba kita amati gambar itu.

1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu
bersendirian
dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti
"tak
ambil kisah" terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas
jalanraya di belakangnya.

Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah
pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.

Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang
tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar
bendera
itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua.
Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.

2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu
lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan
ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu ma
lam.
Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang
bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas
semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak
logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak
realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu.
(rujuk foto di atas)

Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di
sekurang-kurangnya 3 tempat:

A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain
pelikat dua orang pemuda di belakangnya.

B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat
melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.

C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari
hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.


Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching
salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.

(rujuk foto di atas)

Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan
telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya
foto
asli.

Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti
pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat
yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang
mereka-reka
serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.

Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai
asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan
kesahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak
sedemikian? evileye.gif


Attachments
__________________
Do or Not There is No Trial


Junior Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

Aku rasa dah kebetulan FBI mai ke m'sia ni apa kata suruh depa tu check kebarangkalian keoriginalannya....save budget skit....apa punya bangang la si Mu....Has.... tu.....

__________________
Bagi duit amik....Bagi gula amik....Bagi kain amik....bila pangkah ingat kat BULAN...


Junior Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

AKU MASIH INGAT LAGI PADA TAHUN 2005 KAT KAMPUNG AKU KAT BATU 6, KUALA TERENGGANU. POLIS BERTINDAK BIADAB CEROBOH MASJID DAN LEPASKAN GAS PEMEDIH MATA DALAM MASJID. MASA TU ORANG SEDANG SEMBAHYANG ISYAK JEMAAH. POLIS SERBU DAN BELASAH ORANG DALAM MASJID TU SEHINGGAKAN SEORANG WARGA EMAS MAUT DIBELASAH KETIKA SEDANG SUJUD. TINDAKAN POLIS TU KONONNYA KERANA ADA CERAMAH HARAM KAT MASJID TU.SELURUH KG. BATU 6 MERUSUH KERANA MARAH DENGAN TINDAKAN POLIS TU. PEJABAT UMNO DISERANG DAN DIPECAHKAN. BOTOL KACA DAN BATU- BATA BERSEPAH ATAS JALAN. MEDIA MASSA TERUS MENCANANGKAN BAHAWA PEMBANGKANG YANG MERANCANG RUSUHAN ITU SEHINGGAKAN HAJI HADI DIPANGGIL UNTUK DI SOAL SIASAT. PEMBANGKANG DITUDUH SEBAGAI PENGGANAS SEDANGKAN POLIS YANG MEMBELASAH WARGA EMAS TU SAMPAI SEKARANG TIDAK DI AMBIL TINDAKAN. DALAM SURATKHABAR CUMA DITULIS TENTANG PEJABAT UMNO YANG ROSAK TERUK TAPI LANGSUNG TIDAK DITULIS TENTANG PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM MASJID ITU. SEHINGGA RAMAI RAKYAT MALAYSIA DI LUAR TERENGGANU YANG BERSIMPATI DENGAN UMNO. INIKAH YANG DINAMAKAN ISLAM HADHARI, TERENGGANU BESTARI?

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard