Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: saje buat lawak copypaste


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:
saje buat lawak copypaste


2 SAHABAT

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".


__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

KELAKAR GILLERRLAH WANMETAL:

-- Edited by Hamid at 20:39, 2007-11-30

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

LAMPU SULUH

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

Spesel

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja..
tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia.
Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya,
tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.
Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu
peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana
lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.

Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?

O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..

Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00
ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.

Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?

O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...

Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun
terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah,
dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh
tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by'
saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi,
dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....

Mat : Yaaaa..Boss,

O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?

O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek

yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.

Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi,
Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun
pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar
bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima
minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara
yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...

Mat : Ada apa Boss...

O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?

Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu
kata yang spesial tu mesti telog dua...

O.K.B : ..????????????????????????


__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:



__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

kah kah kah...special tul citer tu

__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

banyak tul citer lawak wanmetal ni....

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

TESTING

__________________
psc


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

Sudah ok agaknye

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

misai durjana wrote:

banyak tul citer lawak wanmetal ni....





sajer jer nak melepaskan tension.....dah takder apa2 yang bleh wat.......baca jer la....smile.gifsmile.gifsmile.gifsmile.gif

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

DRAKULA YANG MALANG

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

Janda Yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru
sahaja
kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi
dan mempunyai potongan badan yang cantik.
Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka
kampung
>yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak
pernah
melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih
lagi
merindui arwah suaminya...
Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di
waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... hujan lebat membasahi bumi
dan
dingin sekali ....beliau bangun dari katilnya...walaupun sejuk tetapi
badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu
dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,...
sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil
sebotol air sejuk....

beliau tuang kedalam cawan dan meminumnya...
Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan
menyambung
tidur semula.
Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang
dahaga...........
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....
lebih lebih lagi pak mid tu.....hehehehe jgn mare...yer....kang cepat tua.....hehehehe


__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

dahaga air takpe, dahaga lain susah woo...

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 188
Date:

Haa...aku pun nak buat lawak juga lah..

DIALOG LEMBU DENGAN AYAM prihal manusia;;

Ayam berkata kpd lembu : Aku bengang btl dgn perangai manusia ni tiap kali aku bertelur dia senang2 je ambil makan. Sedih betul rasa hati aku x merasa nak tengok anak2 aku menetas dan membesar.

Lembu pula bersuara dgn penuh kesayuan : Apa yg kau alami itu bagi aku tidaklah sedih sgt kerana ada masanya manusia x kacau telur kau dan dibiarkan menetas dan membiak. Tapi apa yg aku alami teramat sedih dan sayu sekali,sesekali aku rasa mcm nak bunuh diri bila mengenangkan apa yg manusia buatkan pada aku...Kau bayangkanlah wahai ayam, susu aku diperah dan diminumnya tapi....x seorang pun manusia2 ni memanggil aku EMAK|biggrin.gif

biggrin.gif

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

lembu punya susu, sapi yang dapat nama....


-- Edited by misai durjana at 19:10, 2007-12-04

__________________
«First  <  1 2 3 4 5 | Page of 5  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard