Demam Malaysian Idol Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan... Pengantin Lelaki : Saya ustaz... Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii" Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii" Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama) Saksi Pertama : Sah Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua) Saksi Kedua : Sah Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga) Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...
p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...
Siapa Mary bang? Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg terpinga2.....bertanya.....
"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....
Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih ...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....
P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....
si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali? si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..? si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya. si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...? si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah... si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA
Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.
J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.
S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?
J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.
S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent- But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.
S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.
Kencing Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencing dlm peti ais...
KUCING Chot dan Chet baru je diberhentikan kerja sebab ekonomi meleset... Dua-dua orang tak tau apa nak buat dan camner nak cari rezeki utk mengisi perut mereka nanti. Tetiba Chet bagi idea, "Kita rompak rumah Pak Chat malam ni? Dia ada banyak duit dan harta kat rumah dia!" Chot setuju dan akhirnya kedua-dua mamat ni berjaya menyusup masuk ke dalam rumah Pak Chat. Chot berminat dengan home theater system Pak Chat. Di angkatnya set tu satu-satu letak kat luar. Ntah camner, tetiba dia terjatuhkan mikropon ke lantai. Pak Chat yg tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu tu terjaga dan menjerit, "Siapa tu?" Dengan tenang Chot menjawab, "Mmmeeeeooooowwwwwww!!!!!!!!"
Kemudian seluruh rumah senyap seketika. "Pak Chat dah tidor balik agaknya!" fikir Chot. Dia terus menerus sambung angkat set home system tu kuar rumah. Chet pulak sibok dok angkut set barang antik dalam almari Pak Chat yang tak jauh dari ruang tamu tadi. Tengah syok dok kaut barang-barang tu, Chet terjatuh kan satu mangkuk kaca... jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan. Sekali lagi terdengar suara Pak Chat. "Siapa tu?" Chet menjawab, "Ini kucen yang lagi satu
SAPA YG DAPAT JAWAB CLAIM DENGAN AKU USD 50 BILA SWISSCASH BUKA DAH TAK LAMA TUU....
JIKA ANDA PERGI KE PANTAI TERJUMPA SELONGGOK NAJIS MANUSIA, MACAM MANA .KALAU KITA NAK TAHU. IA MILIK LELAKI ATAU PEREMPUAN
Biar saya yang jawab ya sdra muallaf... jawabnya ialah, kita kena tengok dulu kedudukan kesan tinggalan 'urine' tu, kalu dekat maka ia kepunyaan perempuan, kalau jauh lelaki yang punya lah....sorilah forumer2 lain jika jawapan ini menimbulkan rasa kurang selesa. just nak release tension
BETUL JAWAPAN KAU MISAI DURJANA..CLAIM DENGAN AKU LEPAS NI.....
Kurang tepat tu, jawapannya ialah, jika najis tu basah, pemiliknya ialah pompuna, tapi jika najisnya kering pemiliknya lelaki kerana org pompuan akan siram najisnya manakala lelaki tidak .... Maaf jika kekasaran bahasa berlaku di sana-sini......
Temuduga Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".
Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".
Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."
Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!
Pengemis gila Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu. Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak? Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik! Bapak : Tak kan bleh mendengar? Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik! Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!! Pengemis : Itu ada tiga ratus ! Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat? Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!
3 orang budak Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...
Lina:ko dah besar nak jadi apa?
Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo
Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl
Ahmad Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...
Pelancong yang Sombong Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.
Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.
Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.
Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.
Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.
APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.
pada wan ct,saya harap dapatlah tuan tukar avatar itu, muliakan lah kedukkan para ulamak,didalam kehidupan kita. jangan lah dipersendakan,gambar dan tulisn tak selari dan sepadan. terima kasih,kerana ambil perhatian.
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
Subject: Jasadnya Tidak Diterima Bumi (KISAH BENAR)
"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.
Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol : 1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah...
PENGLIPURLARA sementara menanti SC bukak semula...
KIPAS
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:
"Panasnya dalam helikopter ini ...".
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."
HANDPHONE
Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ... "Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"
Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"
KONDOM
Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan: "Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."
Tanya! pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"
Jawab Pak Pandir: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."
PETAI
Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...
"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."
Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"
Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."
CUTI
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"
Jawab Pak Pa! ndir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...
Pemandu teksi
Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"
Feddy tersenyum malu dan berkata..." Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."
"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...
Feddy gembira dan berkata... "iya...iya, saya masih single".
Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"
WHAHAHAH.....Cis...tui..tui.."
__________________
Semoga kejayaan menjadi milik kita semua.... Aminnnnn...
biar betul,terkejut aku baca,memang betul ke ejaan itu.di Malaysia?hairan,hairan. apa nak jadi,tak kan tak ada orang yang komplain,kat sana.hai entahlah.
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
biar betul,terkejut aku baca,memang betul ke ejaan itu.di Malaysia?hairan,hairan. apa nak jadi,tak kan tak ada orang yang komplain,kat sana.hai entahlah.
suruh mod tebang je penanda jalan tu...hehhe....
__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".
1)Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman? Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki? Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape power Karate? Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit? Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.
6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
7) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? Answer: Pembohong...
8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'? Answer: Usus
9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala? Answer: Kutu rambut
10) Nenek sape jalannya meloncat- loncat? Answer: Neneknye si katak
11) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik? Answer:- Sekretari baik..........Selamat pagi tuan' Sekretari kurang baik..........Dah pagi ni tuan'
13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson? Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas? Answer: Tukang gali kubur
15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? Answer: Tahi hidung
16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon? Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat...
17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang? Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...
18) Gajah terbang dengan ape? Answer: Dengan susah payah
__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".
aku ade satu cite ni pasal operasi pondan kat lorong haji taib
dalam keadaan kelam kabut di kejar oleh polis dan jabatan agama..lari la lintang pukang pondan2 tu....perghhh larian dia mengalahkan watson nyembek..laju nak mampus..tapi pihak polis dan jabatan agama tak la bodoh sangat..dorang dah buat halangan kat lorong depan..abis la segala pondan2 tu kena tahan..yang kena pukul kat kepala kat badan semua diam tak melawan...tetiba ada la sorang pondan tu kena tendang kat punggung dia..ha apa lagi dia terus lempang muka polis tu...polis tu tanya napa kau lempang muka aku...dia jawab...ABG KAT LAIN BOLEH PUKUL TAU...KAT SITU JANGAN LA TEMPAT CARIK MAKAN TU..PERIUK NASIK TU BANG..polis tu naik geram terus sumbat pondan tu dalam lori
__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".