U all ada bakat pelawak & penghibur...hilang tension.Crita pasal huruf 'L' sy ada sorang chinese friend yg amat payah utk sebut words start 'L'.Kalo kita suruh sebut lulus jadi lurus...begitu sebaliknya.Sebut eng word 'ruler' jadi 'luler'.
karang dah 1 1/2 thn sy & gengs bg training & melembutkan lidah dia ni. Nampaknya tak berjaya misi kami.Lastly dia kata 'solly lo lidah sy tidak lulus/lurus'
KURA-KURA TIGA BERSAHABAT Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III. Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua." Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang." Kekura III: "Betul Kalau aku lambat 1 jam?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "Kalau 3 jam?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "Kalau 1 hari?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "3 hari?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "5 hari?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "1 minggu?" Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "2 minggu?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik.Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah." Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!"
PENJUAL TELUR BUAT PENING Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur. Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?" Penjual: "Telur ayam atau telur itik?" Pembeli: "Telur ayam." Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?" Pembeli: "Ayam biasa." Penjual: "Yang tempatan atau yang import?" Pembeli: "Yang tempatan." Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?" Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal). Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?" Pembeli: "Adik ni jual telur atau nak jalan-jalan?" Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang."
SALAH TULIS NAMA Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perkuburan cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esoksiang buat la," kata si Dol marah. "Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.
JURUJUAL YANG MALANG Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu. "Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya," kata jurujual dengan penuh yakin. "Kalau begitu," kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."
BERSENDA MARI BERSENDA,MEMBUAT HATI GEMBIRA, ASAL JANGAN TERLALUAN,KALAU SALAH PENGERTIAN, BOLEH JADI PERTENGKARAN.BERSENDA MARI BERSENDA (SWEETCHARITY)
-- Edited by Hamid at 12:43, 2007-09-08
-- Edited by Hamid at 18:48, 2007-09-08
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susahsejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak. paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love, ayang
Reply dari abang,
Dear ayang,
Ok gak kalau balik kampung dgn bas. At least, tak le penat abang nak drive....tu belum campur duit minyak, duit tol, duit nak bagi kat mak bapak you...etc
abang sayangkan kereta tu bukannya apa, so far kereta tu tak pernah berleter kat abang...mungkin sebab dia baru lagi kut....Lagipun kalau nak bagi kiss pagi2 ni susah sikit...kekadang tu ayang bau "air gamat"
aksesori kat kereta ni penting so bila orang tengok diorang tau yg kita ni up-to-date. Kalau nak compare dgn hadiah besday mana boleh...Beli aje hadiah, tak sampai sebulan-dua dah masuk karung sampah..mana tahan...
Pizza?? Pukul 3 pagi, mana nak cari pizza yang oiii...
Bukan abang marah anak2 sentuh kereta..tapi cuba ayang tengok kereta jiran tu, habis anak2 "sentuh" kereta dgn sudu, garpu, marker....takkan kereta kita nak jadi kereta berhias...mana nak letak muka nanti...
Kalau ayang kena curi Boeing 777 pun orang boleh rampas, ni kan pulak bini orang....tapi tak pe, quota belum cukup lagi...
Benda2 yg ayang suruh kereta tu buat tu nanti abang suruh "maid" baru kita buat....
seorang komando telah mengalami kecederaan semasa di dalam hutan,menyebabkan kaki kananya terpaksa di potong.
namun komando itu dengan tabah menurima dugaan tersebut dengan hati terbuka.....menerima hakikat kehilangan sebelah kakinya.
oleh kerana jasanya terhadap negara ,kerajaan membeeri bantuan kaki palsu kepada komando tersebut .
dengan hati yg terbuka ,komando itu menerimanya...
setelah lama membujang akhirnya komando tersebut telah melamar sorang gadis cantik ubtuk dijadikan isterinya...gadis itu menerima lamaran komando tersebut(tanpa mengetahui komando tersebut kudung kaki.....
akhirnya mereka berkhawin.sungguh meriah majlis mereka.....
malamnya didalam bilik tidur...komando tersebut telah membuka kaki palsunya di depan isteri barunya....alangkah terkejutnya isterinya seraya melaung kepada maknya yg berada kat luar bilik.....makkkkkk abang ada sekaki lah.....
jawabnya maknya ...dengan kuat....untunglah kau....yg bapak kau punya hanya baru 6 inci jeeee......(dalam hatinya bertuahnya nak aku)
__________________
LANUN PALING KEJAM DAN PEMURAH DI ALAM MAYA INI......
Saya punya avatar sudah hidup,nak fine tuning,tengah ujikaji lagi. syioknya.ATH,nak belajar ke? oh,ya,pasal swisscash,jangan lah risau sangat.bukak lah tu nanti.
-- Edited by Hamid at 13:16, 2007-09-09
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
i love senegal very much... membuat kejutan pada world cup 2002
hai misai lama tak sembang dengan kau....ni ada satu teka teki lagi...ore kelate kecek"cocoh-cocoh keluar mani" maaf ni bukan sx18.
hahaha....biar aku jawab teka teki kau tu....jawapannya mesin ATM la bro muallaf
fuhyo....cepatnya kau jawab....tak pa ni satu lagi teka..
ado tigo ekor katak... bapak katak, mak katak dan anak katak... mereko nak molinteh jalan... mulo mulo bapak katak suruh anak dio molinteh jalan dulu... anak dio pun molintehla... lopeh... solamat pun... lopeh tu dia suruh mak katak pulak yang molinteh.... lopeh jugak... solamat mak katak... sokarang tibo giliran dio sondiri.... dio pun molompek... tibo2 ado satu keto datang... dio cubo mengelak.. last2 solamat jugak sampai.. porasaan logo dokek hati bapak katak... dio borkato pada anak dan bini dio... "syukurlah kito borompek solamat" yang musykilnyo... konapo dio kato berompek, padahal mereko bortigo ajo....
__________________
LANUN PALING KEJAM DAN PEMURAH DI ALAM MAYA INI......
i love senegal very much... membuat kejutan pada world cup 2002
hai misai lama tak sembang dengan kau....ni ada satu teka teki lagi...ore kelate kecek"cocoh-cocoh keluar mani" maaf ni bukan sx18.
hahaha....biar aku jawab teka teki kau tu....jawapannya mesin ATM la bro muallaf
fuhyo....cepatnya kau jawab....tak pa ni satu lagi teka..
ado tigo ekor katak... bapak katak, mak katak dan anak katak... mereko nak molinteh jalan... mulo mulo bapak katak suruh anak dio molinteh jalan dulu... anak dio pun molintehla... lopeh... solamat pun... lopeh tu dia suruh mak katak pulak yang molinteh.... lopeh jugak... solamat mak katak... sokarang tibo giliran dio sondiri.... dio pun molompek... tibo2 ado satu keto datang... dio cubo mengelak.. last2 solamat jugak sampai.. porasaan logo dokek hati bapak katak... dio borkato pada anak dan bini dio... "syukurlah kito borompek solamat" yang musykilnyo... konapo dio kato berompek, padahal mereko bortigo ajo....
...'berompek' = 'melompat'
__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....
saya tahu,tapi takkan untuk pak misai saja,aku boleh jawab tak,muallaf.
sori saya lupa en hamid tadi sebab en hamid tak dapat jawab soalan senegal tadi...tapi apapun cuba selesaikan maalah ni...baru boleh terima duit dari scash nanti...
cuba fikir...dah pening nih..
Ahmad miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.
die bayar then die dapat baki rm5.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm3.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm3 skarang.
rm48+rm3= rm51
selesai en hamid angan tak selesai...
__________________
LANUN PALING KEJAM DAN PEMURAH DI ALAM MAYA INI......
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . " "Hello?" "Abang, nie sayang nie," "Emmm... " "Abang masih ada di kelab lagi ke?" "Iya." "Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?" "Berapa harganya?" "Cuma $1500.00 aje" "O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat" "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu " "Berapa harga yang dia bagi?" "Cuma $280,000 .." "O.K tapi pastikan harga tu dah on the road." "Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..." "Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi saying singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . " " Berapa harga yang mereka minta?" " Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . " "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?" "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!" "Bye... I Love you too..." Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
Ahmad dah kayo... Dia ajak kengkawan dia sorang lagi, si C pi makan kat KFC. Jumlah bayaran makanan tersebut RM25. Sebab " kayo"maklumlaa 15/9/2007 nie masyukkk byk ,masing2 takde duit kecik,ada paling ciput pun RM10 sorang
A-RM10 B-RM10 C-RM10 Jumlah tiga rakan kongsi RM30. Harga makanan RM25.
Baki yang dipulangkan semula ialah :RM30-RM25 = RM5 Jadi setiap rakan dapat balance semula RM1 RM2 ringgit tuu sedekah kat KFC ( sbb kalau RM5 bahagi 3 orang dapat 1.66666666666) Tak adil tuuuu,jadi ambik ler sorang singgit...
Jumlah yg dibelanjakan setiap rakan, A-RM9 B-RM9 C-RM9 ( RM10 tolak baki yang dipulangkan ) Jumlah kesemua rakan RM9 X 3 = RM27
RM27 + RM2 (sedekah kat KFC tadi) Jumlah hanya RM29 jer.. singgit lagi tuu yang lebih kat beli baju tadi...haaahhaaaaaa:
SAPE HEBAT Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. Man : Wow! Bapa kau keja apa? Ali : Tukang gunting rambut.
KELAS BI Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
SUDU Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. Pesakit : Eh! tak boleh la doktor. Doktor : Kenapa? Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
MAYAT Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu.'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
TIRU Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. Bapa : Apa bukti awak? Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".
__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".
Polis Cerdik Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.
Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa? Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la. Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka? Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!
Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.
Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik? Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?
Bila Besar Nanti Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".
Pengemis gila Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu. Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak? Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik! Bapak : Tak kan bleh mendengar? Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik! Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!! Pengemis : Itu ada tiga ratus ! Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat? Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!
ABCD NEWS Satu cubaan rompakan telah di rakamkan oleh CCTV. Buat baik berpada-pada, buat jahat ....... jawab le nanti....... Ucapan ini khas ditujukan kpd gerombolan penjahat dan talibarutnya sempena bulan ramadhan ni.