Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: APAKAH PANDANGAN ANDA TERHADAP SESUATU PERKARA???


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:
APAKAH PANDANGAN ANDA TERHADAP SESUATU PERKARA???


APAKAH PANDANGAN ANDA TERHADAP SESUATU PERKARA???

PANDAGAN MATA SELALU MENIPU
PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH
PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU

KESIMPULANNYA:
PANDANGLAH SESUATU PERKARA ITU DENGAN HATI YANG BERSIH DAN SUCI. JIKA ANDA TAK PASTI PANDANGAN ANDA DATANG DARI SINI JAWAPANNYA MUDAH SAJA SEPERTI DI ATAS SANA; SELALU MENIPU, SELALU TERSALAH DAN SELALU MELULU...

INGAT!!! PANDANGAN HATI ITULAH YANG HAKIKI KALAU HATI ITU BERSIH DAN SUCI
JUSTERU KATA NABI S.A.W. YANG BERMAKSUD; "BERSIH DAN SUCIKANLAH HATIMU DENGAN BANYAK MELALKUKAN IBADAH DAN AMAL SOLEH, MEMBACA AL-QURAN DAN MENGINGATI MATI".

WALLAHU A'LAM


__________________
"SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU. BERWASPADALAH KALIAN SEMUA AGAR TIDAK DIPATUK 2 KALI DALAM LUBANG YANG SAMA"


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

salam semua,

saya hendak berkongsi pengalaman peribadi saya berkenaan dengan sesuatu perkara yang berlaku pada diri saya.

saya seringkali terserempak dengan sesuatu kejadian yang berlaku seperti pernah pun berlaku sebelum itu tetapi saya tidak ingat dimanakah ia telah berlaku dan pada masa bila ianya berlaku. setelah saya sedaya-upaya untuk mengingat kembali kejadian tersebut barulah saya sedar bahawa ianya telah berlaku dalam mimpi saya sebelum itu. apa yang menghairankan ialah mimpi itu bukannya telah berlaku semalam tetapi telah berlaku sama ada beberapa minggu yang lalu atau beberapa bulan yang lepas. apabila sesuatu kejadian itu berlaku pada masanya maka dengan jelas sekali bahawa apa yang berlaku itu sama dengan mimpi yang pernah saya alami.

perkara ini saya sedari telah lama kalau tak silap semasa usia saya masih dalam awal 20an. berdasarkan pembacaan saya dari buku-buku berkaitan dengan otak dan cara pemikiran manusia barulah saya faham bahawa sebenarnya di dunia ini mempunyai gelombang-gelombang yang boleh dikesan oleh otak manusia sama ada terhadap perkara yang sudah lepas atau yang akan datang. kemampuan seperti ini kebanyakannya terdapat pada orang RUSSIA.

pemahaman saya terhadap hal ini berdasarkan konsep sains ialah setiap benda itu mempunyai unsur-unsur atom yang mengalirkan gelombang seperti sinar gamma dan beta tetapi pada tahap yang terkawal secara semulajadi. gelombang-gelombang itu boleh dikesan oleh oleh otak manusia kerana pada asasnya otak berfungsi memerlukan satu kejutan seperti percikan api pada hujung 'sinaps' (iaitu penghubung gelombang yang mengirim kod-kod maklumat di dalam rangkaian saluran-saluran urat saraf dalam otak. apabila kita menyentuh benda tersebut maka gelombang-gelombang atom dari benda berkenaan akan bersambung dengan tubuh badan kita dan sampai ke bahagian otak. gelombang-gelombang itu akan tersimpan sementara di dalam otak dan apabila kita tidur otak sebenarnya bekerja dengan lebih aktif untuk menyaring maklumat dan mentafsir gelombang-gelombang data yang diterimanya. maka itulah sesuatu peristiwa yang akan berlaku kepada benda tersebut pada masa depan akan muncul sebagai mimpi yang akan bakal berlaku kepada kita bila tiba masanya kelak.

sebagai contoh mudah peristiwa yang pernah berlaku kepada saya; situasi kerja saya menyebabkan saya selalu memegang gergaji dan tukul. gergaji dan tukul tersebuh merupakan satu jisim yang mempunyai unsur atom pepejal yang mengeluar gelombang yang saya tak nampak dan tak rasa. apabila saya telah memegang gergaji dan tukul tersebut, saya sebenarnya telah menyerap gelombang serta zarah dari gergaji dan tukul tersebut. gelombang itu sebenarnya mempunyai data maklumat atau dalam istilah biologinya DNA tentang gergaji dan tukul itu. data-data tersebut telah diserap oleh tubuh badan saya tetapi dalam keadaan sedar saya tak dapat menyaring data tersebut kerana otak saya dikawal sepenuhnya oleh saya semasa dalam keadaan sedar.

apabila saya tidur lena pada sebelah malamnya, tubuh badan saya akan berehat tetapi otak saya terus berjalan menyaring dan mentafsir maklumat dengan sendirinya. bukan lagi dikawal oleh saya tetapi gelombang-gelombang yang terkandung di dalam otak itu akan berkomunikasi mentafsir data dan di huraikan secara dalam bentuk mimpi. ramai orang kata mimpi itu hanya mainan tidur, tetapi sebenarnya tidak semua mimpi itu sekadar mimpi. ia adalah satu tafsiran yang kita terima dari penerimaan kita dalam kehidupan seharian dan cara komunikasi diri kita dengan benda-benda yang ada di dalam dunia ini secara tidak sedar atau separa sedar. kadang-kadang saya boleh mengingat kembali mimpi yang berlaku semalam dan kadang-kadang saya terlupa tentang mimpi tersebut sehinggalah pada suatu ketika apabila berlaku sesuatu peristiwa saya akan teringat bahaw peristiwa yang sedang berlaku itu seperti telah pernah berlaku sebelumnya. apabila saya ingat balik barulah saya sedar bahawa ia pernah muncul dalam mimpi saya sebelumnya.

perkara ini seharusnya kita perlu percaya juga tetapi kebanyakan orang mentafsirnya secara melampau sehingga menganggap perkara tahyul itu benar-benar wujud dan sesiapa yang mempunyai kelebihan meramal masa depan diangkat menjadi wali lah, nabi lah dan macam-macam cerita yang pernah kita dengar dan berlaku di malaysia ini. selama saya hidup belum pernah terjumpa dengan hantu dan makhluk halus walaupun saya selalu mengharap supaya dapat bertemu dengan benda tersebut secara sedar. mungkin makhluk itu takut untuk muncul dan hanya berani muncul di depan orang yang penakut dan lemah imannya sehingga sering terbayang dengan hantu jembalang yang hanya dia saja nampak tetapi orang lain tak nampak.

namun setakat ini saya belum lagi termimpi swisscash akan buka dan my juga akan buka, sama ada saya telah termimpi tetapi telah lupa, yang sebenarnya saya telah termimpi cuma saya tak ingat tentang mimpi itu, saya pun tak pasti. mungkin bila swisscash telah buka barulah saya ingat bahawa sebenarnya perkara itu telah berlaku sebelumnya tetapi cuma dalam mimpi. alam ini banyak misteri dan rahsianya yang perlu kita bongkar sama ada secara akal sedar, separa sedar atau tak sedar. setiap insan itu masing-masing ada kelebihan dan kemampuanya bergantung kepada bagaimana kefahaman dan keupayaannya memanfaatkan fungsi otak, akal dan hati dengan penggabungan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. jika tak miliki maka usahalah cari dan nilai secara saintifik.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 54
Date:

BUTA MATA TAK NAMPAK JALAN DI DUNIA....
KERANA TIDAK NAMPAK CAHAYA...
TIDAK TAHU JALAN YANG MANA NAK DITUJU...
KEHILIR ATAU KEHULU.....

TIADA PEDOMAN YANG MENUNJUK KITA...
TIADA KAWAN KAWAN YANG MEMBANTU...

SELAMATLAH DI DUNIA FANA INI ...
BILA MATA HATI TIDAK BUTA...
MENGINSAFI PENGALAMAN DIRI....
KERANA ITU KITA SUDAH BIASA....



__________________
REZEKI ALLAH ADA DI MANA MANA... SAYANGI SESAMA KAMU DAN JGN BERPECAH BELAH...


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Salam...

Terbaca mengenai cerita dari akai PC, saya teringat bahawa apa yang berlaku kepada akai PC sering berlaku kepada saya. Saya pernah bermimpi satu situasi iaitu jatuh motorsikal dan beberapa tahun kemudian, ia benar-benar berlaku. Semasa kejadian, saya merasakan bahawa peristiwa itu pernah berlaku tetapi tak ingat dimana, tak lama kendian saya teringat bahawa situasi begitu pernah saya lalui di dalam mimpi. perkara itu sentiasa berlaku sehinggalah ke hari ini. Kalau nak kira tak terkira, banyak sangat tapi perkara-perkara itu sangat kecil. Saya pernah menceritakan kepada isteri saya tetapi dia hanya mentertawakannya dan dia mengatakan tak pernah alami apa yang saya alami.

Tapi saya tak mengkaji perkara itu. Saya hanya beranggapan bahawa mungkin satu petunjuk dari Allah. Saya bukannya seorang yang genius atau bijak. Sama sahaja macam orang lain cuma saya selalu berfikir dan berfikir sehingga badan saya jadi letih. Saya suka berfikir sesuatu sehingga berhari-hari lamanya. Tetapi ianya berlaku dalam tak sedar. Isteri saya selalu menegur bahawa saya selalu termenung dan diam sehingga berjam-jam lamanya. Namun perkara itu tak saya sedari.

Kejadian future yang dialami dalam mimpi pada hari ini adalah amat pelik. Ada tak selain saya dan akai PC yang mengalami keadaan ini?

Pasal hantu.. tak pernah jumpa. Tapi saya rasa hantu memang wujud. Dengan mata kasar tak pernah jumpa. Pernah juga berharap nak jumpa tapi memang tak jumpa. Kot-kot esok jumpa... manalah tahu. Pernah bangun tengah malam keluar rumah nak tengok hantu.. tapi tak jumpa.. bintang banyak la kat langit.

One more thing. Saya sangat takut pada Misai Durjana kerana... berhati-hatilah semua... misai durjana seorang yang amat kejam sebenarnya... hehehe... gurau je bro..

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Junior Member

Status: Offline
Posts: 38
Date:

....sy tersenyum membaca post mengenai keyakinan sc......bukan apa.....sy nak kongsi info......mungkin ye ...mungkin tidak......3 bulan lepas kunci kereta sy hilang.....kwn sy suruh sy cari kat tempat tertentu...tapi 2 minggu selepas sy tukar kunci....kunci lama dijumpai semula di tempat yg dikatakan. Bulan lepas pula semasa sy nak buat persiapan bg hari keluarga company sy......kwn sy td bagi pandangan bahawa tarikh yg dicadangkan sesuai kerana cuaca dijangka tak hujan.....(betul pd hari berkenaan tak hujan)....Selepas beliau bg pandangan sy terus berseloroh bertanya pd dia.......harap harap SC boleh on balik ke.......mulanya secara seloroh dia kata benda dlm internet susah utk dia nampak.......tapi selepas gelak ketawa reda, sy tarik dia ke tempat lain dan tanya secara lebih serius (dia bukan pelabur sc).....beberapa minit kemudian dia kata dgn senyum.....sabar....nalurinya lebih kepada ada.......so sy pun tersenyum dan berkata dlm hati...tunggu / lihat je....ada rezeki adalah. ALLAH yg beri kita rezeki. ......


biggrin.gifbiggrin.gifbiggrin.gif

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 54
Date:

Sebenarnya ramai orang yang alami perkara yang saudara semua cakapkan...
Cuma kita sahaja yang tak dapat menjangkakannya...
Cuma saya pernah merasa/bermimpi/khayal... jadi orang yang senang...
Adakah itu akan terjadi... :)
Wallahu'alam.

__________________
REZEKI ALLAH ADA DI MANA MANA... SAYANGI SESAMA KAMU DAN JGN BERPECAH BELAH...


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

kerana PANDANGAN MATA SELALU MENIPU
PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH
PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU,

Maka kita perlu berikhlas hati berbincang dengan dengan rakan-rakan tentang sesuatu isu supaya kita tak sentiasa berada dalam kesilapan.

Dengan rakan-rakan yang baik, insyallah akan sikit sebanyak memperbaiki diri kita.

Sekian.

__________________
PU2


Moderator

Status: Offline
Posts: 635
Date:

Assalamualaikum semua....

Pada pendapat saya GABUNGAN antara (1) pandangan mata, (2) pandangan akal dan (3) pandangan hati....lebih BERKESAN berbanding dengan gabungan ke (3) dengan pandangan nafsu....

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri..melalui ketiga2 pandangan di atas kecuali nafsu...kita dapat melihat dengan dengan JELAS apa yang akan berlaku sebelum dan selepas sesuatu kejadian....

Tak dapatlah saya nak ceritakan di sini....tapi saya YAKIN ramai yg secara langsung dan tidak langsung pernah mengalaminya....

Teori yg akai pc beri memang boleh diterima kerana ada kebenarannya....cuba kita fikirkan bersama kenapa Allah s.w.t memerintahkan hambanya melakukan Solat Isthikarah sewaktu kita dalam kebuntuan untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu perkara yg kita kurang pasti atau tidak yakin??? Kemudian petunjuk akan terjadi melalui mimpi @ keadaan sedar yg berlaku keesokkannya ??? Fikirkanlah....

Wallahualam....Hanya DIA yang maha mengetahui...

-- Edited by PU2 at 13:21, 2007-09-01

__________________
......NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY.....
iki


Junior Member

Status: Offline
Posts: 31
Date:

assalammualaikum..
pendapat saya, kesemua pandangan di atas adalah saling memerlukan.yang paling penting ialah sejauh mana kita menggunakannya.semua pandangan tersebut adalah anugerah Allah. tak perlu dipertikai..sesungguhnya dunia adalah wayang saja tak perlulah kita sayang sangat..biasalah manusia tak akan cukup dengan apa yang ada sampai bila-bila...

sekian.
sekadar pendapat.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Assalam,

Stiap insan dianugrahkn akal, hati dan nafsu. Otak adalah pusat letaknya mklumat dan ilmu pngtahuan sseorg. Ktiga2 anugrah itu memerlukn fungsi otak utk mmainkn pranan masing2.

Apa akn jd pd akal jika kita tak masukkn mklumat dgn blajar ssuatu yg boleh mbri manfaat, apakh akal org yg ada blajar IT, sains dan tknologi sama dgn org yg tak blajar mngnainya.

Apakh hati kita akn tunduk dan mngagungkn kbsarn ALLAH jika kita tak masukkn mklumat ke dlm otak dgn mbc dan mmahami isi Quran kmudian masukkn mklumat visual, bunyi, rasa dan bau dr alam skeliling kita. Cuba kita fikir mngapa makin ramai org bkn islam sluruh dunia mula mndekati islam dan akhirnya mnganut islam? Krn mrka mmasukkn mklumat kdlm otak mreka tntang ajarn islam utk difikir oleh akal dan dihayati oleh hati sanubari mrka.

Kita lihat pula mngapa makin ramai rmaja belia islam ngra ini rosak akhlak dan tlibat dgn gjala sosiak dan jnayah..Krn otak mreka diisi dgn mklumat maksiat, maklumat yg mngajak mreka utk bsnang2 tak prlu bsusah2. Maka smua itu adalah mjd khdak nafsu mreka dan dgn adanya mklumat ngatif tsbut maka akal mreka pun disalahguna utk kreatif dan inovatif dlm hal2 yg boleh mrosakkn diri dan mnyusahkn org lain dan hati mreka disalahguna utk mpdaya org lain.

Jd, smuanya bpunca dr pnerimaan mklumat dan ilmu pngtahuan dlm otak stiap org. Jika mklumat negatif maka buruklh akibatnya pd sseorg. Jika mklumat tak cukup maka byklah kmungkinan utk brbuat silap. Dan smemangnya slagi kita hidup kita takkn akn sempurna dgn sgala mklumat dan ilmu pngtahuan. Kita msti trus mcari dan mngisi otak kita dgn mklumat yg positif dan btul spya kita dpt brusha utk trus mprbaiki diri.

Cabarn yg prlu kita hadapi adalah di skeliling kita pd hari ini byk mklumat yg boleh mrosakkn diri dan mlemahkn smangat kita utk mcari kbnarn. Jika kita mau akal, hati dan nafsu kita bjalan dan bfungsi dgn btul maka kita kna upgradekn otak kita stiap hari, jgn biarkn virus mrosakknnya krn jika otak rosak dan dipnuhi mklumat2 yg ngatif maka akal, hati dan nafsu akn rosak juga. Krn itu kita dibritau bhwa media mrupakn alat yg boleh mruntuhkn ssebuah ngra, bgsa, agama krn media adalah pnyampai mklumat dan ilmu kpd otak stiap org manusia. Krn itu dikatakn KNOWLEDGE IS POWER.

Smoga kita mngambil iktibar dan mmahaminya. Akal, hati dan nafsu bgantung pd otak dan apa yg tkandung di dlmnya dan bagaimana sseorg itu mbuat pngisiannya.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

cerita amende ni...peningla kepala aku....swisscash o swisscash....bukakla cepat web tu....duit aku da bnyk terbenam ni.......

__________________
hidup mesti ceria jangan berduka lara walaupun nampak macam dah terkena!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

anaksc wrote:

APAKAH PANDANGAN ANDA TERHADAP SESUATU PERKARA???

PANDAGAN MATA SELALU MENIPU
PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH
PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU

KESIMPULANNYA:
PANDANGLAH SESUATU PERKARA ITU DENGAN HATI YANG BERSIH DAN SUCI. JIKA ANDA TAK PASTI PANDANGAN ANDA DATANG DARI SINI JAWAPANNYA MUDAH SAJA SEPERTI DI ATAS SANA; SELALU MENIPU, SELALU TERSALAH DAN SELALU MELULU...

INGAT!!! PANDANGAN HATI ITULAH YANG HAKIKI KALAU HATI ITU BERSIH DAN SUCI
JUSTERU KATA NABI S.A.W. YANG BERMAKSUD; "BERSIH DAN SUCIKANLAH HATIMU DENGAN BANYAK MELALKUKAN IBADAH DAN AMAL SOLEH, MEMBACA AL-QURAN DAN MENGINGATI MATI".

WALLAHU A'LAM




Bonar yg amat... JGn plk buta ddunia & akhirat ...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard