Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: TOUGH HACKER dan 25% SETIAP BULAN DIBAYAR SAMPAI MATI (FOREVER)


Senior Member

Status: Offline
Posts: 175
Date:
TOUGH HACKER dan 25% SETIAP BULAN DIBAYAR SAMPAI MATI (FOREVER)


1. Dengar Cerita swisscash dilanggar oleh HACKERS PALING TOUGH / KUAT . banding dulu hackers hanya tanam virus trojan je kat website swisscash.biz . dan menyebakan bertukar kpd swisscash.net . Adakah ini benar ? Hackers ini siapa yg suruh buat kerjanya ? Mestilah org yang benci dgn kewujudan swisscash ? Siapakah pihak yg paling benci dgn swisscash ? Siapakah yg saman swisscash SMF ? Kenapa Amerika tak saman swisscash ?


2. Swisscash bayar 25% setiap bulan forever sampai mati selagi prinsipal tak withdraw. Adakah ini logik dan achievable ? JIKA ia logik , maka dont worry , ACF akan dibayar Okt nanti . KITA akan KAYA RAYA .....

Anak SC....sila KOMEN biggrin.gif

-- Edited by kekah at 02:58, 2007-08-27

__________________
KEKAH


Moderator

Status: Offline
Posts: 167
Date:

Akm kekah,

Dengar cerita sahaja, SC tak bgtau apa2 pun, hacker menyerang SC saban hari sejak dilancarkan SC bukan sekarang nih, ini semua cerita2 nak merosakkan SC, sebenarnya rebranding berlaku, Laman SC tak dibuka kerana hendak memberitahu rebranding sedang dilaksanakan kalau setakat hackers tuh boleh bukak server lain, SC dah tau dah dari dulu, backup mesti ader hackers nih pun ader banyak lagi boleh serang macam bank2 tuh, lagi banyak duit. Saman menyaman nih stail orang dah putus asa.

ASB pun bayar kurang 10% tiap2 tahun sampai mati jika tak kuarkan duit tuh, tetapi sebutan sampai mati tuh ader tak betul sikit sebab esok pun orang boleh mati (ajal siapa tahu) forever disini bermakna tiada had masa. Bank2 untung lebih 10% setiap hari dan keuntungan ini akan bank2 dapat setiap hari, setiap bulan, forever sampai mati. logik tak? kalau tak logik orang pun tak cipta telefon, forever sampai sekarang, cipta kapal terbang forever sampai sekarang.

Orang berniaga pun ader berjaya sampai dia mati sambung pulak oleh anak2 beranak. Yang hidup pasti mati, yang berniaga pasti tutup (yelah dah malam ke balik tido), Hasan Marican meninggal, petronas tetap orang lain jalankan. Tetapi hukum Allah dah tetap tiada yang kekal. Kaya raya pun adalah tidak kekal juga begitu kepada papa kedana dan miskin.

Silalah bagi info2 yang membina minda, berita2 terbaru SC, yelah apa2 makluman yang menunjukkan kematangan bicara setelah sekian lama forum ini beroperasi.

wassalam

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 42
Date:

Betul demo kata coming Okt. ni kita kaya... iskkk yg aku dengar buka dibayar secara total,,, tapiii 10% jerrr... itu yg aku dengar... sila sohehkan cerita ini...10%... tak kaya maner sgttlah malahan membebankannnn.. dok gituuu..

__________________
mthor


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

1. Dengar Cerita swisscash dilanggar oleh HACKERS PALING TOUGH / KUAT . banding dulu hackers hanya tanam virus trojan je kat website swisscash.biz . dan menyebakan bertukar kpd swisscash.net . Adakah ini benar ?
CERITA SC MEMANG TAK AKAN HABIS SELAGI BELUM TIBA TARIKH KERAMAT 1 OKT YANG AKAN MENJAWAB SEGALA PERSOALAN. SELEPAS TARIKH TERSEBUT DUNIA AKAN TAHU SAMADA SC AKAN TERUS HIDUP ATAU AKAN BERKUBUR DENGAN SEJARAH YG TAK AKAN DILUPAKAN OLEH SEMUA PELABUR SELURUH DUNIA. MASALAH HACKERS DAN APA SAHAJA ANDAIAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH SPEKULASI YANG DIMAINKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERANI BERCAKAP DAN ITU ADALAH HAK MEREKA YANG BOLEH KITA PERCAYAI ATAU SEBALIKNYA. PADA AKU SEBAGAI ANAK SC YANG BOLEH DIKATAKAN SAAT INI IALAH "ALANG-ALANG MANDI BIARLAH BASAH". KITA TUNGGU SAMPAI AKHIR KISAH.

Hackers ini siapa yg suruh buat kerjanya ? Mestilah org yang benci dgn kewujudan swisscash ? Siapakah pihak yg paling benci dgn swisscash ? Siapakah yg saman swisscash SMF ? Kenapa Amerika tak saman swisscash ?
ADAT DUNIA ADA YANG BAIK ADA YANG JAHAT, SEMUA ORANG ADA MASALAH DAN MEREKA AKAN SELESAIKAN MASALAH MEREKA MENGIKUT ILMU YANG ADA PADA MEREKA. JIKA MENUNTUT ILMU YANG BAIK, BAIKLAH JADINYA TAPI JIKA MENUNTUT ILMU DARI SYAITAN JADILAH DIA HAMBA SYAITAN. KISAH SIAPA NAK SAMAN SWISSCASH MENGIKUT FIRASAT AKU HANYALAH SUATU USAHA PIHAK TERTENTU YANG TERPAKSA BERBUAT DEMIKIAN KERANA ADA BANYAK KEPENTINGAN YANG PERLU DIJAGA MESKIPUN YANG MENYAMAN TU SENDIRI PUN DIANTARANYA MERUPAKAN SEBAHAGIAN PELABUR SC. INI PERMAINAN ORANG-ORANG POLITIK DAN VIP DALAM NEGARA YANG HANYA BOLEH DIFAHAMI OLEH MEREKA YANG BERFIKIRAN TERBUKA. MASALAH KENAPA AMERIKA TAK SAMAN SC ITU PUN ADA CERITA YANG TERSIRAT DISEBALIKNYA. KITA BOLEH DEDAHKAN SESUATU PERKARA YANG BENAR DAN SALAH APABILA KITA PUNYAI KEKUATAN DAN KEKUASAAN. HUKUM ALAM MENYATAKAN HANYA KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SAHAJA YANG AKAN MENUNJUKKAN HAKIKAT KEBENARAN DAN KEBATILAN. JADI BAGI MANUSIA MACAM KITA NI MUNGKIN RAMAI BERPENDAPAT UNTUK MENDAPATKAN KEKUATAN DAN KEKUASAAN PERLU ADA WANG, HARTA DAN KEKAYAAN KERANA ITULAH YANG DIKEJAR DARI DULU SAMPAI SEKARANG BAGI MEREKA YANG BERCITA-CITA UNTUK MEMILIKI KEKUATAN DAN KUASA. CUMA BAGI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA SELAIN DARIPADA SEMUA INI MEREKA JUGA PERLUKAN YANG MEMILIKI KEKUATAN DAN KEKUASAAN SEBENAR IAITU ALLAH SWT. SO KESIMPULANNYA ALLAH LAH TEMPAT PERGANTUNGAN KITA DAN DIWAKTU YANG SAMA KITA TIDAK LUPA UNTUK MENYEDIAKAN SEGALA SEBAB-SEBAB YANG BOLEH MEMBUKTIKAN BAHAWA KITA BERGANTUNG HANYA KEPADANYA. MAKNANYA SEBELUM KITA MENYERAHKAN SEGALA URUSAN KITA KEPADA ALLAH KITA PERLU LAKSANAKAN SEGALA TANGGUNGJAWAB KITA KHUSUSNYA YANG BERKAITAN DENGAN URUSAN DUNIA INI MELALUI ILMU YANG WAJIB KITA PELAJARI DALAM SEMUA BIDANG YANG ADA PADA HARI INI. JIKA KITA MALAS MENUNTUT ILMU MUDAHLAH KITA DITIPU DAN INILAH YANG TELAH BERLAKU SEJAK KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM YANG BERMULA DENGAN KERUNTUHAN DAULAH ISLAMIYAH DI TURKI SEHINGGALAH HARI INI UMAT ISLAM MASIH DIBELENGGU OLEH SISTEM JAHILIYYAH MODEN YANG MATLAMATNYA HANYA SATU IAITU; MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARIPADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH. INILAH TALI ALLAH YANG DIBACAKAN OLEH RASULLAH S.A.W. PADA HAJI WIDA' UNTUK DIPEGANG OLEH SELURUH UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN AGAR MEREKA TIDAK SESAT DALAM PERJALANAN MENCARI KEBENARAN.


2. Swisscash bayar 25% setiap bulan forever sampai mati selagi prinsipal tak withdraw. Adakah ini logik dan achievable ? JIKA ia logik , maka dont worry , ACF akan dibayar Okt nanti . KITA akan KAYA RAYA .....
SEMUA PERKARA AKAN MENJADI LOJIK JIKA ADA YANG MENGUSAHAKANNYA. BEGITULAH DENGAN PULANGAN 25% MALAH MUNGKIN LABIH DARI ITU JUGA ADALAH LOJIK KERANA DALAM ISLAM PUN ALLAH MENJANJIKAN 90% KEUNTUNGAN ADALAH DALAM PERNIAGAAN. JIKA PERNIAGAAN ITU DIUSAKAN DENGAN CARA YANG TELUS, JUJUR DAN TIDAK MENINDAS KEUNTUNGAN 25% ITU ADALAH WAJAR KERANA KITA CUMA BERMODALKAN DUIT MANAKALA PENGUSAHA PERLU BERUSAHA DENGAN SEGALA PENGALAMAN DAN ILMU YANG MEREKA ADA UNTUK MEMASTIKAN PULANGAN 25% DIBAYAR MENEPATI PERJANJIAN SELAGIMANA PENGUSAHA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN. MEMANG LUMRAH MENYATAKAN DALAM PERNIAGAAN ADA UNTUNG DAN RUGI NAMUN HAKIKATNYA BUAT APA MENERUSKAN PERNIAGAAN JIKA TIADA KEUNTUNGAN? INI MENJELASKAN BAHAWA APA SAHAJA PERNIAGAAN JIKA MASIH BERJALAN AKAN ADA KEUNTUNGAN CUMA KADARNYA BERBEZA MENGIKUT SAIZ PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN. SC ADALAH SUATU BENTUK PERNIAGAAN YANG PRODUKNYA ADALAH PELABURAN. SMF SEBAGAI SYARIKAT INDUK YANG MELAHIRKAN SC PUNYAI LATAR BELAKANG DAN SEJARAH KEJAYAAN YANG TERBUKTI MELALUI KEWUJUDANNYA HINGGA HARI INI (1948 - 2007). INI MEMBAWA ERTI BAHAWA SMF ADALAH SEBUAH SYARIKAT YANG SUDAH ESTABLISH. SAMA JUGA MACAM, SYARIKAT-SYARIKAT BESAR LAIN STATUS ESTABLISH MEMBUKTIKAN SESEBUAH SYARIKAT ITU TAK MUNGKIN AKAN JATUH MELAINKAN DENGAN SEBAB-SEBAB DILUAR JANGKAAN SEPERTI PENYELEWENGAN PEMEGANG AMANAH, BENCANA ALAM, RAMPASAN KUASA, DARURAT, PEPERANGAN DLL. KESIMPULANNYA MENURUT PANDANGAN SAYA (INGAT!! HANYA PANDANGAN SAYA - MUNGKIN BETUL MUNGKIN SALAH) SMF SEBAGAI SYARIKAT INDUK TAK MUNGKIN MEMBIARKAN SC MENJADI PENYEBAB KEPADA KRISIS KEYAKINAN PELABUR TERHADAPNYA HANYA DISEBABKAN OLEH PERMASALAHAN PELABUR SC YANG KINI SEDANG GOYAH DI ATAS PENUTUPAN LALUAN WEBSITE SC SELURUH NEGARA EKORAN SEBAB2 DILUAR JANGKAAN YANG SEDANG MELANDA. CUBA ANDA SEMUA LETAKKAN(BAYANGKAN) DIRI ANDA DIPIHAK PENGUSAHA(SMF) SEKARANG INI, APAKAH TINDAKAN PERTAMA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MEREDAKAN KEADAAN YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG INI? FIKIR-FIKIRKAN LAH..... WALLAHU A'LAM

__________________
"SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU. BERWASPADALAH KALIAN SEMUA AGAR TIDAK DIPATUK 2 KALI DALAM LUBANG YANG SAMA"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 175
Date:

Terima kasih ANAK SC .

JAWAPAN TUAN itu cukup padat dan MEYAKINKAN .. AYAT ayat Tuan tu macam ayat CFO SC ...CUKUP meyakinkan ..tapi lepas baca semua HUJAH tu terus PENGSAN .....SWISSCASH POWER .....biggrin.gif

-- Edited by kekah at 18:55, 2007-08-30

-- Edited by kekah at 14:40, 2007-09-05

__________________
KEKAH


Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

.......... tunggu..................

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 122
Date:

Naik juling mata baca ayat anaksc.. apa2 pun syabas anaksc.. keep on berforum:)

__________________
hari tidak selalu mendung..


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Anak SC dah power macam bapak SC..
Bravo! Bravo! tahniah...

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

ulasan yg cukup padat..... tahniah anaksc.....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

anak sc ni kepala otak dia kurang sikit dari kepala otak aku....kau memang bijak berkata kata....aku bagi hang 5 bintang......bagussss

__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Member

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Halo Anak SC, your words are motivating, Great, you increasing the confident level of people.
Thank You for your effort. Keep it up Anak SC.

SWISSCASH POWER

__________________
Pompinara Penang, Kalau Swisscash buka semula kita selamat, Kalau Tak Kita takkan mati, Life has to and will go on. CHEEEEERS!!!!!!!!!! Tuhan Maha Kaya.


Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

harap harap betulla apa yang dikata...hendaknya...teringin nak pegang duit banyak...huhu

__________________
hidup mesti ceria jangan berduka lara walaupun nampak macam dah terkena!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

Tunggu berita drpd SC lg bagus... bkn khabar angin jer. SC akan kembali OK tak lama lg...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard