SEGAMBUT 22 Ogos Seorang Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia maut digilis tren komuter ketika cuba melintas landasan keretapi berhampiran bulatan Segambut di sini, hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.54 pagi ini, mangsa, Adelina Zainuddin, 31, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan perut.
Mangsa yang dirempuh tren komuter yang dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Rawang di Kilometer 381.8 bersebelahan Pangsapuri Sri Putramas, diseret tren berkenaan sejauh kira-kira 100 meter.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, mangsa kemudian tercampak ke tepi landasan.
Mangsa yang datang dari arah kediamannya di Pangsapuri Sri Putramas cuba melintas landasan komuter menuju ke arah sebuah lorong tikus, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Zainuddin, sewaktu kejadian, pemandu tren komuter itu ternampak mangsa berdiri berdekatan landasan dan membunyikan hon sebagai tanda amaran tetapi wanita berkenaan tidak berganjak.
Bagaimanapun katanya, mangsa yang tidak mengendahkan amaran itu kemudiannya bertindak melintas landasan itu sejurus sebelum tren komuter sampai ke lokasi mangsa berdiri.
Setelah terlanggar mangsa, pemandu berkenaan memberhentikan trennya di stesen komuter Segambut dan terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, jelasnya.
Ujar Zainuddin, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
jangan kaitkan kematian seseorang dengan apa yang berlaku ke atas pelabur SC. adalah tidak elok untuk kita berburuk sangka ke atas si mati kerana ketentuannya sudah sampai, dan ketentuan kita semua masih lagi dalam ujian NYA. ajal maut seseorang di tangan Allah, bukan kerana doa atau maki hamun orang lain.
doakan agar roh beliau menerima ketentuan yang baik di sana.
topik ini tak sesuai untuk di komen lanjut kerana kita tak kenal pegawai tersebut dan boleh menimbulkan banyak persangkaan tak kira positif atau negatif dan ini terlalu sensitif untuk disentuh secara terbuka disini.
walau apapun kepada semua forumer yang tak sempat posting boleh ucapkan takziah dan sedekahkan AL-FATIHAH kepada roh beliau semoga dicucuri rahmat.