Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Datang Lagi...


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:
Datang Lagi...


Perjalanan forum ini sekali lagi diganggu dengan provokasi. Suka saya memaklumkan sekali lagi bahawa forum ini bernama Pasai-SwissCash dan sepatutnya saya dan kita semua hanya berbincang perkara berkaitan tajuknya sahaja.

Namun pada masa-masa provokasi, saya terpaksa menjawab dengan segenap cara bagi menutup mulut-mulut mereka. Memang kalau tidak dilayan mereka akan kurang minat dan akan meninggalkan kita tetapi tulisan mereka akan tertinggal di pikiran pembaca lain yang kurang pemahaman SC nya. Ini lebih buruk.

Saya juga atas dasar kebebasan menulis tidak sewenang-wenang membuat ban kepada penulis yang bukan favourite saya. Tetapi ada ketika tindakan itu perlu diambil untuk menyelamatkan yang lain.

Sama juga dengan perjalanan forum ini. Peringkat awal dulu, penyertaan anonymous dibenarkan. Kemudian kita ketatkan dengan capcha verification untuk menjadi ahli. Nampaknya capcha verification juga disalahguna oleh pihak bermasalah ini dan e-mail verification pula dikenakan.

Secara tak langsung, pembaca dan pencari maklumat yang ikhlas tak pasal-pasal terpaksa melalui proses lebih ketat untuk menyertai kita.

Bukankah ini menganiaya rakan lain...?

Jika email verification juga disalahguna, mungkin tindakan seterusnya ialah dengan mengetatkan ke tahap ADMIN APPROVED ONLY. Ini lebih menyusahkan.

Jika admin approved only pun di salahguna, SIDANG INI DITUTUP SAHAJA kepada orang baru. Hanya orang lama yang boleh teruskan penulisan di samping kita membuang sampah sarap yang ada.

Cuba kaitkan dengan apa yang berlaku kepada SC. Culprit-culprit semacam inilah yang menganiaya kita sebenarnya. Setelah pelbagai tindakan diambil SC untuk kemudahan pelaburnya, masih ada culprit yang mementingkan diri dan menyusahkan orang lain pula.

Entah apa masalah mereka kita tak tahu. Nak kata tak melabur, pasal apa masuk dan sibuk di sini, nak kata melabur pasal apa pulak menyusahkan diri sendiri buat provoke di sini..?

Kita tak minat nak ambil tahu sebenarnya. Lantaklah.

Maaf saya hulurkan kepada rakan-rakan yang ikhlas di sini.

Wassalam.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

saya amat setuju dengan cadangan pak admin iaitu option yang terakhir: 'buang sampah sarap dan stop kemasukan new member'..walaubagaimanapun segala apa keputusan yg dibuat oleh pak admin saya juga amat menyokongnya agar blog ini tidak dicemari oleh 'haiwan2' perosak terima kasih..biggrin.gif

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 361
Date:

Hmmm..... stop kemasukan new member... macam SC la pulak..... apa2 pun harap sdra pakai akai berbuat sesuatu yg patut demi blog dan forum ini.....

__________________
BUKA AKAL, BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA..... TENANGKAN DIRI.....


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

pelabur kecik wrote:

Hmmm..... stop kemasukan new member... macam SC la pulak..... apa2 pun harap sdra pakai akai berbuat sesuatu yg patut demi blog dan forum ini.....






Ia cuma contoh tindakan yang kita perlu ambil jika keadaan mendesak. Bukan bermakna begitu. Saya cuba kaitkan forum kita dengan apa yang berlaku dengan SC sekarang ini.

Sekian.

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 361
Date:

Saya faham sdra pakai akai..... mcm saya cakap ,buatlah yg terbaik untuk menjaga blog ini, saya pun rasa kurang selesa dengan kedatangan mereka ini, seperti kita bagi mereka masuk rumah kita pastu mereka komen macam2 ttg rumah kita....itu tak betul, sini senget... bukan tak leh komen tapi mesti berlapik dan berfakta.... dok gitu?

__________________
BUKA AKAL, BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA..... TENANGKAN DIRI.....


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

saya bersetuju sekiranya tuan admin ambik langkah admin approved only. rasanya saudara boleh kemukakan soalan berhubung SC, cuma investor sahaja boleh menjawab soalan tu. dlm pada itu cuma org-org spt ini sahaja yg patut diapprove dan perlu mematuhi prosedur yg sedikit ketat termasuk butiran diri. itu sahaja yg dapat membantu saya rasa.

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

Apa yang pihak admin buat adalah yang terbaik...sy sokong.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard