Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

Otai Member

Status: Offline
Posts: 188
Date:
KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

MELAKA 19 Julai Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam di Malaysia menguasai sebahagian besar ilmu dunia yang ada pada hari ini bagi membentuk umat yang benar-benar maju.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hal ini penting bagi membolehkan umat Islam mendepani kemajuan serta menjadi contoh kepada bangsa dan negara lain kerana itulah cabaran umat pada hari ini.

Sesungguhnya bidang-bidang ini amat diperlukan dalam kehidupan. Kita wajib menguasai ilmu perubatan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan umat.

Menguasai ilmu matematik untuk menguasai bidang kejuruteraan, arkitek, berjual beli, perbankan, falak, mengukur masa dan hal-hal muamalat. Begitulah dengan ilmu-ilmu lain termasuk ilmu pertanian, kata beliau.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri mengajak umat Islam di negara ini supaya sentiasa bersikap terbuka, positif, kreatif dan inovatif.

Beliau berkata, umat Islam bukan sahaja wajib tahu membaca al-Quran tetapi juga perlu memahami, meneliti, mengkaji dan memanfaatkan ilmu al-Quran untuk faedah umat Islam dan ummah manusia seluruhnya.

Inilah yang pernah dilakukan oleh ulama silam seperti Abu Qassim Al-Zahrawi, seorang pakar ENT (telinga, hidung dan tekak), onkologi, hemofilia dalam kitabnya yang terkenal iaitu At-Tasrif.

Abu Ali Hassan Haitham pakar opthomologi, Ibnu Sina bapa perubatan moden yang pakar dalam bidang rawatan selaput otak atau meningitis atau lain-lain ulama silam yang hebat, katanya.

Ini kerana, jelas Najib, ayat-ayat suci al-Quran yang menyuruh manusia merenung dan berfikir terhadap kejadian alam, mengisahkan tentang kejadian siang dan malam, matahari dan bulan yang beredar di dalam orbit masing-masing serta mengisahkan permulaan kejadian alam semesta.

Tambah beliau, kenyataan itu telah pun tersurat di dalam al-Quran lebih 1,400 tahun lalu walaupun ia baru ditemui dalam teori Big-Bang yang didukung oleh Albert Enstein.

Begitu juga dengan ilmu embriologi, proses kejadian manusia di dalam rahim ibu merupakan antara penemuan yang paling dikagumi oleh saintis sedangkan ia telah dinyatakan di dalam al-Quran, kata beliau.

Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri berkata, al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang masih kekal di tangan umat Islam hingga ke hari ini.

Keaslian dan kebenaran wahyu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W itu terus berkekalan untuk selamanya.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana masih lagi diberi nikmat kemanisan beriman dengan kitab suci al-Quran yang telah dibuktikan kebenarannya melalui penyelidikan dan penemuan oleh ilmu sains, katanya.

PENENBUSAN JALUR LEBAR 50%

PUTRAJAYA 19 Julai Kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkan kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar kepada 50 peratus daripada 5.5 juta isi rumah di negara ini menjelang tahun 2010.

-- Edited by alypower at 12:24, 2007-07-20

__________________

ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:
KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU..

Dalam Al Quran ada menyebut, "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka mengeluarkan jilbabnya (baju longgar yang menutupi kepala, dada) ke seluruh tubuh mereka", Yang demikian itu lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang", Al Quran, Surah Al Ahzab, ayat 59"

Bagaimana pula ditafsirkan ayat ini oleh TPM dan PM juga dan juga kebanyakan Mintri-Mintri di Malaysia...?

Satu lagi Ayat Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat..?, Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan", Al-Quran, As Soff, ayat 2 & 3.

Memang ilmu dunia penting untuk dikuasai, tetapi Ilmu AGAMA lebih penting lagi.... Sarjana Islam terdahulu tidak pernah mengasingkan ilmu dunia dan akhirat, kedua-duanya diperlukan untuk kesejahteraan. Mereka berjaya dalam kedua-dua bidang. Nama-nama mereka disebut-sebut hingga ke hari ini, jasa mereka mengalirkan pahala yang tidak henti-henti untuk mereka, walaupun mereka sudah lama meninggalkan dunia ini.

Kita yang yakin dengan Hari Mahsyar tentunya pernah dengar, antara soalan Allah SWT pada hari tersebut ialah "Hari ini siapa berkuasa...?" "Siapa Raja pada hari ini?, mana Raja-Raja (Penguasa) di Dunia..?". Kita pernah dengar barangkali dari ceramah-ceramah.

Dan dalam Al Fatihah yang kita baca dalam solat sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari, JELAS disebut,

Malikki yaum mid DEEN...."Raja pada Hari AGAMA" (Al Fatihah, ayat 4). Kenapa hari Agama yang disebut...? Bukan hari Bangsa, bukan Hari Kiamat, bukan Hari Mahsyar, bukan Hari Pembalasan atau Hari Titian Sirat...?

Kalau Hari Pahlawan, Pahlawan yang dirai, Hari Guru, Guru yang dirai, Hari Kanak-Kanak, Hari Ibu, Hari Bapa, Kanak-Kanak, Ibu, Bapa yang dirai, Hari Pekerja, Pekerja yang dirai dengan cuti satu hari.... Bagaimana dengan Hari Agama....?

Bukankah Agama yang akan bakal dirai.....????

Bagaimana kita nak ke sana dengan diberi penghormatan jika kita bukan salah seorang ahli yang di raikan pada hari keraian tersebut.....?

Masih dengan perjuangan Bangsa....? Kebangsaan...?

Moga Allah ampuni dosa-dosa kita yang lepas-lepas, dosa yang terkini, dosa yang dibuat secara terang-terang, dan dosa yang dibuat secara sembunyi-sembunyi....

Hanya Semangat Hari Jumaat dari saya yang banyak dosa ini..... Maafkan saya....

Selamat Hari Jumaat, Hari Mulia.....

Wassalam.

-- Edited by Pakai Akai at 13:18, 2007-07-20

Attachments
__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:
KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

Salam untuk semua.........

Maaf gangu Tuan Admin,

Saya rasa KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR lebih baik dimasukan ke Ruang Article.......ni ruang untuk Swisscash je.....Betul kan? Cuma pandangan je

P/S......hamba pacal yang hina

(Done, AWANBIRU... Terima kasih...)

p/s: "Sesungguhnya orang yang mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu..." Saya juga pacal yang hina....

-- Edited by Pakai Akai at 13:25, 2007-07-20

__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Huhhh..Najib ckap sja pndai,sndri blum btul jln nak ajar rkyt. Psal heli nuri tu kalo dia bg sokongn kat dwn rkyt nak tkar heli bru,2-3thn lepas dah bka tnder thn ni dah dpt gna.Pglima TUDM on aje sape tak nak heli bru. Aku tak caya sgt kat Najib tu,byk temberang..Entah2 konspirasi dia dan konco2nya yg jtuhkn ANWAR IBRAHIM dlu,tkut ANWAR jd PM tak dpt le dia naik dan buat bisnes diam2.Pak Lah snang le dia nak tendang sana sini,2X5 jgak tu msing2 ada kptgn.Maaf..Jgn caya kata aku ni,spekulasi je.Kalo ada mta tngok..Kalo ada tlinga dgar..Kalo ada mulut ckap..

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:
KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

sudahlah najib.... kwsn Pekan ko pun tgh bermasalah... nak citer bergegar2..... baru beli kapal selam dgn sukhoi, dah mati sorg kena letup..... nnt bila nk beli nuri plak, saper palk yg akan diletupkannyer..... klu betul apa yg dia ckp, nk org MELAYU maju dgn jlur lebar, naper abis semua nak disekat??? nielah janji org politik.... pd org2 yg mcm nie, satu aje aku nak pesan.... bersedialah dgn kekalahan dlm election akan dtg...........

__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:
RE: KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

kaya coz sc wrote:

pekan ngan kuantan tak jauh tu

-- Edited by misai durjana at 20:50, 2007-07-20

__________________
aku

Senior Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:
RE: KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

kaya coz sc ..jgn sja saudara ckp kat sini ..tpi bila tiba masanya nanti saudara jga undi dia..yang penting bila ckp biar wat betul2 bila tiba masanya ..supaya depa tau bertapa seriusnya depa dok sekat hak rakyat..jthkan mereka yang menyekat hak rakyat jangan ckp lps tu pangkah jga furious.giffurious.giffurious.gif

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:
KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

jgn cuba cabar aku.....

__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:
RE: KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

Justeru, Timbalan Perdana Menteri mengajak umat Islam di negara ini supaya sentiasa bersikap terbuka, positif, kreatif dan inovatif.

Beliau berkata, umat Islam bukan sahaja wajib tahu membaca al-Quran tetapi juga perlu memahami, meneliti, mengkaji dan memanfaatkan ilmu al-Quran untuk faedah umat Islam dan ummah manusia seluruhnya.
_____________________________________________________________________________

najib sendiri tak nak bersikap terbuka,inovatif,positif...nak ajak orang konon. piiirah..cakap tak serupa bikin.

oii pak najib..kami memang cuba nak memahami, meneliti, mengkaji dan memanfaatkan ilmu al-quran untuk faedah umat islam dan manusia seluruhnya. tapi kalau kami takda duit macamana nak jalan apa yang kami faham tu. nak dapatkan ilmu perlu belajar tinggi-tinggi PHD kena ada duit ribu-ribu, nak praktikkan ilmu tu juga kena ada duit ribu-ribu baru boleh buat. ingat kami ni anak keturunan orang kaya ke macam kau tu yang lahir ke dunia terus nampak mercedes dan banglo besar serta duit juta-juta keturunan kau dalam bank untuk diwarisi oleh kau. sebab tak da duit le kami melabur dalam swisscash supaya kami tak berhutang dan terhutang budi ngan kerajaan. dan kami boleh maju ke depan tanpa tongkat dan mengharap bantuan dari kerajaan kau tu. kerajaan kau pun ada cakap jangan mengharap bantuan dari kerajaan dan dulu pun kerajaan kau ada cakap jangan mengharapkan subsidi dari kerajaan, pasal tu le kau potong subsidi minyak supaya bagi pengajaran sikit kat rakyat supaya berdikari nak cari pendapatan lebih. jadi kami berdikari lah cari peluang perniagaan, mula-mula jumpa MLM tapi tak lama kami lingkup. lepas tu jumpa pelaburan luar negara SWISSCASH, alhamdulillah kami dah dapat apa yang kami nak dan kami dapat berdikari tanpa mengharap belas ihsan kerajaan, pinjaman bank, pinjaman along, bantuan bersamamu TV3 dan sebagainya tu...kami bukannya nak kaya dengan kerja rasuah, dapat komisen dari tender, menyeleweng duit KWSP-Tabung Haji, dapatkan AP,curi besi tiang pencawang komunikasi, curi tembaga TNB, jual pil khayal, jual dadah, cukai arak, cukai judi nombor ekor, cukai rokok dan apa saja pendapatan yang diperoleh secara haram tetapi dihalalkan yang kami tak nampak dikerjakan oleh kau orang tu. kami hanya melabur di SWISSCASH yang secara terang-terang, jelas dan jujur memberitahu bidang apa yang mereka usahakan dengan duit pelaburan kami tu. itu saja yang kami buat, bukannya kami menyusahkan orang lain, mencuri duit orang lain, menganiaya orang lain, menipu orang lain...

patut pun sejak bebarapa tahun kebelakangan ni macam-macam bala berlaku di negara kita..ada sesuatu yang tidak kena dah dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang zalim dan yang kena semua rakyat kerana rakyat hanya diam saja tidak mahu menegur dan tampil ke hadapan menyatakan kebenaran yang tersurat dan tersirat.

SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAHI, WALAILAHAILLAHLLAH ALLAHUAKHBAR. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. aku berlindung dengan nama ALLAH dari kejahatan dunia dan fitnah di akhir zaman.

__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:
RE: KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

kaya coz sc wrote:

sudahlah najib.... kwsn Pekan ko pun tgh bermasalah... nak citer bergegar2..... baru beli kapal selam dgn sukhoi, dah mati sorg kena letup..... nnt bila nk beli nuri plak, saper palk yg akan diletupkannyer..... klu betul apa yg dia ckp, nk org MELAYU maju dgn jlur lebar, naper abis semua nak disekat??? nielah janji org politik.... pd org2 yg mcm nie, satu aje aku nak pesan.... bersedialah dgn kekalahan dlm election akan dtg...........

alo geng.. aku rasa ni isu sensitif, tak sesuai la ko tulis kat sini. skrg ni kebanyakan blog sedang dipantau, aku rasa eloklah ko edit smula post ko mana yang tak sesuai tu

-- Edited by misai durjana at 20:53, 2007-07-20

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 361
Date:
RE: KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

misai durjana wrote:

Salam ukhuwwah... ala tok misai, kalo dia nak tutup blog nih mcm2 alasan mereka boleh reka.... yg betul pun boleh jadi salah..... Kadang2 rasa bagus juga topik2 cam ni..... kalau dapat topik..... "100,000 pelabur SC dan 25000 pelabur JNSSB sedia undi pihak alternatif...." haaaaaa, mau terkunjat pemimpin negara..... banyak tu wooo

__________________
BUKA AKAL, BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA..... TENANGKAN DIRI.....

Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

100,000 + 25000, ramai tuh..boleh majoriti dibuatnya, blum campur yang lain lain skim lagi (tak nak sebut nama)..tul lah ko cakap, bleh bungkus dibuatnya diorang tu

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:
KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

125,000 org ngundi alternatif...... bagus...bagus.... aku rasa tuelah yg sebaik2nyer skrg... tue belum dicampur org yg mmg ngundi alternatif......

__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:
RE: KUASAI ILMU DUNIA UTK MAJU & PENEMBUSAN JALUR LEBAR

tapi dalam tu dah memang ada pengundi setia alternatif dari dulu lagi

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard