Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MENJANA PENDAPATAN PELABUR SC MELALUI KOPERASI


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:
MENJANA PENDAPATAN PELABUR SC MELALUI KOPERASI


Salam untuk semua.....................

Rujuk : Post saya di dalam RUANG BINCANG (SWISSCASH POWER)

Sebenarnya saya sudah memerhati blog PASAI-SWISSCASH sejak versi lama lagi. Dan saya juga boleh diketogori sebab pembaca atau pemerhati, jarang saya memberi pendapat. Dah banyak blog yang saya tinjau sebagai contohnya PASAI-SWISSCASH, NOGOLD, MMG dan mcm-mcm lagi didalam internet. Dari kesemuanya membuka forum untuk dibincangkan. Apa yang saya nak ke tengahkan ni, dari kesemua blog-blog tersebut tiada satu pun yang mengujudkan sesuatu yang luarbiasa. Semua perbincangan tertumpu kepada investment internet. Sedar ataupun tidak blog PASAI-SWISSCASH telah mengujudkan satu rangkaian networking yang terbesar dalam masa beberapa bulan. Pelabur - pelabur SC bersatu di dalam blog ini.Kalau kita translate kepada dunia perniagaan, ia merupakan satu pasaran yang besar dan boleh diperluaskan. Izinkan saya memberi sedikit cadangan. Kalau kita menyediakan satu platform untuk membincangkan investment scam kita akan jadi seperti NOGOLD, SILAPBESAR dan DKT. Undang2 telah menghadkannya. Tetapi jika semua pelabur SC di dalam blog ini mengujudkan satu ruang perniagaan yang sah, saya rasa semua akan menyokong (Pendapat saya saje....)

Sebenarnya SC telah buka ruang seluas-luasnya kepada pelabur SC, dari dunia tanpa sempadan, ICT, money loundrey, dan mcm2 lagi paradigma yang telah dilakukan SC secara langsung atau tidak. Pelabur SC bersatu di dalam blog ini (dah ada 20K), kesempatan ini saya mencadangkan jika tidak menjadi halangan tuan punya blog mengujudkan ruang perniagaan dengan di mulai satu koperasi yang lahir bagi membuka ruang untuk kita jual produk seperti produk IKS dikalangan ahli-ahli blog. Perniagaan yang sah disisi undang-undang. Kita menzahirkan perniagaan sah secara global. Di dalam blog ini terdapat dikalangan profesional, berkelulusan tinggi dan berbagai-bagai cabang perkerjaan. Dari idea-idea ini kita boleh merancang dan memulakan startegi perniagaan. Seperti mana kita mula-mula join SC, kita merangka pelaburan, mengatur strategik, mempromosi dan mcm2 lagi. Semua ini sudah ada pada kita. SC dah bagi ilmu secara tak langsung. Tapi mengapa kita tak laksanakan di dalam dunia perniagaan yang sah. Saya setuju dengan pendapat Pelabur SC di dalam blog ini supaya diujudkan kesatuan. Secara tak langsung dengan cara ini, kita boleh mengujudkan koperasi untuk Pelabur SC semua.......

Renungkan dan fikirkan. Selama ini kita sanggup menhadapi risiko sehingga ke tahap ini. SC telah bagi kita ketahanan mental yang tinggi apabila kita melabur dalam SC. Bermcm-mcm dugaan kita hadapi. Tak sanggup ke kita menzahirkanya kempali untuk perniagaan yang sah?

P/S....hamba pacal yang hina

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

salam,
saya akan fikir secara serius dan akan makan masa sedikit,sama ada setuju atau tidak.

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

Cadangan yang memang baik. Pernah dibincangkan sebelum ini dan insyallah kita akan membuka pintu itu apabila masanya sampai nanti.

Jika ada sukarelawan sudi memantau dan mengendali, saya alu-alukan.

Selewat-lewatnya, jika blog ini masih mendapat sambutan nanti, kita akan lakukannya Oktober tahun ini. Tetapi jika di awalkan pun mungkin bagus juga.

Kita tunggu lagi... Hingga sesuai masanya...

Terima kasih...

-- Edited by Pakai Akai at 21:32, 2007-07-18

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

Salam

Satu idea yang baik.... terutama sekali selepas kita ada capital yang mantap, hopefully bulan oktober nih

__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Newbie

Status: Offline
Posts: 7
Date:

siapa nak belijual epoint ikut pasaran

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:

Salam untuk semua..........

Sedikit maklumat penubuhan koperasi.....boleh dibincangkan di sini

Definasi
Pembangunan Syarikat Kerjasama Berhad di Malaysia adalah di bawah kawalan Pendaftar Koperasi Malaysia. Jabatan Koperasi, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sesuatu kumpulan bolehlah memohon kepada pihak Pendaftar Koperasi tersebut untuk mendaftarkan sesebuah syarikat kerjasama serbaguna berhad. Apabila ditubuhkan, koperasi ini akan mempunyai sifat-sifat yang sama seperti syarikat awam berhad.

Syarikat kerjasama adalah sesuai untuk satu golongan Masyarakat yang mempunyai pekerjaan dan keperluan yang sama seperti nelayan, petani, guru dan pekerja-pekerja kilang. Mereka ini tidak perlu modal besar tetapi yang utamanya ialah bilangan ramai iaitu lebih daripada 100 orang ahli. Ahli-ahli mengeluarkan modal dengan cara caruman pada tiap-tiap bulan atau pada tiap-tiap kali mereka menerima pendapatan.

Liabiliti
Liabiliti yang dikenakan keatas ahli-ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan ke dalam syarikat. Sekiranya syarikat ini bankrap, ahli-ahli akan kehilangan modal yang dilaburkan itu. Mengikut prinsip kerjasama apa yang diutamakan ialah keperluan bersama di antara ahli-ahli syarikat tersebut. Misalnya nelayan-nelayan memerlukan air batu untuk menyimpan bekalan barang-barang dengan harta yang berpatutan. Oleh itu, mereka bolehlah menubuhkan syarikat kerjasama untuk keperluan mereka dan membuka keahliannya kepada semua pihak menjadi pelanggan di kedai di kawasan mereka.

Dividen dan Keuntungan Syarikat
Oleh sebab perkara kepentingan bersama ini diutamakan maka di dalam undang-undang syarikat kerjasama lazimnya terdapatlah undang-undang bahawa pembahagian laba (dicidend) itu dihadkan tidak lebih daripada 10% pada tiap-tiap tahun. Sebaliknya keuntungan syarikat tersebut akan digunakan untuk kebajikan ahli-ahli dengan cara lain umpamanya dengan memberi biasiswa kepada anak ahli-ahli syarikat tersebut.

Liabiliti Syarikat
Syarikat kerjasama dikecualikan daripada bayaran cukai jika syarikat tersebut mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh undang-undang ini adalah hak istimewa yang menjadikan syarikat kerjasama ini lebih menarik daripada syarikat awamm atau syarikat sendirian berhad. Jadi bagi mereka yang tidak mempunyai banyak modal dan tidak berhadapan kepada pembahagian laba di dalam satu-satu perniagaan itu, syarikat kerjasamalah yang sesuai dimasuki.

Pendaftaran
Bayaran bagi mendaftarkan syarikat kerjasama ini adalah kecil. Bolehlah dikatakan bahawa perbelanjaannya banyak untuk bayaran mencetak undang-undang kecilnya (bye-law) sahaja.

Hak Milik
Seseorang ahli syarikat kerjasama mempunyai satu undi sahaja di dalam mesyuarat agong syarikat tersebut. Walaupun ia mempunyai lebih banyak modal daripada yang lain-lainnya.

Ini adalah sangat berbeza dengan syarikat awam atau syarikat sendirian berhad kerana di dalam syarikat-syarikat ini, bilangan undi yang dipunyai oleh seseorang ahli tertakluk kepada bilangan saham yang dimilikinya.

Kebaikannya
1. Mudah untuk ditubuhkan
2. Bayaran Pendaftaran yang kecil
3. Liabiliti ahli-ahli terhad kepada modal yang dilaburkan
4. Bergerak atas prinsip keperluan dan kebaikan serta kepentingan bersama
5. Dikecualikan daripada bayaran cukai dengan syarat ianya mematuhi perundangan yang
telah ditentukan
6. Modal yang diperlukan ialah secara caruman daripada ahli dengan itu mudah diperoleh

Keburukannya
1. Pembahagian dividen dihadkan tidak lebih daripada 10% setahun
2. Tiap-tiap ahli berhak untuk satu undi sahaja, tidak jumlah modal yang dilaburkan
3. Hanya boleh ditubuhkan dengan bilangan ahli lebih 100 orang

P/S.....hamba pacal yang hina

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Assalam,

Memang ada kperluan yg sgt pnting utk kita tubuh koperasi bg mbangunkn eknomi bumiptra tanpa mharap subsidi dan bantuan kwangn phak lain.

Ya..Memang dgn pulangn SC kita boleh bdikari tp msti ada pjuangn utk bgsa, agma dan ngra. Utk tujuan itu kita kna bsatu, sgguhpun masing2 klak mgkn ada pniagaan sdiri mgapa kita tidak mperkukuhkn barisn kita spy mpnyai rangkaian dan jaringn pniagaan yg luas mlalui koperasi. Cina dah lama buat pkara ni. Mrka ada bisnes sndri tp mrka juga ada psatuan sndri dan mpnyai rangkaian niaga di tmpat2 lain.

Koperasi ni akn mgabungkn kita yg dtg dr pelbagai ngri. Pusat koperasi kita mgkin boleh di letak di KL contohnya, stiap ahli akn mbri modal bagi mbgnkn pusat koperasi itu.

Disamping mpunyai pniagaan di ngri masing2,stiap ahli boleh mpromosi dan mpknalkn produk mreka di KL mlalui koperasi ini. Jika ada pameran pringkat kbangsaan utk mpknalkn produk HALAL atau IKS ke, koperasi kita boleh ikut srta. Kita juga boleh guna satu jenama utk stiap produk masing2 yg dipromosi mlalui koperasi ini.Bahkn produk2 stiap ahli koperasi boleh kita promosikn dan jual di ngri masing2 mgunakn satu jnama krn jnama ini adalah lambang prpaduan pniagaan kita.Ini akn mbantu pkembangn pniagaan stiap ahli koperasi.

Bahkn kita boleh berkembang mjd syrikat MLM, hnya produk2 yg tbaik dan trpilih sja akn tsnarai dlm MLM ini krn ia mmentingkn kualiti. Kita boleh bmula dr bwh,kita lihat CNI.Ini syrikat cina pnya tp ramai jga org mlayu dan bumi jd ahli. Dulu produk mrka tak byk tp skrg mcm2. Ahli2 dan pmodal mreka ada pniagaan sndri dan mpunyai keluarn masing2 tp mrka jual atas satu jnama CNI.

Kita sbnarnya boleh juga buat mcm tu jika kita bnar2 jujur,ikhlas dan mpunyai kyakinan diri utk mbgn.Kita ambil cth,slpas 10thn lebih hri ini CNI tlah mbntu ramai org dlm bniaga sndri dgn satu jnama,dan mpnyai mtlamat bkhidmat utk msyarakat. Hri ini CNI tsnarai dlm papan bursa.

Sya bkn nak promosi CNI,sya bkn ahli CNI pun tp sya bli mnyak enjin motobest mlalui keahlian mmber sya.Yg dpt pointnya nnti mmber sya jgak. Sya cuma nak kita ambil iktibar. Jika kita bsatu dan bkongsi modal,pd msa yg sama jga mmiliki pniagaan sdri. Kita boleh bmula dgn koperasi sbgai platform utk rangkaian pniagaan kita ke stiap ngeri dan tmpat masing2. Kita boleh bantu ahli2 kita promosi dan jual produk di tmpat lain.



__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:

Salam untuk semua

Saya sangat setuju dengan dengan pandangan saudara Akai PC. Saya berharap sangat kepada ahli2 forum ini untuk memberi pendapat, pandangan dan cadangan. Kalau boleh dengan risiko serta implikasinya sekali. Kita mulakan di dalam forum ini sebelum kita implimintasinya ke dunia nyata.

DIHARAP KEPADA AHLI-AHLI FORUM TIDAK KIRA SAMADA BARU ATAU LAMA BAGILAH PENDAPAT, CADANGAN, RISIKO ATAU APA2 SEKALI PUN BAGI KITA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA KITA.

P/S.....hamba pacal yang hina

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

Salam...

Idea yang bagus. Cuma jangan jadikan ini sebagai idea saja. Perlu digerakkan menjadi kenyataan. Kita boleh mulakan dengan sesi "brainstorming" dulu. Lepas tu "set up" satu kumpulan "pioneer group" untuk menggerakkannya menjadi realiti. Mana tau berkat usaha murni dan daya juang yang kita ada ni mungkin memberikan kejayaan. Ciri-ciri keusahawanan dah pun ada ...........

http://nazrism.blogspot.com

Attachments
__________________
BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN


Otai Member

Status: Offline
Posts: 361
Date:

Salam ukhuwwah..... saya menyokong penuh cadangan penubuhan koop ini dan harap agar ia menjadi kenyataan. Cuma diharap apa2 cadangan terutama yg berbentuk positif perlu dikaji dengan lebih mendalam.
Terus terang, saya tidak mahir dalam hal2 begini ,diharap kita bincang benda ini dengan sewajarnya dan membuat penyelidikan terperinci supaya ianya menjadi kenyataan.
Buat masa sekarang, kita patut bincang dulu perkara ini, dan seperti kata sdra awanbiru, pendapat semua ahli diperlukan sebelum langkah selanjutnya. Idea2 dan apa2 yang positif dan negatif perlu supaya cadangan yang bagus ini tidak berhenti separuh jalan.
Saya yakin, jika kita benar2 bersatu dan benar2 ikhlas dlm pembentukan koop ini, Insya Allah, ianya kana menjadi kenyataan.....

__________________
BUKA AKAL, BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA..... TENANGKAN DIRI.....


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

salam,
satelah memikirkan agak lama perkara yang di cadangkan itu,saya
mengambil keputusan tidak akan ikut serta lagi dalam perbincangan
ini,dan justeru itu saya secara peribadi tidak setuju diadakan "KOPERASI".
walau bagaimanapun, saya mendoakan kejayaan saudara2 sekelian.

wassalam


__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Otai Member

Status: Offline
Posts: 361
Date:

Salam ukhuwwah.... tak pe En.Hamid... itu pandangan peribadi sdra... lagipun perkara ini masih diperingkat perbincangan.....
Saya nak tambah lagi pendapat saya, sebab rasanya bukan senang nak buka koop ni, bercakap n atas kertas memang mudah, sbb tu saya harap perkara ini dibincangkan dengan teliti dan seboleh2nya biarlah ada mereka yg betul2 pakar dlm hal ini.
Saya tak mahu bila perkara ini dah dibincangkan dan jika ramai setuju dan dilaksanakan...tup2 tak sampai separuh jalan dah terbengkalai.....
Sebab itu saya setuju...tapi biarlah dengan kesungguhan dan cara yang betul...
Saya setuju, tapi perlu dilihat dahulu bagaimana pelaksanaannya dan apa yang ditawarkan....
Saya setuju, tapi tengok apa kebaikan yang akan dibawa kepada ahli khususnya dan kepada semua orang amnya...
Jika benar ia menjadi kenyataan, biarlah ia menjadi sesuatu yg berguna kepada semua dan bukan hanya di kalangan kita sahaja....











__________________
BUKA AKAL, BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA..... TENANGKAN DIRI.....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 125
Date:

pelabur kecik wrote:

Salam ukhuwwah.... tak pe En.Hamid... itu pandangan peribadi sdra... lagipun perkara ini masih diperingkat perbincangan.....
Saya nak tambah lagi pendapat saya, sebab rasanya bukan senang nak buka koop ni, bercakap n atas kertas memang mudah, sbb tu saya harap perkara ini dibincangkan dengan teliti dan seboleh2nya biarlah ada mereka yg betul2 pakar dlm hal ini.
Saya tak mahu bila perkara ini dah dibincangkan dan jika ramai setuju dan dilaksanakan...tup2 tak sampai separuh jalan dah terbengkalai.....
Sebab itu saya setuju...tapi biarlah dengan kesungguhan dan cara yang betul...
Saya setuju, tapi perlu dilihat dahulu bagaimana pelaksanaannya dan apa yang ditawarkan....
Saya setuju, tapi tengok apa kebaikan yang akan dibawa kepada ahli khususnya dan kepada semua orang amnya...
Jika benar ia menjadi kenyataan, biarlah ia menjadi sesuatu yg berguna kepada semua dan bukan hanya di kalangan kita sahaja....












cadangan yg bagus, banyak perkara perlu d buat, tubuhkan 1 team pengurusan yg berpengalaman , buat kertas kerja, bg saya kalau kena tax oleh krjn pun ok, yg penting dpat jana pendapatan utk menyara keluarga tercinta.

__________________
Akai ada


Junior Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

SALAM....

SAHABAT-SAHABATKU SAKALIAN

TAK SEMESTINYA TUBUH KOPERASI.

YANG PENTING .... KITA BERSAMA-SAMA MEMBINA SATU GABUNGAN SAMADA SECARA "VIRTUAL" ATAU FIZIKAL. CONTOHNYA MCM DK TEAM... WUJUD SECARA "VIRTUAL" DAN JUGA FIZIKAL.

SEMUA NI BOLEH DILAKUKAN DLM DUNIA TANPA SEMPADAN NI. BARU LE EN HAMID ATAU SESIAPA SAJA SELAIN ORG KAT M'SIA NI BOLEH JOIN.

APAPUN .... TINDAKAN PERMULAAN PERLU DILAKUKAN UTK IMPIAN INI MENJADI KENYATAAN.

Attachments
__________________
BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN


Junior Member

Status: Offline
Posts: 48
Date:

assalam,
satu cadangan yang baik yang berdaya maju..... tapi pada pandangan saya tak semua orang ade skill or born to be trader...... sebab bidang nee is highly competative..... secara umumnya saya rasa kita semua ade skil melabur dlam semua bidang dan kita semua faham benefit dan risikonya, adalah lebih baik jika koperasi ini berlandaskan sesuatu yang hampir dengan pelaburan........ sebagai contoh dengan kejatuhan UL kita dalam etrading telah membuka peluang oleh UL diluar untuk mengisi kekosongan itu ..... dan dalam penelitian saya networking mereka bertambah besar....... let go to blue ocean bukan to red ocean ......

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

salam,

Saya bersetuju denagn cadangan ini.... diharapkan setiap member dinegeri masing-masing memberikan sokongan bila koop ini berjaya dilancarkan....maklumlah lani banyak sektor sedang merundum.......

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 79
Date:

disamping menerima berita2 yg baru dari swisscash apa salahnya ita wujudkan satu lagi ruangan untuk member swisscash menjalankan perniagaan selain dari swisscash...maksudnya biz yg lain dgn modal yg kecik...

__________________
sorry ye..he..he..

<<<<<<<Letak Iklan Percuma | PR5 Di Google>>>>>>>>


Member

Status: Offline
Posts: 79
Date:

cry.gifweirdface.gifbleh.gifidea.gifblankstare.gifwink.giffurious.gifbiggrin.gifhanya cadangan bukan permintaan

__________________
sorry ye..he..he..

<<<<<<<Letak Iklan Percuma | PR5 Di Google>>>>>>>>


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

emmnazady wrote:

cry.gifweirdface.gifbleh.gifidea.gifblankstare.gifwink.giffurious.gifbiggrin.gifhanya cadangan bukan permintaan





Salam.
Perkara ini telah pun di bincangkan sebelum ini. Walau pun niatnya baik, saya rasa ia tidak sesuai dibincangkan dlm forum ini. Al maklumlah, bila dah ramai orang banyaklah ragam dan ini boleh memporak-porandakan forum ini dan menyebabkan ianya melencong dari tujuan asal.

Mungkin boleh di bincangkan dalam forum yang berasingan. Untuk ingatan bersama, forum ini juga mungkin di pantau oleh ... 'u know who' ...

Sekadar pandangan ikhlas. Tapi kalau tak suka, berilah pandangan lain yg lebih membina.

__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

bagi pandangan saya platform SC telah cukup mantab utk kita ambil kesempatan
utk buat network,keyakinan yang ada tinggi walaupun ada masaalah,ini tak berlaku
pada pelaburan2 yang lain,bila timbul saja masaalah,semua pelabur2 senyap2 hilangkan
diri,point2 yang ada langsung tak ada harga,tapi beza dgn SC epoint kita masih ada
permintaan,nilainya tetap 1 epoint = 1 USD.
NASIHAT SAYA LUPAKANLAH NAK PROMOTE BENDA BARU BUAT SEMENTARA INI.OKT PASTI MENJELANG.INSHAALLAH.

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Moderator

Status: Offline
Posts: 456
Date:

Hamid,

bagi pandangan saya platform SC telah cukup mantab utk kita ambil kesempatan
utk buat network,keyakinan yang ada tinggi walaupun ada masaalah,ini tak berlaku
pada pelaburan2 yang lain,bila timbul saja masaalah,semua pelabur2 senyap2 hilangkan
diri,point2 yang ada langsung tak ada harga,tapi beza dgn SC epoint kita masih ada
permintaan,nilainya tetap 1 epoint = 1 USD.
NASIHAT SAYA LUPAKANLAH NAK PROMOTE BENDA BARU BUAT SEMENTARA INI.OKT PASTI MENJELANG.INSHAALLAH.
------------------------------------

Saya bukan lah pak turut, tapi saya setuju dgn Pak Hamid. Kebanyakan investment on-line lain selalu nya menemui jalan gagal. 95% memang scam. Jika merujuk kepada Non HYIP investment s/cash mendapat sambutan paling hangat. Sabarlah sehingga Okt.Investment di dunia nyata pula terlalu banyak rintangan seperti yang kita mengalami sekarang, terlalu banyak emosi negatif yg di pamerkan oleh Kerajaan . S/cash the BEST BET now untuk mendapat hasil yang lebih.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

Fikir-fikirfrustrated.gif

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 222
Date:

Sementara menunggu SC buka....saya ada peluang cuba layar web ini http://

-- Edited by misai durjana at 00:11, 2007-09-21

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

DEEN wrote:

Sementara menunggu SC buka....saya ada peluang cuba layar web ini http://

-- Edited by misai durjana at 00:11, 2007-09-21





maaf sdr deen..dilarang promote biz lain di sini...smile.gif


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard