Ini hanya satu perbincangan sebagai satu pengalaman dan pendapat atas tajuk yang ingin saya kemukakan ini. Sebelum saya membuat investment dalam SC, saya telah mengenali akan program kewangan di oversea bank yang menjanjikan pulangan yang terbaik untuk orang-orang tertentu atas jemputan untuk menyertai Roll Over Program (ROP). Program ini hanya terbuka kepada individu yang mempunyai USD1 Million ke atas dan di sertai atas jemputan bank sahaja. Ini bermaksud untuk golongan korporat-korporat atau individu-individu yang memang telah kaya. ROP memang tidak dibenarkan di bank-bank Malaysia. Tetapi individu-individu Malaysia yang kaya raya menyertai program ini di bank-bank di oversea. Pulangan yang mereka perolehi membolehkan mereka menyertai segala projek di Malaysia yang memerlukan kewangan yang besar.
Jadi untuk individu seperti kita yang hanya makan gaji dengan kerajaan, swasta atau orang-orang yang hanya bermodal kecil dalam perniagaan, apalah yang kita harapkan peluang kita untuk berjaya lebih besar. Nak minta loan bank juta-jutapun tak di pandangnya oleh bank. Walau kemampuan pelajaran, pengalaman kerja atau apa saja kemahiran, tanpa peluang berkroni dengan pimpinan kerajaan sekarang, jangan diharap untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan atau mendapat pinjaman dari bank.
ROP menjanjikan pulangan setiap sebulan seperti 10 bulan, 15 bulan, 2 tahun atau sebagai nya seperti yang ditetapkan oleh bank atas invitation. Dengan syarat wang kita yang million tu, di 'tag' selama tempoh setahun atau lebih ikut perjanjian bank. Maksud saya, peluang begini tebuka untu orang yang kaya yang duit bermillion boleh buat bermillion-million lagi.
Ini lah yang dikatakan oleh Swiss Mutual Fund, selama ini mereka telah membantu golongan korporat berjaya dalam urusan kewangan mereka dan dalam internet booming ini , mereka turun ke seluruh pelusuk dunia untuk membantu individu-individu yang di bawah ini untuk mencapai tahap kebebasan kewangan mereka. Ini yang dilahirkan SWISSCASH.
Bila saya membaca program SC di website mereka sebelum joint invest di SC, jadi ini suatu peluang untuk kita yang miskin ini, menceburi skim kewangan yang sama seperti mereka yang ada duit bermillion tetapi kita hanya bermodalkan minima USD100. Kalau sesiapa yang pernah melihat Swisscash Investment Plan di Website mereka seawal dulu, antara program yang ada seperti 10 months program, 15 months programs dan 27 months program. Akhirnya SC hanya tinggalkan program 15 months dalam website mereka senhingga ditukar kepada SIP25.
Jadi untuk SS or Bank Negara untuk mengganggu urusan kewangan di luar negara yang tidak pernah dibenarkan di dalam negara bukan sesuatu yang mudah. Malaysia adalah suatu negara regim yang control duit rakyat dan menyusahkan rakyat.
Bravo Joint SC 2005, Saya bersetuju dengan pendapat anda.. Gomen merupakan regim yang takutkan pembaharuan dalam bangsa melayu, saya pon x faham, ada saja x kena lagi-lagi kalau hal ehwal membabitkan wang ringgit. Saya percaya ada jugak dikalangan pak menteri² ni yang join offshore investment & ROP program, cuma kalau kita tanya sapa nak mengaku kan.
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Skrg ni baru saya tau sifat sbnar bnk2 di malaysia ni trutma bnk yg brasal dr mlysia sndri. SC ni jujur dlm mnyatakn pkara sbnr dan pd msa sma mbri peluang kpd org miskin spt kta utk mpbaiki kdudukn kwangn kta.Tak spt bnk di malaysia,byk manapun promosi produk kwangn mrka kpd kita,kalo kita takde duit buat apa. Kalo stakat simpan byk tp pulangn sthn stakat 4%.Kalo kta pnjam pulak kna byr interest tggi.Bknnya mnambah pdptn tp mlingkupkan pdptn kta.Ingat kta takda komitmen lain ke yg prlukn byk wang jugak slain nak simpan kat bnk tu byk2.SC tlah mbka mata dan minda kta tntang hakikat sbnar apa yg blaku kat institusi kwangn dan senario politik yg blaku kat ngra kta.
Kalau anda semua masih ingat tentang berita di dalam akhbar mengenai seorang doktor farmasi perempuan di Taiping, yang di dakwa membuat transaction wang haram oleh BNM dalam beberapa tahun yang lalu. Mengikut berita dari akhbar, transaction yang di buat setiap bulan oleh doktor ini berangka jutaan ringgit. Pada permulaan di dakwa di mahkamah, beliau menutup wajahnya dari di kenali. Tetapi selepas di panggil kali kedua, tak ada apa nak di tutup muka lagi, seperti beliau berkeyakinan akan menang kes tersebut. Siap ada company dari Jerman yang akan menjadi saksi untuk backing beliau. Apa kesudahan kes ini......
Saya percaya, doktor ini menyertai perlaburan ROP yang diiktiraf di luar negara tetapi tidak di Malaysia. Kalau saya ada duit jutaan ringgit seperti beliau pun, saya akan turut serta dan dengan modal yang saya dapat itu nanti, saya akan menceburi urusan bisnes lain di Malaysia. Tak akan asyik nak jadi kuli aje berkerja sampai pencen dengan swasta atau kerajaan.
Tapi saya bukanlah anak orang kaya, saya anak petani di mana tanah sawah kepunyaan orang tua saya pernah di ambil oleh kerajaan hanya dengan nilaian dan pampasan yang amat rendah di bayar oleh regim kerajaan sekarang. Sedih....itulah nasib orang melayu...Tiada nilai bagi harta kepunyaan melayu. Kalau hak bangsa lain.....siap dengan pampasan yang tinggi.
Begitu lah nasib kita, di harap dengan pelaburan SC yang genuine ini akan mengubah segalanya. Kes Saudara Amir Hassan lawan SS......suatu kes pendakwaan yang akan memakan masa yang amat panjang yang kita tak dapat menunggu. Di harap sangat SC dapat open kembali 'my' dengan tidak menghiraukan kes ini. Kerana apa saya kata begitu, lihat saja tentang kes PLSB dekat Kulim Kedah, kes D'hans Sungai Petani dan lain-lain kes yang kes mahkamahnya tiada berkesudahan.
Kita harap dengan SC yang genuine ini, peluang kita untuk invest di oversea or guna saja proxy server tanpa menghiraukan sekatan SS or BNM. Biarkan kerajaan dengan diktatornya dan kekerasan mereka yang akan terus menyeksa rakyat, kita bersama orang yang tak zalim di luar sana.
Technology internet akan menghapuskan kerajaan yang zalim. Insyaallah.
Bravo Joint SC 2005, Saya bersetuju dengan pendapat anda.. Gomen merupakan regim yang takutkan pembaharuan dalam bangsa melayu, saya pon x faham, ada saja x kena lagi-lagi kalau hal ehwal membabitkan wang ringgit. Saya percaya ada jugak dikalangan pak menteri² ni yang join offshore investment & ROP program, cuma kalau kita tanya sapa nak mengaku kan.
Mcm mana mak-pak menteri join ROP program ni? dia org ni kaya sejak dr perut ibu ke atau jadi OKB lepas join politik? patutnya mereka ni la yang dituduh dulu, AMLA ke, BAFFA ke. kita ni kumpul2 duit bawah bantal baru dapat join SC
Mungkin dalam sesuatu aspek SC terpaksa akur dgn tindakan kerajaan keatas SC sekarang yg kita tidak mengetahuinya. Atau mgkin SC dah mmg ada strategi dalam menagani isu ini yg kita tidak mengetahuinya. Kes ini dah tentunya akan memakan masa yg lama kerana gov dah mmg komited utk memastikan SC x akan wujud lagi slps ini di Msia manakala SC dah tentu akan memastikan reputasinya dimata dunia ttp cemerlang. Kita diantara beratus-ratus negara yg terlibat dlm pelaburan ini. Bagi pandangan bodoh aku dalam masa terdekat ini SC akan mengeluarkan kenyataan utk kita semua dan seterusnya membuka kunci.
Kalau kita buka balik news SC mengenai kes 8 orang Malaysia yang di dakwa menipu termasuk 2 orang yang berstatus Datok. Akhbar Malaysia cuba melibatkan Swisscash dalam hal ini tetapi dinafikan oleh Polis selepas itu dengan menyatakan SC adalah Ofshore Investment melalui internet.
Yang menjadi perhatian saya, SC amat prihatin mengenai news yang keluar yang melibatkan Swisscash. Apakah cerita selanjutnya dakwaan tentang kes tersebut?? Ada anda semua mendengar kes in di sebut di mahkamah di Malaysia selepas itu?? Menurut cerita akhbar pada masa itu, mereka yang di dakwa itu melibatkan urusan pinjaman dari Union Swiss...tak tahu lah saya apa itu Union Swiss......Apa yang saya dengar cerita, 2 orang Datok tersebut adalah mereka yang berjawatan di BSN,,,tetapi kes ini tidak dapat dibuktikan dan tiada dakwaan selanjutnya di buat. Kira buang kes la kot... Kes ini melibatkan penipuan dengan mengambil deposit dari orang ramai untuk urusan loan. Tapi tiada susulan dakwaan...secara tak lansung nama SC dah terpahat di situ.......
Kes dakwaan tentang kewangan di Malaysia teramat banyak dengan penipuan yang nyata menipu dan mengambil deposit dan hilang begitu saja. Polis tidak menerima satu pun laporan yang Swisscash ini menipu dan tiada orang di Malaysia yang tidak menerima pulangan dari investment di Swisscash. Bagaimana kes ini akan dilibatkan dengan Top Leader SC. sedangkan tiada penipuan dan tiada deposit yang di ambil oleh mereka mengikut akta BAFIA.
Semoga SC mendengar segala info. yang kita hantar dan membuka kembali MY untuk pelabur SC beroperasi melabur seperti biasa.
Saudara Amir Hassan lawan SS......suatu kes pendakwaan yang akan memakan masa yang amat panjang yang kita tak dapat menunggu. Di harap sangat SC dapat open kembali 'my' dengan tidak menghiraukan kes ini. Kerana apa saya kata begitu, lihat saja tentang kes PLSB dekat Kulim Kedah, kes D'hans Sungai Petani dan lain-lain kes yang kes mahkamahnya tiada berkesudahan. -------------------------------
Sebenarnya pihak s/cash kalau nak buka akaun MY ID , boleh di buat pada bila-bila masa, tapi untuk sementara ini, mungkin , tidak mahu ganggu perbicaraan top leader Amir. Marajeva global injunction terhadap s/cash tidak sah sebab Marajeva injunction ini hanya boleh di kuatkuasa dalam garis perundangan di Malaysia sahaja. Bagi Global injunction ini untuk berkesan , setiap negara di dunia mestilah setuju, maksud saya bukan saja kerajaan, tetapi sistem perundangan negara mereka sendiri.
Untuk sementara ini hanya kerajaan Malaysia saja yang pukol gendang , kerajaan Malaysia saja yang menunjukan sikap tidak bertimbangrasa.
Kerajaan US sendiri tidak akan setuju , sebab kebanyakan mutual funds di dunia ini, berada di US tambahan pula orang Malaysia labur s/cash menggunakan matawang US yang mana boleh mengkukuhkan matawang mereka. Di Jamaica , saya ada baca , bahawa Security Comission Jamaica risau tentang pelaburan s/cash yg makin meningkat. Di muka surat yg sama , juga ada tersiar di Malaysia website s/cash di blok. Apabila di tanya tidak ambil tindakan blok website ? SC Jamaica memberi jawapan ' Jika di blok dengan siapa lagi mereka (pelabur) akan mengadu ?
Dengar cerita dpd top leader sg dan upline saya, pada Okt ini ACF akan di tukarkan kepada epoint secara auto. Kalau sekarang di buka pun, mungkin ini akan menggangukan perbicaraan top leader Amir.
sip25 maaf tu saya rasa ia sekadar minta maaf bila berbicara pasal ACH yang katanya akan dibuka bulan 10,dan kita tak dapat buat apa2 kalau di buka akaun tu..kecuali sip25..kan gitu, maaf kalau silap perbetulkan