MALAYSIA INSIGHT Pendekatan perundangan awam untuk mengatasi perkara penjenayahan By S JAYASANKARAN KL CORRESPONDENT
Sesuatu yang menarik sedang berlaku di Kuala Lumpur. Minggu lepas telah dilaporkan didalam akhbar ini berkenaan pengawal pasaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang memohon kepada mahkahmah untuk mangambil jalan penyelesaian masalah jenayah kepada melalui jalan perundangan awam. Untuk ringkasan semula, Suruhanjaya tersebut telah bergerak untuk bertindak terhadap para penganjur kepada apa yang dirasakan laman internet palsu yang menjanjikan pelaburnya pulangan yang terlalu lumayan 300 peratus dalam masa 15 bulan. Apa yang digelarkan 'Swiss Mutual Fund or Swiss Cash' menurut legenda yang dikatakan didalam laman webnya. telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh cheviot family dari Perancis dan telah beroperasi di Berne, Switzerland sehingga ia berpindah, pada tahun 1996, di Republic Dominica di atas sebab-sebab lebih kepada percukaian. Tetapi hanya ada satu sahaja masalah: Duta Swiss di Malaysia memikirkan ia hanyalah satu jenaka macam makan sate. Tetapi rupa-rupanya SwissCash ini adalah sesuatu yang serius: Menurut afidavit
[definisi - peristiharan bertulis yang dibuat dibawah sumpah; Satu pernyataan bertulis bersumpah benar sebelum seseorang secara sah dibenarkan membuat penguatkuasaan terhadap pernyataan tersebut - maksudnya boleh bawa bicara]
yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaysia, laman tersebut, dimana ia adalah global (akses serata dunia) kerana memang itulah sifat Internet, mungkin telah mengutip sejumlah USD83 juta daripada pelabur mentah (mudah ditipu) dari Malaysia khususnya, dan pelabur lain seperti dari Hong Kong dan, mungkin ada juga (ehem ehem) dari pelabur Singapura.
[p/s - Penulis nih tak nak mengaku pelabur singapura juga mentah mudah kena tipu - sedap jer kata kita (malaysian) pelabur mentah.]
Suruhanjaya bertegas menuduh bahawa laman2 yang disebutkan dioperasikan telah melanggar undang-undang Malaysia - membuat pengurusan kewangan dan nasihat pelaburan tanpa lesen sah - termasuklah jenayah pengumpulan wang haram. Sebagai tambahan, SwissCash didakwa mungkin telah melanggar undang-undang perbankan termasuklah menerima deposit tanpa lesen sah. Walau apa jua sebab kesalahan, suruhanjaya telah menfailkan saman kepada penganjurnya dan, semasa menunggu hasil dari perbicaraan penuh yag akan dilangsungkan nanti, suruhajaya telah berjaya membeku 22 akaun di bank Malaysia yang dipunyai oleh penganjur tersebut dan syarikatnya yang melibatkan pembekuan hanpir RM3 juta (Singapore 1.32 juta)
Akaun bank yang lain yang terdapat di Isle of Jersey mempunyai lebih dari USD1.7 juta telah pun dibekukan sambil menunggu penyiasatan yang (bukan oleh suruhanjaya Sekuriti Malaysia) akan dilakukan kepada pihak penganjur oleh pihak berkuasa disana. Mungkin kita boleh kata yang cara saman ini mungkin serupa seperti menutup kandang kuda setelah kuda diikat kuat ke besi kandang, tetapi proses pendakwaan jenayah di Malaysia - khususnya yang melibatkan perlaksanaan arahan mahkamah terhadap masalah komersil yang komplek terlalu sukar dilaksanakan dan membosankan, membuang banyak masa dan pembaziran duit cukai rakyat, selalunya jarang pendakwaan itu berjaya. Kalau ia berjaya sekalipun, kalau betul berjaya, hanyalah ketika yang tertuduh mengaku bersalah dan mendapat hukuman lebih ringan dan ada yang dibebaskan setelah denda yang dikenakan mampu dibayar. Perundangan awam mungkin adalah jalan yang terbaik untuk diikuti pada masa depan dan, sesungguhnya, ia adalah antara jalan pilihan yang sekarang ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa pengurus kewangan di United Kingdom dimana undang-undang Britishnya diwariskan kepada Malaysia. Ia adalah lebih mudah untuk dibuktikan, kepada 'imbangan kemungkinan' berbanding undang2 jenayah memerlukan 'Yang jauh melebihi keraguan'. OJ Simpson tentulah telah lebih arif dengan kehilangan yang dirasakan: beliau menang kesnya di mahkamah jenayah, tetapi telah diisytiharkan muflis setelah keluarga mangsa menyamannya dimahkamah awam. Perundangan awam lebih cepat dan selalunya hukuman yang diterima oleh si pesalah terkena tepat pada tempat yang paling menyakitkan, iaitu duit mereka. Dengan membekukan akaun bank menggunakan injuksi Mareva sebelum perbicaraan, mahkamah terpaksa membuat perbicaraan segera. Ia juga adalah satu yang perlu pihak berkuasa Malaysia fikirkan untuk mengatasi pelbagai kes yang melibatkan penipuan korporat dan salah pengurusan pada peringkat tertinggi. Seperti kes yang melibatkan Trasmile dan Megan Media telah membabit kerugian ramai pelabur, menjejaskan reputasi bourse (pasaran saham paris) dan anggapan bahawa mereka yang terbabit pasti bebas dan terlepas adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. Perundangan awam (saman ler) adalah jalan terbaik yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa. Mungkin mereka boleh menggunakan cara perundangan awam ini dahulu dan kemudian disudahi dengan proses pendakwaan perundangan jenayah. Perundangan awam ini akan berjaya ke atas ramai orang, mendakwa secara tergesa-gesa kini bukan lagi sesuatu yang membuang masa.
- maksud dari keseluruhan berita ini adalah, anda dituduh buat salah maka saman adalah budayanya, boleh tahan duit kita pada suka-suka mereka walaupun belum bicara, kalau ader anak bini, maka berlaparlah mereka. Undang2 British nih kan bukan undang2 Islam, jadi zalim ler -
Kita pun boleh ler saman kerajaan yer, kalau SC ni tulen. Amacam ader berani ker? Alaa kita kan timun jer, depa durian, walau macam mana betul kiter, saman dan pembekuan aset akan dilakukan dulu untuk meretakkan kekuatan hati, tak sampai hati nak tengok anak kita kelaparan terpaksa minta sedara mara, kesian orang malaysia nih. Eric Chia tak pulak saman beku harta dier. Fikir2kanlah kengkawan
Pojimarket, toksah ler promote CNI kat sini, kat sini tempat bincang pelaburan, aku dapat duit pun aku beli barang cosway. Udahlah link tu tak membantu langsung.
Thanks Mr Hamid for contributing an update news. Where did you get the news regarding that matter? I don't see any of that story in our local newspaper.
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
salam, Pak Kaduk ,dalam buisness time (singapore). toyist83, no personal view,kita tunggu result. pejal, yang ni saya suka,terjemahan Pejal sangat mantap,di tambah dengan sindiran tepat dan tajam,syabas anda telah banyak membantu kami,semoga Allah berkati usaha anda. wassalam.
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
Pojimarket, Saperti pakai akai nyatakan forum ini khas berbincang pasal SC. Kalau tuan seorang pelabur SC eloklah beri pendapat tetapi kalau bukan pelabur SC pun tak mengapa, kami hargai pendapat positive.
Salam, Syabas Tuan Pejal, translation yang baik. En Hamid juga bersedia dari sekarang kalau gomen Singapore pun bersikap saperti gomen Malaysia... mangkuk hayun, menyusahkan kami pelabur SC di sini.
The "ordinary course of business" exception was summarised by the English High Court in Customs & Exercise Commissioners v Anchor Food [1999] 3 All ER 268 where it said: "The Mareva Injunction jurisdiction is not to be used so as to impede or interfere with a defendants ordinary bona fide business transactions". Instead, the aim of a Mareva Injunction is to prevent the dissipation of assets by a defendant either with the intention of avoiding the enforceability of any judgment that may be granted against it or in a manner distinct from its usual or ordinary course of business. Consequently, the authorities demonstrate that an injunction will not ordinarily be granted in the case of a reputable trading company such as a bank or insurance broker which will need to make regular payments to its customers.
Applying this principle, in JP Morgan Multi-Strategy Fund LP and others v Macro Fund Limited and others [2002] CILR 569, the Grand Court of the Cayman Islands refused to grant a Mareva Injunction against certain mutual fund companies on the basis that the taking of investments from shareholders and the redemption of those investments was a routine part of the funds business and no other risk of dissipation of assets had been made out.
The Grand Court agreed with KTH Capitals view, relying on an Australian Federal Court decision, Consolidated Constructions Pty Ltd v Bellenville Pty Ltd [2002] FCA 1513, in which the Federal Court, faced with a similar argument, had granted a Mareva Injunction noting that "The schemes which a debtor may devise for divesting himself of assets are legion" and that while provision should be made for a defendants ordinary living or business expenses, this should not allow the defendant "to bring [its] business to an end and [distribute] all of its assets, by way of dividends, at a time before its legal rights and obligations have been finally determined".
TERJEMAHAN [ MAAF JIKA TERSILAP SIKIT,ANDA BOLEH TOLONG MEMPERBETULKAN]
Penjalanan biasa perniagaan telah di terangkan oleh Mahkamah Tinggi England. Dalam kes Customs & Exercise Commissioners v Anchor Food [1999] 3 All ER 268 yang menyatakan Injunksi Mareva tidak boleh digunakan untuk mengakibatkan halangan atau gangguan , kepada urusan perniagaan tertuduh. Tujuan Mareva sebenarnya adalah untuk menghalang tertuduh melarikan aset dengan tujuan untuk menghalang penghakiman . Pihak kehakiman ini , telah mengambarkan bahawa injunksi tidak akan di beri di kes yang melibatkan company perniagaan ternama seperti bank dan insurance yang mana memerlukan pembayaran biasa di buat kepada pelanggan.
Berdasarkan kepada prinsip ini in JP Morgan Multi-Strategy Fund LP and others v Macro Fund Limited and others [2002] CILR 569, the Grand Court of the Cayman Islands enggan meluluskan Mareva Injunction terhadap Mutual Fund Companies yang berkaitan, berdasarkan kepada fakta mengambil pelaburan dan pembayaran keuntungan adalah sebahagian kebiasaan perniagaan dan tiada risiko melarikan aset telah di buat.
Apabila Mareva Injunksi di keluarkan , provisi sepatut di buat untuk yang tertuduh untuk perbelanjaan seharian dan perniagaan , dan sepatutnya tidak mengakibat perniagaan tertuduh terhenti ( pembayaran dividen kepada pelanggan ) , sebelum kehakiman di jatuhkan.
>>>> yang kaki2 MLM tu bleh bla ler...seminar sana seminar sini last2 dok ajak org join mcm minta sedekah..mmg geng2 dia orang la yang mula buat kacau ni semua..