Sukacita saya melancarkan laman forum baru untuk blog ini. Saya amat berbesar hati dan terharu atas sambutan yang saudara semua berikan selama ini. Walaupun ada cacat celanya, namun kita mesti menerima semua itu sebagai pahit-manis dalam kehidupan kita.
Harapan saya kepada semua penggguna, berbincang dan berforum dengan berhemah. Menggunakan akal yang sihat dan fikiran yang waras, bukan kerana mengikut kemahuan emosi.
Sila jauhkan daripada menggunakan perkataan yang tidak baik, jangan membuat provokasi dan jangan campur adukkan asal tujuan blog ini dibuat dengan perkara-perkara yang tidak releven lebih-lebih lagi yang tidak membantu dalam mengembangkan fikiran kita dalam pelaburan SC ini. Saya juga meminta agar semua iklan untuk mencari downline bagi pelaburan atau perniagaan lain tidak di masukkan di sini. Tolong jangan letakkan apa-apa link atau signature yang menunjukkan ke arah itu. Saya harap saya tidak perlu meng-edit atau membuang posting anda untuk menghormati penulisan anda. Jesteru itu, sila hormati peraturan blog dan forum ini dan pengguna lain juga.
Walaupun SC masih dalam keadaan yang 'tidak menentu', saya yakin perlu ada satu tempat untuk kita teruskan berbincang, sehingga akhir, sehingga kita semua berputus asa.
Saya harap fikiran dan kewibawaan pelabur yang kita ingin bentuk melalui blog ini telah mencapai matlamatnya.
Selamat berforum, saya dahulukan dengan ucapan maaf dan terima kasih sekali lagi.
Tahniah atas pembinaan ruangan forum baru ni. Saya sebenarnya sudah lama membaca blog anda dan mengkagumi kreativiti anda. Dr isi blog saya yakin yg anda berasal dari utara. Saya harap kita dpt bertemu dan bertukar2 pandangan dalm pelbagai hal, baik Swisscash atau hal2 ttg ICT.Akhir kata, teruskan usaha anda kerana orang2 yg memberi ilmu adalah org2 yang mulia di sisi Allah...Yang baik datang dariNya, dan yang buruk adalah dari kelemahan kita sendiri.. Kejayaan adalah suatu pilihan, bukannya kebetulan...
richestville.com
__________________
People always blaming people.Thats how life works. They will never blame themself.That's why they never grow up.....
Salam ukhuwwah........ Tahniah kpd sdra pakai akai krn dah menambahbaik blog ini. Diharap dengan pembaharuan ini perbincangan kita lebih akedemik dan tenang, tidak dipengaruhi oleh unsur2 ammarah dan dengki,atau sewaktu dengannya. Sekali lagi tahniah kpd sdra atas pembaharuan ini...
askm, wah tahniah kepada sdra pakai akai kerana telah berusaha menyediakan platform forum untuk pelabur2 SC. Nampaknya isu2 yang lepas terus hilang!! tak ingat stop kat mana dah..
Tahniah buat Sdr "Pakai Akai" kerana meng"UPGRADING" blog ini.Saya diantara yang terawal mengikuti laman ini.Walaupun tidak menyertai FORUM kebelakangan ini,saya mengikutinya setiap hari untuk mendapatkan INFORMASI TERKINI investment kita.
Last but not least,kepada Sdr "Pakai Akai",kami akan tetap SOKONG anda untuk kita sama-sama menggunakan AKAL yang dianugerahkan oleh YANG MAHA ESA.KEEP IT UP.
Wasallam................
CANON
__________________
From A Different Point Of View,
ONLY The TRUTH Will PREVAIL
Tahniah kepada saudara pakai akai.. kerana telah maju selangkah dgn "Upgrading" forum ni dan salam perkenalan jg kepada member2 pelabur swisscash. Sebelum ni saya cuma baca perkembangan kat ruangan vote kecik tue je.. :D
Tahniah en Pakai Akai. Saya pengunjung tetap laman ni dari dulu. Tak banyak yang dapat saya sumbangkan untuk perbincangan. Tapi terima kasih kat semua yang banyak memberi pendapat, info dll untuk kami. Teruskan usaha anda. Keep silent revolution.
Tahniah la, harap forum ni dapat bagi info kepada pelabur2 yang tak tau nak buat apa macam saya ni, harap dengan adanya kata kata semangat dari Hamid dan yang lain2 dapat mengurangkan gundah gelana dalam hati kami, insyaallah
tahniah dan ku ucapkan berbanyak terima kasih padamu kerana menyediakan tali kepada para pelabur sc untuk berpaut agar tidak terkapai-kapai dan hanyut...
Tahniah !!! Coz mengadakan forum utk kita sesama mendptkan perkembangan Terkini ttg SwissCash. Saya menyokong penuh Blog ini.Sebelum ni agak susah gak utk membuat post Kat sini.
Tahniah kpd saudara Pakai Akai dengan idea mencurah-curah utk bersama-sama tolong-menolong dalam membincangkan hal ehwal yang berkaitan dengan Swisscash. Semoga Allah memberkati usaha saudara, murah rezeki dan panjang umur.
Terima kasih tak terhingga juga kepada rakan-rakan yang tak pernah putus memberikan informasi terkini berkaitan dengan SwissCash terutama kepada Saudara Hamid dari Singapura, Pejal dan Saudara Akai Aku. Teruskan niat murni anda semua... Bravo~!
Kepada rakan-rakan sekalian teruskan perjuangan anda... Bersatu memberikan informasi-informasi yang berfaedah dan yang berkenaan sahaja..
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Saya rasa sedikit kekuatan bila baca forum ini...Banyak info dapat dikongsi........Kepada semua members harap dapat ikut nasihat tuan admin Ok.....
Walaupun nie dah masuk 25 kita tak dapat tengok Web SC tapi adanye forum nie....dapat jugak kita melepaskan rindu pada Swiscash....Mudah-mudahan doa kita semua dimakbulka Allah....Amin
Tahniah... Terubat rasa rindu... Lega jiwa nan ragu. Hilang bimbang di kalbu.. Berdebar menunggu yang satu..... ACF.. Itulah matlamat ku.. Bakal menyelesai hutang keliling pinggang ku....
Tahniah bukak romah baru.. amboi syok no.. romah baru hang ni syok, tak serabut, dan tak lembab, respon baik punya.. baguih.. baguih..rajin macam ni yang syiok ni.... apa pun, aku hanya tetamu yang menumpang gembira dengan apa yang disajikan..
Moga forum ni tak dimusnahkan.. atau di lalatkan oleh pengacau dan batu api ..
Terima kasih.
__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!
TAHNIAH .................... BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN. Inilah buktinya dan faedah celik IT. Ingat tak posting saya tentang YOUNG ENTREPRENEURS. Masih muda2 lagi dah jadi jutawan. Sebab apa? Kerana pandai guna internet utk pasarkan barangan mereka. Itulah impak DUNIA TANPA SEMPADAN ni. Utk webmaster .... teruskan usaha murni anda.