Dunia perlumbaan bermotor profesional boleh diibaratkan seperti dunia kewangan, kedua-dua bidang ini sentiasa berkembang dan memperkenalkan teknologi-teknologi terkini yang akhirnya menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Perkara seperti ini berlaku dalam motor turbo, sistem KERS, brek seramik, dagangan dalam talian, sistem PAMM dan sistem ForexCopy. Dahulu semuanya kelihatan unik dan hanya satu pilihan yang boleh dibuat. Namun pada hari ini, kita memandu kereta elektrik sambil berdagang di pasaran forex global dengan hanya menggunakan alat yang dibawa di dalam poket.