Minyak Mengukuh Berikutan Ancaman Trump Terhadap Iran
Harga minyak diniagakan sedikit lebih tinggi pada pagi Selasa berikutan ancaman konflik ketenteraan yang tercetus di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan dan permintaan global. Niaga hadapan minyak mentah Brent naik sebanyak 0.23 peratus pada harga $73.23 setong, sementara kontrak minyak mentah A.S. untuk penghantaran September naik setengah peratus pada $68.25 setong. Selepas Presiden A.S. Donald Trump mengancam Iran dengan tindakan buruk, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif meminta beliau untuk lebih berhati-hati. Perhatian para pelabur juga terus tertumpu kepada kesan peningkatan pengeluaran dan permintaan global yang melemah ekoran konflik AS dan China berhubung perang perdagangan. Laporan mengenai inventori minyak mentah Petroleum Amerika (API) dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, dengan pedagang mencari petunjuk inventori A.S.