Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Industri pembinaan UK melantun kembali selepas merosot


Senior Member

Status: Offline
Posts: 327
Date:
Industri pembinaan UK melantun kembali selepas merosot


Industri pembinaan UK melantun kembali selepas merosot
img5b3f96f15294c.png
Sektor pembinaan United Kingdom (UK) telah berkembang untuk bulan ketiga berturut-turut
dengan pertumbuhan pesanan baru pada bulan Jun mencecah pada tahap yang tertinggi sejak bulan Mei 2017 
dan kadar peluang pekerjaan menjadi yang paling pantas pada tahun ini. 
Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat masih dalam kebimbangan tentang prospek mereka kerana Brexit.
Pengukuran aktiviti pada indeks pengurus pembelian untuk pembinaan UK yang dinilai oleh IHS Markit 
dan Institut Berkanun Pemerolehan 
dan Pembekalan meningkat kepada paras bacaan sebanyak 53.1 pada bulan Jun daripada bacaan sebanyak 52.5 pada bulan Mei.
Para penganalisis telah meramalkan bacaan yang mendatar dan tidak berubah.
Pemulihan untuk industri, menurut Markit,
disebabkan terutamanya oleh pembinaan kediaman dan komersial.
Pada masa yang sama, tempoh penghantaran telah meningkat, 
dan sejak bulan September harga import telah meningkat dengan ketara.
Jangkaan perniagaan berkembang, tetapi kekal di bawah paras tahun lepas.
Bank of England (BoE) akan menaikkan kadar selepas mereka memastikan bahawa ekonomi UK yang hampir mendadak pada awal tahun 2018 adalah hanya sementara. 
Jumlah pembinaan adalah kira-kira sebanyak 6% daripada pengeluaran ekonomi Britain.


__________________
nadibah
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard