Peserta dari Moscow telah dinobatkan sebagai pemenang peraduan ratu cantik musim ke-8, majlis penganugerahan yang penuh gilang gemilang itu telah diadakan menjelang Sambutan Tahun Baru.
Lima pemenang tiba di ibu kota Rusia untuk mempamerkan kecantikan sekaligus meraikan kejayaan mereka. Yulia Grebennik telah diisytiharkan sebagai ratu cantik Miss Insta Asia 2017 dan menerima hadiah lumayan - sebanyak $20,000 telah dikreditkan ke akaun dagangannya. Menariknya, kelima-lima pemenang tidak mempunyai pengalaman berdagang dalam pasaran Forex. Walau bagaimanapun, mereka menyatakan hasrat untuk belajar dan menguasai perdagangan dengan InstaForex. Malah mereka kini telah mempunyai modal permulaan dalam jumlah yang besar. Semoga mereka berjaya membuat keuntungan! Siapa sangka, mungkin sahaja mereka selepas ini akan diingati bukan sahaja sebagai pemenang Miss Insta Asia 2017, tetapi juga sebagai pedagang yang berjaya.