Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Properties Investment......

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:
Properties Investment......

As-Salam kepada Ahli Forum Pasai yang dihormati.

Saya buka thread ni sebab nak ajak rakan-rakan dalam forum ni berbincang secara seroius tentang "Properties Investment". Dah banyak kali kita dengar pelaburan-pelaburan yang bersifat sementara menggunakan sistem referell bungkus. Samada investment yang berbentuk maya atau ada yang bentuk nyata seperti ada perjanjian jual beli kononnya. Sejak kejatuhan swisscash dan seangkatannya saya telah cuba mencari maklumat dan membuat kaji selidik beberapa platform investment yang boleh diceburi. Walau bagaimanapun dalam banyak-banyak platform yang diselidik, "properties investment" lah yang betul-betul mantap boleh diceburi. 
    
Mungkin ada kalangan kita yang berpendapat, investment ini memerlukan modal yang banyak. Bagi saya, investment ini tidak memerlukan modal yang banyak. Kalau dulu kita sanggup menghabiskan RM3K sehingga RM10K untuk investment maya. Maka pula kita tak sanggup untuk melabur kembali dalam "properties investment" untuk jumlah tersebut. Pulangan investment ini memang betul-betul lumayan. Bukan setakat 25% sebulan melebih itu boleh diterima, Adakalanya investment ini boleh membawa pulangan sehingga 3000%. Bukan nak bohong tetapi inilah kenyataannya. Dalam masa 3-5 tahun jika sesorang itu betul-betul menjalankanya, matlamat untuk menjadi JUTAWAN akan tercapai. 

Investment ini juga tidak akan melibatkan masalah penipuan. Semua prosedur investment ini dijalankan mengikut Kanun Tanah Negara, Prosedure Undang-Undang dan bermacam-macam lagi. Walaupun pelbagai prosedure dan peraturan yang perlu diikut, semua ini tidak memerlukan anda semua membuatnya. Ada cara untuk menjalankannya. 

Dari segi marketing pula, investment ini sudah terbukti mempunyai nilai langgan yang tinggi serta permintaan yang menggalakan. Tak ade masalah

JOM KITA BINCANG-BINCANGKANNYA..... 

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Moderator

Status: Offline
Posts: 1005
Date:

Ekau torangkan prosedurnyo jang dan marketing plan dio
untuk pengetahuan kawan-kawan lain supayo jolas
ado surat pojanjian ko atau camno?
cam eden memang dah tak ado apo-apo, cukup-cukup makan jo

sapo-apo yang masih buleh kayuh
kaji dulu soponuhnyo,
takut nanti bilo dah banyak ahli duit dah bobiliun biliun
ado lak perompak terhormat merampas mengatokan tak legallah dan macam-macam laie
sobab polaburan atas namo koperasipun disapunyo jugak
sobab nak amik duit yang dah tokumpul bojuta-juta untuk diri dio dan kuncu-kuncunyo

kaji baik-baik dari sogalo aspek yo jang
kayuh jang jangan tak kayuh

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Kaki Gabrah wrote:

Jang, sebenarnye aku tak terror dalam hal ini. Tapi sebagai langkah permulaan memang aku dah rasai lah. Seperti aku alami, kesan dia memang MENAKJUBKKAN. Ni aku cerita sedikit le berdasarkan pengalaman aku le.....

Sejak pertengahan tahun lepas, aku bercita-cita memang nak menceburi bidang ni. So kat internet, melalui MUDAH.COM aku mula monitor harga tanah Melaka. Kat web ni ada iklan orang nak jual tanah atau rumah. Dalam masa 6 bulan ni memang tiap-tiap hari le aku tengok. Sehinggakan akhir bulan Nov tu aku jumpa satu iklan nak jual tanah kat Asahan. Harga tawaran RM26,000.00. Mula2 aku hantar email bertanya pada owner kemudian aku tak puas hati aku call. 06 Dis 08 aku pun jumpa owner kat Seremban aku belek geran dia dan copy satu set untuk aku. Sebelum aku balik, aku bayar RM500.00 kat owner tu aku tanda jadi le. Yang sebenar aku tak mahu orang lain masuk line. Jadi kalau ade sesiapa tanya, owner cakap le dah ade buyer. Itu aje.
So aku balik ke Melaka esok tu, aku pi PTD Jasin. Sebab tanah ni terletak dalam daerah Jasin kena pi sana. Tujuannye satu, aku kena cari "Carian Rasmi" (Bayaran RM50.00) Tujuan buat carian rasmi ni kita nak comfirmkan tanah ni nama owner, taka ade sekatan, tak ade pemilik lain, geran kekal ke atau leashold (pajakan), MCL atau Antarabangsa ke. Semua tu ada tercatat kat sekepin kertas yang dinamakan "Carian Rasmi". Dah dapat tu memang confirm le nama owner dan disahkan oleh PTD Jasin. Oh ye aku pi tgk lokasi tanah tu. Kedudukan baik tepi jalan, So aku buat bayaran RM9500.00 kat owner tu dan baki RM16,000.00 masa sain Borang 14A kat Pejabat Tanah Jasin. Lepas sain, geran asal kita pegang. So owner dah tak ada hak lagi lepas tu. Semua urusan ditanggung oleh kita dan dibawah kuasa PTD. Dah selesai dalam masa 2-3 minggu Jabatan Penilaian call aku dan tanye lebih kurang so dia pun keluarkan surah suruh aku bayar cukai hasil berdasarkan penilaian yang dia buat. biasanya 1% dari harga penilaian tanah.

Dah selesai tu, lepas satu minggu aku dah dapat geran tanah tu ade tertulis nama pemilik baru....iaitu AKU le. Wah bukan main happy aku.

Aku dah tebas dan tambak tanah tu dengan costing RM7000.00. Tanah tu dah nampak cantik...kedudukan tepi jalan. Dah ade batu tanda baru (siap ukur - upah ukur RM450.00). Jarak pekan 1.5 km, sekolah dekat, semua infrastruktur yang kita hendak dah ade....apa lagi. Cuma pamerkan aje kat orang yang lalu lalang kat main road tu.

Nak jadi cerita, setelah semua siap aku dapat tawaran dari buyer lain...nak tahu berapa harganye...Kita main kira-kira dulu..okey

a) Luas Tanah : 32 pole @ +/- 90000 kaki persegi
b) Harga Beli : RM26,000.00
c) Harga Penilaian : RM9000.00 (Status tanah pertanian 1 kaki persegi = RM1.00)
d) Carian Rasmi : RM50.00
e) Pendaftaran Pindah Milik : RM50.00
f) Cukai Hasil : RM90.00 (Berdasarkan penilaian)
g) Upah Ukur : RM450.00
h) Bersih & Tambak Tanah : RM7000.00

Jumlah Keseluruhan : (b) + (d) + (e) + (f) + (g) + (h) = RM33640.00

Ada dua harga yang ditawarkan pada aku (sebab aku main tarik tali kat 2-3 orang potential buyer)

Tawaran Pertama : RM45,000.00 ; Dah Untung = RM11360 (33%)

Tawaran Kedua : RM52,000.00 ; Dah Untung = RM18360 (54%)

Dalam masa 3 bulan (start buat pembelian) inilah keuntungan yang dapat.

So mcm mana kawan-kawan........ini baru jual beli aje dalam masa 3 bulan proses pindah hakmilik tanpa lalu orang tengah. Urusan semua atas kita.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Moderator

Status: Offline
Posts: 1005
Date:

Alhamdulillah
Syukur dan syabas den ucapkan atas usoho dan kejayaan ekau tu
ekau buleh dan dapek kumpulkan modal untuk momboli dan mengomaskan tanah tu
kiro-kiro ekau masih ado modal pomulaan, itulah yang paling pentingnyo
masalah utama adolah modal jang
bukan den nak berikan alasan, tapi eden memang dah tak buleh laiee nak join apo-apo
sokarang nie hanyo cukup makan jo

camnopun ekau toruskanlah usaho ekau tu
dan terimo kasih atas polawaan ekau tu
pado kawan-kawan yang masih buleh kayuh, ekau nilailah dan bincangkanlah sobaik-baiknyo perkaro nie ngan bro kito nie
den doakan agar korang bojayo dongan usoho masing-masing

SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN DAN MEMPERBANYAKKAN REZEKI KITO, AMIEN

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Jang! tak bolehlah mengalah mcm tu. Sebenarnya aku pun cukup2 makan juga. Tapi aku tak mudah mengalah. Yang lepas, tetap lepas. Aku dapat pusing modal pun dengan buat refinance rumah aku.....So dari situ le aku start buat semua ni.

Sekarang ni aku ada plan baru....lagi best. Nanti aku ceritakan.

-- Edited by Kaki Gabrah at 17:45, 2009-02-26

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Junior Member

Status: Offline
Posts: 35
Date:

betul tue....kawan pun ari tue tamam jagung...awal bulan nie join kutupintar..alhamdullillah...dapat jugak pendapatan cikit. modalpun tak byk rm121 jer...program insan bantu insan....tp kena teknik manual lah...masuk hari dah 22hari join...baru dapat rm4800..bolehlah buat byr utg credit card..sape2 nak tahu boleh pm saya..

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

pgswiss wrote:

Bagus juga tu...tapi aku lebih nak cakap pasal pembangunan tanah melayu. Sebab ni lebih bagus. Walaupun dari segi dasarnya banyak syarikat-syarikat hartanah itu dimilik oleh syarikat gergasi tetapi bagi kita yang mempunyai tanah...terutama tanah pusaka tidak diusahakan sesuatu dan terbiar begitu aje. Ada setengah orang cakap kalau kita usahakan atau kita bangunkan tanah tersebut selain dari pertanian, kita ni diumpamakan sebagai penghapus hak melayu sebenarnya salah tanggapan tu. bagi aku harta didunia ni sementara aje. Tiada jaminan anak cucu kita dapat mempertahankannya. Apa jaminan kita nanti 20-30 tahun akan datang tanah yang kita miliki hasil dari pusaka akan dipertahankan oleh anak cucu kita. Sebenarnya tak ade jaminan tu. Kita pun yak tahu apa akan jadi. 
Dengan itu lebih baik kita bangunkan tanah tersebut dari terbiar begitu aje. Antara pertanian dan komersyil. Kau orang fikirkan mana lebih untung?

Sebagai contoh.......

Kalau kita ada tanah 3 ekar. Lokasi tepi jalan atau selapis dua dari jalan. Kalau kita buat pertanian sampai bila kita mampu usahakan. Tapi kita bangunkan atau komersyilkan tanpa mengeluarkan satu sen dari kita sedangkan sebahagian tanah tersebut masih milik kita. 
Bagi tanah 3 ekar....ada berbagai cara boleh usahakan, salah satunya usahakannya jadikan perumahan. Kalau kita bergabung dengan syarikat perumahan, kita tak perlu keluarkan modal. Syarikat perumahan akan bangunkan tanah kita untuk dijadikan taman baru....Kebiasaaannya perjanjian ini akan melibatkan keuntungan 10:2.5 atau pun setiap 10 pintu rumah teres, 2.5 adalah milik kita. Ini bermakna kalau 3 ekar, syarikat akan dapat membina dalam 50-60 rumah teres dan 10-15 pintu rumah teres milik kita. So kalau kita memiliki 10-15 pintu rumah teres, bayangkan pendapatan kita banyak mana untuk 10-15 pintu rumah tersebut disewakan. Anggap aje le kadar sewa RM250/sebulan ini bermaknapendapatan  sewa bulanan kita adala sekita RM2500 sehingga RM3750. Dan rumah-rumah tersebut adalah milik kita. Andai kata kita dah tiada so kita serahkan pada anak cucu kita. Pendapatan ini akan dijana selama-lamanya selagi waris kita memegang amanah yang diberi.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Moderator

Status: Offline
Posts: 1005
Date:

USERNAME wrote:

Jang! tak bolehlah mengalah mcm tu. Sebenarnya aku pun cukup2 makan juga. Tapi aku tak mudah mengalah. Yang lepas, tetap lepas. Aku dapat pusing modal pun dengan buat refinance rumah aku.....So dari situ le aku start buat semua ni.

Sekarang ni aku ada plan baru....lagi best. Nanti aku ceritakan.

-- Edited by Kaki Gabrah at 17:45, 2009-02-26

bukan mengalah jang
buek maso ni kalo den nak cagarkan tanah gotah den tu
minta maaflah jang, cumo itulah yang ado untuk den menoruskan hidup keluargo den
simpanan dah tak ado langsung
lagipun tanah den tu tolotak kek hulu jauh ko dalam, berapolah sangat yang dapek
kalo ado beribu ekar tak apo jugak, cumo sokangkang kero ajo
itulah ajolah yang ado ngan tanah sokangkang orang .... kwang....kwang.....kwang.
tambahan lak ngan reputasi yang tolalu parah ponangan swisscash

camnopun ekau torangkanlah plan baru ekau tu kek sini 
biarkan kito samo-samo baco, samo-samo nilai
mungkin eden tak buleh nak join tapi mungkin ado kawan-kawan lain yang buleh join

syabas dan toruskan usaho ekau tu jang
 
__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 1005
Date:

pgswiss wrote:

betul tue....kawan pun ari tue tamam jagung...awal bulan nie join kutupintar..alhamdullillah...dapat jugak pendapatan cikit. modalpun tak byk rm121 jer...program insan bantu insan....tp kena teknik manual lah...masuk hari dah 22hari join...baru dapat rm4800..bolehlah buat byr utg credit card..sape2 nak tahu boleh pm saya..

Alhamdulillah
kalo ngan bidang pertanian ini hasilnyo lambek cikitlah jang
cam bro username kato tu

ekau citorlah kek sini torus torang pasal kutupintar tu
bior kito semuo nilai dan berikan pendapek masing-masing
sudah tontu ado yang pro ado yang kontra

kalo nak berikan pendapek tu biarlah bersopan yo

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 237
Date:

best jugek bisnes ni..

__________________
AMARAN OLEH KERAJAAN SWISSCASH: KAKI SIBUK TOLONG BERAMBUS DARI SINI. HANYA PELABUR SAHAJA. TOLONG JAGA TEPI KAIN SENDIRI. JANGAN NAK MENYIBUKKAN DIRI...

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Ni aku nak cerita le sikit......kisah jual/beli tanah ni

Semalam aku duduk kat kedai kopi le, ade satu member le cerita dia nak beli tanah kat Kuala Kangsar. Owner (Melayu) tu nak jual tanah dia 10 ekar + 2 (rizab kerajaan tapi dlm permohonan). Ade dua bider (tawaran) satu member aku (RM170K) dan satu lagi cina (RM200K). Member aku ni siap cakap le kat owner kalau jual kat cina ni tak bagus sebab kalau cina dapat maknanya tergadai le tanah melayu...tapi kalau jual kat melayu tak terjejas le hakmilik melayu. Last2 owner tu jual kat dia le....bila dah jual kat dia, aku ingat dia ade cash le rupanye tak ade...nak masuk loan. Jadi dia tanya le aku. Sikit lebih kurang aku pun cerita step by step mcm mana nak masuk loan. Dah selesai aku cerita...dia kata susah le mcm ni...aku cakap memang susah tapi kalau masuk loan tanah tu tak boleh buat ape kecuali pertanian aje..Jadi pening2 le dia.

Moral story....

Pasal hakmilik melayu bukan melayu ni...aku ade pendapat sendiri. Tak kira apa le jenis status tanah kita beli, pokoknya keuntungan. Jangan cerita le pasal nak mempertahankan hakmilik melayu, semua tu tipu aje. Soalan dari aku "Ada jaminan ke anak cucu kita akan mempertahankan hakmilik kita?

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

ada duit boleh lah.... modal dah abis kena tebas.....

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

kaya coz sc wrote:

ada duit boleh lah.... modal dah abis kena tebas.....

Tak ade duit pun boleh.....kalau ade tanah

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

USERNAME wrote:

Ni aku nak cerita le sikit......kisah jual/beli tanah ni

Semalam aku duduk kat kedai kopi le, ade satu member le cerita dia nak beli tanah kat Kuala Kangsar. Owner (Melayu) tu nak jual tanah dia 10 ekar + 2 (rizab kerajaan tapi dlm permohonan). Ade dua bider (tawaran) satu member aku (RM170K) dan satu lagi cina (RM200K). Member aku ni siap cakap le kat owner kalau jual kat cina ni tak bagus sebab kalau cina dapat maknanya tergadai le tanah melayu...tapi kalau jual kat melayu tak terjejas le hakmilik melayu. Last2 owner tu jual kat dia le....bila dah jual kat dia, aku ingat dia ade cash le rupanye tak ade...nak masuk loan. Jadi dia tanya le aku. Sikit lebih kurang aku pun cerita step by step mcm mana nak masuk loan. Dah selesai aku cerita...dia kata susah le mcm ni...aku cakap memang susah tapi kalau masuk loan tanah tu tak boleh buat ape kecuali pertanian aje..Jadi pening2 le dia.

Moral story....

Pasal hakmilik melayu bukan melayu ni...aku ade pendapat sendiri. Tak kira apa le jenis status tanah kita beli, pokoknya keuntungan. Jangan cerita le pasal nak mempertahankan hakmilik melayu, semua tu tipu aje. Soalan dari aku "Ada jaminan ke anak cucu kita akan mempertahankan hakmilik kita?

aku sokong soalan terakhir tu....fikir2 kanlah...

__________________
psc
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard