Emas dalam sejarah perkembangan sistem ekonomi dunia telah dikenali sejak dari 40,000 tahun sebelum masihi. Sejarahnya telah dibuktikan dengan penemuan emas di dalam bentuk kepingan di Sepanyol dan digunakan oleh paleiothic man. Dalam satu penemuan lain pula, emas juga telah digunakan oleh masyarakat Mesir kuno (Circa) 3000 tahun sebelum Masehi. Sementara itu, mata wang emas dikenal pasti digunakan pada zaman Raja Lydia (Turki) sejak 700 tahun sebelum Masehi. Sejarah penemuan emas sebagai alat transaksi dan perhiasaan dikenali sebagai barbarous relic.
Lahirnya Islam sebagai peradapan dunia, yang dibawa dan disebarkan oleh Rasullallah S.A.W telah memberi perubahan yang cukup signifikan terhadap emas sebagai penggunaan mata wang (dinar) yang digunakan di dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan. Pada zaman Rasullallah S.A.W, standard emas (dinar) di ukur pada 22 karat emas atau setaraf 4.25 gram (diameter 23 milimeter). Standard ini telah digunakan seingga sekarang seterusnya telah diiktiraf dan didaftarkan atau digezetkan oleh Wold Islamic Trading Organization (WITO) sehingga sekarang.
kalau nak simpanan terjamin dan terus mempunyai nilai yg kekal maka simpan lah dlm akaun simpanan siling emas. setakat yg saya tau, maybank, public bank dan ar-rahnu ada akaun simpanan ini.
simpan dlm akaun btk wang kertas memang berisiko sbb nilai matawang makin hari makin susut sdgkn emas sentiasa meningkat dan stabil. ada laporan mengatakan sistem dinar emas di kelantan antara yg semakin berkembang dan maju di malaysia ni..betul ke. boleh sesapa yg asal dr kelantan mengesahkannya.
Pada masa kini, fakta telah menunjukkan bahawa ada ketidakseimbangan aktiviti perdagangan antarabangsa, yang terjadi akibat tidak kestabilan penguasaan mata wang dunia, dan ditambah lagi dengan kemaharajalelaan dollar AS. Situasi ini kemudian dipengaruhi dengan kemunculan Euro sebagai mata wang bersama negara-negara Eropah. Fakta juga menunjukkan bahawa negara-negara Islam memiliki ketergantungan sangat tinggi terhadap kedua-dua mata wang tersebut, terutama dollar AS. Bahkan, dalam transaksi perdagangan antarabangsa pada masa ini, dolar AS menguasai hampir 70 peratus sebagai alat transaksi dunia.
Dengan tertubuhnya World Trade Organization (WTO) pada 1 January 1995 sebagai implementasi dari pelaksanaan General Agreement on Tariffs and Trade(GATT) dan kitaran Uruguay, maka liberalisasi perdagangan menjadi konsekuensi yang tidak dapat dielakkan. Tentu saja, semua negara harus bersiap-sedia terlibat dalam senario global ini, termasuk negara berkembang yang majoritinya Islam. Pertanyaan besar yang kemudian harus dijawab adalah seberapa besar impak dan keuntungan yang akan diraih negara-negara Islam dalam pasaran antarabangsa?
"Sesungguhnya cadangan untuk kembali kepada mata uang emas dan perak yang mempunyai nilai yang benar seperti yang dicanangkan Tun Dr. Mahathir Muhammad, meskipun terdengar kuno, sesungguhnya merupakan obat penawar bagi ekonomi dunia yang sakit parah secara epidemis ini. Tidak hairanlah kenapa pihak zionist telah sedaya upaya mengagalkan cadangan Tun itu.
Dan ini harus dilakukan kembali oleh negara-negara di dunia secara bersama-sama. Semakin luas mata uang emas ini digunakan, semakin mempercepat jatuhnya sistem bunga(intrest rate) yang memakan banyak korban. Mata uang emas (dinar) dan perak (dirham) ini telah terbuktikan penggunaannya dalam perekonomian pada masa Nabi Muhammad yang bebas bunga, dan benar-benar memiliki nilai benar yang disukai kedua belah pihak yang bertransaksi.
Uang kertas tidak memiliki nilai intrinsik (sangat kecil) dan tidak berharga. Kenyataannya Federal Reserve Bank memerlukan hanya satu ons emas ($300) untuk mencetak satu juta dollar kertas."