Ada sampah yg berguna dan ada sampah yg tak berguna. Sampah yg berguna ialah sampah yang memberi nilai. Di negri saya ada individu yg sanggup berhenti kerja kerajaan dgn gaji kurang dr RM1000. seluruh tenaga dan keringatnya diguna utk kutip sampah yg bernilai. pendapatan bulanannya mampu mencapai lebih dari RM1000 hingga RM4000 sebulan. targetnya adalah kumpul modal untuk berniaga dr kerja yg menguntungkan ini. katanya kerja ini bkn utk seumur hidup tp tujuannya utk cari pdptan yg setimpal dgn usaha dan keringat. walaupun dipandang jijik kerana mengutip sampah namun dr aspek alam, dia telah menyumbang kpd usaha kitar semula yg akn membantu membersihkan alam dan menjimatkan kos penggeluaran bahan mentah dgn kitar semula.
saya sendiri ada usaha utk kumpul bhn buangan bernilai seperti tin aluminium dan bekas makanan tin logam. walaupun tidak seberapa sekurang-kurangnya kita ada niat utk membantu dlm kebersihan alam sekitar. kan lebih baik kita jual semula apa yg kita beli dr ia dibuang percuma begitu saja ke tapak pelupusan sampah yg kemudiannya akn dikutip oleh pemburu sampah berharga. tak rugi apa pun jika kita lakukan usaha ini.
sambil jalan2 kalau jumpa tin aluminium atau bekas tin makanan logam boleh juga kutip...bukannya kena bayar pun. kalau org nampak pun peduli apa org nak kata, pengotor ke, jijik ke, apa2 ke, kita telah lakukan satu kerja mulia. membersihkan alam sekitar dan memperoleh rezeki dr sumber yg org lain pandang rendah.
kat rumah berapa banyak tin milo, tin susu anak, tin makanan tin dan tin air minuman dan apa2 saja asalkan logam yg ada nilai pasaran kita buang begitu saja tanpa memberi apa2 pun pulangan baliknya pd kita. masa kita jalan2 berapa byk tin2 yg dibuang kat tepi kaki lima takda org nak kutip. sekarang ini sudah ada pihak yg melihat sampah bernilai ini merupakan satu pelaburan yg hanya memerlukan keprihatinan dan satu potensi besar dalam meningkatkan pendapatan. pelaburan ini belum ada persaingan dan pengusahanya belum ramai lagi, maka ini lah masanya utk merebut peluang ketika org ramai tidak banyak yg mahu sukarela mengutip sampah yg dianggap sebagai satu kerja yang kotor dan hina.