Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Penternakan di Utara

Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Penternakan di Utara

Salam,

Siapa yang berminat dengan bidang penternakan kambing Boer sama-sama kita bincang dan usahakan. Biar kita jadi jutawan tani. Lebih baik dari jutawan cyber.

Kita kembali kepada pekerjaan asal seperti nabi Muhammad s.a.w

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Salam untuk sesiapa yang berminat

Permulaan : saya pun baru dalam bidang ini, kira-kira 2 bulan. Jika dibenarkan oleh pihak admin blog ini, dan tidak keberatan saya rasa kita boleh berkongsi serba sedikit maklumat disamping bertukar-tukar pandangan.

Sebagai pengenalan, saya rasa adalah lebih baik kita bercerita tentang pasaran atau permintaan terlebih dahulu sebelum kita pergi jauh. Berdasarkan penilaian saya dan maklumat yang saya dapati, tidak kira jenis apa sekali pun ternakan kambing yang kita usaha, permintaan bagi sektor ini adalah sangat tinggi. Mengikut tafsiran dari Jabatan Pertanian, Malaysia hanya mampu mengeluarkan kira-kira 11% dari permintaan. 89% lagi adalah import. Bagi jangka masa antara 2005 sehingga 2015, Malaysia hanya mampu mengeluarkan hasil ternakan kambing bagi tujuan pembakaan. Selepas 2015, Malaysia dijangka hanya mampu mengeluarkan sekitar 60-75% kambing untuk tujuan daging. Bagi produk lain seperti susu kambing dan baja organik berasas tahi kambing, Malaysia hanya mampu untuk menghasilkan kira-kira 30% dari permintaan. Kesedaran umat Islam terhadap tuntutan Agama, khasiat susu kambing samada untuk kesihatan atau kosmetik, khasiat daging kambing terhadap kolestrol disamping itu penghasilan baja organik bagi tujuan langskap adalah faktor-faktor yang meningkatkan permintaan. Secara keseluruhan bagi memenuhi permintaan bagi satu kawasan seluas 2 km/per seorang penternak harus menyediakan 500 ekor kambing. Sebagai cthnya, jika kita menternak kambing dan menjual di pasar tani hanya sekali seminggu. Ambil jualan sekitar 3 ekor sahaja untuk seminggu. Ini bermakna kita memerlukan 162 ekor bagi setahun (3 X 54 minggu). Bagi menghasilkan 162 ekor kambing seorang pernternak memerlukan 500 ekor pada satu-satu masa. Ini adalah berdasarkan perkiraan kitaran kambing bunting dalam masa 5-6 bulan. Nisbah kelahiran adalah 2 atau 3 dalam setahun. So dalam masa setahun penternak harus menyediakan 3 peringkat kambing iaitu anak, matang dan induk. (162 X 3 = 486) Bagi hasil 3 ekor seminggu adalah 3 X 25 kg ( Anggaran Berat Bersih) X RM18 (Harga Semasa) = RM1350 seminggu. Ini hanya berdasarkan jualan pasar tani tidak termasuk pendapatan dari hasil susu dan baja organik.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

Apa yang anda perlu tahu untuk tahun 2008 ini..

Januari 11, 2008 pada 12:25 pm · Difailkan bawah Akuakultur, Kambing boer, agriculture, penternakan, pertanian and tagged: Akuakultur, Kambing boer, penternakan, pertanian

Pengeluaran dalam Negara Meningkat:

-Akuakultur sebanyak 1.1%

-Sayur-sayuran 8.5 %

-Penternakan Lembu dan Kerbau 84.8%

-Penternakan kambing 82.9%

- Ayam 20.1%

- Telur 13.6%

-Ikan hiasan 19%

-Lain-lain data utk kategori lain tidak diketahui

Walaupun dengan peningkatan pengeluaran yang ada data menunjukkan ianya hanya memenuhi keperluan negara:(saya cuma ada data untuk ternakan sahaja)

-Lembu/Kerbau 25% di dalam pasaran

-Kambing 9% di dalam pasaran

-Tenusu 5% di dalam pasaran

Penguasaan pasaran masih menunjukkan dikuasai oleh daging import dari luar.

Pertumbuhan Ekonomi

-Kambing/bebiri 30.3% dari unjuran asal 8.9%

-Lembu/Kerbau 24.5% dari unjuran asal 9.6%

-Tenusu menurun 0.8%

Produk tani yang mempunyai potensi berterusan:

-Kubis, cili, halia, cendawan, sawi, ubi keladi. Sebilangannya masih diimport dengan jumlah yang besar dari luar. Pengeluaran di dalam negara dapat mengimbangi perkara ini.

-Pisang, nanas, nangka, belimbing, jambu batu, betik dan tembikai. Sentiasa mendapat pasaran di antarabangsa.

Negara Pengimport Terbesar Produk Kita

-Singapura

-Hong Kong

-Amerika Syarikat (U.S)

-Brunei

-Jepun

Peranan Portal Agribazaar

Bermula pada tahun 2004 dengan pengguna berjumlah 1800 orang sahaja dan transaksi bernilai RM 21 juta pada tahun 2006 telah meningkat kepada RM 200 juta pada tahun 2007 dengan pengguna berjumlah 29,148 orang. Satu peningkatan yang amat drastik. Di jangkakan transaksi yang berlaku pada tahun 2008 akan melonjak melebihi RM 350 juta.

* Segala data dan pandangan yang diberi adalah berdasarkan data cerapan dari simpanan dan pemerhatian penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab di atas jikalau ada data-data yang kurang tepat. Diharapkan ianya menjadi penunjuk aras bagi mereka yang terlibat didalam bidang ini.

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Ini adalah skim pawah yang saya masuk disalah sebuah ladang ternakan di Selangor

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Otai Member

Status: Offline
Posts: 515
Date:

bagaimana dgn jualan??? adakah ianya terpulang pd kita sendiri atau marketnya mmg telah terjamin????

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

kaya coz sc wrote:

bagaimana dgn jualan??? adakah ianya terpulang pd kita sendiri atau marketnya mmg telah terjamin????

kebiasaanya ramai dari kita berfikiran "malas untuk mencari market". Itulah punca sesuatu bidang yang diceburi menerima kerugiaan. Dalam sistem pawah ini, galakan diberikan bagi sesiapa yang ingin memulakan ladang ternakan. Bagi sesiapa yang in melabur tanpa "ladang", adalah lebih baik melabur sahaja di ASB.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Kebanyakan sistem pawah yang diperkenalkan oleh mana-mana ladang ternakan adalah untuk membantu para penternak baru. Di samping kekuranan pengalaman, ladang ternakan juga menyediakan "OJT" kepada penternak baru.

Bagaimana penternakan kambing memberi pulangan yang lumayan?

1. Bagi sesiapa yang ingin memulakan ladang ternakan kambing boleh memulakan ladang ternakan dengan mulai sistem pawah terlebih dahulu. Secara sistematik sistem pawah akan memacu para penternak baru ke dunia sebenar. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi akan menjadikan penternak baru lebih bersedia menghadapi kemungkinan.

2. Sebagai pengiraan hasil ternakan, sudah tentunya para penternak baru ingin mengetahui risiko yang dihadapi. Risiko pada permulaan ada kemungkinan akan memberi impak yang kuat kepada penternak baru. Oleh itu, para penternak harus bersedia menghadapi permulaan dunia ini. Dari survey yang saya jalankan ke atas beberapa ladang ternakan memang risiko spt kematian harus diterima, tetapi hasil pemantauan yang rapi diperingkat awal, risiko ini dapat diminimakan. Rata-rata ladang ternakan yang saya lawati sudah berdiri teguh di dalam jangkamasa 6-9 bulan.

3. Jika para penternak baru memulakan dengan sistem pawah seperti di atas, pada tahun ke 4, membawa balik kesemua kambing ke kandang sendiri.......perkiraan akan di mulakan dengan 80 ekor.

    Tahun Pertama = 80 ekor

       Penternak baru seharusnya tidak menjual hasil ternakan bagi tempoh satu (1) tahun akan datang bagi proses pembiakan diladang sendiri.

    Tahun Kedua : 80 X 3 = 240 ekor.

    Nisbah kelahiran kambing adalah 3 ekor dalam masa setahun. Kambing bunting selama 5 bulan. Bagi kambing dara bunting kali pertama satu (1) dan kali kedua, dua (2) atau (3) ekor dan seterusnya.

    Didalam tahun ini hasil ternakan akan mulai di rasa.

    a. Hasil susu

    Di dalam 240 ekor tidak semua akan bunting dalam satu masa. Jumlah ini mempunyai umur yang berperingkat-peringkat.

Jika kita ambil 72 ekor bunting (30%). 72 ekor pula kita pecah ikut bulan setiap 2 bulan. Ini disebabkan ibu kambing akan diceraikan susu dari anak setelah 2 bulan bagi memboleh anak berdikari. Setelah di ceraikan susu, ibu kambing masih mengeluarkan susu dalam lingkunan 2 bulan lagi sebelum proses penghamilan semula.

Dari 72 kita pecah setia 2 bulan ini bermakna 6 ekor akan mengeluarkan susu sehari. Jika satu (1) hanya boleh mengeluarkan 1 liter sahaja so susu yang boleh dikeluarkan sehari adalah 12 liter sehari.

    1 ekor = 1 liter sehari
    6 ekor = 12 liter

    300 mililiter (1 botol kecil)= RM6.00
    12 liter (36 botol sehari) = RM6.00 X 36 = RM216.00 sehari

    Jika kita ambil kos botol dan penjanamaan serta maintenance pada kadar RM3.00

    Untung bersih hasil jualan susu adalah setiap botol adala RM3.00

    Maka pendapatan bersih hasil susu sebulan adaalah seperti berikut :

    RM3.00 X 36 X 30 hari = RM3240.00

    b. Baja organik

    240 ekor boleh menghasilkan tahi kambing dalam lingkungan 1000 kg hingga ke 1500 kg dalam tempoh sebulan.

    Ambil hasil tahi pada 1000 kg

    Setelah diproses menjadikan baja organik (caranya mudah tapi kena belajar le) 1 kg boleh dijual dengan harga RM3.50 (ini pun dikira murah....)

    Ambil kos untuk membuat baja organik = RM1.50

    Untung bersih = RM2.00

    Sebulan = RM2.00 X 1000 kg = RM2000.00 sebulan

Hasil susu dan tahi kambing sahaja

    RM3240.00 + RM2000.00 = RM5240.00 (nett/month)

c. Hasil daging/kambing

    Untuk hasil jualan daging/kambing adalah digalakan menjual selepas tahun ke 2, Ini adalah kerana selepas tahun ke dua jumlah komposisi kambing adalah 720 ekor (240 X3)

    Separuh dari 720 dijual dan separuh sebagai kapital kandang
    360 dijual dan 360 kapital kandang

    Daripada 360 dijual secara berperingkat-peringkat selama 12 bulan

    Sebulan = 360/12 = 30 ekor

    Ambil purata harga = RM400.00

    Hasil Jualan sebulan daging/kambing = RM400.00 X 30 = RM12000.00

Jika dihimpun 3 hasil jualan dalam sebulan adalah seperti berikut

    a. Hasil Susu Kambing         = RM  3240.00
    b. Hasil Tahi Kambing          = RM  2000.00
    c. Hasil Daging/Kambing       = RM 12000.00

Jumlah keseluruhan sebulan pendapatan penternakan kambing = RM17240.00

# Ini semua adalah pengiraan saya, tiada kena mengena dengan mana-mana organisasi atau individu yang terlibat dengan industri penternakan kambing.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

Terima kasih Username. Saya dalam proses mencari tanah untuk proses penternakan ni. mula dengan kandang sendiri. Tengoklah... 20 ke 30 ekor. Then cari investors.Plan dan bentuk kandang pun dah siap.

Tanah yang berpotensi pula berdekatan dengan kebun kelapa sawit. Keep in touch.

__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

SALAM,
perbincangan ini sangat baik dan ianya harus di teruskan
dan ahli-ahli yang lain harap dapat ikut serta dalam memberi
info-info yang berfaedah ini .

terima kasih dan semoga anda berjaya dalam perniagaan anda.

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

Hamid wrote:

SALAM,
perbincangan ini sangat baik dan ianya harus di teruskan
dan ahli-ahli yang lain harap dapat ikut serta dalam memberi
info-info yang berfaedah ini .

terima kasih dan semoga anda berjaya dalam perniagaan anda.

Betul tu....

Thread ni akan diberi pelepasan untuk dibincangkan..

Semoga berjaya dalam perniagaan nyata ini

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Saiz kandang dan luas kandang bagaimana yang sesuai untuk memulakan penternakan?

Adalah di cadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, di bina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing adalah 1.5m˛ bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m˛. Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan. 

Tetapi bagi para investor baru, pembinaan kandang adalah terletak perancangan kewangan dan hala tuju perniagaan penternakan. Adalah digalakan kepada para penternak baru menggunakan teknik "bina dan sambung" bagi menjimatkan kos permulaan. Penggunaan kayu terpakai juga digalakkan bagi mengurangkan kos.

Jika menggunakan teknik bina dan sambung, dicadangkan permulaaan kandang seperti dibawah

Bagi kandang kandang bersaiz ini antara RM5000-RM7000.00
Kapasiti kambing antara 40-50 ekor.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Saya ingat nak buat slide show gambar ladang kawan saya, tak jadi pula nanti saya cuba balik

-- Edited by USERNAME at 17:47, 2008-01-21

-- Edited by USERNAME at 17:50, 2008-01-21

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

FAKTA PENTING TENTANG PEMBIAKAN KAMBING

Umur Jantan Matang ------------ 9 Bulan (Berat hidup 28-40kg)
Umur Betina Matang ------------ 5-6 Bulan (Berat hidup 18-20kg)
Umur Betina Mula Dikahwinkan - 6 Bulan
Teknik Pembiakan -------------- Dgn pejantan / Permanian berhadas
Purata Tempoh bunting --------- 150 hari
Jarak Antara Kelahiran --------- 200 - 210 hari
Kadar Kelahiran Kembar -------- 70%
Purata Anak Dlm Setahun ------- 1.8 ekor/ibu/tahun

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Junior Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

USERNAME wrote:

Kebanyakan sistem pawah yang diperkenalkan oleh mana-mana ladang ternakan adalah untuk membantu para penternak baru. Di samping kekuranan pengalaman, ladang ternakan juga menyediakan "OJT" kepada penternak baru.

Bagaimana penternakan kambing memberi pulangan yang lumayan?

1. Bagi sesiapa yang ingin memulakan ladang ternakan kambing boleh memulakan ladang ternakan dengan mulai sistem pawah terlebih dahulu. Secara sistematik sistem pawah akan memacu para penternak baru ke dunia sebenar. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi akan menjadikan penternak baru lebih bersedia menghadapi kemungkinan.

2. Sebagai pengiraan hasil ternakan, sudah tentunya para penternak baru ingin mengetahui risiko yang dihadapi. Risiko pada permulaan ada kemungkinan akan memberi impak yang kuat kepada penternak baru. Oleh itu, para penternak harus bersedia menghadapi permulaan dunia ini. Dari survey yang saya jalankan ke atas beberapa ladang ternakan memang risiko spt kematian harus diterima, tetapi hasil pemantauan yang rapi diperingkat awal, risiko ini dapat diminimakan. Rata-rata ladang ternakan yang saya lawati sudah berdiri teguh di dalam jangkamasa 6-9 bulan.

3. Jika para penternak baru memulakan dengan sistem pawah seperti di atas, pada tahun ke 4, membawa balik kesemua kambing ke kandang sendiri.......perkiraan akan di mulakan dengan 80 ekor.

    Tahun Pertama = 80 ekor

       Penternak baru seharusnya tidak menjual hasil ternakan bagi tempoh satu (1) tahun akan datang bagi proses pembiakan diladang sendiri.

    Tahun Kedua : 80 X 3 = 240 ekor.

    Nisbah kelahiran kambing adalah 3 ekor dalam masa setahun. Kambing bunting selama 5 bulan. Bagi kambing dara bunting kali pertama satu (1) dan kali kedua, dua (2) atau (3) ekor dan seterusnya.

    Didalam tahun ini hasil ternakan akan mulai di rasa.

    a. Hasil susu

    Di dalam 240 ekor tidak semua akan bunting dalam satu masa. Jumlah ini mempunyai umur yang berperingkat-peringkat.

Jika kita ambil 72 ekor bunting (30%). 72 ekor pula kita pecah ikut bulan setiap 2 bulan. Ini disebabkan ibu kambing akan diceraikan susu dari anak setelah 2 bulan bagi memboleh anak berdikari. Setelah di ceraikan susu, ibu kambing masih mengeluarkan susu dalam lingkunan 2 bulan lagi sebelum proses penghamilan semula.

Dari 72 kita pecah setia 2 bulan ini bermakna 6 ekor akan mengeluarkan susu sehari. Jika satu (1) hanya boleh mengeluarkan 1 liter sahaja so susu yang boleh dikeluarkan sehari adalah 12 liter sehari.

    1 ekor = 1 liter sehari
    6 ekor = 12 liter

    300 mililiter (1 botol kecil)= RM6.00
    12 liter (36 botol sehari) = RM6.00 X 36 = RM216.00 sehari

    Jika kita ambil kos botol dan penjanamaan serta maintenance pada kadar RM3.00

    Untung bersih hasil jualan susu adalah setiap botol adala RM3.00

    Maka pendapatan bersih hasil susu sebulan adaalah seperti berikut :

    RM3.00 X 36 X 30 hari = RM3240.00

    b. Baja organik

    240 ekor boleh menghasilkan tahi kambing dalam lingkungan 1000 kg hingga ke 1500 kg dalam tempoh sebulan.

    Ambil hasil tahi pada 1000 kg

    Setelah diproses menjadikan baja organik (caranya mudah tapi kena belajar le) 1 kg boleh dijual dengan harga RM3.50 (ini pun dikira murah....)

    Ambil kos untuk membuat baja organik = RM1.50

    Untung bersih = RM2.00

    Sebulan = RM2.00 X 1000 kg = RM2000.00 sebulan

Hasil susu dan tahi kambing sahaja

    RM3240.00 + RM2000.00 = RM5240.00 (nett/month)

c. Hasil daging/kambing

    Untuk hasil jualan daging/kambing adalah digalakan menjual selepas tahun ke 2, Ini adalah kerana selepas tahun ke dua jumlah komposisi kambing adalah 720 ekor (240 X3)

    Separuh dari 720 dijual dan separuh sebagai kapital kandang
    360 dijual dan 360 kapital kandang

    Daripada 360 dijual secara berperingkat-peringkat selama 12 bulan

    Sebulan = 360/12 = 30 ekor

    Ambil purata harga = RM400.00

    Hasil Jualan sebulan daging/kambing = RM400.00 X 30 = RM12000.00

Jika dihimpun 3 hasil jualan dalam sebulan adalah seperti berikut

    a. Hasil Susu Kambing         = RM  3240.00
    b. Hasil Tahi Kambing          = RM  2000.00
    c. Hasil Daging/Kambing       = RM 12000.00

Jumlah keseluruhan sebulan pendapatan penternakan kambing = RM17240.00

# Ini semua adalah pengiraan saya, tiada kena mengena dengan mana-mana organisasi atau individu yang terlibat dengan industri penternakan kambing.

Thank You tentang info dan saya nak tanya tentang cost (Variable & fix) dan kadar kelahiran, kadar hidup anak kambing dan makanan kambing dewasa

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

sapphire5157 wrote:

Thank You tentang info dan saya nak tanya tentang cost (Variable & fix) dan kadar kelahiran, kadar hidup anak kambing dan makanan kambing dewasa

Saya rasa soalan ini kalau nak jawab terlalu komplex sebab iaitu bergantung permulaan kapasiti kambing untuk dimulakan. Kadang2 bercerita tentang cost ni berdepan dengan budget kita sendiri, samada kita nak mulakan dari bawah bermula sedikit-sedikit atau pertengahan atau pada paras komersil. Apa yang penting kita mesti mempunyai fokus dan matlamat arah tuju penternakan kita. Untuk ini semua adalah lebih baik kita menghadiri kursus ternakan kambing yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau berbayar.

-- Edited by USERNAME at 17:51, 2008-01-22

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

salam username,

kambing ni kambing apa Boer ke? Nak bela boer ok tak?

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

adam wrote:

salam username,

kambing ni kambing apa Boer ke? Nak bela boer ok tak?

Sebenarnya tak kisah nak bela kambing apa tetapi yang penting matlamat dan fokus perniagaan pertanian yang kita ceburi

FAIL TO PLAN, PLAN TO FAIL

Mendengar kata ucapan saudara Nordin Bin Mat dalam Seminar Memulakan Penternakan Kambing Secara Komersial di Malaysia dengan topiknya "Aspek Komersial dan Pemasaran Kambing" membuatkan saya berkobar-kobar dan begitu semangat. Begitu banyak info yang dikongsikan bersama untuk dijadikan sebahagian garis panduan yang boleh dimanafaatkan. Sebahagiannya juga membantu saya memperkuatkan lagi amalan penternakan yang telahpun kami gariskan untuk projek kami tu.

Secara ringkasnya, berbalik semula kepada apa yang pernah saya katakan berkali-kali sebelum ini, sebelum memulakan perniagaan dalam industri ini, kita mestilah menetapkan fokus dan matlamat kita dengan jelas. Dari situ barulah kita dapat memudahkan perjalanan biz kita di samping bersedia dengan segala kemungkinan yang akan kita hadapi.

Semasa saya menyiapkan Pelan Perniagaan saya sebelum ini, perkata utama yang menjadi topik perbincangan dengan JPH adalah analisa SWOT tentang projek yang kami jalankan. Mengenalpasti SWOT dapat memberikan gambaran asas apa yang kita fokuskan. Dan dari situ juga secara tidak langsung kita dapat membina satu persatu aspek yang perlu kita berikan tumpuan.

Dalam Seminar tersebut, beliau ada menyatakan antara faktor kegagalan bagi penternak-penternak adalah :-

>>>>> kegagalan memahami konsep sebenar penternakan kambing yang dijalankan.
>>>>> ketidakupayaan penternak meneruskan projek selepas 2 atau 3 tahun disebabkan masalah kewangan.
>>>>> dan paling utama kerana gagal mendapatkan pasaran.

Oleh itu, tetapkan konsep penternakan komersial yang menjadi tonggak perniagaan kita sebelum memikirkan corak pemasaran yang sesuai.
Antara konsep penternakan yang boleh dijadikan pilihan :

a) Pembiakan baka tulen - membiakkan kambing daripada baka-baka terbaik untuk menghasilkan anak-anak kambing yang boleh dijual sebagai baka. Baka yang dicadangkan adalah daripada baka Boer, Jamnapari, Saanen, Toggenburg, Anglo Nubian, Barbados, Dorper. Sebaiknya baka-baka tersebut mestilah mempunyai Sijil Pengesahan tentang ketulenannya.

Jumlah minimum yang disyorkan adalah 20 ekor induk dan 2 ekor Jantan. Modal permulaan RM150,000. Anggaran pendapatan bulanan RM9,500.

b) Pembiakan komersial untuk baka kacukan dan daging - bela induk kacukan dalam kuantiti besar dan guna baka pejantan tulen secara sistematik untuk hasilkan anak kambing dalam kuantiti yang banyak. baka kacukan yang dicadangkan adalah katjang, Boer, Jamnapari. Sementara baka pejantan adalah Boer, Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian.

Anak kambing betina - dibiakkan di kandang atau dijual sebagai baka kambing kacukan.
Anak kambing jantan - digemukkan dan dijual untuk sembelihan.

Pembiakan hendaklah dilakukan secara sistematik bagi memastikan penambahbiakan genetik kepada lebih tulen dari generasi ke generasi.

c) Transit/Jual - beli kambing/bebiri daripada penternak atau pengimport untuk dijual bagi tujuan aqiqah, qurban, kenduri dan aktiviti keagamaan. Jenis kambing/bebiri - Feral, Merino, Katjang, Kambing Indonesia dsbnya.

Penternakan haruslah menetapkan harga belian dan jualan pada paras keuntungan antara RM50-RM200 seekor dan mensasarkan jualan 40 ekor - 100 ekor sebulan. Dan penternak haruslah memastikan kambing yang hendak dibeli kurang risiko untuk mati di kandang transit.

d) Fidlot dan jual - beli anak kambing jantan kacukan (kurang 20kg), digemukkan di kandang dan dijual bila cecah berat 50kg selepas 6 bulan. Anggaran pendapatan bagi 50 ekor minima adalah RM10,750 atau RM1,800 sebulan.

e) Kambing susu - jenis yang disarankan adalah Saanen, Toggenberg, Anglo Nubian. Kadar pengeluaran susu bagi baka kambing yang baik adalah di antara 4 liter - 7 liter sehari berbanding dengan kambing kacukan biasa antara 0.5 liter - 2 liter sehari.

Jumlah permulaan yang dicadangkan - 20 ekor betina tulen dan 2 pejantan tulen.

f) Pelan Persaraan - dimulakan 3 - 5 tahun sebelum bersara dengan jumlah 20 ekor - 30 ekor betina kacukan dan 1 ekor pejantan tulen. Jual anak-anak kambing jantan dan kekalkan semua kambing betina untuk dibiakkan. Selepas 5 tahun kambing tersebut boleh mencapai sehingga 500 ekor untuk diusahakan sepenuh masa selepas bersara dengan pulangan setiap bulan.

Petikan dari : KENALI DUNIA PENTERNAK

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

USERNAME wrote:

sapphire5157 wrote:

Thank You tentang info dan saya nak tanya tentang cost (Variable & fix) dan kadar kelahiran, kadar hidup anak kambing dan makanan kambing dewasa

Saya rasa soalan ini kalau nak jawab terlalu komplex sebab iaitu bergantung permulaan kapasiti kambing untuk dimulakan. Kadang2 bercerita tentang cost ni berdepan dengan budget kita sendiri, samada kita nak mulakan dari bawah bermula sedikit-sedikit atau pertengahan atau pada paras komersil. Apa yang penting kita mesti mempunyai fokus dan matlamat arah tuju penternakan kita. Untuk ini semua adalah lebih baik kita menghadiri kursus ternakan kambing yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau berbayar.

-- Edited by USERNAME at 17:51, 2008-01-22

Salam, anggaran startup untuk bela kambing.

Promosi Pakej Kambing Boer!!

PROMOSI PAKEJ BAKA KAMBING BOER 2008

PAKEJ MINI

PAKEJ STATER KIT 1

1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

HARGA PAKEJ RM 4150.00

PAKEJ MINI

PAKEJ STATER KIT 2

1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

2 EKOR INDUK PUREBREED + HEALTHY CERTIFICATE

HARGA PAKEJ RM 4950.00

PAKEJ MINI

PAKEJ STATER KIT 3

1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

2 EKOR INDUK FULLBLOOD UNREGISTERED

2 EKOR INDUK PUREBREED + HEALTHY CERTIFICATE

HARGA PAKEJ RM 8750.00

PAKEJ BOER PUTUS SUSU

10 EKOR JANTAN

10 EKOR BETINA

HARGA PAKEJ RM 9700.00

PAKEJ EKONOMI

10 EKOR BOERDEWASA (PELBAGAI GRED)

(NEGOTIATEABLE)

HARGA PAKEJ RM 15,000.00

PAKEJ MID-BUDGET

PAKEJ MAMPU 1

1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

9 EKOR INDUK PUREBREED(MIX)

HARGA PAKEJ RM 10,500.00

PAKEJ MID-BUDGET

PAKEJ MAMPU 2

1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

9 EKOR INDUK PUREBREED(MIX)

HARGA PAKEJ RM 10,300.00

PAKEJ KOMERSIAL

PAKEJ EMAS

1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

20 EKOR INDUK F5 (PUREBREED)

HARGA PAKEJ RM 32,000.00

PAKEJ KOMERSIAL

PAKEJ BERLIAN

1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)

40 EKOR INDUK F5 (PUREBREED)

HARGA PAKEJ RM 60,000.00

__________________

ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

Salam kepada semua,

Perbincangan ini baik dan harap diteruskan.

Semua Mods tidak perlu tutup perbincangan ini.

Sekian, terima kasih.

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Ringkasan : Apa yang menarik di sini, dinyatakan bahawa 500 ekor kambing Boer boleh mengeluarkan 2,000kg baja organik setiap bulan. Purata pendapatan sebulan mencecah RM17,500. Kalau kita ambil kira perbelanjaan untuk makanan kambing, dianggarkan cuma RM3,800. Dengan lain perkataan, pendapatan daripada tinja kambing itu sendiri boleh menampung kos makanan mereka.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

perbincangan business nyata yg begitu hebat.....kalau ada business selain kambing, boleh gak dibincangkan.....

__________________
psc

Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

buat masa ni saya x berani nak bincangkan lagi ttg pelaburan ni......sbb modal dah habis dilaburkan dalam sc...tapi memang berminatlah jugak nak join.... sekarang ni pon saya buat part time, kerja 7 hari seminggu, dgn harapan dpt cover balik modal yg hilang....pas tu join business....

***teringat kata2 tun dr mahathir....."kita mestilah bekerja kuat..."

__________________
psc

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

pelaburSwisscash wrote:

perbincangan business nyata yg begitu hebat.....kalau ada business selain kambing, boleh gak dibincangkan.....

 Bukan sahaja penternakan kambing sahaja yang menjadikan dunia agroculture "glamour" sekarang, malah ada berbagai lagi tanaman dan ternakan yang dulu tidak mendapat tempat dikalangan pelabur sudah diorentasikan komesial. Serai peha ayam, cacing tanah, lintah sehinggakan lada basah yang kita pandang sebelah mata ketika dipasar sudah boleh memberikan pulangan yang sangat lumayan. Semua ini terjadi disebabkan dasar yang diperkenalkan sekarang.

"Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar."

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

pelaburSwisscash wrote:

buat masa ni saya x berani nak bincangkan lagi ttg pelaburan ni......sbb modal dah habis dilaburkan dalam sc...tapi memang berminatlah jugak nak join.... sekarang ni pon saya buat part time, kerja 7 hari seminggu, dgn harapan dpt cover balik modal yg hilang....pas tu join business....

***teringat kata2 tun dr mahathir....."kita mestilah bekerja kuat..."

Jangan fikirkan masalah modal, fokuskan kepada perangcangan dan strategik ke arah impian kita. Bermula dibelakang rumah kita atau di mana-mana anda rasa perlu, bermulalah setapak yang kita mampu.

Sbg cth, jika kita berminat kepada dunia penternakan, tidak semestinya kita bermula dengan sebuah kandang. Apa kata jika saya cadangkan anda bermula sebagai pembuat baja tahi kambing dahulu. Membeli pukal tahi kambing secara kecil-kecilan di kg-kg, anda sendiri belajar memprosesnya (caranya mudah....) dan menjualnya kembali kepada sektor pertanian, landskap dan di mana-mana yang anda rasakan boleh dijual......Anda cuba, anda akan tahu nikmatnya.

part time yg saya buat ni pon menjangkau 70% drp gaji saya.....x guna tenaga, pakai mulut jer.....insyaAllah, bila dah sampai masanya saya mulakan juga apa2 bisnes yg ada potensi.....lagipon saya suka buat kerja satu-satu.....

__________________
psc

Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

Extra info........setiap business ada cabaranya....minat dan sabar mau ada

Program intensif 6 bulan - jantan
Berikut adalah beberapa maklumat mengenai penyelidikan dan pengalaman kami untuk perkongsian dan perbincangan penternak kambing sembelihan yang lain. Program penternakan intensif yang kami namakan - projek 6 bulan jantan - adalah untuk pengeluaran baka-baka jantan untuk tujuan sembelihan dalam masa 6 bulan atau kurang. Targetnya cukup mudah, keluarkan jantan seberat 30 kg ke atas, paling lama 6 bulan. Program ini memudahkan kita 'keep track' dengan waktu dan tempahan yang ada, dan memastikan pengeluaran kita sentiasa mengikut spesikasi yang dikehendaki, dengan pengiraan kos pengeluaran yang dijangka. Kerana, kehendak market semeblihan dalah berdasarkan faktor berat. Lebih cepat berat dicapai, lebih cepat dapat dijual.

Namun begitu, maklumat ini adalah apa yang berlaku dikandang kami.. Lain kandang, mungkin lain hasilnya.. malah mungkin dengan cara yang sama, boleh membuahkan hasil yang lebih baik daripada kami.

Kami pecahkan penghasilan ternakan yang baik kepada beberapa faktor.

Pertama : Baka
Pada telitian kami, baka Boer merupakan baka yang paling cepat menghasilkan berat. Berbanding baka lain, seperti AngloNubian atau Jamnapari, Boer lebih cepat 'gain weight'. Walaupun, badan baka Boer tidak tinggi dan panjang, tetapi kepadatan daging dibadan cukup untuk menjadikan beratnya cepat mencapai target. Kacukan Boer (Boer-Cross) juga mempunyai prestasi yang baik, di mana anak kambing akan mempunyai kriteria padat daging dan tinggi/panjang badan. Namun, pada kami, lebih banyak darah Boer pada baka tersebut, adalah lebih cepat. Lahir-lahir saja, anak Boer sudah boleh lawan 'bodybuilding'....

Namun begitu, baka Boer di kandang kami tidak menghasilkan kembar yang banyak. Paling tinggi kembar 2. Average Boer dalam 1.5 ekor. Berbanding AngloNubian, biasa dapat kembar 3 - terutama kalau ibu dah 2-3 kali beranak. Average Anglo saya 2.2 ekor.

Jadi, baka Boer cepat gain weight.. tapi bilangan kekembaran agak sedikit berbanding Anglo. Kami sedang mengkaji baka Boer-cross-Anglo.. sekiranya boleh mendapat hasil yang lebih dari segi kekembaran dan weight gain.

Kedua : Penjagaan ketika kelahiran
Kelahiran kembar merupakan kegembiraan kepada penternak. Paling banyak yang pernah kami terima kelahiran kembar 4. Namun begitu, anak kambing kembar terpaksa share sumber makanan dan susu awal dengan kembarnya. Adalah penting untuk memastikan anak kambing mendapat cukup susu ibu ketika lahir. Kebanyakkan anak kambing kami yang lambat membesar, adalah yang mempunyai masalah ketika penyusuan ibu.. antaranya kena sakit sebaik selepas lahir, ibu kurang susu, ibu mati, ibu tidak sayang anak, etc...

Paling cantik kalau kembar dua, jadi cukup untuk anak-anak kambing ini menyusu. Faktor ibu juga penting dalam memastikan anak kambing cepat besar. Ibu kambing yang mempunyai susu yang banyak akan menyebabkan anaknya cepat membesar dan gain weight. Sebab itu, kesihatan ibu kambing selepas melahirkan sangat penting. Pasti ibu mendapat rawatan secukupnya, dan makanan perlu lebih soya (untuk susu). Kalau nak kasi dedak mahal sikit pun tak apa..

Apa yang penting, walaupun ketika lahir (terutama kelahiran kembar), anak kambing mepunyai saiz yang kecil, tetapi jika mendapat penyusuan yang cukup dan sempurna, anak kambing tersebut akan cepat gain weight.

Ketiga : Ajar anak kambing cepat pisah dari ibu
Apabila telah melepasi stage kritikal lepas beranak dan penyusuan awal, kita mesti cepat mengajar anak kambing mula melupakan susu ibu dan boleh berpisah darinya. Kerana, ia perlu diprogramkan untuk program pembesaran intensif dengan pemakanan yang lain. Proses biasa adalah selama 2 bulan. Untuk lebih cepat pisah, kita boleh buat dengan berperingkat bermula dari usia 6-7 minggu. Sebelum itu, kita perlu perkenalkan makanan lain kepada anak-anak kambing selepas 2 minggu, supaya mereka mula memakan makanan selain susu ibu. Sekiranya dah boleh makan dedak dan rumput, maka sudah sesuai untuk dipisahkan. Kita sudah boleh mengasingkan anak kambing tadi di lain kandang, dan disediakan makanan rumput dan dedak. Ia hanya boleh dilepaskan untuk bersama dan menyusu ibunya hanya 2 kali sehari (pagi dan petang), dan seminggu kemudian sekali sehari, dan kemudian terus pisah.

Tapi, perlu diingat, tak semua anak kambing yang boleh menyesuaikan diri dengan cepat. Jadi penelitian terhadap perkembangan selepas dipisahkan adalah penting. Kalau yang jenis tak lalu makan lepas dipisah, perlu dikembalikan kepada ibunya dan cuba lagi setelah beberapa ketika.

Pemisahan yang lebih cepat akan menyebabkan lebih cepat anak kambing tadi makan makanan selain susu, dan diprogramkan untuk penggemukan intensif. Ibu juga boleh dikahwinkan semula dengan lebih cepat.

Ada satu lagi cara, iaitu meletakkan Pejantan dalam kandang bersama ibu dan anak kambing setelah mulai masuk 2 bulan lepas bersalin. Apabila ibu kambing mula bunting, maka secara semulajadi ia akan memisahkan diri daripada anaknya.

Keempat : Kesihatan
Kesihatan merupakan satu lagi faktor yang memainkan peranan penting terhadap tumbesaran anak kambing. Pastikan anak kambing menerima penjagaan yang baik, dan bebas daripada penyakit. Penyakit paling kerap dikandang kami adalah berak cair, puru, selsema dan kutu. Setiap penyakit yang menjangkiti anak kambing perlu dirawat segera supaya ia tidak menganggu proses pembesarannya.

Sebab itu, bahan mineral dan vitamin perlu sentiasa ada. Kami setakat ini menggunakan jenis berbentuk jilatan dan injection. Sedang mencuba-cuba produk yang terbaik. Pada pengalaman kami, anak kambing yang menghidapi penyakit selepas beberapa hari dilahirkan, mempunyai kadar kematian yang tinggi. Jika kena sakit selepas 2-3 minggu dilahirkan, ia mungkin boleh survive, tetapi pembesaran akan terganggu.

Selalu anak kambing yang tidak mempunyai masalah kesihatan, akan mempunyai susunan bulu yang bersih dan nipis. Anak kambing bermasalah, akan mempunyai bulu yang agak tebal dan tidak terurus..

Kelima : Makanan
Untuk meningkatkan berat tentunya faktor makanan, merupakan perkara terpenting perlu diberi perhatian. Pada pengalaman kami, untuk peningkatan berat yang cepat makanan perlu ada setiap masa. Ertinya, kitaran menu makan perlu kerap dan sentiasa memenuhi keperluan selera kambing. Makanan tidak semestinya dedak yang berprotein tinggi dengan harga yang mahal. Walaupun dedak berprotein tinggi ini diperlukan, tetapi cukup sekadar pelengkap. Yang lebih utama, bagaimana nak pastikan kambing memakan makanan lain seperti rumput potong, batang jagung, hampas soya, hampas sagu, dll yang lebih murah.

Adalah penting untuk memastikan kambing sentiasa berselera, dan makan dengan banyaknya dan kekerapan yang selalu. Sekiranya kita berjaya menanam minat memakan pada kambing ini, sudah tentu berat cepat akan meningkat.

Menu kami - Pagi, makan dedak sekitar 300g seekor. Selepas itu, berikan napier potong atau silaj. Kemudian petang, ketika lepaskan kambing ibu ke padang ragut, kambing jantan (yg tak lepas) kami hidang dengan napier potong atau silaj. Lewat petang, kasi lagi sedikit dedak dalam 200g beserta silaj dan napier potong.

Kami hanya gunakan dedak protein tinggi (mostly Sunsun).. Bekalan hampas soya, batang jagung dan sagu, yang mana dapat, akan diberikan petang.

__________________

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Ini adalah antara 10 ekor Jamanpari yang saya pawah. Diimport dari Indonesia untuk dijadikan baka. Gambar ini di ambil pada 2 Feb 2008 seminggu selepas sampai dari Indonesia. Nampak kurus sikit.

Ini dah bunting.... Insya Allah tak lama lagi dapat cucu pertama.

Penggunaan tag no/warna adalah penting bagi mengenal pasti generasi....Si Tompok - Tag No : 8225

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Cereta pasal kambing saya ni....dah lama tak updates, Insya Allah saya akan updates dalam masa terdekat ni. Ni skrg nak pi kandang pun dah tak sempat.

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

saya baru terbuka thread ni...memang satu usaha yg baik, teruskan usaha murni ini. pasaran bukan soal yg susah, kalau kita memang bersungguh2 mencari pelanggan pasti akan ketemu jua. hotel, pasaraya, supermarket, pasar basah, asrama pekerja dan dimana-mana saja tempat urusan jual beli dan selagi masih ada manusia nak makan dan mengusahakan pertanian, kita tawarkan saja tentu ada permintaan. yg penting harganya hendaklah kompetitif. utk itu sbolehnya kos pengeluaran kena minimumkn tanpa mjejaskan kualiti dan kuantiti produk.

saya pun masih baru dlm bidang saya berkaitan biodiesel dan masih dlm peringkat kajian dan penyelidikan. di Malaysia memang tak byk sumber rujukan tp takpa ia adalah satu cabaran yg menyeronokkan. memang akan ada org akn komen mengenainya tp jika kita inovatif dan kreatif, tak jd masalah. setiap permasalahan pasti ada penyelesaian. kalau nak berjaya mula dr bwh, cari maklumat dan cuba sdiri. insyaallah pasti berjaya juga akhirnya. jika berjaya tentu pasarannya luas selagi lori dan bas serta pickup masih bergerak atas jln mengangkut barang, org dan hasil pengeluaran.

ada org yg persoalkn bagaimana nak cari minyak terbuang yg byk...itu bkn masalah. dlm forum dan artikel internet di negara maju ada dikalangan pengusaha biodiesel mggunakan pdekatan sggah dr rumah ke rumah utk mengutip minyak terpakai yg tak diguna lagi, menyediakn khidmat panggilan utk mengambil minyak terpakai yg telah dikumpul oleh pelanggan. bkn setakat rumah, asrama pekerja, asrama sekolah, hotel2, kedai2 makanan, kilang2 produk makanan ringan.

berkenaan peralatan menghasilkan produk biodiesel ia boleh dibuat sdiri ikut saiz dan modal, kalau modal byk maka saiznya besar. tp sbgai beginner kena mula sikit dulu nanti lama2 boleh berkembang jd besar. bak kata pepatah FAIL TO PLAN atau PLAN TO FAIL. kalau dr mula dah surrender memang fail, kalau dah mula buat setiap langkah kita pasti akn lalu byk simpang siur. ada simpang yg elok, ada simpang yg tak elok. jd ini kena ada ilmu dan maklumat baru tau apa kelebihan, apa kekurangan dan apa jln penyelesaiannya.

__________________

ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

USERNAME wrote:

Cereta pasal kambing saya ni....dah lama tak updates, Insya Allah saya akan updates dalam masa terdekat ni. Ni skrg nak pi kandang pun dah tak sempat.

Tahniah username....!

__________________

Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

TAHNIAH USERNAME..TERUSKAN USAHA ANDA, SEMOGA USAHA ANDA INI AKAN MENJADI SUMBER INSPIRASI KEPADA SEMUA FORUMER DI LUAR SANA...

__________________
psc

Otai Member

Status: Offline
Posts: 716
Date:

Lama betul dah updated pasal penternakan ni, sibuk dengan kerja kat pejabat sampaikan kisah kambing yang saya masuk skim pawah tu tak sempat nak jengah. Sejak masuk skim pawah pada Feb o8 dah hampir 6 bulan. Dalam sebulan tu pergi ke kandang pawah ade le dalam 2-3 kali. Pada bulan Julai hari tu kat kandang pawah dapat berita buruk le, 2 ekor anak Jamanapari yang baru lahir mati disebabkan tak cukup bulan dan terpijak oleh kambing induk. Tapi bulan Ogos ni dapat berita gembira lah. Dah dapat "cucu" lah, sihat beb. Dah masuk 2 minggu. Gembira teramat sangat le, mulai menampakkan hasil melalui skim pawah yang diceburi.
Photobucket

__________________
BERBAKTI KEPADA BUMI

Moderator

Status: Offline
Posts: 1005
Date:

Salam....
Alhamdulillah .....
Semoga berjaya.......
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ekau dan kawan2 yang molabur dalam bidang ini
Maaf eden memang dah tak buleh nak join buek maso nie....
nasib baeklah hargo gotah agak baek buek maso nie...
Cukuplah bolanjo untuk anak-anak den skolah....
Alhamdulillah cukup makan....

__________________

Junior Member

Status: Offline
Posts: 38
Date:

www.vgmc.com

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard