Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Politik dgn Ekonomi Rakyat


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:
Kisah Politik dgn Ekonomi Rakyat


Jika pbgnn eknomi dipolitikkn mka yg dpt byk utgnya org politik wang yg mgunakn politik sbgai pntas utk kya dan mwah. Jika org politik bnar2 bjiwa rkyt, pasti dia tau bgaimana rsanya hidup dlm keadaan daif dan srba kkurangn. Org politik Umno hari ini byk mnyusahkn rkyt trutma yg miskin dan bpndptn rndah. Sgala pluang eknomi dan bntuan dicantas dmi mmastikn org politik wang dpt trus mngcapi kmwahn dlm situasi eknomi dnia tak mnentu. Yg paling parah mnanggung akibatnya org miskin dan yg bpdptn rndah. Pkja awam stakat 100rbu org dpt naik gji. Pkja swasta dan yg kja sdri jumlahnya juta2 bagaimna nak mnampung knaikn kos. Org politik wang tlah mnampung knaikn kos ini dgn mnarik subsidi sosial utk rkyt umum, mnekan rkyt bkja kras utk Umno dan BN, mbli asset utk ngra dan dpt komisen drnya, mnrima rasuah tp tak ngaku dan pndai plak gna kuasa politik utk smbnyui tembelangnya, mcantas pluang eknomi lain yg mgugat kptingn eknomi mrka. Inilah kisah politik dan ekonomi rkyt. Bilamana sc dilihat turut mgugat, mrka jga tlah mcantasnya spya rkyt dan org mlyu trus bkja utk mrka.



-- Edited by akai pc at 10:49, 2007-11-17

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

skrg ni ekonomi di politik kan itu yg susah nya.....kunun KDNK naik 5%.......ai ???5% jer???negara luar contoh singapura negara kecik takyah cerita besar 10-15% setahun.....malaysia 5% jer......ni la malaysia negaraku~~negarakuku.....dulu cakap tol selepas 15 thn di hapuskan dah sekarang plak kenapa di lanjutkan sampai 35THN????????hai malaysia ku.......yang sedih sanggup dia org mempergunakan raja bagi mempastikan diorg tu betul.......sedih tul raja dipergunakan sedemikian.....yawn.gifyawn.gifyawn.gifyawn.gifashamed.gifashamed.gifashamed.giffurious.giffurious.gif

korang paham paham udah ler.......

-- Edited by wanmetal at 16:22, 2007-11-17

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

PUTRAJAYA 15 Sept. - Sebarang perubahan terhadap sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada 2003 tidak akan dilakukan secara serta merta.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang perubahan jika ada, akan hanya dimulakan daripada murid di tahun satu dan pelajar di tingkatan satu bagi mengelak kekeliruan dan masalah kepada mereka yang telah mengikuti sistem sedia ada.

''Apa jua keputusan yang kita bakal putuskan nanti, ia tidak akan menjejaskan mereka (murid) yang sedang berada dalam sistem pendidikan sekarang.

''Kita tidak akan berlaku kejam kepada pelajar dan saya pun ada anak dalam sistem PPSMI, sudah pasti sebagai ayah, saya pun tak nak perkara ini berubah sebegitu rupa," katanya.
_____________________________________________________________________________

tau pun, jd knapa dulu thn 2003 tgesa2 buat PPSMI terus dilaksana utk pelajar ting. 4, knapa tak dimulakn saja bemula darjah 1 pd masa tu. jgn dulu libatkn pelajar skolah menengah.

beratus ribu masa dpan pelajar lepasan SPM dlm tempoh itu musnah gara2 tindakan yg takda plan tersusun, ada ke patut kata tak kejam. ingat dia sorangkh bapak, org lain pun bapak jugak mana2 bapak pun akn mbantah kalau perubahan tu mendadak takda planning awal dan mengorbankn msa depan pelajar yg nak ujian SPM. akai adakah....

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

RAMAI murid gagal menguasai Sains dan Matematik sehingga timbul cadangan agar kedua-dua mata pelajaran itu kembali diajar menggunakan bahasa Melayu.

Saya berpendapat masalah tersebut timbul bukan kerana murid-murid terbabit 'otak beku' atau tahap kecerdikan mereka rendah tetapi kerana mereka tidak faham dan tidak diberi kefahaman tentang kedua-dua mata pelajaran itu dengan betul.

Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran itu kelihatan serba kekok, malah mereka semacam mengalami kejutan budaya apabila terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris.

Saya mengambil contoh di salah sebuah sekolah rendah yang agak terkemuka di Kota Bharu, Kelantan iaitu di tempat anak saya belajar.

Kelemahan murid-murid di situ dalam kedua-dua mata pelajaran amat ketara, kecuali bagi ibu bapa yang ada kemampuan dan menghantar anak-anak ke tuisyen sains dan matematik.

Bukan itu sahaja, hanya beberapa helaian buku kerja anak saya yang terusik dan banyak yang tidak diperiksa sedangkan penggal persekolahan sudah lebih setengah tahun.

Bila ditanya anak kenapa kerja sekolah tidak dibuat, jawapannya tidak tahu dan cikgu belum ajar lagi kerana kononnya cikgu jarang masuk kelas. Bila ditanya kenapa cikgu jarang masuk kelas, jawabnya cikgu pergi berkursus.

Oleh kerana banyak masa guru dihabiskan untuk berkursus, masa untuk mengajar hanya sedikit dan mahu tidak mahu masa untuk murid belajar dan diajar terhad.

Justeru apa bila menghadapi ujian dalam keadaan yang tidak cukup ilmu, maka markah yang diperolehi semestinya rendah.

Seingat saya sebelum mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, anak saya dan rakan-rakan sekelas memperolehi markah 80 peratus ke atas tetapi sekarang menurun kepada 50 peratus.

Kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran berkenaan jelas disebabkan murid tidak diajar dan guru tidak mengajar dalam jangka masa yang mencukupi.

Kita tidak salahkan guru kerana terpaksa menghadiri kursus untuk mengelak rasa kekok ketika mengajar dan menjauhi kejutan budaya iaitu terpaksa mengajar menggunakan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

Untuk jangka panjang mengajar sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris memang melabakan tetapi apakah bagi keperluan jangka pendek murid-murid terpaksa menjadi mangsa.

Walaupun agak terbeban, namun ibubapa terpaksa menghantar anak-anak ke pusat tuisyen menjadikan pusat pengendalian tuisyen melimpah dengan pelajar.

Bagaimanapun ia tidak banyak membantu kerana tuisyen bahasa Inggeris tidak mengajar tentang istilah-istilah sains dan matematik pun.

Tujuan mendidik adalah supaya golongan pendidik dapat memberi ilmu kepada kumpulan yang hendak dididik.

Persoalannya, bagaimana pendidik boleh memberi pendidikan yang berkesan jika tugas mendidik diberikan dalam keadaan serba kekok dan menggunakan bahasa yang tidak benar-benar dikuasai.

Sepatutnya kaedah termudah digunakan untuk mewujudkan pelajar bijak sains dan matematik. Gunakan bahasa yang boleh memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran supaya tiada siapa rugi yang dalam hal ini.

Jika bahasa Melayu lebih mudah difahami maka gunakanlah bahasa tersebut sebaliknya jika bahasa Inggeris lebih berfaedah untuk jangka panjang maka ia bukannya sesuatu yang mutlak untuk ditolak.

Berhubung dengan istilah-istilah sains dan matematik, serahkan sahaja kepada pakar-pakar bahasa dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka yang ada unit khusus di samping mempunyai pakar dalam bidang peristilahan. Yang pentingkan perlu dipastikan para pelajar tidak menjadi mangsa keadaan.

RAMLI ABDUL HALIM

Kota Bharu, Kelantan

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard