Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Malaysia di Ambang Muflis


Senior Member

Status: Offline
Posts: 166
Date:
Malaysia di Ambang Muflis


Apa yg org lain tahu dan kita tidak tahu......slmt membaca dan imbangi informasi anda.

Ø DATO' KAMAL AMIR MENULIS
>
> UNTUK tahun ini sahaja Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan sebanyak
> empat projek mega yang menelan lebih 500 bilion ringgit, merangkumi
> pembangunan Wilayah Iskandar, Pembangunan Koridor Utara, Koridor Pantai
> Timur dan jambatan kedua Pulau Pinang.
>
> Kesemua projek tersebut cukup gah, cukup mempersonakan, malahan setiap
> rakyat boleh teruja dengan pengumuman sedemikian. Tiada lagi jumlah
> juta-juta, jauh sekali ratusan ribu ringgit, sebaliknya lagak orang kaya
> bahru Abdullah menyebut angka bilion-bilion ringgit.
>
> Dua tahun lalu pasca awal memegang teraju kepimpinan negara seringkali
> dia mengatakan negara sudah kehabisan wang, banyak wang negara telah
> lesap hinggakan keadaan ekonomi terjebak menjadi sebegitu sukar.
>
> Hairannya selepas dua tahun, tanpa adanya petunjuk rangsangan
kemantapan ekonomi, kalaupun sekadar pengumuman Gabenor Bank Negara lima bulan
lalu dagangan negara mencecah angka trilion ringgit, tiba-tiba Abdullah mula
> seronok mengumumkan pelaburan berbillion ringgit.
>
> Era Dr. Mahathir yang digelar 'mahafiraun' dan 'mahazalim' sekadar
> berbelanja sekitar 350 bilion untuk kos pembangunan sepanjang musim
> pemerintahannya selama 22 tahun (sila lihat laporan kewangan negara),
> tapi untuk kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh empat tahun
sudah riak mengumumkan kos pembangunan lebih lima ratus bilion. Itupun tidak
> termasuk pembangunan "Penang Global Corridor City Centre" dijangka
> menelan puluhan bilion ringgit.
>
> Kesempatan berbuka puasa bersama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah
> kelmarin, penulis sekadar mengajukan persoalan sejauh mana kemampuan
> negara berbelanja sebegitu besar, secara jujur bekas Menteri Kewangan
> tersebut menyatakan rasa hairan bagaimana kerajaan mampu untuk
membiayai kos tersebut.
>
> "Saya kira kos pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan pun tidak
> sampai jumlah empat projek mega tersebut.. Malahan timbul pula tanda
> tanya di hati kecil saya, datang dari mana wang sebanyak itu?
>
> "Kini masanya bukan untuk berbelanja, himpitan kehidupan rakyat semakin
> mencengkam, soal pengangguran puluhan ribu siswazah masih belum dapat
> ditangani, bagaimana wang sebegitu besar boleh dibelanjakan? Apakah
> melalui empat projek tersebut boleh menyelesakan masalah pengangguran
> siswazah yang sudah mencapai tahap serius?
>
> "Setiap tahun jumlah pelajar yang keluar dari pusat pengajian tinggi
> berjumlah puluhan ribu, ertinya puluhan ribu warganegara memerlukan
> sumber pendapatan.. Harga barang terus naik begitu mendadak, nilai
> ringgit di pasaran semakin susut, lihat sahaja persoalan kenaikan
minyak dan barangan keperluan, semua ini memperlihatkan sejauh mana nilai
> ringgit kita.
>
> "Wang Petronas khabarnya berada di paras cukup genting, jika tidak
> segera ditangani, saya khuatir negara boleh jadi muflis!" jelas Tengku
> Razaleigh.
>
> Sesungguhnya apabila mendengar kenyataan mantan Menteri Kewangan yang
> cukup berpengalaman menjana ekonomi bangsa dan negara membuatkan hati
> ini dijengah persoalan ke mana bangsaku mahu mengadu nasib di hari
> mendatang jika kebobrokkan pemimpin sebegini tidak segera dihentikan.
>
> Sebelum ini jarang sekali Tengku Razaleigh Hamzah mahu membuka mulut
> berhubung soal masa depan ekonomi negara, namun kenyataan negara bakal
> menjadi muflis dalam tempoh empat tahun dari sekarang jika tidak segera
> dihentikan "pemborosan" pemimpin, membuatkan saya amat tersentak, seram
> dan ngeri apakah begini nasibnya rakyat yang terus dibohongi oleh
> Abdullah Ahmad Badawi bersama kaum kerabatnya untuk terus merompak satu
> demi satu wang rakyat.
>
> Dua minggu lalu Tan Sri Tengku Mahalel selaku Ketua Pegawai Eksekutif
> Proton mendedahkan bagaimana wang syarikat kereta nasional sejumlah
> lebih tiga bilion ringgit menjadi lesap dan lebur sebaik sahaja beliau
> meninggalkan syarikat tersebut.
>
> Kenyataan Tengku Mahalel bukan persoalan remeh, bukan cerita harga
> kacang putih, jumlahnya besar sebanyak tiga bilion ringgit, malahan
> lebih utama sekali ia memperlihatkan wibawa kepimpinan kerajaan
> menguruskan syarikat kereta nasional. Bagaimana wang tersebut boleh
> lesap hingga meletakkannya dalam keadaan nazak serta menjadi calon
> pengemis untuk segera dilacurkan kepada syarikat dari luar Negara.
>
> Begitu juga dengan kedudukan syarikat penerbangan Malaysia (MAS),
semasa Idris Jala menjadi ketua pentadbirnya banyak aset-aset telah dijual,
dan untuk tahun pertamanya beliau bangga mengumumkan keuntungan syarikat
> tersebut hasil jualan aset sedia ada, tapi kini bagaimana pula
> keadaannya?
>
> Khabarnya MAS juga sudah mulai dijengah penyakit serba celaru dan tidak
> menentu, kakitangannya diberitakan bakal menjadi calon penganggur, jika
> tidak segera dipulihkan sudah pasti syarikat yang kita bebaskan dari
> cengkaman Singapura atas gabungan MSA (Malaysia-Singapore Airline) satu ketika dahulu bakal kembali
> dicantumkan. Nauzubillah!
>
> Dan kini Petronas pula dikhabarkan mulai dijengah gerhana untuk
terjebak menjadi tenat, seharusnya di saat harga minyak melonjak di pasaran
> dunia, Petronas wajar mengumpul dana dalam tabungannya bagi kegunaan
> musim kemarau.
>
> Namun begitu, jika kerajaan Abdullah Ahmad Badawi terus leka untuk
> meratah dan membaham harta rakyat, apakah kita masih reda untuk berdiam
> diri? Bangsa kita adalah bangsa cinta damai yang merdeka dalam erti
kata merdeka sebenar-benarnya, kita adalah rakyat yang berhak secara mutlak
> menentukan pemimpin.
>
> Jawatan Perdana Menteri bukan tiket untuk membenarkan sesiapapun
> merompak dan memperkosa ekonomi negara untuk akhirnya dilacurkan kepada
> dunia luar, rakyat berhak untuk menghalangnya, suara rakyat adalah
suara keramat.
>
> Dalam Negara yang mengamalkan demokrasi secara total kebobrokkan
> pemimpin sebegini mesti segera dihentikan. Tidak perlu untuk kita
> melakukan demonstrasi jalanan, keamanan jangan sekali-kali kita gugat,
> ada banyak cara lain melalui lunas-lunas demokrasi.
>
> Masanya untuk rakyat bangun memperlihatkan kuasa mereka sudah sampai.
> Suara rakyat mesti dijelmakan dalam bentuk undi tidak percaya terhadap
> kepimpinan sempang-peranang manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi yang
> menjual temberangnya melalui mazhab Islam Hadhari dan sajak awalnya
> untuk tidak hidup berpoya-poya serta menimbun harta berjuta.
>
> Bagaimana mampu Abdullah menafikan kehidupannya kini bukanlah dalam nur
> kehidupan muslimin yang serba sederhana apabila hiburan irama jazz
sudah boleh dibawa masuk ke seri perdana dengan kos lebih satu juta ringgit.
>
> Apakah dapat Abdullah membuktikan bahawa dia masih berpegang pada
> prinsip Islam sebenar untuk bersederhana dengan tidak membazirkan wang
> sebanyak itu? Sejak menikah dengan janda anak dua Jeanne Danker, sudah
> dua kali Seri Perdana mengadakan konsert hiburan dalam acara
> pesta-pestaan untuk kaum elit. Sedangkan sebelum ini empat Perdana
> Menteri tidak pernah terdengar menganjurkan persembahan konsert di
> kediaman rasmi.
>
> Seingat kita sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn
> hinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, persembahan hiburan bercorak
konsert perdana diadakan di Dewan Audiotrium Besar Angkasapuri serta disiarkan
> secara langsung agar rakyat dapat menumpang sama mendengar persembahan
> tersebut. Tetapi apa yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi ia
> sekadar untuk dirinya bersama kaum kerabat dan diadakan di kediaman
> rasmi....
>
> Beberapa kalangan pembaca ada menghantar sms dan kritikan agar saya
> tidak terus menulis persoalan sebegini terhadap Abdullah Ahmad Badawi.
> Ada yang menyatakan cukup-cukuplah mengkritik Perdana Menteri kerana
> kehidupan rakyat masih selesa, pusat membeli-belah masih penuh dengan
> pelanggan, jalan raya tetap sesak dengan kenderaan mewah, gaji kakitangan
> kerajaan sudah dinaikkan, taraf kehidupan rakyat semakin selesa, apa
> lagi yang rakyat mahukan! Itu kata mereka.
>
> Sesungguhnya kepada teman-teman penulis, mahupun "cybertrooper" tajaan
> Azalina Othman atau juga parasit-parasit politik di menara Datuk Onn
> ingin saya jelaskan, bahawa untuk masa ini terlalu aib rasanya untuk
> kita membenarkan Abdullah melakukan kepimpinan sebegini.
>
> Selagi Abdullah dan sidang wazirnya tidak berubah mentadbir negara
> secara telus dan beretika, tiada korupsi atau kroni, tiada pilih kasih,
> maka selagi itu kita tidak boleh berkompromi untuk tidak membalun atau
> membelasahnya. Hanya satu saja jalan terbaik baginya adalah untuk
> berundur sebelum Umno dikuburkan oleh Abdullah dan sidang wazirnya.


__________________
Wassalam...........


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

ISLAM HADHARI,
Masalahnya, kepimpinan tak menunjukkan tauladan. Bagaimana isteri seorang pemimpin dan org no. 2 nya yg melaung-laungkan Islam Hadhari boleh tak bertudung di khalayak umum. temberang saja... ini bukan soal menyentuh peribadi tapi soal apa yg dia cakapkan dan laungkan tak seperti apa yg ditunjukkan pd diri dan keluarganya. tak ada teladan untuk dilihat rakyat majoriti Islam.

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Ajaran Sesat.....Sesat Dan Menyesatkan

__________________
Always Green


Senior Member

Status: Offline
Posts: 166
Date:



__________________
Wassalam...........
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard