Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tentukan Masa Depan Anda Dengan Menyertai Kerjaya Yang Mencabar dan Memuaskan Dengan Kami di Suruhanjaya sekuriti malaysia


Member

Status: Offline
Posts: 62
Date:
Tentukan Masa Depan Anda Dengan Menyertai Kerjaya Yang Mencabar dan Memuaskan Dengan Kami di Suruhanjaya sekuriti malaysia


SC mengakui bahawa kualiti sumber manusia merupakan kunci ke arah membangunkan dan mengawal selia sesebuah industri yang kompleks dan dinamik. Kakitangan kami memperoleh kepuasan bekerja di sebuah agensi yang disegani dan berprofil tinggi, yang menjaga kepentingan umum. Mereka amat yakin terhadap mandat kami melindungi pelabur dan memastikan ketelusan, integriti dan pembangunan teratur bagi pasaran modal Malaysia yang membuat kerja mereka lebuh bererti.

Anda boleh memohon untuk menyertai SC dengan memilih salah satu daripada jawatan kosong yang ada atau menyertai program-program yang berikut:

Program Latihan Pengurusan Siswazah
Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal
Program Latihan Mahasiswa



Matlamat Kami
Dasar sumber manusia kami disasarkan kepada membangunkan golongan profesional yang berwibawa, ahli, pakar dan bakat pengurusan yang memberikan hasil yang baik dan memajukan objektif organisasi. Kakitangan kami datang daripada pelbagai bidang termasuk perakaunan, ekonomi, undang-undang, matematik, pengajian perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains, falsafah dan bahasa.

Kakitangan Kami
Kakitangan kami sentiasa dicabar untuk belajar dan mengembangkan kemahiran mereka bagi merancang, malah mendahului persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah. Kakitangan SC setia, komited, artikulat, profesional dan seimbang dalam perspektif dan pendekatan.

SC pula terus berusaha ke arah memastikan persekitaran yang ideal, yang kakitangannya boleh memberikan sumbangan. Melalui pelbagai program, kakitangan SC boleh mendapat pengalaman yang luas dan mendalam, mengasah kemahiran teknikal mereka, dan, sambil mereka bergerak ke hadapan dalam organisasi, peluang secukupnya diberikan bagi menguji kecekapan pengurusan dan kepimpinan mereka.

SC komited untuk menjadi "Majikan Pilihan". Kami mengakui kepentingan dalam menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi kakitangan.



Attachments
__________________
untung sabut timbul, untung batu tengelam, untuk labor dalam sc lebur.....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 175
Date:
RE: Tentukan Masa Depan Anda Dengan Menyertai Kerjaya Yang Mencabar dan Memuaskan Dengan Kami di Suruhanjaya sekuriti malaysia


Dapat gaji RM2000 SEBULAN boleh kaya ke ?

Jadi pelabur swisscash lagi kaya weh....biggrin.gif

__________________
KEKAH


Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:
Tentukan Masa Depan Anda Dengan Menyertai Kerjaya Yang Mencabar dan Memuaskan Dengan Kami di Suruhanjaya sekuriti malaysia


Pak guard ngan cleaner ada kosong ka???Nanti leh cakap 'aku keja kat Seccom'........

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard