Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tips - Bimbingan Hidup (your reading pleasure)


Senior Member

Status: Offline
Posts: 166
Date:
Tips - Bimbingan Hidup (your reading pleasure)


Assalamualaikum ......

HIDUP kita cuma di dalam TIGA hari :-
1. SEMALAM - Telah menjadi sejarah dan tak akan kembali
2. HARI ini - Apa yang sedang kita lakukan dan lalui
3. ESOK - Yang belum pasti
Hisablah hari PERTAMA kita, semoga hari yang KEDUA kita akan lebih baik kerana mungkin ajal kita tiba pada hari yang KEDUA.

HIDUP kita cuma dalam dua nafas :-
1. Nafas naik
2. Nafas turun

Hargailah nafas yang naik kerana setiap udara yang di sedut itu adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaannya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh kita bersama-sama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP cuma ada dua pilihan :-
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP yang abadi cuma ada dua tempat :-
1. Kekal di dalam Neraka
2. Kekal di dalam Syurga

INGATLAH ....... kecelakaan Neraka itu amat mengerikan dan kita hanya di yakinkan oleh keyakinan KUAT kita kepada kepada rukun IMAN yang ENAM perkara itu. Kalau hilang salah satu dari rukun tersebut, maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan Syurga itu maha HEBAT dan tidak terduga oleh fikiran kita bagaimana kehebatan Syurga tersebut. Untuk mendapatkannya, terjemahkan rukun ISLAM yang LIMA perkara itu dan puncaknya adalah SOLAT. Amat sukar untuk di percayai bagi yang ingin ke Syurga tetapi tidak berSOLAT, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai "BOARDING PASS".

Mereka yang sengaja melalaikan SOLAT, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan SETEM. Apabila di tanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, dia pun berkata SETEMnya akan di hantar kemudian. Ada dua cara penyelesaian dalam kes ini :- 1. Pengirim mungkin di denda. 2. Surat tersebut akan masuk tong sampah.

Oleh itu TIDAKKAH kita semestinya patut berSYUKUR atas segala NIKMAT yang ALLAH kurniakan kepada kita. Sekurang-kurangnya Allah telah berikan udara secara PERCUMA untuk kita berZIKIR mengingati Allah setiap DETIK dan KETIKA, hinggalah kita KEMBALI kepadanya dalam keadaan JIWA yang TENANG lalu masuk ke dalam Syurga dalam keadaan kita REDHA dan Allah MEREDHAI.

Wallahu'alam.


__________________
Wassalam...........


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:

Thanks.......

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard