Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan , kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka,masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! ------------------------------------------------------------------------- Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahu ta`ala `alam.
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE "DIWAJIBKAN" POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA.. KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

tepuk dada tanya selera sapa yg terasa terasa la itu pun tak paham ka...
MINGGU lalu negara kehilangan dua orang tokoh bergelar Tan Sri yang kembali kepangkuan Ilahi. Pemergian kedua-dua tokoh tersebut bagaikan sukar untuk dicari ganti. Patah bagaikan tidak tumbuh lagi, hilangnya tak mungkin berganti. Namun hukum alam begitulah kehendaknya, setiap awal ada akhir dan nokhtahnya, sebuah perjalnan pasti berpenghujung jua.
Warna-warna kehidupan sejak azali lagi tetap dengan hukum karma, tiada yang kekal kecuali Allah. Setiap kehidupan pasti menemui kematian, semoga keinsafan menjelma di hati kita semua setiap hari mendatang tidak pernah memanjangkan tempoh usia, sebaliknya setiap detik dan saat diri semakin menghampiri saat kematian. Bak kata pepatah rumah semakin galak menyuruh pergi dan tanah kubur kian ghairah menggamit kehadiran insaflah, hidup tidak kekal selama-lamanya.
Begitu juga dengan kuasa di tangan, ia bukan sesuatu yang kekal, ada masanya penjawat jawatan tinggi bakal menemui zaman pencennya, pemimpin juga turut bakal bersara atau dibersarakan sementara rakyat tetap datang dan pergi. Jalanilah kehidupan dengan beramanah kerana setiap jejak pemimpin ada tuntutan dan beban amanah terpikul di bahunya.
Bercakap tentang kematian tokoh besar negara, kita kehilangan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pedagang besi buruk yang berasal dari pedalaman Yunan di China berjaya mencipta nama untuk bergelar taukeh judi tersohor dan menduduki takhta antara orang terkaya di Malaysia mahupun rantau Asia.
Sementara seorang lagi adalah pejuang bangsa, mantan Menteri Besar Johor Darul Takzim, Tan Sri Osman Saat yang dikhabarkan sepanjang kehidupannya terus berjuang demi survival bangsa dalam aroma kemerdekaan. Pelbagai puji-pujian dari segenap lapisan masyarakat terhadap keluhuran budi dan jasa Allahyarham Tan Sri Osman Saat sepanjang menjalani kehidupannya sebagai pejuang bangsa.
Sebelum kembali ke rahmatullah, Allahyarham Tan Sri Osman Saat terlantar selama beberapa bulan kerana mengidap sakit tua dan sakit jantung. Semasa berada di atas katil menanti penuh sabar kehadiran Sakratul Maut, tiada ramai tokoh-tokoh pemimpin negara melawat Allahyarham, kalau ada pun bulan lalu mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Ibrahim Ali pernah berkunjung seperti dilaporkan dalam blog Tinta Merah kiriman Mohd Sayuti Omar.
Disamping itu Perdana Menteri sendiri berkali-kali ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Johor Bharu dalam aturcara lawatan kerja sama ada rasmi atau sebaliknya, namun tiada kesempatan walau seminitpun untuk bertanya khabar atau melawat Allahyarham Tan Sri Osman Saat di rumahnya.
Satu ketika dahulu semasa dalam perjuangan Team B untuk menggulingkan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan teman akrab kepada Tan Sri Osman Saat. Begitulah adat dunia, teman ketawa ramai sementara menangis seharusnya sendirian.
Berlainan pula dengan nasib mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, saat pengkebumiannya, seluruh kaki judi dan para petugas karyawan di bawah naungan Genting Berhad telah berkabung sehari suntuk sebagai tanda bersedih atas kehilangan taukeh judi tersohor itu, malahan Perdana Menteri sendiri turut meluangkan masa untuk memberikan penghormatan terakhir.
Nasib yang dialami oleh Allahyarham Tan Sri Osman Saat adalah sama seperti perginya tokoh hebat pejuang bangsa seperti Datuk Harun Idris mantan Menteri Besar Selangor serta pimpinan tersohor Pergerakan Pemuda Umno di mana tidak sampai seratus orang sudi mengiringi jenazah Alahyarham ke tanah perkuburan.
Sewaktu jenazah Allahyarham Datuk Harun dibawa ke tanah perkuburan, teman dan rakan yang sama berjuang bersamanya hingga berjaya menjadi Menteri dan orang besar hilang entah kemana. Malahan Menteri Besar Selangor sendiri tidak sudi menjadikan kepergian Datuk Harun sebagai pengkebumian rasmi negeri seperti dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan di saat menerima berita kematian Tan Sri Abdul Samad Idris.
Jasa bakti Datuk Harun dilupakan begitu sahaja, kehilangan Tan Sri Osman Saat sekadar dibalasungkawa dengan ungkapan penuh bunga-bunga retorik seperti dilafazkan oleh Tun Musa Hitam yang menyifatkan kehilangan Tan Sri Osman Saat bagai padamnya sebutir kilauan bintang bagi negeri Johor, walaupun zaman gemilangnya kedua tokoh ini saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.
Lantaran itu saya teringat senikata lagu selimut putih yang pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid dari Indonesia di mana antara bait-bait puitisnya diungkapkan:-
Bila Izrail datang memanggil Seluruh tubuh akan menggigil Sekujur badan kan kedinginan Terkujur kaku di pembaringan
Tiada lagi gunanya harta Kawan karib sanak saudara Apa yang ada amalan kita Itulah hanya pembela kita
Tinggal semua yang dikasihi Berbakti lah hidup sepanjang masa.....
Dan kelmarin semasa mengiringi jenazah allahyarham abang saya Hj. Kamal Ariffin Kamal Hijaz yang juga Pengerusi Tetap Umno Bahagian Lumut, hati jadi lebih sayu kerana ramai kenalannya semasa hayat di kandung badan tiada bersama.
Bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Dr. Zamberi Abdul Kadir Exco kerajaan Perak merangkap Ketua Umno Lumut yang bergegas datang berziarah, walaupun allahyarham tidak menyokongnya namun, Dr. Zamberi tetap hadir atas ukhuwah persaudaraan sesama Islam dan mengenang jasanya dalam perjuangan.
Dalam sendu mengiringi perpisahan tersebut terdetik juga di hati kecil ini, apakah untung nasib kita di hari mendatang di saat-saat jasad dibawa keperkuburan. Kalaupun sepanjang hayat harum namanya sebagai pembela bangsa, namun mungkinkah ada kesudian pemimpin datang menziarahi.
Namun begitu jika kita memiliki kekayaan melempah-ruah, walaupun penghasilannya dari aktiviti perjudian, sudah pasti pemergian kita bakal diratapi sama sebagaimana sudianya Abdullah Ahmad Badawi pemimpin Islam Hadhari berkunjung memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Untuk melawat atau menziarahi Tan Sri Osman Saat walaupun terlantar uzur hinggalah jasadnya dibawa ke liang lahad teramat suntuk masanya bagi seorang perdana menteri..
Lalu hati ini terfikir, jika beginilah situasinya, ternyata kematian seorang taukeh judi lebih mulia daripada para pejuang bangsa. Kerana itu seharusnya kita berusaha membina kekayaan biarpun dengan apa cara sekalipun, pastinya kehilangan kita bakal dikenang dan dimuliakan daripada mensia-siakan usia berjuang, terus berjuang dan di akhirnya massa melihat kita salah untuk disisihkan.... Aduhai!