JIKA BENAR SC SUDAH TIADA LAGI, SAYA SEIKHLAS HATI INGIN MENCADANGKAN SUPAYA RUANGAN FORUM INI DITUTUP. BIARLAH HATI DAN PERASAAN DL-DL TIDAK DIGANGGU DENGAN CERITA2 PASAL SC LAGI. SAYA RASA DL-DL TIDAK PERLU LAGI DIBERI BERITA2 YANG SEKADAR MEMUJUK HATI WALHAL HAKIKAT SEBENAR ADALAH SEBALIKNYA. SAYA MERASAKAN JIKA TIADA LAGI BERITA2 PASAL SC, SAYA YAKIN RASA KEKECEWAAN DL-DL LAMA KELAMAAN AKAN HILANG. SELAGI HARAPAN DEMI HARAPAN TERUS DICANANGKAN DI FORUM INI HANYA AKAN MEMBERI RASA KEPERITAN HATI YANG TIDAK BERKESUDAHAN.
Forum ini tiada kaitan dengan gangguan hati dan perasaan DL-DL. Kalau tidak mau rasa terganggu tidak perlu masuk forum ini, pi buat kerja lain. Sebenarnya ini bergantung kepada bagaimana kita mengatasi, mengawal diri dan berfikir tentangnya. Forum ini di wujud bukan untuk menganggu tapi perkongsin maklumat bersama.
Amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh sdra Putat Kepada yang telah putus asa dan pasti SCash tidak akan kembali lagi carilah alternatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Kepada yang masih belum putus asa dan masih ada keyakinan SCash akan kembali walaupun sedikit, sama-samalah kita berkongsi maklumat di sini.
Tidak setuju Ruangan in ditutup sehinggalah dapat pengesahan yang swisscash tidak akan kembali lagi, dan terpulang kepada pihak admin forum untuk menentukannya.
Kalau nak tutup, senang cerita tak payah masuk forum ini. Balik kampung tanam jagung. Masih ada yang sayang dengan forum ini. Kerana marahkan nyamuk jangan bakar kelambu.
Untuk makluman forum ini tidak akan ditutup walaupun keputusan SC telah lenyap dalam alam cyber. Kami akan menggerakkan forum ini demi untuk membangunkan bangsa yang lama telah digula-gulakan. Kedatangan anda tidak dijemput, kepulangan anda pun tidak ditangisi........
Apa kata tutup internet terus... jadi ko takdelah nak masuk forum nih dan nak baca apa2 topik, so, tak delah terasa terganggu lagi..... Forum ni akan tetap di sini, kedatangan tidak diundang dan nak pergi tidak dihalang.... semua dah beso, boleh fikir baik atau buruk..... mana yang rasa baik untuk diri sendiri ambil, mana yang rasa buruk untuk diri sendiri, tinggal...
JIKA BENAR SC SUDAH TIADA LAGI, SAYA SEIKHLAS HATI INGIN MENCADANGKAN SUPAYA RUANGAN FORUM INI DITUTUP. BIARLAH HATI DAN PERASAAN DL-DL TIDAK DIGANGGU DENGAN CERITA2 PASAL SC LAGI. SAYA RASA DL-DL TIDAK PERLU LAGI DIBERI BERITA2 YANG SEKADAR MEMUJUK HATI WALHAL HAKIKAT SEBENAR ADALAH SEBALIKNYA. SAYA MERASAKAN JIKA TIADA LAGI BERITA2 PASAL SC, SAYA YAKIN RASA KEKECEWAAN DL-DL LAMA KELAMAAN AKAN HILANG. SELAGI HARAPAN DEMI HARAPAN TERUS DICANANGKAN DI FORUM INI HANYA AKAN MEMBERI RASA KEPERITAN HATI YANG TIDAK BERKESUDAHAN.
TERIMA KASIH.
SDR JACSC MUNGKIN ANDA TERRRRRLUPA TUJUAN ASAL FORUM INI.
SILA KE LAMAN UTAMA: http://www.pasai-swisscash.blogspot.com/
JAWAPANNYA ADA DISANA.
__________________
From A Different Point Of View,
ONLY The TRUTH Will PREVAIL
Saudara awanbiru, pandangan anda sangat jauh dan berkeyakinan. Kita lihatlah sama2 sekiranya SC telah lenyap, bagaimanakah peranan forum ini dalam MEMBANGUNKAN bangsa.
Rasanya begitulah, kedatangan tak dijemput dan ketidakberadaan anda yang tidak memerlukan di sinipun boleh dipersilakan tanpa ditangisi. Kalau tersinggung kenapa nak masuk forum.
1 NOV 2007 penentu arah tuju forum ini,saya sendiri tak tahu lagi sama ada akan bersama2 atau sebaliknya.banyak pedoman dan sempadan yang saya dapat dari forum ini,saya ujudkan kawan dan lawan,hasil dari keangkuhan dan kelemahan saya sendiri. mungkin saya akan bawa diri,sepi di negeri sendiri dan mengerti erti hidup ini.kawan saya syukuri,lawan saya hindari.bisikan hati terpenuhi kini.
terima kasih, wassalam.
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
salam... tidak perlu untuk menutup forum ini sekiranya apa sekalipun kesudahan tentang nasib sc ini...jika nak masuk forum, silakan masuk....dan kalau tak hingin, tak perlulah masuk...mudah sahaja