Tergerak hati saya untuk bertanya apa akan jadi pada forum ini apabila SC benar-benar telah
dibuka dalam tempoh terdekat ini, setelah menjadi ahli dan banyak manafaat telah diperolehi dari
hari ke hari dan cara tak disedari saya mendapat rakan MAYA yang HEBAT_HEBAT dan pelbagai
watak intelektual, konservatif, pasif, pro-aktif, positif, pemerhati tak kurang juga yang berminda
negatif. Saya tabik para Senior, Otai dan MOD2 yang berilmu dan penyabar dan kental
mempertahankan kewibawaan bagi merintis PUSAT SUMBER maklumat kewujudan SC secara tak
lansung menyuntik semangat KEHIDUPAN BARU SC dalam jiwa pelabur bahawa ESOK MASIH ADA
untuk SC. SEANDAINYA SC telah bernafas dlm kehidupan baru yang lebih gemilang timbul
pertanyaan APAKAH, TIDAKKAH, ADAKAH itu dan ini dan BOLEHKAH?
> Apakah forum ini akan diTUTUP?
> Sekiranya forum ini terus dibuka apakah VISI dan MISI selanjutnya?
> Adakah ahli akan membawa diri masing2 dan melupakan forum ini?
> Tidakkah forum ini telah MENYATUKAN rakan2 pelabur secara MAYA dan disusuli secara NYATA?
> Bolehkah diujudkan KELAB PEMINAT secara nyata?
> Bolehkah diujudkan RAKAN NIAGA bisnes lain hasil pendapatan SC kelak?
.......Persoalan-persoalan ini sudah pasti samada telah ujud, dlm. perancangan, atau belum terfikir jawapannya dari tuan2 MOD, ADMIN, Otai dan forumer sekalian...
....SEKADAR BERI PANDANGAN MEMBINA....
__________________
MYsen - >>>>>>>>Mustahil bergelar RIBU, kalau tk dimulai dgn SEN..
"KITA" akan bincangkan kemudian. Apa yang penting maklumat-maklumat yang disalurkan akan dapat menyuburkan ikatan persahabatan yang terjalin di alam IT ini
Persoalan sbgini pernah dibincangkn dlm post2 yg lalu..Trma ksih atas kprihatinan tsbt. Bila tba masanya klak kita akn bincang smula hal tsbt. Buat masa skrg prlu fokus dgn pcarian mklumat dan brita kmunculn web dan wajah bru SC.
selamat sejahtera para forum sekalian, saya berminat nak menyambung MYsen punya pandangan, apa kata lepas ni kita wujudkan rantaian niaga yg lebih baik melalui alam maya ini.
kalau SC berakhir, disini kita oleh bincangkan apa patut pelabor2 yg rugi melabur dalam SC buat... kita berikan semangat kepada jiwa mereka... kita buka ruang niaga lain seperti forex, dan pelaburan dalam negara yg turut memberikan pulangan yg agak lumayan, tapi tak le selumayan SC...
kalu SC berkembang baik, disini kita teruskan dgn agenda melipatgandakan keuntungan kita, seperti mengandakan pendapatan melalui pelaburan dalam negara, apa itu,,, adalaaa... kita labur dalam forex macam dibuat oleh ustaz sabri dan seangkatanannya...
apa pun tindakan kita adalah bergantung kepada usaha mutakhir menghidupkan kembali SC.
SORRY...nak tanya pelaburan FOREX diluluskan oleh suruhanjaya security ke? sapa boleh jamin?
tq...
KO GILER APA SS NK LULUSKAN... SIAPA NAK JD ORG YG MISKIN??????? KALO SEMUA DAH KAYA MAIN FOREX. DULU SBLM ADA INTYERNET,FOREX UTK BAPAK2 JUTAWAN N BANKING MODAL MILLION2
TP LEPAS ADALAH WWW DOT DOT INTERNET, BANYAK PLATFORM TUMBUH BAGAI CENDAWAN
ADA YG BETUL ADA YG SCAM PUNYE..KENA PANDAI TAHU..MCM HYIP JGK
OLEH YG DEMIKIAN, SS TIDAK AKAN BENARKAN PUN DUA BENDA ALAH YG PALING SENANG ORG BUAT DLM DUNIA NI IAITU (PELABURAN UNTUNG TINGGI N FOREX TRADE)
NAK MAIN TU PANDAI2 SENDIRI LAH..TP AKU JAMIN LAMA KELAMAAN MESTI FOREX NI JD MCM KES2 HYIP N SWISSCASH JUGAK KT MALAYSIA NI
BG SESIAPA YG MINAT TU BELAJAR BETUL2, MANTAPKAN ILMU SMPI KE NEGARA CHINA BARULAH START TRADE, BYK ILMU BASIC FOREX KT WEBSITE MCM BABYPIPS.COM ECT
LESEN SS JGN DIHARAP ADA DAN XKN ADA.... PANDAI2 SENDIRI LAH NK IDOP
UL aku ada ajak main forex nilai kecik2 dulu, dia kata sekarang dia dpt untung 2-10 dolar sehari, ok la dia dah joint 3 bulan, sekarang dah kutip 4K. SC dia masih berharap akan buka tapi dia kata main forex sebagai langkah backup sekiranya apa2 berlaku pada SC nanti. Aku tak de la nak pengaruh produk lain kat sini, tapi berkongsi pengalaman orang berjaya tak salah dijadikan ikutan, tk kira 'hitam atau putih' SC Okt ni, aku cadang bisnes lain boleh dibuka untuk rundingan kat sini....
sy ader terbaca... bahawa forex mungkin jugak jadi mangsa cam sc... forex dlm perhatian SS... jadi sy berharap terlalu heboh tentang forex... harap maklum.... sekira tersalah harap maafkan...
sy ader terbaca... bahawa forex mungkin jugak jadi mangsa cam sc... forex dlm perhatian SS... jadi sy berharap terlalu heboh tentang forex... harap maklum.... sekira tersalah harap maafkan...
Memang x de sesiapa yg boleh bagi jaminan tapi forex ada platform tersendiri n ternyata ia adalah real bisnes yang sekian lama ujud. Aku rasa bukan semua dapat dihalang lagi pun ianya sebuah perniagaan mata wang asing yang sah...tengok platform mana yg kita trade...
apa jadi pada paypall????????? kalo ko ingat lah.. jgn egold jd mcm paypall kt malaysia dah lah.. u tau kenapa??? ok stop je kat sini bincang pasal benda ni....TQ
"VISI DAN MISI 'PASAI SWISSCASH' BILA SC DI BUKA????"
JAWAPANNYA: BOLEH BAYAR HUTANG DAN BOLEH MENOLONG ORANG YANG KESUSAHAN
HIDUP SEMPURNA TANPA HUTANG!
..
PU2 MASIH HIDUP KE?
Assalamualaikum....
Alhamdulillah....saya masih 'bernafas' dan 'bernyawa' syukur padaNya kerana masih membenarkan saya meneruskan kehidupan.....
JAWAPAN anda PUTAR ALAM seperti anda benar2 'terdesak'....Ketahuilah...sesungguhnya ramai lagi di luar sana yang senasib dengan anda ATAU lebih teruk dari anda....jadi....perbanyakan doa dan amalan di bulan mulia ini.....kerana doa yg ikhlas dari hati PASTI dimakbulkan olehNya....Amin....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan Pelabur SC yang Dihormati.
Hari ini 28hb September 07,hari spekulasi yang menyatakan SC akan memperkenalkan platform yang baru dan ternyata tiada apa-apa berita atau hasil.Jawapan masih sama seperti tarikh2 spekulasi sebelum ini.
Kini kita di ambang penghujung Tarikh 1 Oct, jika SC tidak timbul di Tarikh tersebut kita terpaksa menerima dengan redha...sekurang-kurangnya kita telah berusaha dengan segala kemampuan kita dan kita tidak pernah berputus asa.Menyertai SC ialah satu pengalaman yang baik untuk kita agar lebih berhati-hati dimasa akan datang kerana "Orang tidak senang Melihat kita senang tapi Orang lebih senang melihat kita Susah". Teruskan hidup..walaupun terpaksa merangkak dalam melalui kesusahan,kerana dari situ kita akan dapat berjalan dan seterusnya berlari.Banyakkan bersabar dan berusaha ke arah yang lebih baik.
Syabas kepada Tuan Pakai Akai dan ribuan terima kasih kepada Mod2,Otai,Senior2 dan rakan2 Forumer kerana banyak menyumbangkan maklumat dan fikiran,baik yang positif dan negatif. Segala Visi Dan Misi "PASAI SWISSCASH" jika SC berakhir menjadi persoalan... Adakah Tuan Pakai Akai akan menutup Forum ini...hanya Beliau yang tahu..
Segala-galanya belum berakhir bila SC tiada tetapi ianya satu permulaan..
brita radio cats fm (sarawak) pagi tadi menyiarkan berita mengenai swisscash. bunyinya lebih kurang begini "swisscash akan membayar balik wang pelaburan kepada pelabur2nya pada bulan 10 nanti"......dah 4 org dl saya dari sarawak yang mengesahkan berita tersebut.
__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".