hehe kembalikan keceriaan............... salam untuk semua, selamat bergembira seketika.moga2 kita juga akan merdeka dari perMASALAHan Swisscash sekian lama.. -aku bangga jadi rakyat malaysia tetapi lagi bangga jika Malaysia bangga dapat aku jadi rakyatnya yg ikhlas tulen..x masuk swisscash masuk asb aje..(kalo asb bg 25% monthly return lah nanti).he2
MERDEKA... KEMERDEKAAN SEBENAR IALAH APABILA ALLAH MENERIMA KEHADIRAN KITA DENGAN GEMBIRA DI AKHIRAT NANTI...DAN MEMBERIKAN RAHMATNYA KEPADA KITA SEMUA.. WASSALAM
__________________
REZEKI ALLAH ADA DI MANA MANA... SAYANGI SESAMA KAMU DAN JGN BERPECAH BELAH...
Teutamanya kawan-kawan yang banyak berJasa disini iaitu Tuan Pakai Akai, Misai durjana yang kejam, Pak Hamid yg banyak beri maklumat (Singapore bila merdeka?), Pak Kaduk, Akai pc (POWER), Pelaburswisscash, Awan biru, pelabur Kecik, ATH, pejal,sate biru, pokpok, olitabin, Camprocash, pu2, amz, kewler,kaya coz sc, alypower, Akai ada, greenday, adam, oppenheimer, TRUE, penjejak, vanro52, ntrelax,akulerr, cdkifli, swatch, zmen, ringgit2u, rush, budakbaik, ProfZ,kekah, canon,shisha,slackeh, rakan-rakan batu api dan rakan rakan lain semua...
Semoga di Bulan September kita semua akan bergembira dan bersyukurlah dengan rezeki yang di berikan..
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA.
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 50 TAHUN BUAT SEMUA SAHABAT DI BLOG PASAI SWISSCASH.
Agak menarik topik ini..."sebagai pelabur apa anda rasa???"
Alhamdulillah setakat ini saya berbangga menjadi anak Malaysia kerana :
1. Negara kita ini sememangnya unik kerana berada di garisan Khatulistiwa...
2. Malaysia negara yang AMAN damai tak seperti di luar sana yg banyak menghadapi masalah seperti perang...kemiskinan...dsbnya...jadi kita patut bersyukur....
3. Sebagai pelabur SC saya lebih BERBANGGA sekiranya sekatan terhadap SC dipertimbang2kan semula....banyak KEBAIKANnya....
4. Cukuplah setakat ini nanti tak cukup ruang pulak....
KESIMPULANNYA....."MERDEKA" MALAYSIA...."MERDEKA" SWISSCASH....."MERDEKA" semua INVESTORS.....banyak faedah dan khasiatnya....
It's a very nice question to answer, If this question were to be answered from the bottom of the heart then I'll be arrested under ISA.
Anyway my brief answer will be :
1) Malaysia is a wonderfull country as I've been to a lot of countries overseas but still Malaysia is the best.
2) We have developed a lot
3). Industries are booming everywhere
4) People's standard of life has improved to certain extend in this 50 years.
BUT
5) Why Malaysian law is so Stupid to stop the money flowing into the country?? It will certainly boost the economy of the country and people. This is the mistake that SS has made. Maybe it is out of the influnce of the politicians but anyway this is a mistake. A lot of people's life regardless of race has been changed by Swisscash, including mine. If it is untouched then it might have changed a lot others life also. This is the only frustration I have to voice out. Sorry if I have offended someone.
-- Edited by pompinara at 03:21, 2007-09-02
__________________
Pompinara Penang,
Kalau Swisscash buka semula kita selamat, Kalau Tak Kita takkan mati, Life has to and will go on. CHEEEEERS!!!!!!!!!!
Tuhan Maha Kaya.
sdra jerukpauh yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi berhubung spekulasi web sc, telah melahirkan rasa kesal beliau terhadap apa yang beliau lakukan sebelum ini dan memohon maaf atas segala kesilapan lalu.
beliau telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan seumpama itu dan akan bekerjasama dengan rakan2 lain dalam usaha mendapatkan maklumat terkini web sc.
di forum yang baik ini, saranan saya agar kita menerima beliau seadanya sepertimana dahulu...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syabas saudara jeruk pauh. Kemaafan diterima dgn hati yg ikhlas. Teruskan perjuangan SC ye. SC WILL COME BACK.
RE: UcApAn HaRi MeRdEkA kE 50 !!!! DaRi HaTi Ke HaTi... sbg pelabur apa anda rasa? LuAhKaN sAjE.. --------------------------------------------------------------------------------
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 50 TAHUN BUAT SEMUA SAHABAT DI BLOG PASAI SWISSCASH.
Agak menarik topik ini..."sebagai pelabur apa anda rasa???"
Alhamdulillah setakat ini saya berbangga menjadi anak Malaysia kerana :
1. Negara kita ini sememangnya unik kerana berada di garisan Khatulistiwa... (paling dekat matahari,panas yang blh mencecah 35 c)
2. Malaysia negara yang AMAN damai tak seperti di luar sana yg banyak menghadapi masalah seperti perang...kemiskinan...dsbnya...jadi kita patut bersyukur.... (perang memang takde tapi perang keluarge memang ade,kemiskinan banyak tapi org je tak nampak, yang miskin makin miskin yang kaye makin kaye,g 1 kerajaan tak nak kite kaye la nanti kite kaye sape nak keje dgn kerajaan)
3. Sebagai pelabur SC saya lebih BERBANGGA sekiranya sekatan terhadap SC dipertimbang2kan semula....banyak KEBAIKANnya.... ( de berite ke sc bebincang dgn sch nanpak lagi nak kondemkan adel a.......)
4. Cukuplah setakat ini nanti tak cukup ruang pulak....
KESIMPULANNYA....."MERDEKA" MALAYSIA...."MERDEKA" SWISSCASH....."MERDEKA" semua INVESTORS.....banyak faedah dan khasiatnya....
Agak terlambat saya utk berucap disini.. sebagai seorang pelabur SC saya berasa kita masih belum merdeka, 50thn kemerdekaan negara tidak akan bermakna sekiranya kita sebagai tidak diberikan kebebasan utk memajukan ekonomi diri kita sendiri, ahli keluarga dan sahabat handai. Jadi, merdeka pada saya adalah kemerdekaan utk kita mencorakkan hidup kita sendiri bukannya utk kepentingan org yg hanya suka mengerah dan memaksa. Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 50 buat rakyat malaysia dan kepada pelabur SC kita belum lagi merdeka.
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
harap saya juga tak ketinggalan.....terlambat baca bahagian ini.
anyway selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 50. Berdoa agar negara kita ditakbir oleh kerajaan yang adil dan saksama serta sentiasa menjaga kebajikan masyarakat.
TAKDE MAKNENYER......SELAGI MELAYU DIPINGGIRKAN...PENIAGA MELAYU DIANAKTIRIKAN...DIHALAU SESUKA HATI..MERDEKA LEBIH BERMAKNA JIKA NEGARA ..?????#4^*&*&**SEKARANG
__________________
duit bukan segala-galanya tapi SEGALANYA perlukan duit....faham ker....??????
TAKDE MAKNENYER......SELAGI MELAYU DIPINGGIRKAN...PENIAGA MELAYU DIANAKTIRIKAN...DIHALAU SESUKA HATI..MERDEKA LEBIH BERMAKNA JIKA NEGARA ..?????#4^*&*&**SEKARANG
BETULL APA YG KO CAKAP TU..akulerr AKU SETUJU BENAR... SELAGI KERAJAAN SEKARANG.. MEMANG CAM NI LAH MELAYU.. DIPINGIRKAN..
Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius propaganda dan kegiatan jenayah akademik dan pembohongan fakta sejarah tanah air yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mengadakan sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara pada tahun ini. Yang lebih jelas, propaganda-propaganda ini lebih bersifat untuk mengelirukan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-12 yang dijangka akan berlangsung pada tahun ini. Kami amat kesal kerana Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos sambutan ternyata telah menafikan fakta-fakta kemerdekaan, sebaliknya cuba mengangkat parti pemerintah sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Sorotan perjuangan ulama dan kemerdekaan Samada kita sedari atau tidak, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi aqidah umat Islam semenjak Negara kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulama kita yang berkubu di Pusat-pusat Pengajian Islam telah memancar kekuatan kepada umat Islam bagi berhadapan dengan kuasa penjajah dan serangan pemikiran ghazwatul fikri mereka.
Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan ulama seperti Adipati Yunus di Melaka berjihad menentang Portugis, Tuan Guru Haji Hassan bin Munas ( Tok Janggut ) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemuliaan Syariat Islam. Penjajah Siam yang telah menyerang negeri Melayu Utara juga menghadapi tentangan sengit daripada alim ulama seperti Sheikh Abdul Samad al Palembani.
Sumbangan Gerakan Islam terhadap proses kemerdekaan negara Kehadiran gerakan Islam di tengah-tengah percaturan politik orang Melayu selepas perang Dunia Pertama dan Kedua yang dimonopoli oleh PKMM dan Umno telah menimbulkan keresahan kepada pihak yang bekerjasama dengan British. Pengalaman British dengan umat Islam Othmaniyyah Turki (1914-1918), Mekah (1910-1915) dan Palestin (1924-1948) telah meletakkan British begitu anti dengan gerakan Islam. Kerana itu, parti yang menjadi agen British mesti mengekang kebangkitan gerakan Islam dengan apa cara sekalipun. Umno yang ditubuhkan oleh golongan feudal Melayu berpendidikan Inggeris memperlihatkan realiti ini.
Kemunculan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 24 Mac 1947 telah menyebabkan Umno mulai memberikan perhatian kepada hal ehwal agama, pendidikan Islam dan usaha-usaha mempengaruhi para ulama supaya menyokong mereka. Tindakan Umno mewujudkan Derma Pelajaran Tinggi sebaik sahaja MATA mewujudkan LEPIR dan Derma Pelajaran MATA pada Julai 1947 membuktikan kebimbangan ini bertali arus semenjak Dato Onn menuduh MATA sebagai bahaya dari gunung.
Sebaik sahaja Sidang Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 14 Mac 1948 selesai dan hasrat menubuhkan sebuah parti Islam di Tanah Melayu berjaya dengan penubuhan Hizbul Muslimin (HM), maka pemimpin gerakan Islam itu mulai mengatur langkah untuk memerdekakan Tanah Melayu, membentuk masyarakat Islam dan mewujudkan Tanah Melayu sebagai Darul Islam. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ketua Umum Hizbul Muslimin bersama jawatankuasanya telah berusaha melebarkan pengaruh Hizbul Muslimin ke seluruh tanah air dan memberikan imej baru kepada Islam sebagai cara hidup masyarakat.
Kehadiran gerakan Islam semenjak 1947 sehingga merdeka, selama satu dekad tetapi penuh dengan warna perjuangan. Umno yang ditubuh oleh anak didik British dan diiktiraf oleh British sebagai parti yang diberi peluang untuk memperjuangkan kemerdekaan terpaksa membelakangkan banyak kepentingan Islam demi menjaga hubungan dengan British. Umno bukan sahaja menabur fitnah, tetapi turut berusaha menyaingi gerakan Islam walaupun membiarkan umat Islam sedunia terus ditindas oleh British. Ternyata kehadiran MATA (1947), Hizbul Muslimin (1948) dan PAS (1951) merupakan ancaman yang besar kepada gerakan kebangsaan Umno.
Pada era 1900-1940 boleh dikatakan gerakan Islam adalah merupakan gerakan utama yang mencetuskan idea kemerdekaan, penentangan terhadap penjajah dan pendaulatan semula cara hidup Islam. Walaupun mereka tidak berjaya menguasai tampuk politik tanah air, tetapi peranan yang besar di sumbangkan oleh mereka telah memungkin umat Islam bangkit untuk menuntut kemerdekaan dan mendesak masyarakat supaya meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya. Perjuangan mereka melalui media massa, pendidikan, oraganisasi separa politik dan penentangan fizikal telah diterjemahkan semula dalam versi baru oleh Hizbul Muslimin (1948) dan Persatuan Islam SeMalaya (1951) sebagai sebuah gerakan politik Islam yang bercita-cita mendaulatkan Islam sebagai cara hidup masyarakat negara ini.
Peranan Institusi pendidikan dan tokoh-tokoh negarawan dalam memacu kemerdekaan negara Menurut YTM Dr Raja Nazrin, Raja Muda Perak di dalam titah baginda di Muzakarah Ulama pada 5 Julai 2007, Maahad al Ehya as Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas, Madrasah al Idrisiah di Kuala Kangsar,The Malay College Kuala Kangsar dan Sultan Idris Training College merupakan tapak-tapak awal yang dinyalakan semangat kesedaran bangsa. Antara tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa adalah Dr Burhanuddin al Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif, Dr Zulkifli Muhammad, Syeikh Junid Tola dan Syeikh Mohamad Tahir Jalaluddin.
Berdasarkan latar belakang sejarah ulama dan kemerdekaan yang telah diutarakan, dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat berpendirian tegas bahawa;
1. Penyelewengan fakta sejarah adalah suatu bentuk kezaliman dan ketidakadilan yang nyata. Justeru, kami menentang sekeras-kerasnya pembohongan ini dan tidak sama sekali meredhai ia terus berlaku. Kami akan terus memperjuangkan tokoh-tokoh kemerdekaan yang dilenyapkan namanya dalam catatan-catatan sejarah yang ada sehingga ke hari ini lantaran kepentingan politik murahan pihak pemerintah tanpa menghiraukan kebenaran dan ketelusan fakta-fakta yang diketengahkan.
2. Sambutan Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2007 merupakan pengkhianatan terbesar sepanjang rekod sambutan ulang tahun kemerdekaan. Ini kerana sambutan pada malam 31 Ogos 2007 yang lalu telah disaratkan dengan propaganda rekaan Barisan Nasional khususnya demi kepentingan pilihanraya ke-12 yang dijangkakan belaku dalam jangka masa terdekat ini.
3. Sambutan Kemerdekaan Negara pada malam 31 Ogos 2007 merupakan penyelewengan dan salah guna kuasa yang terbesar dalam sejarah negara. Ini kerana seluruh jentera kerajaan digunakan bagi meraikan sambutan perayaan parti kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata. Apa kaitannya sambutan kemerdekaan yang melibatkan seluruh jentera kerajaan dengan parti komponen UMNO dan Barisan Nasional? Adakah rakyat dipaksa untuk menyokong parti kerajaan Barisan Nasional dan mereka tidak ada hak menyatakan pendirian mereka. Bukankah ini sebuah negara demokrasi?
4. Kami amat mengesali kerana Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos Sambutan Kemerdekaan Negara kerana gagal mengendalikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini di atas paksi kebenaran dan keadilan sejarah bahkan ternyata telah menafikan fakta-fakta kemerdekaan, sebaliknya cuba mengangkat parti pemerintah semata-mata sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.
5. Jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan golongan ulama demi perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dari kuasa cengkaman penjajah perlu dihargai. Pengorbanan darah dan air mata golongan ulama ini perlulah diberikan hak yang sewajarnya dalam penulisan-penulisan akademik mahupun catatan-catatan ilmiah agar generasi masa hadapan dapat mengetahui dan menghayati perjuangan dan sumbangan mereka terhadap kemerdekaan negara.
Dengan ini kami menuntut dan mendesak agar:-
1. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos sambutan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka melalui media cetak, media bertulis mahupun pengisytiharan dikhalayak umum terhadap pembohongan terhadap fakta-fakta sejarah yang telah dibuat.
2. Kami mendesak pihak kerajaan untuk berlaku adil dalam membentangkan fakta sejarah. Semua pihak yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan mesti diraikan samada mereka dari golongan parti yang memerintah ataupun tidak. Sepatutnya sambutan 31 Ogos 2007 yang lalu semua pihak dijemput dan diraikan bagi membuktikan keikhlasan kerajaan.
3. Kami menuntut agar kerajaan membetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan, termasuk di dalam buku-buku sejarah Malaysia. Nama-nama penting yang turut berjuang menuntut kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Prof Zulkifli Muhammad, Pak Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan lain-lain lagi langsung dipadamkan dalam rekod sejarah sedangkan mereka juga adalah penyumbang utama menuntut kemerdekaan sehingga ada yang dibunuh, dibuang negeri, dipenjarakan dan lain-lain lagi.
4. Mengadakan dialog, forum, wacanan ilmiah, intelektual dan serta diskusi secara terbuka tentang isu kemerdekaan negara. Kami mencabar pihak kerajaan untuk mengadakan program-program wacana kemerdekaan secara terbuka dengan menjemput semua pihak samada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Dengan ini barulah kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.
Akhirnya, berdasarkan fakta-fakta dan tuntutan yang telah diketengahkan diatas, kami mendesak agar kerajaan lebih bersikap objektif dan seharusnya bersikap telus serta adil terhadap sejarah tanah air tercinta ini. Pembohongan yang telah dilakukan membuktikan suatu penafian terhadap perjuangan para pejuang tanah air ini yang telah bertungkus lumus mengorbankan diri dan tenaga mereka demi pembebasan dan kemerdekaan negara daripada cengkaman penjajah. Sikap mempolitikkan sejarah dengan propaganda palsu telah menyebabkan rakyat tidak lagi menghargai nilai sebuah kemerdekaan.
fakta sejarah telah diputarbelitkan/dipesongkan...apa yg kita dapati sekarang MALAYSIA DIPUNYAI OLEH UMNO/BN bukan RAKYAT DAN RAKYAT INI (terutama MELAYU) DIJADIKAN HAMBA KEPADA UMNO..... bangkitlah BANGSAKU!!!!
__________________
duit bukan segala-galanya tapi SEGALANYA perlukan duit....faham ker....??????
Merdeka: Antara pembohongan Khairy dan penjelasan Raja Nazrin
Ahmad Lutfi Othman Wed | Aug 29, 07 | 11:10:40 PM
MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin (yang pernah menyifatkan bloggers politik sebagai monyet) melompat lagi. Seperti biasa, apa pun kenyataannya - mungkin kalau dia terbatuk sekalipun - ia akan dijadikan berita utama (dan sering mengecewakan ketuanya, Hishamuddin Hussein) oleh akhbar-akhbar harian utama, khususnya Berita Harian dan New Straits Times.
Untuk kesekian kalinya Khairy melompat tinggi bagi menunjukkan dia pembela paling lantang apabila Umno-BN ditempelak. Ramai masih ingat gelagat "samsengnya" di depan khalayak elit politik semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Ijok tidak lama dahulu. Nampak dia begitu ghairah menunjukkan bahawa dialah orang yang boleh diharapkan untuk berdada dengan seteru politik Umno di medan paling depan.
Di Seremban semalam, Khairy berkata Pemuda Umno meminta semua pihak menerima hakikat bahawa program dan aktiviti yang dilaksanakan sempena sambutan kemerdekaan negara tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan BN. Tambahnya, sudah termaktub dalam sejarah bahawa kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah hasil perjuangan dan tuntutan yang dilakukan parti memerintah.
Keegoan Khairy
"Sejarah tidak boleh diubah bahawa parti yang menuntut kemerdekaan dan menjayakan kemerdekaan negara ialah parti memerintah iaitu Perikatan (Umno, MCA dan MIC) pada masa itu dan kini BN. Ketika itu di manakah parti pembangkang? Jadi, kemerdekaan negara sudah sinonim dengan parti memerintah dan kita tidak boleh pisahkan segala program kemerdekaan yang akan disambut Jumaat ini dengan parti memerintah," katanya.
Saya rasa Khairy mungkin terkesan dengan tajuk utama muka depan Harakah terbaru: "MERDEKA JADI KEMPEN BN". Harakah melihat sambutan 50 tahun merdeka bukan saja bertukar menjadi perayaan kempen besar-besaran (atas pembiayaan wang rakyat) untuk menayangkan "kehebatan" Umno, malah berdasarkan poster dan billboard raksasa yang terpampang di lokasi-lokasi strategik, seolah-olah yang mahu ditonjolkan ialah personaliti Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Jelas, perancang kempen pilihan raya BN, khususnya "tukang putar" di belakang Abdullah, mahu menjadikan peristiwa sambutan merdeka besar-besaran ini sebagai salah satu "feel good factor" yang memungkinkan BN mengulangi kegemilangan 2004. Bagaimanapun, pada hemat saya, jika dilihat beberapa petunjuk, hasrat Abdullah untuk mengeksploitasi hari bersejarah itu tidak mudah dicapai. Rakyat tahu membezakan antara gemerlap silauan palsu dengan realiti kehidupan seharian yang semakin menekan. Beberapa propaganda murahan di tv, misalnya tayangan filem pendek terbitan Umno Malaysia melalui TV3 malam 28 Ogos, bagi saya, langsung tidak membekas.
Harakah turut memetik kenyataan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menyifatkan sambutan merdeka tahun ini umpama hari ulangtahun Umno. "Kalau begini cara sambutannya, saya tidak akan merayakan Hari Kemerdekaan," katanya. Tinjauan rambang menunjukkan rakyat Malaysia begitu keberatan mengibarkan Jalur Gemilang terutama pada kereta masing-masing, dan tahun ini mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah walaupun sepatutnya ia paling meriah dirayakan. Masakan tidak, ada pihak berasa mengibarkan bendera Malaysia seumpama memasang bendera Umno!
Mungkin ramai sudah muak dengan karenah Khairy yang dilihat licik mencari publisiti murahan, dan mereka ini tidak mahu media alternatif seperti Harakah dan Harakahdaily terikut-ikut dengan rentak tari Naib Ketua Pemuda Umno itu. Apabila selalu sangat kita memberi respons terhadap kenyataan liarnya, bermakna kita turut sama mempromosi nama Khairy dan ini memang digemarinya pun.
Umno hijacked perjuangan kemerdekaan
Namun, merujuk isu kemerdekaan, singgungan Khairy itu perlu dijawab. Rakyat wajar diingatkan bahawa pihak yang mahu mengubah sejarah adalah pemimpin Umno, yang terbukti hijacked perjuangan kemerdekaan di saat-saat akhir selepas mendapat restu British dan rela mempertaruhkan maruah orang Melayu. Kini, segala-galanya yang berkaitan dengan usaha menuntut kemerdekaan mahu dibolot Umno seolah-olah pihak lain langsung tidak memberi sumbangan apa-apa.
Sekali lagi saya sarankan agar kita meneliti pembentangan sejarah oleh Jabatan Arkib PAS yang kami siarkan secara bersiri dalam Harakahdaily ini, sebagai satu usaha kami mendedahkan perjalanan sebenar satu proses panjang menyingkirkan penjajah. Oleh kerana fakta-fakta ini sukar ditemui dalam rujukan rasmi, terutama teks sekolah, maka satu perancangan besar mesti diusahakan supaya rakyat terbanyak dapat mengetahuinya melalui saluran alternatif. Pihak oposisi, khususnya PAS, perlu melipatgandakan lagi gerak kerja, dengan pelbagai pendekatan, bagi menyakinkan masyarakat bahawa banyak kecacatan sejarah yang belum dibetulkan.
Kemunculan Hizbul Muslimin (Parti Orang-Orang Muslimin Malaya) pada 17 Mac 1948 yang digerakkan oleh Ustaz Aby Bakar al-Baqir, Mudir Maahad Ehya As-Shariff, di Gunong Semanggol, Perak membawa mesej jelas untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, selain bertujuan membentuk negara Islam sejagat dan mewujudkan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Darul Islam.
Sebelum itu, Parti Kebangsaaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan, juga untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu, dan turut memainkan penting dalam penubuhan Umno pada 11 Mei 1946. Pembabitan PKMM - yang memperjuangkan kemerdekaan penuh itu - dalam Umno ternyata amat membimbangkan British sehingga Dato Onn Jaafar didesak penjajah supaya memutuskan hubungan Umno dengan PKMM, dengan sengaja mencari helah untuk bertelingkah dengan PKMM berhubung dengan lambang bendera Umno.
Sengaja saya tekankan peranan Hizbul Muslimin kerana PAS yang ditubuhkan pada 1951 sering dianggap sebagai mewarisi intipati perjuangannya apabila ia diharamkan, dan para pemimpinnya ditahan, beberapa bulan selepas perisytiharan darurat pada 18 Jun 1948. Turut sama diharamkan ialah PKMM dan beberapa pertubuhan lain. Dalam kekosongan itulah, antara tahun 1948 hingga 1951, ketika para pejuang bangsa, terutama dari kalangan ulama dan golongan kiri, dikurung penjajah British, Umno memperkukuhkan tapaknya tanpa sebarang saingan daripada parti-parti lain.
PAS warisi perjuangan Hizbul Muslimin
Menurut catatan seorang profesor sejarah: "Dalam waktu singkat Hizbul Muslimin menunjukkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan semua badan politik dan bukan politik di Tanah Melayu yang mana kegiatan dan perlembagaannya selari dengannya. Ia dengan lantang menegaskan adalah haram untuk berada di bawah tindihan penjajah dan ini cukup membimbangkan British. Memang menjadi dasar British untuk menghapuskan sebarang gerakan berunsurkan agama, memperjuangkan kemerdekaan dan semangat Pan-Islamisme. Malayan Security Service (MSS), sebuah badan risik British dalam laporannya, Political Intelligence Journal, Januari - Ogos 1948, kepada Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, mengesyorkan supaya badan seumpama itu diawasi."
Catatan sejarah membuktikan bahawa meskipun berbeza pendapat berhubung dengan corak kemerdekaan yang mahu dituntut, PAS tidak mengkhianati atau menghalang usaha-usaha Perikatan yang mahu mencari jalan mudah mencapai kemerdekaan dengan British. PAS, misalnya, memberikan sokongan sepenuhnya terhadap rombongan Tunku Abdul Rahman, Presiden Umno ke London pada bulan September 1953.
Sebelum itu, para ulama di seluruh negara, mengerahkan anak-anak murid mereka untuk bersama-sama Dato Onn bangkit menentang Malayan Union, tanpa mengambil kira siapa yang akan mendapat laba besar selepas penjajah diusir. Jika tok-tok guru ini tidak memanfaatkan rangkaian mereka di segenap pelosok, masakan Dato Onn mampu mendapat sokongan di ceruk-ceruk kampung memandangkan beliau datang daripada keluarga elit yang terpisah dengan ratap tangis derita umat di peringkat bawahan.
Usah kita ulangi bicara tentang peranan besar parti-parti selain Umno, sama ada parti Islam, golongan nasionalis mahupun kelompok kiri, malah, seperti catatan Ahmad Boestamam, dalam bukunya Lambaian dari Puncak, ketika beliau ditahan British kerana penglibatannya dalam Kesatuan Melayu Muda semasa berumur 21 tahun, golongan pelacur turut membantu perjuangan Ibrahim Yaakob, Ketua KMM, bagi menentang penjajah. Mereka turut ditahan bersama Boestamam dan ditempatkan di penjara Singapura.
Pelacur turut bantu memerdekakan negara
Apabila Boestamam menyoal wanita-wanita malang itu, mengapa ditangkap, mereka menjawab: "Kerana kami orang Berahim Yaakob." Namun mereka tidak pula menjadi anggota KMM. "Kalau tidak, kenapa ditangkap," soal Boestamam. "Kami menjadi pengintip rahsianya. Kami kenal baik dengan Berahim Yaakob, malah rapat dan mesra. Sewaktu meladeni asakar-askar Inggeris yang hendak memuaskan nafsu mereka dengan kami, dia meminta supaya kami mengorek rahsia mereka, seperti berapa ramai jumlah mereka, di mana kubu mereka di seluruh negara, dan banyak lagi," jawab wanita berkenaan sambil menjelaskan mereka melakukannya di hotel-hotel di Kuala Lumpur.
Kisah penghujung usia seorang pejuang kemerdekaan tulen, bekas Yang Dipertua PAS dan sebelumnya ketua PKMM, Dr Burhanuddin al-Helmy (yang disifatkan pegawai perisikan British sebagai "Ghandi of Malaya) lain pula tragisnya. Sudahlah segala jasanya tidak dikenang kerajaan Perikatan, beliau ditahan tanpa bicara hampir lima tahun. Ramlah Adam merakamkan keadaannya semasa dalam tahanan yang seterusnya membawa kepada kematian Dr Burhanuddin. Sengaja dinukilkan kembali kisah pilu ini untuk melihat bagaimana kerajaan Perikatan ketika itu sanggup memberi layanan tidak berperikemanusiaan kepada seorang insan pejuang begitu dikenali sikapnya yang cukup berhemah dan paling bersopan santun.
"Beliau tidak seperti Ahmad Boestamam, tidak menggunakan masa itu (dalam tahanan) untuk menulis memoirnya, tetapi lebih banyak menumpukan masa untuk beribadat, mengaji al-Quran dan membaca kitab-kitab serta buku falsafah. Beliau sentiasa tersenyum dan menyerahkan diri kepada Allah. Penyakit asma yang agak teruk menghalangnya menulis.
"Kesihatan Dr Burhanuddin sangat terganggu kerana penahanannya itu. Beliau tidak begitu selesa dan kurang tidur. Tembok batu yang sejuk, yang sentiasa menemaninya, mengekang perasaan dan badannya. Beliau juga mula diserang penyakit batu karang. Beliau sentiasa diganggu ketika membuang air kecil; selalu dikatakan ada orang ingin berjumpa dengannya dengan segera. Ini membantutkan hasratnya. Oleh sebab ini terlalu kerap dilakukan terhadapnya, timbul satu rasa takut dalam dirinya, sehingga sangat sukar sekali untuk beliau membuang air kecil, sehingga memudaratkan kesihatannya. Beliau juga tidak selesa dengan keadaan bilik tahanannya yang meletakakan tandas di dalamnya. Ini merunsingkan beliau untuk melakukan ibadat. Ini mungkin satu strategi untuk melemahkan keimanan dan ketahanannya sebagai pemimpin PAS.
Dr Burhanuddin dizalimi penjajah baru, Perikatan
"... itu menjadikan beliau sangat uzur. Beliau kerap dimasukkan ke Hospital Taiping awal 1969. Beliau lebih banyak menghabiskan masanya dengan membaca akitab dan mengaji al-Quran walaupun berada di katil hospital. Sembahyang lima waktu tidak pernah ditinggalkannya, namun bicara soal politik dana ilmu tasawuf juga tidak diketepikannya. Akhirnya kerajaan membebaskannya. Namun beliau tidak menandatangani surat pembebasan itu kerana beliau percaya beliau tidak bersalah. Pembebasan itu tidak bermakna baginya. Keadaannya terlalu uzur dan masih terlantar di hospital. Sebulan kemudiannya pada 10 Oktober 1969, Allah menjemputnya untuk bersemadi di alam baqa. Tidak ada penghormatan negara untuknya."
Dr Burhanuddin yang dikenali lemah-lembutnya itu, seperti dalam catatannya sendiri, ketika ditahan pada Januari 1965 disoal-siasat secara tidak beradab, bermula jam 9 pagi sehingga 12 malam atau lebih. "Setiap hari sekurang-kurangnya saya digari sebanyak enam kali. Bilik kurungan lokap tidak cukup angin menyebabkan saya susah hendak bernafas. Kelemasan menyebabkan saya sakit dada dan terasa panas pada pembuluhan nafas dan paru-paru. Sepanjang ditahan hingga berbelas kali saya diserang penyakit lelah. Satu hari doktor memberitahu bahawa dalam tubuh saya kekurangan air. Air liur saya pekat dan mulut kekeringan kerana saya hanya diberi minum secawan teh pagi, secawan air panas masa makan tengahari dan malam.
"Yang mengazabkan saya adalah susah hendak buang air besar dan buang air kecil. Saya tidak diberi memakai kaca mata padahal dari umur 15 tahun saya telah berkaca mata. Saya tidak diberi sabun. Saya tidak diberi berus gigi. Saya tidak dibenarkan membaca al-Quran," tulis Dr Burhanuddin dalam catatan peribadinya, yang kini dibukukan oleh Saari Sungib, "Hari-Hari Aku Dizalimi". Beliau mengaku pernah diancam untuk dibogelkan oleh pasukan SB semasa soal siasat. Ingat, segala penganiayaan ini bukan dilakukan semasa era penjajah, tetapi di bawah kuasa Perikatan, yang begitu dibanggakan peranan mereka dalam menuntut kemerdekaan, oleh orang seperti Khairy.
Kisah pahit getir perjuangan seorang lagi nasionalis Melayu, Mustapha Hussain, bekas Naib Presiden KMM, yang kemudiannya hanya kalah satu undi kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua Umno bagi menggantikan Dato Onn, boleh turut dikongsi rasa melalui rakaman anaknya sendiri, Insun Sony Mustapha dalam buku terbitan DBP.
Khairy sibuk tebalkan tabungan peribadi
Mungkin Khairy begitu sibuk memperkasakan kedudukannya untuk mengisi tempat Hishamuddin nanti, atau dia dikhayalkan dengan "tugas penting" mengagihkan projek-projek berbilion ringgit untuk kroni, selain menebalkan tabungan peribadi menabur umpan membeli undi, sehingga tidak sempat membaca karya sejarah sebenar perjuangan bangsa.
Saya cuba membataskan catatan ini agar tidak melalut untuk sekali lagi memperincikan detik-detik penting sejarah yang cuba dipesongkan itu. Kesombongan Khairy yang mahu memperlecehkan sumbangan pembangkang bukan reaksi mengejutkan, malah itulah yang mahu disumbatkan Umno ke dalam minda rakyat. Budaya mahu memonopoli segalanya untuk diri sendiri adalah lumrah Umno. Lihat sajalah, misalnya slogan "sifar pembangkang" di Selangor, "lautan biru" di Terengganu, adalah manifestasi keegoan Umno untuk berkuasa mutlak, sambil menganggap kritikan dan teguran adalah suara-suara subversif yang mesti dihapuskan.
Saya tidak pasti berapa banyak dana awam dan wang pembayar cukai yang dihanguskan dalam sambutan mega ini. Umno yang hidup dengan wang rasuah kelihatan cuba tidak menggunakan tabung pilihan rayanya apabila mengambil kesempatan menukar perayaan negara menjadi kempen BN dan penonjolan imej Abdullah. Dalam tulisan sebelum ini saya mengaitkannya dengan beberapa billboard tertentu, yang sudah tentu dibiayai duit rakyat. Ini sebenarnya menambah-panjangkan senarai salahguna kuasa, tetapi sedihnya ia diterima sebagai satu kelaziman.
Membebaskan minda rakyat yang terpenjara
Khairy dan kelompok yang menguasai singgahsana kuasa sememangnya sentiasa mempastikan media dan saluran maklumat rasmi hanya menyiarkan bahan yang selari dengan keyakinan palsu mereka. Pembohongan demi pembohongan adalah basahan bibir mereka. Mereka langsung tiada rasa malu untuk mendakwa sesuatu yang sebenarnya bukan milik mereka. Ia bukan hanya berlegar di sekitar perjuangan kemerdekaan generasi awalan dahulu, malah fakta yang terbentang di depan mata pun mahu diselewengkan jika ia tidak menguntungkan mereka.
Perjuangan membebaskan minda rakyat yang terus terkepung dan terpasung ini menagih pengorbanan luar biasa. Jika bapa-bapa kita dahulu menggadai kehidupan dengan menempuh seribu satu kepayahan dan keperitan, berdepan tekanan penjajah dan kemudiannya dizalimi anak-anak warisan penjajah, maka amatlah malu kita, generasi yang mengaku untuk turut serta "menyelamatkan Malaysia" hanya pandai berteori, bermuzakarah dan berdiskusi.
Penjajahan bentuk baru di bawah Abdullah Ahmad Badawi - yang dibantu (diperkudakan) rapat Khairy dan sekutunya dalam Umno-BN - mesti dipecahkan. Anak-anak kita di kampus-kampus 20 IPTA harus dibebaskan, bukan saja daripada kongkongan Akta Universiti dan Kolej Universiti, malah daripada pelbagai "peraturan gila" yang "tidak masuk akal". Begitu juga dengan kakitangan awam yang dibisukan, peniaga dan kontraktor kecil yang dilekakan dengan seribu satu harapan sambil pada masa sama diugut, dan tidak lupa buat ahli-ahli Umno yang makin menikus hanya untuk mengharapkan sekelumit habuan.
Khairy boleh datang dan pergi, namun tradisi memperbodohkan minda rakyat sudah menjadi warisan penguasa. Secebis kecil usaha Harakahdaily untuk mengisahkan liku-liku perjuangan kemerdekaan tidak akan berhasil jika ia terhenti setakat ini. Pendemokrasian maklumat dan fakta sejarah mesti merakyat. Ia tidak harus tinggal bisu dan kaku di khutub khanah yang sememangnya jarang dikunjungi awam. Ahli-ahli sejarah juga harus turun membantu. Pembohongan ini mesti dileburkan, dan ia tidak boleh sama sekali terhenti setakat ini.
Dan kami cuba melakukannya bersama anda sekelian.
Penyejuk mata dari Istana Perak
Alhamdulillah, tika mana pimpinan muda Umno seperti Khairy melompat menyanggah fakta, titah dari Istana Perak menyejukkan dada. Semasa berucap pada majlis muzakarah ulama 2007, di Ipoh, 5 Julai lalu, Raja Nazrin menegaskan, pengiktirafan negara kepada bangsa harus mengatasi premis politik kepartian kerana negara bangsa yang menghargai sejarah bangsa akan dapat mencipta sejarah bangsa yang lebih gemilang.
Selain menamakan beberapa institusi pendidikan seperti Maahad al-Ehya as-Shariff, Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas, MCKK dan Kolej Perguruan Sultan Idris, baginda turut menyebut nama Dr Burhanuddin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif (bekas Setiausaha Agung PAS) dan Dr Zulkifli Muhammad (bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS) sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa.
Ingatan Dr Muhammad Nur Manuty dalam seminar kemerdekaan anjuran Lujnah Penerangan PAS baru-baru ini elok untuk direnungi juga: "Dapatkah bangsa kita bangun menjadi satu bangsa yang maju, bermoral tinggi serta bermaruah jika sejarah perjuangan dan makna kemerdekaan masih tidak difahami dengan betul serta direalisasikan sepenuhnya dalam kehidupan seharian?"