Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: IMPAK


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:
IMPAK


Salam untuk semua

Sejak penutupan laman web SC dalam minggu ini, telah memberi impak kepada ramai pelabur SC. Disebalik penutupan itu, kita menerima beberapa kejutan spekulasi yang kadang-kadang boleh membawa diri kita tersenyum sendiri. Antara spekulasi yang terdapat dalam forum ini :

1. Dari Dealer SG kita hanya akan dapat 10% dari ACF - selebihnya akan dilaburkan ke SIP25
2. Kemungkinan besar bank terbesar di MY akan release payment dari SC dalam masa terdekat
3. ID MY akan dibuka dalam masa 2-3 hari lagi
4. Dan yang paling mengembirakan ramai pelabur MY adalah kehadiran www.***********.*** yang boleh diaksess tanpa proxy. Walaupun kita sendiri tidak pasti samada ia benar-benar dimiliki SC atau sebaliknya tetapi sekurang-kurangnya ramai yang menerima kelahiran ini sebagai pengubat rindu.

Hari ini sudah masuk 2 hari laman web tersebut beroperasi tanpa proxy. Pernah dulu juga ada ketikanya laman web SC beroperasi tanpa proxy, hanya beberapa jam sudah di blok balik oleh SS. Apakah ini tanda yang dinantikan oleh ramai pelabur MY? Dengan perkhabaran kemungkinan besar bank terbesar di MY akan release payment dari SC dalam masa terdekat, adakah ini juga bermakna masalah BNM, SS dan SC telah diselesaikan? Semua ini telah kita tunggu sekian lamanya dan berbagai-bagai pandangan dilontarkan ke dalam forum ini. Terdetik di hati saya siapakah pejuang yang betul2 menerima kehadiran IMPAK SC dari sejak mula beroperasi?

Berkat doa yang tidak putus-putus dan kata-kata sokongan moral yang dihamburkan, ramai di antara kita yang berkeyakinan tinggi terhadap SC. Dari kita longlai kaki menerima impak SC pada awal April 2007 sehingga kini kita menerima sekali lagi impak SC yang membuat kita tersenyum pula. Kalau benar apa yang dispekulasikan semuanya.....bagi saya Tuhan telah menunjukkan hanya orang-orang yang sabar saja akan menerima kejayaan. INSYA-ALLAH

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 222
Date:

orang mengatakan begitu senang apabila kita mula melabur dalam swisscash untongnya 3 x ganda duduk senang senang dapat duit. Tetapi......semuanya salah kita orang swisscash begitu tercabar melalui duri dan ranjau untuk mendapat keuntongan dari swisscashn ini yang saya rasakan bukan begitu senang yang difikirkan orangcry.gifcry.gifcry.gifsmile.gifsmile.gifsmile.gifbiggrin.gifbiggrin.gifhmm.gifhmm.gifhmm.gifyawn.gifyawn.gifbleh.gifbleh.gif

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 456
Date:

Dengan perkhabaran kemungkinan besar bank terbesar di MY akan release payment dari SC dalam masa terdekat, adakah ini juga bermakna masalah BNM, SS dan SC telah diselesaikan?
-----------------------------------------

Akhir nya mungkin masaalah pelabur MY dapat di selesaikan. Penderitaan pelabur mungkin tidak akan perlanjutan. Kesedihan kegembiraan akan di rasai. Ini menandakan kejayaan bagi semua insan MY yang mempunyai naluri kemanusiaan.

Jika BNM, SS dapat terima kembali SC , ini menandakan kedua pihak ini dapat merasakan penderitaan yang di alami oleh para pelabur MY yg mungkin akan kehilangan berpuloh ribu malah berjuta ringgit. Ini lah yang di pohon oleh pelabur MY. Tolong pelabur MY dan pelabur MY akan membantu ekonomi negara. Bukan kah rakyat berada di dalam keadaan lebih baik , jika ada duit , jika di banding tiada duit ?

Tahu kah anda ,kerajaan US tidak berapa mahu ambil tindakan terhadap Hedge Fund ( Tidak berdaftar) sebab ia percaya bahawa Hedge Fund ini dapat membantu Mutual Fund (Berdaftar ) dalam keadaan kesusahan.

Jika s/cash dapat diterima oleh semua pihak, ini bermakna bahawa semua pihak pelabur dan kerajaan sedang menuju ke peringkat ke atas lagi dari segi kebijaksanaan.

Yang penting untuk masa depan, jangan mengulangi kesilapan yang sama. Ingat dan menghayati
SILENT REVOLUTION. Saling menghormati lah di antara satu dengan yang lain. PELABUR MY DAN KERAJAAN. Kedua-dua nya , akan menikmati keuntungan.



-- Edited by pokpok at 19:59, 2007-08-22

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 106
Date:

AKU MEMANG SETUJU BEBENARRR APA YG DI UTARAKAN OLEH POKPOK.. DAN AWAN BIRU...

SWISSCASH FOREVER....

__________________
sumbat nyohssssss....


Junior Member

Status: Offline
Posts: 28
Date:

Insyallah.....Kesabaran kita menunggu selama berbulan -bulan ni akan terubat akhirnya. Ini akan membuktikan SC ni bukalah program SCAM seperti mana yang di dakwa oleh media MY.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

satu perkara yg membanggakan..nama malaysia tersohor seluruh dunia..dgn tentangan yg diberikan sehingga memberikan kesan mendalam terhadap swisscash..aku pasti berjuta pelabur SC akan ingat smp biler sebuah negara ini iaitu Malaysia. Bravo Malaysia@bolehland

__________________
aku aku sedih jadi rakyat boleh land


Junior Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

laman web ini adalah pengubat rindu pelabur my.
pd saya kajian ini masih belum selesai sehingga
tt percubaan seperti dulu berjalan macam biasa dan berjaya.
penantian 1 oct adalah penantian penuh cabaran
tetapi hampir berjaya ditempuhi oleh kita-kita
yang sabar. orang- orang yang bersabar dan mengkaji
itu akan beroleh kejayaan.jadi tidak perlu melatah
dengan bahasa yang bukan- bukan. satu dunia
memerhatikan ketelusan negara ini. saya berharap dan berdoa
agar semuanya berakhir. jika ada sapa-sapa yang bernazar
sesuatu, setelah berjaya nanti tunaikanlah nazar anda.
sesungguhnya Tuhan itu maha adil. diharap otai-otai
kita teruskan memberi maklumat kepada kami yang junior ini...tq

__________________
malek
ATH


Moderator

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Contradiction,
Bravo Malaysia@bolehland
aku aku sedih jadi rakyat boleh land.

__________________



 



Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Ksan yg paling mkagumkn dr SC ialah stiap kata2 CFO dlm updates SC sgt mnyentuh jiwa dan mgegarkn otak utk mmhaminya dr sgi nilai dan hbungn kmanusiaan. Bgitu bksan skali knyataan CFO utk myakinkn kita. Apa yg blaku skrg cumalah dr sgi teknikal sja, tp dr sgi niat, visi dan misi SC yg diutarakn oleh CFO itu byk mcritakn tntang hrapn masa dpn SC.

Mgkn ada antara kita branggapn knyataan CFO itu hnyalah kelentong smata2. Tp CFO prnah mbritau jika kita tak pcaya, nilaikn dr segi prestasi pbyrn dan online 365hari. Bkn mudah utk company MEGA spt SC utk roboh dlm shari dua atau smggu.

Jika khilangn SC slama smggu ini mbwa kpd ktguhn SC dipsada dunia dan alam siber utk tmpoh 2-3thn akn dtg,maka adalah brbaloi utk mreka mbiarkn smua plabur SC sluruh dunia dlm keadaan trtanya2 ke mana hilangnya SC dlm tmpoh itu. Kita sdia mklum bhwa polisi utama SC adalah utk mmstikn tahap kslmtn dan masa dpn SC dan SMF pd pringkat trtinggi. Adalah mjd hak mrka utk tidak mbritau kita jika tndakn yg diambil dirhsiakn dr pngtahuan kita dmi kslmtn, itu adalh sbhgian dr pjanjian kita dgn SC.

Kita smua hnya mampu bharap spy SC mengotakn apa yg dikatakn itu. Jika mreka mungkir hnya ALLAH sja akn mbalasnya krn SC tlah mbri kyakinan kpd bratus ribu org dr sluruh dunia dan rangkaian SC sdah bgitu luas di 200 ngra.

Apakh SC alang2 mnyeluk pkasam tp tak nak smpai ke pgkal lengan?




__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:

Terima kasih kpd sr akai pc semoga pandangan anda menjadi kenyataanbiggrin.gif

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

kerajaan malaysia tidak perihatin dengan ekonomi org bawahan macam kita ni...kalau tansri2 datok2 dan nenek2 yang melabur duit di offshore,tidak jugak kena ambil tindakan.tapi bila rakyat termiskin macam kita berjinak2 nak melabur ke offshore,macam macam halangan yang ada....macam s&r pulak(support & ressistance)


__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

MYHIS3624501 wrote:

kerajaan malaysia tidak perihatin dengan ekonomi org bawahan macam kita ni...kalau tansri2 datok2 dan nenek2 yang melabur duit di offshore,tidak jugak kena ambil tindakan.tapi bila rakyat termiskin macam kita berjinak2 nak melabur ke offshore,macam macam halangan yang ada....macam s&r pulak(support & ressistance)


Sabor jer la. . .nak buat macam mana. . .wink



__________________
"TRUST YOURSELF TO TRUST YOUR MONEY TO WORK FOR YOU"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 314
Date:

Assalamualaikum semua

Sekadar berkongsi

Ada beberapa impak negatif sejak penutupan laman web SwissCash bermula Aug 18 2007.
Oleh kerana tiada sebarang info dari pihak admin SCash, menyebabkan para pelabur mengalami tekanan. Impak yang terbaru berlaku di negara China, pihak berkuasa negara China telah mula mengambil tindakan setelah menerima aduan dari beberapa orang pelabur kerana ketiadaan sebarang info selama dua minggu ini, dan tidak tahu apa yang akan berlaku. Di sini saya copy dan pastekan berita berkenaan untuk tatapan semua dan sama-samalah kita nilaikan sementara menantikan berita-berita lain.

Police Bust Biggest Online Pyramid Scheme

Shandong police have cracked China's biggest online pyramid sales scam, which involved 170,000 people and 1.36 billion yuan (US$180 million), the People's Daily reported today.

Prosecutors have accused two suspects, Wei Lixin and Chen Yong, with running the pyramid selling scam, the report said.

An unnamed resident told the Industrial and Commercial Bureau in Taian City in May that someone persuaded him to invest 8,000 yuan in a "Swiss Mutual Fund" and promised a 400,000-yuan return after 30 months, the report said.

Taian law enforcement department found the so-called "Swiss Mutual Fund" was never registered with the China Securities Regulatory Commission, the Ministry of Civil Affairs or China's central bank, the report said.

After investigation, local authorities found the participants earned money by drawing profits from lower-level participants, which is the same mode of pyramid selling, the report said.

The suspects confessed that they charged 8,000 yuan from each person and the sum totaled 1.36 billion yuan, the report said.

China's Ministry of Public Security busted more than 17,000 illegal pyramid schemes worth 10 billion yuan in the first half of this year, and about 16,000 suspects were caught.

(Shanghai Daily August 30, 2007)

Sekadar berkongsi

Walaubagaimanapun kita tidak tahu apa yang sedang berlaku dan masih belum tahu apa yang akan terjadi.

Sama-samalah kita terus berdoa agar Tuhan memberikan pertolonganNya

Allahu'alam
Wasallam


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 222
Date:

Saudara tekebol cita yang kau bawa ni tak betul akau baru tel DL aku kat sandong yang kena tangkap bukan swisscash lah

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 314
Date:

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah Jika berita itu tak betul,
terima kasih sdra Deen kerana mendapatkan info lain
Berita itu saya copy paste dari web berita negara China

Maafkan saya

Mudah-mudahan kita terus menerima berita baik dan yang menggembirakan dari SwissCash dalam masa yang singkat ini

Sama-samalah kita semua terus berdoa

Allahu'alam
Wasallam



__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 167
Date:

Askm,

Berita2 berkenaan pelaburan scam telah begitu berleluasa di negara kita dan kemudian tersebar ke serata dunia sejak 2 tahun SC beroperasi. Berita dari China tu dapat dikenal pasti bukan daripada pelaburan SC atau SMF, nak melabur di SMF memerlukan modal yang besar tetapi melabur di SC minimum USD100 sahaja. USD1 = 8.016 yuan jadi 8000 yuan tuh lebih kurang USD1000 sama macam minimum pelaburan untuk menjadi financial planner. Tetapi pulangan 400,000 yuan dalam 30 bulan tuh memang tak betul, kalau SIP15300 pelaburan matang pun kalau keluarkan akan dapat 8000 yuan X 3 = 24,000 yuan dalam 15 bulan, kalau 30 bulan 48,000 yuan. Kalau SIP25 pun perlukan reinvest dulu (kalau pelabur China tu faham) selama beberapa tahun barulah dapat 400,000 yuan atau USD49000.

Walaupun begitu point disini adalah jika ada syarikat scam atau ponzi yang dikesan jarang sekali nama swisscash tidak dikaitkan. Sudah banyak kali perkara ini berlaku bagai dirancang, yang benar2 wujud sahaja yang boleh didakwa dimahkamah. SC adalah tulen dan ketulenannya menyebabkan pihak berkuasa gelisah dan mulalah tanpa sebarang kajian kukuh meramalkan apa akan berlaku cthnya - rakyat goyang kaki takyah kerja, yelah letak USD10,000 tiap2 bulan forever dapat USD2500 siapa hendak kerja kan?, ekonomi kerajaan pun jatuhlah dan menfitnah SC yang tulen agar ketulenannya diragui dengan berita2 sensasi yang ditokok tambah.

Sejauh ini tak nampaklah pulak ekonomi kita merudum jatuh dan semestinya tidak ada bukti ia adalah disebabkan SC, setahu saya ramai yang masih bekerja tak ader lak berhenti, punyalah tak logik jika semua rakyat join SC maka semua orang akan lepak tak mahu kerja, tak kerja disini macam doktor semua tak yah kerja, cikgu sekolah berhenti kerja, orang kutip sampah berhenti, pendek kat semua berhenti kerjalah, tapi kalau semua orang dapat duit banyak tiap2 bulan pastu tak ada doktor kalau sakit, takder beras nak makan sebab petani semua pencen SC, takyah tanam padi memang pelik mana ader kalau orang tak kerja siapa nak berniaga kat BSKL, nak berniaga aper yek kat BSKL jika komoditi seperti bahan makanan dah tak ader orang tanam dan buat. Perkara ini tidak pernah berlaku dan mustahil akan berlaku. Orang tak boleh makan nak main komputer pun taknak, komputer pun tak laku. Bisnes merudum dan secara automatik segala kaitan ekonomi ini akan mempengaruhi semua bisnes dan bisnes SC akan turut jatuh, semua pun kalau duit banyak tapi tak ada aper nak beli nak buat aper. Ader satu citer saya dengar dulu satu khalifah ni pernah ditanya dan jawapannya sanggup beli sebiji ubat dan segelas air dengan harga satu negara diberikan. Duit penting tetapi pemahaman tentang pelaburan dan perniagaan dan hubungannya dengan kehidupan manusia akan menjadikan duit jatuh no. 2.

Sedar tak sedar kita sebenarnya bersatu dalam membuat semua perkara. Tak faham takpa nanti saya ceritakan dalam waktu yang lain bila ada masa insya'Allah.

Kita melabur bukan sama dengan pencen, kita melabur untuk masa depan, bukak bisnes baru dengan duit SC, bukak bisnes impian kita, untuk masa depan anak2, masa depan tak tentu, bukan semua orang pun melabur SC, kalau SC jatuh seperti mana perniagaan lain pun jatuh adalah sesuatu yang normal dan fitrah yang telah Allah jadikan. Bukan semua orang kaya dan bukan semua miskin. Tetapi seperti yang dikatakan oleh CFO kebebasan kewangan adalah bilaman duit tidak lagi menguasai kita. Benar apabila duit tidak menguasai kita maka kita akan hilang rasa tamak, suka bersedekah, merasa cukup dengan apa yang ada. Cuba tanya diri sendiri berapa juta baru cukup? Kalau masih tak tahu, lihatlah diri sendiri dan renungkan sambil bertanya berapa banyak cukup? Manusia seperti biasa tidak akan pernah cukup, pasal itu perasaan tamak dan dengki akan menguasai diri dan membiarkan duit (harta dunia) memerintahkan kita. Seterusnya, kedengkian itu akan menjadikan seseorang tidak boleh tengok orang lain senang....faham tak yang tersirat.

Bisnes boleh turun naik, sebab itu SC kata kalau 25% dia tak mampu dia akan pulangkan duit modal kita atau berikan profit sama ada lebih 25% atau kurang ikut pilihan kita. SC berniaga beb, ada untung ada rugi, kita pelabur SC memang tahu dunia ini realiti bukan fantasi begitu juga pihak SC pasal tulah ada target 2010 bukan target selama2nya. Kalau bisnes bagus kita pun setuju SC terus berkembang dengan sihat dan kalau rugi pun biarlah berdasarkan risiko perniagaan yang memang ada untung dan rugi bukan tekanan penutupan seolah2 sikap santau menyantau orang melayu pada masa lalu.

Oleh itu kita sama2 renungkan perbezaan perniagaan tulen dan perniagaan tipu. Kedua2nya ada potensi rugi jika kita melabur didalamnya, dengan pengetahuan masa depan yang disembunyikan oleh Allah yang Maha Kuasa kita hanya perlu berusaha dan berdoa supaya apa jua keputusan kita diberkati Allah, setiap keuntungan dan kerugian tidak lain dan tidak bukan sebagai fitnah (cubaan) yang mesti kita lalui sebagai ujian ketakwaan.

Tentukanlah apa matlamat kewangan kita, kerana matlamat itu menunjukkan diri kita sendiri dan selalulah berdoa agar rezeki yang Allah kurniakan tidak membinasakan kita tetapi memberikan manfaat kepada semua.

Semoga dengan nasihat ini, saya dan rakan forum sekelian akan lebih tabah dalam menerima pelbagai dugaan mendatang. Saya suka lihat pelbagai slogan yang disertakan dan cukup menarik sebagai kata semangat untuk saya sematkan dalam hidup. Syabas semua dan terima kasih.

Wassalam

__________________
PU2


Moderator

Status: Offline
Posts: 635
Date:

Assalamualaikum Tuan Pejal...

HEBAT sungguh hujah2 anda.......hujah2 beginilah menaikkan lagi perasaan berkobar2 dalam jiwa setiap investor SC yang tidak jemu2 mencari...dan terus mencari......yang menarik bagi saya dgn kata2 saudara Pejal:

"Sedar tak sedar kita sebenarnya BERSATU dalam membuat semua perkara"

Tinggal 28 hari sahaja lagi untuk 01 OKT 2007........biggrin.gif

Hari ini 03 Sept....Kita masih ada waktu ke 15 Sept......smile.gif

INGAT!!! tingkatkan lagi DOA2 kita semua......Amin......

__________________
......NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY.....
amz


Senior Member

Status: Offline
Posts: 156
Date:

apa pun kita tunggu OKT apa macam pukulnye

__________________


Batu Api

Status: Offline
Posts: 149
Date:

kita suruh negera komunis tu tembak sorang2 pelabur sc..biar mati katak masing2

-komen mod -

undang2 mana lak nih? tembak pelabur, sejak bila ada "kita", sonang2 amik nyawa orang tanpa bicara, sedang saidina Ali r.a berhenti nak tikam musuh pasal musuh ludah ke muka kerana nawaitu dah bukan kerana Allah, jangan tunjukkan sifat pengganas kat sini, orang Islam menegakkan keadilan, jangan sebarkan sifat pengganas disini. Pihak rakan forum semua menentang keganasan.-

-- Edited by Pejal at 16:49, 2007-09-04

-komen mod 2-

jahatnya mulut hang.. mulut jahat, hati pun jahat. suka tengok orang mati...
busuk sungguh mulut...pergi basuh mulut tu... berkumur lama-lama dengan clorox...
wekkkk...busuknya.... syioh...syioh...pegi main jauh-jauh...mulut busuk..

-- Edited by Althariq at 17:13, 2007-09-04

__________________
Swisscash Menyusahkan Betul.Pelaburnya org-org yang dipandang hina. Ye SC nak mati..Semua org bersedih


Senior Member

Status: Offline
Posts: 107
Date:

Tiada negara komunis yang melarang rakyatnya melabur dalam SCsh kecuali Mesia aje. Contoh Republik Rakyat Cina, Russia, dll, mana kerajaan diorang ambil kisah pun kat pelabur2 SCsh?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

tak yah di layan sangat pengacau tu.. budak pejabat (peon) guna komputer boss dia tu waktu boss dia keluar.... saja jer nak tumpang berforum..tapi tak reti adat..

abaikan saja kewujudannya..

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 122
Date:

Kawan2, satu je cara untuk hentikan mereka, JANGAN LAYAN. buat tak tau jer kewujudan mereka, kalau boleh jangan dijawab post2 mereka ni..



__________________
hari tidak selalu mendung..


Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

dah penat sangat dah tunggu dan berharap....tapi...entahlah..tunggu jela bulan seploh ni.jgn jd tragedi oktober sudahla...minta simpang

__________________
hidup mesti ceria jangan berduka lara walaupun nampak macam dah terkena!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

SC mmg Power... dr dlu lg kepercayaan ku 100%biggrin.gif

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

spy5050 wrote:

Kawan2, satu je cara untuk hentikan mereka, JANGAN LAYAN. buat tak tau jer kewujudan mereka, kalau boleh jangan dijawab post2 mereka ni..






wey..apa yang ko merapu ni? layan sapa?tak paham la...



__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

iksh... jangan layan bebudak batu api tuh..

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard