Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BULAN OKT TAK LAMA LG ........
amz


Senior Member

Status: Offline
Posts: 156
Date:
BULAN OKT TAK LAMA LG ........


Salam kepada semua pelabur SC, dan lain saham dalam negara dan luar negara dan yang setaraf dan tak setaraf dengan nye dan sebaliknye. Dalam kita sibuk sembang sembang mencari maklumat tentang SC tup tup bulan OKT da nak sampai. Lebih Kurang 2 bulan lebih je. Banyak banyak la kita bersabar Pada tarikh Keramat tu. Lepas bulan OKT tu kalau ada rezeki kita bersyukur kalau tak da kita bersyukur juga.Kita masih lg bole benafas tak dikena kan bayaran utk oksigen. Dalam malaysia ni rezeki masih byk lg. kita kena rajin berusaha. Tak da lg kita dengar org mati tak makan dalam negara kita. Kita dianugerah kan negara yang subur . Aku bukan nye UL power rangers. aku pelabur biase mcm kamu semua. modal pun tak pulang lg. UL aku pun senyap je. Aku faham ramai yg hentam dia. Rezeki ada dimana mana.

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

hai... nak bulan 10...lagi sebulan lebih tu...jangan dipanjang kan lagi...nanti ade yang keluar ayer mata...ade orang pura2 buat macho..dlm invest ni kita mesti ingat ada berbagai golongan dan kedudukan yg invest...yang tak syoknya orang orang kampung yg. tad ade wang pun tercungap 2 masul melabur ..terpaksalah bergolok bergadai jual kambing dan lembu semata 2 nak jadi jutawan dan senang /..contohnya haaa inilah contoh jutawan alaf baru dan terkini yang tumbuh macam masak meggi...di depan kita semua ...dan dengar lah testimonial dari merekla yg. berjaya ...orang kampung akan kata fuyoooo...canggih pakai computer ...maka adelah yg bergolok bergadai..tp..dapat invest...tu...padahal nak tukar atap bocor punm tak mampu....wawasan 2020.bila jadi macam ni sabar 2 ,,,sabar ..siapa tak rugu saya pun bungkus juga ...kata UP...nasib baik aku tak ade DL.......selamat itulah baru dikatakan berani invest beranilah tanggung risiko...maaf ini hakikatnya.....info baru..biar berasas dan buktinya ade...tapi tak kisah lah ye just berbincang samaada boleh luahkan perasaan yg terbuku di hati dan pd member - member kita y
ang sudi berkongsi masaalah ....sorry kekawan

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 167
Date:

Akm,

Rakan2 pelabur SC semua, saat okt pasti menjelma insya'Allah kalau dimurahkan rezeki dan rezeki kita masih ada belum mati lagi (mana tau ajal sampai sebelum okt) maka akan terjelmalah segala penantian kita sama ada SC membuka semula ID MY dan membayar caruman kita.

Dugaan yang akan difikirkan adalah bukan mendapat pulangan imbuhan caruman (itu adalah dugaan nafsu lain ) tetapi dugaan jika kita tak mendapat imbuhan itu. Bersediakah kita dengan kecaman, hilaian tawa, kutukan daripada mereka yang bersifat batu api dan cercaan yang bakal kita terima. Mampukah kita redha dengan keputusan tersebut. Satu2 cara adalah cuba makrifatkan sekarang suasana itu ketika bulan okt dan lihatlah apakah jawapan yang hendak kita berikan kepada situasi tersebut. Jika kita dah mampu menerimanya maka penantian 1 okt tersebut tidak akan menjengkelkan fikiran kita sehingga tidak dapat memikirkan tindakan2 pelan B dan C untuk terus meneruskan hidup.

Pun begitu harapan2 yang disandarkan perlulah berdasarkan bukti2 dan logik akal terhadap keharusan untuk SC meneruskan operasi perniagaan mereka, untung rugi dalam perniagaan tidak pernah menghapuskan amalan perniagaan didalam dunia ini sejak beribu tahun, manusia akan terus berniaga, akan terus mencari rezeki Allah, akan sentiasa memikirkan cara2 terbaik untuk terus hidup dan saling berhubung antara satu dengan lain dan sekarang ini merentasi benua.

Sekiranya SC tidak membayar pelaburnya di Malaysia maka pastinya negera kita menjadi kayu ukur kepada janji2 SMF yang telah beroperasi sekian lama. Janji ini jika dilanggar akan pasti menimbulkan gelombang kemarahan para pelabur dan seterusnya meranapkan impian SMF 2010 kerana kayu ukur tersebut akan menjadi racun melumpuhkan operasinya. Racun kayu ukur ini adalah teknologi maklumat atau lebih tepat Internet, kerana platform Internetlah SC dikenali dan kerana Internetlah boleh menjatuhkannya. Oleh kerana itu pastinya SC menyedari perkara ini dan bersedia dengan langkah2 proaktif, langkah sebelum waktu, langkah yang jitu untuk menjaga pelaburannya dan para pelaburnya. Berfikiran positif dan tidak cepat kecewa dengan pendirian sendiri semasa memulakan pelaburan ini adalah kunci utama kepada ketahanan mental, penantian adalah satu seksa, tetapi kepastian adalah penawar dalam suka dan duka (ikut lagu harmoni) memang tepat kerana kepastian akan menggerakkan keputusan kita walaupun kepastian itu adalah yang buruk dan ia akan menjadi ubat untuk sakit2 yang akan datang pada masa depan.

Wassalam

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

satelah kita berbincang dan bertukar2 pendapat,saya hairan,apakah SC sudah bungkus,
perkara ini terjadi akibat tekanan2 dari pihak2 tertentu,SC mengatakan ini "PENDING ISSUE"
tapi kita mula tuduh,ngutuk,makihamun,hingga hilang pertimbangan,kita melabur dalam
Swisscash bukannya,EAINDEX,BUY-EBARREL,FICAL METAL,EUKGOLD,BHG@BRK dll.....
jadi kerisauan kita sebetulnya dimana,tak dapat duit,bukankan kebanyakannya( MY) disini
melabur dalam SIP15300 dan kini telah diserap kedalam ACF,1 OKT. sekarang baru 16 OGOS,kita melatah tak tentu pasal,lepas itu kita marah2 tak tentu pasal,apakah kita sangsi akan keupayaan SC untuk bayar kita nanti,bagi diri saya,saya yakin SC akan bayar pelaburan kita,tapi caranya kita serahkan pada SC sendiri,dan saya yakin MY akan dibuka semula bila tiba masanya nanti.jadi saya rasa tak payahlah kita tunggu,sebab kalau kita tak tunggupun masa akan tetap berjalan,hingga sampai pada pembukaan MY.

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Junior Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

betul tu bang Hamid ...sambil menuggu sanbil minum teh dan sembang ..bila nyembang berbagai2 hal yang boleh disembang yany seronok ade yang sedih pun ade.....dan luahan perasaan...itulah itulah kawan namanya.....sembang 2 tup 2 dah pagi..saya tunggu bulan ramadhan....bulan ramadhan menjelma lagi ..alhamdulillah... kita masih berkesempatan menambahkan amalan 2 kita itupun kira point yg di berikan percuma atas amalan yg dilakukan....tak payah nak aktif 30usd.....insyaallah.


__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 361
Date:

Salam ukhuwwah.... saya perhatikan semakin lama keyakinan kebanyakan dari pelabur semakin terhakis. Satu situasi yang memang patut berlaku krn tiada apa2 berita dari Sc. Namun bagi saya, saya masih yakin dan percaya dengan SC/SMF dan semuanya akan terungkai..... cuma masa akan menentukan.
Kenapa harus saya percaya? Cerita saya.....
Saya seperti kebanyakan org lain, sentiasa cari peluang untuk menambah pendapatan...... dan mencari ilmu.... Sebelum SC saya dah masuk berbagai2 peleburan internet.... dan namanya lebur, maka banyaklah yang lebur....
Bermula Netbiz2u.net, 12dp.... 24dp...edailyprofit....e-bizsurf.....prosurfer717....16dailysurf ...surf25daily...nexus...goldroseprofit....surfskyline...surfNX.... mil4ever...FIG(Fidelity Investment Group)....
Dan juga cara baca email.... ippomails....snailmail...chobbitsmails...
dan entah apa2 lagi...saya pun dah tak ingat.....
Kebanyakannya lebur, walaupun ada satu dua menjadi dan dapat keluar modal sebelum lebur... tapi rasanya semua yang saya sebut diatas dah ke scam folders.....
Banyak cara mereka menipu dan byk juga cara bila mereka ingin melarikan diri walaupun ada cara yang hilang macam tu aje...
Saya buat kajian ttg SC selama lebih setahun sebelum saya masuk krn saya tak mahu lagi tertipu..... dan mungkin sudah takdir, timbul masalah begini pula.....
Bila saya baca post terutama di lain2 forum terutama daripada pengutuk dan anti SC...terdetik juga bahawa mungkin Sc ini skim tipu.... dan saya cuba meredhakannya dan cuba menyakin diri saya bahawa saya tertipu lagi...dengan SC...... TAPI.......
Saya tak tahu dari mana keyakinan saya, bahawa SC tidak tipu.... berkali2 saya cuba menyatakan SC scam, namun hati kecil saya menafikannya dan tetap yakin bahawa SC akan kembali dan MY akan dapat pulangannya.....tapi hati kecil saya kuat menyatakan pelabur baru dari MY mungkin tiada peluang lagi...

Saya tak tahu bagaimana dengan kawan2 lain..... cuma... saya rasa dengan akal yang waras dan berusaha mencari berita tanpa jemu disamping mencuba apa2 peluang yang ada maka saya tetap dapati bahawa SC akan kembali...
Apakah dalil dan bukti bahawa SC bukan penipu? Terlalu banyak.... dan kita perlu mencari untuk kepuasan dan keyakinan diri sendiri.... ibarat budak2... jika sentiasa dibantu untuk berjalan..maka sampai bila2 pun dia tak kan boleh berjalan. Bantulah dia sedikit dan cuba biarkan dia berusaha untuk slelebihnya..... maka ia akan berjaya..dan mempunyai keyakinan pada dirinya sendiri....
Sebagaimana berita 15 Ogos SC buka, krn saya tak dapat mencari sumber itu, jadi saya kurang keyakinan...cuma berharap spekulasi itu betul, tapi ternyata hanya khabar angin... walaupun kita patut ucap trima kasih kpd Malapetaka yang cuba memberi khabar gembira.... Jadi di sini saya syorkan kepada semua ahli dan pembaca.... carilah berita2 ttg SC. Terlalu luas dunia internet untuk kita terokai dan Insya ALLAH jika kita berusaha, kita kan berjaya mencarinya....

__________________
BUKA AKAL, BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA..... TENANGKAN DIRI.....


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Assalamualaikum..''

kenapa perlu kembali kepada cerita lama. cerita bergolok bergadai tu cerita lama dan sepatutnya tak dirungkaikan disini. hakikatnya kita perlu memahami maksud pelaburan. pelaburan adalah apabila duit kita yang lebih dan dilaburkan. bukannya tak ada duit dan nak melabur.. risiko? dimana-mana ada risiko dan risiko itulah yang kita memang kena amat faham.

SC adalah pelaburan yang baik dan masih berjalan sehingga hari ini. hampir 3 tahun dan akan terus mencapai wawasannya. beruntunglah mereka yang bergolok bergadai dan jual lembu kambing kerana melabur dan akan mendapat pulangannya. beruntungnya orang kampung yang mengetahui tentang pelaburan ini kerana sehingga ke peringkat kampung pun sudah pandai mengandakan duit.. bukan hanya mengharapkan bantuan kerajaan.

kenapa ada yang kat sini seolah-olah menyalahkan sc? kenapa? adakah sc sudah bungkus? tidak SC akan terus berkembang dan akan membayar duit pelabur MY. bagi yang menyesal, mengeluarkan pelbagai andaian negatif, Itu hanyalah pendapat mereka yang kolot dan tidak ada keyakinan diri. Perkataan yang terbaik adalah sila tinggalkan dunia pelaburan sebegini..

untuk mereka yang seolah-olah menunjukkan dirinya pembela dan sudah putus asa dengan SC, ingatlah.. kata-kata anda hanyalah untuk diri anda.. bukannya untuk pelabur yang berani dan berilmu... selamat malam.

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
PU2


Moderator

Status: Offline
Posts: 635
Date:

Hari ni....17 Aug 2007

Assalamualaikum semua....

Saya suka menghitung hari untuk mencecah ke tarikh keramat 01 Oktober 2007....sekiranya dihitung...tinggal 45 hari saja lagi....kita akan sampai ke tarikh tersebut....semestinya pelabur2 SC yang masih yakin....tak sabar menunggu tarikh tersebutkan? kepada pelabur yang masih sangsi........mesti macam2 bermain di kotak fikiran anda....lagi2 setelah detik 15 Ogos 2007 yang lalu begitu mengecewakan....benarkan?

Dibawah ini ada petikan yang ingin saya kongsikan bersama semua seperti kata tuan admin kita, forum ni digunakan oleh pelabur SC yang sanggup menggunakan akalnya lebih sedikit...

Baca...dan fikirkanlah.......

Berfikir kerana Allah adalah menggunakan kekuatan akal dan daya taakulan untuk berfikir ke arah sesuatu yang Allah redha. Menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah kemudian melakukan kajian dan penyelidikan berasaskan jiwa tadabbur yang tinggi menyebabkan hasil pemikiran membimbing kedekatan manusia dengan Penciptanya.

Menggunakan kekuatan akal untuk menyuburkan maklumat yang dipandu oleh asas-asas yang benar tentunya bakal membimbing manusia suka dan cintakan kebenaran. Menggunakan akal bagi membuat sesuatu pertimbangan yang menuntut keadilan dengan merujuk faktor pemikiran dan faktor syarak ia bakal mempedoman manusia ke arah natijah yang baik.

Oleh itu maksud berfikir kerana Allah adalah menghubungkan proses dan natijah pemikiran selari dengan pedoman dan petunjuk Allah. Akal saja tidaklah segala-gala. Akal yang dipandu oleh hikmah yang terungkap dalam al-Quran memberikan sumber yang memandu manusia berfikir. Daripadanya lahir kegiatan berfikir tidak semata-mata kerana berfikir tetapi berfikir yang selari dengan petunjuk Allah, tidak bercanggah dengan syarak dan mendapat redha-Nya.

Menjadi suatu tuntutan kepada umat Islam untuk membina tradisi berfikir kerana Allah dan berhikmah kepada manusia. Ia bermakna kita harus ada asas-asas ilmu Islam yang baik. Ilmu ini akan memandu kita dalam proses berfikir.

Ilmu Islam memberi kita suluh supaya aktiviti akal tidak hanya berkembang begitu saja tanpa arah dan matlamat tetapi dipandu oleh sumber hikmah atau al-Quran supaya matlamat berfikir bakal memberi manfaat kepada yang lain.



__________________
......NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY.....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 134
Date:

APA LA HAMPA NI DOK GADUH2 PASAI SCASH..KAN AKU DAH KATA 50-50 TAK PAYAH DOK PIKIAQ2 NANTI SEMUA HAMPA JADI GILA ...MASUK TG RAMBUTAN.. LEBIH BAIK HAMPA PIKIAQ NI BULAN DEPAN DAH NAK PUASA..APA PERSIAPAN HAMPA....

__________________

DUNIA DAH BERUBAH



Junior Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

awat kau ni bego sngt mamang tanah- tanih..
dulu spm kau ada ambik SPT tak?..jgn dok
mengata kat orang..kau pi makan rambutan
lagi baguih...

__________________
malek


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

malek28 wrote:

awat kau ni bego sngt mamang tanah- tanih..
dulu spm kau ada ambik SPT tak?..jgn dok
mengata kat orang..kau pi makan rambutan
lagi baguih...




....nama betol mamang tanah sebenarnya ialah mam(b)ang tanah. Tapi pasal dia sendiri yang eja dan tulis surat beranak dia maka berlakulah insiden salah eja nama sendiri yang sangat menggerikan tu....

__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

........... kita tunggu jer.. jangan banyakkan spekulasi.. jangan gado2.. kalau dia keluarkan 10% , kemudian bakinya dimasukkan ke sip25 pun dah cukup.. bulan 11 kita terima 25%.. = 35% dah tu..

sedangkan kita cuma perlukan 18% saja dari jumlah keseluruhan pulangan ACF untuk pulang modal .... jadi tak salah kita dengan selambanya menunggu bulan okt ni.. ... ok guys..? Tak payah hantam ngantam ler...
kat sini khas utk pelabur SCH.. so kalau bukan pelabor tuh.. pi ler berforum kat webkl ker, forum cari ker, ataupun pi kat n32.blogspot ker..
ok guys.. ala tak yah ler nak buat provokasi kat sini... dah berbulan kami sangkut.. dah matang dah kami ni.. k. tq

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!


Junior Member

Status: Offline
Posts: 42
Date:

Aku pikiaq macam hampa jugak,,, rasenya kita semua byk beranganlah,,, rase2nya okt nanti bungkuih,, balik awall... kalau ACF dibauat tanpa kerelaan inikan pula,,, nak tunggu okt,,, sakittt sakittt sakiiii...

Malas lah aku nak pikiaq,,, wat barah kat otakkk jerrrr,,, jom kita phakat main HTO plakkk,,, 3 bulan dah balik modal,,,


Hangpa ada RM700 setiap bulan hangpa akan dapat RM280 setiap bulan selama 11 bulan,,, itu kalau masuk RM700, kalau RM1400 hangpa dapat RM280 X 2 =???? hangpa pikiaq laaaa,,, sapa nak tau lebih lanjut... contact akuu,,, tapi main ni tarak komision,, pasai tu aku x mau habaq kat hangpa... mari mari mariiiii

__________________
mthor


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

mekong01 wrote:

Aku pikiaq macam hampa jugak,,, rasenya kita semua byk beranganlah,,, rase2nya okt nanti bungkuih,, balik awall... kalau ACF dibauat tanpa kerelaan inikan pula,,, nak tunggu okt,,, sakittt sakittt sakiiii...

Malas lah aku nak pikiaq,,, wat barah kat otakkk jerrrr,,, jom kita phakat main HTO plakkk,,, 3 bulan dah balik modal,,,


Hangpa ada RM700 setiap bulan hangpa akan dapat RM280 setiap bulan selama 11 bulan,,, itu kalau masuk RM700, kalau RM1400 hangpa dapat RM280 X 2 =???? hangpa pikiaq laaaa,,, sapa nak tau lebih lanjut... contact akuu,,, tapi main ni tarak komision,, pasai tu aku x mau habaq kat hangpa... mari mari mariiiii




..... kami paham kesakitan dan racauan Mekong01 di atas tu. Tapi kami rasa Mekong01 sudah salah masuk rumahlah...

__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


Junior Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:

alo matHYIP,

nampak lain mcm aja hang kali ni..ikhlas ka tu..kalau tak ikhlas pun antara hang dgn tuhan aja la..kalo ikhlas baguih la..kira dah kembali kepangkal jalan ka hang? mcm buat tabiat aja.. btw kearah +ve tu kira ok la..

kepada yg lain yg dok buat spekulasi mcm2 tu.. rilek la.. tak payah la dok gabra sgt.. nanti makan pun tak lalu.. sakit pun dapat... esok lusa SC dah siap repair website depa buka balik la tu..

__________________
akulaSahak


Senior Member

Status: Offline
Posts: 277
Date:

berita terkini...bukan bulan 10 ni tapi bulan 10 tahun depan....kakakakkaka.....(dah suku gila dah tunggu bulan 10)

__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".


Senior Member

Status: Offline
Posts: 148
Date:

Bulan Oktober tak lama lagi,

Bulan September sikit jer lagi,

Bulan Ramadhan pun nak menjelma lagi,

Bulan Oktober nak raya lagi,

Ye-yeh,ye-yeh raya dah dekatbiggrin



__________________
"TRUST YOURSELF TO TRUST YOUR MONEY TO WORK FOR YOU"


Junior Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

Harap2 lah sinar aidilfitri ni sambut kita dgn penuh keberkatan supaya pelaburan kita dapat balik la ye... Yang paling saya minta sekurangnye pulang modal pun cukuplah...... tak nak lebih2 sebab dah nak naik serik dah.... Sama2 lah kita berdoa pada bulan ramadhan nanti agar pelaburan kita semua selamat dan kita takyah tanggung hutang2 lagi itu aje yang saya nak taknak lebih2.................... Ameen

__________________
pataki


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

Kebenaran ada dpihak mereka yg sabar.... tunggu aje bln Okt. ni... kebenaran hampir terbongkar.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard