Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Double Standard


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:
Double Standard


Perdana Menteri Letak Kalungan Bunga Sempena Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletakkan kalungan bunga ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet dan ketiga-tiga Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara.

Terdahulu Perdana Menteri menerima tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat 105 orang anggota dan pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras yang diketuai Pegawai Pemerintah Unit 1 Kuala Lumpur Supt Nasarudin Zahari.

Majlis turut diserikan dengan bacaan sajak oleh juara deklamasi sajak Polis Diraja Malaysia tahun 2005 dan 2006, Koperal Yusof Ramji.

Hari Pahlawan disambut setiap 31 Julai bagi memperingati sumbangan dan jasa pahlawan negara yang banyak berjuang demi menjaga keselamatan dan kemakmuran tanah air.

BERNAMA



1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya.

Keterangan: Al-Ansab maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Sila lihat laman e-fatwa"


__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 42
Date:

Kena tambah satu lagi.... selain sembah berhala adalah termasuk di dalam golongan orang kafir, iaitu ISLAM HADHARI,,, macam agama baru contohnya "agama DIN ILAHI" mengarut dan haru biru jadi sekarang ni,,, begitu jugak dulu pelaburan internet haram tapi lha ni jadi halal plakkk,,, apa nihhh...

tengok kat negara jiran, gomen mereka cukup understanding kat rakyat mereka,, inilah yg dikatakan kerajaan yg memberi kebajikan kepada rakyatnya,,,

__________________
mthor


Member

Status: Offline
Posts: 77
Date:

Itu lah ISLAM HADHARI, hukum halal haram ditentukan oleh KERAjaan bukan berdasarkan AL QURAN dan AL HADITH.

__________________
zzzzzz


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Kita perlu mewar2kan benda2 ni utk pengetahuan Org ramai....
Khasnye utk org umno........

__________________
Always Green


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

banyak perkara yang tak sepatutnya berlaku.. dilakukan tanpa rasa malu...
entahlah...
bgaimanalah negara dilabelkan negara islam terbaik...??

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

Althariq wrote:

banyak perkara yang tak sepatutnya berlaku.. dilakukan tanpa rasa malu...
entahlah...
bgaimanalah negara dilabelkan negara islam terbaik...??






RASUAH....
Anda ade terbaca tentang M'sia diiktiraf tempat pelancongan tercantik didunia....
Jauh punggunglah.....Brape ramai org luaq ngra tak kenai M'sia....
Itu semua Rasuah.....

__________________
Always Green


Senior Member

Status: Offline
Posts: 107
Date:

GreeNDay :

RASUAH....
Anda ade terbaca tentang M'sia diiktiraf tempat pelancongan tercantik didunia....
Jauh punggunglah.....Brape ramai org luaq ngra tak kenai M'sia....
Itu semua Rasuah.....

Heheheh GreeNDay, setau aku la, bila cuti sekolah ka, atau penghujung tahun ka, orang Mesia yg berduit sikit pun melancung keluar negara, apa lagi yg duit berkilo2 tu! Tak main la yg lokal2 tu! Setakat pelaboq SC, alaa, takyah tunggu AirAsia, semuanya OK, obersi aje! Tak mainla, apa namaaa, VMY ntah apa2 tu!

Raja Nazrin: People with shady past should not be allowed to take office

People with a chequered past or clear evidence of questionable morality should be prevented from taking office, the Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, said last night.

He said this was integral to good governance, one of the three major themes of the works of the late Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, a renowned sociologist and intellectual.

Figures in authority must be chosen for their integrity first and qualifications second, he said in his inaugural lecture to commemorate the legacy of Dr Syed Hussein entitled Towards a Decent Social Order for All Malaysians.

Penyangak2 tersohor negara agak2nya ada rasa malu tak baca titah ucapan Raja Nazrin tu?




__________________


Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

terpulang la.......

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 72
Date:

Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya.


jadi..perbuatan peminpin2 tertinggi kita tu d depan tugu negara..
HARAM...aik kata islam hadhari....atau islam x sedar diri..
kesian...sedih....cakap x serupa bikin...

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

Konsep islam hadhari kalau x silap saya laa yg first ikut cara ni kat malaysia = Muhammad Ashaari Al-Arqam tu tapi masa dia dalam tahanan ISA, masa dia tgh insaf dia ada ajar org gomen ttg konsep tu laa.. Ni cerita yang saya dengar drp pihakČ tertentu. So, x hairan laa kalau konsep tu cuma tinggal nama je.

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Member

Status: Offline
Posts: 72
Date:

pada sy x payah la kita nk guna pakai konsep islam hadhari
kalau kita jauh menyimpang dr landasan...
buat gelak negara islam lain je...

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

Kalau kita tgk sekarang ni kan. Negara-negara Islam yang bebetul pure ikut landasan mcm Arab Saudi, Iran, Iraq, Afghanistan mana ada mereka benarkan penjualan arak dan kedai nombor ekor. X de plak diorang nak claim negara dia ikut konsep itu lah inilah tetapi "low profile" je, negara kita yang saya rasalah x sampai pon lagi masanya kita nak mengaku negara kita ni negara islam sbb org-org islam pon ramai jugak yg x ikut ajaran islam sebenar tapi nak mengaku negara islam sedangkan arak, judi, hiburan yg x berkesudahan, masalah sosial yg serupa negara barat buat... ini ke islam hadhari? Dalam gomen pon x abis tindas menindas, politik kotor, tikam belakang semua complete set, mufti dan golongan alim ulama' ditapis... camne tu?

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Senior Member

Status: Offline
Posts: 237
Date:

TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBERIKAN PENDAPAT YANG BERNAS.

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT DUIT YANG KITA LABURKAN DAN TERUS BERJAYA.

APA-APAPUN AKU MENGHORMATI KALIAN SEMUA. YANG PENTING TIDAK ADA DIKALANGAN KITA YANG CUBA MEMBURUKKAN KEADAAN DAN MENGHINA MUFTI. INGATLAH BAHAWA KATA-KATA KITA DISINI DIPERHATIKAN DAN DIREKODKAN. BERCAKAP BAIKLAH SESAMA KITA AGAR REZEKI YANG KITA PEROLEHI ITU MENDAPAT KEBERKATAN.



__________________
AMARAN OLEH KERAJAAN SWISSCASH: KAKI SIBUK TOLONG BERAMBUS DARI SINI. HANYA PELABUR SAHAJA. TOLONG JAGA TEPI KAIN SENDIRI. JANGAN NAK MENYIBUKKAN DIRI...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

zmen wrote:

Itu lah ISLAM HADHARI, hukum halal haram ditentukan oleh KERAjaan bukan berdasarkan AL QURAN dan AL HADITH.




Itu lah problem nyer kita buat betul pun dio org kata salah...
dio org buat salah pun...sape mau kata salah...dio org pasti kata confused.gifbetul jgk..
Malaysia Hari Ini.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard