Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Risiko, Beranikah Kita...?


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:
Risiko, Beranikah Kita...?


Bulan Julai 2007 ni, (Bulan Tujuh, Sifar Tujuh), 7 saja posting nampaknya, ini kerana semua dah paham, ada ruang yang cukup luaih untuk member-member membuat sumbangan info dan maklumat di ruang forum. Tanggungjawab dah dikongsi ramai-ramai, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua. Dah ada 312 member setakat ni.

Cuma dalam berdiskusi di sana, ada jugak rakan kita yang kurang paham apa tujuan kita bersembang di sana. Adakah tak ada faedah lagi nak sembang pasai SC ni kerana akaun kita dah dianggap tutup, tambah lagi SS dah amik tindakan, tambah lagi MFK dah keluaq ketetapan, tambah lagi trio top leader dah kena saman, dan dengaq kata SMF, SC jugak dah kena saman jugak. Apa nak lagi...?, JOM mulakan hidup baru....!

Eloklah diperingatkan, blog ni yang pertamanya, KHAS untuk pelaboq sahaja, kerana yang tak laboq takkan paham apa yang dia buat dan takdak feel apa-apa yang dia penah dapat.

Yang kedua ialah ia mengandungi HIMPUNAN JAWAPAN, maknanya, dalam setiap penulisan di sini, ada jawapan-jawapan, sama ada negatif ataupun positif. Hangpa semua boleh cari di sini. La ni pulak, ada jawapan-jawapan tambahan dari masa ke masa yang kita boleh jumpa dan baca di ruangan forum.

Yang ketiga, PERSOALAN PENTING. Bila kata yang penting saja, yang tak penting tu kita tolak tepilah. Buang masa nak layan.

Seterusnya, BERKAITAN PELABURAN SWISSCASH. Sebab tu blog ni di namakan pasai-swisscash, dan sedaya upaya kita tak mau identiti tu lari daripada pasai tersebut. Maka, sebarang bentuk promosi daripada member untuk apa-apa produk sama ada online ataupun offline adalah tak dibenaqkan. Sekurang-kurangnya untuk masa ni. Satu hari nanti aku yakin, pasti akan berubah jugak. Mungkin Oktober, sapa tau...? Yang pasti, kita akan mula berhenti apabila kita semua dah berputus asa dengan SC.

Pelaboq yang menggunakan akai depa lebih sikit dari orang lain akan bersedia melabur di SC dengan risiko yang dah di kira, calculated risk. Kalau pelaburan ini menjadi, maka ia satu pelaburan yang menguntungkan contohnya seperti pelaburan jual beli hartanah, 3-4 tahun boleh untung RM80k-100k atas angin tak ada masalah jika bernasib baik dan cukup strateginya.

Dan jika gagal semuanya di anggap sebagai satu lagi ujian dan titik jatuh dalam perniagaan atau pelaburan, macam dulu kita beli Amanah Saham Johor dengan harga RM1 la ni dah jadi sekupang-dua saja. Apa nak pelik...? Ramai jugak yang rugi berpuluh malah beratus ribu tu.....! Tu kira yang diiktiraf kerajaan malah di promosikan jugak oleh kerajaan. Jadi, apa sangat kelebihan pengiktirafan itu...? Apa beza risikonya dengan yang tak diiktiraf...? Rugi sama jugak...! Sebab tu pelaboq SC dulu tak berapa heran dengan pengiktirafan ini, depa tak heran pun kalau SC ni tak diiktiraf...! Lainlah kalau yang diiktiraf tu JAMINAN PULANGAN MODAL DIBERIKAN dan DIKUATKUASAKAN (Dibuktikan)...., ada kaaa....?

Risiko ada di mana-mana. Tapi yang mengambil risiko dengan dorongan akal yang sihat akan selesa dengan apa yang dibuatnya dalam menentukan jumlah pelaburannya. Ini juga mesti disokong dengan pandangan dan nasihat UL-UL dan leader yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab tu maksudnya dia hanya menggalakkan DL nya melabur besaq kalau dia sendiri berani melaboq dengan besaq. Mesti ikhlas.......

Pasai tu lah, bagi sesetengah orang , SwissCash adalah segalanya. Semua teloq di masuk dalam satu bakui, siap amik teloq orang lain lagi (loan la tuuu...), moga-moga kalau teloq tu pecah dan keluaq anak ayam, maka boleh jadi usahawan tani yang berjaya. Pertanian adalah perniagaan, kata kerajaan.

Depa terlupa dan mungkin teralpa dengan faktor lain, banyak lagi, tak semestinya teloq-teloq tu pecah dengan tabii'enya dan keluaq anak ayam macam kita nak, tapi kadang-kadang, bakui tu jatuh, pecah jugak, kadang-kadang ada mala'un rembat, hilang jugak, dan yang paling hangin bila bewak dan ulaq yang sapu dengan cara senyap yang paling terhormat. Hampeh...!

SC la ni kes apa agaknya...? Kes bewak dan ulaq kot.....????

Paham kaaa..?

Bila kita masukkan faktor-faktor tadi dalam apa-apa pelaboran yang lepaih atau yang akan datang, insyallah kita akan ok saja tatkala semua orang haru hara. Kecewa tu memang ada, tapi otak dah set untuk tangkap kekecewaan tu dan serap sebagai salah satu sahaja daripada siri-siri kegagalan sepanjang kita masih hidup. Bukan pengakhiran segala-galanya. Dan kita tak akan salahkan sesiapa di mulut (walaupun di hati menyumpah bagai nak rak...!)

Bila jadi lagu tu, tak akan jumpa oleh kita orang yang menyerang dan menghina kita dalam sebarang bentuk perbincangan. Yang akan di tekankan dalam perbincangan itu ialah, apa yang berlaku, apa progress sekarang dan macam mana nak buat seterusnya....?

Maksudnya, info-info sentiasa di update. Tak boleh buat apa-apa, jadi, tunggu sahajalah.

Tu lah sebahagian fungsi blog dan forum ini.

"ORANG YANG TIDAK PERNAH MENGAMBIL RISIKO IALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH MELAKUKAN APA-APA..."

Kalau waktu kita umoq 8 bulan berpuluh tahun yang lepaih kita tak ambil risiko untuk mula belajaq berjalan, pasti hari ni kita masih merangkak...!

Sekian...!


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 136
Date:

SOKONG Pakai Akai..

SC member original yg join kat sini memang paham apa tu RISIKO dan sedia serta BERANI terima kemungkinan yg berlaku. Apa yg kita buat karang ni cuma bersedia dgn plan masing2,kongsi info, support dan bertawakkal.Ape2 pun yg berlaku atau akan berlaku kehidupan kita pasti diteruskan krn SC member di sini bukan org yg gagal tapi optimistik.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 167
Date:

Akm,

Pesanan yang jitu dan padat daripada Tuan Pakai Akai, saya cuma nak mencelah sedikit, harapan agar rakan2 forum dapat memberikan pandangan dan idea yang berbaloi untuk kita buka dan baca. Posting2 ader yang banyak tetapi isi hanyalah seperti, "saya setuju" pastu habis, atau "betul cakap awak" pastu noktah. Pendek sangat ler, kekadang kita klik tunggu lama nak tgk aper yang ditulis tup tup tulis cthnya "mana ko dapat info." Jadi saya merasakan nak tulis idea ok, tapi macam berchating sajer, penat kita.

Oklah bukan tak boleh balas macam tuh, cuma panjangkan sikit soalan tuh macam ni cthnya "mana ko dapat info nih bro, setahu aku semua tuh dah tak boleh aksess, bla bla bla." sambil tanya sambil kita jelaskan maklumat yang kita tak faham dan minta terangkan bahagian tak faham tu, jadi senang dapat orang lain faham sesama sebab ini kan forum jadi soalan tuh macam mewakili sebahagian rakan forum ini, jadi tidak nampak seolah soalan peribadi. Saya menasihatkan diri saya juga, bukan aper, kekadang tuh Internet slow, pastu mesej yang dibaca hanyalah "terima kasih". Yelah kekadang kalau sikit2 takpelah takkan tak boleh langsung, cuma saya tak mahu bila baca forum yang banyak balasannnya sampai dua tiga muka surat macam baca chating orang lak. Sori merapu pulak saya yer. Apa2 pun selamat berforum. Hidup SC!!!

Wassalam

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Risiko..Saya pun nak crita sikit pasal risiko. Dlm hidup ni memang pnuh risiko,byk skali btk risikonya..

1. Dlm kubur pun ada jugak risiko,kna tanya 2 malaikat..Msti dpt jwb bru slamat dr dihimpit liang lahad dan diblit ular bsar.
2. Kat akhirat pun di padang pbicaraan Mahsyar klak ada risiko..Msti byk amaln dan pembela diri kta utk mnambah brat nraca timbangn ke arah kebaikn.
3. Bahkn masa nak msuk syurga jugak ada risiko,msti lepas siratul mustaqim baru boleh masuk syurga..Kalo tak yakin dgn Allah dan tak tnang jiwa,mgeletarlah sluruh badan yg mjdkn diri tak tntu hala,hilang waras dan tak dpt mngawal kseimbangn badan..Patut la jatuh ke jurang.

Risiko2 sbgini jugak kita kna tau,jgn skadar risiko mlabur dlm SC sja.Tp blog ni pasai swisscash maka fokus kpd risiko SC sja.Tp kalo utk iktibar dan pngajarn,tak salah kiranya risiko2 lain tu dibincang dan dikongsi bsama krn ia juga ada kaitan dgn kputusn kita utk mlabur dlm SC dahulu. Mana taknya jika dibabitkn sama soal halal haram dan riba.

Sbnarnya phak2 ini cuba mpluaskn skop risiko spy kita jd serba salah dan ragu2 utk mlibatkn dri dgn plabur intrnet tmasuk SC. Pd mulanya phak ini guna pdkatn hukum agama krn dirasakn mgkin bksan brikutn rmai plabur dr kalangn org islam yg juga hidup susah,tp gagal lalu guna cara yg lebih keras lagi dgn mblok trus akses dan mgugut dgn tndakn prundangn terhadap mana-mana pelabur SC yang dikesan bersubahat.
Risiko plaburn SC smakin bsar dan diluar kawaln SC. Pada asalnya risiko plaburn SC hnyalah minimum dan masih boleh dikawal dgn bidang kuasa SC sndri,maka itu mrka brani mbri jaminan pulangn 300% dlm msa 15bln. 2thn blalu SC bjya mngecilkn risiko dan brani mcuba dgn mpknalkn EMF,hnya dlm 4 bln sja EMF bjya mcapai had jualn usd4 utk seunit dan mngembalikn smula belian seunit EMF kpd usd1 spy mbri pluang lebih rmai plabur lain mmegang shm dlm EMF.Kmudian ACF dan SIP25 dipknal lalu mbubarkn plan SIP15300. Risiko smakin mngecil dan SC brani mbri pulangn 25% sbln sampai bila2. Cuma satu lagi risiko yg prlu dikcilkn iaitu bagaimana hdk mbyr pulangn yg dibuat mlalui OMT plabur krn sjak kblakangn ini TT smakin sukar utk dibuat brikutn tndakn bank pusat bbrapa buah ngra yg pantas mbangun dan bsifat defensif,spt kita dimaklumkn masalah ini dpt dislesaikn di ngra CHINA.

Masalah di Mlysia mula dksan SC thn lepas apabila knyataan BNM kluar bhubung SC dan SMF, smua bnk2 di Mlysia diarah spya memantau TT dr SMF.Kbykn plabur SC berasal dr Asia Tggara trutama mlysia dan byk epoint srta share EMF brada ditgn plabur sblah sini.Bg mlambatkn alirn dan pegangn epoint ditgn plabur Asiatggara maka sluruh share EMF dan epoint kita divert mjd ACF dan hnya boleh djual pd bln 10.Pd masa yg sama SIP25 dipknalkn,ktika plaburn sblah AsiaTggara mjd lambat,plaburn baru SC sblah AsiaBarat dan wilayah lain smakin cergas dan mningkat.Dgn btmbahnya jumlah plabur di wilayah lain jika pnyelesaian msalah kelewatn dan kgagaln TT tidak diselesaikn akn mnimbulkn msalah yg lebih rumit pd msa dpn. SC mlihat mlysia sbgai tanda arasnya. Buat msa ini TT di ngra dlm wilayah bknaan blum lagi bmsalah krn ngra tbabit masih baru lagi dlm plaburn SC. Tidak bmkna ngra tsbut tiada masalah pd msa dpn.

Maka itu tonggak ke 3 prlu diselesaikn bg mngubah supaya sjarah buruk yg blaku pd msa dpn tak mjd realiti apabila solusi pbyrn dpt dilakukn oleh plabur2 dr sgenap wilayah dan dr stiap jln hidup tnpa mghadapi masalah dan karenah oleh bnk pusat ngra masing2.

Inilah update saya buat msa ini utk tatapn bsama. Mgkn ada yg mganggap spekulasi tp apa2 jua komen hdaklah brasas dr ptunjuk2 yg dibrikn. Apa mungkin syurga dan nraka itu spekulasi krn kita blum prnah tengok kduanya.Ttapi kita ada ptunjuk tntangnya dr wahyu pncipta kduanya.Dan ingat..Kdua2nya juga ada risiko.Bkn mudah nak masuk syurga.Mudah sangat nak masuk neraka ttapi risiko hdup didlmnya amat mgerunkn.Nauzubillah.

Biar kita tau tntang SC dr ptunjuk yg dbrikn dan dr apa yg "diwahyukn" mnerusi news updates.Jgn baca "kitab" palsu yg pnuh pnyelewengn dan pnipuan krn kita tau itu krja tgn org-orang "yahudi" yg nak mengagungkn golongn mreka dikalangn mata bangsa lain. Bacalah kitab asli "al-quran" dan cari lah ptunjuk yg dijelaskn di dlmnya.

Faham2 je la dgn apa yg ditandakn dgn simbol pbuka ayat tu. Sgt mendlm maknanya tuuu..Slamat berfikir dgn akal yg waras spy tidak jatuh ke gaung "Neraka". kesimpulannya, tak kira hidup atau mati tetap ada risiko. hidup sesudah mati pun ada juga risikio. kita kena berani menghadapinya dan bijak melaluinya.

NOTE : TERIMA KASIH KERANA TEGURAN. SAYA DAH EDIT SEMULA.




-- Edited by akai pc at 13:23, 2007-08-03

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Assalamualaikum...
sakit matalah saya baca tulisan pak cik akai pc ni...
dah lah ringkas... tak de perenggan pulak tu... (hihi gurau je...)
tapi... ayat pak cik memang best laaa..
nak tanya sikit...
mana pak cik belajar ilmu sehebat itu...???
memang tulisan pak cik hebat-hebat belaka...
SYABAS...

__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

isi memang cantek, tapi takde perenggan sampai ter langkau baca ayat baris lain...hehehe..apapun thanks akai pc reading.gif

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 89
Date:

Salam,

Berkenaan denagn risiko, saya ingin memberi sedikit panduan ( bagi yang nak baca shj.. )

Ramai orang berpandangan bahawa hanya orang kaya sahaja yang boleh melabur. Kita seringkali mendengar orang berkata: Apa gunanya melabur jika kita tak ada banyak wang untuk dilaburkan? Adakah tanggapan ini tepat?

Sebenarnya, tanggapan itu adalah tidak benar. Ini kerana anda akan menjadi seorang pelabur sebaik sahaja melaburkan wang (SC : USD 130 ) ke dalam sesuatu aktiviti atau perkongsian dengan tujuan untuk mendapat lebih banyak wang.

Pelaburan Bijak adalah mengenai membuat keputusan dengan wajar untuk melaburkan sejumlah wang yang telah ditetapkan ke dalam produk pelaburan atau aktiviti yang telah dipertimbangkan secara teliti.

Kisah benar :

Dalam hidup saya, saya telah ditipu oleh rakan kongsi perniagaan, syarikat pemasaran pelbagai tingkat (multilevel marketing) yang akaunnya telah dibekukan, dan juga oleh syarikat insurans. Kesilapan saya ialah saya terlalu mempercayai orang lain dengan wang saya. Kini, saya hidup hanya dengan wang pencen bulanan saya.
Oleh itu selidikalah terlebih dahulu sebelum melabur dan saya yakin dan pasti, sebahagian besar daripada kita pelabur SC telah mengetahui risiko yang terpaksa ditempuhi sebelum menghulurkan sejumlah USD dalam SC.

" Jangan meminjam wang untuk melabur "

Saya pernah membuat pinjaman untuk menyertai skim opsyen saham pekerja. Apabila pasaran merudum pada tahun 1997, saya menghadapi masalah kewangan yang serius. Itulah masa yang paling sukar bagi saya. Saya hampir membunuh diri. Jika anda mahu membuat pinjaman untuk melabur, pastikan yang anda masih boleh membayar hutang jika pelaburan itu mengalami kerugian.

Pada tahun 1993, saya baru sahaja menamatkan pengajian di universiti dan begitu ghairah menyertai pasaran yang melonjak naik untuk mendapatkan keuntungan segera. Saya dapat untung beberapa kali, dan saya terus meningkatkan pelaburan. Apabila pasaran merudum pada tahun 1997, saya mengalami kerugian besar. Saya mengambil masa agak lama untuk menimbangkan semula samada untuk melabur dalam pasaran saham " Ini adalah salah satu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pelabur di bursa malaysia ( dan bukan pelabur Sc ). Mengikut pakat ekonomi, ekonomi dunia dan terutamanya asia dan khasnya Malaysia, akan turun naik setiap 13 tahun. Buktinya ekonomi malaysia amat kukuh pada 1993 dan menjunam pada 1997. 13 tahun selepas 1993 iaitu 1997, ekonomi rancak semula dan tunggulah 13 tahun selepas 1997 iaiti pada 2010 nanti, ekonomi malaysia akan merudum semula.

Tq.






__________________

ALL WERE LIED !!!



Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Assalam,
Trima kasih smua krn mbri tegurn..Saya akn cuba buat perenggan. Sbnarnya 90% kmasukn saya ke dlm forum ni mgunakn smartphone.

Maklum je le kalo nak tulis tak dpt preview mcm bila pakai pc. Bila anda tjumpa komen saya yg ada perenggan sblum ni maknanya saya login mlalui desktop pc.

Program henpon yg saya guna ni dia compress smua data jd saya tak nampak apa yg saya tulis tu ada perenggan ke tak. Bila saya masuk pakai desktop baru jelas memang nampak bercelaru. Maaf krn masalah teknikal yg tak disengajakn ini.

NOTE : SAYA SEKARANG TENGOK MELALUI DESKTOP. MASIH BOLEH BUAT PERENGGAN WALAUPUN PAKAI SMARTPHONE. TQ


-- Edited by akai pc at 13:26, 2007-08-03

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

Program apa yang en AKai Pc pakai utk login? Opera mini ke? Saya kagum dgn kesabaran saudara utk menaip guna hp sbb dulu saya pon suka guna hp utk surf internet tapi disebabkan taip guna keypad yg agak kecil tu mcm struggle sgt bg saya dan charge utk GPRS/3G yg agak mahal maka saya lebih rela menggunakan PC berbanding phone kecuali dimasa-masa terdesak sahaja baru saya guna phone. Tapi sekarang ni dah senang sket sbb kita boleh guna bluetooth keyboard utk taip so x de masalah utk menaip laju atau x lagi...

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Assalam,

Ye..Apa leh buat, takde pilihn lain. Kalo ada rezeki lebih lepas bln 10 ni beli laptop dgn datakad skali. Plan nak bli bln 6 lepas pakai return SC bln tu,tp tiba2 je divert ke ACF bln 4. Tpksa ditangguh..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

akai pc wrote:

Assalam,
Trima kasih smua krn mbri tegurn..Saya akn cuba buat perenggan. Sbnarnya 90% kmasukn saya ke dlm forum ni mgunakn smartphone.

Maklum je le kalo nak tulis tak dpt preview mcm bila pakai pc. Bila anda tjumpa komen saya yg ada perenggan sblum ni maknanya saya login mlalui desktop pc.

Program henpon yg saya guna ni dia compress smua data jd saya tak nampak apa yg saya tulis tu ada perenggan ke tak. Bila saya masuk pakai desktop baru jelas memang nampak bercelaru. Maaf krn masalah teknikal yg tak disengajakn ini.

NOTE : SAYA SEKARANG TENGOK MELALUI DESKTOP. MASIH BOLEH BUAT PERENGGAN WALAUPUN PAKAI SMARTPHONE. TQ


-- Edited by akai pc at 13:26, 2007-08-03




Power la akai pc...worship.gif

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard