Dukacita dimaklumkan sistem ranking di forum ini telah di semak semula.
Member yang sudah sampai ke tahap OTAI dikekalkan otai. Sebelum ini 100 posts diperlukan dan sekarang kita naikkan kepada 500 posts.
Senior member 100-499 posts.
Member 50-99 posts.
Junior member 10-49 posts.
Namun begitu ada beberapa member yang di customkan title mereka menghargai sumbangan mereka, walaupun bilangan posts tidak mencapai target.
Saya yakin tuan-tuan semua tidak pedulikan title masing-masing kerana itu bukan target menyertai forum ni, tetapi segala sumbangan yang tuan-tuan berikan amatlah saya hargai.
mcm yg penah sy katakan sebelum nie, sy tak kisah dhn title asalkan matlamat dan tujuan bolg nie diwujudkan adalah tercapai.... kita sama-sama kongsi maklumat, pengalaman, visi, misi, suka dan duka agar blog nie menjadi satu wadah yg amat berguna untuk kita jadikan panduan dan pengajaran serta persiapan kita utk menghadapi dugaan serta cabaran yang makin lama makin hebat. Tujuan segelintir org2 yg berkepentingan utk menghapuskan terus SCH nie adalah salah satu dugaan yang hebat tapi dgn wujudnyer blog nie akan dpt sedikit-sebanyak menangkis dakwaan dan tohmahan tersebut...........
"SIAPA SAYA Dan RATING SAYA Di Blog Ini TIDAK PENTING,Yang PALING PENTING Adalah FAKTA SAYA Dan FAKTA SEMUA YANG ADA DISINI Untuk DIKONGSI BERSAMA-SAMA."
Apa yang penting adalah KUALITI sumbangan yang dapat dikongsi bersama dan secara langsung dapat MEMATANGKAN LAGI PEMIKIRAN kita.
Walau bagaimanapun,TERIMA KASIH kepada Tuan Admin..
__________________
From A Different Point Of View,
ONLY The TRUTH Will PREVAIL
salam, pada member2 baru,saya minta maaf,saya ingat tuan admin,tengah murah hati, rupanya makin sukar nak naik pangkat,walaupun tak dapat gaji,ini saya dapati, ada sesetengahnya buat posting,2 atau 3 ayat kemudian buat posting baru,buat sama kemudian buat baru lagi dan berterusanlah jadinya,syabas tuan admin membuat rating baru,pada OTAI2 nampaknya lambatlah mereka2 tu nak kejar kita.hahahahaha.
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
Congratulations Buat tuan Pakai Akai...atas penganugerahan yang diberi kepada member2 blog ini. TAHNIAH buat Otai2 atas ranking kalian kini....apa ada pada nama....kalau isi yang diberi tidak mencapai matlamat blog ini...dengarkan....
Apa Ada Pada Nama (ii)
Apalah nama dikejar sangat Tegal nama hati tak ingat Kian kemari terlompat-lompat Diambil dikebas apa yang sempat
Pedulilah gelar yang diagih Yang perlu diri naklah dilatih Semua usaha naklah bersih Ke atas ke bawah semuanya boleh
Ada nama kurang terkenal Duduk tegaknya tak pernah menyesal Antaranya pernah tinggal di bangsal Murni budinya kebahagiaannya kekal
Sentiasa mencukupi apa yang ada Dipandang orangnya taklah kaya Dicaci difitnah tertolak darinya Dalam hidupnya tak pernah berbangga
Hak orang tak pernah di ambik (ambil) Yatim piatu tak pula diherdik Simiskin diberinya bila mendokek (mendekat) Disegani dia dan diberi tabik
Miskin, kaya adalah bahagiaan Di anugerahi Tuhan buat ujian Pangkat dan nama adalah pemberian Pengukur jasa orang atasan
Kalau ujian tidak terhindar Jauhlah keperluan apa dikejar Mungkin sudahnya tersungkur tersandar Tersisih ke tepi tergolek terdampar
Pangkat dan nama salah diguna Orang melarat kerap dianiaya Besarnya setakat hidup di dunia Bahagian di Akhirat tak ada apa
Ada yang berjasa kononnya diri Dicelanya Raja difitnahnya Menteri Bercakap di sana memaki di sini Tegaknya seolah-olah di atas api
Mereka ini jadi jelatang Di mana tempat di mana luang Orang tahu orang memandang Akhirnya tegaklah diri terbuang
Aku hanya melihat telatah Memungut memilih lalu melapah Kalau perlu terus digubah Dibuku dijilid disimpan kat rumah
Apalah ada padaku berlagu Menyimpan olahan yang tidak laku Menyemak rumah dalam khazanahku Sampai ketikanya orang kan tahu
Biarlah berpengetahuan bila nak membaca Sekurang-kurangnya sejarah perjuangan bangsa Kalau tidak nanti sia-sia Gading yang retak tinggi harganya
Buat renungan bersama.........bukan nak tunjuk pandai....
Salam ukhuwwah..... pertamanya syabas buat sdra pakai akai, di atas pembaharuan sistem ranking. Bukan apa, takut juga jika ada antara kita yg menghantar post di sini semata2 untuk ranking, apa tujuannya, entahlah. Saya setuju krn byk juga post2 yg dihantar, selain drp berulang, ada juga yg terlalu ringkas... macam pesanan sms aje.... tiada point dan tiada ulasan yang sewajarnya. Diharap dgn sistem ranking baru akan menjauhkan forum ini drp mereka yg lebih kepada tujuan mengejar ranking daripada menilai dan memberi pandangan yg bernas dan boleh dipakai...
Sya spdpt dgn plabur kcik..Blog forum spt ini spatutnya mjd tmpat utk brbincang dan bkgsi mklumat.Posting yg ditulis prlulah mmpunyai mklumat yg brmanfaat, komen yg mmbina dan boleh mjd iktibar srta pngajarn kpd plabur. Tak kira lah bgaimna btk mklumat dan komen tsbt cthnya PU2 mbri komen dlm btk madah ttpi sgguh mdlm skali mksudnya utk dhayati. Kbykn posting yg dkirim mcm hantar sms,mcm ruang chatting pun ada,tidak spt ruang forum. Shggakn kadang2 para OTAI tbabas juga krn trikut2 dgn rntak member2 bkenaan.Jd mmang patut syarat ranking dinaikkn spya tidak trlalu ramai OTAI2 yg hnya pd nama sja...
Pangkat didalam forum ini tidak penting sama sekali, apa yang lebih penting adalah maklumat terbaru tentang SC, perjalanannya di Malaysia dan bagaimana kita memanfaatkan kemudahan IT yang ada untuk dijadikan panduan kita bersama. Pangkat cuma pada symbol sahaja tetapi apalah yang ingin kita dibanggakan sangat dengan status jika tiada maklumat dan pandangan yang berguna untuk kita kongsi bersama... Jika kita terlalu pentingkan pangkat didalam forum ini jadilah kita seperti pegawai pegawai kerajaan yang terasa dirinya terlalu hebat lantas menggunakan rakyat utk kepentingan diri. Sekiranya saya mempunyai salah dan silap dari segi pertuturan dan pengarangan, saya terbuka untuk merima kritikan saudara-saudari didalam forum ini, kerana bila kita salah gunakan forum utk tujuan peribadi ia tetap salah dan lari dari tujuan forum ini dibuat, kita cuma manusia biasa, pangkat tidak mempunyai apa apa erti kecuali ia cuma sebagai penghargaan sahaja, yang berkuasa hanyalah Allah SWT dan kita sebagai makhluknya jgn mudah terasa takbur dgn apa yg kita ada.
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Saya mencadangkan kepada tuan admin utk membuka satu "Ruang Chatting" didalam forum ini dimana disana posting yang dikirim tidak akan dikira didalam sistem. Apa yang dikira jumlah postnya adalah berdasarkan kepada ruang-ruang lain sahaja. Ini untuk mengelakkan daripada flood msg yang tak ada kaitan dengan tujuan forum ini dibuat.

Saya sokong cadangn pak kaduk..Diadakn ruang chatting utk sembang2 apa saja bkaitan SC.Nak kutuk,caci,perli dan apa2 sja yg bkn berbtk info pnting boleh diluahkn di ruang ini dan tidak mganggu keseriusan plabur lain bersidang scara matang dan profesional. Kalau dlm mesyuarat jika byk isu brbangkit disuarakn tp pbincangn utk mcari jln pnyelesaian tidak diusahakn bsama maka mesyuarat itu akn blanjutn tanpa ada sbrg kputusn krn spanjang mesyuarat tlalu byk pbantahan yg tak munasabah. Alangkah baiknya stiap ahli mberi pandangn dan pdpt yg bernas spy kita boleh nampak dan ada point yg boleh ditrima scara logik apa sbnarnya yg brlaku bdasarkn ptunjuk2 smasa yg boleh menyokong andaian masing2. Dan yg lain2 pun boleh mmbantu dgn mbri fakta dan ptunjuk lain yg dpt mnyokong andaian tsbt. Lebih baik pdpt dr ramai org drpd hnya seorg. Jika post mcm sms yg byk mbanjiri forum,bkn lagi dinamakn prbincangn dan situasi ini sgguh mghampakn mreka yg bnar2 mmerlukn mklumat utk mmulihkn kyakinan plabur SC yg smakin hari smakin pudar.
saya rasa telah ada terlalu banyak ruang diforum utk dimanfaatkan,tapi kalau ruang tambahan diadakan dan dapat menyelesaikan masaalah ini maka saya alu2kannya.Saya lebeh cenderong mengatakan bahawa info2 yang telah diberikan dan termasuk di main blog ini sedikit sebanyak telah difahami oleh member2,jadi apa yang berlaku kini hampir tidak ada lagi issue2 yang hendak dibangkitkan lagi,jadi saperti yang saudara2 maksudkan sembang2 atau chatting.anda boleh beri pendapat lain.
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
Saya mencadangkan kepada tuan admin utk membuka satu "Ruang Chatting" didalam forum ini dimana disana posting yang dikirim tidak akan dikira didalam sistem. Apa yang dikira jumlah postnya adalah berdasarkan kepada ruang-ruang lain sahaja. Ini untuk mengelakkan daripada flood msg yang tak ada kaitan dengan tujuan forum ini dibuat.
Isu ruang chatting pernah dibincangkan sebelum ini. Sekian.
Chatting??........kena bayarlah beb.... sape nak support angkat tangan.... kalau tak de kita tunggu dulu koperasi kita jalan bulan sepuluh nanti.... itupun kalau koperasi kita tubuh... kalau tak... kita peluk tubuh...
OK whatever... tahniah kepada Tuan Pakai Akai.. (bukan tokey roti canai ye) kerana banyak pembaharuan telah dibuat...
Whatever... sebagai ahli tetap tidak berbayar forum Pasai ini... saya sokong sepenuhnya pindaan terhadap bintang tersebut... (mentang-mentang dia dah otai...). bukan apa.... memang lama dah perhatikan.. tulis "ok" seratus kali pun . bulih dapat otai.. so keadaan baru ni lagi best... pas ni buat syarat kena tulis macam akai pc tulis baru dapat 1 post... (woiii... terukla gitu).. hehe gurau ajer......
ok bos admin... gtg.
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
Nanti aku akan cuba cari program chatting yg free... Harap-harap boleh link dgn forum ni.. Insya-allah..
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
setuju bossss.... sangat setuju... kita buat kat hotel malaya... senang sikit nak pegi... (pak misai... errr... nak tanya sikit... hotel malaya kat mana?) aku tak ada hal punya... bahagian support minum pun bolehlah... kita pakat gi ramai-ramai tapi buat senyap-senyap dah lah... marah kat najib r nanti... Pak misai dah janji nak tanggung makan... 313 orang members semua.. amacam Pak Misai?
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
Apa salahnya en misai... nanti rezeki saudara makin bertambah... tak gitu? hehehehe.. kan Althariq kan... bukan selalu tu...
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Betul tu en misai, kalau bulan 10 ni keluar boleh laa berjumpa kalau bukan rezeki kita mungkin x jumpa laa kot.. ish ish ish...
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Bagus laa begitu, sekurang-kurangnya kita boleh rancang dulu apa kita nak buat dari sekarang... Mungkin akan dtg lebih byk dugaan yg diterima so, kita jgn mengambil keputusan terburu-buru, Kalau boleh beli buku tulis dalam tu dalam tempoh sbl bulan 10 dan selepas bulan 10 apa yg kita nak buat.. Camna kita nak memperkemaskan hal-hal harian kita supaya akan dtg kita x akan buat mistake dan berdepan problem yg sama mcm sekarang..
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
betul betul... sedekah tu kan dapat pahala... aku sedekah air... air sirap....
nick name macam-macam... ada yang macam baik... ada yang macam hensem... jumpa .... haaa amik kau... muka macam si Kane adik undertaker..... hahahaa baru ngeri... labih-labih lagi muka pak misai durjana... aku agak macam muka lanun... huargh....huargh....huarghh..... muka pak kaduk rupa-rupanya macam the great Khaliiiiiiiiiiiiiiiiii......... hahaha (gurau je seme... jangan marah ye...)
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
betul betul... sedekah tu kan dapat pahala... aku sedekah air... air sirap....
nick name macam-macam... ada yang macam baik... ada yang macam hensem... jumpa .... haaa amik kau... muka macam si Kane adik undertaker..... hahahaa baru ngeri... labih-labih lagi muka pak misai durjana... aku agak macam muka lanun... huargh....huargh....huarghh..... muka pak kaduk rupa-rupanya macam the great Khaliiiiiiiiiiiiiiiiii......... hahaha (gurau je seme... jangan marah ye...)
hahaha...sebelum tu pak admin pakai akai kena la berucap dulu...macam2 la kau ni althariq, geli hati aku mendengarnya
Althariq syabas.. pandai saudara berjenaka.. tapi jgn pulak bulan 10 nanti bila kita dah dpt apa yg kita idamkan.. kawan-kawan kat sini kita buat-buat x kenal pulak ye... mana laa tau kan... Ragam manusia ni bermacam-macam.
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Sekali lagi misai durjana nak sponsor rakan-rakan disini ye? Terima kasih pak misai... I lap u...
__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :..
* Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *
Yo...otai2 sume...dalam ramai2 tu sok GUA la paling hensem tau....hah...hah....JANGAN tergugat melihat KEHENSEMAN gua nanti....pasti awek2 pasai JATUH HATI sama gua.... bulan 10 bukan takat sponsor air sirap jer bro althariq gua pun boleh....yg duduk jauh takda tempat tgl pun gua boleh sponsor...huang...huang....
Harap2 time tu akan jadi REALITI bukan FANTASI......ding...ding...ding...
__________________
ding...ding...ding....hidup segan mati tak mau........
kalau boleh kita sama-sama belanja.... barulah bersahabat namanya. aku ada jugak kapcai...tapi tahun 1997 punya.. yamaha. motor tu walaupun dah lama.. tapi sampai ke hari ni berjasa. nak jual sayang.. buat berulang pegi padang main bole je laaa... meragamnya tidak cuma pancit je sekali sekala. motor dan kereta ni.. kalau kita sayang kat dia memang dia tak meragam.... cuba sebut nak jual... haaa ...ada la penyakitnya tu... betul tak rempit?
__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.
kalau boleh kita sama-sama belanja.... barulah bersahabat namanya. aku ada jugak kapcai...tapi tahun 1997 punya.. yamaha. motor tu walaupun dah lama.. tapi sampai ke hari ni berjasa. nak jual sayang.. buat berulang pegi padang main bole je laaa... meragamnya tidak cuma pancit je sekali sekala. motor dan kereta ni.. kalau kita sayang kat dia memang dia tak meragam.... cuba sebut nak jual... haaa ...ada la penyakitnya tu... betul tak rempit?
Yo Bro althariq...sori gua lambat reply lu punya message mlm tadi merempit kat depan dataran penat...tapi syookkkkk........bro klu duit byk bulan 10 sok lu lego kapcai lu kat gua boleh? gua tau banyak comercial value kapchai lu tu....gua sanggup beli...lu carik motor baru bro.....boleh timbangkan? huang....huang....
Pasal belanja kongsi2 tu gua takda hal bro....demi kekalkan psahabatan gua sanggup bro....wokey gua chau....
-- Edited by Rempit at 10:55, 2007-08-07
__________________
ding...ding...ding....hidup segan mati tak mau........
Assalamualaikum.. saya memang jarang buat posting dalam forum ni... Tapi boleh dikatakan tiap-tiap hari saya akan lawati blog ini untuk mendapatkan info terbaru..
Apa yang saya harapkan agar tuan admin tidak 'memecat' terus ahli-ahli yg tidak buat posting... Title itu tidak penting, yg penting kita berforum di sini adalah untuk mendapat info2 yg berguna utk dikongsi bersama..
Bukankah kita ini dah dikira sbg sekeluarga....
Selamat Hari Raya buat Forumer sekelian...
Marilah kita bermaaf-maafan sempena Hari Lebaran yang bakal menjelang nanti...
Salam, Sdr wymadi,setahu saya ahli yang tidak buat posting tak pernah dipecat.. Once a member you are always a member..kecuali yang suka buat provokasi
salam lebaran, yang di pecat hanya mereka yang buat provokasi yang keterlaluan. itu pun 2/3 orang saja yang dah kena pecat.yang lain tu kita masih boleh terima lagi. demi menjaga perjalanan lancar forum ini.lebih baik tak buat posting dari buat posting,tapi menghina,itu pun bukan apa,hanya nak elakkan mereka dari lebih banyak buat dosa.
terima kasih.
__________________
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
mudah2an dengan keberkatan menunaikan puasa di bln ramadhan akan menyusul satu berita kegembiraan / hari kemenangan sempena syawal yang hampir menjelma...
insyaallah.....
__________________
"Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya perlukan duit.Org yg mengatakan tdk mau kaya adalah org yg pentingkan diri sendiri".