Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Artikel Menggusarkan Tahap Pertahanan Negara


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:
Artikel Menggusarkan Tahap Pertahanan Negara


******************
7/13/07
Artikel Menggusarkan Tahap Pertahanan Negara

Berikut satu rencana dari Utusan Malaysia yang amat menggusarkan akan tahap pertahanan negara kita Malaysia, sempena sambutan ke 50 tahun kemerdekaan, walaupun berbillion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli jet pejuang, kapal selam, kereta kebal.

*********************************************
Contohi pertahanan Singapura - Oleh Azmi Hassan - Utusan Malaysia 12 Julai 2007

DALAM hal ehwal pembentukan dasar dan arah tuju pertahanan di kalangan negara anggota ASEAN, Singapura dikatakan mempunyai perancangan yang begitu menarik dan tersusun.

Begitu menarik sekali untuk mengkaji ketertiban pihak bertanggungjawab Singapura mengatur strategi pertahanan mereka. Paling menarik ialah mengenai penubuhan skuadron helikopter penggempur Apache Longbow (AH-64D) yang mengambil masa hampir satu dekad lamanya.

Kejayaan Singapura dianggap sebagai satu lakaran dalam sejarah pertahanan dunia kerana kejayaan mewujudkan pangkalan di luar Amerika Syarikat, Israel dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Skuadron 120 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengendalikan 20 helikopter penggempur serba canggih ini dan menjadikan pangkalan udara Sembawang sebagai pusat operasi mereka.

Memang benar keakraban Singapura dan AS telah memainkan peranan utama dalam menjayakan realisasi itu. Tetapi kesungguhan dan ketelitian Singapura, terutama sekali seperti yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Singapura (SAF), sebenarnya telah menjamin cita-cita mereka dapat dicapai.

Satu lagi perkara yang agak menarik mengenai perancangan strategi SAF ialah bagaimana negara tersebut telah berjaya menubuhkan Pusat Kawalan Kapal Terbang Tanpa Pemandu (UAV) baru-baru ini. Pusat kawalan adalah penting kerana ia dianggap sebagai nadi sesebuah organisasi tentera
kerana kebanyakan keputusan semasa konflik adalah berpunca dari sini.

Kewujudan pusat kawalan dianggap sebagai lumrah dalam sistem pertahanan sesebuah negara kerana ia merupakan satu keperluan asas. Sebab itu penubuhan Pusat Kawalan Pertahanan dan Operasi Udara (ADOC) RSAF pada Januari lepas dianggap satu perkara biasa.

Tetapi pengumuman yang dibuat pada bulan Mei lalu mengenai penubuhan pusat kawalan khas untuk UAV dianggap sebagai satu perkara yang agak luar biasa kerana tidak banyak negara yang memiliki kepakaran dan teknologi UAV.

Lebih menarik lagi ialah pengumuman penubuhan pusat kawalan UAV Singapura dilakukan dua minggu selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan demonstrasi penerbangan sulung UAV tempatan di Lapangan Terbang Batu
Berendam, Melaka pada 15 Mei 2007.

Jika Malaysia dikatakan baru mula mahu berjinak dengan pembangunan UAV, Singapura dikatakan telah melaksanakan strategi pembangunan UAV semenjak tahun 1970-an lagi melalui agensi penyelidikan seperti Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Organisasi Sains Pertahanan (DSO).

Penyelidikan dan pembangunan UAV Singapura dikatakan menarik kerana strategi yang diatur begitu tertib sekali bermula dengan pembangunan kapal terbang kawalan jauh (RPV) pada awal tahun 1970-an. Pada pertengahan 1980-an RSAF mula menggunakan UAV jenis Scout sehinggalah ia digantikan dengan UAV lebih canggih Searcher pada awal 1990-an. Begitu ke hadapannya penyelidikan UAV Singapura, diberitakan Searcher pula akan digantikan dengan UAV yang lebih canggih Hermes-450.

SAF banyak menggunakan UAV kerana ia merupakan tunjang utama transformasi 3G (Generasi Ketiga) angkatan tentera mereka. RSAF 3G umpamanya menekankan keupayaan pertahanan udara paling canggih dan sudah semestinya UAV bakal memainkan peranan utama.

Eksesais Wallaby 2006 iaitu latihan ketenteraan SAF terbesar yang telah diadakan di Shoalwater Bay Training Area, Australia menyaksikan penggunaan UAV secara meluas bersama-sama dengan jet pejuang F16 dan helikopter penggempur Apache. Latihan yang melibatkan hampir 4,000
anggota tentera SAF antara lain menguji kemampuan UAV Searcher beroperasi dalam teater peperangan seperti yang terdapat dalam Eksesais Wallaby.

Strategi

Sememangnya begitu menarik melihat perjalanan perkembangan strategi pertahanan SAF kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang telah diamalkan oleh Singapura, sama ada secara tersurat atau tersirat.

Kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh penggubal dasar pertahanan Singapura dalam melaksanakan sesuatu strategi pertahanan sepatutnya menjadi teladan kepada semua pihak. Peranan dan sumbangan yang telah dimainkan oleh DSO dan DSTA dalam meningkatkan penyelidikan sains pertahanan Singapura mempamerkan satu strategi yang mantap.

Apabila SAF menyatakan hasrat untuk menubuhkan skuadron helikopter penggempur sedekad yang lepas, ramai penganalisis mengetepikan hajat tersebut sebagai impian semata-mata yang tidak mungkin dapat dicapai. Tetapi hari ini RSAF telah pun mempunyai satu skuadron helikopter
penggempur paling hebat iaitu Apache Longbow.

Begitu juga apabila SAF mula berjinak-jinak dengan pembangunan UAV hampir 40 tahun lepas, ramai yang tidak ambil kisah kerana pada ketika itu peranan UAV masih samar-samar lagi. Tetapi hari ini mereka mempunyai UAV Hermes-450 yang sama hebat dengan UAV kepunyaan AS seperti Predator dan Global Hawk.

Pembangunan pusat kawalan UAV RSAF menjadi lebih menarik kerana terdapat desas-desus yang menyatakan AS akan mendirikan sebuah pangkalan UAV di salah sebuah negara di Asia Tenggara.

Berita terkini mengenai penubuhan pusat kawalan UAV RSAF nampak gayanya mengesahkan bahawa calon sebenar pangkalan tersebut bukannya Malaysia atau Indonesia.

* AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antara-
bangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.


LAPORAN ASAL DI SINI-

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


Adakah pertahanan udara negara begitu rapuh ?

Beberapa kemalangan yang menimpa pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mutakhir ini menggusarkan rakyat Malaysia apakah sistem pertahanan negara kita rapuh serta mempertaruhkan nyawa anggota TUDM khususnya dan rakyat pada amnya.

Buat masa ini TUDM mempunyai 14 pesawat pejuang MiG-29N, 2 pesawat pejuang MiG29NUB, 8 pesawat pejuang F/A-18D Hornet, 7 pesawat pejuang Aermacchi MB-339A, 16 pesawat pejuang Hawk 208, 6 pesawat pejuang Hawk 108, 2 pesawat pejuang RF-5E Tigereye, 3 pesawat pejuang F-5F dan 10 pesawat pejuang F5E Tiger II.

TUDM juga mempunyai 17 pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi. TUDM juga akan menerima 18 pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM dalam masa terdekat ini secara berperingkat.

Sementara itu TUDM dalam kategori pesawat pengangkut pula mempunyai 8 pesawat Hercules C-130-30 , 2 pesawat Hercules C-130, 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H, 8 pesawat komunikasi Cessna 402B, 8 pesawat CN235-220M, 2 pesawat VIP CN235-220M, 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ, 1 pesawat VIP Bombardier Global Express, 1 pesawat VIP
Bombardier CRJ-700 Regional Jet, 1 pesawat VIP Dassault FALCON 900B dan 1 pesawat VIP F28-100.

Sementara itu TUDM telah menempah 4 pesawat pengangkut Airbus Military A400M.

Dalam bidang maritim pula TUDM memilikki 4 pesawat Beechcraft Super Kingair B200T MPA dan 2 pesawat Lockheed Hercules PC-130H.

Untuk kategori helikopter pula TUDM mempunyai 28 buah helikopter serbaguna Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter komunikasi Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter VIP Agusta Sikorsky A56-N1, 1 buah helikopter VIP Agusta A-109C dan 2 buah helikopter VIP Sikorsky S-70 Black Hawk. TUDM juga akan menerima 10 buah helikopter buatan Rusia Mi-171SH untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Dalam kategori pesawat pelatih pula TUDM mempunyai 36 pesawat Pilatus PC-7, 8 pesawat Pilatus PC-7MkII, 20 pesawat MD3-160 Aerotiga dan 3 pesawat CTRM Eagle ARV.

Pesawat-pesawat TUDM ini ditempatkan di 8 buah pengkalan udara iaitu di Gong Kedak, Alor Setar, Butterworth, Kuantan, Subang, Sungai Besi, Kuching dan Labuan.

Dibandingkan pula dengan keupayaan Tentera Udara Republic Singapura (RSAF - Republic of Singapore Air Force) sebuah negara yang kerdil. RSAF mempunyai 26 pesawat pejuang F-16C Falcon, 36 pesawat pejuang F-16D Falcon, 36 pesawat pejuang F-5S Tiger 2, 9 pesawat pejuang F-5T Tiger 2 dan 8 pesawat pejuang RF-5S Tiger 2. Sementara itu RSAF menjangkakan akan menerima sebanyak 12 ke 20 buah pesawat pejuang tercanggih di dunia iaitu Boeing F-15SG pada tahun 2008 atau 2009.

Dalam kategori helikopter pula RSAF mempunyai 18 buah helikopter pengangkut berat Chinook CH-47SD, 22 buah helikopter pengangkut Super Puma AS 332M, 6 buah helikopter pengangkut Eurocopter AS 532UL Cougar, 20 helikopter tempur dan anti kereta kebal Apache Longbow AH-64D dan 6 helikopter anti kapal dan anti kapal selam Sikorsky ASW S-70B.

RSAF juga mempunyai 6 buah pesawat pengangkut berat Lockheed C-130H serta 4 buah pesawat VIP F50 UTL. Disamping itu RSAF memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari
jenis Boeing KC-135R dan memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Lockheed KC-130B.

Menariknya RSAF mempunyai pesawat pengawasan amaran AEWACS (Airborne Early Warning) sebanyak 4 buah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye. Serta 5 buah pesawat maritim dari jenis Fokker F50 ME2 yang dilengkapi dengan persenjataan Harpoon.

Dalam kategori pesawat pelatih pula RSAF menggunakan 27 pesawat pejuang Marchetti S.211, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk A-4SU, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk TA-4SU dan sekurang-kurangnya 5 buah helikopter Eurocopter EC120 dan AS 550U.

RSAF juga mempunyai beberapa pesawat pengintip tanpa juruterbang iaitu sebanyak 40 buah dari jenis IAI Searcher Mk2 dan beberapa buah lagi dari jenis IAI Malat Scout, ST Blue Horizon dan ST Firefly.

Pesawat-pesawat RSAF ini beroperasi di 6 buah pengkalan udara dalam negara Singapura iaitu di Changi (Barat), Changi (Timur), Paya Lebar, Sembawang, Tengah dan Kem Murai.

RSAF turut mempunyai beberapa pengkalan udara di luar Singapura iaitu Pengkalan Udara Pearce dan Oakey di Australia, Pengkalan Udara Cazaux di Perancis, Pengkalan Udara Luke, Cannon, Grand Prairie dan Silverbell di Amerika Syarikat. Pengkalan udara RSAF di luar negara ini menempatkan pesawat-pesawat dan anggota-anggota RSAF bagi tujuan latihan. RSAF juga
telah menghadiahkan beberapa pesawat pejuang F-16 kepada Royal Thai Air Force sebagai pertukaran, RSAF akan menggunakan Pengakalan Udara Udon Thani di Thailand selama beberapa hari setiap tahun untuk tujuan latihan.

Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Dalam masa akan datang RSAF dijangkakan akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.

Di atas kertas keupayaan RSAF jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kerdil tetapi kekuatan tentera udaranya membanyangkan bahawa negara tersebut adalah gergasi pertahanan udara di rantau ini.

Statistik di atas menunjukkan bahawa RSAF lebih tertumpu kepada operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut. Sementara TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat.

Apa yang menjadi tanda tanya di sini ialah mengapa TUDM mempunyai begitu banyak pesawat VIP iaitu 7 kapal terbang VIP dan 5 helikopter VIP, sedangkan RSAF hanya menggunakan 4 kapalterbang VIP dari jenis Fokker F50.

Adakah kerana Malaysia mempunyai begitu ramai ahli politik, ahli parlimen, menteri dan jeneral maka TUDM perlu menyediakan banyak pesawat VIP ?

Persoalan juga timbul akan nasib 17 buah pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi.

Begitu juga dengan bentuk mukabumi di Malaysia yang dikelilingi laut yang sudah pastinya memerlukan lebih banyak pesawat maritim, pesawat AEWACS serta pesawat tanpa juruterbang serta helikopter, TUDM hanya mempunyai jumlah pesawat yang kecil untuk tujuan ini jika dibandingkan dengan RSAF.

Ini baru dari sudut pertahanan udara, belum lagi di sentuh dari sudut pertahanan darat dan laut. Justeru itu Kementerian Pertahanan haruslah melaksanakan Dasar Pertahanan Negara yang dapat meyakinkan rakyat bahawa negara kita Malaysia mampu mempertahankan diri dari sebarang ancaman luar.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada anggota-anggota keselamatan kita yang telah gugurkan mempertahankan negara.

Sumber rujukan : Ensaiklopedia Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force
http://en.wikipedia.org/wiki/Republic_of_Singapore_Air_Force
UTUSAN MALAYSIA


Sekian, terima kasih.

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

Maklmat yg sgt mnarik..Sbg pngtahuan anda,sya jga sntsa mngikuti pkmbangn pthnan dan tknologi tmpur ngra mnrusi mjlh TEMPUR dan PERAJURIT.Mmg ngra kta jauh kblakang dr sngapor,sya sgt hairan mgapa ngra kta yg kya dgn smber alam ini dan byk bndar2 bsar tdak dilindungi oleh sstem pthnan yg mantap.Kalo krjaan takda duit sbgai plabor SC dan rkyt yg btggjwb kta boleh bri sbhgian hsil plaburn kta utk mmjukn sstem pthnn ngra.Dlm 10thn akn dtg,100rbu dan mgkn akn btmbah rkyt mlysia jd jtawan dlm SC. Stakat nak drma 100rbu sorg kalo dah jd jtawan, sya takda msalah. Tp yg sya bimbang tkut org yg mmrintah ngra ni pulak yg songlap duit drma kta tu,tak smpai kpd pnylidikn dan kmjuan tknologi pthnn ngra.



__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:

Salam untuk semua..........

Nampaknya isu pertahanan pun dah masuk kat blog ni.....tapi tak ape...saya pun nak ulas sikit. Dasar Kerjaan Malaysia tidak sama dengan Dasar Kerajaan Singapura. Dari segi pertahanan, kerajaan malaysia mengunakan dasar demokrasi terpimpin. Di dalam bugjet kerajaan, pertahanan diberi peruntukan yang kecil. Dan kebanyakan pembelian aset pertahanan Malaysia adalah melalui sistem buter (pertukaran). Memang dari segi kuantiti SG mempunyai aset yang besat tetapi kita kena baca fakta sejarah di dalam peperangan. Walau sekuat manapun aset udara sesebuah negara, ia belum menentukan boleh memenangi peperangan. Sebagai contoh perang Amerika - Vietnam, Amerika - Iraq, Amerika - Afghanistan dan perang dunia kedua. Kalau kita selidik betul2 kekuatan untuk memenangi peperangan terletak pada gerak-gempur pasukan darat. Angkatan Udara hanya menyokong tindakan darat. Kebanyakan petempuran di menangi secara gerila. Belum tentukan angkatan udara yang besar dapat melawan pertahanan gerila. Cuba kita kaji mengapa Amerika kalah di Vietnam, kalah juga di Iraq, Afghanistan, Jepun menang dalam perang dunia kedua (Kalau tidak di sebabkan bom atom) begitu juga jerman. Ini semua adalah kemenangan diperingkat peperangan gerila. Strategik Peperangan gerila adalah terpenting di abab ini walau sekuat mana angkatan udara negara tersebut......pendapat saya aje

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1668
Date:

contoh,yang muktakhir Israil dan Lebnon,syabas Hisbollah.

__________________

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

Assalamualaikum

Cite pasal strategi ni, ada 2 faktor yang gua rasa sangat penting: -

1. Strategi tu hendaklah sangat-sangat excellent dan effective adanya, dan
2. Opponent kita (atau possible opponent) langsung tak tahu yang kita ada strategi tu

... these are only my opinion yang study belum sampai Ph.D lagi



__________________
Leaving on a jet plane ...... don't know when will be back again .....


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

"Berikut ialah rekod kemalangan helikopter Nuri dari beberapa sumber akhbar dan internet. Sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.

1969 Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban

1976 Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.

1980 Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.

1981 Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.

1981 Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.

1989 Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak border. 21 orang terkorban.

1989 Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.

1989 Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.

1996 Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang. 1997 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.

2004 Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.

2004 Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.

2006 Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka

2007: Anda pun tahu...


SUMBER :

http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-20615321_ITM

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.aspy=2006&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_09.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0817&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive "



--------------------------------------------------------------------------------


__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

sebenarnya Bukan senjata yg penting dalam peperangan berteknologi tinggi sekarang tetapi akal fikiran dan ekonomi......

__________________
iki


Junior Member

Status: Offline
Posts: 31
Date:

betul.. saya sokong

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:

Salam untuk semua...........

Kronologi kemalangan pesawat Nuri yang Tuan Admin paparkan adalah dalam tempoh 38 tahun. Tapi pernahkah kita tgk statistik di negara lain yang memggunakan pesawat Sikosky tu?. Di Amerika kita perasan tak bahawa presiden Amerika menggunakan pesawat tersebut. Pasukan National Guard dan Pengawal Pantai Amerika menggunakan pesawat tersebut dengan meluas sekali. Sebenarnya kita kena tahu dulu, teknikal pesawat tersebut. Untuk pengetahuan, pesawat Sikosky adalah helikopter yang terbaik pernah dilahirkan di dalam dunia AVIATION. Dengan keupayaan dan kemampuannya pesawat Nuri boleh membuat pergerakannya tiada batasan. Cuma apa yang perlu kerajaan buat adalah membuat upgrading kepada pesawat tersebut. Ini termasuklah navigation system, Search & Rescue System dan yang paling penting adalah Emergency Landing Aids........

P/S.....hamba pacal yang hina





__________________


Member

Status: Offline
Posts: 77
Date:

maklumat dan aset pertahanan yang dipaparkan oleh media awan x tak tepat dan tak semuanya boleh didedahkan. Ada sebabnya, yang tu hampa kena paham. aku rasa ada isu lain yang tersembunyi disebalik tragedi henpas-terhempas ni.cuba2 baca surat habaq pembangkang samamacan harakah ka. hampa boleh la tau sikitsikit. yang lain hanya Allah saja yang tau....

__________________
zzzzzz


Member

Status: Offline
Posts: 77
Date:

####
media awam......bukan media awan. sorry, typing error.

__________________
zzzzzz


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

Semua tulisan mempunyai rujukan, saya tidak menulis posting ini, cuma menyampaikan. Tiada rahsia, semua sudah masuk media utama.

Harap tiada yang salah sangka.

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

betul jugakk.Aku tgik ari tu kat astro pun Bush laknat pun naik Sikorsky gak..
pengawal pantai diorang pun gune tu gak...

Mungkin nuri tu ahhhhhhhh tak reti aku nak xplain,aku ni bukan
pakar pun...

Thanx krajaan krn nak beli helikopter baru..
takyah la ada komisyen nak beli heli tu....

Jimatkan duit negara dgn kurangkan makan kat pendatang asing ngan orang dlm pusat
serenti and dlm penjara..

Baik kita beli heli baru....
Lawa skit..
Baru ganazzzz Malaysia.

__________________
JANGAN KAMBUS LOMBONG EMAS YANG ADA,NANTI ANDA AKAN RUGI SELAMANYA..... DOAKAN KITA BERJAYA SENTIASA.... AMIN..........


Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

hakikatnya mentaliti pemimpin Spura dan Msia jauh bezanya....

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 361
Date:

sc investor wrote:

betul jugakk.Aku tgik ari tu kat astro pun Bush laknat pun naik Sikorsky gak..
pengawal pantai diorang pun gune tu gak...

Mungkin nuri tu ahhhhhhhh tak reti aku nak xplain,aku ni bukan
pakar pun...

Thanx krajaan krn nak beli helikopter baru..
takyah la ada komisyen nak beli heli tu....

Jimatkan duit negara dgn kurangkan makan kat pendatang asing ngan orang dlm pusat
serenti and dlm penjara..

Baik kita beli heli baru....
Lawa skit..
Baru ganazzzz Malaysia.






Sebenarnya, sikorsky nih byk jenis..... Nuri tu Sk-61..... yang black hawk tu Sk70A ataupun Seahawk(MH-60), ataupun H-92 & S-92 utk. Superhawk... dan byk lagi. Sama macam keta gak... kata proton, ada proton wira, savvy, Neo, waja dll. Cam tu gak sikorsky nih.... maybe nampak sama cam Nuri (kita panggil Nuri) tapi mungkin yg lain, yang dah upgrade dan tambah macam2.... (macam Iswara SE la....)

__________________
BUKA AKAL, BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA..... TENANGKAN DIRI.....


Moderator

Status: Offline
Posts: 1080
Date:

jangan lupa beli skali attacking heli, ah64 apache atau ah2a rooivalk, baru gempak sket kita nyer pertahanan..

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 562
Date:

dan jangan lupa tempah f22 raptor (jet perang).....kalau nak buat installment, jgn lupa guna bank dalam negara

__________________
psc


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

pelaburSwisscash wrote:

dan jangan lupa tempah f22 raptor (jet perang).....kalau nak buat installment, jgn lupa guna bank dalam negara






Bank kat M'sia tak cukup pitih....
So bleh lah buat ngan SMF.....biggrin.gif

__________________
Always Green


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

kalo tak cukup pitih.. beli kat aku je lah. aku boleh buat 10 bijik sebulan...biggrin.gif

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

negara malaysia ni mana laa fokus sgt pada pertahanan, tu pasal laa kerajaan byk hentam rakyat dia... utk jana duit kat situ laa.. mcm USA lain laa dia jaga rakyat tapi hentam pihak luar... terbalik pulak ye?

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Member

Status: Offline
Posts: 62
Date:

aku rasa skang ni tak perlu la nak kejar kan sgt kecanggihan senjata perang ... kita prepare je utk perang yg terakhir nti .... anda smua tau kan .... time tu nti smua senjata cacnggih tiada gunanya lagi ... (klu salah tlg betulkan) .......

yawn.gifyawn.gifyawn.gif

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 72
Date:

masalah yg sama juga akn berulang..
beli heli baru pun mereka suka..
bole mkn duit rakyat lagi...

(ops sorry...)

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

Banyak rakyat malaysia yang masih susah dan kurang pendidikan. Tumpukan pada rakyat yang paling memerlukan bantuan.

Yang paling penting.......uruskan wang rakyat dengan jujur....


__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 730
Date:

YAAAAAA....
URUSKAN WANG RAKYAT DENGAN JUJUR...

kita perlu jujur? Ya dan istilah jujur digunapakai untuk menjujurkan kepentingan kita...

menteri kata.....mana boleh jujur? jujur tu bebudak sekolah rendah aje.. bila cikgu tanya.. sape buang sampah... 10 orang yang angkat tangan dengan selamba dan jujur....
kalau tanya orang tua.....mampus tak mengaku....

Noh OMAR pun jujur... jujur dalam membela bebudak sekolah yang kurang ajar dan membela ibu bapa yang terlebih ajar..

maksud jujur?
jujur adalah melakukan sesuatu bagi kepentingan diri, kepentingan kroni dan kepentingan masa depan si pelaku itu sendiri tanpa menghiraukan nasib orang lain..




__________________
Namun begitu sengsara yang di buat oleh kerajaan kita , tidak dapat di maafkan.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 185
Date:

ntrelax wrote:

masalah yg sama juga akn berulang..
beli heli baru pun mereka suka..
bole mkn duit rakyat lagi...

(ops sorry...)




apa2 pun mesti betul dr akal umbi lg...kalu dah rosak dr akal umbi..maka
yg lain pun rosak ler jgk...

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 1119
Date:

kita kena akur akan kelemahan kita..amerika kuat krn negara bangsa mereka bersatu dan kepimpinan mereka bersatu utk membtk sbuah negara yang maju. walau apa pun yg penting negara kita kena terus bersatu antara negeri dan bersatu dgn negara2 sekeliling menerusi pertubuhan serantau. 

kita perlukan seorang pemimpin atau PM yg bijak mengatur strategi bg mengukuhkan perpaduan. bukannya PM yg lembik dan menyeleweng menyalahguna kuasa utk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

bandingkan kecanggihan amerika dgn negara kita dr segi teknologi. jika kita tak mampu secanggih mereka, pastikan keimanan dan ketakwaan kita lebih canggih dan maju utk menghadapi keyakinan moral dan semangat musuh yg hanya bergantung harap pd keupayaan kebendaan yg mereka miliki. semoga dgn iman kita Allah SWT akn bantu kita dgn angin dan bencana ke atas kekuatan musuh utk dilumpuhkan. kita mesti yakin dan berserah diri pd kekuatan Allah utk menghadapi musuh Islam dan umat Islam. selagi kita melindungi agama dan iman kita, maka janji Allah utk membantu umat Islam tidak pernah mungkir dr dulu sampai akhir zaman. cuma kita sja tidak sedar, lupa dan tidak yakin akn hal yg nampak ghaib dan mustahil ini lantaran kita terlalu percaya pd logic akal dan kebendaan semata2.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard