Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenyataan dari BNM pada 2005


Junior Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:
Kenyataan dari BNM pada 2005


Liberalisasi Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing dan Kadar Simpanan Tetap

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkatkan persekitaran perniagaan, meningkatkan kecekapan sistem penghantaran pengawalseliaan serta menggalakkan pengurusan risiko yang lebih baik, peraturan pentadbiran pertukaran asing telah dilonggarkan lagi berkuat kuasa 1 April 2005. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga telah mengkaji semula dan meliberalisasikan lagi kadar simpanan tetap ke atas simpanan oleh syarikat bukan perusahaan kecil dan sederhana (non-SME) dan bukan pemastautin yang akan berkuat kuasa dengan serta-merta.
Liberalisasi Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing
Berkuat kuasa 1 April 2005, peraturan dan prosedur pentadbiran pertukaran asing diliberalisasikan lagi seperti yang berikut :

A. Pelaburan Luar Negeri
Untuk memberi lebih fleksibiliti bagi membuat pelaburan luar negeri, termasuk pemberian kemudahan kredit kepada bukan pemastautin serta penempatan dana oleh pemastautin, had RM10,000 yang sedia ada bagi pelaburan luar negeri telah dilonggarkan seperti yang berikut :-

Pemastautin yang tidak mempunyai kemudahan kredit dalam negeri adalah bebas untuk melabur di luar negeri dalam mata wang asing dengan dibiayai oleh dana mata wang asing sendiri atau daripada penukaran dana ringgit.

Syarikat yang mempunyai kemudahan kredit dalam negeri juga adalah bebas untuk menggunakan dana mata wang asing mereka atau dengan menukar ringgit sehingga jumlah agregat RM10 juta setahun untuk pelaburan dalam aset mata wang asing. Syarikat tersebut mestilah mempunyai dana pemegang saham minimum sebanyak RM100,000 dan mestilah telah beroperasi selama sekurang-kurangnya satu tahun.

Individu yang mempunyai kemudahan kredit dalam negeri boleh melabur ke luar negeri sebarang amaun dana mata wang asing mereka atau dengan menukar ringgit sehingga RM100,000 setiap tahun untuk tujuan tersebut.

Had yang dibenarkan untuk pelaburan luar negeri oleh syarikat amanah saham dinaikkan kepada 30% daripada 10% jumlah Nilai Aset Bersih (NAV) pada masa ini bagi semua dana pemastuatin yang diuruskan oleh syarikat amanah saham tersebut. Tiada sekatan dikenakan ke atas pelaburan luar negeri bagi dana yang dilanggan oleh pelanggan bukan pemastautin.

Pengurus dana kini boleh melabur ke luar negeri sebarang amaun dana yang dimiliki oleh pelanggan bukan pemastautin dan pelanggan pemastautin yang tidak mempunyai sebarang kemudahan kredit dalam negeri. Mereka juga adalah bebas untuk melabur sehingga 30% dana pelanggan pemastautin yang mempunyai kemudahan kredit dalam negeri. Pada masa ini, pengurus dana hanya boleh melabur sehingga 10% dana pemastautin, tanpa mengambil kira sama ada pelanggan pemastautin tersebut mempunyai kemudahan kredit dalam negeri ataupun tidak.
B. Akaun Mata Wang Asing
Peraturan ke atas penyimpanan mata wang asing oleh pemastautin dilonggarkan lagi :-

Pemastautin adalah bebas untuk membuka akaun mata wang asing di dalam negeri atau di luar pesisir (kecuali akaun mata wang asing untuk eksport). Tiada kebenaran khusus diperlukan terlebih dahulu.

Tiada sebarang had dikenakan ke atas amaun dana mata wang asing yang boleh disimpan oleh pemastautin di dalam negeri atau di luar pesisir.

Pemastautin yang tidak mempunyai kemudahan kredit dalam negeri adalah bebas untuk menukar sebarang amaun dana ringgitnya untuk dikreditkan ke dalam akaun mata wang asing yang diselenggara di dalam negeri atau di luar pesisir.

Syarikat pemastautin yang mempunyai kemudahan kredit dalam negeri dibenarkan menukar ringgit sehingga RM10 juta setiap tahun kalendar untuk dikreditkan ke dalam akaun mata wang asing mereka.

Pemastautin individu yang mempunyai kemudahan kredit dalam negeri juga dibenarkan untuk menukar ringgit untuk dikreditkan ke dalam akaun mata wang asing seperti yang berikut-

Bagi tujuan pendidikan atau pekerjaan di luar negeri
· Sehingga AS$150,000 untuk dikreditkan ke dalam akaun mata wang asing yang diselenggara dengan bank tempatan atau dengan bank luar pesisir di Labuan; dan
· Sehingga AS$50,000 untuk dikreditkan ke dalam akaun mata wang asing dengan bank di luar negeri.

Bagi tujuan lain
· Sehingga RM100,000 setiap tahun.

Pengeksport kini boleh menyimpan sebarang amaun perolehan eksport dalam mata wang asing mereka dengan bank berlesen tempatan. Had yang kini dikenakan antara AS$30 juta dan AS$100 juta dimansuhkan. Semua perolehan eksport terus dikehendaki untuk dibawa balik ke Malaysia.
C. Kemudahan Kredit Dalam Mata Wang Asing
Untuk memudahkan akses kepada dana dalam mata wang asing, had bagi perolehan kredit dalam mata wang asing oleh pemastautin daripada bukan pemastautin, bank berlesen tempatan dan bank saudagar berlesen telah ditingkatkan seperti yang berikut :-

Syarikat pemastautin, berdasarkan setiap kumpulan korporat, kini boleh memperoleh kemudahan kredit dalam mata wang asing sehingga jumlah agregat bersamaan RM50 juta. Pinjaman mata wang asing yang boleh digunakan untuk pembiayaan pelaburan luar negeri adalah sehingga bersamaan RM10 juta.

Had agregat untuk pinjaman dalam mata wang asing oleh individu juga ditingkatkan daripada bersamaan RM5 juta kepada RM10 juta. Dana tersebut boleh digunakan untuk sebarang tujuan, termasuk membiayai pelaburan luar negeri.
D. Perlindungan Nilai
Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan risiko ke atas pendedahan dalam mata wang asing, peraturan ke atas perlindungan nilai juga diliberalisasikan lagi bagi membolehkan pemastautin serta bukan pemastautin untuk mengikat peraturan perlindungan nilai dengan bank berlesen tempatan seperti yang berikut :-

Pemastautin

Sebarang urus niaga akaun semasa yang terikat atau dijangkakan.

Sebarang pembayaran akaun modal yang terikat, termasuk pembayaran bagi pinjaman yang akan dibayar dalam tempoh 24 bulan, dan penerimaan yang terikat.

Pendedahan mata wang asing bagi pelaburan luar negeri yang dibenarkan (melindung nilai ekuiti).
Bukan Pemastautin
Semua aliran masuk atau aliran keluar dana untuk urus niaga terikat.

E. Pinjaman Dalam Negeri oleh Syarikat Dikuasai oleh Bukan Pemastautin
Peraturan untuk pinjaman dalam negeri oleh syarikat yang dikuasai oleh bukan pemastautin diliberalisasikan sepenuhnya dengan pemansuhan had semasa RM50 juta serta keperluan nisbah penggearan 3:1.

Pendaftaran awal bagi tujuan statistik

Bagi tujuan pengumpulan statistik imbangan pembayaran ke atas aliran keluar dan masuk dana daripada negara, urus niaga yang melibatkan pelaburan luar negeri, perlindungan nilai dan kemudahan kredit dalam mata wang asing terus dikehendaki untuk dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia melalui proses pendaftaran. Secara ringkas, urus niaga yang diliberalisasi seperti yang berikut perlu didaftarkan : -

Penghantaran dana melebihi bersamaan RM50,000 dari Malaysia untuk pelaburan luar negeri;
Perolehan kemudahan kredit dalam mata wang asing melebihi RM1 juta; dan
Cadangan oleh pemastautin untuk mengikat kontrak tukaran asing hadapan bernilai melebihi bersamaan AS$10 juta bagi melindung nilai urus niaga akaun semasa berasaskan jangkaan serta semua urus niaga terikat di bawah urus niaga akaun modal.
Bank Negara Malaysia juga telah melancarkan Exchange Control Approval and Monitoring System (ECAMS) untuk penghantaran permohonan dalam talian bagi urus niaga yang berkaitan dengan peraturan pentadbiran pertukaran asing. Maklumat berkaitan peraturan pentadbiran pertukaran asing dan borang-borang permohonan/pendaftaran untuk penghantaran permohonan dalam talian boleh didapati daripada laman web Bank Negara Malayisa di www.bnm.gov.my/fxadmin

Liberalisasi ke atas kadar simpanan tetap
Berkuat kuasa dengan serta-merta, kadar faedah ke atas semua simpanan tetap oleh syarikat bukan perusahaan kecil dan sederhana dan bukan pemastautin akan ditentukan berdasarkan rundingan tanpa mengambil kira sebarang amaun simpanan, dan tidak lagi tertakluk pada kadar faedah minimum seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Simpanan tetap bagi jumlah sehingga RM1 juta oleh individu, perusahan kecil dan sederhana, dan penyimpan lain untuk tempoh 1 hingga 12 bulan akan terus tertakluk pada kadar faedah minimum yang ditetapkan. Kadar faedah minimum tersebut kekal pada kadar 3% setahun bagi tempoh satu bulan dan 3.70% setahun bagi tempoh 12 bulan.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi meja bantuan di 03-2693 2617 atau 03-2691 6606 yang dibuka dari 24 Mac 2005 hingga 30 April 2005 pada waktu pejabat (9 pagi hingga 5 petang) pada hari Isnin hingga Jumaat. Orang ramai juga boleh mengemukakan pertanyaan mereka melalui alamat e-mail: ecams_jppa @bnm.gov.my atau melalui faksimili: 03-2694 3991, 03-2691 3266 atau 03-2693 7732.



Bank Negara Malaysia
23 Mac 2005

© Bank Negara Malaysia, 2007. All rights reserved.

										

__________________
Financial Consultant


Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

aku dah baca pada hari pertama aku diperkenalkan dengan swisscash.....tq

__________________
BRO....TAK YAH LER NAK MINTAK MAHAP...TAK BANYAK PEKDAHNYER.. USAHA LER CAMNER PUN...!!!!


Junior Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

menurut kenyataan BNM.... kita adalah bebas untuk membuat plaburan ke luar negara...?????


__________________
Financial Consultant


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

Ya begitulah kenyataan BNM... Bebas mmg bebas tapi kalau dah merugikan bank-bank lain dlm negara sampai jadi ancaman pada government, padahnya cam sekarang la...

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Moderator

Status: Offline
Posts: 456
Date:

Polisi BNM tidak tetap, boleh nak berubah pada bila-bila masa. Pelabur dalam negeri sekarang dalam keadaan tersepit yang diujudkan oleh BNM sendiri.

-- Edited by pokpok at 22:41, 2007-07-07

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

Jawapan ni cuma pihak kerajaan je yang boleh meminda sebarang akta yang telah wujud atau tidak. Kita bukan nak cari salah siapa tapi peranan pihak media pon byk mempengaruhi keputusan kerajaan...

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

Sejak dulu lagi pihak media menjalankan TUGASNYA.
Apa kata kita panggil KAram Singh....he he he......

__________________


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

Pihak media ni dah macam polis khas negara... semua bongkar, tapi yang x menariknya tu byk tokok tambah cerita utk perhebat and sensasikan lagi issue tu... itu yg x bleh diterima sampai menyusahkan byk pihak yang x bersalah. *^*&(^&^%&^$$!!

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Member

Status: Offline
Posts: 82
Date:

media msia memang suka jadi 'nasi tambah' dan 'gulai kawah'confused.gif

__________________
duit bukan segala-galanya tapi SEGALANYA perlukan duit....faham ker....??????


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

yan6212b wrote:

menurut kenyataan BNM.... kita adalah bebas untuk membuat plaburan ke luar negara...?????









BNM - no problem dude


SC - yang masalah pasal Swisscash gunakn nick yang sama ...SC juge........hehehehehe

headbang.gif

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Salam petang...

Sebenarnye BNM dan SS pun bersekonkol... cume SS yg over sgt... BNM tak berani sebab takut makan dgn kenyataan sendiri... BNM cume kaitkan SC sbg pelaburan yg tipu org... tapi SS ni terus menerus scam SC.. (padahal dieorg yg jadikan scam) bukan SC yg scam...

BNM tak berani kaitkan status offshore ke atas SC sebb dieorg dah bg kenyataan kat website die.. kalo korg xpercaya cari satu persatu artikel di web BNM, takde pun kaitkan isu ni...

__________________
"Perjuangan Belum Selesai"

KESABARAN ANDA ADA HIKMAHNYA


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:

Salam untuk semua....

Saya setuju pendapat olitabin tu.....dalam kes saman menyaman pun BNM masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sampai ke hari ini....esok lusa tak tahu pulak. Hanya SS yang beria-ia, saya rasa jika BNM campur tangan kes ni akan jadi mudah kepada si tertuduh......ia ke?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

AWANBIRU wrote:

Salam untuk semua....

Saya setuju pendapat olitabin tu.....dalam kes saman menyaman pun BNM masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sampai ke hari ini....esok lusa tak tahu pulak. Hanya SS yang beria-ia, saya rasa jika BNM campur tangan kes ni akan jadi mudah kepada si tertuduh......ia ke?






tak jgk mudah... tapi kalo tertuduh pandai, gunekan isu Liberalisasi yg BNM kuaqkan.. tapi kalo tertuduh tu bodoh tak dpt den nak nolongnye.. tapi aku rase BNM tak kan abik tindakan melulu.. nnti kalo kene kecam dgn offshore2 lain kang satu matewang pun takkan masuk kat mlesia ni... baru padan muke korang.. hee.. hee.. ini pandangan je...wink.gif

__________________
"Perjuangan Belum Selesai"

KESABARAN ANDA ADA HIKMAHNYA


Otai Member

Status: Offline
Posts: 670
Date:

Salam untuk semua......

Agak2 nye mengape BNM keluarkan Dasar Liberalisasi Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing dan Kadar Simpanan Tetap pada 1 April 2005? Sedangkan SMF 1948 lancarkan Swisscash pada 1 Mei 2005.(Kalau tak silap saya le..) Tarikh ni walaupun lewat sebulan tapi macam dah dirancang ataupun BNM dah tahu kot SMF 1948 nak lancarkan offshore investment online?...........kemudian BNM tambah sikit pada 1 Nov 2006....sampai skrng saya tak ade jawapan.....tuan/puan ade jawapan tak?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 223
Date:

Rasa- rasanya antara dua tarikh ini 1 April dan 1 Mei 2005 ada perkaitan antara satu sama lain....Detektif.....jalankan tugas.......weirdface.gif

__________________
amz


Senior Member

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Ada udang disebalik mee tu atau secara kebetulan. entahlaaaa

__________________


Otai Member

Status: Offline
Posts: 212
Date:

He he he....Kot2 si Zetty tu yg paling byk Labur.....
He he he.....

__________________
Always Green


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Salam malam...
Takde ape2 nak dikongsikan.. teruskan info terkini..

__________________
"Perjuangan Belum Selesai"

KESABARAN ANDA ADA HIKMAHNYA


Member

Status: Offline
Posts: 76
Date:

... as long as swisscash tu jujur, semua nyer ok la ... nak sokong ker apa2 gak la .. kut2 nyer swisscash tu xbetul .. apa makna kita sokong dan berjuang ... ini lah isunyer tuan2 .. ada sapa2 nak contribute idea ... please correct me ...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

lebarniaga wrote:

... as long as swisscash tu jujur, semua nyer ok la ... nak sokong ker apa2 gak la .. kut2 nyer swisscash tu xbetul .. apa makna kita sokong dan berjuang ... ini lah isunyer tuan2 .. ada sapa2 nak contribute idea ... please correct me ...






Betul ape yg dikatekan oleh lebarniage... dah berape lebar niage tu?? gurau je.. sebenaqnye byk nak dipikirkan pasal SC tu sendiri tapi malas nak pikiq sebenqnye.. ini pendapat je ok, satu persoalan yg timbul kenape SC dgn senang wenangnye cut kite punye login ek?? sebab kerajaan campur tangan ke? kenape kerajaan China campur tangan xlak berlaku camni, makin tolong wat gateway adelah?? name tak wat gateway utk m'sia skali... Tapi tuan2 semue jgn amik kesah pandangan saye ye.. saya pun pelabur mcm tuan2 semue.. cume kekadang kite terpikir sape yg betul sebenaqnye...weirdface.gif

__________________
"Perjuangan Belum Selesai"

KESABARAN ANDA ADA HIKMAHNYA


ADMINISTRATOR

Status: Offline
Posts: 277
Date:

lebarniaga wrote:

... as long as swisscash tu jujur, semua nyer ok la ... nak sokong ker apa2 gak la .. kut2 nyer swisscash tu xbetul .. apa makna kita sokong dan berjuang ... ini lah isunyer tuan2 .. ada sapa2 nak contribute idea ... please correct me ...






Ya betul, pastikan kita tahu apa yang kita buat dan yakin apa yang kita usahakan. Jangan membuang masa mengikut belakang orang sahaja tanpa ada pendirian sendiri.

Pendirian yang hadir atas faham akan duduk bicara dan menggunakan akal untuk menafsir, akal yang waras dengan fikiran yang tenang, menjaga masa yang ada dan pastikan setiap usaha berbaloi.

Bahagikan waktu dan masa ikut keutamaan dan pastikan ibadah sentiasa di depan.

Nasihat untuk diri sendiri juga...

Sekian.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 67
Date:

bila2 masa jer gomen boleh pinda akta, buat akta baru, tukar law.. etc.. kita yang bakal melopong.. bukan apa, ni sumea propanda gomen... klu gomen berjaya blok SC, graf kemiskinan akan naik dan ini akan menjadi modal untuk pancing undi... biasalah..."kami akan rapatkan jurang kemiskinan! kami akan bagi subsidi bulanan! kami akan bagi saki baki hapa-hapa yang ada...! Kami akan bla..bla.. blaa...

__________________
ONE DAY I WILL RISE AND WIN


Moderator

Status: Offline
Posts: 408
Date:

Politik malaysia mmg mcm ni laa... kotor... kawan or lawan semua sama je, ikut kepentingan diri sendiri.. bab pancing memancing tu utk cukupkan syarat time tu je, lepas abis undi, abis la pertolongan pd org˛ yg susah tu, bab projek kerajaan cukup laa membuktikan sikap org gomen yg suka bermuka-muka ni ckp x ambik rasuah laa tapi time bagi company besar deal tu ada plak perkataan si-pembelit ckp "tak kan x de bahagian saya kot"... naik menyampah aku dgn lagak dato', tan sri, yb mcm dia paling berkuasa didunia... skang ni diorang dengki dgn pelabur SC plak sbb x bagi diorang bahagian apa-apa yang patut...

__________________
..: Your money will work for you, and you will always have enough -- more than enough -- when you give it energy, time, and understanding! :.. * Financial freedom is when you have power over your fears and anxieties instead of the other way around. *


Senior Member

Status: Offline
Posts: 136
Date:

Tu gimik Kjaan & BNM nak tunjuk dgn pelabur asing kita berfikiran terbuka ttg dasar dan peraturan kewangan ng nak tarik pelabur asing katakan.Tapi kalau rakyat dah ada pilihan /mission dlm mencari peluang /investment yg BUKAN dlm skop Msia mulalah nak timbul isu haram,scam,amla,takde lesen le, permit dan di tambah pula 'batu api' dr pihak media.Pak Menteri kita mula kuar kisah lapuk/basi-dgn ayat standard jgn anda tertipu dlm skim cepat kaya spt Pak Man Telo.Commonlah SC investors semuanya matang dan berani menyahut cabaran dan bersedia dgn apa kemungkinan yg berlaku

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard